baju kebaya

33
Mohd Nasro Bin Ismail. Pengantar Kebudayaan Dan Kesenian Melayu D20071029675. BST 1022 1.0 Abstrak. Kajian ini dilakukan adalah untuk mengetahui sejauh manakah sejarah yang menyebabkan terciptanya baju Kebaya atau pada dahulunya dikenali sebagai Abaya di tanah melayu dan nusantara ( Indonesia.). Selain itu juga kajian yang saya lakukan ini bertujuan untuk mengetahui lebih mendalam tentang motif dan corak dalam penghasilan baju Kebaya tersebut. Antaranya motif flora dan fauna yang terdapat dalam baju Kebaya. Selain itu kajian ini juga menyelitkan cara cara atau proses dalam penghasilan baju kebaya bermula daripada penghasilan corak sehinggalah selesai penghasilan baju Kebaya. Dalam kajian ini juga telah mengupas tentang jenis jenis kebaya yang dihasilkan Di samping itu kajian ini juga menekankan tentang aspek saiz, penjagaan baju Kebaya seperti membasuh dan sebagainya, terdapat juga maklumat mengenai pakaian yang sesuai dipadankan dengan baju Kebaya dan cara pemakaiannya. Dalam kajian ini saya juga mengenengahkan seorang pereka fesyen baju Kebaya iaitu Sherman yang merupakan pemilik butik yang dinamakan Butik Toko Ce Rose di melaka dan juga hasil rekaan yang diselitkan dalam proses penghasilan, motif dan sebagainya. 1

Upload: mohd-nasro-bin-ismail

Post on 21-Jun-2015

5.289 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: Baju kebaya

Mohd Nasro Bin Ismail. Pengantar Kebudayaan Dan Kesenian Melayu

D20071029675. BST 1022

1.0 Abstrak.

Kajian ini dilakukan adalah untuk mengetahui sejauh manakah sejarah yang

menyebabkan terciptanya baju Kebaya atau pada dahulunya dikenali sebagai “Abaya” di

tanah melayu dan nusantara ( Indonesia.). Selain itu juga kajian yang saya lakukan ini

bertujuan untuk mengetahui lebih mendalam tentang motif dan corak dalam penghasilan baju

Kebaya tersebut. Antaranya motif flora dan fauna yang terdapat dalam baju Kebaya.

Selain itu kajian ini juga menyelitkan cara – cara atau proses dalam penghasilan baju

kebaya bermula daripada penghasilan corak sehinggalah selesai penghasilan baju Kebaya.

Dalam kajian ini juga telah mengupas tentang jenis – jenis kebaya yang dihasilkan

Di samping itu kajian ini juga menekankan tentang aspek saiz, penjagaan baju Kebaya

seperti membasuh dan sebagainya, terdapat juga maklumat mengenai pakaian yang sesuai

dipadankan dengan baju Kebaya dan cara pemakaiannya.

Dalam kajian ini saya juga mengenengahkan seorang pereka fesyen baju Kebaya iaitu

Sherman yang merupakan pemilik butik yang dinamakan Butik Toko Ce’Rose di melaka dan

juga hasil rekaan yang diselitkan dalam proses penghasilan, motif dan sebagainya.

1

Page 2: Baju kebaya

Mohd Nasro Bin Ismail. Pengantar Kebudayaan Dan Kesenian Melayu

D20071029675. BST 1022

2.0 Pengenalan Baju kebaya.

Baju Kebaya adalah pakaian tradisional yang pada asalnya dikenakan oleh wanita di

negara Indonesia dan juga Malaysia. Selain itu pakaian kebaya ini dibuat dengan

menggunakan sejenis kain yang dikenali dengan kain kasa. Baju kebaya juga boleh

dikenakan dengan sarung, batik, atau pakaian tradisional yang lain seperti songket dengan

motif warna-warni.

Baju kebaya telah dikatakan berasal daripada kaum Cina yang telah berhijrah ke Nusantara

ratusan tahun yang lalu. Lalu menyebar ke Melaka, Jawa, Bali, Sumatera, dan Sulawesi.

2

Page 3: Baju kebaya

Mohd Nasro Bin Ismail. Pengantar Kebudayaan Dan Kesenian Melayu

D20071029675. BST 1022

Setelah penyesuaian budaya atau asimilasi budaya yang berlangsung selama ratusan tahun,

pakaian itu telah diterima oleh penduduk setempat.

Sebelum tahun 1600 di Pulau Jawa, kebaya adalah pakaian yang hanya dikenakan oleh

golongan keluarga kerajaan di sana sahaja. Selama zaman penjajahan Belanda di Pulau Jawa

ini, wanita-wanita Eropah mula mengenakan kebaya sebagai pakaian rasmi mereka. Hari demi

hari, kebaya telah diubah dari hanya menggunakan barang tenunan mori dan telah bertukar

dengan menggunakan sutera dan diselitkan sulaman yang berwarna-warni.

