bahasa melayu spm

52
E-buku ini mengandungi kosa kata dan peribahasa untuk digunakan dalam karangan . BAHASA MELAYU SPM Eng Kah Yang

Upload: zhen1998

Post on 13-Sep-2015

116 views

Category:

Documents


12 download

DESCRIPTION

BM

TRANSCRIPT

  • E-buku ini mengandungi kosa kata dan

    peribahasa untuk digunakan dalam

    karangan .

    BAHASA

    MELAYU

    SPM

    Eng Kah Yang

  • PENDAHULUAN

    Buku ini adalah percuma. Anda digalakkan berkongsi buku ini kepada orang lain.

    Anda boleh upload, e-mel atau cetak buku ini.

    Terdapat beberapa syarat perlu anda patuhi. Buku ini tidak boleh dikomersialkan,

    edit, ditukar , dihapus dan ditambah dengan ikon-ikon yang lain.

    Segala maklumat dalam buku ini dipetik daripada laman sesawang.Kalau ada segala

    pertanyaan, sila rujuk kepada guru anda.Jika terdapat kesalahan, saya memohon maaf

    terlebih dahulu.

    Sekian, terima kasih dan semoga Berjaya.

    ENG KAH YANG

    ([email protected])

  • KOSA KATA

    A

    absurd = mustahil, tidak masuk akal

    adiwangsa = bangsa utama (mulia)

    adiwarna = amat indah, amat bagus

    akademikus = orang yang berpendidikan / lepasan universiti

    akar umbi =punca

    aktivis org yg melibatkan diri secara aktif

    aktual = yang sebenarnya

    akur= bersetuju

    alhasil = akhirnya, kesudahannya

    alma mater = tempat belajar

    alternatif= pilihan

    altruisme =sifat suka mengutamakan kebajikan orang

    anasir =gejala

    anjakan paragdigma =perubahan yg baik

    apologetik = menyesali sesuatu perbuatan yang sudah terlanjur

    apresiasi = penghargaan terhadap sumbangan atau jasa seseorang

    arkib= tempat menyimpan benda khazanah

    aroma= bau

    arus globalisasi =Zaman global (dunia tanpa sempadan)

    arus Modenisasi =Zaman moden

    aset= sesuatu yang bernilai

    asimilasi = berpadu menjadi satu

    aspirasi = cita=cita, keinginan

    B

    Badai = cabaran

  • Bacul = tidak besemangat

    Belenggu =konkongan

    beradaptasi = membuat penyesuaian

    berfantasi = berangan=angan, berkhayal

    bergelandang= berperlesetan

    Berhempas pulas =berkerja keras

    berintegriti=mempunyai kejujuran

    berjat= kawan

    Berkaliber =(cth: pemimpin yg berkaliber)

    bermaharajarela = berleluasa

    bermusyawarah = berunding, berbincang, bermesyuarat

    bobrok = rosak, binasa

    boikot dipulaukan

    C

    cemerkap = tidak cermat melakukan sesuatu

    D

    dana =modal

    Dangkal =pengetahuan yg cetek

    Darah setampuk pinang =belum ada pengalaman lagi

    darsawarsa= satu dekad

    darulfana = dunia yang tidak kekal abadi

    de facto = pada hakikatnya, sebenarnya

    de jure = menurut undang=undang

    Delinkuen =tidak mematuhi peraturan

    demonstrasi =menunjukkan

    diagnosis= mengenalpasti

    dif =tetamu

    diiktiraf= diakui

  • Diimplementasikan =digunakan

    Dijana =dijalankan

    dimonopoli= dikuasai

    dinafikan =disangkal

    dinamis= berdaya saing

    Dirangkaikan =dihubungkan

    Disemarakkan =digiatkan

    disisihkan= dipinggirkan

    ditakrifkan= didefinisikan, dimaksudkan

    Diuar=uarkan =diberitahu,dihebahkan

    diuar=uarkan= dicanangkan

    Dominan =utama

    drastik =cepat

    Duniawi = berkenaan dunia

    duniawi =hal=hal dunia

    E

    efektif= berkesan

    Efisien =menjlnkan tugas dgn cekap

    ego = mementingkan diri sendiri, bermegah=megah

    egosentrik = mementingkan keperluan diri dan tidak peduli orang lain

    egotisme = mementingkan diri sendiri

    eksais = cukai

    eksistensi = kewujudan

    ekstentif = luas liputannya

    elemen = bahagian, perkara, anasir

    emansipasi = hak kebebasan

    emansipasi= hak kebebasan

    endah = peduli, acuh

  • Enteng =ambil mudah/ringan

    Entiti mithali =sesuatu yg patut diteladani

    Esprit de corps= semangat kerjasama

    era =zaman

    evasif = mengelak diri daripada sesuatu tanggungjawab

    Evasif =sikap mengelak diri drpd sesuatu tanggungjawab

    F

    Falah = kerjayaan

    fanatisisme = keyakinan yang amat kuat terhadap sesuatu

    fasilitator= pemudah cara

    Filsafat =falsafah

    fleksible =mudah diubahsuai

    fundamental = sangat penting

    G

    gemuruh= hebat

    Ghalibnya =biasanya,lazimnya

    global= dunia seluruhnya

    Global =peringkat dunia

    Glokal/lokal =peringkat tempatan

    H

    Hedonisme =mementingkan keseronokan

    Heterogen =pelbagai

    hipokrasi = perbuatan berpura=pura baik

    Holistik mulia

    I

    Ideal =mulia

    Ideal =sempurna/sesuai

  • ikhtisas= mata pencarian

    iltizam =harapan tinggi

    impak =kesan

    inderloka= syurga

    individualistik= mementingkan diri sendiri

    infomasi= penerangan

    inisiatif =daya usaha

    Inovasi =kemajuan

    insentif =imbuhan, ganjaran

    inteligensia = orang bijak pandai

    intensif =giat, bersungguh=sungguh

    intergrasi= perpaduan

    Ironinya,Impak =Kesannya

    Izhar Jelas

    J

    jenama =jenis barang

    julung=julung= kali pertama

    Justifikasi =suatu alasan yg menjadikan sesuatu wajar dilakukan/diberikan

    K

    berkaliber =berkeupayaan

    Keakraban =hubungan yg erat

    Kealpaan (alpa) =Kecuaian/lupa

    kebejatan= kejatuhan

    Kebejatan moral =keruntuhan moral

    kecemerkapan = kelalaian

    kedekadenan = kemerosotan (nilai, kualiti dan lain=lain)

    keefisienan = kecekapan

    kegawatan= kejatuhan

  • kehakikiannya = keadaan yang sebenarnya

    Kekangan =masalah

    kekhilafan = kesalahan kerana kurang teliti atau kurang pengalaman

    kemaslahatan = faedah, kegunaan

    Kemelut =masalah

    Kendatipun begitu =walaupun begitu

    kepupusan = kehilangan

    kesedaran sivik =kesedaran tentang tanggungjawab

    keserakahan= kerakusan, ketamakan

    ketandusan =tidak ada

    ketidakacuhan = sikap tidak memperdulikan sesuatu

    ketidakkeruanan =keadaan tidak tentu arah

    khazanah =harta benda

    khisit = iri hati, cemburu

    Khusyuk =menumpukan perhatian

    kolaborasi = berkerjasama dengan pihak musuh

    kolaboratif = kerjasama antara dua pihak

    kolot= kuno

    Komentar =komen

    komitmen= kesungguhan

    Komitmen =memberikan sepenuh tenaga

    konflik jiwa = pergolakan jiwa

    konklik =kuat, kukuh, mapan

    Kontemporari =masa kini

    Konkurensi-persaingan

    konvensional= umum

    kritikal= serius

    kutsi suci

  • L

    lewa =tidak sepenuh hati

    lumrah= kebiasaan

    Luwes = tidak terlalu ketat (peraturan)

    malapetaka= bencana/ bala

    M

    Mampan =mantap

    manfaat= faedah

    Mangkin yang efektif =faktor=faktor penyebab..

    manifesto =pendirian

    manipulasi tindakan

    Mantan =bekas

    maslahat = berfaedah, berguna

    materialistik =kebendaan

    Mayapada =dunia

    Meledakkan =menyebabkan terbitnyasesuatu

    melemahlesukan = menjadikan lemah, tidak bermaya

    Memanifestasikan =melahirkan,menunjukkan

    membahalakan = memuja, mendewa=dewakan

    membahalakan = memuja, mendewa=dewakan

    membendung= mengawal

    membobrokkan = merosakkan, membinasakan

    memfaalkan = meramalkan

    memfadihatkan = memalukan seseorang, mengaibkan

    memfantasikan = mengkhayalkan, mengangan=angankan

    Memorabilia =kenangan manis yg tidak dpt dilupakan.

    memperbonekakan = mempermainkan

    memperdekap = menjadikan lebih dekat

  • Memperkasa =meningkatkan

    memperyahudikan = memandang hina

    memudaratkan= memburukkan

    menberangsangkan= membanggakan

    mencerminkan= melambangkan

    mencungkil =mencari

    mendampilkan = merapatkan

    mendugalkan = memuakkan, meloyakan

    menerajui= memimpin, mengetuai

    menerjah = (cth: menerjah masuk)

    meneroka= menyelidik

    mengakulturasi = menyerapan budaya ke sesuatu budaya yang lain

    mengalicaukan = mengelakkan

    menggeneralisasikan = membuat kesimpulan tentang sesuatu perkara

    mengheret= membawa kepada

    mengikis= membuang

    mengimplementasikan = melaksanakan

    mengintegrasikan = menyatupadukan (kaum)

    mengisbatkan = menentukan, menetapkan

    Menikam sanubari - Merosakkan perasaan

    mengomidikan = memperdayakan, mempermainkan, menipu

    Mengorak =memulakan (cth: mengorak langkah)

    mengqadimkan = meramalkan

    mengubah= menukar

    menimba= mendapat

    Menjurus =menyebabkan

    menopang dagu =termenung

    mentarbiahkan = mendidik, mengasuh

  • menuding jari= menyalahkan orang lain

    menyarankan= mencadangkan

    menyeru =meminta

    Menyoroti =membicarakan

    meranapkan= menghancurkan

    Mercu=menempa

    merealisasikan =menjadikan kenyataan

    merenoatkan= mengagalkan

    merunsingkan =merisaukan

    metropolitan =bandar raya

    Modus operandi = cara

    modal insan =pembangunan manusia (cth: modal insan yg cemerlang)

    motivasi =semangat tinggi

    muafakat =kerjasama

    musibah =bencana

    musyawarah = perundingan antara kedua=dua belah pihak

    mutakhir ini/ Marcapada ini = Dewasa ini

    mutakhir=terkini

    N

    nadi= penggerak

    Nafsi =sikap mementingkan diri

    Narsisistik = terlalu memuji sendiri

    natijahnya =kesannya

    Nescaya =pasti

    Nescaya =sudah tentu

    Nirmala =Hening (pagi yg hening)

    norma= adat

    O

  • Onak dan duri = pelbagai rintangan

    obligasi =semangat

    Obses = terlalu terikut=ikut

    P

    pancarobah =keadaan yang kacau

    panji= bendera

    Pasrah =menyerah

    pembabibutaan = melakukan sesuatu tanpa berfikir panjang

    pengasimilasian = proses mengasimilasikan sesuatu

    penggemblengan= penyatuan

    Penuh iltizam =penuh semangat

    peras ugut= ancaman, paksaan

    perdana= utama

    Perencah =faktor

    perisai =pertahanan

    permantauan= pengawasan, pemeriksaan

    perpestif =tanggapan

    persada =gelangang

    pesimis=orang yang bersikap tidak yakin akan pendirian

    Petualang =penghalang

    Pidana =kejahatan

    Polemik =isu yg sering dibincangkan

    pornografi= bahan=bahan lucah

    Pragmatis =praktikal

    Prestij =reputasi (cth: anugerah yg berprestij)

    prihatin= peka

    profesion= kerjaya

    progresif= sihat dan cemerlang

  • prosedur= peraturan

    pusaka= sesuatu yang diwarisi turun=temurun

    R

    realiti= hakikat

    Remeh = (cth: dipandang remeh)

