bahasa melayu klasik telah mengalami perubahan sejak kedatangan islam di nusantara

20
Bahasa Melayu Klasik telah mengalami perubahan sejak kedatangan Islam di nusantara. (Siti Hajar Abdul Aziz,2011) Ini menunjukkan bahawa pengaruh Islam semakin kuat sehingga bahasa Melayu turut mengalami perubahan. Antara ciri-ciri bahasa Melayu klasik selaras dengan perubahan yang dialaminya ialah: a) Ayatnya panjang dan berbelit-belit. b) Banyak menggunakan ayat pasif dengan pendepanan predikat. c) Banyak menggunakan gaya bahasa istana. d) Menggunakan kosakata klasik seperti ratna, mutu manikam, kesmaran (mabuk asmara) dan masyghul ( bersedih ). e) Kebanyakan kata pangkal ayat yang sering digunakan ialah seperti syahadan, alkisah, hatta, adapun. f) Penggunaan ayat yang banyak menggunakan partikel pun dan lah. h) Penggunaan banyak kosakata daripada pengaruh Arab dan Parsi dalam pelbagai bidang bahasa seperti ilmu keagamaan, undang-undang, kesusasteraan, perubatan, falsafah, tasawuf dan pemerintahan. (Abdul Rashid Melebek dan Amat Juhari Moain,2006) Zaman bahasa Melayu klasik agak panjang. Dalam melalui zaman panjang itu, ianya telah banyak digunakan dalam penulisan agama khususnya bidang tauhid atau usuluddin, syariah atau undang-undang Islam dan tasawuf. Keadaan ini telah dibuktikan dengan kemunculan tokoh-tokoh ilmu di nusantara seperti Hamzah Fansuri yang terkenal dengan karya prosanya Asrarul-Arifin fi bayan Ilmal-Suluk wal-Tauhid, al- Muntahi dan Sharabul-Ashiqin. Beberapa naskah karya sastera terkenal turut dihasilkan pada zaman ini. Antaranya ialah hikayat Raja-raja Pasai, Hikayat Amir Hamzah, Hikayat Hang Tuah Bustannus Salatin, Sejarah Melayu dan sebagainya. Kesimpulannya, Bahasa Melayu Klasik mempunyai kesignifikannya tersendiri. Ianya menjadi titik bermulanya Bahasa Melayu Moden dan sebagai asas pembentukan bahasa baku di negara kita. 2. CIRI-CIRI BAHASA MELAYU KLASIK Bahasa Melayu Klasik dapat dikesan kerana ianya mempunyai ciri-ciri tersendiri yang dapat kita kenali. Ciri-ciri yang terdapat dalam Bahasa Melayu Klasik itu adalah seperti berikut; 2.1 Ayat Panjang, Berulang-ulang dan Berbelit-belit Antara ciri bahasa Melayu klasik yang membezakannya daripada bahasa lain ialah dari segi struktur ayatnya. Bahasa Melayu klasik menggunakan ayat yang panjang, berulang-ulang dan berbelit-belit. Contoh ayat tersebut dapat dilihat dalam teks Sulalatus Salatin tulisan A.Samad Ahmad iaitu; Adapun hikayatnya terlalu amat lanjut; jika kami hikayatkan semuanya; jemu orang yang mendengar dia; maka kami simpankan juga, kerana perkataan yang amat lanjut itu tiada gemar bagi orang yang berakal adanya. (Sulalatus Salatin, halaman 18) Ayat yang panjang dan berbelit-belit itu mungkin menyebabkan pembaca sukar atau keliru dalam memahami makna yang ingin disampaikan. Pengulangan perkataan

Upload: swa-ming-jian

Post on 07-Sep-2015

225 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

Bahasa Melayu Klasik Telah Mengalami Perubahan Sejak Kedatangan Islam Di Nusantara

