mari belajar menjahit baju kurung

26
Assalamualaikum, di atas permintaan pengunjung blog, hari ni saya tunjukkan cara membuat pola bulan/lubang leher. (sama je dua2 gambar) Lukis pola seperti dalam gambar di atas. 2cm adalah untuk bahagian belakang leher. 2.5 cm adalah untuk bahagian hadapan leher. 6.5cm itu hanyalah sebagai contoh. Bagaimana saya dapat 6.5cm?? Ukur lilit leher dibahagikan dengan 6, maka dapatlah ukuran itu. sebagai contoh, ukur lilit leher anda adalah 42cm. maka 42 dibahagikan dengan 6. Oleh itu, 42/6= 7cm Gantikan 6.5cm kepada 7cm. 2cm dan 2.5cm adalah formula untuk bulan dan tak perlu ditukar. Bila pola dah siap

Upload: roszura

Post on 25-Jun-2015

16.299 views

Category:

Documents


21 download

TRANSCRIPT

Page 1: Mari Belajar Menjahit Baju Kurung

Assalamualaikum, di atas permintaan pengunjung blog, hari ni saya tunjukkan cara membuat pola bulan/lubang leher. (sama je dua2 gambar)

Lukis pola seperti dalam gambar di atas. 2cm adalah untuk bahagian belakang leher. 2.5 cm adalah untuk bahagian hadapan leher. 6.5cm itu hanyalah sebagai contoh. Bagaimana saya dapat 6.5cm?? Ukur lilit leher dibahagikan dengan 6, maka dapatlah ukuran itu. sebagai contoh, ukur lilit leher anda adalah 42cm. maka 42 dibahagikan dengan 6. Oleh itu,

42/6= 7cm

Gantikan 6.5cm kepada 7cm. 2cm dan 2.5cm adalah formula untuk bulan dan tak perlu ditukar. Bila pola dah siap dilukis, gunting pola mengikut bentuk yang telah dilukis, buang bahagian yang berlorek. Terpulang kepada anda nak buat pola bentuk macam mana.. bulat boleh, nak bersegi pun boleh. ikut citarasa masing2. Kalau tak faham boleh tanya saya.

Posted by Solehah at 9:36 AM 1 comments    

Page 2: Mari Belajar Menjahit Baju Kurung

Labels: Nota Jahitan Solehah

Thursday, May 28, 2009

Tutorial membuat lubang leher baju kurung

Kali ni, saya nak ajar tentang cara membuat lubang leher baju kurung. Ini cara saya buat lubang leher. Perlu diingatkan saya bukan professional tapi saya ikut pengalaman saya yang tak seberapa. Sesiapa yang Pro dan nak tambah atau nak tegur, silakan. Penerangan berserta rajah.

Sediakan 'bulan'/pola bahagian leher.

Ambil bahagian badan baju yang telah dipotong dan telah dijahit tepi kemudian lipatkan dan penitikan supaya tetap. Tetapkan pola leher tadi pada bahagian tengah baju dan penitikan. Ukur 10cm ke bawah untuk belahan leher dan tandakan dengan kapur.

Page 5: Mari Belajar Menjahit Baju Kurung

Acukan lapik leher pada bahagian badan yang telah dibuat lubang leher. Tetapkan dan penitikan. Jahit jelujur halus. Lukiskan menggunakan pensel bentuk disekeliling bulatan untuk memudahkan menjahit.

Page 6: Mari Belajar Menjahit Baju Kurung

Beri perhatian pada bahagian bawah. Lukiskan bentuk V yang tajam supaya mudah menjahit mesin.

Kemudian jahit mesin mengikut garisan yang telah dilukis. Jangan lupa tanggalkan jahitan jelujur tadi.

Page 7: Mari Belajar Menjahit Baju Kurung

'Snap'kan di sekeliling bahagian basi.

Gunting sedikit di kedua-dua bahagian bucu.