Disamping itu Pakaian yang mirip yang disebut "nyonya kebaya" telah dihasilkan pertama

kali oleh orang-orang Peranakan cina daripada Melaka. Mereka mengenakannya dengan

sarung dan kasut cantik bermanik-manik yang disebut "kasut manek". Kini, nyonya kebaya

sedang mengalami pembaharuan, dan juga terkenal dalam kalangan wanita bukan asia.

Terpisah daripada kebaya tradisional, ahli fesyen sedang mencari cara untuk memodifikasi

desain dan membuat kebaya menjadi pakaian yang lebih moden. Kebaya yang dimodifikasi

boleh dikenakan dengan seluar jeans.

Terdapat kajian yang dilakukan oleh sarjana barat tentang baju kebaya iaitu:

Kain kebaya means a costume for women composed of an uncut length of cloth wound

around the waist and falling to the ankles, and a long-sleeved blouse extending to the hips. This blouse

was fastened with brooches rather than buttons and buttonholes. It became the costume of all classes

of women in the nineteenth century, Javanese and Eurasian. When Dutch women began migrating to

the colony after 1870, it became their costume too…. (Taylor 1997 p.103).

3

Page 4: Baju kebaya

Mohd Nasro Bin Ismail. Pengantar Kebudayaan Dan Kesenian Melayu

D20071029675. BST 1022

3.0 Sejarah Kebaya

Sejarah kebaya dapat didefinisikan sebagai pakaian tradisional melayu dan peranakan

Cina. Perkara ini telah dikaji oleh para sarjana iaitu Denys Lombard. Menurut Denys

Lombard dalam bukunya yang bertajuk Nusa Jawa: silang Budaya (1996), beliau mengatakan

Kebaya merupakan pakaian yang berasal dari bahasa Arab ‘Kaba’ yang bererti ‘pakaian’ dan

diperkenalkan lewat bahasa Portugis ketika mereka mendarat di Asia Tenggara.

Perkataan Kebaya telah diertikan sebagai jenis pakaian (atasan/blouse) pertama yang

dipakai oleh wanita Indonesia pada kurun atau abad yang ke-15 atau ke-16 Masihi. Hujah

Lombard telah terima terutama lewat analogi penyelusuran lingustik yang sehingga sekarang

kita masih mengenali kebaya sebagai ‘Abaya’ yang bererti tunik panjang khas Arab.

Sementara sebahagian sarjana yang lain percaya bahawa Kebaya mempunyai kaitannya

dengan pakaian tunik perempuan pada masa kekuasan maharaja Ming di Tiongkok, dan

pengaruh ini telah menular ke kawasan lain setelah berlakunya imigrasi besar-besaran ke

semenanjung Asia Selatan dan Tenggara di abad ke-13 hingga ke-16 Masehi.

Terlepas dari asal usul dari Arab, atau Portugis, atau Cina, kita tahu bahawa

penyebarannya memang dari arah utara kepulauan Indonesia. Iaitu , negara-negara yang telah

mengasimilasi budaya dari Arab, Portugis, telah memiliki versi kebayanya masing-masing.

Dan akhirnya, Jawa menjadi destinasi penyebaran budaya paling selatan, kerana tidak

menemui jejak lagi di kepulauan Pasifik barat atau semenanjung utara Australia. Keadaan ini

membolehkan, Malaysia dengan bebas mengambil Kebaya sebagai salah satu pusaka

tradisinya. Keadaan ini menyebabkan timbulnya percanggahan pendapat bahawa kebaya

bukan sahaja milik Malaysia.

4

Page 5: Baju kebaya

Mohd Nasro Bin Ismail. Pengantar Kebudayaan Dan Kesenian Melayu

D20071029675. BST 1022

keadaan ini dijelaskan dengan bukti di Dalam novel kuartet Gajah Mada, Langit Kresna

Hariadi menulis: “Sri Gitarja menjawab sambil mengusap air mata menggunakan lengan

baju”. (Gajah Mada Bergelut dalam Kemelut Takhta dan Angkara hal 336, paragraf ke-3,

baris ke-5). maksudnya, jika tuan Putri Sri Gitarja membersihkan air matanya dengan lengan

baju ini bererti lengan baju yang beliau pakai adalah lengan panjang hingga yang sampai di

pergelangan tangan. Kemungkinan besar perkara tersebut menunjukkan pakaian tersebut

adalah jenis pakaian wanita yang dipanggil kebaya. Keadaan ini adalah mengelirukan karena

Kebaya masih menjadi benda asing pada masa ini. Masyarakat Jawa dahulu kala lebih

mengenali kain panjang, tenun, ikat dan kemben sebagai busana harian. Ada juga yang

berpendapat bahawa, pada masa ini Kebaya terbatas iaitu dipakai di kalangan oleh golongan

bangsawan sahaja. Kenyataan ini tidak begitu tepat disebabkan bukti-buktinya yang sangat

lemah. Kain yang berbahan serat alam di negeri tropika seperti Indonesia mudah sekali hancur

kerana kelembaban, cuaca, hingga haiwan mikro boleh merosakkannya. Selain itu ada juga

bukti yang juga tidak begitu kukuh iaitu merupakan pembinaan arca-arca dan relief yang

dipahat di sebahagian besar bangunan kuno abad ke-13 hingga 15 mempunyai kaitan dengan

kewujudan kebaya di indonesia . Namun, tidak ada pola atau gambaran nyata yang

mengatakan adanya Kebaya di masa itu.   