TRANSCRIPT

Bahasa Melayu Klasik telah mengalami perubahan sejak kedatangan Islam di nusantara. (Siti Hajar Abdul Aziz,2011) Ini menunjukkan bahawa pengaruh Islam semakin kuat sehingga bahasa Melayu turut mengalami perubahan. Antara ciri-ciri bahasa Melayu klasik selaras dengan perubahan yang dialaminya ialah: a) Ayatnya panjang dan berbelit-belit. b) Banyak menggunakan ayat pasif dengan pendepanan predikat. c) Banyak menggunakan gaya bahasa istana. d) Menggunakan kosakata klasik seperti ratna, mutu manikam, kesmaran (mabuk asmara) dan masyghul ( bersedih ). e) Kebanyakan kata pangkal ayat yang sering digunakan ialah seperti syahadan, alkisah, hatta, adapun. f) Penggunaan ayat yang banyak menggunakan partikel pun dan lah. h) Penggunaan banyak kosakata daripada pengaruh Arab dan Parsi dalam pelbagai bidang bahasa seperti ilmu keagamaan, undang-undang, kesusasteraan, perubatan, falsafah, tasawuf dan pemerintahan. (Abdul Rashid Melebek dan Amat Juhari Moain,2006) Zaman bahasa Melayu klasik agak panjang. Dalam melalui zaman panjang itu, ianya telah banyak digunakan dalam penulisan agama khususnya bidang tauhid atau usuluddin, syariah atau undang-undang Islam dan tasawuf. Keadaan ini telah dibuktikan dengan kemunculan tokoh-tokoh ilmu di nusantara seperti Hamzah Fansuri yang terkenal dengan karya prosanya Asrarul-Arifin fi bayan Ilmal-Suluk wal-Tauhid, al-Muntahi dan Sharabul-Ashiqin. Beberapa naskah karya sastera terkenal turut dihasilkan pada zaman ini. Antaranya ialah hikayat Raja-raja Pasai, Hikayat Amir Hamzah, Hikayat Hang Tuah Bustannus Salatin, Sejarah Melayu dan sebagainya. Kesimpulannya, Bahasa Melayu Klasik mempunyai kesignifikannya tersendiri. Ianya menjadi titik bermulanya Bahasa Melayu Moden dan sebagai asas pembentukan bahasa baku di negara kita. 2. CIRI-CIRI BAHASA MELAYU KLASIK Bahasa Melayu Klasik dapat dikesan kerana ianya mempunyai ciri-ciri tersendiri yang dapat kita kenali. Ciri-ciri yang terdapat dalam Bahasa Melayu Klasik itu adalah seperti berikut; 2.1 Ayat Panjang, Berulang-ulang dan Berbelit-belit Antara ciri bahasa Melayu klasik yang membezakannya daripada bahasa lain ialah dari segi struktur ayatnya. Bahasa Melayu klasik menggunakan ayat yang panjang, berulang-ulang dan berbelit-belit. Contoh ayat tersebut dapat dilihat dalam teks Sulalatus Salatin tulisan A.Samad Ahmad iaitu; Adapun hikayatnya terlalu amat lanjut; jika kami hikayatkan semuanya; jemu orang yang mendengar dia; maka kami simpankan juga, kerana perkataan yang amat lanjut itu tiada gemar bagi orang yang berakal adanya. (Sulalatus Salatin, halaman 18) Ayat yang panjang dan berbelit-belit itu mungkin menyebabkan pembaca sukar atau keliru dalam memahami makna yang ingin disampaikan. Pengulangan perkataan yang sama maksudnya juga terdapat dalam ayat tersebut iaitu perkataan 'terlalut' dan 'amat'. Ciri-ciri ini juga dapat diperhatikan dalam teks Hikayat Abdullah karya Abdul Kadir Munsyi iaitu; Maka ada-lah yang ku lihat barang suatu pekerjaan-nya perkataan-nya dan kepandaian-nya dan bangun-bangun orang-nya dan budi-bahasa-nya, jikalau tiada salah faham-ku bahawa dapat-tiada ia-ini orang-orang besar atau pandai, dan lagi dengan besar himmahnya. ( Hikayat Abdullah, halaman 75) Penggunaan ayat yang panjang serta meleret-leret ini juga memaksa pembaca untuk mengulangi bacaan mereka dalam memahaminya maksud yang ingin disampaikan. Perkataan 'nya' juga jelas diulang-ulang pada hujung kata 'perkataan, pekerjaan'dan 'kepandaian'. 4 2.2. Banyak Ayat Pasif Penulisan dalam karya-karya Bahasa Melayu Klasik juga memperlihatkan penggunaan ayat pasif atau ayat songsang dengan pendepanan predikat dan diikuti dengan subjek dibelakangnya. Contoh yang dapat membuktikan kenyataan ini seperti dalam ayat di bawah; Syahadan maka setelah dilihat oleh Patih Aria Gajah Mada kelakuan Betara Majapahit itu... (Sulalatus Salatin, halaman 116) Setelah dilihat oleh Mansur Syah perihal itu, maka baginda pun. (Sulalatus Salatin, halaman 139) Shahadan apabila di-dengar oleh Tuan Raffles akan segala hal-ehwal itu. ( Hikayat Abdullah, halaman 106) Sa-telah itu maka segera di-keluarkan oleh Tuan Farquhar perkataan lain, katanya.. ( Hikayat Abdullah, halaman 162) Penggunaan ayat pasif dalam hasil-hasil karya pada zaman itu disebabkan pengaruh bahasa Arab yang meluas ketika itu. Penggunaan ayat songsang dengan pendepanan predikat akibat pengaruh bahasa Arab dan ragam ayat pasif. (Goay Teck, Choo Say Tee, Zainuddin Ahmad, 2007). Seperti yang kita ketahui bahawa pedagang-pedagang dari negara Arab telah menjalankan perdagangan disamping menyebarkan agama Islam di seluruh nusantara termasuklah di negara kita. Mereka telah menggunakan bahasa Arab dalam pertuturan mereka dan keadaan ini sedikit sebanyak telah menyebabkan Bahasa Melayu juga mengalami perubahan khususnya dalam penggunaan ayat pasif ini. 2.3. Penggunaan Bahasa Istana Penggunaan Bahasa Istana juga menjadi salah satu ciri Bahasa Melayu Klasik. Hubungan masyarakat pada zaman itu amat rapat dengan istana. Sultan atau raja mempunyai kuasa mutlak dalam meletakkan satu-satu keputusan dalam pentadbiran kerajaan dan sangat disanjung oleh rakyat. Kemukarkaan terhadap golongan istana dilihat suatu perkara yang boleh melanggar adat dan tatasulila peradaban Melayu. Benarlah kata-kata 'biar mati anak jangan mati adat'. Keadaan ini menyebabkan pertuturan masyarakat pada ketika itu dipengaruhi oleh bahasa istana sehingga dalam penulisan karya puisi mahupun prosa . Contoh perkataan-perkataan ganti nama seperti 'hamba', 'patik', 'tuanku' dan sebagainya telah digunakan. Perkataan kata kerja seperti 'titah' dan 'sembah' turut diselitkan dalam penerbitan karya sastera. Tidak ketinggalan juga penggunaan nama-nama jawatan seperti 'bendahara', 'laksamana' dan 'hulubalang' yang turut dimasukkan. Ciri-ciri ini dapat ditemui dalam kedua-dua teks tersebut iaitu seperti dalam