bandar dlm taman

Upload: misz10scorpio

Post on 14-Jan-2016

40 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

EKONOMI TANAH

TRANSCRIPT

BANDAR DALAM TAMAN : PUTRAJAYA

1.0 PENGENALANKonsep bandar dalam taman atau bandar dalam hutan bukan perkataan baru bagi perancang bandar di negara ini. Konsep ini sebenarnya menggalakkan penanaman pokok didalam bandar bagi membolehkan penduduk kota menikmati persekitaran hijau dan sihat. Didalam Garis Panduan Reka Bentuk Imej Bandar Malaysia telah disediakan oleh Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Pihak Berkuasa Negeri telah menjadi panduan Pihak Berkuasa Tempatan di dalam merancang dan melaksana pembangunan prasarana,komponen dan aktiviti baru bandar ke arah membentuk imej bandar berdaya tahan,terancang dan berbudaya yang mencerminkan masyarakat mampan dan menyumbangkepada pemeliharaan alam sekitar yang bersih dan indah termasuklah konsep bandar dalam taman (garden city). Imej bandar ibu negeri mempamerkan tamadun dan kebudayaan sesebuah negeri. Contohnya, Putrajaya merupakan sebuah bandar terancang yang terletak 25km dari selatan Kuala Lumpur yang berfungsi sebagai pusat pentadbiran persekutuan Malaysia. Putrajaya mempunyai persekitaran yang responsif dan indah dan direka bentuk berdasarkan prinsip-prinsip artistik bagi mewujudkan imej bandar yang mempunyai nilai estetika yang tinggi.

1.1Latar Belakang Perancangan Putrajaya Putrajaya sebagai Pusat Pentadbiran Kerajaan Malaysia semenjak awal lagi telah memberi penekanan kepada soal pembangunan mampan atau sustainable development sebagai asas perancangan. Berlandaskan kepada konsep pembangunan bandar dalam taman dan bandar bestari, Putrajaya telah dirancang dan dibangunkan dengan teliti dengan memberi penekanan kepada aspek pemuliharaan alam dan penggunaan sumber (resources) secara berhemah.

1.2Pelan Induk PutrajayaCiriciri utama Pelan Induk Putrajaya : 40% atau hampir 2000 hektar daripada keluasan Putrajaya dengan keluasan 4931 hektar dijadikan kawasan hijau, tasik dan wetlands. Disamping berfungsi sebagai taman awam, penapis air dan pusat sukan air, kawasan hijau tersebut juga adalah sebagai pengimbang alam semula jadi dan alam buatan manusia dan ianya juga telah berjaya mewujudkan kepelbagaian ekologi Bandar (urban biodiversity). Perancangan jalan dan rangkaian pengangkutan adalah berdasarkan pecahan mod (modal split) 70:30 di antara pengangkutan awam dan kenderaaan persendirian. Perancangan sistem pengangkutan tersebut disokong dengan kemudahan Park n Ride yang terletak di kawasan pinggirannya dan ianya turut dilengkapi dengan jaringan laluan pejalan kaki dan basikal. Polisi ini dapat mengurangkan pelepasan karbon yang banyak daripada kenderaan persendirian. Presint perumahan dirancang berkonsepkan perancangan kejiranan di mana kemudahan komuniti seperti sekolah, pasar dan kedai-kedai disediakan dalam jarak yang hampir bagi mengurangkan perjalanan bermotor.

Sumber: Laporan Pemeriksaan Draf Rancangan Struktur Putrajaya1.3Definisi dan Konsep Putrajaya sebagai Bandar HijauKonsep pembangunan Putrajaya sebagai Bandar Hijau adalah berteraskan kepada kemapanan ekologi, sosial dan ekonomi ekonomi. Bandar Hijau Putrajaya mensasarkan untuk: Meminimakan impak negatif kepada alam sekitar & meminimakan penggunaan sumberjaya Meningkatkan kualiti hidup dan kesejahteraan ekonomi yang maksima Menggalakkan hubungan semula manusia dengan alam semulajadi

