semi complete bbm .docx

Upload: fathin-hannani

Post on 09-Mar-2016

246 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

bbm

TRANSCRIPT

PEMBENTUKAN SEKOLAH SATU ALIRAN21

FAKULTI BAHASA MODEN DAN KOMUNIKASIBBM 3401 BAHASA MELAYU TINGGISEMESTER 1 SESI 2015/2016TUGASAN 1NAMA DAN NOMBOR MATRIK :NURULFATHIN HANNANI NOORMAN (185430)NUR ANATI BINTI JUHARI (185727)PUTERI NARINA BINTI MEGAT SABRI (185365)PUTERI NURASIKIN BINTI NASARUDIN (185382) MUHAMMAD FITRI BIN AHMAD JASNI (185383)

NAMA PENSYARAH :PROF MADYA DR. MOHD SHARIFUDDIN BIN YUSOF

Isi Kandungan

Abstrak.....21.0 Definisi Pelaksanaan Sekolah Satu Aliran...3-42.0 Matlamat Pelaksanaan Sekolah Satu Aliran.53.0 Pendapat dan Pandangan Pelaksannaan Sekolah Satu Aliran..6-74.0 Ciri-Ciri Pelaksanaan Sekolah Satu Aliran......8-95.0 Faktor-Faktor Pelaksanaan Sekolah Satu Aliran......106.0 Kesan-Kesan Pelaksanaan Sekolah Satu Aliran...11-137.0 Contoh Sekolah Yang Melaksanaankan Sekolah Satu Aliran.....14-158.0 Cabaran dan Pendapat Pelaksanaan Sekolah Satu Aliran....16-178.1 Isu dan Cabaran....18-269.0 Rumusan...2710.0 Bibliografi.... 28

AbstrakPelaksanaan Sekolah Satu Aliran merupakan sistem pendidikan yang bertujuan mewujudkan perpaduan dan integrasi nasional serta menggunakan satu bahasa penghantar di sekolah. Matlamat utama penubuhan sekolah satu aliran adalah untuk perpaduan nasional yang tulen, sejati dan harmoni selari dengan gagasan 1Malaysia. Bukan hanya bersemangat apabila bercakap tentang gagasan 1Malaysia dan terdiam apabila terpaksa berkorban untuk melaksanakan satu agenda yang jauh lebih besar dari itu. Menurut Tan Sri Ainuddin Wahid sebagai seorang tokoh pendidikan beliau berpendapat pelaksanaan sekolah satu aliran sepatutunya dilaksanakan sebelum merdeka lagi seperti yang dicadangkan 48 tahun lalu oleh Allahyarham Aminuddin Baki yang menjadi Penasihat Pelajaran Negara. Tan Sri Ainuddin menjelaskan, cadangan Aminuddin itu kerana beliau telah menjangka masalah perkauman pasti akan timbul dikemudian hari berikutan setiap kaum mendapat pendidikan di sekolah berlainan.. Selain itu, sekolah satu aliran adalah untuk mewujudkan integrasi antara kaum di kalangan pelajar, guru dan juga ibu bapa selain memupuk semangat keharmonian di negara ini. Ia dapat menyemai dan memupuk semangat perpaduan dalam kalangan pelajar, membuka ruang masa dan tempat untuk saling mengenali dan memahami etika kemanusiaan tersendiri dan dapat menyemai semangat perpaduan nasional dalam kalangan pelajar. Sekolah Victoria Institution (V.I) merupakan contoh terbaik Sekolah Satu Aliran di Malaysia. Justeru, cabaran yang perlu dihadapi dalam pelaksanaan sistem sekolah satu aliran adalah sistem pendidikan yang berasingan menyebabkan kesukaran memupuk perpaduan. Pelaksanaan Sekolah Wawasan oleh pihak kerajaan tidak seharusnya dieksploitasikan oleh pihak tertentu terutamanya pembangkang untuk kepentingan politik maisng-masing kerana matlamat asal penubuhan sekolah tersebut amat penting iaitu dalam melahirkan generasi yang bersatu-padu dan saling memahami antara satu sama lain.

1.0 Definisi Pelaksanaan Sekolah Satu AliranMenurut tokoh pendidikan, Prof Datuk Dr. Kamaruddin (Internet) , sistem pendidikan satu aliran ialah sistem pendidikan yang menggunakan satu bahasa penghantar di sekolah. Ia bertujuan mewujudkan perpaduan dan integrasi nasional. Sistem pendidikan yang menggunakan satu bahasa penghantar, secara tidak langsung akan mewujudkan satu sistem nilai dan budaya sosial. Melalui sekolah satu aliran, murid kaum lain masih berhak mempelajari bahasa ibunda masing-masing di samping membolehkan mereka memupuk dan mencapai matlamat perpaduan dan integrasi nasional menerusi pendidikan. Jika pengasingan pendidikan mengikut kaum ini berterusan, ia akan menghasilkan masyarakat yang terpisah di antara satu sama lain dan Mengakibatkan satu suasana segrasi dengan memiliki bibit perpecahan yang berbahaya. Semangat kekitaan dalam satu masyarakat Malaysia yang harmoni dan bersatu padu akan tercapai sekiranya sistem persekolah yang mengabungkan terus ketiga-tiga aliran ini menjadi satu dapat direalisasikan. Perpaduan dan integrasi nasional dapat diwujudkan selaras matlamat utama Dasar Pendidikan Kebangsaan.Dengan cara ini, pelajar boleh bergaul secara meluas di antara mereka, secara tidak langsung, mereka juga boleh memahami budaya kaum lain. Jika perkara ini dapat dipraktikan, maka masalah semangat perkauman akan terhakis dengan sendirinya melalui pergaulan antara pelajar dan saling memahami. Ia akan mewujudkan satu sistem nilai dan budaya sosial. Pengwujudan sistem pendidikan yang menggunakan satu bahasa penghantar juga diberi jaminan tidak akan mengugatkan bahasa ibunda kaum lain.Menurut tokoh pendidikan, Tan Sri Ainuddin Wahid (Internet) pula, sekolah satu aliran adalah sebuah sistem yang dapat mengeratkan perpaduan antara kaum di Malaysia khususnya. Melayu, India dan Cina. Beliau berkata, jika sekolah satu aliran tidak dilaksanakan, ia akan memberi kesan pada masa hadapan seperti timbulnya masalah perkauman berikutan setiap kaum mendapat pendidikan di sekolah yang berlainan.Perpaduan kaum tidak dapat dicapai jika semua pelajar diletakkan di sekolah yang berasingan. Sekolah adalah tempat terbaik untuk memulakan hubungan intergrasi. Apabila pelajar sudah terdedah daripada kecil lagi dan terbiasa dengan pergaulan berbilang kaum di sekolah, mereka tidak akan mengalami kejutan apabila memasuki alam pekerjaan dan masyarakat. Menurut beliau. dalam kehidupan realiti, pergaulan antara kaum hanya untuk memberi laluan kepada kehidupan satu bangsa Malaysia yang lebih harmoni. Peringkat sekolah rendah mahupun sekolah menengah adalah tempat yang terbaik untuk mencambah rasa harmoni diantara kaum.Seterusnya, menurut tokoh pendidikan, Prof. Emeritus Tan Sri Khoo Kay Kim (Internet), menerangkan konsep sekolah aliran ialah semua pelajar akan ditempatkan di sekolah yang sama dan penggunakan bahasa penghantar yang sama tetapi bahasa ibunda setiap kaum akan diselitkan sebagai sebahagian daripada kokurikulum di bilik darjah. Sekolah satu aliran sangat penting untuk menyatupadukan rakyat Malaysia dan ia bersesuaian dengan konsep Satu Malaysia yang dilancarkan oleh Perdana Menteri iaitu Dato Seri Najib Tun Abdul Razak.Beliau berkata sistem pendidikan yang mengamalkan sekolah pelbagai aliran ketika ini tidak membantu rakyat menyelami makna sebenar gagasan 1Malaysia kerana sejak dari kecil lagi rakyat sudah diasingkan mengikut aliran dan bahasa ibunda masing-masing dan apabila dewasa, semangat kerjasama dan persefahaman sukar untuk diwujudkan. Walaupun terdapat beberapa pihak yang membantah cadangan pembentukan sekolah satu aliran. Mereka yang berbuat demikian perlu menilai sejauh mana sistem pendidikan ketika ini boleh membantu mengukuhkan pembentukan sebuah negara bangsa.Dalam prepektif lain, Tun Mahathir Mohammad (Internet) menyatakan bahawa sistem pendidikan satu aliran sebenarnya telah pun diamalkan tetapi kebanyakan daripada kita tidak faham peranan sistem sekolah kebangsaan. Beliau menjelaskan semasa kerajaan membentuk sistem sekolah kebangsaan dahulu, sekolah-sekolah aliran jenis cina dan tamil sudah pun ada. Kerajaan memberi bantuan kepada sekolah aliran tersebut dengan harapan murid-murid dari sekolah itu akan menyertai sekolah kebangsaan.Tetapi malangya, sehingga kini orang cina dan india tidak berminat menghantar anak mereka ke sekolah kebangsaan kerana susananya kurang menarik serta bimbang anak-anak mereka terpengaruh dengan adat resam Melayu terhadap sekolah kebangsaan. Lalu apa yang berlaku dalam sistem persekolahan sekarang adalah faktor sikap perkauman yang masih menebal di kalangan masyarakat.Oleh hal yang demikian, kesedaran masyarakat terhadap sekolah satu aliran harus dipertimbangkan untuk memupuk perpaduan antara kaum supaya perpecahan tidak akan berlaku dan Tragedi 13 Mei tidak akan berulang lagi. (http://tuanmat.tripod.com/aliransekolah.html)