    Rencaman =Pelbagai

    rentetan= ekoran

    Rentetan itu, =Sehubungan itu

    Rohaniah dan insani =nilai=nilai kemanusiaan

    Ruwet =kalut,kusut atau sulit

    S

    sahsiah= keperibadian

    sanubari =jiwa

    Sarwajagat =peringkat antarabangsa

    Seantero = seluruh (cth: seantero dunia)

    seantero = seluruh

    seantero= seluruh

    secara generalisasinya = kesimpulannya

    Sementelahan pula =tambahan pula,lebih=lebih agi

    senggang =santai, tidak sibuk

    Serampang dua mata =dasar yg mempunyai objektif

    serampang dua mata =melakukan dua kerja serentak

    seyogia = sepatutnya

    seyogia= harus, patut

    Signifikan =bermakna atau penting

    silaturahim =persaudaraan

    Sinergi =kerjasama

  • sistematik= teratur, mengikut peraturan

    Sofistikated =bersifat kompleks

    Swadaya =kekuatan sendiri

    T

    Takuk lama =tahap lama

    tampil= keluar

    Tamsilan =contoh

    Tarbiah =pendidikan

    teladan =contoh

    Tergusur =terheret,tertarik

    Terhunus =telah sedia tercabut (cth: kerisyang terhunus)

    terjebak= terlibat

    terkhilaf = tersalah, terkeliru

    terpikul =tertanggung

    tersadai =tidak bergerak

    tersohor= terkenal

    Tersohor =terkenal/termasyur

    teruja= timbul minat/keinginan yang kuat

    tidak bernoktah= tiada pengakhiran

    tonggak= asas/dasar

    total =menyeluruh

    transisi =perantaraan

    tuntasnya= keseluruhannya

    turun padang= turuts serta

    U

    Ukhrawi =rohani (berkenaan akhirat)

    Uswah =teladan,contoh

    Utopia =masyarakat yg terlalu ideal/sempurna (tidak mungkin diwujudkan)

  • V

    vandalisme= merosakkan harta benda

    vital= penting

    vital=penting

    W

    Wadah =Alat

    warisan= harta pusaka

    waswas =tidak yakin

    Y

    yuda = peperangan

  • KOLEKSI PERIBAHASA

    masyarakat

    1. bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat

    2. tulang belakang

    3. duduk sama rendah berdiri sama tinggi

    4. dayung sudah di tangan,perahu di air

    usaha

    1.bara yang digenggam perlu jadi arang

    2. kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya

    3. yang bulat tidak datang menggolek, yang pipih tidak datang melayang

    4. mencari jalan = memerah otak

    5. sehari selembar benang, lama-lama menjadi sehelai kain

    6. sedikit-dikit, lama-lama menjadi bukit

    tolong-menolong

    1. yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing

    2. langit sama dijunjung, bumi sama dipijak

    3. adat pulau limburan pisang.

    (Adat hidup ialah bantu-membantu, yang kaya membantu yang miskin dan yang berilmu membantu yang bodoh, yang berkuasa melindungi yang lemah.)

    4. bukit sama didaki,lurah sama dituruni

    5. seikat bagai sirih, serumpun bagai serai

    6. pahit manis sama dirasa, satu arah satu tujuan

    7. bersatu kita teguh, bercerai kita roboh

    emosi

    1. bagi kaca terhempas ke batu

  • 2. tangan kosong

    3. tarik muka dua belas

    adat istiadat

    1. tak lapuk dek hujan dan tak lekang dek panas

    2. yang lama dikelek, yang baharu didukung

    3. biar mati anak, jangan mati adat

    keluarga

    1. anak kera di hutan disusukan, anak di rumah mati kelaparan

    2. uswah hasanah = teladan

    3. seperti ketam mengajar anaknya berjalan lurus, sedangkan diri sendiri berjalan mengiring

    4. mengindoktinasikan pucuk-pucuk hijau dengan nilai nilai murni bagai menatang minyak yang penuh

    5. pemuda harapan bangsa, pemuda tiang negara

    6. bagaimana acuan begitulah kuihnya

    7. Malu jika anak harimau menjadi anak kambing

    selalu digunakan

    1. kalau tiada angin, masakan pokok bergoyang

    2. kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya

    3. batu penghalang

    4. sediakan payung sebelum hujan

    5. mencari jalan = memerah otak

    6. sebelum kudis menjadi tokok menjadi nanah, nanah menjadi parah sehingga tiada penawarnya.

    7. Menarik rambut dalam tepung, rambut tak putus, tepung tak berselerak.-berhati-hati

    8. Api dalam sekam = sesuatu yang berlaku secara diam-diam

  • 9. Masuk telinga kanan dan keluar telinga kiri-tidak memberi kesan

    10.Hangat-hangat tahi ayam-bersifat sementara/tidak kekal.

    Jimat cermat

    1. Cermat masa banyak, jimat masa sedikit 2. Cicir dipungut, hilang dicari 3. Ukur baju di badan sendiri 4. Berfikir sebelum kena, berjimat sebelum habis 5. Sedikit-sedikit lama-lama menjadi bukit 6. Kail panjang sejengkal, jangan lautan hendak diduga (jgn lakukan benda yg tdk dpt

    dilakukan) 7. Sempit bertimpuh, lega berlunjur (seimbangkan pendapatan dgn perbelanjaan)

    koleksi kera

    1. Bagai kera diberi kaca = memdapat sesuatu tetapi tdk tahu gunanya 2. Kera lotong makan, tupai di julai timpa perasaan = org kaya bersuka ria, org miskin

    menepi dgn irinya 3. Kera menjadi monyet = tiada perbezaan 4. Kera menegurkan tahinya = org yg melakukan sesuatu kesalahan itulah yg pertama kali

    memperkatakannya 5. Kera sumbang = org yg sombong 6. Kera kena belacan = sangat gelisah

    koleksi hati

    1. Hati gatal mata digaruk

    2. Hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah = beruntung banyak sama-sama

    mendapat banyak, beruntung sedikit sama-sama mendapat sedikit

    3. Hati tawajud = hati yang diserahkan kpd Tuhan

    4. Hati bagai baling-baling = fikiran/pendirian yg tidak tetap

    5. Hati bagai pelepah, jantung bagai jantung pisang,telinga bagai telinga rawah = org yg tdk

    malu

    Koleksi tebu

    1. Tebu masuk mulut gajah = binasa serius, tidak dapat ditolong lagi

    2. Tebu seruas berulat pula = anak tunggal yang sikap buruk

    3. Tebu setuntung masuk geraham gajah = pemberian yg sedikit kpd org kaya tidak dihargai

    4. Dapat tebu rebah = durian runtuh

  • 5. Bertanam tebu di bibir = mengeluarkan kata kata manis untuk memujuk

    6. Diminta tebu, diberi tembakau = yg diminta dikabulkan

    7. Seperti tebu, airnya diminum, hampasnya dibuang = setiap perkataan yang didengar

    perlu dipilih yang baik daripada yang jahat

    8. Seliang bagai tebu, serumpun bagai serai = bersatu padu

    Koleksi buaya

    1. Tak usah diajar anak buaya berenang, ia sudah pandai juga = tdk usah ajar org yg sudah

    tahu

    2. Tidak akan terlawan buaya menyelam air = tdk dapat kita melawat org yang kaya,

    berkuasa

    3. Kalau menyeberang sungai biarlah ditelan buaya, tetapi janganlah dipagut oleh ikan-ikan

    kecil = jika dibuat salah biarlah dihukum oleh orang besar, janganlah dianiayai orang kecil

    4. Bergalah ke hilir tertawa buaya, bersuluh di bulan terang tertawa harimau = perbuatan

    yang sia-sia diketawa oleh org lain

    5. Air yang tenang jangan disangka tiada buaya

    6. Adakah buaya menolak bangkai = org yg jahat tdk akan meninggalkan kesempatan utk

    membuat kejahatan

    Koleksi garam

    1. Banyak makan garam = banyak pengalaman

    2. Garam jatuh di air = mudah mengingati ajaran/nasihat

    3. Garam dikulum tidak hancur = seseorang yang pintar simpan rahsia

    4. Membuang garam ke laut = mencurahkan air ke daun keladi

    5. Garam tumpah, apakah tempatnya = kematian org miskin atau hina tdk dihiraukan

    6. Dicecah orang bagai garam = perempuan yg tidak kekal suami

    7. Seperti garam dengan asam = sangat serasi

    8. Saying garam sececah, busuk kerbau seekor = takut rugi sedikit, akhirnya rugi banyak

    9. Sudah seasam segaramnya = tiada cacat

    Koleksi jarum

    1. Jarum halus kelindan sutera = tipu muslihat yg sgt halus

    2. Bagai tuntung jarum dilaga = sesuatu yang cepat rosak/tidak kekal

    3. Lulus jarum, lulus kelindan = kalau hendak kehendak pertama tercapai, kehendak lain

    akan tercapai juga

    4. Mengadu hujung jarum = melakukan sesuatu kerja yg sgt sulit

  • 5. Memasukkan jarum halusnya = melakukan tipu muslihat secara halus utk mencapai

    tujuan

    Koleksi hidung

    1. Hidung dicium, pipit digigit = kasih sayang yg berpura

    2. Hidung sudah rampung diatur = org bodoh yg sombong tdk sedar dirinya diketawakan

    3. Hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong = org yg mencampuri urusan org

    lain/menonjolkan diri

    4. Potong hidung, rosak muka = org yg jahat memalukan keluarganya juga

    5. Rasa tidak mengapa, hidung dikeluani = org yg membiarkan diri dibodohkan

    6. Seperti beranak besar hidung = org yg suka melihat brng yg baharu

    7. Seperti kerbau dicucuk hidung = org yg bodoh mengikut org cakap

  • BIDALAN

    1. Adat periuk berkerak, adat lesung berdedak [jika ingin hidup mewah, mestilah berusaha]

    2. Batu yang selalu bergolek dalam sungai itu tiada dihinggapi lumut [Seseorang yang sering bertukar-tukar kerja sukar hendak mencapai kemajuan]

    3. Belum duduk sudah berlunjur [Belum memperoleh sesuatu yang dihajati tetapi sudah berasa gembira]

    4. Berbual di alang, belayar di luar musim [Melakukan sesuatu bukan pada masa yang sesuai]

    5. Bercakap siang pandang-pandang, bercakap malam dengar-dengar [Perlu berhati-hati apabila memperkatakan sesuatu]

    6. Berfikir sebelum berkata, berunding sebelum dibuat [Berfikir baik-baik dahulu kemudian baru bertindak]

    7. Berjagung-jagung dahulu sementara menantikan padi masak [Membuat kerja sambilan sementara mendapat pekerjaan yang tetap]

    8. Berpahit-pahit dahulu supaya manis kemudian [Membuat kerja yang susah dahulu, yang senang dibuat kemudian]

    9. Bersihkan halaman sendiri dulu, baru bersihkan halaman orang [Membetulkan kesalahan sendiri dahulu sebelum betulkan kesalahan orang lain]

    10. Bertanjak baharu tinjau [Membuat kerja mengikut aturan]

    11. Biar alah sabung, asalkan menang sorak [Tewas dalam perlawanan naun masih bercakap besar]

    12. Biar buruk kain dipakai, asalkan pandai mengambil hati [Biar miskin asalkan berbudi bahasa dan berhati mulia]

    13. Biar berkelahi dulu, jangan berkelahi kemudian [Berfikir baik-baik supaya tidak menyesal]

    14. Biar ditelan buaya, jangan dipagut ikan kecil [Biar kalah kepada orang yang kuat daripada kalah kepada orang yang lemah]

    15. Biar genting, jangan putus [Biar rugi sedikit daripada rugi banyak]

    16. Biar jatuh terletak, jangan jatuh terhempas [Berhenti bekerja dengan kemahuan sendiri adalah lebih baik daripada dipecat]

    17. Biar lambat asalkan selamat [Membuat sesuatu kerja biarlah cermat dan berhati-hati]

  • 18. Biar mati anak jangan mati adat [Pegangan adat yang kuat sehingga sanggup anak menjadi korban]

    19. Biar mati seperti kutu, jangan mati seperti tuma [Biar mati kerana membuat kebaikan daripada mati kerana membuat kejahatan]

