bahaya radiasi dan
TRANSCRIPT
BAHAYA RADIASI DAN KESANNYA
Radiasi ialah proses di mana zarah-zarah bertenaga bergerak dalam medium atau
ruang. Ada pelbagai jenis radiasi seperti sinar Ultraviolet (UV) dari matahari, infrared,
gelombang mikro, gelombang radio dan radiasi pengion. Radiasi pengion adalah
apabila zarah memiliki tenaga yang cukup tinggi sehingga menyebabkan
terkeluarnya elektron daripada atom iaitu ion. Alpha particle, Beta particle, sinar x
dan sinar gamma adalah contoh radiasi pengion.Setiap hari manusia terdedah
kepada radiasi pengion yang terdapat dalam cahaya matahari, bahan radioaktif yang
tertimbus dalam tanah atau batu, radon, televisyen berwarna, bangunan, produk-
produk agrikultur, lombong dan pembakaran arang. Perokok pula menerima dos
radiasi lebih tinggi daripada radioisotop yang terkandung dalam rokok.
Radiasi juga digunakan untuk tujuan perubatan seperti x-ray, CT scan, mammografi
dan PET scan. Dengan mengunapakai radiasi, doktor boleh mengenalpasti jenis
penyakit dan lokasi sebenar penyakit untuk disesuaikan dengan rawatan terbaik.
Rawatan Radiotheraphy pula digunakan untuk membunuh sel-sel kanser.
Pada 11 Mac 2011, seluruh dunia tergempar apabila terjadinya pencemaran radiasi
berikutan loji nuklear yang tidak berfungsi akibat daripada gempa bumi dan tsunami.
Pencemaran radiasi yang disebut sebagai krisis nuklear pernah terjadi di Chernobyl,
Ukraine pada suatu ketika dulu di mana kesan radiasi masih wujud sehingga kini.
Insiden kanser yang tinggi diikuti komplikasi kepada bayi yang lahir masih
menghantui penduduk Chernobyl. Kesudahan di Jepun belum diketahui namun krisis
radiasi yang berlaku sudah menghampiri tahap krisis radiasi di Chernobyl.
Radiasi pada Manusia dan Kesannya
Pendedahan kepada radiasi, sama ada daripada sumber semulajadi atau buatan
manusia, dos tinggi atau rendah pasti ada kesan biologi kepada tubuh manusia.Sel
yang lebih sensitif akan lebih terkesan daripada pendedahan kepada radiasi. Sel
yang sensitif adalah sel yang membiak atau membahagi dengan kerap dan
mempunyai kandungan oksigen yang tinggi. Sel yang jarang membahagi atau
membiak dan sel yang rendah kandungan oksigen kurang terkesan dengan
radiasi.Sel yang paling sensitif adalah limfosit (sel darah putih) dan sel-sel yang
menghasilkan darah manakala sel yang paling kurang sensitif pula ialah sel saraf
dan otot. Organ yang paling sensitif ialah organ yang menghasilkan darah diikuti
organ pembiakan dan kulit manakala organ yang kurang sensitif ialah otot dan
otak.Sensitifnya organ adalah berdasarkan sensitifnya sel. Sel yang terdedah
kepada radiasi sama ada pulih, mati atau bermutasi. Sel yang bermutasi sekiranya
terus membahagi atau membiak akan membawa kepada tumor atau kanser.Individu
yang menghidap penyakit berjangkit mungkin mengalami kesan yang lebih teruk
berbanding individu yang sihat.
Kesan radiasi terbahagi kepada 2:
1. Akut – apabila terdedah kepada dos yang tinggi dalam tempoh masa yang
singkat
2. Kronik – apabila terdedah kepada dos yang rendah dalam tempoh masa yang
lama
Dos radiasi yang tinggi berupaya membunuh sel manakala dos yang rendah
merosakan atau mengubah sel. Berikut adalah kesan-kesan radiasi akut (NCRP
Report No. 98, Guidance on Radiation Received in Space Activities) : Kesan radiasi
apabila terdedah kepada dos radiasi yang rendah dalam tempoh yang masa yang
lama (kronik):
Genetic – kesan yang dialami oleh anak-anak kepada individu yang terdedah
kepada radiasi. Sperma atau ovum yang terdedah kepada radiasi boleh
mengalami mutasi. Kesan utama tidak dapat dikenalpasti.
Somatic – kesan yang dialami oleh individu yang terdedah kepada radiasi.
Kesan utama adalah kanser.
In-Utero – kesan yang dialami oleh bayi dalam kandungan yang terdedah
kepada radiasi. Kesan utama adalah bayi dilahirkan tidak sempurna atau
cacat.
Kesimpulannya, setiap individu perlu tahu tentang radiasi dan kesan-kesannya.
Melihatkan krisis nuklear yang terjadi di Chernobyl dan Jepun, mungkin Malaysia
perlu pertimbangkan pembinaan loji nuklear.