2.0 Matlamat Pelaksanaan Sekolah Satu AliranSetiap penubuhan institusi dan organisai memerlukan matlamat untuk menjayakan program itu. Penubuhan sistem sekolah satu aliran juga tidak ketinggalan dalam melaksanakan matlamat mereka.Matlamat utama penubuhan sistem sekolah satu aliran adalah untuk perpaduan nasional yang tulen, sejati dan harmoni selari dengan gagasan 1Malaysia. Perdana Menteri Malaysia, Dato Seri Najib bin Razak melaksanakan gagasan 1Malaysia yang mempuyai banyak kebaikan dalam penyatuan perpaduan antara kaum. Sejajar dengan gagasan 1Malaysia, sistem sekolah satu aliran adalah salah satu landasan untuk mempraktikkan gagasan itu. Justeru, perpaduan nasional yang tulen, sejati dan harmoni dapat merealisasikan gagasan 1Malaysia dan dapat memperkukuhkan perpaduan kaum, Sekolah satu aliran perlu diterima sebagai satu wahana untuk membentuk identiti dan jati diri rakyat Malaysia tanpa mengira kaum. Identiti dan jati diri setiap kaum di negara ini akan terus wujud sebagai komponen yang penting yang mewarnai dan mewujudkan perpaduan sejati di Malaysia. Melalui sekolah satu aliran, murid kaum lain masih berhak mempelajari bahasa ibunda masing-masing di samping membolehkan mereka memupuk dan mencapai matlamat perpaduan dan integrasi nasional menerusi pendidikan. (http://sekolahsatualiran.blogspot. my/2010/08/matlamat_28.html)

3.0 Pendapat dan Pandangan Pelaksanaan Sekolah Satu AliranTerdapat ramai tokoh yang beribawa memberi pandangan dan pendapat masing masing tentang pelaksanaan Sekolah Satu Aliran. Antara tokoh-tokoh yang memberi pendapat dan pandangan mereka ialah Professor Emeritus Tan Sri Khoo Kay Kim, Tan Sri Ainuddin Wahid dan Professor Datuk Dr Kamaruddin.Menurut Professor Emiritus Tan Sri Khoo Kay Lim, Beliau yang mencadangkan pelaksanaan sekolah satu aliran kerana beliau yakin dengan pelaksanaan ini dapat lebih mengeratkan perpaduan antara kaum seperti konsep 1Malaysia yang dilancarkan oleh Perdana Menteri kita iaitu Dato Seri Najib Tun Abdul Razak malahan dapat membina generasi muda yang lebih memahami dan saling menghormati sesama kaum. Beliau juga berpendapat pelaksanaan sekolah pelbagai aliran seperti sekarang tidak membantu rakyat menyelami makna sebenar gagasan 1Malaysia. Katanya lagi, sejak dari kecil lagi rakyat sudah diasingkan mengikut aliran dan bahasa ibunda masing-masing dan apabila dewasa, semangat kerjasama dan persefahaman sukar untuk dijalankan. (http://sekolah satualiran.blogspot.my/)Tan Sri Ainuddin Wahid sebagai seorang tokoh pendidikan beliau berpendapat pelaksanaan sekolah satu aliran sepatutunya dilaksanakan sebelum merdeka lagi seperti yang dicadangkan 48 tahun lalu oleh Allahyarham Aminuddin Baki yang menjadi Penasihat Pelajaran Negara. Tan Sri Ainuddin menjelaskan, cadangan Aminuddin itu kerana beliau telah menjangka masalah perkauman pasti akan timbul dikemudian hari berikutan setiap kaum mendapat pendidikan di sekolah berlainan. Jika sekolah satu aliran ini ditubuhkan, maka sekolah jenis kebangsaan akan dimansuhkan. Hal ini kerana, semua pelajar akan menjalankan persekolahan mereka menggunakan sistem persekolahan yang sama iaitu sekolah satu aliran. (http://sekolahsatualiran.blogspot.my/)Professor Datuk Dr Kamaruddin juga berpendapat sekolah satu aliran dapat mewujudkan perpaduan dan integrasi nasional. Wujudnya sistem pendidikan yang menggunakan satu bahasa pengantar, secara tidak langsung akan mewujudkan satu sistem nilai dan budaya sosial. Jika pengasingan pendidikan mengikut kaum ini berterusan, ia akan menghasilkan masyarakat yang terpisah di antara satu sama lain, mengakibatkan satu suasana segrasi dengan memiliki bibit perpecahan yang berbahaya. (http://sekolahsatualiran.blogspot.my/)Selain tokoh, masyarakat yakni pendidik dan pelajar juga memberi pendapat dan pandangan mereka tentang pelaksanaan Sistem Sekolah Satu Aliran. Pendidik dan pelajar adalah mereka yang terlibat dalam pelaksanaan ini. Menurut pendidik, sebagai seorang yang sangat berkait rapat dengan pendidikan, sistem ini wajar dilaksanakan kerana semestinya dapat memupuk semangat kekitaan antara kaum. Walaupun banyak positifnya dalam pelaksanaan sistem ini namun negatifnya juga ada seperti lambakan guru-guru yang tidak punya kerja selepas tamat pengajian kerana semua sekolah diseragamkan. Selain itu sebagai seorang yang sudah lama mengajar dan pemerhatian yang dibuat, mungkin akan timbulnya masalah kesesuaian sosiobudaya antara pelajar.Pelajar juga berpendapat pelaksanaan sekolah satu aliran ini patut dilaksanakan berikutan masalah perkauman yang kurang senang ditonton masa sekarang. Tetapi jika melihat dari perspektif lain, mungkin akan timbul masalah lain seperti pergaduhan antara sesama kaum bagi mempertahankan bahasa ibunda masing-masing. Mungkin cara lain, kerajaan perlu mengambilberat mengenai isu ini dan adil dengan semua kaum jika mahu pelaksanaan ini terhasil.