    20. Biar pecah di perut, jangan pecah di mulut [Menyimpan rahsia]

    21. Biar putih tulang jangan putih mata [Sanggup mati daripada menyerah kalah]

    22. Biar senget, jangan tertiarap [Biar rugi sedikit daripada rugi banyak]

    23. Biar titik, jangan tumpah [Biar rugi sedikit jangan rugi banyak]

    24. Buang yang keruh, ambil yang jernih [Melupakan perkara yang tidak baik dan mengingati perkara yang baik sahaja]

    25. Buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali [Berbuat baik biarlah sekadarnya tetapi perbuatan jahat jangan sekali-kali dicuba]

    26. Cermat masa banyak, jimat masa sedikit [Selalu berhati-hati dalam membelanjakan (menggunakan) sesuatu]

    27. Cicir dipungut, hilang dicari [Jangan melakukan pembaziran]

    28. Daripada cempedak baiklah nangka [Lebih baik ada daripada tiada langsung]

    29. Daripada hidup bergelumang tahi, baik mati bertimbun bunga [Daripada hidup menanggung dosa, lebih baik mati meninggalkan nama yang baik]

    30. Elok bahasa kan bakal hidup, elok budi kan bakal mati [Jika tutur katanya elok, seseorang itu akan disayang semasa ia hidup, jika budinya banyak, seseorang itu akan dikenang walaupun ia telah mati]

    31. Elok lenggang di tempat datar [Bergembira haruslah pada tempat atau waktu yang sepatutnya]

    32. Gar-gar kata gelegar, rasuk juga yang menahannya [Jangan terlalu percaya akan kata-kata orang]

    33. Genggam bara api biar sampai jadi arang [Apabila melakukan sesuatu pekerjaan yang susah, kita hendaklah bersabar dan menyempurnakan pekerjaan itu sehingga berjaya]

    34. Habis akal, baru tawakal [Sesudah habis segala ikhtiar barulah berserah kepada Tuhan]

    35. Hancur badan dikandung tanah, budi baik dikenang juga [Budi baik seseorang tidak akan dilupakan walaupun orang itu sudah meninggal dunia]

    36. Hidup kayu berbuah, hidup manusia biar berjasa [Berbuat baik semasa masih hidup untuk diri sendiri dan masyarakat]

    37. Hilang geli kerana geletek [Sesuatu yangc sudah biasa tidak berbekas kepada kita]

  • 38. Ingat sebelum kena, jimat (hemat) sebelum habis [Perlu berwaspada setiap masa supaya tidak terpedaya dan habis harta]

    39. Jalan di tepi-tepi, benang arang orang jangan dipijak [Kita hendaklah bersopan santun apabila berada di negara asing]

    40. Jangan bawa resmi jagung, semakin berisi semakin tegak [Jangan sombong apabila mendapat sesuatu kelebihan]

    41. Jangan bermain di air keruh [Jangan ditiru perbuatan yang buruk]

    42. Jangan buat kerbau tanduk panjang [Jangan campuri urusan orang lain]

    43. Jangan dibangunkan kucing tidur [Jangan diganggu musuh yang tidak berbuat apa-apa]

    44. Jangan didengarkan siul ular [Kita harus tetap awas dan jangan pedulikan tipu muslihat musuh]

    45. Jangan difikir air pasang sahaja [Jangan harapkan nasib akan sentiasa baik]

    46. Jangan dilepaskan tangan kanan, sebelum tangan kiri berpegang [Jangan dilepaskan kerja yang ada sebelum mendapat kerja yang baru]

    47. Jangan ditentang matahari condong, takut terturut jalan tak berintis [Jangan buat orang yang berkuasa marah kerana kita yang akan menanggung padahnya kelak]

    48. Jangan lemparkan pancing tiada berumpan [Sia-sia mengharapakn sesuatu kalau tidak cukup syarat]

    49. Jangan mengukur baju orang di badan sendiri [Kita tidak boleh menyamakan kedudukan orang lain dengan kedudukan diri sendiri]

    50. Jangan punting berasap jua [Perselisihan (perkara) yang sudah selesai, jangan diungkit-ungkitkan lagi]

    51. Jangan tercirit di periuk [Jangan berbuat angkara di tempat kita menumpang]

    52. Jika hendak beranak, ikutlah kata bidan [Mendengar nasihat pakar]

    53. Kail panjang sejengkal, jangan lautan hendak diduga [Jangan lakukan apa-apa yang tidak mampu kita lakukan]

    54. Kalau di bawah, melompat; kalau di atas, menyusup [Pandai menyesuaikan diri dengan keadaan]

    55. Kerja yang baik segerakan, jangan ditimpa kerja buruk [Jangan dilewat-lewatkan sebarang kerja yang baik]

    56. Kusut di hujung balik ke pangkal [Apabila berdepan dengan masalah, carilah puncanya]

    57. Mamah dulu baru telan [Melakukan sesuatu pekerjaan perlulah mengikut peraturannya]

  • 58. Masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau menguak [Apabila kita berada di tempat orang, kita hendaklah mengikut adat resam masyarakat di situ]

    59. Masuk ke negeri orang bertanamlah ubi, jangan bertanam tembilang [Jika merantau ke negara asing, hendaklah melakukan perkara yang berguna dan tidak membuang masa begitu sahaja]

    60. Naik tangga dari bawah [Kejayaan tidak datang dengan tiba-tiba]

    61. Nak kaya berdikit-dikit, nak ramai bertabur urai [Hidup akan senang kita berjimat cermat]

    62. Payah-payah dilamun ombak, tercapai juga tanah tepi [Setelah beberapa lama menanggung susah, akhirnya tercapai cita-cita]

    63. Pengayuh sayang dibasahkan, sampan tidak akan sampai ke seberang [Cita-cita tidak akan tercapai jika malas berusaha]

    64. Pipit itu pipit jugalah lawannya [Sesuatu itu hendaklah disesuaikan dengan tarafnya]

    65. Sarang tebuan jangan dijolok [Jangan sengaja mencari kesusahan]

    66. Sediakan payung sebelum hujan [Bersiap sedia sebelum melakukan sesuatu]

    67. Sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit [Kesabaran dalam melakukan sesuatu akan memberikan hasil yang memuaskan]

    68. Segan berkayuh perahu hanyut [Orang yang malas berusaha akan menghadapi kesusahan]

    69. Sehari selembar benang, lama-lama menjadi kain [Tekun dan sabar membuat sesuatu kerja, akhirnya memperoleh kejayaan]

    70. Sempit bertimpuh, lega berlunjur [Kita hendak menyesuaikan perbelanjaan denga pendapatan]

    71. Sepakat kita kuat, berpecah kita rebah [Hendak bersatu padu agar beroleh kekuatan untuk menang]

    72. Sudah calit, jangan palit [Jangan membabitkan orang lain dalam kesalahan yang kita lakukan]

    73. Tak dapat berjalan tegak, berengsot-engsot pun sampai juga [Jika sesuatu kerja itu tidak dapat disudahkan dengan sekali gus, lakukanlah secara beransur-ansur]

    74. Tak kaya oleh emas pembawa, tak gadis oleh kain berselang [Jangan harapkan bantuan orang untuk berjaya]

    75. Tak usah diajar anak buaya berenang, ia sudah pandai juga [Tidak perlu menunjuk ajar orang yang memang mahir dalam pekerjaannya]

    76. Tali jangan putus, kaitan jangan sekah [Menyelesaikan pertelingkahan atau masalah dengan bijaksana dan adil]

  • 77. Tengok jenguk pandang-pandang, jangan sampai landak ditendang [Jangan hina orang kecil, mana tahu dia dapat melebihi kita]

    78. Tercicir harus dibaliki [Apa-apa yang belum selesai hendaklah diselesaikan]

    79. Yang baik dipakai, yang buruk dibuang [Memilih kesesuaian sesuatu perkara itu hendaklah dengan bijaksana]

    80. Yang dimakan rasa, yang dilihat rupa, yang didengar bunyi [Membuat kerja biarlah sempurna jadinya]

    PEPATAH

    81. Ada air, adalah ikan [Ada negeri tentulah ada rakyatnya]

    82. Ada angin, ada pokoknya [Segala sesuatu mestilah ada asal mulanya]

    83. Ada bangkai adalah hering [Di mana ada perempuan jahat di situlah ada lelaki jahat]

    84. Ada gula adalah semut [Di tempat yang mudah memperoleh rezeki, di situlah banyak orang berkumpul]

    85. Adakah buaya menolak bangkai? [Orang yang jahat tidak akan meninggalkan kesempatan untuk berbuat jahat]

    86. Ada padi semua kerja jadi, ada beras semua kerja deras [Sesuatu pekerjaan itu akan dilakukan dengan cepat dan sempurna jika cukup upahnya]

    87. Ada ubi ada batas, ada budi ada balas [Sekiranya seseorang membuat kebaikan, akan mendapat balasan yang baik juga]

    88. Ada udang di sebalik batu [Ada sesuatu tujuan di sebalik apa-apa yang dilakukan]

    89. Air dicencang tidak akan putus [Perbalahan antara adik-beradik tidak akan berpanjangan]

    90. Air digenggam tidak tiris [Orang yang kedekut atau terlalu cermat apabila berbelanja]

    91. Air mudik sungai, semua teluk diranai [Orang yang boros akan berbalanja tanpa perhitungan]

    92. Air pun ada pasang surutnya [Keadaan hidup seseorang tidak menentu, kadangkala susah]

    93. Air yang tenang jangan disangka tiada buaya [Orang yang pendiam jangan disangka bodoh atau penakut]

    94. Alah bisa, tegal biasa [Pekerjaan yang sukar akan menjadi mudah jika kerap dilakukan]

  • 95. Alah jadi abu, menang jadi arang [Dalam sesuatu pertikaian, sama ada menang atau kalah, kedua-dua pihak mendapat kerugian]

    96. Alah membeli, menang memakai [Tidak mengapa barang yang dibeli itu mahal sedikit asalkan barang itu tahan lama]

    97. Alah sabung, menang sorak [Kalah dalam sesuatu perlawanan tetapi masih bercakap besar]

    98. Alang-alang berminyak biar licin [Sesuatu kerja yang dilakukan itu hendaklah dilakukan sehingga selesai]

    99. Alang-alang mandi biar basah/ Alang-alang berminyak biar licin [Melakukan sesuatu perlu sehingga selesai]

    100. Alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan [Kalau sudah terlanjur dalam membuat sesuatu perbuatan yang tidak baik, biarlah dibuat sehingga memperoleh hasilnya]

    101. Anjing bercawat ekor [Orang yang menyisihkan dirinya kerana perasaan malu atau sebagainya]

    102. Anjing biasa makan tahi, jika tidak makan, dicium ada juga [Orang yang pada suatu masa pernah berbuat jahat, sekali sekala teringat akan perbuatan jahatnya itu]

    103. Anjing ditepuk menjongket ekor [Orang yang tiada berbudi pekerti jika dihormati akan menjadi sombong]

    104. Apa peduli pada kukuran, nyiur juga yang akan habis [Memang mudah menyuruh seseorang melakukan sesuatu kerja tetapi orang yang melakukan kerja itu akan menghadapi kesukaran]

    105. Apa kurang pada belida, sisik ada tulang pun ada [Cukup mempunyai segala yang diperlukan]

    106. Aur ditanam betung tumbuh [Mendapat laba yang banyak dengan modal yang sedikit]

    107. Ayam baru belajar berkokok [baru cukup umur]

    108. Ayam berinduk, sirih berjunjung [Setiap orang yang lemah harus mendapat bantuan dan perlindungan]

    109. Ayam bertelur di atas padi, mati kelaparan [Orang yang hidup miskin di negara yang kaya dan makmur/ Hidup menderita walaupun bergaji besar, beristeri, atau bersuamikan orang kaya]

    110. Ayam ditambat disambar helang, padi di tangan lalang [Nasib yang malang]

    111. Ayam tak patuk, itik tak sudu [Seseorang yang hina dalam masyarakat]

    112. Ayam sudah patah, kalau-kalau dapat menikam [Orang yang telah jatuh melarat itu mungkin akan berubah nasibnya]

  • 113. Bagaimana acuan begitulah kuihnya [Bagaimana kelakuan ibu atau bapa begitulah kelakuan anaknya]