ayat ayat di bawah ini. Maka Sultan Mansur Syah pun semayam di balai kecil menghadap orang mengepung Hang Jebat itu. (Sulalatus Salatin, halaman 139) Maka kata Bendahara Seri Maharaja, "Apa kehendak hati tuanku, katakanlah kepada patik." (Sulalatus Salatin, halaman 251) Maka Enche' Su-long pun pulang-lah, serta menyampaikan segala titah raja itu kepada Pawang Gajah ( Hikayat Abdullah, halaman 57) Sa-bermula ada pun asal-nya yang empunya tempat itu shahbandar dahulu di Melaka, yang bernama Mr.Alam ( Hikayat Abdullah, halaman 125) 2.4. Penggunaan Kosa Kata Klasik Penulisan karya dalam era penggunaan Bahasa Melayu Klasik turut memperlihatkan penggunaan kosa kata klasik. Perkataan seperti 'ratna mutu manikam', 'edan kesmaran', 'sahaya', 'masyghul, dan sebgainya yang dimuatkan dalam karya tersebut yang menjadi salah satu ciri yang terdapat dalam Bahasa Melayu Klasik. Ciri-ciri ini masih lagi terdapat dalam karya Bahasa Melayu Klasik kerana penulis-penulis karya pada zaman itu masih lagi terikut-ikut dengan gaya penulisan Bahasa Melayu Lama. Contohnya dapat kita temui seperti dalam ayat berikut; Arakian maka dianugerahkan Raja Iskandar akan Tuan Puteri Syahrul-Bariyah kembali pada ayahnya, Raja Kida Hindi; maka dianugerahi Raja Iskandar akan Puteri Syahrul-Bariyah persalinan seratus kali, dan dianugerahi daripada emas dan perak, dan ratna mutu manikam, dan daripada permata dan harta (Sulalatus Salatin, halaman 7) daripada sutera benang emas kimka dewangga, serta beberapa benda yang gharib-gharib. (Sulalatus Salatin, halaman 131) Adapun hikayat perang Raja Haji itu terlalu-lah lanjut-nya, maka jikalau ku cheterakan, neschaya berlambatan-lah pekerjaan-ku, melainkan mengambil simpan-nya sahaja. (Hikayat Abdullah, halaman 48) 2.5. Penggunaan Kata Pangkal Ayat / Praklausa Ciri-ciri Bahasa Melayu Klasik juga adalah sering menggunakan perkataan-perkataan seperti 'maka', 'hatta', 'alkisah' dan sebagainya di pangkal atau perdu sesuatu ayat. Perkataan-perkataan ini juga boleh diibaratkan sebagai pembuka bicara dalam ayat-ayat dalam Bahasa Melayu Klasik. Hal ini dapat memperlihatkan nilai estetika atau keindahan dalam bahasa Melayu klasik yang pernah menjadi bahasa lingua franca pada suatu masa dahulu. Ciri-ciri ini dapat dilihat dalam ayat berikut; Syahadan datanglah ke Teluk Belang, maka kenaikan itu tiadalah tertimba lagi, lalu akan tenggelam. (Sulalatus Salatin, halaman 39) Hatta Raja Rekan pun datang menghadap ke Melaka, maka sangat dipermulia oleh Sultan Muhammad Syah, kerana Raja Perempuan itu saudara sepupu kepada Raja Rekan. (Sulalatus Salatin, halaman 82) Arakian maka ada-lah kira-kira tiga bulan lama-nya dengan hal bersakit dan susah, kebanyakan pula orangmati, dan jatoh patah kaki tangan, tiba-tiba maka kedengaran-lah khabar mengatakan raja menyuroh ( Hikayat Abdullah, halaman 50) Ada-pun sa-telah sedikit hari kemudian daripada itu, datang-lah pula sa-orang paderi yang lain, naman-nya Tuan Slater ( Hikayat Abdullah, halaman 135) Maka sa-telah bapa-ku pulang, dalam enam tujoh hari juga tentu-lah sudah bichara kahwin itu ( Hikayat Abdullah, halaman 144) 2.6. PENGGUNAAN PARTIKEL PUN DAN LAH Kita juga dapat mengenai Bahasa Melayu Klasik kapabila banyak penggunaan partikal seperti lah digunakan di bahagian hujung kata kerja atau pun di bahagian tengah ayat. Contohnya seperti perkataan 'beradulah' atau ,berangkatlah'. Hasil karya yang ditulis dalam teks Sulalatus Salatin dan Hikayat Abdullah juga tidak ketinggalan memasukkan ciri-ciri ini. Hal ini dapat dilihat dalam contoh ayat yang berikut; Setelah didengar oleh si penyadap, maka ia pun hairanlah, seraya berkata ( Silalatus Salatin, halaman 113) maka berkembang-lah segala bunga-bungaan yang dari dalam taman pengasehan ( Hikayat Abdullah, halaman 64) Shahadan maka apa-bila di-lihat oleh orang Melayu semua-nya akan hal yang demikian, maka masing-masing pun ketakutan-lah ( Hikayat Abdullah, halaman 53) 2.7. PENGGUNAAN KOSA KATA DARIPADA PENGARUH ARAB PARSI Bahasa Melayu Klasik menerima pengaruh kuat daripada Arab dan Parsi sehingga hasil karya penulis-penulis pada zaman itu telah meminjam beberapa kosa kata daripada bahasa Arab. Penggunaan kosa kata tersebut bukan sahaja daripada bidang bahasa ilmu agama tetapi bidang-bidang yang lain seperti undang-undang, kesusteraan, perubatan dan pentadbiran. Ciri-ciri ini nampak jelas digunakan terutama bagi penulis-penulis yang sezaman dengan A. Samad Ahmad dan penulis karya Hikayat Abdullah ini. Contohnya dapat dilihat seperti dalam petikan ayat di bawah; Maka beberapa lama-nya dalam hal yang sedemikian, maka datang-lah sa-orang orang Arab Sayyid yang bernama Habib Abdullah, bangsanya Haddad, maka ada-lah ia-itu aulia, maka sangat-lah di-permulia orang akan dia dalam Melaka; maka segala laki-laki dan perampuan pun pergi-lah berguru kepada-nya dari-hal perkara agama Islam. ( Hikayat Abdullah, halaman 10) Perkataan 'Sayyid' adalah perkataan daripada bahasa Arab yang bermaksud ketua atau pemimpin telah diselitkan dalam contoh petikan ayat di atas. Begitu juga dengan perkataan 'aulia' yang bermaksud seseorang yang mempunyai pekerti yang baik. Contoh lain yang kita dapat lihat adalah seperti petikan ayat di bawah ini; ...'Mari kita chuba jadikan kitab ilmu kira-kira dalam Bahasa Inggeris itu... ( Hikayat Abdullah, halaman 10) Perkataan 'kitab' juga adalah kata yang berasal daripada perkataan Arab yang membawa maksud buku telah digunakan dalam teks Hikayat Abdullah itu. Begitu juga seperti dalam teks Sulalatus Salatin, penggunaan kata yang berasal daripada bahasa Arab juga turut digunakan. Contohnya seperti dalam petikan ayat di bawah; Orang Kaya-kaya sekalian pertaruh kita, daripada memelihara dan mengajar, menegur dia; kerana ia budak penuh dengan khilaf dan bebalnya... Perkataan 'khilaf' yang digunakan dalam petikan ayat di atas merujuk maksud selalu membuat kesilapan.