Selain itu sistem penyebaran dan kemasukan Islam di Indonesia juga dikaitkan dengan

munculnya kebaya iaitu pada abad ke-15 yang membawa kepada pemodenan kebaya pada

masa kini. Pengaruh islam yang sangat kuat telah mempengaruhi penggunaan kebaya di

awal-awal perkembangannya. Ada pendapat yang begitu kuat mengatakan Kebaya awalnya

merupakan atasan panjang berbentuk tunik sederhana yang dipakaikan dari leher hingga lutut

(baju kurung). Keadaan ini telah mengingatkan kita akan pakaian yang dipanggil abaya dan

kebaya Melayu. Pakaian seperti ini telah menjadi pakaian tradisional. Kebiasaan busana

5

Page 6: Baju kebaya

Mohd Nasro Bin Ismail. Pengantar Kebudayaan Dan Kesenian Melayu

D20071029675. BST 1022

seperti itu juga telah tersebar dan digunakan, meskipun dalam beberapa acara adat yang

mengharuskan berpakaian, terutamanya di Bali. Dokumentasi lama milik keluarga kerajaan

dan keraton (Surakarta, Yogyakarta, Cirebon) di tanah Jawa masih merakam kebaya panjang

ini dengan beberapa alatan kenegaraan yang telah dikenakan di beberapa sisinya (abad ke-19).

Gelang dan jam dikenakan diluar lengan kebaya, sementara bros serangkai (tiga berjajar)

tersemat di bahagian depan membentuk suatu penutup. Jenis ini akhirnya menambah

penggunaan bahan. Kain cotton kasar dan tenun tradisional adalah menjadi bahan buatannya.

Namun begitu kain beludru, sutra, dan cotton halus telah menggantikan bahan-bahan keras

seperti itu sesuai dengan penggunaan koloni Eropah ke Indonesia dan membuka jalan

perdagangan tekstil antara negara (sejaka bad ke-18).

Kesesuaian penggunaan kebaya bertitik tolak dari pola dan corak. Modifikasi, inovasi,

dan kreativiti telah membawa perubahan kepada fesyen Kebaya pada masa ini. Ia bagaikan

lepas tanpa ikatan. Perubahan baru telah mengubah kebaya tunik pendek sehingga tlisman

merubah banyak warna dan penggunaan motif yang cantik di awal abad ke-19. Kurun abad

ke-19 dan masa peralihan di awal abad 20 adalah tempoh kegemilangan bagi Kebaya. Kebaya

berada di dalam waktu kegemilangan apabila digunakan oleh masyarakat Indonesia, juga

kaum pendatang Eropah dan Cina dengan ragam penyesuaiannya. Sebelum dikelas-kelaskan,

Kebaya yang begitu luas dipakai oleh kaum perempuan Indonesia kerap sehingga

pengkhususan dilakukan oleh kaum bangsawan dan dalam istana. Kebaya bangsawan dan

keluarga Kraton dihasilkan daripada sutra, beludru, dan kain tebal berornamen (brocade);

golongan awam mengenakan kain cotton dan tenunanya kasar; kaum keturunan Eropah

biasanya mengenakan kebaya berbahan kain cotton halus dengan aksen lace (brokat) di

pinggirnya; manakala untuk perempuan Belanda mengenakan kebaya kain cotton dengan

potongan yang lebih pendek. Saat itu ramai orang Eropah dan Belanda sendiri membeli aneka

6

Page 7: Baju kebaya

Mohd Nasro Bin Ismail. Pengantar Kebudayaan Dan Kesenian Melayu

D20071029675. BST 1022

kebaya di Nederland. Masa ini Kebaya mula mempunyai unsur sinkretisme kelas. Ada

Kebaya Keraton dan Bangsawan yang berornamen benang emas (sulam gim) dengan bahan

beludru. Potongan khusus yang dipakai oleh perempuan kelas atasan juga memberi bekas

yang nyata seperti kebaya Kartini. Pattern - pattern mulai terbentuk. Pola-pola tertentu

dibatasi dalam garis darah biru. Kebaya mulai diklasifikasi dalam kelas-kelas kasta yang

paradoksal.  

Nasionalisme mula merebak pada tahun 1920-an. Organisasi-organisasi tradisional

Indonesia mahupun pembentukan pemerintahan Hindia Belanda menyuarakan nasionalisme

dengan lantang. Keadaan politik pada saat itu juga mempengaruhi perubahan fesyen

masyarakatnya. Kebaya yang berunsur Nasional dianggap bercitra peribumi dengan segala

perjuangannya. Wanita berketurunan Eropah dan Belanda meninggalkan kebaya sebagai

pakaian sehari-hari mereka disebabkan semangat citra tradisional tersebut. Period ini

mengasilmilasi perkembangan fesyen Kebaya. Hampir tidak ada perubahan dari segi material

yang signifikan dan juga bentuk serta pola siluetnya. Keadaan seperti ini berlangsung

sehingga 2dekad dan berlaku perubahan.