4.0 Ciri-ciri Pelaksanaan Sekolah Satu AliranTerdapat beberapa ciri yang telah diletakkan dalam sistem Sekolah Satu Aliran ini. Antara ciri-ciri yang dibincangkan adalah dari segi kurikulum dan bahasa pengantar serta kokurikulum. Setiap pelaksanaan haruslah mempunyai ciri-ciri tertentu bagi membezakan ia dari perlaksaan yang lain..Sekolah Satu Aliran menggunakan Kurikulum Kebangsaan dengan bahasa pengantar di Sekolah Kebangsaan ialah Bahasa Malaysia manakala SJK(C) menggunakan Bahasa Cina dan SJK(T) menggunakan Bahasa Tamil.Mata pelajaran yang diajar di sekolah adalah mengikut Kursus-Kursus Pengajian bagi jenis aliran sekolah. Pengajaran dan pembelajaran di Sekolah Satu Aliran juga adalah mengikut jenis aliran sekolah dan jumlah tenaga pengajarnya adalah mengikut norma perjawatan yang telah ditetapkan. Kokurikulum adalah salah satu ciri pelaksanaan Sistem Sekolah Satu Aliran yang telah ditetapkan oleh kerajaan. Selain daripada aktiviti kokurikulum yang sedia ada di setiap sekolah, warga Sekolah Satu Aliran digalak menjalankan aktiviti kokurikulum tambahan secara bersama. Bahasa pengantar masing-masing juga boleh digunakan semasa aktiviti kokurikulum dijalankan oleh sekolah masing-masing. Dalam sebarang bentuk pertandingan sama ada aktiviti kurikulum atau aktiviti kokurikulum, sekolah-sekolah berkenaan akan menghantar wakil terbaik dari sekolah masing-masing. Di samping itu, sekolah berkenaan boleh menghantar wakil sebagai satu pasukan sekolah satu aliran dalam aktiviti kurikulum dan kokurikulum yang melibatkan pasukan yang mempunyai ramai penyertaan. Untuk mengeratkan perpaduan antara kaum, Sekolah-Sekolah Satu Aliran adalah digalakkan mengadakan Temasya Sukan Tahunan, Hari Guru, Hari Kebangsaan, Hari Kantin secara bersama. Namun demikian, sekolah masing-masing boleh mengadakan acara-acara tersebut secara berasingan. Perhimpunan bulanan hendaklah dijalankan secara bersama dengan menggunakan bahasa Malaysia sebagai bahasa rasmi perhimpunan. Bagaimanapun, bahasa Cina dan bahasa Tamil juga boleh digunakan untuk memperjelaskan jika ada isu-isu yang perlu diperjelaskan. Sekolah-sekolah berkenaan boleh menjalankan perhimpunan mingguan dan perhimpunan-perhimpunan lain dengan menggunakan bahasa pengantar masing-masing. (http://bpkupg.blogspot.my/2009/07 /konsepdanpelaksanaansekolahwawasan.html.)

5.0 Faktor Pelaksanaan Sekolah Satu AliranSekolah merupakan tempat yang terbaik untuk memulakan hubungan integrasi pada peringkat awal. Oleh demikian, pihak kerajaan berusaha untuk melaksanakan sekolah satu aliran untuk memupuk perpaduan kaum. Pada masa yang sama, banyak pihak menentang pelaksanaan sekolah satu aliran tersebut kerana bimbang bahasa dan identiti kaum mereka terhakis. Justeru itu, nilai dan kepentingan tidak seharusnya menjadi perbalahan kerana pendidikan merupakan landasan terbaik dalam mewujudkan perpaduan di kalangan generasi muda.Faktor yang seterusnya ialah sekolah satu aliran akan menyediakan satu persekitaran di mana remaja berbilang kaum bukan sahaja boleh melalui proses pembelajaran dengan selesa tetapi juga menyediakan ruang yang secukupnya untuk mereka berinteraksi dan memahami di antara satu sama lain. Ini merupakan satu proses menuju ke arah sebuah negara maju dalam erti kata saling memahami perasaan dan sensitiviti di kalangan rakyat yang berbilang kaum serta menjamin kestabilan politik, ekonomi dan sosial.Sekolah satu aliran iaitu sekolah kebangsaan bukan sekolah Melayu tetapi sekolah untuk semua kaum. Sekarang ini pun orang Melayu tidak mempunyai sekolah sendiri berbanding Cina dan India yang mempunyai sekolah jenis kebangsaan. Pemimpin politik bukan Melayu gagal mewaraskan kaum mereka bahawa sekolah satu aliran adalah sekolah semua anak Malaysia. (http://ikatanperpaduan.blogspot.my/2009/11/sekolah-satu-aliran.html)Selain itu, sekolah satu aliran adalah untuk mewujudkan integrasi antara kaum di kalangan pelajar, guru dan juga ibu bapa selain memupuk semangat keharmonian di negara ini. Keharmonian dan nilai perpaduan semua kaum akan dapat diperkuatkan di peringkat akar umbi lagi. Kita semua dapat menjadikan ia sebagai satu identiti masyarakat yang harmoni di negara ini yang selaras dengan gagasan 1Malaysia. (http://ikatanperpaduan.blogspot.my/2009/11/ sekolah -satu-aliran.html)