PENGGUNAAN KIMIA NUCLEAR
Penggunaan kimia nuklear dapat dibahagikan kepada beberapa kumpulan-kumpulan
tertentu iaitu:
Perubatan
Perubatan nuklear adalah satu pengkhususan bidang perubatan/radiologi yang
menggunakan bahan radioaktif di dalam badan untuk mendiagnosis atau merawat
penyakit. Pemeriksaan perubatan nuklear boleh dijalankan pada sebarang usia.
Pemeriksaan jenis ini cukup berguna kerana memberi maklumat atas fungsi satu
organ atau sistem yang khusus.
Ini berbeza dengan pengimejan radiologi yang menyediakan maklumat mengenai
anatomi sesuatu organ. Pemeriksaan nuklear dapat menunjukkan ketaknormalan
paling awal di dalam satu penyakit sebelum masalah itu dapat dikesan dengan
pemeriksaan jenis lain. Dalam sesetengah kes, pemeriksaan jenis perubatan nuklear
mungkin adalah satu-satunya ujian yang akan dapat memberi maklumat sama ada
satu organ tertentu atau sistem berfungsi dengan sempurna. Antara beberapa sistem
dalam badan yang perubatan nuklear dapat menilai fungsi termasuk jantung (untuk
sakit dada atau akibat serangan jantung), hati, buah pinggang, tulang-tulang dan
tiroid.
Suatu bahan kimia, yang mengandungi sedikit bahan radioaktif, diberikan kepada
pesakit sama ada dengan menyuntik ke dalam vena, meminumnya atau dengan
menghidunya ke dalam paru-paru. Bahan-bahan kimia ini khusus dirumuskan
supaya mereka tertumpu dalam organ atau sistem khusus. Setelah bahan ini masuk
ke dalam badan, pesakit mungkin diminta untuk menunggu seketika sebelum
prosedur bermula. Tempoh menunggu ini adalah perlu kerana bahan kimia tersebut
akan memerlukan tempoh masa berlainan untuk 'berkumpul' dalam organ yang ingin
diskan. Beberapa ujian mungkin juga menghendaki scan berganda yang diambil
pada waktu-waktu yang berlainan. Rawatan yang menggunakan perubatan nuklear
adalah satu cara berkesan, selamat dan agak murah untuk mengawal, dan dalam
sesetengah kes menyingkir penyakit-penyakit tertentu seperti kelenjar tiroid terlalu
aktif, kanser tiroid dan artritis. Pesakit-pesakit yang menjalani terapi perubatan
nuklear selalunya akan diminta tinggal di hospital untuk beberapa hari.
Ini bukan kerana sebarang risiko kepada kesihatan pesakit tetapi kerana doktor-
doktor hendak memastikan yang bahan-bahan radioaktif dalam badan pesakit
dikumuhkan dari tubuh dengan selamat. Dalam kebanyakan kes, aktiviti-aktiviti
harian pesakit tidak akan terjejas. Jika pesakit diperlukan untuk berhenti sementara
pengambilan ubat, atau jika dos biasa ubat adalah berubah sebelum pemeriksaan,
pesakit harus meminta jika dan bila pengambilan ubatnya boleh disambung semula.
Kesan sampingan kecil seperti berasa mual atau bengkak kelenjar-kelenjar liur
mungkin berlaku dalam rawatan perubatan nuklear.
Senjata
Ancaman penggunaan senjata kimia dan biologi oleh pengganas antarabangsa kini
muncul semula semenjak kejadian serangan ‘Antraks’ di Amerika tahun lalu.
Kenyataan Persatuan Perubatan Malaysia pada 26 Oktober lalu agar pakar
perubatan sentiasa bersedia dengan kewujudan penyakit yang tidak diketahui
puncanya dan kematian misteri yang mungkin angkara pengganas bio harus
diberi perhatian oleh masyarakat umum dan bukan di kalangan pengamal
perubatan sahaja. Orang ramai berhak untuk mengetahui tentang bahaya agen bio
dan kimia ini dan bagaimana mengenali simptom-simptomnya dan seterusnya apa
yang harus dibuat pada saat-saat kecemasan serta bagaimana mendapatkan
bantuan.
Kita masih ingat lagi bagaimana seluruh negara berada dalam keadaan
ketakutan dan panik, apabila berlakunya peristiwa wabak penyakit Nipah yang
menyebabkan kematian 118 orang penduduk di Bukit Pelanduk. Kita juga tidak
lupa dengan peristiwa surat-surat yang mengandungi ‘kuman antraks palsu’ pada
awal tahun, dan yang terakhir penyakit meningitis yang meragut nyawa beberapa
pelajar universiti dan kawasan sekitarnya di Selangor pada September lalu.
Sebenarnya penggunaan agen biologi dan kimia telah.dikesan semenjak tahun
1919 lagi dan yang terbaru penggunannya oleh tentera Rusia di sebuah panggung
teater di Moscow pada 26 Oktober lalu di mana lebih 118 orang terbunuh dan
beratus lagi di masukkan ke hospital. Penghasilan senjata jenis ini walau dilarang
oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu namun ia tetap juga dihasilkan bukan
sahaja di kalangan pengganas bahkan oleh negara-negara besar seperti Amerika
dan Rusia.