Period 1942-1945 adalah merupakan tempoh terburuk dengan catatan paling teruk

tentang keadaan Indonesia, termasuk fesyennya. Kaum perempuan di masa pendudukan Jepun

diletakkan di tempat paling rendah sepanjang sejarah. Tidak terkecuali juga golongan;

pribumi, keturunan Eropah, keturunan Cina, dan Belanda dikurungkan di penjara dan diseksa

dengan keras. Kebaya pada masaitu dipakai oleh tahanan perempuan Indonesia, sedangkan

kemeja dan terusan dikenakan oleh keturunan Eropah dan Belanda. Peraturan tidak tertulis

ini, tidak diketahui bagaimana, berlaku hampir di setiap kem tahanan Jepun. Di sini, Kebaya

bersifat pribumi, lainnya koloni. Pada masa ini inovasi dan produksi jatuh. Kesannya,

pendudukan Jepun di Indonesia juga telah memutus jalur perdagangan tekstil dan

7

Page 8: Baju kebaya

Mohd Nasro Bin Ismail. Pengantar Kebudayaan Dan Kesenian Melayu

D20071029675. BST 1022

perlengkapan penunjangnya. Banyak rumah yang menghasilkan kebaya ditutup. Perusahaan

kain Batik yang aktif pada masa itu juga wajib membuat pendaftaran pada karya untuk

bertahan. pendaftaran yang paling banyak adalah antara beberapa perusahaan kecil yang

membuat kain batik, kebaya, dan industri konveksi rumahan. Keadaan ini tidak memberi

kesan banyak bagi perkembangan fesyen pada masa itu. Perubahan suhu politik terjadi setiap

waktu. Perang Dunia ke-II adalah merupakan masa gelap bagi fesyen tanah air, bahkan dunia.

Selain itu banyak syarikat di dunia mengalami kemunduran.disebabkan faktor politik yang

berkecamuk.

Revolusi besar kemerdekaan Indonesia pada tahun 1945 membawa Kebaya pada

konstelasi nasionalis yang lebih mantap. Dari sekadar penggunaan tradisional oleh kaum

pribumi, Kebaya menjalar menjadi penggunaan kebangsaan dan bernafas kemerdekaan. Para

wanita terdidik yang lahir pada pemerintahan Soekarno saat itu banyak mengenakan aneka

kebaya, terutama jenis putu baru dan Kebaya encim yang masih ada jejaknya sekarang ini.

Sebahagian orang menganggapi keadaan ini sebagai masa-masa keemasan Kebaya sehingga

tahun 1960-an. Hampir semua wanita, samada itu di pejabat, di rumah, di manapun tampil

berkebaya. Citra nasional yang dibawa Kebaya begitu kuatnya, tetapi dimiliki oleh kaum

aristrokrat tertentu yang berpihak pada Soekarno. India, Cina, dan sebagian Asia Tenggara

mendominasi pasar tekstil Indonesia. Sentimen Barat pada Soekarno, dan sentimen Soekarno

sendiri pada Barat membatasi jalur pertukaran komoditi Eropah dan Indonesia. Yang dapat

dilihat adalah aneka corak dan warna-warna Kebaya yang beragam. Potongan dan pola-pola

lama kembali meruak walaupun masih memegang corak - corak yang tercipta dari abad

sebelumnya.

Belum habis Kebaya daripada trauma politiknya, ia telah mengalami sekali lagi

masalah itu. Peralihan kekuasaan dari tangan Soekarno ke pemerintahan Orde Baru di bawah

8

Page 9: Baju kebaya

Mohd Nasro Bin Ismail. Pengantar Kebudayaan Dan Kesenian Melayu

D20071029675. BST 1022

Soeharto tahun 1965 telah menempatkan Kebaya di keadaan yang lemah. Citra-citra dan

simbol-simbol yang diemban Kebaya di masa Soekarno membuat ia dijauhi. Kaum

perempuan yang merasa tidak terlibat dengan pergolakan politik Orde Lama (Soekarno)

memilih untuk tidak mengenakan Kebaya. Terusan modrn dan kemeja-kemeja wanita lebih

digemari daripada Kebaya. Akhirnya Kebaya tersingkir dalam kotak eksklusif Dharmawanita

(organisasi wanita istri pegawai negeri yang terbentuk sejak tahun 1974). Dengan warna

jingga s, Kebaya telah menjadi seragam rasmi organisasi ini.

Sehingga tahun 1980-an Kebaya semakin terpencil di kalangan pegawai negeri. Beberapa

perkara baiknya adalah peran informasi dan pertukaran komoditi antara negara kembali

terbuka lebar. Tidak memakan waktu yang lama, awal tahun 90-an Ghea Panggabean

melakukan eksperimen berarti pada Kebaya. Dalam lingkup kelas atasan, mereka

memanfaatkan bahan sutra organdi dan serat-serat alam lain yang tergolong mewah menjadi

Kebaya. Di kalangan elit dan perempuan berpendidikan yang kemudian banyak juga

dikembangkan oleh desainer lokal lain, memiliki predikat khusus. Ia sah digunakan di acara-

acara formal baik bersifat pribadi, keluarga, maupun kenegaraan.