Copy and WIN : http://ow.ly/KNICZ

SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU

1.0Pengenalan

Setiap bangsa di dunia ini mempunyai bahasa pertuturan yang tersendiri. Begitu juga bagi bangsa Melayu.Bahasa yang menjadi perantara untuk dituturkan di kalangan bangsa Melayu ialah bahasa Melayu. Bahasa Melayu tergolong dalam subkeluarga bahasa Melayu-Polinesia dan terletak di bawah rumpun Austronesia.Penyebaran bahasa ini di Kepulauan Melayu dan Lautan Pasifik menyebabkan Bahasa Melayu telah berkembang dan membentuk bahasa daerah masing-masing. Bahasa Melayu berada di bawah cabang keluarga Nusantara yang mempunyai kira-kira 200-300 pecahan bahasa di bawahnya. Para ahli bahasa telah membahagikan peringkat perkembangan bahasa Melayu sejak zaman awal penemuannya hingga kini kepada empat iaitu zaman bahasa Melayu purba, zaman bahasa Melayu kuno, zaman bahasa Melayu klasik dan zaman bahasa Melayu moden.Namun begitu, bagi tujuan kajian ini pengkaji membataskan perbincangan terhadap bahasa Melayu klasik dan bahasa Melayu moden sahaja.

1.1Zaman Bahasa Melayu Klasik

Zaman bahasa Melayu klasik bermula dari awal abad ke-14 Masihi hingga ke akhir abad ke-18 Masihi. Bahasa Melayu Klasik berada pada tahap ketiga dalam periodisasi bahasa Melayu, selepas bahasa Melayu purba dan bahasa Melayu kuno. (Awang Sariyan, 1998 ).Terdapat beberapa definisi yang telah diutarakan oleh pengkaji bahasa tentang bahasa Melayu klasik.Antaranya ialahAsmah Hj.Omar (1985:33), yang menyatakan bahawa bahasa abad ketiga belas dan ketujuh belas itu dinamakan bahasa Melayu Klasik.

Bahasa Melayu klasik juga dikaitkan dengan kedatangan dan pengaruh agama Islam yang semakin mantap di Asia Tenggara ketika itu.Sejak itubahasa Melayu pada zaman ini turut mengalami pelbagai perubahan dari segi kosa kata, struktur ayat, dan bentuk tulisan. Selain itu, bukti-bukti sahih yang menunjukkan kewujudan bahasa Melayu klasik ini ialah penemuan beberapa batu bersurat atau prasasti yang di beberapa daerah di Asia Tenggara dan Tanah Melayu menguatkan lagi fakta ini.Antaranya ialah batu bersurat di Pagar Ruyung, Minangkabau (1356 Masihi), batu bersurat di Minye Tujuh, Aceh (1380 Masihi) dan batu bersurat di Kuala Berang, Terengganu ( 1303-1387 Masihi) yang ditulis dalam tulisan Jawi. (Siti Hajar Abdul Aziz,2011) Ini menunjukkan bahawa pengaruh Islam semakin kuat sehingga bahasa Melayu turut mengalami perubahan.Antara ciri-ciri bahasa Melayu klasik selaras dengan perubahan yang dialaminya ialah:

a)Ayatnya panjang, meleret-leret dan berulang-ulang

b)Banyak menggunakan ayat songsang dengan pendepanan predikat akibat pengaruh bahasa Arab dan ragam ayat pasif. (Goay Teck, Choo Say Tee, Zainuddin Ahmad, 2007)

c)Banyak menggunakan gaya bahasa istana.