6.0 Kesan-kesan Pembentukan Sekolah Satu AliranKewujudan sekolah satu aliran ini melangkaui sempadan kaum dan budaya. Hal ini menimbulkan beberapa implikasi dalam pelbagai aspek terutamanya dalam kalangan pelajar.Antara kesan positif kewujudan sekolah satu aliran adalah dapat menyemai dan memupuk semangat perpaduan dalam kalangan pelajar, membuka ruang masa dan tempat untuk saling mengenali dan memahami etika kemanusiaan tersendiri dan dapat menyemai semangat perpaduan nasional dalam kalangan pelajar. Melalui sistem pendidikan sekolah satu aliran yang sistematik, ia dapat menghasilkan suasana pembelajaran yang lebih harmoni. Sekolah satu aliran menyatukan semua kaum dalam satu sekolah yang mana menggunakan satu bahasa sebagai bahasa pengantar sementara bahasa kaum lain turut ditawarkan mengikut keperluan. Sebab itulah pentingnya, seperti yang dicadangkan oleh ahli akademik dan tokoh pendidikan negara supaya Kementerian Pendidikan mewujudkan sekolah satu aliran. Matlamat atau agendanya adalah satu iaitu perpaduan kaum. (http://www.utusan.com.my/berita/nasional/kekuatan-politik-mampu-realisasikan-sekolah-satu-aliran-1.143454)Kesan positif seterusnya, ia dapat mengikis masalah perkauman antara kaum iaitu melayu, cina dan india. Sekolah satu aliran dapat mengubah masalah yang sekian lama yang telah berlaku ini sehingga berlakunya Tragedi 13 Mei. Pergaduhan antara kaum yang sangat dahsyat sehingga diisytiharkan darurat. Melalui sistem ini, pelajar dapat bergaul dan memahami antara satu sama lain. Disamping itu, ia dapat mewujudkan satu nilai dan budaya sosial pada masa hadapan.Selanjutnya, sistem sekolah satu aliran dapat mengukuhkan lagi pembentukan sebuah negara bangsa yang jelekit. Semangat kerjasama dan persefahaman dapat diwujudkan dalam kalangan kaum melayu, cina dan india. Mereka perlu dididik untuk memahami dan menghormati bangsa lain sejak mereka kecil lagi kerana kefahaman sejak kecil yang ditanam dalam diri mereka sehingga dewasa akan terus kekal sehingga masa yang akan datang. Hal ini sangat penting apabila mereka memasuki alam perkerjaan dan hidup bermasyarakat. Mereka akan bergaul dan hidup di bawah satu payung yang sama. Majoriti pendapat dan pandangan para tokoh-tokoh dan masyarakat sekeliling menyatakan pelaksanaan sekolah satu aliran ini dapat memupuk semangat perpaduan yang lebih tinggi. Di samping boleh bergaul secara meluas di antara mereka, secara tidak langsung, mereka juga boleh memahami budaya kaum lain. Sekolah dapat menggabungkan kanak-kanak berbilang kaum dari kecil lagi dengan murid-murid berpeluang mendekati budaya yang berbeza. Sekolah juga adalah tempat terbaik untuk memulakan hubungan integrasi. Apabila kanak-kanak sudah terdedah dan terbiasa dengan pergaulan antara berbilang kaum di sekolah, mereka tidak akan mengalami kejutan apabila memasuki alam pekerjaan dan bermasyarakat. Kesan positif lain, ia dapat memberi laluan kepada kehidupan satu bangsa Malaysia yang lebih harmoni. (http://www.utusan.com.my/berita/nasional/kekuatan-politik-mampu-realisasikan-sekolah-satu-aliran-1.143454)Jika wujudnya kesan positif, pasti wujudnya jugak kesan negatif. Begitu juga dalam pelaksanaan ini mempunyai kesan negatif. Antara kesan negatifnya adalah masalah pertukaran agama kerana sekolah satu aliran terdiri daripada pelajar yang berlainan agama. Masalah ini mungkin berlaku kepada pasangan yang berlainan agama. Terutama kepada pelajar perempuan yang beragama Islam. Jika masalah ini tidak dibendung dari awal mungkin akan menjatuhkan imej penganut agama Islam. Penghapusan etnik dan budaya yang memungkinan kelab kebudayaan dari sekolah Cina ataupun Tamil sebelum ini akan dihadkan apabila sekolah dan kaum telah bergabung kerana mereka terpaksa mencantumkan kebudayaan antara tiga kaum menjadi satu. Selain itu, sistem persekolahan adalah faktor sikap perkauman yang masih menebal dalam kalangan masyarakat. Sehingga kini, kaum Cina dan India tidak berminat menghantar anak mereka ke sekolah kebangsaan kerana suasananya kurang menarik serta bimbang anak-anak mereka terpengaruh dengan adat resam Melayu dan agama Islam. Sikap dan fahaman agama yang begitu kuat juga menakutkan bukan Melayu terhadap sekolah satu aliran ini. Menurut Presiden MIC, Datuk Seri S. Samy Vellu menganggap sistem pendidikan yang membenarkan kewujudan sekolah yang berbeza-beza aliran berdasarkan kaum yang sedia ada sudah dapat memenuhi hasrat semua kaum. (http://ww1.utusan.com.my/utusan/info. asp?y=2001&dt=0320&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_02.htm)Tambahan lagi, isu agama terus dikhuatiri para ibu bapa jika berlakunya percintaan antara berlainan agama. Percintaan antara pelajar seagama juga dapat menyumbangkan perkara-perkara yang sumbang dan tidak diingini, inikan pula percintaan antara pelajar yang berlainan agama. Hal ini boleh mendatangkan masalah sosial dengan lebih serius. Oleh itu, sistem sekolah satu aliran ini, perlu diambil perhatian tentang isu keagamaan ini kerana ianya menjadi kesan negatif dalam perlaksanaan sistem ini.Dalam pelaksanaan Sistem Sekolah Satu Aliran, terdapat beberapa kesan positif dan kesan negatifnya. Kesan positif dalam pelaksanaan ini adalah kewujudan sekolah satu aliran ini melangkaui sempadan kaum dan budaya. Hal ini menimbulkan beberapa implikasi dalam pelbagai aspek terutamanya dalam kalangan pelajar itu sendiri.

7.0 Contoh Sekolah Yang Melaksanakan Sekolah Satu AliranPelaksanaan Sekolah Satu Aliran merupakan sistem pendidikan yang bertujuan mewujudkan perpaduan dan integrasi nasional sertamenggunakan satu bahasa penghantar di sekolah. Sekolah Victoria Institution (V.I) merupakan contoh terbaik Sekolah Satu Aliran di Malaysia. Melalui sekolah satu aliran, murid kaum lain masih berhak mempelajari bahasa ibunda masing-masing di samping membolehkan mereka memupuk dan mencapai matlamat perpaduan dan integrasi nasional menerusi pendidikan. (Kua Choon Sheng, 28 Ogos 2010. http://sekolahsatualiran.blogspot.my/.)Sekolah Menengah Kebangsaan Victoria (SMK Victoria) telah ditubuhkan pada tahun 1893 sebagai satu peringatan kepada Queen Victoria. Bangunan asal sekolah dibina di High Street, Kuala Lumpur. Tapak ini amat rendah dan kerap mengalami banjir. Maka satu bangunan baru dibina pada tahun 1927 di Bukit Petaling (tapak sekarang) yang berkedudukan tinggi. Bangunan ini telah dirasmikan oleh Sir Hugh Clifford pada 26 Mac 1929. (http://smkvictoria. edu.my/)Sekolah Victoria Institution merupakan antara sekolah perdana untuk sekolah lelaki dan perempuan bagi Tingkatan 6. Sekolah ini dikenali umum sebagaiV.Idan para pelajar yang belajar di Victoria dikenali sebagaiVictorian. Victoria merupakan sekolah satu aliran yang tertua di Kuala Lumpur danterletak di Jalan Hang Tuah,Kuala Lumpur. Sekolah ini juga merupakan sekolah jenis kerajaanbukan berasrama penuhlelaki. Lencana dan cogan kata Victoria melambangkan kelelakian iaitu To Be a Scholar, a Sportsman and a Gentlemen. Pada tahun 2015 , Victoria mencipta misi dan visi baharu , iaitu Melestarikan sistem pendidikan yang berkualiti untuk membangunkan potensi individu bagi memenuhi aspirasi Negara bagi Misi Sekolah dan Pendidikan berkualiti , Insan terdidik , Negara sejahtera bagi Visi sekolah. (https://ms.wikipedia.org/wiki/Sekolah_Menengah_Kebangsaan_Victoria)Ibu bapa daripada pelbagai kaum berlumba-lumba ingin menghantar anak-anak mereka belajar di sekolah VI itu. Suasana perkauman yang menarik adalah salah satu factor yang menjadikan sekolah VI sekolah terbaik dalam sistem satu aliran. Kita dapat melihat bagaimana mesranyapelajar-pelajar dari ketiga-tiga kaum bergaul mesra dan bersaing secara sihat dalam pelajaran. Selain pelajar yang berbilang kaum, guru-guru dan staf juga mempunyai komposisi ketiga-tiga kaum ini. Begitu juga dengan Persatuan Ibu Bapa dan Guru juga diwakili ketiga-tiga kaum ini. Selain mempunyai suasana pelajaran yang menarik, suasana semasa bersukan dan apa jua kokurikulum juga menarik dek kemesraan antara mereka. Sekolah VI ini mempunyai keselarasan matapelajaran yang dipelajari justeru menjadikan iasebagai sekolah cemerlang. . (http://ikatanperpaduan.blogspot.my/2009/11/sekolahsatualiran.html)