Guntingkan belahan sehingga rapat ke jahitan yang tajam (jangan sampai tegunting jahitan) supaya bila diterbalikkan lapik, bentuk V tajam akan terserlah.

Page 9: Mari Belajar Menjahit Baju Kurung

Cara saya, saya menggunakan kain gam lapik leher. Siapa yang ada soalan atau tak faham boleh tanya saya.. Siapa yang tak tahu buat 'bulan' atau lapik leher, boleh tanya juga. InshaAllah kalau ada kesempatan, saya akan ajar cara buat bulan dan lapik leher bagi mereka yang tak tahu. Selamat mencuba!

Posted by Solehah at 11:02 AM 7 comments    

Labels: jahit leher baju, Nota Jahitan Solehah

Friday, March 27, 2009

Balkrum, stafflex, interfacing...

Maklumat ni saya dapat daripada nota MyGfl Baju Melayu Cekak Musang tentang Balkrum, Stafflex dan Interfacing.

Balkrum

Bahan yang digunakan di bahagian pinggang.

Page 10: Mari Belajar Menjahit Baju Kurung

Stafflex

Bahan yang digunakan di bahagian pinggang sebagai ikatan.

Interfacing

Rupa dan warna interfacing adalah sama seperti stafflex tetapi teksturnya lebih lembut.

Dilekatkan di antara pakaian dan lapik untuk mengeraskan.

Page 11: Mari Belajar Menjahit Baju Kurung

Kain gam yang saya selalu maksudkan adalah yang ini

Kain gam yang saya selalu gunakan sebagai lapik leher baju kurung tidaklah saya tahu nak disebut sebagai apa. Menurut maklumat di atas, balkrum dan stafflex adalah seperti benda yang sama. Sekiranya ada pengunjung blog saya yang tahu apa beza kedua benda ni, sila kongsikan di sini. Saya amat menghargai maklum balas anda.

Posted by Solehah at 7:01 PM 4 comments    

Labels: balkrum, interfacing, kain gam, Nota Jahitan Solehah, stafflex

Saturday, December 20, 2008

Nota Baju Kurung Pesak Gantung

Assalamualaikum,

Kali ni saya akan beri nota baju kurung pesak gantung kerana ramai yang mencari nota ni. Saya harap anda semua berjaya membuat baju kurung pesak gantung daripada nota ni. Sila tinggalkan komen anda =)

BAJU KURUNG PESAK GANTUNG

Page 12: Mari Belajar Menjahit Baju Kurung

Ukuran-ukuran

Paras pinggang belakangParas PunggungLabuh bajuLebar bahuLabuh tangan dari tengkukKeliling pangkal lenganKeliling leherKeliling dadaKeliling punggung

Cara-cara merajah pola

Page 13: Mari Belajar Menjahit Baju Kurung

Badan0-1 = Ukuran paras pinggang belakang dicampur 2cm2-1 = Ukuran paras punggung3-0 = Ukuran labuh baju dicampur 2cm4-3/5-0 = 1/2 ukuran lebar bahu

Lengan6-0 = Ukuran labuh lengan ditolak ukuran 5-07-6 = 1/3 ukuran pangkal lengan dicampur 3cm atau mengikut sukaGariskan untuk mendapat 8 dan 9

Pesak atas10-9 = 1/4 keliling dada dicampur 4.5 cm atau mengikut suka12-11 = dinaikkan 3cm dari garis pinggang13-12 = 4cm14-13 = dinaikkan 2cmSambungkan 14-12. Bentukkan 10-14

Pesak bawah15-2 = 1/4 keliling punggung dicampur 4.5cm atau mengikut suka.Sambungkan 14-15 untuk mendapatkan 16.