    114. Bagaimana bunyi gendang, begitulaqh tarinya [Bagaimana perintah, begitulah seharusnya sesuatu itu dilakukan]

    115. Bagaimana tidak menggigit telunjuk, melihat air hujan turun keruh [Berasa hairan melihat orang yang berketurunan baik-baik berkelakuan tidak senonoh]

    116. Baharu bertatih hendak berlari, langsung tersembam [Melakukan sesuatu sebelum tiba masanya, akhirnya akan ditimpa kesusahan]

    117. Bahasa menunjukkan bangsa [Bahasa mencerminkan tinggi atau rendahnya kedudukan sesuatu bangsa itu]

    118. Bakar air hendakkan abu [Membuat pekerjaan yang mustahil]

    119. Bangkai gajah bolehkah ditudung oleh nyiru? [Sesuatu perbuatan jahat yang besar tidak dapat disembunyikan daripada pengetahuan orang ramai]

    120. Banyak udang banyak garam, banyak orang banyak ragam [Setiap orang mempunyai kegemaran, kemahuan, dan pendapat yang tidak sama]

    121. Barang tergenggam jatuh terlepas [Barang yang mungkin menjadi hak milik kita, tiba-tiba terlepas ke tangan orang lain]

    122. Baharu bertunas sudah dipetik, masakan boleh hidup [Belum banyak untungnya sudah berbelanja besar]

    123. Baharu dianjur, sudah tertarung [Baru hendak memulakan sesuatu sudah berhadapan dengan pelbagai masalah]

    124. Batu direbus masakan empuk [Orang yang bebal, bagaiamana diajar sekalipun tidak akan pandai]

    125. Bau cekur jerangau ada lagi di ubun-ubun, sudah hendak berumah tangga [Lelaki yang belum cukup umur sudah mahu beristeri]

    126. Baung di bawah bangkar [Bunyi orang bersungut tetapi tidak jelas hujung pangkalnya]

    127. Belakang parang kalau diasah nescaya tajam [Bagaimana bodoh sekalipun seseorang itu, jika diasuh akhirnya dia akan pandai juga]

    128. Belum disuruh sudah pergi, belum dipanggil sudah datang [Orang yang arif dan rajin]

    129. Belum duduk sudah berlunjur [Belum memperoleh sesuatu yang dihajati tetapi sudah berasa gembira]

    130. Belum tahu lagi, ayam sedang berlaga [Belum ada keputusan]

    131. Belut pulang ke lumpur, ikan pulang ke lubuk [Kembali ke tempat asalnya]

  • 132. Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dulu, bersenang-senang kemudian [Menempuh kesusahan dahulu sebelum mendapat kesenangan]

    133. Beranak tidak berbidan [Mendapat kesusahan kerana kesalahan sendiri]

    134. Berani kerana benar, takut kerana salah [Bertindak kerana berada di pihak yang benar]

    135. Berapa berat mata memandang, berat lagi bahu memikul [Berapa susah kita melihat seseorang itu menanggung kesusahan, susah lagi orang yang mengalaminya]

    136. Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing [Bermuafakat dalam melakukan sesuatu kerja, sama ada susah atau mudah]

    137. Berdiri sama tinggi, duduk sama rendah [Dua orang yang setaraf dan sepadan]

    138. Berhakim kepada beruk [Minta pengadilan kepada orang yang tamak, sudah tentu mendapat kerugian]

    139. Berkerat rotan berpatah arang [Pergaduhan atau perceraian yang tidak boleh berbaik-baik semula]

    140. Berlindung di sebalik telunjuk [Hendak menyembunyikan sesuatu rahsia, sedangkan rahsia itu telah diketahui orang]

    141. Berniaga buluh kasap, hujung hilang pangkal lesap [Mengerjakan sesuatu dengan tidak mengetahui caranya, hanya akan mendatangkan kerugian]

    142. Bertali boleh diheret, bertampuk boleh dijinjing [Perjanjian yang tidak dapat dimungkiri lagi kerana ada bukti yang dapat dipegang]

    143. Bertanam tebu di bibir mulut [Mengeluarkan kata-kata manis untuk memujuk atau memuji]

    144. Bertemu buku dengan ruas [Bertemu lawan yang sama-sama handal]

    145. Bertelingkah antan di lesung, ayam juga yang kenyang [Perselisihan faham antara dua saudara tentang sesuatu, orang lain juga yang beruntung]

    146. Besar periuk, besarlah keraknya [Besar pendapatan, besar pula perbelanjaan]

    147. Besar pasak daripada tiang, besar sandal daripada gelegar [Lebih besar belanja daripada pendapatan]

    148. Biduk lalu kiambang bertaut [Dua pihak yang berselisih faham akan berbaik semula sekiranya orang yang menjadi pengacau atau penghasut dapat disingkirkan]

    149. Bila kucing tidak bergigi, tikus berani melompat tinggi [Ketua atau pemerintah yang telah hilang kuasanya tidak lagi ditakuti oleh orang bawahannya]

    150. Bodoh tidak dapat diajar, cerdik tidak dapat diikut [Orang yang tidak mahu ditunjuk ajar langsung]

    151. Bukan tanah menjadi padi [Bukan tempatnya untuk berbuat baik]

  • 152. Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat [Kejayaan sesuatu pekerjaan itu adalah hasil persefahaman dan kerjasama yang erat]

    153. Bumi mana tak ditimpa hujan [Manusia tidak lepas daripada membuat kesalahan]

    154. Bunga disunting, perlu ditendang [Seorang suami yang hanya menyayangi isterinya tetapi membenci mentuanya]

    155. Bunga raya kembang pagi [Muka yang merah padam kerana marah akan sesuatu]

    156. Bunga mekar di taman, baunya semerbak ke mana-mana [Gadis yang cantik akan mashyur dan menjadi sebutan di mana-mana]

    157. Buruk perahu buruk pangkalan [Seorang suami yang telah bercerai dengan isterinya, tidak mahu menjenguknya lagi]

    158. Burung hantu kesiangan [Tidak dapat berbuat apa-apa kerana kehabisan daya]

    159. Burung terbang dipipiskan lada [Sesuatu yang dihajati belum tentu dapat tetapi rancangan untuk menggunakannya telah dibuat]

    160. Cacing hendak menjadi naga [Orang berpangkat rendah berlagak seperti orang berpangkat tinggi]

    161. Cacing menelan naga [Orang lelaki daripada keturunan orang kebanyakan dapat berkahwin dengan anak gadis orang bangsawan]

    162. Cakap berdegar-degar, tahi tersangkut di gelegar [Orang yang cakapnya sahaja besar, hasil pekerjaan tiada]

    163. Cakap sejengkal dibawa sehasta [Perkara yang kecil diperbesar]

    164. Calak-calak ganti asah, menanti tukang belum datang [Dipakai untuk sementara belum ada yang lebih baik]

    165. Cari umbut kena buku [Mencari yang baik, mendapat yang buruk]

    166. Carik-carik bulu ayam, lama-lama bercantum juga [Perbalahan antara adik-beradik tidak akan berpanjangan]

    167. Cencaru makan petang [Pekerjaan yang dilakukan dengan lambat mendatangkan hasil yan baik dan lumayan]

    168. Condong ditumpil, lemah dianduh [Memberi pertolongan (kewangan, fikiran, dan sebagainya) kepada orang yang dalam kesusahan]

    169. Condong yangv akan menongkat, rebah yang akan menegakkan [Pemimpin yang akan membantu atau menjaga rakyatnya jika ada kesusahan yang menimpa rakyatnya itu]

    170. Cuba-cuba menanam mumbang, jika hidup turus negeri [Meneruskan sesuatu pekerjaan yang kurang berharga, mungkin akan mendatangkan hasil kelak]

  • 171. Dada manusia tidak dapat diselami [Isi hati atau fikiran seseorang itu tidak dapat kita ketahui]

    172. Dalam kilat ada kilau [Dalam percakapan yang terang atau biasa, ada sesuatu maksud yang tersembunyi]

    173. Daun mengenalkan pohonnya [Daripada tingkah laku seseorang itu kita dapat mengenali peribadinya]

    174. Dari jauh diangkat telunjuk, kalau dekat diangkat mata [Umpat dan caci kerana kelakuan yang tidk senonoh]

    175. Datang seperti rebut, pergi seperti semut [Sesuatu penyakit itu cepat merebak tetapi lambat pulih]

    176. Datang tak berjemput, pulang tak berhantar [Tetamu yang tidak penting]

    177. Daun dapat dilayangkan, getah jatuh ke perdu juga [Tidak sama kasih kepada anak sendiri dengan kasih kepada anak orang lain]

    178. Dekat dapat ditunjal, jauh dapat ditunjuk [Perkataan atau pengakuan yang dapat dibuktikan kebenarannya]

    179. Dengar cakap enggang, makan buah brluluk; dengar cakap orang, terjun masuk lubuk [Sesuatu pekerjaan yang hendak dilakukan mestilah diusahakan dengan sungguh-sungguh dan jangan sekali-kali mendengar cakap orang kerana diri sendiri yang akan menerima padahnya]

    180. Deras datang dalam kena [Pekerjaan yang dilakukan secara terburu-buru akan mendatangkan kerugian]

    181. Diam-diam ubi berisi, diam-diam penggali berkarat [Diam orang yang berilmu berfikir sementara diam orang yang bodoh itu sia-sia sahaj]

    182. Diam penggali berkarat [Ilmu yang disimpan sahaja, lama-kelamaan akan hilang]

    183. Dianjak layu, dianggur mati [Keputusan yang tidak dapat diubah lagi]

    184. Dibakar tidak hangus, dijemur tidak kering, direndam tidak basah, ditetak tidak putus [Tidak dapat dibuat apa-apa lagi terhadap seseorang yang keras hati atau berkuasa]

    185. Dibalik-balik bagai memanggang [Difikirkan semasak-masaknya]

    186. Dihujani kering, dijemur basah [Membuat sesuatu pekerjaan yang menyusahkan orang lain]

    187. Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan [Jika ada azam, apa-apa yang dihajati dapat dicapai]

    188. Di mana anjing menyalak di situlah biawak memanjat [Jika hendak menyiasat sesuatu kejadian jahat, carilah puncanya di tempat kejadian itu]

  • 189. Di mana kayu bengkok, di situlah musang meniti [Tempat yang tidak dijaga dengan baik akan didatangi pencuri]

    190. Di mana tempat kutu hendak makan kalau tidak di atas kepala [Sudah menjadi adat, anak bergantung pada ayah dan yang miskin bergantung kepada yang kaya]

    191. Di mana tumbuh, di situ disiang [Jika terjadi sesuatu perkara atau perselisihan, hendaklah diperiksa dan diselesaikan di situ juga]

    192. Ditelan mati emak, diluah mati bapak [Dalam keadaan serba salah]

    193. Dua badan senyawa [Dua orang yang berteguh janji taat setia sehidup semati; sangat karib]

    194. Dua kali dua empat [Dua orang yang sama sifat atau perangai]

    195. Duduk berkisar, tegak berpaling [Memungkiri apa-apa yang telah dikatakan dahulu]

    196. Duduk dengan cupak dan gantang [Mendapat ketua yang adil]

    197. Dulu besi sekarang timah [Seorang yang telah turun pangkat]

    198. Elok kata dalam muafakat, buruk kata di luar muafakat [Sesuatu yang hendak dilakukan, elok dibicarakan dahulu dengan kaum keluarga dan sebagainya supaya pekerjaan itu selamat]

    199. Emas berpeti, kerbau berkandang [Harta benda harus disimpan di tempat yang betul supaya selamat]

    200. Enak lauk dikunyah-kunyah, enak kata diulang-ulang [Nasihat untuk kebaikan perlu disebut berulang kali]

    201. Enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing[Orangyang mementingkan diri sendiri]

    202. Enau sebatang dua sigainya [Jika sesuatu pekerjaan mempunyai dua orang ketua, tentu hasilnya tidak menjadi/ Seorang isteri yang menduakan suami]