d)Menggunakan kosakata klasik sepertiratna mutu manikam,(berjenis intanpermata)edan kesmaran(mabuk asmara) danmasyghul( bersedih ).

e)Kebanyakan kata pangkal ayat yang sering digunakan ialah sepertisebermula, alkisah, hatta, adapun.

f)Penggunaan partikelpundanlahsering digunakan bersama perkataan lain sepertikendatipun, tersebutlah.

g)Menggunakan tulisan Jawi iaitu pinjaman huruf atau aksara daripada bahasa Arab yang ditambah dengan beberapa huruf tambahan.

h)Penggunaan banyak kosakata daripada pengaruh Arab dan Parsi dalam pelbagai bidang bahasa seperti ilmu keagamaan, undang-undang, kesusasteraan, perubatan, falsafah, tasawuf dan pemerintahan dan pentadbiran.

i)Frasa dan ayat daripada pengaruh Arab terutamanya dalam kitab-kitab klasik Melayu. Contohnya ialah penggunaan frasaketahuilah olehmudanmaka kemudian daripada itu.

j)Terdapat unsur-unsur falsafah Islam dalam hasil penulisan Melayu seperti dalam bidang ilmu kalam, tasawuf dan Aqaid al-lman.

Bahasa Melayu klasik melalui zaman kegemilangan setelah pemerintah kerajaan Melayu memeluk agama Islam dan mempelajari bahasa Arab daripada para pedagang Islam ketika itu.Tiga tampuk pemerintahan kerajaan Melayu terpenting pada zaman itu terdiri daripada kerajaan Melaka, kerajaan Aceh dan kerajaan Johor-Riau. Selain itu, pada zaman ini juga telah lahir beberapa tokoh penulis yang tersohorseperti Hamzah Fansuri, Syamsuddin al-Sumaterani, Syeikh Nuruddin al-Raniri dan Abdul Rauf al-Singkel.Beberapa naskah karya sastera terkenal turut dihasilkan pada zaman ini. Antaranya ialahhikayat Raja-raja Pasai, Hikayat Amir Hamzah, Hikayat Hang Tuah Bustannus Salatin,Sejarah Melayudan sebagainya. (Abdul Rashid Melebek dan Amat Juhari Moain,2006)Zaman bahasa Melayu klasik agak panjang. Seiring dengan peredaran zaman, bahasa Melayu ini turut mengalami perubahan.Perubahan-perubahan yang berlaku bersama dengan kepesatan teknologi penerbitan telah memodenkan bahasa Melayu ini.

1.2Zaman bahasa Melayu Moden

Zaman bahasa Melayu moden bermula sekitar abad ke 19.Bahasa Melayu moden berasal dari bahasa Melayu klasik.Perintis bahasa pada zaman ini ialah Abdullah bin Abdul Kadir Munsyi atau dikenali sebagai Abdullah Munsyi.Beliau telah mengarangHikayat Abdullah(1840)danKisahPelayaran Abdullah ke Kelantan(1837) merupakan permulaan kepada penggunaan bahasa moden yang menjadi lambang kepada perubahan bahasa dan kesusasteraan Melayu moden. Karya Abdullah Munsyi ini berkonsepkan penulisan yang lebih moden malahan karya beliau juga bebas daripada unsur-unsur luar biasa dan khayalan seperti mitos seperti yang terdapat dalam kebanyakan karya sastera Melayu klasik.Konsep ini kemudiannya diteruskan pula oleh seorang lagi pengkarya iaitu Raja Ali Haji bin Raja Ahmad yang menghasilkanTuhfat al-Nafis, Silsilah MelayudanBugis dan Sekelian Raja-rajanya.Pada abad ini dikatakan turut berlakunya kebanjiran pendatang luar terutama dari Barat ke Asia Tenggara.Kedatangan penjajah khususnya pihak Inggeris dikatakan telah melahirkan ramai sarjana Melayu yang terlatih dalam bidang ini.Bahasa Melayu semakin berkembang luas seiring dengan kedatangan pihak barat apabila bahasa ini turut menerima pengaruh barat sama ada dari sudut gaya penulisan mahupunterjemahannya.Ledakan teknologi yang berlaku terutama dalam bidang percetakan menyebabkan penerbitan bahan-bahan penulisan berbahasa Melayu tersebar luas dengan lebih pantas.Penerbitan akhbar-akhbar bahasa Melayu seperti Jawi Peranakan, Bintang Timor, Chahaya Pulau Pinang dan beberapa lagi menjadi bukti kukuh perkembangan ini.Selain itu, penubuhan beberapa pertubuhan bahasa Melayu PakatanBelajar Mengajar Pengetahuan Bahasa Melayu diadakan untuk meningkatkan taraf serta peranan bahasa Melayu.Penggunaan bahasa Melayu dalam bidang pendidikan turut mula diperkenalkan di sekolah-sekolah negeri-negeri Selat pada tahun 1821.Penubuhan Maktab Perguruan Melayu atau Malay Training College yang pertama mula dibuka di Singapura pada tahun 1878 untuk melatih guru-guru untuk mengajar bahasa Melayu.