Tahun 90-an pula Kebaya mulai mendapat tempat yang lebih luas. Bahkan dipandang

mempunyai janji ekonomi yang besar. Para pereka – pereka fesyen Indonesia sepakat,

Kebaya adalah genre khas dari dunia fesyen yang menjanjikan. Mereka mulai meliriknya,

memelajarinya, dan kemudian berkreasi dengannya. Kuncinya adalah inovasi! Sepertinya

tuntutan kreasi dan aksentuasi dari para pemakai juga menjadi faktor besar yang mendorong

Kebaya kembali ke era abad-19—masa dimana Kebaya punya kebebasan untuk berkembang.

Selain itu kebaya telah digunakan dalam Dunia pernikahan, pertemuan formal

kenegaraan, hingga acara-acara eksklusif yang mengusung citra Indonesia secara konsensus-

9

Page 10: Baju kebaya

Mohd Nasro Bin Ismail. Pengantar Kebudayaan Dan Kesenian Melayu

D20071029675. BST 1022

tersembunyi mewajibkan Kebaya sebagai busananya. Pada masa ini pola, siluet, cutting, dan

garis luar berubah beragam-ragam., perubahan besar itu juga telah diikuti dengan

pemanfaatan bahan baku. Kain organza dan katun, Kebaya juga menggunakan jalur sutra,

sifon, shantung, lace, hingga serat-serat yang tak terbayangkan sebelumnya seperti jute,

nanas, pisang, dan unsur metal. Teknik bordir, renda, pilin, lipit, layer hingga quilt ikut

mewarnai kemegahan Kebaya. Hingga akhirnya pemanfaatan material mewah macam payet,

kristal, batu-batu mulia dan bulu binatang (ostrich’s feathers/cincila fur) hadir bersama teknik

aplikasi yang revolusi.. Teknik yang diaplikasi telah membuka kesempatan Kebaya sebagai

benda seni yang boleh dihiasi apa saja—bahkan berlian juga mungkin disepadankan. Lewat

banyak teknik dan potongan, material dan bahan, sampai aksesorisnya, Kebaya tercipta

sebagai karya seni. Bahkan ada satu Kebaya yang memiliki berat hingga 22 Kg, kerana

kerumitan detail yang melekat padanya. Kebaya memasuki masa revolusinya sendiri. Tanpa

harus terpengaruh imbas politik, ekonomi, bahkan adat istiadat. Kebaya semata-mata

menganut faham kreatifitas yang feminis.

Kini Lahirnya Kebaya-kebaya karya Anne Avantie, Marga Alam, Adjie Notonegoro,

Biyan Wanaatmadja, Sebastian gunawan hingga perancang-perancang muda seperti Priyo

Oktaviano, Rusly Tjohnardi, Ferry Sunarto dan banyak lagi adalah bukti revolusi Kebaya itu.

Kebaya karya pereka – pereka fesyen tadi begitu kuat di kancah tempatan dan ke luar negara

seperti di Malaysia. Pagelaran-pagelaran fesyen Kebaya, persaingan, kritik dan pujian-pujian

memberi dampak yang sangat membangun. Aksi tutup mata atas pakaian tradisional yang

dihembus-hembuskan beberapa orang membuat karya Kebaya menuju ke arah yang sama

sekali tidak terduga. Ia kini lebih dari sekedar identiti, Kebaya juga sebuah komoditi dan jati

diri bangsa Indonesia. Kebaya Indonesia muncul lewat siluet ultra feminin. Ia memeluk tubuh

wanita, membuatnya bersinar, dan melekuk sempurna. Tidak dan belum bisa ditemukan di

10

Page 11: Baju kebaya

Mohd Nasro Bin Ismail. Pengantar Kebudayaan Dan Kesenian Melayu

D20071029675. BST 1022

tempat lain, bahkan tempat-tempat yang dipercayai sebagai cikal bakal Kebaya tersebut

menulari Indonesia. Mungkin, Kebaya akan segera memasuki kosa-kata Inggeris seperti Batik

dan Ikat. Keadaan ini tidak ada yang boleh menggoyahkan kedudukan Kebaya di Indonesia.

Kebaya mencapai kemuliaan seni yang tertinggi di negeri Ini

Sehingga ke hari ini pakaian tradisional kebaya telah berkembang dari segi

penggunaanya bukan sahaja masyarakat melayu di Indonesia tetapi telah tersebar ke Malaysia

dan lebih dititik berat iaitu allahyarham Datin Seri Endon telah mengasaskan pertubuhan

pakaian kebaya dan dipelihara sebagai aset seni di Malaysia sehingga kini.

