bbm

7
2.0 Bahan Bantu Mengajar (BBM) Berdasarkan soalan A, saya dapati kebanyakan murid saya mempunyai masalah bagi Penukaran unit Panjang sentimeter (cm) ke meter (m) dan sebaliknya. Kebanyakan daripada mereka masih keliru bagaimana untuk menyelesaikan masalah ini. Oleh itu, saya telah membina satu bahan bantu mengajar (BBM) bagi membantu mereka mengatasi masalah tersebut. Berikut merupakan bahan bantu mengajar (BBM) yang telah saya hasilkan. Bahan ini saya namakan sebagai Papan Garis Unit. Garis unit ini mempunyai panjang 100cm bersamaan dengan 1m. Setiap warna dalam Papan Garis Unit ini mempunyai panjang 10cm. Dengan menggunakan bahan ini, saya telah mengajar tajuk Panjang kepada murid-murid tahun 3 USM tentang penukaran unit bagi sentimeter (cm) dan meter (m).

Upload: nurul

Post on 07-Dec-2015

37 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

bahan bantu mengajar

TRANSCRIPT

Page 1: Bbm

2.0 Bahan Bantu Mengajar (BBM)Berdasarkan soalan A, saya dapati kebanyakan murid saya mempunyai masalah bagi

Penukaran unit Panjang sentimeter (cm) ke meter (m) dan sebaliknya. Kebanyakan daripada

mereka masih keliru bagaimana untuk menyelesaikan masalah ini. Oleh itu, saya telah

membina satu bahan bantu mengajar (BBM) bagi membantu mereka mengatasi masalah

tersebut.

Berikut merupakan bahan bantu mengajar (BBM) yang telah saya hasilkan. Bahan ini saya

namakan sebagai Papan Garis Unit. Garis unit ini mempunyai panjang 100cm bersamaan

dengan 1m. Setiap warna dalam Papan Garis Unit ini mempunyai panjang 10cm. Dengan

menggunakan bahan ini, saya telah mengajar tajuk Panjang kepada murid-murid tahun 3 USM

tentang penukaran unit bagi sentimeter (cm) dan meter (m).

Page 2: Bbm

2.1 Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) TAJUK 11. PANJANG (Menukar Unit Panjang)

Menukar Unit melibatkan meter dan sentimeter

OBJEKTIF

PEMBELAJARAN

Pada akhir PdP, murid dapat

Menukarkan unit meter kepada sentimeter dan sebaliknya

Menyatakan secara lisan penukaran unit dari meter kepada

sentimeter dan sebaliknya

Menulis penukaran unit dari meter kepada sentimeter dan

sebaliknya

BAHAN Papan Garis Unit

PROSEDUR Fasa Imaginasi

1. Guru melekatkan di hadapan kelas Papan Garis Unit.

2. Murid diterangkan bahawa panjang bagi setiap warna dalam Papan

Garis Unit tersebut adalah 10cm dan panjang keseluruhan Papan Garis

Unit ialah 100cm.

3. Murid diterangkan bahawa 100cm adalah bersamaan dengan 1m.

4. Murid dipanggil ke hadapan untuk menunjukkan panjang bagi

setengah meter dan menyebut nilainya dalam meter dan sentimeter.

5. Guru menerangkan operasi yang terlibat dalam menukarkan unit bagi

meter ke sentimeter ialah darab dengan 100, manakala bagi sentimeter

ke meter pula, bahagi dengan 100.

6. Guru bersoaljawab dengan murid secara lisan bagaimana pula

sekiranya 200cm, 300cm, dan 5m.

7. Murid diberi beberapa soalan berkaitan dengan penukaran unit

panjang dan dipanggil ke hadapan bagi menulis jawapan mereka

200cm = m

250cm = m

cm = 3.5m

cm = 0.5m

Cm = 0.02m

Page 3: Bbm

2.2 Laporan aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran (PdP)Semasa Praktikum Fasa kedua dijalankan, saya telah melakukan tugasan Matematik saya iaitu

Mengajar Geometri, Ukuran dan Pengendalian data, berkod MTE3113. Saya telah mengambil

kelas saya iaitu 3 USM bagi menjalankan tugasan ini.

Tajuk yang saya ajar ialah Panjang. Standard Kandungannya ialah Menukar unit panjang dan

Standard Pembelajaran pula, menukar unit melibatkan Meter (m) dan Sentimeter (cm). Objektif

pengajaran saya ialah, pada akhir pembelajaran, murid dapat menukarkan unit meter (m) ke

sentimeter (cm) dan sebaliknya serta dapat menyatakan secara lisan dan menulis penukaran

unit meter (m) ke sentimeter (cm) dan sebaliknya.

Bagi mengajar tajuk ini, saya telah menggunakan bahan bantu mengajar (BBM) yang telah saya

bina bagi fasa imaginasi. Dalam fasa ini, saya memulakan pengajaran dengan melekatkan

bahan saya di papan tulis dan meminta murid untuk fokus di hadapan. Saya terlebih dahulu

menerangkan kepada murid-murid saya mengenai BBM di hadapan dengan menjelaskan

tentang ciri-ciri BBM tersebut seperti setiap warna mempunyai jarak 10cm. oleh itu, panjang

keseluruhan BBM ialah 100cm bersamaan dengan 1m. Saya telah memanggil salah seorang

murid untuk mengenal pasti panjang bagi setengah meter dan dia telah menunjukkan pada

0.5m ataupun 50cm. saya terus membuat soaljawab bagaimana kita boleh mengetahui bahawa

50cm bersamaan dengan 0.5m. Oleh kerana murid saya tidak dapat memberikan jawapan,

saya telah menerangkan operasi yang terlibat semasa menukarkan unit ini. Bagi memastikan

sama ada mereka faham ataupun tidak, saya telah mengemukakan beberapa soalan secara

lisan dan memilih murid untuk menjawab secara rawak. Seterusnya, saya telah menulis

beberapa soalan di hadapan dan meminta murid untuk menyalin dan menjawab soalan tersebut

pada buku mereka. Sekali lagi, saya telah memanggil beberapa orang murid bagi menjawab

soalan berikut. Murid-murid yang lain pula saya meminta mereka untuk menyemak jawapan

mereka sama ada betul ataupun tidak.