Bahasa Melayu diperkasakan lagi selepas kemerdekaan Tanah Melayu pada tahun 1957.Pelbagai usaha telah dijalankan untuk memajukan bahasa ini dalam bidang pentadbiran, pemerintahan negara, pendidikan, kehakimandan sebagainya. Dan kini, selama 50 tahun perancangan bahasa Melayu berlangsung, bahasa Melayu telah membuktikan kemampuannya sebagai bahasa moden yang duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi di persada dunia dengan bahasa-bahasa moden yang lain.Antara ciri-ciri bahasa Melayu moden ialah:

a. Tidak lagi menggunakan pendahuluan dan mukadimah yang meleret-leret dalam penulisan.

b. Unsur pemula atau kata praklausa seperti arakian, hatta, kalakian dan sebagainya tidak lagi digunakan dalam penulisan bahasa Melayu moden.

c. Bahasa melayu mempunyai struktur bahasa dan nahu yang lebih bersistem.

d. Bahasa Melayu moden mempunyai banyak kata pinjaman kesan daripada penaklukan kuasa Portugis, Belanda dan Inggeris selain bahasa Arab dan Parsi kesan daripada pengembangan agama Islam.

e. Penulisan bahasa Melayu moden lebih tepat menyampaikan fakta serta kurang menggunakan ungkapan yang beralas berbanding penulisan dalam bahasa Melayu klasik.

2.0Analisis Perbezaan Antara Bahasa Melayu Klasik Dan Bahasa Melayu Moden

Bagi tujuan kajian ini, analisis yang dijalankan adalah untuk melihat perbezaan terhadap bahasa melayu klasik yang terdapat dalam teks hikayat Sejarah Melayu dengan bahasa melayu moden daripada sudut morfologi(perkataan) dan sintaksis(ayat).Sejarah Melayu dikarang bertujuan menceritakan mengenai raja-raja Melayu yang memerintah negeri-negeri Melayu terutama raja-raja Melaka, dan merakamkan segala adat istiadat Melayu yang menunjukkan satu tatacara pentadbiran/pemerintahan menurut etika adat Melayu yang bersandarkan ajaran Islam.Ramai sarjana terutamanya ahli penyelidik Barat menganggap Sejarah Melayu atauSulalatus Salatinsebagai hasil sastera Melayu yang terpenting dan terbaik antara hasil sastera Melayu lama.Dalam penulisan ini, pengkaji telah memilih naskah Hikayat Sejarah Melayu edisi W.G. Shellabear (1986) yang telah ditulis dalam tulisan rumi pada tahun (1898) yang mengandungi 34 cerita dan diterbitkan oleh Penerbit Fajar Bakti Sdn Bhd. Pengkaji juga telah menggunakan Kamus Dewan Edisi Keempat (2010) dan Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (2009) sebagai rujukan bahasa Melayu moden untuk melihat perbezaan di antara dua bahasa tersebut.

Teks Sejarah Melayu terbahagi kepada tiga bahagian iaitu mukadimah, kandungan isi dan penutup. Dalam naskah edisi Shellabear mengandungi tiga puluh empat (34) cerita atau bab. Bahasa Melayu yang digunakan dalam Sejarah Melayu ini, dikategorikan sebagai bahasa Melayu klasik yang pernah digunakan atau dituturkan oleh sekelompok masyarakat pada suatu ketika dulu. Oleh kerana bahasa mempunyai sifat dan cirinya tersendiri, ia juga turut berkembang mengikut peredaran zaman dan tahap kemajuan sesebuah masyarakat. Namun, bahasa Melayu mempunyai sifat terbuka dan telah menerima banyak perubahan terutama dari segi kosa kata.

2.1Analisis Bahasa Dari Sudut Morfologi (Perkataan)

Morfologi ialah bidang ilmu bahasa yang mengkaji struktur kata, bentuk kata dangolongan kata.Struktur kata bermaksud susunan bentuk bunyi ujaran atau lambang (tulisan) yang menjadi unit bahasa yang bermakna. Bentuk kata pula ialah rupa unit tatabahasa, sama ada berbentuk tunggal ataupun hasil dari proses pengimbuhan, pemajmukan dan penggandaan.Golongan kata pula ialah proses menjeniskan perkataan berdasarkan kesamaan bentuk dan fungsinya. (Nik Safiah Karim et.al, 2008).

Menurut Asmah Hj Omar (1991), perbendaharaan kata Melayu asli terdiri daripada tiga subkategori iaitu kata Melayu Am, kata Melayu dialek dan kata Melayu klasik atau arkaik. Kata arkaik ini merupakan kata yang tidak lagi digunakan pada hariini.Hal ini bermakna penggunaannya semakin usang.Namun begitu penggunaannya begitu ketara dalam teks Sejarah Melayu.Jadual berikut menunjukkan beberapa contoh perkataan dalam bahasaMelayu klasik(halaman 44)dan maksudnya dalam bahasa Melayu moden berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat .(2010)

2.1.1PerkataanMelayu klasik / Arkaik

Bil

Bahasa klasik

Bahasa moden

1.

Ayapan

Makanan dan minuman

2.

Waad

Janji

Jadual 2.1: PerkataanMelayu klasik / Arkaik

Tetapi kini, kebanyakan kata ini tidak lagi digunakan dalam pertuturan atau tulisan bahasa Melayu baku. Ini mungkin disebabkan bahasa itu sendiri yang mengalami perubahan yang pesat seiring dengan zaman.Namun, kata arkaik akan terus hidup dalam penggunaan yang terhad oleh golongan istana. Justeru selagi ada golongan istana, selagi itulah akan terpelihara kota kata arkaik daripada pupus akibat ditelan zaman.