11

Page 12: Baju kebaya

Mohd Nasro Bin Ismail. Pengantar Kebudayaan Dan Kesenian Melayu

D20071029675. BST 1022

4.0 Motif Yang Digunakan Ke Dalam Pembuatan Kebaya.

Dalam penghasilan baju kebaya pelbagai motif digunakan bagi menghiasi bahagian –

bahagian baju kebaya seperti di bahagian lengan dan juga bahagian lengan dan juga bahagian

labuh baju di bahagian pinggul. Menurut Sherman iaitu merupakan seorang pereka fesyen

baju kebaya nyonya yang juga merupakan pemilik butik Toko Ce’Rose di Melaka Parade

beliau mengatakan bahawa terdapat beberapa jenis motif yang telah digunakan dan

disesuaikan mengikut citarasa pemakai. Antaranya terdiri daripada motif Flora dan juga

Fauna. Contoh motif flora yang digunakan ialah motif bunga teratai, bunga raya, bunga orkid

dan sebagainya. Manakala motif bagi Fauna pula ialah seperti motif kuda laut, kucing, burung

merak, motif burung phoenix dan banyak lagi.

Motif – motif flora dalam baju kebaya.

Contoh – contoh motif flora.

Motif bunga sri pagi, bunga orkid.

12

Page 13: Baju kebaya

Mohd Nasro Bin Ismail. Pengantar Kebudayaan Dan Kesenian Melayu

D20071029675. BST 1022

Motif bunga teratai

Motif – motif bunga teratai

Motif bunga orkid.

13

Page 14: Baju kebaya

Mohd Nasro Bin Ismail. Pengantar Kebudayaan Dan Kesenian Melayu

D20071029675. BST 1022

14

Page 15: Baju kebaya

Mohd Nasro Bin Ismail. Pengantar Kebudayaan Dan Kesenian Melayu

D20071029675. BST 1022

Contoh – Contoh Motif Fauna.

Motif – motif ini merupakan motif haiwan yang dihasilkan oleh Sherman iaitu motif

ini merupakan motif fauna yang paling mendapat sambutan.

15

Page 16: Baju kebaya

Mohd Nasro Bin Ismail. Pengantar Kebudayaan Dan Kesenian Melayu

D20071029675. BST 1022

Selain itu penghasilan motif ini juga adalah berdasarkan etnik yang memakainya. Iaitu

bagi etnik melayu motif yang digunakan adalah berdasarkan motif flora keadaan ini kerana

motif flora dikatakan lebih kepada agama islam. Agama islam juga melarang penerapan unsur

– unsur haiwan ke dalam pembuatan pakaian dan beberapa aspek lain. Contoh motif yang

dipakai oleh masyarakat melayu ialah motif bunga mawar, bunga teratai, bunga kekwa, bunga

orkid dan banyak lagi motif yang digunakan.

Manakala bagi etnik cina terutamanya baba nyonya motif yang sering digunakan ialah

motif fauna seperti motif burung pheonix, burung merak dan sebagainya. Kebanyakkan motif

fauna disesuaikan bersama motif flora seperti pokok – pokok yang menjalar di bahagian

lengan dan dada baju kebaya.

Di samping itu motif baju kebaya ini disesuaikan dengan warna yang

monokromatik.iaitu di mana corak bajunya mempunyai warna yang seakan sama dengan

motif yang dihasilkan supaya berpadanan. Contohnya kain baju kebaya berwarna hitam

dan ,motifnya juga akan berwarna hitam dan juga putih.

16

Page 17: Baju kebaya

Mohd Nasro Bin Ismail. Pengantar Kebudayaan Dan Kesenian Melayu

D20071029675. BST 1022

5.0 jenis kain Yang Digunakan Dalam Menghasilkan Kebaya.

Dalam menghasilkan baju kebaya beberapa jenis kain diguna bagi menimbulkan corak

motif yang dihasilkan. Kain yang sentiasa digunakan bagi menghasilkan baju kebaya ialah

kain jenis organdi. Kain jenis ini digunakan di bahagian pergelangan tangan dan juga di

bahagian bawah baju kebaya bagi menampakkan motif atau corak yang ditenun di atasnya.

Struktur kain organdi adalah jenis kain nipis yang telus cahaya. Kain ini begitu penting bagi

pembuatan baju kebaya kerana tiadanya kain organdi pada baju kebaya maka motif yang

dihasilkan sama ada motif flora atau fauna tidak akan menyerlah dan seni motif itu tidak dapat

ditonjolkan. Kain organdi juga agak licin dan mempunyai pelbagi warna yang menyerlah.

Kain ini juga banyak digunakan dalam penghasilan baju untuk tenunan.

Selain itu keseluruhan baju kebaya adalah menggunakan kain jenis cotton atau kain

kapas. Kain jenis ini dijahit dibahagian badan baju kebaya kecuali di pergelangan lengan dan

juga bahagian bawah baju kebaya tersebut. Kebaya kebanyakkan yang dihasilkan di se

menanjung melaysia menggunakan bahan dari Kasa Rubia.

17

Page 18: Baju kebaya

Mohd Nasro Bin Ismail. Pengantar Kebudayaan Dan Kesenian Melayu

D20071029675. BST 1022

6.0 Proses Menghasilkan Kebaya.

1. Proses Membuat Motif Atau Corak.

Proses membuat motif atau corak merupakan proses yang pertama dalam

menghasilkan baju kebaya. Proses ini amat penting kerana proses menghasilkan

motif merupakan proses yang menentukan jenis kebaya yang ingin dihasilkan.