Penubuhan unit NBCD (Nuclear, Biology and Chemical Defence) oleh Angkatan
Tentera Malaysia bagi menangani ancaman senjata nuklear, kimia dan biologi pada
1 April yang lalu amatlah dihargai. Unit ini bertanggungjawab untuk mengesan dan
meneutralkan agen-agen tersebut. Jika terpaksa unit tersebut juga dilaporkan akan
membantu dalam rawatan. Diharap fungsi unit ini di samping agensi- agensi
keselamatan dan kesihatan yang lain dapat diperkukuhkan lagi dengan penubuhan
Pusat Latihan Serantau Bagi Mencegah Keganasan di Kuala Lumpur. Pusat ini
yang telah dipersetujui oleh pemimpin Asean semasa menghadiri Forum
Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) di Los Cabos, Mexico pada 27 Oktober
lalu akan memberi latihan bagi meningkatkan keupayaan dan kemampuan negara
serantau dalam menghadapi masaalah keganasan.
Di samping meningkatkan keselamatan dalam menangani isu keganasan kimia dan
bio , kita juga mengharapkan agar tahap keselamatan dipertingkatkan di tempat-
tempat yang berpotensi boleh menyebabkan kehilangan nyawa besar-besaran
seperti di industri berasaskan bahan kimia, pusat penyelidikan atau perkhidmatan
berasaskan bakteria dan virus serta pusat perlupusan sisa toksik. Ini bagi
mengelakkan bukan sahaja dari ancaman pengganas tetapi yang lebih merbahaya
iaitu kemalangan akibat kecuaian dan ketidakperihatinan manusia. Kita masih lagi
ingat dengan penemuan berpuluh-puluh tong sisa potasium sianida terbiar di
Pangkor pada 1999 yang mampu membebaskan hidrogen sianida dan boleh
membunuh seluruh penduduk Pulau Pinang dalam masa yang singkat.
Arkeologi
Bagi bidang arkeologi pula,penggunaan karbon 14 dijadikan asas bahan pengukur.
karbon 14 atau C-14 ialah bahan radiokatif yang sentiasa diserap oleh tumbuhan
hidup.Apabila tumbuhan tersebut mati,aktiviti C14 akan menurun kerana tiada C14
baru yang diserap.Atom C-14 akan mereput.Oleh itu dengan mengukur aktiviti C14
usia sesuatu bahan purba boleh ditentukan.
Penggunaan tenaga.
Tenaga nuklear pada asasnya berasal dari bahan galiann plutonium dan
uranium..Pada asasnya juga atom ,bahan asas untuk pembentukan jisim terdiri
daripada elektron,proton dan neutron. Atom merupakan gabungan cas negatif dan
positif . Proton mempunyai cas positif dan elektron bercas negatif. Sementera
neutron pula tidak bercas dan hampir sama seperti jisim proton. Proton dan neutron
berada di dalam suatu nukleus, yang dikenali sebagai nukleon Bagaimana
munculnya sinaran radioaktif ? Ianya berpunca apabila atom yang tidak stabil
berubah menjadi stabil dan mula memancarkan sinaran radioaktif.Tiga jenis sinaran
itu ialah alfa,beta dan gamma. Nuklear walaupun dikatakan sebagai membawa
kemusnahan,yakni ( peperangan senjata nuklear) serta bencana( seperti kebocoran
reaktor di Chernobly,atau Fukushima Daichi ),masih dianggap penting oleh banyak
buah negara. Antaranya ialah China dan USA sendiri. Dianggap sebagai tenaga
pilihan bagi bahan tenaga api fosil,nuklear boleh menjana sumber elektrik untuk
tempoh masa yang lama.Namun secara peribadi saya lebih berharap Malaysia boleh
memajukan tenaga solar,dengan kedudukan di khatulistiwa, Malaysia menerima
cahaya matahari sepanjang tahun untuk tempoh sekurang-kurangnya 6 jam sehari.
Nuklear melalui sinaran radioaktif yang terkawal sebenarnya membawa banyak
kebaikan kepada kehidupan manusia. Di dalam sektor pertanian,sinaran radioaktif
dignakan untuk menghasilkan baka yang baru yang berkualiti tinggi dan mempunyai
rintangan penyakit yang kuat. Institut Teknologi Nuklear Malaysia ( MINT ),
berkerjasama dengan MARDI telah menghasilkan pelbagai baka baru yang mutan.
Ini termasuklah kacang tanah,bunga raya dan orkid. Malahan sinaran radioaktif yang
sihat juga digunakan untuk proses menyimpan hasil pertanian untuk tujuan eksport.
Di dalam bidang perindustrian dengan aplikasi kaedah ujian tanpa musnah,sinaran
radiokatif boleh digunakan untuk mengesan kebocoran paip gas. Ujian tanpa
musnah tidak memusnahkan kawasan yang diuji,sebaliknya mampu mengesan
kebocoran bagi kawasan tangki atau paip yang tertutup. Teknik ini menggabungkan
penggunaan alat pengesan sinaran radioaktif dan punca sinaran radioaktif