8.0 Cabaran dan Pendekatan Pelaksanaan Sekolah Satu AliranBanyak cabaran yang perlu dihadapi dalam pelaksanaan system sekolah satu aliran. Antaranya ialah sistem pendidikan yang berasingan menyebabkan kesukaran memupuk perpaduan.. Beberapa pergaduhan dan ketegangan kaum bermula dari peristiwa 13 Mei 1969, peristiwa masjid kampung rawa-kali raja mathuraiveeran pada1998 dan terbaru di jalan klang lama merupakan isyarat mencemaskan betapa perpaduan rakyat pelbagai kaum begitu rapuh . Dasar pendidikan kebangsaan menjadi tunjang perpaduan di malaysia .tidak dinafikan bahawa sekolah dan pendidikan memainkan peranan yang sangat penting. Di Malaysia,terdapat empat jenis buah sekolah yang terdiri daripada sekolah Melayu, Cina, Tamil dan Inggeris. Keempat-empat buah sekolah ini menggunakan sukatan pelajaran yang berbeza. Hal ini menyebabkan ketidakseragaman bahasa, identiti dan fahaman. Keadaan ini,menimbulkan dampak dalam memupuk perpaduan rakyat Malaysia. Terdapat beberapa aspek perpaduan yang perlu dibincangkan seperti aspek masyarakat, pihak sekolah dan media massa. Dari segi masyarakat, Ibu bapa di Malaysia boleh memilih sama ada mahu menghantar anak-anak mereka ke sekolah kebangsaan atau jenis kebangsaan. Tiada sesiapa yang boleh memaksa atau menghalang mereka dalam membuat keputusan. Bagaimanapun, apa yang dilihat sekarang, ramai dalam kalangan ibu bapa kaum Cina dan India lebih berminat menghantar anak mereka ke sekolah jenis kebangsaan bahasa ibunda masing-masing. Jika pengasingan pendidikan mengikut kaum ini berterusan, ia akan menghasilkan masyarakat yang terpisah di antara satu sama lain, mengakibatkan satu suasana segrasi dengan memiliki bibit perpecahan yang berbahaya.Selain itu, pihak sekolah juga merupakan aspek perpaduan kaum di sekolah satu aliran.Pendidikan telah lama dianggap sebagai satu elemen dalam menyatupadukan rakyat. Namun begitu, sekolah jenis kebangsaan yang menggunakan bahasa pengantar bukan Melayu masih terus kekal bagi menjaga identiti kaum Cina dan India. Sehingga kini, kita masih lagi berhadapan dengan kekangan untuk memupuk integrasi nasional di kalangan rakyat Malaysia. Walaupun di peringkat sekolah menengah, kaum Melayu, Cina dan India serta kaum-kaum lain sama-sama mengikuti pembelajaran, tidak wujud semangat kekitaan yang menyeluruh. Masih wujud budaya prejudis dan stereotaip di negara ini. Media massa juga aspek penting dalam penyebaran berita atau isu pelaksaan sekolah satu aliran. Pengaruh yang sangat mudah meresapi jiwa rakyat adalah media massa seperti televisyen, radio dan surat khabar. Elemen ini sepatutnya memainkan yang besar dalam menyatupadukan rakyat yang berbagai kaum ini. Didapati setiap kaum lebih suka kepada rancangan atau program televisyen dan radio yang menggunakan bahasa ibunda masing-masing. Begitu juga dengan akhbar-akhbar yang dijual, permintaannya juga mengikut komposisi penduduk di mana setiap kaum cenderung memilih versi bahasa ibunda.Selain itu, perbezaan agama dan budaya juga menjadi cabaran dalam pelaksanaan sistem ini. Falsafah Pendidikan Kebangsaan menyatakan bahawa Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang harmoni dan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Keseluruhan masyarakat Melayu di Malaysia menganuti agama Islam, masyarakat Cina pula menganuti agama Buddha, manakala masyarakat India menganuti agama Hindu. Bumiputera Sabah dan Sarawak tidak terkecuali kerana mereka mempunyai pelbagai kepercayaan. Perbezaan latar belakang rakyat sebegini menyukarkan perpaduan di bentuk, Namun masalah ini bukanlah terletak pada agama tetapi sikap manusia yang jahil menyebabkan perselisihan faham berlaku.(Siti Fatimah Binti Othman, http://sekolahsatualiran.blogspot.my/2010/08/cabarandalammelaksanakan_ 28.html)Bantahan daripada pelbagai pihak terhadap cadangan penubuhan sekolah satu aliran memperlihatkan mentaliti perkauman di negara ini. Hakikatnya, Perdana Menteri menyatakan bahawa sistem pendidikan satu aliran sebenarnya telah pun diamalkan tetapi kebanyakan daripada kita tidak faham peranan sistem sekolah kebangsaan. Mereka yang menentang cadangan sekolah satu aliran ini adalah mereka yang tidak mengutamakan cita-cita dan rakyat Malaysia untuk membentuk sebuah negara yang bersatu padu. Sebelum ini pun terdapat pihak yang menentang dan membantah penubuhan Sekolah Wawasan dan meminta pihak kerajaan menarik balik cadangan membina sekolah itu di Subang Jaya, Selangor dan Johor Jaya, Johor. Alasan mereka menolak Sekolah Wawasan kerana bimbang penggunaan bahasa Cina dan bahasa Tamil akan dihapuskan manakala sekolah itu juga dilihat tidak boleh menyatupadukan kaum. Walau bagaimanapun kerajaan tidak akan menghalang dasar sekolah pelbagai aliran sekarang diubah kepada satu aliran jika itu yang rakyat mahukan dan mendapat sokongan rakyat pelbagai kaum.Rakyat terutamanya kaum India dan Cina tidak harus bimbang dengan cadangan ini kerana kerajaan akan mendengar suara rakyat sebelum memutuskan sesuatu. (Nazialita Geynna Maharan, http://sekolahsatualiran.blogspot.my/2010/08/cabaran-dalammelaksanakan_ 28.html)8.1 Isu Dan CabaranEtnik Dan KebudayaanDi dalam mengupas dan membincangkan mengenai tajuk sekolah satu aliran ini, sedar ataupun tidak, terdapat beberapa isu telah timbul. Isu- isu ini telah dibangkitkan selepas Prof Emiratus Tan Sri Dr Khoo Kay Kim yang merupakan seorang tokoh sejarah telah menyokong cadangan Mukhriz Mahathir agar sistem pelbagai sekolah dihapuskan dan disatukan menjadi sistem tunggal dengan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar, bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua dan bahasa ibunda orang Cina serta India diperkukuh dan diperluaskan pengajarannya. Dipetik daripada Utusan Malaysia pada 2 Disember, Prof Emiratus Tan Sri Dr Khoo Kay Kim telah menyifatkan bahawa, cadangan Mukhriz yang juga Ahli Parlimen Jerlun merangkap ahli majlis kerja Pemuda Umno ini adalah sangat baik dan menyamai cadangan dalam Penyata Razak 1956 dan Jawatankuasa Barnes (1950). Namun, cadangan ini telah mendapat tentangan daripada pelbagai pihak terutamanya orang Cina dan India. Hal yang demikian telah mencetuskan bermacam- macam isu yang jika dibiarkan boleh membawa masalah kepada perpaduan antara kaum.Antara isu yang paling banyak dibangkitlan rata-ratanya menyentuh kepada elemen etnik dan kebudayaan. Kebudayaan merupakan sesuatu yang amat penting bagi setiap kaum atau etnik. Dengan kebudayaan ini jugalah sesebuah etnik itu dapat dibezakan dengan etnik yang lain. Memandangkan ia adalah antara sesuatu yang berharga, maka setiap individu daripada kumpulan etnik itu akan cuba dengan sedaya upaya untuk mempertahankan kebudayaan masing-masing. Hal yang sedemikian telah menyebabkan cadangan untuk menubuhkan sekolah satu aliran kurang diterima oleh sesetengah masyarakat di Malaysia ini terutamanya oleh etnik Cina dan India dengan alasan masing-masing ingin tradisi dan kebudayaan mereka dikekalkan. Ini bermaksud, mereka ingin bahasa ibunda mereka dijadikan seebagai bahasa penghantar dan bahasa Melayu menjadi bahasa kedua semasa perlaksanaan sistem sekolah satu aliran itu. Jika kita kaji dan renungkan semula, isu Malaysia sebagai sebuah negara berbilang kaum penting untuk difikirkan. Kita melihat perbezaan bukan sahaja dari segi etnik malahan dari aspek ekonomi, kebudayaan dan agama. Sesuatu etnik adalah mustahil untuk menjadi etnik yang lain. Maka struktur ekonomi, budaya dan pendidikan telah dijadikan pemangkin untuk mencapai perpaduan. Kerajaan telah merancang berbagai strategi jangka panjang untuk menyelesaikan masalah berkaitan hubungan antara etnik. Antaranya adalah melalui dasar-dasar pendidikan pada tahun 1970an seperti perubahan aliran Inggeris kepada bahasa Melayu. Pada tahun 1979, Laporan Jawatankuasa Kabinet dihasilkan sebagai matlamat untuk mencapai perpaduan dalam masyarakat pelbagai etnik. Sistem pendidikan melalui bahasa kebangsaan, pengalaman persekolahan yang sama dan peperiksaan yang selaras telah menyediakan pengalaman-pengalaman yang bertujuan mensosialisasikan pelajar-pelajar ke arah cara berfikir