1.4Skop tumpuan utama Untuk melaksanakan pembangunan Putrajaya sebagai bandar hijau, Perbadanan Putrajaya telah mengenalpasti 7 skop tumpuan utama meliputi perkara-perkara berikut:

A. Perancangan bandar, rekabentuk bandar dan bangunanPrinsip perancangan yang menyumbangkan perancangan kepada pengurangan pembebasan. Perancangan bersepadu dan pusat kejiranan tersendiri yang lengkap dengan pejalan kaki dan basikal adalah satu keperluan bagi mengurangkan kenderaan bergerak. Ia juga meningkatkan dan mempelbagaikan gunatanah disepanjang laluan rangkaian pengangkutan utama dan tempat pertukaran pengangkutan utama dan tempat pertukaran. Selain itu, keperluan perumahan kuarters kerajaan untuk mengurangkan jarak perjalanan di antara tempat bekerja dan tempat tinggal diantara tempat bekerja dan tempat tinggalB. Menginterasikan alam semulajadi dalam alam bina Penggunaan semula batubatu yang dihancurkan dari bukit batu dalam pembinaan empangan jenis rock filled dapat pembinaan batu dalam mengurangkan kos pembinaan. Batu hancur yang kecil digunakan sebagai bahan turapan jalan. Pengkomposan biomas sisa kelapa sawit seluas 16 hektar untuk kegunaan landskap di Wetlands.C. Penggunaan tenagaKajian kes bagi bangunan LEO menunjukkan kemungkinan untuk menjimatkan penggunaan tenaga sebanyak 10% melalui pemantauan sepenuhnya melalui sistem automasi bangunan, pengurusan tenaga dan program kesedaran.D. Penggunaan airPenuaian air hujan skala besar dengan menggunakan tasik sebagai sebagai kolam tadahan dan air digunakan digunakan semula. Projek perintis penuaian air hujan bagi projek perumahan dan bangunan pejabat di mana air digunakan semula bagi kegunaan tandas dan kegunaan luar rumah. Selain itu, penggunaan semula air kumbahan terawat daripada loji rawatan kumbahan untuk tujuan pengairan landskapE. Pengangkutan dan mobilityDasar pengangkutan: pecahan mod 70:30. Perancangan jaringan pengangkutan berasaskan rel yang disokong oleh kemudahan park & ride. Ia merupakan rangkaian jaringan laluan pejalan pejalan kaki dan basikal yang meluasF. Pengurusan sisaMenjadi model dalam program kitar semula kebangsaan (2003). Program melibatkan pejabat, sekolah & tadika, masyarakat, perniagaan & industri perkhidmatan.

G. Pentadbiran dan pengurusan bandarPembentukan gaya hidup hijau yang karbon rendah merupakan usaha kritikal untuk memastikan inisiatif-inisiatif ke arah menjadikan Putrajaya sebuah bandar hijau karbon rendah dapat dilestarikan. Pendekatan yang digunakan adalah melalui bantuan teknologi maklumat, kempen dan pendidikan di pelbagai peringkat. Tiga kumpulan sasaran utama yang terlibat adalah penduduk tempatan, warga kerja dan pelawat yang datang berurusan di Putrajaya. Pencapaian dari inisiatif-inisiatif ini mungkin sukar diukur secara kuantitatif dalam jangka masa pendek. Walau bagaimanapun, kesannya dari pencapaian inisiatif-inisiatif tersebut adalah penting dan hasilnya akan ketara dalam jangka panjang.

PENUTUP

Putrajaya merupakan sebuah bandar baru yang telah dirancang dan dibangunkan berdasarkan dengan matlamat mencapai pembangunan mampan dalam jangka panjang. Pelan Induk Putrajaya dan siri pelanpelan induk lain yang digunapakai sejak permulaan perancangan telah pun menyediakan satu asas yang kukuh untuk Putrajaya menuju ke arah matlamat menjadikan Putrajaya sebagai perintis bandar hijau di Malaysia.

RUJUKAN

http://wikileaksmalaysia.blogspot.com/2014/04/putrajaya-bandar-dalam-taman.htmlhttp://tiklputra.tripod.com/main.htm