bahaya elektrik tidak boleh dianggap ringan

11
SENARAIKAN PROSEDUR KESELAMATAN BERDASARKAN IEEE STANDARD Bahaya elektrik tidak boleh dianggap ringan. Oleh kerana aliran arusnya tidak nampak, bahaya ini sukar dikesan. Jika tersilap ia boleh mencacatkan anggota, menyebabkan renjatan, lumpuh, kebakaran, letupan, kematian dan sebagainya. Gejala ini hanya boleh diatasi jika semua peraturan keselamatan dipatuhi. Peraturan keselamatan ini bertujuan untuk melindungi pekerja, pengguna, alat- alat dan bangunan dari bahaya yang disebabkan oleh elektrik.Peraturan ini diambil berdasarkan peraturan IEE (Institution Of Electrical Engineers) dan Jabatan Bekalan Elektrik & Gas yang dikemaskini dari masa ke semasa. Berikut adalah antara langkah keselamatan terpenting yang perlu dipatuhi : 1. Lantai tempat bekerja mestilah bersih daripada minyak, air atau gris. Semua bahan ini boleh menyebabkan pekerja tergelincir semasa mereka bekerja ditempat tersebut. 2. Peralatan yang digunakan mestilah berada dalam keadaan baik dan sempurna. Jika tidak, sila beritahu pegawai yang bertugas. Peralatan harus disimpan ditempat yang betul dan selamat supaya mudah dicari bila diperlukan, lebih- lebih lagi di waktu kecemasan. Pastikan semua peralatan diletakkan ditempatnya yang asal selepas digunakan.

Upload: mohdfaizhanafi

Post on 19-Jan-2016

51 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

paiz

TRANSCRIPT

Page 1: Bahaya Elektrik Tidak Boleh Dianggap Ringan

SENARAIKAN PROSEDUR KESELAMATAN BERDASARKAN IEEE STANDARD

Bahaya elektrik tidak boleh dianggap ringan. Oleh kerana aliran arusnya tidak nampak, bahaya ini sukar dikesan. Jika tersilap ia boleh mencacatkan anggota, menyebabkan renjatan, lumpuh, kebakaran, letupan, kematian dan sebagainya.

Gejala ini hanya boleh diatasi jika semua peraturan keselamatan dipatuhi. Peraturan keselamatan ini bertujuan untuk melindungi pekerja, pengguna, alat-alat dan bangunan dari bahaya yang disebabkan oleh elektrik.Peraturan ini diambil berdasarkan peraturan IEE (Institution Of Electrical Engineers) dan Jabatan Bekalan Elektrik & Gas yang dikemaskini dari masa ke semasa.

Berikut adalah antara langkah keselamatan terpenting yang perlu dipatuhi :

1. Lantai tempat bekerja mestilah bersih daripada minyak, air atau gris. Semua bahan ini boleh menyebabkan pekerja tergelincir semasa mereka bekerja ditempat tersebut.

2. Peralatan yang digunakan mestilah berada dalam keadaan baik dan sempurna. Jika tidak, sila beritahu pegawai yang bertugas. Peralatan harus disimpan ditempat yang betul dan selamat supaya mudah dicari bila diperlukan, lebih-lebih lagi di waktu kecemasan. Pastikan semua peralatan diletakkan ditempatnya yang asal selepas digunakan.

Page 2: Bahaya Elektrik Tidak Boleh Dianggap Ringan

3. Pakai pakaian yang bersesuaian, tidak terlalu sempit atau terlalu longgar. Kasut bertapak tebal dan berjahit disekelilingnya lebih digalakkan semasa membuat kerja-kerja pendawaian.

4. Seseorang tidak dibenarkan bergurau atau bermain peralatan yang tajam atau panas dengan kawan semasa melakukan kerja dibengkel.

5. Pastikan pembumian disetiap pemasangan berkesan. Elakkan dari berkarat.

6. Pastikan pengalir (dawai) yang digunakan memenuhi saiz dan penebatan yang sesuai.

7. Penambahan litar mesti dielakkan kecuali mendapat kebenaran dari pegawai.

.

Page 3: Bahaya Elektrik Tidak Boleh Dianggap Ringan

8. Jangan menceraikan bahan-bahan elektrik yang digunakan dalam ujikaji tanpa pengetahuan pegawai bertugas.

9. Sebelum sesuatu ujikaji diuji dengan bekalan elektrik, dapatkan bantuan dari pegawai yang bertugas untuk memeriksa litar dan penyambungannya.