yang sama. Pada masa kini, murid-murid di sekolah dididik untuk memeperkembangkan nilai-nilai positif yang akan menggalakkan perpaduan. Kurikulum sekolah dibentuk sebegitu rupa agar ianya mempunyai hubungan yang erat dengan perpaduan nasional. Kurikulum juga dapat membentuk personaliti dan watak baik sebagaimana yang dikehendaki oleh aspirasi negara. Cabaran ataupun masalah berbangkit sememangnya banyak yang perlu ditempuhi oleh pihak kerajaan dan pihak-pihak lain yang berkenaan. Etnik Cina dan India sekeras-kerasnya menyatakan yang mereka ingin menjadikan bahasa ibunda mereka sebagai bahasa penghantar dan agama serta kebudayaan masing-masing sebagai yang utama dalam perlaksanaan sekolah satu aliran itu kelak. Mereka juga ingin sistem perlaksanaan sekolah tersebut dijalankan seperti sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil (SJKC dan SJKT ) kerana pada mereka, sistem persekolahan tersebut adalah yang terbaik. Hal ini menambahkan lagi masalah kerana mana mungkin sesebuah sistem persekolahan menggunakan dua bahasa penghantar yang sama pada satu masa. Mereka berasa sangat khuatir terhadap kebudayaan masing-masing akan terhakis dan lenyap apabila anak mereka dihantar untuk belajar di sekolah satu aliran kelak. Sikap mereka yang terlalu mementingkan kebudayaan masing-masing ini sedikit sebanyak akan menambahkan kerumitan dan menyebabkan keadaan menjadi tegang. Ketegangan ini juga, jika tidak dikawal akan dikhuatiri menyababkan hubuan antara etnik di Malaysia ini menjadi semakin rapuh.Perpaduan Dan PerkaumanSelain itu, isu yang melibatkan dan menyentuh sensitiviti perpaduan dan perkauman dalam membincangkan cadangan pelaksanaan sekolah satu aliran ini juga hangat diperkatakan disana sini. Etnik Cina dan India adalah kelompok majoriti yang mempersoalkan cadangan penubuhan sekolah satu aliran ini. Ramai yang mempersoalkan, jika ingin meningkatkan perpaduan antara kaum, mengapa baru ditubuhkan sekarang dan bukan daripada dahulu lagi. Nampaknya penerimaan mereka terhadap sekolah satu aliran ini amatlah tipis. Jika kita merujuk kembali kepada sejarah terdahulu mengenai sistem persekolahan ini, sekolah satu aliran ini sebenarnya telah lama dicadangkan untuk dilaksanakan bagi tujuan mengeratkan perpaduan antara kaum. Menurut tokoh pendidik, Tan Sri Ainuddin Wahid, sekolah satu aliran sepatutnya dilaksanakan sebelum merdeka lagi seperti yang dicadangkan 48 tahun lalu oleh Allahyarham Aminuddin Baki yang menjadi Penasihat Pelajaran Negara. Ainuddin menjelaskan, cadangan Aminuddin itu kerana beliau telah menjangkakan masalah perkauman pasti akan timbul di kemudian hari berikutan setiap kaum mendapat pendidikan di sekolah yang berlainan. ``Jangkaan beliau itu betul dan kita lihat apa yang berlaku sekarang. Jika kita bertegas dari dulu dan semua kaum sanggup berkorban untuk belajar di satu sekolah mungkin soal permusuhan antara kaum tidak terjadi,'' katanya. Kata -kata beliau terang lagi jelas dapat menjawab semula isu yang telah dibangkitkan yang mempersoalkan sistem sekolah satu aliran yang baru ingin diwujudkan sekarang. Jika sekolah satu aliran ini ditubuhkan, maka sekolah jenis kebangsaan akan di mansuhkan. Hal ini kerana, semua pelajar akan menjalankan persekolahan mereka dengan menggunakan sistem persekolahan yang sama iaitu sekolah satu aliran. Etnik lain tidak bersetuju terhadap penubuhan sekolah ini juga kerana mereka terpaksa menggunakan Bahasa Melayu sepenuhnya semasa sesi pengajaran dan pembelaran. Jika dibandingkan di SJK mereka dahulu, mereka bebas untuk belajar dan bertutur dalam bahasa ibunda mereka. Ini merupakan halangan yang besar kepada pihak kerajaan kerana terpaksa berhadapan dengan pelbagai isu dan cabaran. Hal ini sebenarnya adalah berpunca daripada semangat perkauman yang telah lama menebal dalam diri mereka. Sejak daripada kecil, mereka telah dilahirkan dan dibesarkan berlatar belakangkan etnik dan kebudayaan masing-masing. Semasa menerima pendidikan awal di sekolah tadika dan sekolah rendah juga mereka telah dibiasakan untuk bertutur menggunakan bahasa ibunda mereka. Tetapi, apabila memasuki alam sekolah menengah, mereka terpaksa bersekolah di sekolah yang menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa penghantar. Perkara ini sedikit sebanyak telah memberikan masalah kepada mereka untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran dan dalam masa yang sama mereka perlu memahirkan diri mereka untuk bertutur dengan fasih dalam bahasa Melayu. Hal ini adalah merupakan salah satu daripada penghalang dan sebab mengapa mereka mnenentang sekeras kerasnya cedangan penubuhan sekolah satu aliran ini. Akibat daripada keyakinan yang kurang, mereka telah memberikan pelbagai alasan bagi mengelakkan sekolah satu aliran ini tidak dilaksanakan. Ada juga ibu bapa yang menentang cadangan ini kerana mereka khuatir apabila anak mereka dihantar di sekolah ini, fikiran mereka tidak berkembang kerana kurangnya komunikasi antara pelajar dan guru. Jika berlaku masalah komunikasi, maka proses pengajaran dan pembelajaran tidak dapat dilakukan secara optimum disebabkan tiada komunikasi dua hala. Hanya para guru yang bercakap, tetapi pelajar hanya mendengar dan tidak mahu memberikan pandangan dan idea kerana mungkin disebabkan perasaan malu ataupun takut ditertawakan oleh rakan-rakan kerana tidak fasih Berbahasa Melayu. Situasi ini amatlah merugikan pelajar kerana masalah komunikasi telah menjadi penghalang bagi mereka untuk berkomunikasi seterusnya bertukar-tukar idea dan pandangan. Jika perkara yang terjadi ini terus dibiarkan begitu sahaja tanpa memirkan cara yang sesuai untuk mengatasi, maka Malaysia akan kekurangan pelapis untuk menjadi pemimpin pada masa hadapan yang terdiri daripada seorang yang betul-betul berkeyakinan dan berani bersuara.EkonomiMalaysia sebagai sebuah negara yang kian pesat membangun, sudah pastinya akan mengalami perubahan dalam semua aspek keperluan negara, khususnya dalam bidang politik, sosial dan ekonomi. Jika disoroti kembali sejak negara mencapai kemerdekaan, berbagai usaha telah dilakukan untuk membetulkan semula kepincangan dan perpecahan yang dilakukan oleh pihak penjajah terutamanya untuk menyatupadukan semula kaum melalui pelbagai program yang bersepadu seperti Dasar Ekonomi Baru (DEB). Ekonomi Malaysia merupakan ekonomi terbuka dan justeru itu, ia terdedah kepada ketidaktentuan perdagangan luar dan aliran modal antarabangsa. Penyusunan semula masyarakat kita supaya menjadi lebih seimbang terutamanya dari segi pemikiran ekuiti ekonomi sudah hampir tercapai. Namun, penyusunan masyarakat kita dari segi pendidikan masih belum menampakkan hasil yang membanggakan. Keadaan ekonomi negara yang kurang baik pada hari ini menyebabkan banyak institusi yang bergantung kepada derma dan sumbangan kewangan korporat menghadapi masalah kewangan yang serius.Antara yang teruk berhadapan dengan situasi ini ialah sekolah-sekolah bukan kebangsaan iaitu Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (SRJK) Cina, SRJK Tamil, Sekolah Agama Rakyat (SAR). Prasarana kebanyakan SRJKT dan SAR amat daif dan sesetengahnya tidak sesuai untuk pelajar mengikuti pembelajaran awal kepada anak-anak kita.Sungguhpun sekolah-sekolah ini mendapat bantuan dan geran kerajaan namun banyak infrastruktur dan prasarana sekolah-sekolah ini disediakan sendiri oleh Lembaga Pengelola Sekolah. Lembaga Pengelola Sekolah terpaksa mencari dana dan sumbangan korporat dan orang ramai bagi memberi keselesaan yang lebih baik kepada para pelajar. Antara keempat-empat jenis sekolah ini, SRJK Cina merupakan sekolah yang paling hadapan dan jauh lebih baik berbanding SRJK Tamil, SRA dan SMA. Jadi, sejauh manakah pelaksanaan sekolah satu aliran dapat memberi keselesaan dan kemudahan secukupnya kepada pelajar-pelajar sekolah bukan kebangsaan jika keadaan sedia ada mereka tidak meyakinkan mereka untuk menerima cadangan untuk mewujudkan sekolah seumpama itu.Lihat sahaja status ekonomi dan penguasaan perniagaan oleh kaum Cina yang membolehkan mereka menyumbang lebih banyak dana dan sumbangan kepada komuniti mereka