Antara motif yang dihasilkan oleh Sherman iaitu pemilik Toko Ce’Rose.

2. Proses Mengukur.

Proses mengukur baju merupakan proses kedua sebelum membuat pakaian.

Kain akan diukur mengikut kesesuaian dan juga bentuk badan si pemakai. Ukuran

akan dibuat di bahagian pinggang pemakai dan labuh baju kebaya yang akan

dihasilkan. Ukuran yang dilakukan itu mestilah tepat supaya mudah memotong kain

untuk dijadikan kebaya.

18

Page 19: Baju kebaya

Mohd Nasro Bin Ismail. Pengantar Kebudayaan Dan Kesenian Melayu

D20071029675. BST 1022

3. Proses Memotong Kain.

Bahagian kain yang diukur akan dipotong kepada beberapa bahagian iaitu

bahagian tangan, bahagian badan dan beberapa lagi dan bahagian ini akan

disambung dengan jahitan mesin.

4. Proses Menenun.

Proses menenun merupakan proses yang memerlukan ketelitian kerana menenum

mengambil masa yang lama. Proses menenun juga menggunakan dua kaedah iaitu

menggunakan kaedah tradisional dan juga mesin. Kaedah tradisional menggunakaan jarum

dan benang manakala kaedah moden menggunakan mesin jahit. Selain itu dalam proses ini

motif flora dan juga fauna akan ditenun.

19

Page 20: Baju kebaya

Mohd Nasro Bin Ismail. Pengantar Kebudayaan Dan Kesenian Melayu

D20071029675. BST 1022

7.0 Jenis – Jenis Kebaya Yang Dihasilkan.

1. Kebaya Klasik.

Kebaya klasik merupakan kebaya yang menggunakan warna yang agak menarik

tetapi motif yang digunakan adalah kebanyakkannya berwarna hijau. Kebaya ini

sering dipakai oleh wanita pada tahun 60- an, 70 –an.

2. Kebaya Unik.

Kebaya unik merupakan kebaya yang kebanyakkannya menggunakan warna

agak pudar dan motif dan corak yang digunakan tidak begitu banyak cuma

menampakkan perbezaan warna baju dan corak.

20

Page 21: Baju kebaya

Mohd Nasro Bin Ismail. Pengantar Kebudayaan Dan Kesenian Melayu

D20071029675. BST 1022

3. Kebaya Eklusif.

Kebaya eksklusif merupakan kebaya yang dibuat dengan menggunakan warna

yang agak menyerlah. Iaitu kebanyakkan kebaya ini menggunakan warna yang

terang seperti merah, hitam, ungu, dan beberapa lagi. Selain itu motif yang

dihasilkan adalah lebih menyerlah dan kontra sesuai untuk dipakai pada majlis –

majlis tertentu.

4. Affodarable Kebaya.

Kebaya ini dihasilkan dengan menggunakan warna yang agak lembut dan

motif yang dihasilkan adalah tidak begitu menyerlah. Selain itu motif yang

dihasilkan agak ringkas tidak begitu penuh tidak seperti kebaya eksklusif.

21

Page 22: Baju kebaya

Mohd Nasro Bin Ismail. Pengantar Kebudayaan Dan Kesenian Melayu

D20071029675. BST 1022

8.0 Saiz Kebaya.

Kebaya dihasilkan dengan menggunakan saiz yang sama dan kecil, sederhana,

dan besar. Saiz kebaya adalah bergantung kepada si pemakai dan bukan badan

pemakai. Kebaya ini dihasilkan untuk menampakkan bentuk tubuh badan. Jika

kebaya yang ingin dipakai adalah besar pemakai harus memilihnya.

Saiz baju kebaya yang diukur.

Saiz ( inci) Kecil. Sederhana. Besar.

Bahu. 14" 14 ½" 14 ½"

Bahagian tengkuk. 36" 39" 43"

Pinggang. 29" 31" 35"

Punggung. 36" 39" 43"

Panjang lengan baju. 21" 22" 22"

Bahu ke tengkuk. 17" 18" 18"

Panjang blaus.(belakang)

23" 24" 24"

Panjang blaus.(depan)

28" 32" 34"

Jadual saiz baju kebaya.

22

Page 23: Baju kebaya

Mohd Nasro Bin Ismail. Pengantar Kebudayaan Dan Kesenian Melayu

D20071029675. BST 1022

9.0 Kelengkapan Baju Kebaya.

Baju kebaya tradisional menggunakan tiga set kerongsang supaya mudah untuk

digunakan oleh semua orang. Selain itu ada juga baju kebaya yang dihasilkan menggunakan

butang plastik ini juga untuk memudahkan penggunaannya.

10.0 Penjagaan Baju Kebaya.

Kebanyakkan baju kebaya lebih sesuai dibasuh dengan menggunakan tangan sahaja.