10. Selepas bekerja atau selepas menggunakan mesin elektrik, pastikan suisnya dimatikan.

11. Sekiranya berlaku sebarang kemalangan, pegawai yang bertugas harus diberitahu dengan serta-merta.

12. Semua bekalan elektrik harus dimatikan selepas kerja atau semasa hendak meninggalkan makmal.

13. Sebelum memasangkan plug pada soket, pastikan suis pada soket dimatikan terlebih dahulu.

Page 4: Bahaya Elektrik Tidak Boleh Dianggap Ringan

SENARAIKAN TEKNOLOGI TERKINI DALAM PEMASANGAN ELEKTRIK

1. Litar Pengguna

2. Litar Kawalan Turutan Pengguna

Page 5: Bahaya Elektrik Tidak Boleh Dianggap Ringan

A) Fius pemutus dan perangkai neutral- sebagai pelindung arus lebihan dan menghadkan arus pengguna.

B) Meter kWj- mengukur jumlah tenaga yang telah digunakan untuk menetapkan kadar bayaran tarif.

Page 6: Bahaya Elektrik Tidak Boleh Dianggap Ringan

C) Suis utama- sebagai pengasing litar dan perlindungan arus lebihan

D) Pemutus litar bocor ke bumi kendalian arus- alat pelindung kepada kebocoran arus ke bumi dan sebagai pengasing litar.

E) Papan agihan- pengagih litar kecil akhir dan pelindung arus lebihan.

Page 7: Bahaya Elektrik Tidak Boleh Dianggap Ringan

3.Litar Akhir

Litar akhir ialah litar yang keluar dari papan agihan untuk membekalkan tenaga elektrik terus kepada peralatan elektrik.Tujuan pembahagian litar utama ke litar akhir ialah

a) Untuk mengelakkan bahaya apabila berlaku kerosakan, iaitu dengan memastikan bahawa arus kerosakan yang akan mengendalikan sistem perlindungan itu tidak melebihi daripada sepatutnya.

b) Untuk memastikan bahawa bahagian-bahagian dalam pemasangan boleh diputuskan bekalan bagi tujuan pemeriksaan, pengujian atau kerja-kerja membaiki tanpamengganggu litar lain.

c) Untuk mengelakkan kerosakan yang berlaku pada sesuatu litar itu merebak ke litar yang lain.

Page 8: Bahaya Elektrik Tidak Boleh Dianggap Ringan

4. Permintaan maksima

Permintaan maksima ialah arus terbesar yang perlu dialirkan ke dalam litar, suis dan alat perlindungan pada sesuatu masa. Ianya boleh di tentukan daripada permintaan arus keseluruhan bagi semua punca perkakas elektrik dalam litar.

5. Litar akhir bagi soket alur keluar

Ia boleh di bahagikan kepada beberapa jenis iaitu:

a) Litar jejariLitar yang di sambungkan kepada soket alur keluar dan berakhir pada soket alur keluar yang di hujung sekali.

Page 9: Bahaya Elektrik Tidak Boleh Dianggap Ringan

b) Litar gelangLitar yang di sambungkan kepada beberapa soket alur keluar dan berakhir pada puncamasukannya di papan fius agihan.

c) Sulur merupakan satu cabang kabel yang di sambungkan pada litar jejari dan litar gelang.

Page 10: Bahaya Elektrik Tidak Boleh Dianggap Ringan

6. Litar akhir lampu

Biasanya diagihkan untuk bekalan ke punca lampu filamen atau lampu discas. Beban lain juga disambungkan dari litar lampu seperti kipas siling dengan syarat arus beban penuh kurang daripada yang ditetapkan. Pengalir kabel litar akhir lampu yang diagihkandari papan fius agihan akan berakhir di terminal siling ros atau pemegang lampu.

Page 11: Bahaya Elektrik Tidak Boleh Dianggap Ringan

7. Litar akhir alat pegun

Litar akhir alat pegun(tetap) yang berkadar lebih daripada 3 kW tidak bolehdisambungkan ke soket alur keluar. Ini bermakna litar akhir yang berasingan perludipasang untuk beban tersebut.

8. Litar Lampu Solar