    203. Enggang lalu ranting patah [Orang yang pernah terlibat dalam jenayah, kebetulan berada di tempat berlakunya jenayah, tentulah dia disyaki walaupun dia tidak melakukannya]

    204. Enggang sama enggang, pipit sama pipit, baru boleh terbang sama [Hubungan, ikatan, ataujodoh yang sama taraf kedudukannya]

    205. Gagak bersuara murai [Rupanya hodoh tetapi suaranya merdu dan baik budi bahasanya]

    206. Gajah berak besar kancil pun hendak berak besar, akhirnya mati kebebangan [Seseorang yang berbelanja seperti orang kaya, akhirnya menderita]

    207. Gajah mati meninggalkan tulang, harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama [Orang yang berjasa akan dikenang selama-lamanya setelah meninggal dunia]

  • 208. Gajah mati, tulang setimbun [Apabila seseorang jutawan mati, tentu sekali banyak meninggalkan harta]

    209. Gajah sama gajah berjuang, pelanduk mati di tengah-tengah [Dua pihak yang berkuasa bergaduh, rakyat yang menderita]

    210. Gantung tak bertali, salai tak berapi [Seseorang suami yang meninggalkan isteri tanpa memberinafkah atau menceraikannya]

    211. Garam dikulum tidak hancur [Orang yang pandai menyimpan rahsia]

    212. Garam jatuh di air [Nasihat yang diterima dengan baik atau dipatuhi]

    213. Gayung tua, gayung memutus [Kata-kata orang tua biasanya benar dan tepat]

    214. Gemuk membuang lemak, cerdik membuang kawan [Sesudah kaya atau berpangkat, tidak mahu menolong atau bergaul dengan keluarga sendiri]

    215. Geruh tak berbunyi, malang tak berbau [Kemalangan terjadi tanpa diketahui]

    216. Getikkan puru di bibir [Susah hendak membenci anak isteri sendiri walaupun perangai mereka buruk]

    217. Gigi dengan lidah adakala tergigit juga [Suami isteri atau sanak saudara adakalanya berselisih faham juga]

    218. Gigi tanggal, rawan murah [Keinginan yang datang sesudah tidak ada kesempatan lagi]

    219. Gunung yang tinggi akan runtuh jika setiap hari digali [Harta yang banyak akan habis sekiranya tidak ditambah]

    220. Hanya air dingin yang dapat memadamkan api [Kata-kata yang lemah lembut dapat menyejukkan hati yang marah]

    221. Hapus panas setahun oleh hujan sehari [Jasa atau kebaikan seseorang boleh hilang akibat kesalahan yang sedikit]

    222. Harapkan pagar, pagar makan padi [Orang yang diberi kepercayaan untuk menjaga sesuatu, mengkhianati kepercayaan itu]

    223. Hari guruh takkan hujan [Orang yang terlalu marah biasanya tidak sampai memukul orang lain]

    224. Harimau mengaum tak makan orang [Orang yang marah-marah sambil bersungut, tidak berniat membenci atau menganiaya orang lain]

    225. Harimau menunjukkan belangnya [Orang yang menunjukkan kekuasaan atau keberaniannya]

    226. Harimau menyembunyikan kukunya [Orang yang berilmu tidak mahu menunjukkan kebolehannya]

  • 227. Hasrat hati hendak peluk gunung, apakan daya tangan tak sampai [Tidak berdaya mencapai apa-apa yang dihajati atau dicita-citakan]

    228. Hati bak serangkak dibungkus [Sangat berharap akan mendapat sesuatu yang diingini]

    229. Hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah [Pembahagian yang sama rata, beruntung banyak sama-sama mendapat sedikit]

    230. Hendak harum terlalu hangit [Kerana terlalu hendak meninggikan diri, akhirnya, mendapat malu]

    231. Hendak dapat pisang terkupas [Inginkan kesenangan tetapi malas berusaha]

    232. Hendak seribu daya, hendak seribu dalih [Jika berkehendakkan sesuatu, akan berusaha untuk mendapatkannya tetapi jika tidak mahu melakukan sesuatu, berbagai-bagai alasan akan diberikan]

    233. Hendak terbang tiada bersayap, hendak hinggap tiada berkaki [Seseorang yang tidak berupaya membuat sesuatu]

    234. Hilang bahasa lenyap bangsa [Jika sesuatu bahasa itu tidak digunakan lagi bererti bangsanya pun sudah tidak ada/ Hilang budi bahasa, hilang darjat diri]

    235. Hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong [Seseorang yang suka menonjol-nonjolkan dirinya kepada orang lain sedangkan orang berkenaan langsung tidak memberikan perhatian terhadapnya]

    236. Hidup dikandung adat, mati dikandung tanah [Semasa hidup kita hendaklah mengikut peraturan atau adat yang ditetapkan, apabila sudah mati terserahlah kepada hukum Tuhan]

    237. Hitam-hitam tahi minyak dimakan juga, putih-putih hampas kelapa dibuang [Barang yang buruk tetapi berguna akan disimpan manakala barang yang cantik tetapi tidak berguna dibuang]

    238. Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri [Walau baaimana mewah dan baik negara orang berbanding dengan negara sendiri, lebih baiklah berada di negara sendiri]

    239. Hujan, tempat berteduh; panas, tempat berlindung [Orang yang selalu memberikan pertolongan kepada orang lain yang mendapat kesusahan]

    240. Hujung lurus pangkal berkait [Orang yang pada zahirnya baik tetapi hatinya tidak]

    241. Hutang darah dibayar darah, hutang nyawa, nyawa padahnya [Tiap-tiap hukuman itu mestilah bersesuaian dengan kesalahannya]

    242. Ikut hati mati, ikut rasa binasa, ikut suka duka [Membuat sesuatu yang didorong oleh hawa nafsu akhirnya mendatangkan kesusahan]

    243. Indah khabar daripada rupa [Keadaan sesuatu yang tidak sama seperti yang digambarkan]

  • 244. Ini hari orang, esok hari kita [Malang sukar ditentukan, oleh itu kita hendaklah sentiasa beringat-ingat]

    245. Intan disangka batu kelikir [Tidak mengetahui nilai (keadaan) yang sebenarnya]

    246. Intan itu jika terbenam di perlimbahan sekalipun, tiada akan hilang cahayanya [Kebenaran akan terserlah juga walaupun disembunyikan]

    247. Jauhari juga yang mengenal manikam [Orang yang bijaksana juga yang mengetahui kelebihan sesuatu ilmu]

    248. Jauh berjalan banyak pemandangan, lama hidup banyak dirasa [Jika kita banyak merantau banyaklah perkara yang dapat kita lihat, begitu juga orang yang telah lama hidup banyaklah pengalamannya]

    249. Jauh panggang dari api [Jauh daripada yang dimaksudkan atau mustahil boleh berlaku]

    250. Jika tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya [Hendaklah berusaha untuk mendapatkan sesuatu yang dihajati]

    251. Jika tidak kerana angin masakan pokok bergoyang [Jika perkara itu tidak berlaku, masakan ada orang yang berkata-kata tentang hal itu]

    252. Jika ular menyusur akar sekalipun tak akan hilang bisanya [Orang mulia atau berpangkat tinggi tidak akan jatuh darjatnya sekalipun dia bergaul dengan orang kebanyakan]

    253. Jiwa bergantung di hujung rambut [Dalam keadaan yang sangat mencemaskan dan berbahaya]

    254. Jual sutera beli mastuli [Mendapat ganti yang lebih berharga lagi]

    255. Kail sebentuk umpannya seekor, sekali putus sehari berhanyut [Melakukan sesuatu tanpa membuat persediaan yang cukup untuk menghadapi sebarang kemungkinan]

    256. Kain basah kering di pinggang [Keadaan orang yang terlalu miskin]

    257. Kais pagi makan pagi, kais petang [Pendapatan yang diperoleh cukup untuk sehari sahaja]

    258. Kalau asal benih yang baik jatuh ke laut menjadi pulau [Orang yang berketurunan baik, ke mana-mana sahaja dia pergi akan tetap menjadi baik]

    259. Kalau bertepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi [Tidak mungkin perselisihan atau percintaan terjadi daripada satu pihak sahaja]

    260. Kalau bukan rezeki, di mulut lari ke luar [Rezeki (harta) yang belum dapat ditentukan sebagai milik sendiri]

    261. Kalau dicampak bunga takkan dibalas dengan tahi [Budi baik seseorang tidak akan dibalas dengan kejahatan]

  • 262. Kalau pandai meniti buih, selamat badan sampai ke seberang [Orang yang pandai membawa diri, hidupnya akan selamat]

    263. Kalau secupak takkan jadi segantang [Sesuatu yang sudah ditentukan, tidak boleh diubah lagi]

    264. Karam berdua basah seorang [Dua orang yang melakukan kesalahan tetapi seorang sahaja yang dihukum]

    265. Kasihkan anak tangan-tangankan, kasihkan isteri tinggal-tinggalkan [Jangan terlampau memanjakan orang yang disayangi]

    266. Kata seorang dibulati, kata bersama diperiakan [Urusan peribadi boleh diputuskan sendiri tetapi urusan orang ramai perlu dirundingkan bersama-sama]

    267. Ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni [Sama-sama menikmati kesenangan atau menghadapi kesusahan]

    268. Kecil jangan disangka anak, besar jangan disangka bapa [Pengetahuan seseorang itu bukanlah diukur berdasarkan rupa/ umurnya]

    269. Kecil tapak tangan nyiru ditadahkan [Menyatakan rasa terima kasih dan berbesar hati kerana nasihat atau pertolongan orang lain]

    270. Ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi? [Sifat seseorang ibu atau bapa sedikit banyak akan turun kepada anaknya]

    271. Kena parang bermata dua [Sangat menyakitkan hati (perasaan)]

    272. Kepala sama hitam, hati lain-lain [Lain orang, lain fikirannya]

    273. Kerbau dipegang pada talinya, manusia dipegang pada janjinya [Segala janji yang telah dilafazkan mestilah ditepati]

    274. Kerbau sekawan boleh dikandang, manusia seorang tiada terkawal [Sukar menjaga seorang gadis supaya nama baiknya tidak tercemar]

    275. Keris pedang tiada tajam, lebih tajam mulut manusia [Kata-kata seseorang itu lebih tajam daripada senjata]

    276. Kerja bertangguh tak menjadi, kerja beransur tak bertahan [Kerja yang selalu ditangguh-tangguhkan tidak akan dapat diselesaikan]

    277. Kerja raja dijunjung, kerja sendiri dikelek [Kerja yang disuruh oleh ketua diutamakan daripada kerja sendiri]

    278. Kesat-kesat daun pimping, kalau kesat daun labu boleh dicelur [Orang yang miskin serta tidak berilmu tiada gunanya di kalangan orang banyak, tetapi kalau baik kelakuannya, ada juga faedahnya]

  • 279. Ketam menyuruh anaknya berjalan betul [Orang yang menasihati orang lain berbuat sesuatu dengan betul sedangkan dia sendiri berbuat salah]

    280. Ke tengah boleh ke tepi pun boleh [Orang yang dapat menyesuaikan diri di mana-mana dia berada]

    281. Kita baru mencapai pengayuh, orang sudah tiba ke seberang [Orang yang bijaksana selalu mencapai sesuatu maksud lebih dahulu daripada orang lain]

    282. Kokok berderai-derai, ekor bergelumang tahi [Orang miskin yang bercakap besar dan berlagak seperti orang kaya]

    283. Kuman di seberang laut nampak, gajah di bibir mata tak kelihatan [Kesalahan orang walaupun kecil nampak tetapi kesalahan sendiri yang lebih besar tidak disedari]

    284. Kundur tidak melata pergi, labu tidak melata mari [Persetujuan atau persahabatan harus datang daripada kedua-dua belah pihak]

    285. Lagi terang lagi bersuluh [Sudah memahami sesuatu perkara tetapi masih bertanya lagi]

    286. Lain bengkak lain bernanah [Orang lain yang melakukan kesalahan, orang lain pula yang dpersalahkan]

    287. Lain dulang lain kakinya, lain orang lain hati [Manusia mempunyai sifat atau kehendak yang berbeza]

    288. Lain lubuk, lain ikannya [Setiap negara mempunyai adat resam yang berlainan]

    289. Lalang ditanam takkan padi yang tumbuh [Perbuatan yang jahat tidak akan mendapat balasan yang baik]

    290. Laut mana yang tak berombak, bumi mana yang tak ditimpa hujan [Setiap orang tidak terlepas daripada melakukan kesalahan/ Segala usaha itu mesti ada kesukaran atau cabarannya]