Leher(seperti membuat leher baju kurung biasa)

Page 14: Mari Belajar Menjahit Baju Kurung

Cara menjahit baju kurung pesak gantung

1. Ketepikan kertas-kertas pola setelah memindahkan tanda-tanda pola dari kertas ke fabrik.2. Rujuk di sini untuk lubang leher.3. Cantumkan bahagian-bahagian baju:- Cantumkan pesak-pesak atas pada kelim rusuk.- Cantumkan pesak-pesak bawah pada kelim rusuk mengikut ira lurus.- Cantumkan pesak atas pada pesak bawah. Kelim ditekan hala ke bawah.- Cantumkan pesak-pesak pada lengan baju. Kelim ditekan hala ke pesak.- Cantumkan bahagian-bahagian ini pada badan baju. Kelim ditekan hala ke pesak.4. Lipat dan jahit kelepet-kelepet. Jahit kemasan leher.

*** Selepas setiap cantuman hendaklah diseterikakan supaya lebih kemas.

Beginilah hasilnya.. anda punya tak lawa? CUBA LAGI! jangan putus asa.. bukan buat sekali je terus elok.. teruskan usaha

Page 16: Mari Belajar Menjahit Baju Kurung

Leher Baju Kurung

Assalamualaikum...

Ada sorang mak cik tanya kat saya, "macam mana kamu buat kat bawah leher baju elok je tajamnya? Mak cik buat tak mau tajam". Saya pun bagitau la caranya. Pastu mak cik tu kata "Baiknye budak ni.. kalau tanya tukang jahit lain diorang tak nak bagitau caranya". LOLLL!! Tak sangka pulak beliau cakap sampai camtu sekali. Bagi saya, saya tak kisah untuk berkongsi dengan orang tips dan teknik menjahit baju. Kalau saya tahu, saya akan bagitau.

Sebenarnya simple je caranya. Kalau lapik leher, saya lebih suka guna kain gam. Cuba tengok gambar kat bawah ni..

Lepas potong lubang leher, tetapkan lapik leher dan lubang leher yang telah dipotong. Sematkan dengan jarum peniti.Sebelum menjelujur, lukiskan dulu garisan di atas lapik leher seperti dalam gambar degan jaraknya lebih kurang 0.5 cm dari tepi.Lukis bentuk V kat bawah supaya waktu jahit mesin nanti mudah untuk ikut garisan tu. Perhatian, bentuk V tu mestilah SEIMBANG.Pastu, jelujurkan.Lepas jelujur, jahit mesin mengikut garisan yang dibuat sebelum ni. Ikut betul-betul bentuk 'V' yang telah dibuat.Bila dah siap jahit mesin, tanggalkan jahitan jelujur, alihkan lapik leher dan seterikakan bahagian leher.***** Pastikan kedua-dua bahagian bucu atas tajam waktu alih lapik leher.

KAIN BAJU KURUNG

(ikut cara saya.., pakai sendiri)

 

Page 17: Mari Belajar Menjahit Baju Kurung

UKURAN1. Pinggang2. Ponggong + 4 inci3. Labuh

Katakan Ukuran ialah:1. Pinggang = 34 inci2. Ponggong =  42 inci + 4,    kemudian dibahagi 2    = 42+4 = 46 bahagi 2 = 23 inci3. Labuh = 40 inci

Dari kain yang buat baju , 2 m utk baju,  2 m lagi untuk kain

Kain dilipat 2Biasanya , ukuran dalam 30 - 33 inci

Page 18: Mari Belajar Menjahit Baju Kurung

1. Mula-mula kain dilipat 2

2. Ukuran lebarnya dalam 30-33 inci

3. Ukur labuh dari bawah labuh kain + 1/2 inci (untuk lipat bawah)

4. Tandakan dengan kapur bahagian labuh di atas (seperti gambar)

5. ukur Zip (Zip 8 inci, atau terpulang kepada anda), 1 inci dibawah dari tanda kapur (no. 4)      tadi., kemudian tanda kapur dibawah tempat zip.