2.1.2Kata Pinjaman

Leksikon bahasa Melayu penuh dengan berbagai-bagai jenis perkataan, seperti kata warisan, kata pinjaman atau kata serapan, kata slanga, kata basahan dan istilah.

Perbezaan dalam bahasa klasik juga dapat dilihat menerusi penggunaan kata pinjaman.Teks Sejarah Melayu mengandungi banyak kata pinjaman daripada bahasa-bahasa lain seperti Sanskrit, Arab, Parsi, Jawa. Inidisebabkan semasa perkembangannya bahasa Melayu turut menerima serapan daripada bahasa-bahasa tersebut bagi menambahkan perbendaharaan kata Melayu. Berikut adalah beberapa contoh kata pinjaman yang digunakan dalam teks Sejarah Melayu ).( halaman 21, 44 dan56 )dan maksudnya dalam bahasa Melayu moden berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat (2010

2.1.2.1Pinjaman Bahasa Arab

Bahasa klasik

Bahasa moden

Munajat

doa

makhdum

tuan

Jadual 2.2 : Pinjaman Bahasa Arab

2.1.2.2Pinjaman Bahasa Parsi

Bahasa klasik

Bahasa moden

Nobat

Gendang besar

Istana

Rumah kediaman raja

Jadual 2.3 : Pinjaman Bahasa Parsi

2.1.2.3Pinjaman Bahasa Jawa

Bahasa klasik

Bahasa moden

Manira

aku

adipati

raja

Jadual 2.4 :Pinjaman Bahasa Jawa

2.1.3Bahasa Istana

Selain itu, teks Sejarah Melayu merupakan teks yang tinggi nilai bahasanya dan kebanyakan cerita adalah berkaitan dengan golongan istana dan bangsawan. Justeru pengarang banyak menggunakan bahasa istana di dalam teks ini.Penggunaan bahasa istana dalam teks ini amat ketara digunakan untuk kata panggilan atau kata gantinama diri pertama, kedua dan ketiga.Antara contoh kata gantinama diri dalam bahasa istana seperti terdapat dalam teks Sejarah Melayu ialah:( halaman 13)

Bahasa klasik

Bahasa moden

Tuan hamba

Awak

Tuanku

raja

Jadual 2.5 :Kata Gantinama Diri

Kata gantinama diri tersebut digunakan oleh golongan diraja dan orang-orang bangsawan ketika itu.Selain kata gantinama diri , terdapat juga penggunaan bahasa istana bagi jenis kata nama dan kata adjektif dalam teks Sejarah Melayu .(halaman 110)Contohnya:

Bahasa klasik

Bahasa moden

Destar

Kain ikat kepala

Gundik

Isteri tidak rasmi

Jadual 2.6 : Kata Nama

Bahasa klasik

Bahasa moden

Gering

Sakit

Murka

Marah

Jadual 2.7 : Kata Adjektif

2.1.4.Imbuhan

Proses pengimbuhan merupakan proses utama pembentukan kata dalam Sejarah Melayu. Ciri sesuatu kata boleh menerima imbuhanper-danber-bukanlah merupakan ciri-ciri bahasa Melayu moden. Pengimbuhanper-danber-dengan makna yang sama jelas memperlihatkan ciri-ciri bahasa Melayu klasik. Bentuk yang dilihat dalam pengimbuhan ini menunjukkan bahawa bahasa dalam Sejarah Melayu adalah dalam proses transisi, iaitu daripada bentuk klasik perlahan-lahan akan berubah kepada bentuk bahasa Melayu moden. Berikut merupakan beberapa contoh imbuhanper-danber-yang didapati dalam teks Sejarah Melayu:

Bahasa klasik (Per- )

Bahasa klasik (Ber-)

Bahasa moden

(di)perbuat(kan/lah/nya)

berbuat(lah)

membuat

pertuan(kan)

bertuan(kan)

memilih seseorang sebagai tuan

Jadual 2.8 : Imbuhan per- dan ber-

Selain itu penggunaan imbuhan akhiran juga menunjukkan perbezaan yang ketara di antara bahasa Melayu klasik dan bahasa Melayu moden. Contohnya:

Bahasa klasik

Bahasa moden

Dinamai

dinamakan

Campaki

campakkan

Jadual 2.9 : Imbuhan akhiran

Dalam bahasa Melayu klasik, imbuhan akhiran i akan digunakan untuk menunjukkan sesuatu perbuatan tetapi dalam bahasa Melayu moden ianya ditukar kepada imbuhan kan.(halaman 16)

2.1.5Penggandaan

Proses pembentukan seterusnya yang terdapat teks Sejarah Melayu ini ialah penggandaan.Penggandaan kata dalam teks Sejarah Melayu juga memainkan peranan yang penting dalam penceritaan peristiwa-peristiwa yang berlaku dalam masyarakat Melayu. Dua bentuk penggandaan yang banyak terdapat dalam teks Sejarah Melayu ialah penggandaan penuh dan penggandaan berentak. Jadual di bawah menunjukkan beberapa contoh kata ganda dan maksudnya dalam bahasa Melayu moden.(halaman 4, 21 dan 35)

2.1.5.1Penggandaan penuh

Bahasa klasik

Bahasa moden

Safa-safa

terang

Panji-panji

bendera

Jadual 2.10 : Penggandaan Penuh

2.1.5.2Penggandaan berentak

Bahasa klasik

Bahasa moden

sayur-mayur

Sayur-sayuran

Panca-persada

Rumah bertingkat lima tempat pengantin raja

Jadual 2.11 : Penggandaan berentak

Ada di antara kata ganda ini yang sudah tidak digunakan lagi kerana dianggap terlalu lama sepertipanca-persadadan ada yang telah diubahsuai semula dari sudut ejaan, contohnya sayur-mayur di ubah menjadi sayur-sayuran yang menunjukkan pelbagai jenis sayur.