    291. Lemak-lemak santan berlada [Kata-kata manis dan lemah lembut tetapi mengandungi sindiran yang tajam]

    292. Lembah diraih, pantai dititi [Sikap yang bijaksana dalam mengeluarkan sesuatu perintah atau arahan]

    293. Lembu punya susu, sapi dapat nama [Orang lain yang membuat sesuatu pekerjaan, orang lain pula yang mendapat nama]

    294. Lembut gigi daripada lidah [Berkata-kata dengan lemah lembut dan merendahkan diri kerana berhajatkan sesuatu]

    295. Lempar batu sembunyi tangan [Membuat sesuatu yang tidak baik kemudian brpura-pura tidak tahu]

    296. Lenggang-lenggok bagai cupak hanyut [Gaya jalan yang lemah lembut dan menarik]

  • 297. Lengkuas di tepi kandang, tegak puas badan menyandang [Kesalahan yang kita buat, kita juga yang menanggung akibatnya]

    298. Lepas bantal berganti tikar [Mengahwini saudara atau ahli keluarga isteri atau suami yang telah meninggal dunia]

    299. Luka sudah hilang, parut tinggal juga [Sungguh pun orang yang berselisih faham itu telah berdamai namun peristiwa itu tetap berbekas di hati masing-masing]

    300. Lulus jarum lulus kelindan [Kalau kehendak pertama itu tercapai kehendak lain akan tercapai juga]

    301. Mahu seribu daya, tak mahu seribu dalih [Jika hendakkan sesuatu, seseorang akan mencuba untuk mendapatkan dengan sedaya upayanya tetapi jika dia tidak mahu, pelbagai alasan akan diberikan]

    302. Makan hati berulam jantung [Perasaan sedih yang amat sangat]

    303. Makan keringat orang [Mengecap kesenangan dengan cara memeras orang lain]

    304. Makin murah makin menawar [Seseorang yang telah dituruti kehendaknya, berkehendakkan lebih lagi]

    305. Malu jika anak harimau menjadi anak kambing [Tidak patut anak orang baik-baik menjadi jahat]

    306. Malu bertanya sesat jalan [Kalau tidak mahu berusaha tentu tidak akan mendapat kejayaan]

    307. Manikam itu kalau jatuh ke limbahan sekalipun tidak akan hilang cahayanya [Intan itu jika terbenam di pelimbahan sekalipun, tiada akan hilang cahayanya]

    308. Mara jangan dicari, rezeki jangan ditolak [Bahaya atau kesusahan jangan sekali-kali dicari tetapi jangan pula menolak sesuatu yang mendatangkan kebaikan]

    309. Marahkan pijat kelambu dibakar, tidur terdedah [Disebabkan takut akan bahaya yang kecil, keuntungan yang besar dibuang akhirnya diri sendiri yang rugi]

    310. Masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau menguak [Apabila kita berada di tempat orang, kita hendaklah mengikuti adat resam masyrakat di situ]

    311. Masuk telinga kanan keluar telinga kiri [Nasihat dan pengajaran yang tidak diterima]

    312. Melentur aur/ buluh biarlah dari rebungnya [Mendidik anak hendaklah sejak kecil lagi kerana apabila sudah besar, susah hendak mendidiknya]

    313. Meludah ke langit, timpa atas batang hidung sendiri [Memburukkan keluarga sendiri, diri sendiri juga yang malu]

    314. Membasuh arang yang terconteng di muka [Menghilangkan aib]

    315. Membeli kerbau di padang [Melakukan sesuatu tanpa usul periksa lebih dahulu]

  • 316. Memberakkan periuk nasi sendiri [Mengkhianati tempat kita menumpang atau tempat kita bekerja]

    317. Membesarkan kerak nasi [Berbelanja lebih dan membazir]

    318. Membujur lalu melintang patah [Sanggup menghadapi sebarang tentangan atau dugaan]

    319. Memulangkan paku buah keras [Membangkitkan perkara yang sudah lepas]

    320. Menabur benih di atas batu [Berbuat baik kepada orang yang tidak tahu membalas budi tentulah sia-sia]

    321. Menabur benih di tanah subur [Berbuat baik kepada orang yang tahu mengenang budi]

    322. Menahan lukah di pergentingan [Mencari keuntungan dalam keadaan kecemasan/ Mengambil kesempatan daripada orang yang susah]

    323. Menantikan kucing bertanduk [Mangharapkan sesuatu yang mustahil akan berlaku]

    324. Menantikan nasi disajikan ke lutut [Seseorang yang malas berusaha tetapi mengharapkan kesenangan datang kepadanya]

    325. Mencurahkan air di daun keladi [Memberikan nasihat kepada orang yang tidak mahu menerimanya]

    326. Mendengar guruh di langit, air di tempayan dicurahkan [Mengharapkan sesuatu yang belum tentu dapat, barang yang ada dihabiskan atau dibuang]

    327. Menetak dengan belakang parang [Menyuruh orang malas bekerja]

    328. Mengata dulang paku serpih, mengata orang dirinya yang lebih [Menegur keburukan orang, sedangkan keburukan diri sendiri tidak disedari]

    329. Minyak takkan bercampur dengan air [Sesuatu yang tidak dapat disatukan]

    330. Muka ditampal kulit babi [Orang yang berasa amat malu]

    331. Mulut tempayan boleh ditutup, mulut manusia bagaimana menutupnya [Rahsia yang sudah diketahui orang akan tersebar ke mana-mana sahaja]

    332. Murai berkicau hari siang [Sesuatu yang sudah terang dan nyata]

    333. Naga ditelan ular lidi [Anak orang bangsawan berkahwin dengan orag kebanyakan]

    334. Nak menangguk ikan, tertangguk batang [Mengharapkan untung tetapi mendapat kerugian]

    335. Nasi masak periuk pecah [Hukuman yang telah dijatuhkan tidak boleh diminta belas kasihan lagi]

    336. Nasi sama ditanak, kerak dimakan seorang [Sama-sama melakukan sesuatu pekerjaan tetapi keuntungannya diambil seorang]

  • 337. Nasi sudah menjadi bubur [Sesuatu yang sudah terlanjur tidak dapat dibetulkan lagi]

    338. Nasi tak dingin, pinggan tak retak [Cermat melakukan sesuatu pekerjaan]

    339. Nasib penyapu, banyak jasa [Turun darjat terlalu banyak membuat kebajikan sehingga merosakkan diri sendiri]

    340. Ombaknya kedengaran, pasirnya tidak kelihatan [Khabarnya telah kedengaran, tetapi buktinya belum ada]

    341. Orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa [Jika orang telah berbudi kepada kita, kita harus membalasnya dengan baik]

    342. Orang lain yang makan nangka, orang lain yang terkena getah [Orang lain yang membuat kesalahan, orang lain pula yang menerima akibatnya]

    343. Orang mandi berselam, kita mandi bertimba [Orang mendapat keuntungan besar, kita mendapat keuntungan kecil]

    344. Orang mencubit, kita menampar [Cara membuat sesuatu berlainan tetapi kesannya sama sahaja]

    345. Orang mengantuk disorongkan bantal [Mendapat sesuatu yang diinginkan tentulah berasa gembira]

    346. Padi setangkai bernas semuanya [Keluarga yang hidup beruntung dan berbahagia]

    347. Patah kemudi perahu hanyut [Apabila ketua sesuatu kumpulan telah tiada, keadaan kumpulan itu akan menjadi kucar-kacir]

    348. Patah tumbuh hilang berganti [Sesuatu yang hilang itu ada gantinya]

    349. Penyu bertelur beratus-ratus senyap, ayam bertelur sebiji riuh sekampung [Orang yang mendapat sesuatu dengan banyak berdiam diri sahaja sedangkan orang yang mendapat sesuatu dengan sedikit, heboh memberitahu orang lain tentang hal itu]

    350. Perahu papan bermuat intan [Menunjukkan jodoh yang tidak sesuai]

    351. Pinang pulang ke tampuk [Sesuatu benda yang sesuai pada tempatnya/ Suami isteri yang telah bercerai berbalik semula]

    352. Pipit hendak meminang enggang [Ingin membuat sesuatu di luar kemampuan diri]

    353. Pipit pekak makan berhujan [Sangat rajin]

    354. Pokok yang besar juga yang dinaiki sakat [Orang yang kaya juga yang bertambah kekayaannya]

    355. Pucuk dicita, ulam mendatang [Mendapat sesuatu yang lebih baik daripada yang diharapkan]

    356. Pukul anak sindir menantu [Memarahi seseorang tetapi sebenarnya kemarahan itu ditujukan kepada orang lain]

  • 357. Punggur rebah belatuk menumpang mati [Jika orang yang menjadi pelindung atau penaung jatuh, anak buahnya turut menerima akibatnya]

    358. Raja adil raja disembah, raja zalim raja disanggah [Raja atau pemerintah yang adil dan saksama akan disayangi rakyat tetapi jika zalim, akan dibenci oleh rakyat]

    359. Rajin bekerja mudah belanja [Orang yang rajin sentiasa murah rezeki]

    360. Rantai besi dimakan bubuk [Cerita yang tidak logik]

    361. Rasa pedih cuping telinga [Berasa marah kerana mendengar kata-kata yang menyakitkan hati]

    362. Rebung tidak jauh dari rumpun [Perangai anak tidak jauh bezanya daripada perangai ibu bapa mereka]

    363. Rezeki helang takkan dapat dimakan oleh musang [Rezeki seseorang tidak boleh direbut oleh orang lain]

    364. Ringan mulut berat punggung [Pandai bercakap sahaja tetapi malas bekerja]

    365. Ringan sama dijinjing, berat sama dipikul [Melakukan sesuatu pekerjaan bersama-sama]

    366. Ringan tulang berat perut [Rajin bekerja mudah belanja]

    367. Rosak anak oleh menantu [Orang yang dikasihi merosakkan harta yang diberikan kepadanya]

    368. Rosak badan kerana mulut [Mengeluarkan kata-kata kasar terhadap seseorang tanpa berfikir panjang yang boleh menyusahkan diri sendiri]

    369. Rosak bawang ditimpa jambak [Rosak nama atau maruah seseorang kerana kelakuannya sendiri]

    370. Rosak tapai kerana ragi [Pekerjaan yang dibuat tanpa berhati-hati tidak akan sempurna]

    371. Rumah sudah pahat berbunyi [Mengemukakan pendapat setelah perkara itu dibuat keputusan]

    372. Rumah terbakar tikus habis keluar [Apabila berlaku sesuatu malapetaka di sesebuah negara, rakyat negara itu akan melarikan diri]

    373. Runcing taduk berbelang kening [Sudah terkenal jahatnya]

    374. Sakit sama mengaduh, luka sama menyiuk [Sama-sama ikut bertanggungjawab]

    375. Sambil berdiang, nasi masak [Membuat dua kerja dalam satu masa]

    376. Sambil menyelam minum air [Membuat dua pekerjaan dalam satu masa]

  • 377. Sebesar-besar bumi ditampar tak kena [Perkara yang kelihatan mudah tetapi sukar untuk membuatnya]

    378. Sebusuk-busuk daging dibasuh, dikincah dimakan jua [Walau bagaimana jahatnya keluarga atau keluarga atau kaum kerabat, tidak sampai hati membiarkannya]

    379. Sedangkan bah kapal tak hanyut, inikan pula kemarau panjang [Pada masa ada mata pencarian tidak boleh hidup senang, inikan pula tanpa pekerjaan]

    380. Sekali air bah sekali pantai berubah [Lain ketua lainlah pula kemahuannya]

    381. Sekali jalan terkena, dua kali jalan tahu [Sekali tertipu tentu akan berhati-hati pada masa akan datang]

    382. Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga [Walau bagaimana pandai seseorang itu pasti akan melakukan kesilapan]

