bahasa rojak : hilangkah kesantunan bahasa melayu

8
BAHASA ROJAK : HILANGKAH KESANTUNAN BAHASA MELAYU? BAHASA DAN BUDAYA RAKYAT MALAYSIA SBLM 1053 BAHASA MELAYU PENGURUSAN DISEDIAKAN OLEH : RAMACHANDRAN ARJENAN MATRIK # 216761 DISEDIAKAN UNTUK : PN. HAJAH FAIZAH AHMAD

Upload: ramachandran-arjenan

Post on 25-Jul-2015

116 views

Category:

Documents


16 download

TRANSCRIPT

Page 1: Bahasa Rojak : Hilangkah Kesantunan Bahasa Melayu

BAHASA ROJAK : HILANGKAH KESANTUNAN BAHASA MELAYU?

BAHASA DAN BUDAYA RAKYAT MALAYSIA

SBLM 1053 BAHASA MELAYU PENGURUSAN

DISEDIAKAN OLEH : RAMACHANDRAN ARJENANMATRIK # 216761

DISEDIAKAN UNTUK : PN. HAJAH FAIZAH AHMAD

Page 2: Bahasa Rojak : Hilangkah Kesantunan Bahasa Melayu

PENGENALAN

Bahasa melayu merupakan bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara.

Digunakan sebagai wahana berkomunikasi dikalangan semua lapisan masyarakat di seluruh negara.

Page 3: Bahasa Rojak : Hilangkah Kesantunan Bahasa Melayu

Bahasa Rojak

Bahasa yang bercampur aduk kata-kata yang digunakan oleh penutur.

Berlaku dalam konteks lisan samada rasmi atau tidak rasmi dan bukannya dalam penulisan

Contoh Bahasa Rojak Bahasa Melayu + Bahasa Inggeris→ U memang terror la bro

Bahasa Melayu + Bahasa Cina→ Tauke, tapau mee goreng satu.

Page 4: Bahasa Rojak : Hilangkah Kesantunan Bahasa Melayu

PUNCA PENGGUNAAN BAHASA ROJAK Sikap kurang yakin masyarakat Malaysia terhadap Bahasa Melayu. Kebanyakan

masyarakat berpandangan bahawa tiada gunanya mempelajari bahasa Melayu kerana bahasa tersebut akan lenyap ditelan zaman.

Sikap rakyat Malaysia yang mengagung-agungkan bahasa Inggeris. Kebanyakan penduduk negara kita berpendapat bahawa Bahasa Inggeris merupakan bahasa yang terulung di dunia.Walau bagaimanapun, rakyat Malaysia harus sedar bahawa Bahasa Inggeris bukanlah bahasa yang mempunyai paling ramai penutur di dunia ini. Bahasa Inggeris hanyalah merupakan lingua franca, iaitu bahasa pertuturan yang paling utama dan meluas. Hal ini demikian kerana penggunaannya adalah sebagai ‘penyambung lidah’ antara bangsa-bangsa yang berlainan.

Sikap penutur. Fenomena ini berpunca daripada sikap segelintir penutur yang ingin menonjolkan kehebatannya dengan menguasai satu bahasa lagi. Kebanyakan penutur bahasa rojak biasanya amat sukar untuk berkomunikasi dalam persekitaran terutamanya dalam penggunaan bahasa Inggeris yang sebenar. Oleh itu, mereka akan melatih kemahiran berbahasa Inggeris dalam kalangan pelajar sekolah luar bandar serta mempraktikkan dalam perbualan harian walaupun tidak berkemahiran

Page 5: Bahasa Rojak : Hilangkah Kesantunan Bahasa Melayu

Penggunaan Bahasa Rojak

Kebaikan Keburukan

sering digunakan meliputi percampuran bahasa Inggeris dengan bahasa Melayu menyebabkan penggunaan bahasa rojak akan dianggap hebat dan mengikut perkembangan semasa jika dituturkan dalam berkomunikasi.

 membolehkan kita mengetahui perkataan dalam pelbagai bahasa. Contohnya, kita dapat mengetahui pelbagai perkataan Inggeris yang hebat-hebat bunyinya.

Menurunkan kedudukan bahasa Melayu.

Menjejaskan keberkesanan komunikasi dalam masyarakat sekaligus menimbulkan salah faham.

Penghayatan terhadap bahasa Melayu akan berkurang.

Page 6: Bahasa Rojak : Hilangkah Kesantunan Bahasa Melayu

Kaedah Mengatasi Penggunaan Bahasa Rojak

Pendidikan

→ sebagai wadah untuk membina sahsiah generasi kita

Penguatkuasaan pihak berwajib

→ memastikan bahawa bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dihormati penggunaannya pada papan iklan, papan perniagaan, nama tempat, jalan, bangunan dan sebagainya

→ menegaskan penggunaannya dalam surat rasmi, mesyuarat, ucapan, taklimat dan sebagainya

Dewan bahasa dan pustaka

→ draf Garis Panduan Penggunaan Bahasa Kebangsaan dalam Urusan dan Majlis Rasmi.

Bidang penyiaran

→ Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia  telah bertanggungjawab memastikan garis panduan yang mensyaratkan 60% siaran mestilah dalam bahasa Melayu dipenuhi oleh stesen radio dan televisyen swasta dan di samping itu mestilah dalam bahasa Melayu yang terkawal

Page 7: Bahasa Rojak : Hilangkah Kesantunan Bahasa Melayu

KesimpulanPelbagai usaha harus dilakukan untuk memartabatkan bahasa Melayu.Oleh itu bahasa melayu perlu dijadikan agenda utama yang dilaksanakan secara berterusan supaya bahasa Melayu benar-benar menjadi jiwa bangsa sekaligus mengikis perasaan mengagung-agungkan bahasa lain terutamanya bahasa Inggeris dalam kalangan masyarakat Malaysia.Keaslian bahasa Melayu perlu terus dipelihara agar kekal menjadi wahana komunikasi utama di negara ini tanpa dicampur adukkan dengan bahasa-bahasa lain. Bak kata pepatah "yang kurik itu kendi, yang merah itu saga,yang baik itu budi, yang indah itu bahasa".

Page 8: Bahasa Rojak : Hilangkah Kesantunan Bahasa Melayu

Terima Kasih