surat permohonan baju khas

8
SMK SHAH ALAM Persiaran Anjung Seri, Jln U8/80 Bukit Jelutong Timur, 40150 Shah Alam, Selangor D.E Rujukan kami : SMKSA/.................... Tarikh : 26 Mac 2014 Kepada: Jabatan Pelajaran Negeri Selangor Jalan Jambu Bol 4/3E, Seksyen 4, 40604 Shah Alam, Selangor U/P : Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Selangor MEMOHON KELULUSAN PAKAIAN KHAS PENGAWAS PSS. 1. Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk. 2. Untuk makluman pihak Tuan, pihak pentadbir dan guru media SMK Shah Alam telah bersepakat untuk meluluskan pakaian khas kepada Pengawas Pusat Sumber (PSS). 3. Tujuan Pengawas PSS dikenakan pakaian khas adalah sebagai galakan motivasi kepada murid supaya lebih bertanggungjawab dan berdedikasi terhadap kerja yang diamanahkan kerana mereka memegang jawatan khas di sekolah ini. 4. Perbelanjaan membeli pakaian khas Pengawas PSS adalah di bawah tanggungan ibu bapa atau penjaga murid yang telah dilantik sebagai Pengawas PSS melalui surat lantikan sekolah. 4. Berikut dicadangkan pakaian khas bagi Pengawas Pusat Sumber (PSS): Pengawas PSS (Perempuan) : Tudung & Baju kurung/ Kemeja lengan panjang - Putih Kain susun tepi / Kain Kembang- maroon Pengawas PSS (Lelaki) : Baju kemeja - putih Seluar dan tali leher - maroon Kasut Pengawas PSS : Hitam 5. Kami memohon kerjasama dari pihak Tuan agar meluluskan permohonan pakaian khas seperti yang telah ditetapkan oleh pihak kami terhadap Pengawas PSS. Sekian, Terima Kasih “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” Saya Yang Menurut Perintah, …………………………………………………… (ZAHARAH BINTI YAAKOB) Pengetua, SMK Shah Alam

Upload: imkhaulah

Post on 29-Dec-2015

1.251 views

Category:

Documents


48 download

DESCRIPTION

pengawas pusat sumber

TRANSCRIPT

SMK SHAH ALAMPersiaran Anjung Seri, Jln U8/80Bukit Jelutong Timur,40150 Shah Alam,Selangor D.E

Rujukan kami : SMKSA/....................Tarikh : 26 Mac 2014

Kepada:Jabatan Pelajaran Negeri SelangorJalan Jambu Bol 4/3E,Seksyen 4,40604 Shah Alam, SelangorU/P : Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Selangor

MEMOHON KELULUSAN PAKAIAN KHAS PENGAWAS PSS.

1. Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Untuk makluman pihak Tuan, pihak pentadbir dan guru media SMK Shah Alam telah bersepakat untuk meluluskan pakaian khas kepada Pengawas Pusat Sumber (PSS).

3. Tujuan Pengawas PSS dikenakan pakaian khas adalah sebagai galakan motivasi kepada murid supaya lebih bertanggungjawab dan berdedikasi terhadap kerja yang diamanahkan kerana mereka memegang jawatan khas di sekolah ini.

4. Perbelanjaan membeli pakaian khas Pengawas PSS adalah di bawah tanggungan ibu bapa atau penjaga murid yang telah dilantik sebagai Pengawas PSS melalui surat lantikan sekolah.

4. Berikut dicadangkan pakaian khas bagi Pengawas Pusat Sumber (PSS):Pengawas PSS (Perempuan) : Tudung & Baju kurung/ Kemeja lengan panjang - Putih

Kain susun tepi / Kain Kembang-‘maroon’Pengawas PSS (Lelaki) : Baju kemeja - putih

Seluar dan tali leher - ‘maroon’Kasut Pengawas PSS : Hitam

5. Kami memohon kerjasama dari pihak Tuan agar meluluskan permohonan pakaian khas seperti yang telah ditetapkan oleh pihak kami terhadap Pengawas PSS.

Sekian, Terima Kasih

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya Yang Menurut Perintah,

……………………………………………………(ZAHARAH BINTI YAAKOB)Pengetua,SMK Shah Alam

LAMPIRAN

Pakaian Pengawas PSS (Perempuan)

Belakang

Kain ‘maroon’ susun tepi

Baju putih

Kasut hitam

Tudung putih

Depan

Kain kembang‘maroon’

Baju putih

Kasut hitam

Tudung putih

Vest ‘maroon’(pilihan)Tali leher

‘maroon’

Pakaian Pengawas PSS (Lelaki)

BelakangDepan

Baju kemeja putih

Kasut hitam

Seluar panjang

‘maroon’

Tali leher ‘maroon’

Baju kemeja putih

Kasut hitam

Seluar panjang

‘maroon’

Tali leher ‘maroon’

Vest ‘maroon’(pilihan)

PAKAIAN PENGAWAS PSS (LELAKI)

Baju Kemeja Putih Vest ‘maroon’ (pilihan)

Seluar panjang ‘maroon’ Tali leher ‘maroon’ Kasut hitam

PAKAIAN PENGAWAS PSS (PEREMPUAN)

JENIS A

Baju kurung putih Kain susun tepi ‘maroon’

Tudung putih Kasut hitam

PAKAIAN PENGAWAS PSS (PEREMPUAN)

JENIS B

Baju kemeja putih lengan panjang Kain kembang ‘maroon’

Tali leher ‘maroon’ Kasut hitam