    383. Sepuluh jong masuk, anjing bercawat ekor juga [Orang yang tidak mengendahkan kemajuan dan perubahan]

    384. Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna [Tiap-tiap sesuatu pekerjaan yang hendak dibuat hendaklah difikir terlebih dahulu supaya tidak menyesal pada kemudian hari]

    385. Sesat di hujung jalan, balik ke pangkal jalan [Kalau tidak mencapai kata sepakat dalam perundingan, hendaklah berbalik kepada pokok persoalannya]

    386. Siapa makan nangka, maka kena getahnya [Siapa yang membuat kesalahan dia sendiri yang menanggung akibatnya]

    387. Siapa makan cili dialah berasa pedas [Siapa yang melakukan kesalahan, dialah yang terasa bersalah apabila orang lain menyindirnya]

    388. Si bingung makanan si cerdik [Orang yang bodoh seringkali diperdayakan oleh orang yag cerdik]

    389. Si kudung mendapat cincin [Orang yang mendapat sesuatu yang berharga tetapi tidak tahu menggunakannya dengan baik]

    390. Si mandul baru beranak [Terlalu gembira kerana mendapat sesuatu yang tidak disangka-sangka]

    391. Sirih naik junjungan patah [Baru hendak memperoleh kesenangan tiba-tiba mendapat kecelakaan]

    392. Sudah dapat gading bertuah, tanduk tidak berguna lagi [Orang yang mendapat sesuatu yang lebih baik, yang lama ditinggalkannya]

    393. Sudah diludah, dijilat balik [Sudah dicela atau dibuang, dipuji dan diambil semula]

    394. Sudah gaharu cendana pula [Bertanya akan sesuatu perkara yang memang sudah diketahui]

  • 395. Sudah jatuh ditimpa tangga [Mendapat kemalangan yang berturut-turut]

    396. Sudah menjadi abu arang [Dalam keadaan yang telah rosak binasa]

    397. Sudah patah yang bertaji [Orang yang ditakuti dan disegani sudah tiada lagi]

    398. Sudah terhantuk baru tengadah [Beringat-ingat hanya selepas ditimpa sesuatu muslihat]

    399. Sukakan kemenyan, dibakar [Sukakan pengetahuan yang baik hendaklah disebarkan seluas-luasnya]

    400. Tak dapat tanduk telinga dipulas [Sanggup melakukan apa-apa sahaja asalkan dapat membalas dendam]

    401. Takkan buaya menolak bangkai [Orang yang berperangai jahat susah hendak meninggalkan perangai buruk itu]

    402. Takkan pisang berbuah dua kali [Sekali jalan terkena, dua kali jalan tahu]

    403. Takkan sama getah daun dengan getah batang [Kasih sayang terhadap anak sendiri tidak akan sama dengan anak saudara yang ada dalam jagaan kita]

    404. Tak sungguh seluang melaut, akhirnya balik ke tepi juga [Tak tahan merantau akhirnya balik ke kampungnya semula]

    405. Tak tahu membalas guna [Tidak tahu membalas budi orang]

    406. Tak tahu menari dikatakan lantai jongkang-jongket [Tidak mahu mengakui kebodohan atau kelemahan sendiri]

    407. Takut jatuh lain tertiarap, takut titik lalu tumpah [Takut rugi sedikit langsung rugi banyak]

    408. Tanam padi lalang yang tumbuh [Berpenat lelah membuat sesuatu untuk mendapatkan keuntungan, akhirnya tidak mendapat apa-apa pun]

    409. Tatang (Menatang) di anak lidah [Sangat mengasihi anak isteri]

    410. Tebas buluh serumpun [Merosakkan nama keluarga kerana perbuatan yang tidak baik]

    411. Tebu habis manis, sepah dibuang [Seorang isteri yang diceraikan setelah kecantikannya tidak menarik lagi]

    412. Telinga yang lembut itulah selalu dipulas orang [Orang yang lemah lembut dan murah hati kerap menjadi suruhan orang]

    413. Tempayan yang penuh itu tidak berkocak airnya [Orang yang bijaksana dan berpengetahuan tinggi tidak akan menonjolkan diri]

    414. Tepuk dada tanya selera [Sesuatu pekerjaan yang akan kita lakukan hendaklah difikirkan habis-habis]

  • 415. Terkilat ikan dalam air, sudah tahu jantan betina [Orang yang bijaksana dapat mengetahui maksud seseorang daripada gerak-gerinya]

    416. Terlangsung perahu boleh balik, terlangsung cakap tak boleh balik [Berfikir baik-baik sebelum bercakap kerana kata-kata yang telah diucapkan tidak dapat ditarik balik]

    417. Terlepas dari mulut buaya masuk ke mulut harimau [Setelah terlepas daripada satu bahaya, mendapat bahaya yang lain pula]

    418. Tiada beban batu digalas [Mencampuri hal orang lain dan menyusahkan diri sendiri]

    419. Tiada gading yang tak retak [Walau bagaimana elok sekalipun sesuatu atau seseorang itu tentu ada cacatnya]

    420. Tiada rotan akar pun berguna [Kalau tidak ada barang yang terbaik, barang yang kurang baik pun boleh digunakan juga]

    421. Tidak sama air hujan dengan air telaga [Tidak sama orang yang mulia dengan orang yang hina]

    422. Tidur tak lena, mandi tak basah [Bersusah hati kerana terlalu memikirkan sesuatu]

    423. Tinggal kain sehelai sepinggang [Kehabisan harta kerana ditimpa kecelakaan]

    424. Tong yag kosonglah yang selalu berkocak [Orang yang tidak berilmu selalu bercakap besar]

    425. Tua-tua keladi, semakin tua semakin menjadi [Orang tua yang berperangai seperti orang muda]

    426. Tukang tidak membuang kayu [Orang yang cerdik selalu berhemat atau berhati-hati dalam segala perkara]

    427. Tunggang hlang berani mati [Tidak gentar menjalankan kewajipan, terutama untuk membela agama, bangsa, dan negara]

    428. Tunggul terbakar di tengah huma [Rupa yang hitam]

    429. Untung sepanjang jalan, malang sekejap mata [Untuk berjaya sangat susah, untuk gagal sangat mudah]

    430. Ukur baju di badan sendiri [Tiap-tiap sesuatu yang dibuat, mestilah berpadanan dengan kemampuan diri sendiri]

    431. Ular dipalu biarlah mati, pemalu janganlah patah, tanah janganlah lembang [Apabila membuat sesuatu pekerjaan biarlah dengan cermat, bijak, dan berhati-hati]

    432. Ulat di dalam batu pun hidup juga [Orang yang rajin berusaha tidak akan mati kelaparan]

    433. Untung sabut timbul, untung batu tenggelam [Kalau nasib seseorang itu baik, dia akan mendapat keuntungan tetapi kalau sebaliknya, dia akan kerugian]

  • 434. Upah bidan pun tak terbayar [Anak-anak nakal yang menyusahkan ibu bapa]

    435. Usul menunjukkan asal, bahasa menunjukkan bangsa [Dengan memperhatikan perangai seseorang dapatlah kita menilai asal keturunannya sama ada daripada baka yag baik atau daripada baka yang tidak baik]

    436. Walau disepuh emas lancang, kilat tembaga tampak juga [Bagaimana diajar sekalipun, orang yang biadab itu kelihatan juga perangainya yang kurang baik]

    437. Wayang kepadaman damar [Keadaan kacau yang terjadi dengan tiba-tiba]

    438. Ya sepanjang hari, janji sepanjang jalan [Mudah berjanji, tetapi sukar menepatinya]

    439. Yang berhutang terjerat di kaki, yang menjamin terjerat di leher [Orang yang menjadi penjamin kepada seseorang yang berhutang terpaksa membayar hutang tersebut apabila orang yang berhutang itu melarikan diri]

    440. Yang bulat datang bergolek, yang pipih datang melayang [Seseorang yang bertuah akan mendapat rezeki di mana-mana sahaja]

    441. Yang bongkok juga dimakan sarung [Orang yang bersalah tetap akan menerima hukuman]

    442. Yang disuruh tenggelam, yang menyuruh pun tenggelam [Orang yang malas disuruh mengawasi orang yang malas, akhirnya sia-sia belaka]

    443. Yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran [Mengharapkan sesuatu yang tidak pasti lalu barang yang ada dibuang]

    444. Yang rendah terpendek sangat, yang tinggi terunjur sangat [Tidak pernah berasa puas dengan sesuatu perolehan]

    445. Yang tajam tumpul, yang bisa tawar [Dengan kata-kata yang lemah lembut dapat menyelesaikan segala sengketa]

    446. Zaman beralih, musim bertukar [Sesuatu itu hendaklah disesuaikan dengan peralihan masa]

    447. Zaman Tuk Nadur berkajang kain [Zaman yang telah lalu; sangat lama]

  • FRASA UNTUK PENDAHULUAN

    1.Sejak akhir-akhir ini....telah menjadi......yang mendapat perhatian ramai

    2.Dalam menempuh pawana globalisasi yang penuh dengan kokurensi sengit ini

    3.Dalam alaf baru yang seba canggih dan moden ini

    4.Isu ini hangat diperkatakan oleh masyarakat dan meniti dari bibir ke bibir.

    5.Isu ini sering diperdebatkan oleh pelbagai pihak sama ada di warung-warung kopi atau di peringkat persidangan parlimen.

    6.Isu yang semakin bermaharajalela ini tidak seharusnya dipandang enteng

    7.fenomena yang sering menjadi bualan hangat

    8.Saban tahun, isu lapuk ini terus dibincangkan tanpa satu solusi yang benar-benar kukuh dan berkesan

    9. Persoalannya apakah resipi yang digunapakai?

    10.Pada hakikatnya, mendatangkan pelbagai kemaslahatan kepada kita semua

    11.Pascakemerdekaan Malaysia telah menyaksikan pembangunan dan kemajuan negara daripada pelbagai aspek. Namun begitu, pada era ledakan teknologi maklumat yang penuh dengan pancaroba ini, acap kali kedengaran isu-isu

    12.Sireh berlipat sireh pinang,

    Sireh dari Pulau Mutiara;

    Pemanis kata Selamat Datang

    Awal Bismillah pembuka bicara.

    FRASA UNTUK FAKTOR/PUNCA

    1.Jika ditelusuri

    2.merupakan faktor perdana

    kemelut ini turut dikaitkan dengan

    Sudah terang lagi bersuluh, ..berpunca daripada

    FRASA UNTUK KESAN

    1.Sudah terang lagi bersuluh

  • 2.Sementelahan itu pula, tidak dapat dinafikan bahawa

    3.Implikasinya/impaknya

    4.Rentetan itu

    5.Natijahnya

    6.Akibatnya

    7.Ghalibnya

    FRASA UNTUK KEPENTINGAN/FAEDAH

    1.Sudah terang lagi bersuluh

    2.Sementelahan itu pula, tidak dapat dinafikan bahawa

    FRASA UNTUK LANGKAH/CARA MENANGANI

    1.Persoalannya, apakah langkah drastik yang perlu diambil untuk mengatasi komplikasi ini?

    2. Jawapan pertama, pastinya peranan yang yang dimainkan oleh ........( Cth. Pihak kerajaan Sebagai kemudi negara, badan berwajib seharusnya bertindak tegas..)

    3. Antara langkah lain yang boleh diambil ialah.

    4.Langkah-langkah tersebut akan lebih berkesan sekiranyaq disokong oleh tulang

    belakang negara iaitu rakyat sendiri.

    5. Oleh sebab masalah ini semakin serius, pihak-pihak yang bertanggungjawab haruslah memberi perhatian yang khusus agar tidak berlarutan

    6. . turut memainkan peranan penting selain......

    7. Jadi, sejajar dengan .

    8. merupakan tapak kedua selepas. yang boleh membina benteng pertahanan jiwa

    9. Dalam menangani fenomena

    10. menjadi tunjang kejayaan dalam usaha

    11. Sebagai.......memainkan peranan yang penting dalam menangani....

    12.Setiap masalah pasti ada jalan penyelesaiannya

    17. Selain itu, selaku tunjang utama.haruslah membuka mata.

    18.Peribahasa sebesar rumah, bermula dengan seketul bata mengajar kita bertindak sejak akar umbi lagi

  • 19..........juga merupakan alternatif dalam usaha......