sendiri terutamanya di SJKC. Ini menyebabkan ramai di antara mereka menentang sekeras-kerasnya cadangan sekolah satu aliran kerana kerajaan sendiri tidak dapat menyediakan infrastruktur yang mencukupi untuk sekolah-sekolah bukan kebangsaan terutamanya SJKC. Namun dalam keadaan ekonomi hari ini SJKC juga berhadapan dengan masalah kewangan. Sumbangan dan dana swasta makin menyusut. Jika SJKC bermasalah maka sekolah-sekolah lain tentulah menghadapi masalah yang lebih serius. Keadaan sekolah-sekolah ini yang dianggap kurang sempurna sebelum ini mungkin akan menjadi status daif dalam masa beberapa tahun akan datang. Dong Jiao Zhong atau dikenali sebagai gabungan Persekutuan Persatuan-persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina dan Persekutuan Guru-guru Sekolah Cina yang telah ditubuhkan sejak awal 1950an ketika negara belum mencapai kemerdekaan yang mewakili 1,284 Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina (SRJKC), mampu menyalurkan bantuan RM1 bilion setahun untuk membiayai 1,284 SRJKC dan 60 Sekolah Menengah Persendirian Cina. Inilah yang menyebabkan mereka menentang perlaksanaan sekolah satu aliran kerana mereka menjangkakan hak tidak sama rata atau diskriminasi akan berlaku jika ianya dilaksanakan. Mereka boleh berdiri di atas kaki sendiri tanpa bantuan daripada pihak kerajaan.Sungguhpun kewujudan sekolah-sekolah ini dilihat tidak selari dengan kehendak untuk mewujudkan sekolah satu aliran, namun kita harus menerima hakikat bahawa sekolah-sekolah ini juga membantu kerajaan mengurangkan tekanan menyediakan ruang belajar di sekolah kebangsaan yang kian sempit dan sendat dalam setiap kelas. Saya percaya jika semua sekolah ini ditutup, sekolah kebangsaan sendiri akan menghadapi masalah untuk menyediakan ruang kepada pelajar dari aliran ini terutamanya di bandar besar.Justeru walau apa pun persepsi penggubal dasar pendidikan negara, harus diakui tanpa kewujudan sekolah-sekolah ini, kerajaan sendiri akan menghadapi masalah menyediakan ruang dan tenaga kerja untuk memenuhi keperluan. Oleh itu, perlaksanaan ekonomi yang lebih sistematik perlu dirancang bagi membolehkan semua pihak bersetuju dengan agenda ini.AgamaDalam isu ini perkara yang disuarakan ialah kerisauan sestengah pihak sekiranya ada pelajar yang terbiasa dengat amalan sesuatu agama seterusnya meninggalkan agama asalnya. Isu ini merupakan satu isu yang sensitif. Dalam soal agama, sekolah satu aliran hanya memberi kelebihan kepada pelajar yang beragama Islam. Sedangkan agama lain tidak diajarkan. Pelajar bukan Islam secara tidak langsung terdedah kepada ajaran Islam. Lama-kelamaan mereka menjadi keliru. Ini tidak digemari ibu bapa kerana bimbang anak mereka akan menukar agama. Ini merupakan satu-satunya perkara yang amat ditakuti ole ibu bapa apabila menghantar anak mereka ke sekolah satu aliran.Bukan itu sahaja, kerisauan juga melanda apabila perkara yang sama berlaku kepada pelajar bukan Islam. Kerisauan melanda ibu bapa apabila jika terdapatnya pelajar Islam yang mula bermain-main cinta dengan pelajar bukan Islam. Sedangkan dengan pelajar seagama pun boleh berlakuknya perkara-perkara sumbang, apatah lagi jika bercampur dengan pelajar-pelajar bukan Islam. Hal ini boleh mendatangkan lebih banyak masalah sosial dalam kalangan pelajar. Keadaan boleh menjadi lebih parah apabila terdapatnya pelajar Islam yang secara diam-diam telah murtad dan memasuki agama lain. Hal ini banyak berlaku dalam kalangan pelajar-pelajar universiti. Maka tidak mustahil perkara ini boleh terjadi kepada pelajar sekolah.Selain itu, kesulitan berlaku apabila semua agama meninginkan keadilan, di mana sekolah perlu menyediakan semua jenis rumah ibadat dalam bagi berskap adil kepada semua agama. Hal ini mengundang kepada kos yang begitu tinggi sedangkan keadaan ekonomi Malaysia kini masih lagi berada pada tahap yang kurang memuaskan. Seterusnya ialah apabila tiba untuk sesuatu perayaan yang lebih menjurus kea rah keagamaan. Adakah semua pelajar perlu terlibat walaupun darii agama yang lain? Ini sememangnya menimbulkan lagi kesulitan dalam pengurusan sesebuah sekolah.Kedudukan Dalam Organisasi SekolahSetiap orang di Malaysia mempunyai hak-hak dan kewajipan yang serupa walau bagaimanapun, rakyat yang berketurunan Melayu mempunyai hak yang istimewa berbanding bangsa lain di Malaysia. Hak-hak istimewa orang Melayu ini bukanlah peraturan baru, malahan hak-hak ini telah tercatat dalam Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948, dan perjanjian-perjanjian ini telah pun diamalkan di negeri-negeri Melayu yang tidak bersekutu sebelum perang lagi.Sungguhpun begitu, terdapat sesetengah pihak juga merisaukan mengenai kedudukan kaum mereka apabila sekolah satu aliran ini dilaksanakan. Ini juga menjadi alasan apabila mereka menolak sekeras-kerasnya mengenai cadangan ini. Sedangkan telah termaktub dalam Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu bahawa sememangnya kaum Melayu mempunyai hak keistimewaannya.Kedudukan dalam organisasi ini termasuklah dari pihak pengurusan sekolah sehinggalah organisasi atau persatuan pelajar. Sebelum ini jika di sekolah jenis kebangsaan, merekalah yang menguasai atau mendominasi jawatan-jawatan yang ditawarkan. Oleh sebab itu, mereka membantah sekolah satu aliran kerana sememangnya kaum Melayu akan mendominasi kembali jawatan di sekolah dan mereka akan merasa tergugat jika keadaan ini berlaku.Selain itu, pihak tertentu juga menyatakan pendapat mereka bahawa sekolah satu aliran ini bukanlah satu cara yang efektif bagi merealisasikan Gagasan 1Malaysia. Mereka menyatakan bahawa banyak lagi cara yang lebih baik bagi meningkatkan perpaduan kaum. Tambahan lagi, mereka juga berpendapat bahawa sekolah satu aliran ini akan lebih membuatkan perpaduan kaum di Malaysia semakin berkurangan akibat pelbagai perkara yang tidak diningini apabila kedudkan mereka di sesebuah sekolah menjadi tergugat.PolitikSebelum ini ia pernah dibangkitkan oleh ahli politik Umno termasuk Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz Mahathir. Tetapi, isu itu dikecam dan dipertikai hebat oleh banyak pihak terutama pemimpin bukan Melayu serta menuduh beliau sebagai rasis. Dari segi isu politik ada di antara para pemimpin yang apat menerima dan juga masih belum dapat menerima cadangan ini atas sebab-sebab kepentingan politik mereka sendiri. Mereka yang bersetuju berpendapat bahawa perpaduan antara kaum harus menjadi matlamat utama kerajaan dan usaha mewujudkan sekolah satu aliran mungkin boleh menjadi titik tolak ke arah itu. Hamim Samuri, Ahli Parlimen Ledang berkata, sistem pendidikan yang mengamalkan sekolah pelbagai aliran sekarang tidak akan membantu kerajaan menyatupadukan rakyat apatah lagi untuk menyelami makna sebenar gagasan 1Malaysia. Justeru, beliau mencadangkan supaya semua sekolah menengah di negara ini dibuat dalam satu aliran bagi memastikan pelajar daripada semua kaum berada di bawah satu bumbung perpaduan.Mursyidul Am Pas,Datuk Nik Aziz Nik Mat (Mohd. Salleh Lebar, 1992)berkata, beliau tidak bersetuju dengan langkah mewujudkan sekolah satu aliran kerana ia akan menyekat kaum Cina dan India daripada menguasai bahasa ibunda mereka. Kerajaan juga perlu membenarkan kewujudan sekolah aliran Cina sebagai menghormati bahasa dan sastera kaum itu yang telah lama wujud. Langkah untuk mewujudkan sekolah satu aliran perlu dikaji secara mendalam bagi memastikan ia tidak memberi kesan negatif kepada negara pada jangka masa panjang. Setiausaha Agung DAP, Kerk Kim Hockpula menggesa kerajaan mewujudkan satu dasar yang boleh menjadi alat untuk merapatkan hubungan antara kaum di negara ini jika ada. Beliau berkata, cadangan mewujudkan sekolah satu aliran tidak akan membantu menyelesaikan isu hubungan kaum kerana telah terbukti negara-negara lain yang mengamalkan dasar seumpama itu tetap berhadapan dengan masalah tersebut. Beliau juga berpendapat walaupun Malaysia melaksanakan sistem pendidikan yang liberal tetapi sehingga kini rakyat hidup dalam keadaan aman walaupun sesekali terjejas akibat isu yang berbau perkauman. (Mohd. Salleh Lebar, 1992)

