baju kebaya

9
1.0 Pengenalan Baju kebaya ialah pakaian tradisional yang dipakai oleh wanita Malaysia dan Indonesia. Baju kebaya ini diperbuat daripada kain kasa dan biasanya dipasangkan dengan sarung, batik atau pakaian tradisional yang lain seperti songket dengan motif yang berwarna-warni. Baju kebaya ini dipercayai berasal daripada negara Arab. Orang Arab membawa baju kebaya ke Nusantara ratusan tahun yang lalu dan telah tersebar ke Melaka, Jawa, Bali, Sumatera dan Sulawesi. Pada masa itu, asimilasi budaya telah berlaku dan masyarakat setempat telah mula memakai baju kebaya. Sebelum tahun 1600, baju kebaya adalah pakaian yang hanya dipakai oleh kaum kerabat diraja Pulau Jawa sahaja. Apabila Belanda menjajah Pulau Jawa, wanita-wanita Eropah menjadikan baju kebaya sebagai pakaian rasmi. Lama-kelamaan, baju kebaya telah diubah daripada yang hanya menggunakan barang tenunan mori menggunakan sutera dengan sulaman yang berwarna-warni. 1.1 Asal Usul Kebaya Nyonya Denys Lombard (1996) telah menyatakan bahawa perkataan “kebaya” berasal daripada bahasa Arab “habaya” yang bererti pakaian labuh yang berbelah di hadapan. Pada masa itu, kebaya merupakan baju yang dipakai oleh wanita Indonesia.

Upload: muhammad-adib

Post on 28-Dec-2015

185 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

Budaya

TRANSCRIPT

Page 1: Baju Kebaya

1.0 Pengenalan

Baju kebaya ialah pakaian tradisional yang dipakai oleh wanita Malaysia dan Indonesia. Baju

kebaya ini diperbuat daripada kain kasa dan biasanya dipasangkan dengan sarung, batik atau

pakaian tradisional yang lain seperti songket dengan motif yang berwarna-warni.

Baju kebaya ini dipercayai berasal daripada negara Arab. Orang Arab membawa baju

kebaya ke Nusantara ratusan tahun yang lalu dan telah tersebar ke Melaka, Jawa, Bali,

Sumatera dan Sulawesi. Pada masa itu, asimilasi budaya telah berlaku dan masyarakat

setempat telah mula memakai baju kebaya.

Sebelum tahun 1600, baju kebaya adalah pakaian yang hanya dipakai oleh kaum

kerabat diraja Pulau Jawa sahaja. Apabila Belanda menjajah Pulau Jawa, wanita-wanita

Eropah menjadikan baju kebaya sebagai pakaian rasmi. Lama-kelamaan, baju kebaya telah

diubah daripada yang hanya menggunakan barang tenunan mori menggunakan sutera dengan

sulaman yang berwarna-warni.

1.1 Asal Usul Kebaya Nyonya

Denys Lombard (1996) telah menyatakan bahawa perkataan “kebaya” berasal daripada bahasa

Arab “habaya” yang bererti pakaian labuh yang berbelah di hadapan. Pada masa itu, kebaya

merupakan baju yang dipakai oleh wanita Indonesia.

Terdapat juga pendapat lain yang menyatakan bahawa kebaya berkaitan dengan

pakaian panjang wanita pada masa empayar Ming di Tiongkok. Pengaruh dalam gaya

pemakaian ini merebak ke Asia Tenggara dan Asia Selatan sekitar abad ke-13 melalui

penyebaran penduduk daratan Tiongkok. Pengaruh ini kemudiannya menyebar ke Melaka,

Jawa, Bali, Sumatera dan Sulawasi.

Page 2: Baju Kebaya

Perkembangan kebaya ini juga mempunyai hubungan yang erat dengan penyebaran

agama Islam di Indonesia pada sekitar abad ke-15. Pergeseran budaya berpakaian kelihatan

pada perkembangan kerajaan-kerajaan Jawa kuno ke era Kesultanan atau Kerajaan Islam di

Pulau Jawa.

Kebaya nyonya pertama kali diciptakan oleh masyarakat Peranakan iaitu Baba dan

Nyonya. Mereka merupakan satu kaum yang wujud dalam kalangan masyarakat Cina di Tanah

Melayu khasnya di negeri-negeri Selat iaitu Melaka, Pulau Pinang dan Singapura di mana

British mendirikan penempatan perdagangan mereka. Ramai ahli sejarah percaya bahawa

fenomena ini berlaku menerusi perkahwinan campur yang berlaku di antara pedagang Cina

yang datang berniaga di Tanah Melayu dan kemudiannya telah berkahwin dengan wanita

Melayu. Ada juga yang menyatakan bahawa baju kebaya nyonya ini dibawa oleh Portugal ke

Melaka.

Pada zaman kegemilangan Melaka juga merupakan zaman kegemilangan Peranakan

Cina. Hal ini dikatakan demikian kerana sekumpulan pedagang Cina telah menggabungkan

pengaruh Cina dan Melayu ke dalam budaya dan gaya hidup mereka. Mereka merupakan

masyarakat yang unik kerana kumpulan ini adalah sebahagian daripada kaum Cina tetapi

mengamalkan budaya dan cara hidup campuran Cina dan Melayu. Oleh sebab itu, kaum

peranakan ini mempunyai persamaan dengan kaum Melayu dan kaum Cina.