    20. merupakan hospital yang paling anggun bagi.......

    21.Salah satu alternatif

    22.Penawar mujarab

    23.merupakan mekanisme terbaik

    24.Sebagai langkah proaktif

    25.merupakan wahana yang cukup ampuh

    26.merupakan satu langkah komprehensif

    27.mengambil langkah proaktif menyusun strategi

    28.Pelan tindakan yang sesuai dan bersinergi perlu dirancang

    29.Dalam usaha membendung

    30.Langkah efektif harus diambil untuk

    31.Salah satu modus operandi

    32.Sudah terang lagi bersuluh

    33.penawar yang paling mujarab

    34.mengatur strategi dan prakarsa

    FRASA UNTUK AYAT HURAIAN

    1.Hal ini dikatakan demikian kerana (why/mengapa---menyatakan sebab)

    2.Bertitik tolak daripada manifestasi itu( what/apa....menyatakan tindakan)

    3.Impaknya (menyatakan kesan daripada tindakan)......anak-anak/remaja/saya/masyarakat.(who/siapa)

    FRASA UNTUK AYAT PENEGAS

    1.Hakikatnya,

    2.Ironinya,

    3.Izhar

    4.Tuntasnya

    5.Pendek kata

  • 6..Nyatalah bahawa, tindakan drastik daripada..mampu menamatkan konflik yang menghantui

    7.Pendek kata, usaha tidak akan tercapai tanpa sokongan padu dan komitmen penuh segenap lapisan masyarakat, bak kata pepatah tepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi

    8.Realitinya, ............. merupakan instrumen yang paling efektif

    9.Jadi, tepuklah dada tanya selera,

    10.Tuntasnya, hospital yang paling anggun bagi merawat

    FRASA UNTUK MENYATAKAN BUKTI

    1.Bukti yang konklusif

    2.Mengikut kajian

    3.Dalam satu kajian yang dijalankan

    4.Bukti yang relevan

    FRASA UNTUK BAHAGIAN PENUTUP

    1. Konklusinya,merupakan tanggungjawab setiap rakyat. Kita sepatutnya berkerjasama untukdan mengemudi negara kita ke arah yang lebih cemerlang, gemilang, dan terbilang di persada dunia bak kata pepatah. bersatu teguh bercerai roboh

    2.Kesimpulannya, pemangkin kepada kejayaan.....adalah hasil kerjasama dan usaha gigih daripada

    3.Kesimpulannya, marilah kita renungi beberapa peribahasa Melayu yang menggalakkan kita untuk bersatu padu. Antaranya termasuklah ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni,hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah,seperti aur dengan tebing, berat sama dipikul, ringan sama dijinjing dan banyak lagi. Jadi, untuk membendung ..........di negara ini. Maka sumbangan dan peranan semua pihak adalah penting

    4.bak kata peribahasa sediakan payung sebelum hujan.

    5.mengambil pendekatan bagai menarik rambut dalam tepung, rambut tak putus, tepung tak berselerak

    6.bak kata peribahasa berunding cerdik dengan pandai, faham dua menjadi satu

    7.terus menjadi ancaman seperti api dalam sekam

    8.Di mana ada kemahuan di situ ada jalan

  • 9.Sikap melepaskan batuk ditangga harus dikikis

    10.Sudah tiba masanya untuk kita tidak menuding jari kepada sesiapa.

    11.Kita seharusnya berganding bahu

    12.mengambil langkah sederap

    13.mampu mengadunkan satu kombinasi usaha yang cukup padu

    14.Oleh itu, adalah menjadi tanggungjawab semua pihak untuk berganding bahu, berpimpin tangan dan bersatu padu........

    15.Konklusinya, pembabitan pelbagai pihak

    16.Menerusi usaha bersepadu daripada pelbagai pihak..

    17.resipi dan ramuan yang diadun mesra

    18.Usaha yang istiqamah, proaktif, dan pragmatik memerlukan iltizam dan komitmen semua pihak.

    19.Sebagai intiha

    20.Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna.

    21.Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan

  • Pendahuluan

    1. Belakangan ini, isu berkaitan dengan remaja dalam kalangan masyarakat saban waktu diwara-warakan dalam media arus perdana malah sering menjadi polemik yang hangat diperdebatkan di negara kita. Lantaran itu, semua pihak mestilah komited dan beriltizam untuk mendepani isu ini kerana di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Persoalannya, apakah cara-cara untuk ?

    2. semua pihak mestilah berusaha untuk memperkasakan remaja supaya generasi Y ini dapat diperkasakan di negara kita. Penggemblengan tenaga dan usaha untuk menjayakannya amatlah diharapkan kerana orang bijak pandai pernah berpesan kalau tidak dipecahkan ruyung,manakan dapat sagunya. Dalam pada itu, usaha yang sistematik dan proaktif mestilah digerakkan mulai dari sekarang kerana perjalanan yang beribu batu, mestilah bermula dengan langkah pertama

    3. Mafhum daripada sepotong hadis yang bermaksud,jagalah masa sihatmu sebelum tiba masa sakit. Hadis ini jelas menggambarkan betapa pentingnya kesihatan diri dalam kehidupan kita. Kesihatan merupakan kurniaan Tuhan yang sangat bernilai. Kesihatan yang baik membolehkan kita menguruskan kehidupan dengan baik. Persoalannya, adakah kita sedar tentang kepentingan kesihatan dalam kehidupan? Lantaran itu, kita perlu mencari wasilah dan ikhtiar untuk terus hidup dalam keadaan sihat dan sejahtera. Situasi ini bertepatan dengan peribahasa di mana ada kemahuan, di situ ada jalan

    4. Sebagai sahmura negara, remaja seharusnya rajin berusaha seperti lebah menghimpunkan madu. Mengapakah wujud sikap malas dalam diri? Berpeganglah pada prinsip bukan senang untuk menjadi senang dan bukan susah untuk menjadi susah.

    5. Disiplin merupakan elemen terpenting dalam kehidupan remaja / pelajar. Tanpa disiplin tidak mungkin tugasan seharian dapat diselesaikan dengan baik. Jagalah dan pupuklah disiplin dalam diri seperti menjaga nyawa sendiri. Hal ini kerana tiada apa-apa di dunia ini yang dapat menandingi nikmat hidup kurniaan Tuhan. Jadilah manusia yang bersyukur . Hayatilah juga mafhum mulia yang menyatakan bahawa kehidupan sebagai sebatang tubuh. Jika ada anggotanya yang sakit, justeru semua tubuh akan berasa sakit dan bersama-sama berjaga malam. Senario ini juga terungkap dalam aforisme yang berbunyi yang bulat tidak akan datang menggolek, yang pipih tidak akan datang melayang. Tanpa disiplin diri maka tempanglah kehidupan.

    6. Badan cergas , otak cerdas. Slogan ini sering kita dengar dan kita lihat melalui paparan media massa. Seiring dalam mengejar arus globalisasi, amalan gaya hidup sihat dalam kalangan masyarakat harus ditingkatkan bagi merealisasikan visi dan misi negara menjadi negara maju pada tahun 2020. Sejajar dengan itu, bagi merealisasikan misi negara tersebut, kita perlu melahirkan masyarakat yang mempunyai pemikiran yang kreatif dan berpandangan jauh serta mempunyai emosi yang stabil kerana daripada aspek-aspek inilah lahirnya masyarakat yang akan menjadi peneraju untuk menggerakkan kemajuan negara pada masa hadapan.

    7. Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri. Budaya kuning yang kian menular umpama virus epidemik dalam masyarakat telah menyebabkan remaja semakin alpa dan lalai tentang tanggungjawab mereka terhadap tanah

  • air tercinta ini. Era globalisasi sejajar dengan arus pemodenan telah mengaburi mata setiap individu untuk mengutamakan kesejahteraan negara. Nilai materialistik dan individualistik yang menguasai jiwa masyarakat telah menyukarkan modus operandi untuk menyuburkan semangat perpaduan atau nasionalisme yang semakin sirna .Setiap rakyat Malaysia memikul tanggungjawab yang berat untuk menghidupkan nilai perpaduan dan kesyukuran yang begitu syumul pada suatu masa dahulu. Sebagai warganegara yang mendukung nilai cinta akan negara, kita perlu mengamalkan prinsip di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung.

    8. Remaja kontemporari yang kononnya semakin bijak telah mula tenggelam punca dan sanggup melakukan tindakan ganas di luar batasan. Pelbagai krisis yang melanda mereka telah menjadi anasir peledak sehingga situasi yang harmoni dan harmonis bertukar menjadi neraka kehidupan. Pelbagai tekanan emosi mula melanda golongan sahmura ini sehingga menimbulkan kesan kemurungan dan halunisasi. Memandangkan fenomena ini berupaya mengancam kesejahteraan komuniti, heterogen sinergi menanganinya harus diambil dengan seberapa segera. Kata orang tua-tua api kecil baik dipadam.

    Penggunaan Peribahasa / Ungkapan / Kosa kataDalam karangan Dimensi Keluarga

    Sudah tentu sesuatu perkara yang berlaku tentu ada sebab-sebab yang mendorongnya kerana pepohon pokok tidak akan berliuk-liuk jika tidak ditiup angin. Hakikatnya, pembentukan keperibadian mulia anak-anak bermula daripada institusi keluarga.

    Malangnya, kebanyakan ibu bapa kini yang terlalu mementingkan kerjaya menyebabkan anak-anak mereka di rumah berasa tersisih seperti kata peribahasa; anak kera di hutan disusukan, anak di rumah mati kelaparan

    Ibu bapa merupakan uswah hasanah kepada anak-anak di rumah, justeru mereka mestilah sentiasa bersikap penyayang dan berbudi pekerti mulia dan jangan sesekali bersikap seperti ketam mengajar anaknya berjalan lurus, sedangkan diri sendiri berjalan mengiring.

    Anak-anak yang berfikiran kudus akan sentiasa mencontohi kelakuan ibu bapa mereka persis kata orang tua-tua bapa borek, anak rintik sementelahan ibu bapa merupakan tempat luahan isi hati dan penyimpan rahsia yang paling dipercayai anak-anak.

    Lantaran itu, ibu bapa sewajarnya mengindoktrinasikan pucuk-pucuk hijau dengan nilai-nilai murni ini bagai menatang minyak yang penuh kerana anak-anak remaja kini sering

  • melibatkan diri dalam kebejatan sosial dan budaya hedonisme yang begitu cepat merebak bagai virus epidemik

    Melalui nasihat dan ajaran yang baik, sudah tentu anak-anak akan tahu cara-cara untuk membezakan antara intan dengan kaca kerana mereka tahu sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna lagi. Memang tidak dapat disangkal lagi bahawa Institusi keluarga merupakan uslub yang represif dalam membentuk keperibadian anak-anak.

    Ibu bapa mestilah menjalankan obligasi masing-masing dengan tidak bersikap bagai melepaskan batuk di tangga.

    Jikalau anak-anak kini berjaya membentuk keperibadian yang mulia, sudah tentu mereka akan menjadi sandaran negara seperti yang terungkap dalam kata-kata mutiara pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara

    Melihat kepada senario masyarakat kontemporari, ibu bapa lebih cenderung untuk mengejar materialistik dan menjadikan pejabat sebagai rumah kedua mereka. Sikap ibarat enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing ini perlu dikikis segera bagi memastikan para remaja tidak terlibat dalam kemelut sosial.

    Berdasarkan statistik yang dikeluarkan Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, kadar remaja lari dari rumah meningkat sebanyak 5.7 peratus dari tahun lepas. Sebelum nasi sudah menjadi bubur, ibu bapa perlu mengutamakan anak-anak mereka berbanding dengan hal-hal lain.

    Bagaimana acuan bgitulah kuihnya. Aforisme ini mengingatkan ibu bapa agar bertindak sebagai agen pencorak utama karakter anak-anak supaya mereka tidak mencetuskan cangkaliwang pada hari muka. Lantaran itu, penerapan pendidikan yang sempurna amat didambakan.

    Oleh itu, dalam kita mengharungi arus modenisasi, sudah tentu anak remaja tidak mahu dihimpit dengan pemikiran yang jumud seperti katak di bawah tempurung.