9.0 RumusanPelaksanaan Sekolah Satu Aliran akan mampu membentuk bangsa Malaysia yang bersatu padu, bekerjasama dan hidup harmonis dengan rasa taat setia dan pengabdian yang tidak berbelah bahagi terhadap bangsa dan negara. Pendidikan telah lama dianggap sebagai satu elemen penting bagi menyatupadukan rakyat. Aspek perpaduan kaum perlu diberi perhatian serius dan penekanan yang menyeluruh oleh semua pihak. Generasi awal terutamanya para pelajar sekolah rendah perlu didedahkan betapa pentingnya perpaduan dalam arus masyarakat Malaysia yang bersifat majmuk ini. Mahu tidak mahu, perkara ini turut melibatkan sistem pendidikan negara kerana melalui pendidikanlah, generasi pelajar dapat membentuk dan mencorakkan masyarakat Malaysia pada masa hadapan. Ianya selaras dengan pepatah Melayu iaitu melentur buluh biarlah dari rebungnya. Mereka ini perlu dan semestinya didedahkan bahawa perpaduan kaum begitu bermakna dan akibat buruk yang akan timbul daripada sikap curiga mencurigai di antara mereka. Justeru, pelaksanaan Sekolah Satu Aliran oleh pihak kerajaan tidak seharusnya dieksploitasikan oleh pihak tertentu terutamanya pembangkang untuk kepentingan politik maisng-masing kerana matlamat asal penubuhan sekolah tersebut amat penting iaitu dalam melahirkan generasi yang bersatu-padu dan saling memahami antara satu sama lain.Kesimpulanya , ibubapa serta guru perlulah memainkan peranan serta memikirkan masa depan generasi akan datang. Jika perpaduan tidak dipupuk dari awal ini dikhuatiri akan tercetus kembali Tragedi 13 Mei yang mana telah meragut banyak nyawa. Tragedi itu masih lagi segar di ingatan setiap rakyat Malaysia. Pembentukan sekolah satu aliran juga bersesuaian dengan gagasan 1Malaysia pada masa kini. Maka semua pihak perlulah bersetuju dengan pembentukan sekolah satu aliran tersebut. Walaupun terdapat kebaikan dan keburukan mengenai sistem tersebut, perkara ini masih boleh diperbaiki dari semasa ke semasa.

10.0 Bibliografi

Azhan Yusof, 6 Oktober 2015. http://www.utusan.com.my/berita/nasional/ kekuatan-politik-mampu-realisasikan-sekolah-satu-aliran1.143454

Kua Choon Sheng, 28 Ogos 2010. http://sekolahsatualiran. blogspot.my/.

Mohd Khatim b. Othman, 2009. http://bpkupg.blogspot.my/2009/07/konsepdanpelaksanaan sekolahwawasan.html.

Mohd. Salleh Lebar, 1992. Perubahan Pendidikan Di Malaysia. Kuala Lumpur: Quantum Books.

Nazialita Geynna Maharan, 2010 . http://sekolahsatualiran.blogspot.my/2010/08/matlamat_28. html

Siti Fatimah Binti Othman, 2010 . http://sekolahsatualiran.blogspot.my/2010/08/ cabaran-dalam-melaksanakan_28.html

Laman Rasmi SMK Victoria. 2014. http://smkvictoria. edu.my/

Tep Kok Seing, 2009. http://ikatanperpaduan.blogspot.my/2009/11/sekolah-satu-aliran.html

Tuan Mat bin Nik Man , 2009. http://tuanmat.tripod.com/ aliransekolah. html