6. Jahitkan dengan mesin (garisan hijau) , dari tempat ukur zip ke bawah)

7. Kemudian, lipatkan 1/2 inci dibahagian kaki, dan jahit dengan mesin ( garisan oren), jahit 2    kali, mulakan bahagian atas dan kemudian, baru bawah kaki

8. Gosokkan bahagian jahitan kain tadi.

9. Jahitkan Zip dari bahagian kain yang betul

Page 19: Mari Belajar Menjahit Baju Kurung

 

10.A - Ukuran lebar (30 - 33 inci) B- Ukuran Ponggong (23 inci)C - Baki dari lebar kain dengan  ponggong

C - Katakan lebih ialah 12 inci.      kalikan dengan 2.   12 x 2 = 24 inci. (lebih senang jika tengok dalam cm, 24 inci = 61 cm)      okey, dari 24 inci, anda agak berapa lipatan anda boleh buat. (kadang2 lebih bahagian ini       kecil sahaja,       mungkin hanya dapat 1 atau 2 lipatan sahaja.)      Kita katakan buat 3 lipatan.    So,  24 bahagi 3 =  8 inci

Page 20: Mari Belajar Menjahit Baju Kurung

11. Tandakan dengan kapor setiap 8 inci, dan 3 bahagian (untuk 3 lipatan.)

12. GOSOKkan dengan seterika tanda lipatan tadi.

Page 21: Mari Belajar Menjahit Baju Kurung

13.  3 lipatan tersebut disatukan, dan dijahit 3-4 mm dari tepi. Jahit dalam panjang sama        atau lebih sedikit dari  zip

14.  Kemudian, baru dicantumkan dengan zip. Jahit dalam jarak 1 - 1 1/2 cm dari tepi/ dari zip

Gambarajah Y

15. Buat satu jahitan serong seperti gambarajah Y.

16. Dari tanda kapor di atas, ukur dalam 1 1/2 inci  atau 2 inci.

17. Tandakan dan potong.

18. Jahit tepi bahagian atas yang dipotong itu, atau biarkan.

Page 22: Mari Belajar Menjahit Baju Kurung

gambarajah X

19. Kemudian, bahagian 1 1/2 inci (atau 2 inci) di LIPAT ke dalam. Sekiranya telah       dijahit tepi,  anda hanya perlu lipat. Jika tidak, lipat sorokkan bahagian tepi ke dalam       agar tidak berbulu. (camno nak cakap ye...)

20. Dah lipat ke dalam, jahitkan dalam anggaran 1 1/4 inci  daripada atas, 1 inci ni       bergantung  kepada lebar getah pinggang elastik yang akan dimasukkan.      (ada jugak getah yang berukuran 3/4 inci .. sesuai untuk  kain budak)

MASUKKAN GETAH. (saya guna getah semua, senang sikit!)

Ukuran pinggang = 34 inciUKURAN GETAH  kurangkan dalam 2 1/2 hingga 3 inci

 = 31 inci.

21. Kemudian buatkan satu lebihan kain dalam ukuran seperti rajah berikut.  kain ini       diambil dari kain perca, dan buat 2  - 3 lapis biar tebal sikit.

Gambarajah Z

Page 23: Mari Belajar Menjahit Baju Kurung

22. Kemudian, masukkan getah dalam kain (gambarajah X) tadi. Masukkan dari bahagian       getah  yang  dilekatkan PIN. dan dimulakan pada kain, yang ada kain lipatan tadi.  

23. Tarik sikit-sikit sehingga sampai penghujung.  Kemudian Sematkan dengan jarum peniti      kedua2 hujung supaya tak Terlepas masuk semula getah tersebut.

24.  Ingat tak bahagian yang dijahit serong dalam gambarajah Y?. Pastikan jahitan tersebut        di tengah2, tarik getah bagi balance.

25. Lebihan kain (Gambarajah Z) biarkan keluar.. ( nak bubuh cangkuk) 26.  Bila dah balance, JAHITKAN di tengah2 kain yang dah masuk getah tadi.       CARANYA - Tarikh Kain bagi tak berkedut dengan getah dan jahitkan.        Buat sehingga Penghujung.

27. Kemudian, jahitkan cangkuk (Hook).