Keadaa ini bagi mengelakkan baju kebaya rosak jika dibasuh menggunakan mesin. Selain itu

baju kebaya yang ingin diseterika harus menggunakan suhu yang sesuai dengan kain kapas

supaya tidak rosak. Suhu yang agak panas untuk kain kasa, kain cotton dan cotton campuran.

Manakala suhu sejuk untuk kain jenis shifon, kain jenis sutera dan juga kain sutera.

23

Page 24: Baju kebaya

Mohd Nasro Bin Ismail. Pengantar Kebudayaan Dan Kesenian Melayu

D20071029675. BST 1022

11.0 Padanan Pakaian Lain Dengan Baju Kebaya.

Baju kebaya merupakan pakaian tradisional yang begitu unik dan indah. Selain itu

baju kebaya boleh disesuaikan dengan pakaian lain seperti kain sarung, seluar jeans dan

sebagainya.

Kain Sarung ialah sehelai besar kain yang lazimnya dipakai mengelilingi pinggang

bagaikan skirt oleh lelaki dan wanita di kebanyakan kawasan Asia Selatan dan Asia Tenggara,

beberapa tempat di Afrika, serta kebanyakan pulau-pulau Pasifik. Kain ini lazimnya berwarna

terang atau dicetak dengan corak yang rumit, banyak berlukiskan haiwan atau tumbuh-

tumbuhan, corak berpetak atau geometrik, atau menyerupai kesan ikat celup. Sarung juga

digunakan sebagai hiasan dinding dan bentuk pakaian yang lain, seperti selendang, buaian

dodoi, gaun atau baju. Teknik mencelup warna batik banyak dikaitkan dengan penghasilan

sarung.

Contoh baju kebaya yang digayakan dengan kain sarung.

24

Page 25: Baju kebaya

Mohd Nasro Bin Ismail. Pengantar Kebudayaan Dan Kesenian Melayu

D20071029675. BST 1022

Contoh Pemakaian Kain Sarung.

1. Tarik satu bucu kain sarung ke sebelah belakang dengan memusing bucu

kain tersebut.

2. Tarik satu lagi bucu kain yang berada di sebelah belakang dan

dimasukkan ke dalam kerongsang yang besar sebaik mungkin dan

pastikan kedua – dua kain diikat dengan kemas.

25

Page 26: Baju kebaya

Mohd Nasro Bin Ismail. Pengantar Kebudayaan Dan Kesenian Melayu

D20071029675. BST 1022

Kesimpulan.

Kesimpulannya baju kebaya merupakan pakaian yang begitu istimewa sejak dahulu lagi

dan telah menyingkup pelbagai sejarahnya dalam penyerapan nilai dan budaya dalam

perubahan pakaian tersebut. Baju kebaya juga mempunyai keunikannya yang tidak boleh

dinafikan lagi oleh pemakainya.

Selain itu sejarah baju kebaya telah merebak ke kepulauan nusantara dan sering dipakai

oleh masyarakat dari dahulu sehinggalah sekarang. Boleh dikatakan kebaya masih relevan

sehingga ke hari ini. Pakaian ini juga masih mendapat sambutan oleh golongan wanita

sehingga ke hari ini. Baju kebaya telah banyak mengalami asimilasi budaya selama berpuluh

– puluh tahun lamanya.

Di samping itu baju kebaya juga diterima oleh pelbagai kaum, iaitu di Malaysia baju

kebaya bukan hanya dipakai oleh orang melayu malah orang cina dan peranakan cina juga

memakainya walaupun mempunyai motif yang tersendiri untuk disesuaikan dengan

kepercayaan masing. Tidak dapat dinafikan lagi baju kebaya merupakan salah satu aset seni

dan juga sejarah yang tidak lapuk di hujan dan tidak lekang di panas.

26

Page 27: Baju kebaya

Mohd Nasro Bin Ismail. Pengantar Kebudayaan Dan Kesenian Melayu

D20071029675. BST 1022

Bibliografi.

Rujukan buku.

Hasan, A 2003, Membaca Kebaya: Reading the Kebaya, (exh.cat.), Victoria Cattoni,

Denpasar.

Lombard, D 1996, Nusa Jawa: Silang Budaya, vol. II, 3 vols., PT Gramedia Pustaka

Utama, Jakarta.

Taylor, JG 1997, 'Costume and gender in colonial Java, 1800-1940', in NH Schulte (ed.),

Outward Appearances: Dressing State & Society in Indonesia, KITLV Press, Leiden.

Rujukan internet.

1. http://www. kebayas.com

2. http://www. wikipedia.com

3. http://www.expat.or.id/info/traditionaltextiles.html

4. http://mdgandrastab.multiply.com/journal/item/65

Rujukan Informan.

1. Toko Ce’Rose, No 27, Jln Laksamana, 75100 Melaka (Sherman – 0166659197)

27

Page 28: Baju kebaya

Mohd Nasro Bin Ismail. Pengantar Kebudayaan Dan Kesenian Melayu

D20071029675. BST 1022

Lampiran.

Gambar – gambar semasa kajian di Butik Toko Ce’ Rose.

28