Budaya inilah yang melahirkan baju kebaya nyonya. Mengikut fakta sejarah, wanita

peranakan Cina memakai kebaya nyonya sebagai pakaian harian seawal 1930-an. Kini, baju

kebaya nyonya bukan hanya digayakan oleh wanita Asia sahaja, malah diterima pakai di serata

dunia.

Page 3: Baju Kebaya

Gambar 1 : Contoh Kebaya Nyonya

1.2 Ciri-ciri Kebaya Nyonya

Kebaya nyonya ini biasanya dihasilkan dengan satu jenis fabrik yang dikenali sebagai kasa

rubia. Kasa rubia ialah kain tenunan kosong yang jarang, ringan dan diperbuat daripada

benang pintal yang halus. Benang yang digunakan untuk menjahit fabrik ini biasanya ialah

benang sulaman mesin daripada kapas, sutera atau polister. Pada zaman dahulu, fabrik dan

benang yang digunakan adalah daripada jenis yang bermutu tinggi dan selalunya diimport dari

Eropah.

Pada asalnya, baju kebaya nyonya ini direka labuh sehingga ke paras lutut atau lebih

dan bahagian tangannya panjang dan lebar manakala bahagian badannya mengikut potongan

badan serta melebar ke bawah. Bahagian depan baju kebaya nyonya ini pula berbelah dan

berkolar sampai ke kaki baju.

Page 4: Baju Kebaya

Gambar 2 : Kebaya Nyonya

Bahagian depan baju kebaya nyonya yang berbelah akan disemat dengan tiga

kerongsang berasingan dan berangkai dengan rantai halus. Kerongsang yang besar di atas

sekali dikenali sebagai ibu kerongsang manakala dua lagi kerongsang yang kecil di bawah ibu

kerongsang dipanggil anak kerongsang.

Page 5: Baju Kebaya

Gambar 3 : Kerongsang

Menurut Pepin Van Roojen (1993), sulaman pada kebaya nyonya biasanya

menggabungkan corak bunga, lakaran atau geometri dan menggunakan jahitan satin, jahitan

zigzag, jahitan lubang butang dan jahitan tebuk lubang. Teknik ini memerlukan tusukan jarum

berulang kali pada kain kasa. Jahitan zigzag dan jahitan butang digunakan untuk corak seperti

sarang labah-labah pada kasa rubia yang menyediakan rangka bagi corak kerrawang yang

rumit. Fabrik di celah sulaman kerawang ini dipotong untuk mewujudkan lubang-lubang yang

menambah sentuhan kecantikan dan keanggunan kebaya nyonya ini.

Ibu Kerongsang

Anak Kerongsang

Page 6: Baju Kebaya

Gambar 4 : Sulaman pada Kebaya Nyonya

Menurut Tan Chee Beng (1988), biasanya, baju kebaya nyonya ini digayakan dengan

kain batik dan kasut bermanik yang cantik. Kain batik adalah kain yang memiliki ragam khas

atau corak yang dibuat dengan canting dan cap dengan menggunakan malam sebagai bahan

perintang warna. Kain batik dihasilkan melalui teknik batik tulis, teknik batik cap dan teknik

batik lukis. Kain batik yang dipakai bersama kebaya nyonya selalunya mempunyai pelbagai

ragam corak dan warna. Kasut bermanik pula ialah hasil kraf tangan peranakan Baba dan

Nyonya yang diwarisi secara turun-temurun. Rekaan kasut bermanik tradisional sering

memperlihatkan motif bunga Eropah dan warnanya dipengaruhi oleh tembikar Peranakan dan

sarung batik.

Gambar 5 : Kebaya Nyonya dengan Kain Batik dan Kasut Bermanik

1.3 Fungsi Kebaya Nyonya

Baju kebaya nyonya mempunyai banyak fungsi. Secara amnya, kebaya nyonya ini sesuai

dipakai dalam semua situasi terutamanya semasa majlis perkahwinan ataupun pertunangan.

Page 7: Baju Kebaya

Pada waktu dulu, kebaya nyonya bukan sahaja dipakai setiap hari malah juga akan dipakai

semasa menyambut perayaan oleh masyarakat nyonya. Selain itu, pada masa kini, kebaya

nyonya ini juga merupakan pakaian formal dan sesuai dipakaikan dalam semua majlis rasmi.

Walau bagaimanapun, menurut Tan Chee Beng (1988), dalam masyarakat Peranakan

corak dan rekaan kebaya nyonya adalah berlainan mengikut majlis yang dihadiri. Dalam majlis

keramaian, nyonya akan memakai baju panjang dengan sarung batik dan memakai barang-

barang emas yang direka khas untuknya. Golongan muda pula akan memakai kebaya nyonya

pendek bersulam dengan warna yang terang.

Kebaya nyonya untuk keluarga berkabung kebanyakannya adalah berwarna lembut

seperti putih dan biru. Corak dan ketebalan sulaman pada fabrik tidak terhad.

Pakaian basahan biasanya menggunakan kain rubia berpetak, bergaris atau berbintik

dan dihiaskan dengan sulaman berkelok. Barang-barang kemas yang dipakai adalah minimum

dan pratikal.

2.0 Rumusan

Secara ringkasnya, dapat disimpulkan bahawa kebaya nyonya merupakan pakaian tradisional

masyarakat Peranakan di Melaka. Mereka merupakan satu kaum yang wujud dalam kalangan

masyarakat Cina di Tanah Melayu melalui perkahwinan campur masyarakat Cina dengan

masyarakat Melayu. Pada dasarnya, kebaya nyonya ini dicipta oleh masyarakat Peranakan

dan nyonya telah memakai kebaya nyonya sebagai pakaian harian seawal 1930an.