Dapatan aktiviti: Hasil daripada pengajaran ini, saya dapati murid-murid saya dapat

menukarkan dengan lebih baik lagi penukaran unit meter dan sentimeter. 34 daripada 38 orang

murid saya dapat menjawab soalan yang diberikan manakala selebihnya saya kena terangkan

dengan kaedah lain bagi mengelakkan mereka keliru antara unit yang lebih besar dan kecil.

Page 4: Bbm

2.3 RefleksiMelalui aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) yang telah saya jalankan, saya dapati

terdapat beberapa kekuatan, kelemahan dan penambahbaikan yang boleh saya implimenkan

bagi pengajaran saya yang seterusnya.

Dari aspek kekuatan, saya dapati kebanyakan murid-murid saya dapat memahami pengajaran

yang telah saya jalankan iaitu penukaran unit panjang melibatkan meter dan sentimeter.

Mereka dapat memberikan respon yang baik semasa saya mengajarkan tajuk ini dan mereka

dapat menyelesaikan soalan-soalan yang saya berikan dengan baik. Selain itu, penggunaan

BBM saya agak berkesan kerana saya telah meletakkan nilai sentimeter dan meter secara

selari. Dengan ini, mereka dapat menukarkan unit dengan lebih cepat dan memahami

bagaimana penukaran unit tersebut berlaku. Seterusnya, saya juga dapat mengawal kelas

dengan lebih baik apabila mendapat kerjasama daripada mereka untuk menjayakan tugasan ini.

Mereka sememangnya dapat memberikan tumpuan dengan lebih baik semasa sesi pengajaran

dan pembelajaran (PdP) dijalankan.

Bagi kelemahan pula, saya dapati bahawa bahan bantu mengajar (BBM) yang saya bina agak

kecil sekiranya dilihat dari belakang. Nilai pada Papan Garis Unit tersebut sukar untuk dilihat.

Walau bagaimanapun, penggunaan pelbagai warna dan penerangan mengenai setiap warna

mempunyai panjang 10cm telah sedikit sebanyak membantu murid di bahagian belakang.

Kelemahan seterusnya ialah BBM ini diperbuat menggunakan kertas sahaja. Oleh yang

demikian, kemungkinan BBM ini tidak bertahan lama dan mudah rosak. Kelemahan lain yang

boleh saya dapati semasa sesi PdP saya ialah terdapat beberapa orang murid tidak

mengetahui tentang unit mana yang lebih besar sama ada meter (m) atau sentimeter (cm)

walaupun unit ini sepatutnya mereka telah ketahui semasa berada pada tahun 2. Disebabkan

itu, saya kena menekankan kepada mereka unit mana yang lebih kecil.

Sebagai penambahbaikan di masa akan datang, saya akan cuba membina bahan bantu

mengajar (BBM) yang lebih besar dan mudah dilihat oleh murid yang berada di bahagian

belakang. Saya akan cuba juga membesarkan nilai unit pada Papan Garis Unit agar murid di

bahagian belakang tidak rasa tersisih. Selain itu, saya akan membaiki BBM saya dari segi

ketahanannya. Saya sepatutnya “laminate” BBM saya terlebih dahulu sebelum melekatkannya

menjadi satu Papan Garis Unit. BBM yang tahan boleh digunapakai untuk pembelajaran yang

seterusnya. Seterusnya, saya juga akan memperkemaskan lagi sesi pengajaran dan

Page 5: Bbm

pembelajaran saya dengan memastikan kesemua murid terlebih dahulu tahu unit manakah

yang lebih besar dan kecil. Saya akan menganggap mereka tidak mengetahui lagi tentang ini

dan seharusnya menekankan tentang saiz unit ini terlebih dahulu sebelum masuk ke tajuk

penukaran unit. Sekiranya murid mengetahui unit mana lebih besar dan kecil, maka mereka

akan dapat menukarkan unit dengan lebih mudah.

Kesimpulannya, isu yang dihadapi oleh murid-murid iaitu penukaran unit sentimeter ke meter

dapat diatasi dengan baik. Walaupun tidak semua murid dapat menjawab kesemua soalan

dengan betul, saya telah mengatasi masalah ini dengan baik dengan menerangkan kepada

mereka seorang demi seorang bagi mendapat penjelasan yang lebih baik. Kebanyakan murid

keliru dengan unit yang lebih besar dan kecil. Ini menyebabkan mereka tidak mengetahui

operasi apa yang sepatutnya mereka gunakan. Guru seharusnya bijak dalam mencari langkah-

langkah alternatif bagi mengatasi masalah-masalah miskonsepsi yang berlaku kepada murid-

murid. Sekiranya guru tidak membendung masalah ini dari awala lagi, sudah tentu murid-murid

ini akan meneruskan miskonsepsi ini dan akhirnya menyebabkan mereka tidak dapat mencapai

objektif pembelajaran mereka. Penukaran unit sememangnya antara masalah utama bagi unit

Ukuran terutamanya ukuran panjang yang mempunyai 4 unit utama iaitu milimeter (mm),

sentimeter (cm), meter (m) dan kilometer (km).