2.1.6Golongan Kata

Selain itu , analisis juga dijalankan dari sudut penggunaan golongan kata yang terdapat dalam teks Sejarah Melayu.Pengkaji mendapati terdapat beberapa jenis golongan kata dalam teks menunjukkan perbezaan yang ketara diantara bahasa klasik dan bahasa moden.Antaranya ialah kata nama dan kata kerja. Jadual di bawah menunjukkan perbezaan antara penggunaan kata namadan kata kerja dalam bahasa klasik dan bahasa moden.(halaman 60)

Bahasa klasik

Bahasa moden

Ketur

Tempat ludah atau basuh tangan

Puan

Tempat sireh atau tepak sireh

Jadual 2.12 : Kata Nama

Bahasa klasik

Bahasa moden

Bermukah

Berzina

Menitir

Memukul gendang bertalu-talu dengan cepat

Jadual 2.13 : Kata Kerja

2.1.7Penggunaan partikel lah dan pun Dalam Perkataan

Kebanyakan kosakata yang terdapat dalam teks Sejarah Melayu mempunyai partikel lah dan pun dihujungnya.Dalam bahasa Melayu moden, partikel lah dan pun bertindak sebagai kata penegas. Contohnya: (halaman 155, 87)

Bahasa klasik

Bahasa moden

Adapun

Sebenarnya

Sampailah

Telah sampai

Jadual 2.14 : Kata partikel lah danpun

2.2Analisis Bahasa Dari Sudut Sintaksis

Sintaksis pula merupakan ilmu bahasa yang mengkaji proses pembinaan ayat. Sintaksis juga membawa maksud bidang yang mengkaji hukum atau rumus tatabahasa yang mendasari kaedah penggabungan dan penyusunan perkataan atau kelompok perkataan untuk membentuk ayat dalam sesuatu bahasa.

Ayat merupakan unit pengucapan yang paling tinggi letaknya dalam susunan tatabahasa dan mengandungi makna yang lengkap.Ayat mengandungi unsur klausa, klausa terbentuk daripada frasa dan frasa terdiri daripada perkataan. (Nik Safiah Karim, 1996). Zaba (1953) pula mendefinisikan ayat itu ialah apa-apa susunan perkataan yang cukup memberi faham, terjadi daripada benda dan cerita dari hal benda itu.

2.2.1Jenis Ayat

Apabila membincangkan jenis ayat dalam Sejarah Melayu, Awang Sariyan menyatakan bahawa Sejarah Melayu atauSulalat-us-Salatinmempunyai kecenderungan menggunakan ayat majmuk lebih banyak daripada ayat mudah dan ayat transfomasi satu dasar ( dipetik daripada: Kang Kok Sok, 1995)

Berdasarkan Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (2008), ayat majmuk terbahagi kepada tiga iaitu ayat majmuk gabungan, ayat majmuk pancangan dan ayat majmuk campuran. Dalam Sejarah Melayu terdapat dua jenis ayat majmuk gabungan iaitu ayat majmuk gabungan yang hadir secara bersendirian dan ayat majmuk gabungan yang hadir dalam konteks ayat majmuk campuran. Dalam Sejarah Melayu terdapat ayat majmuk gabungan iaitu ayat yang terdiri daripada dua ayat atau lebih yang disambung dengan kata-kata hubungdan, lalu, serta, lagidantetapi.Berikut adalah beberapa contoh ayat majmuk dengan kata hubung dan maksudnya dalam bahasa moden:

Contoh 1

Maka puandansegala alat kerajaandangendang semuanya diarak dahulu ke masjid. (halaman60)

Maksudnya:

Membawa tepak sireh, gendang dan semua jenis alat kebesaran ke masjid.

Contoh 2

Maka baginda pun menganugerah Tun TelanaidanMenteri Jana Putra dengan selengkapnyasertapuji baginda akan Menteri Jana Putra itu. (halaman 97)

Maksudnya:

Ayat ini pula bermaksud raja telah memberikan anugerah dan pujian kepada Tun Telanai dan Menteri Jana Putra.

Terdapat lebih daripada satu kata hubung (bergaris) dalam ayat menunjukkan lebih daripada satu ayat tunggal yang digabungkan menjadi ayat majmuk.

2.2.2Proses Pembentukan Ayat

Dalam konteks Sejarah Melayu struktur ayat dalam teks tersebut berbeza dengan struktur ayat yang digunakan pada masa kini.Proses pembentukan ayatnya yang panjang, meleret-leret, berbelit-belit dan disambung dengan berbagai-bagai kata hubung atau tanda baca ialah merupakan salah satu ciri laras bahasa Melayu klasik. Misalnya:

Contoh 4

Setelah Sultan Mahmud Syah mendengar sembah bendaharadansegala orang besar-besar itu, maka terlalu sukacita baginda, seraya meraih leher paduka ananda baginda, dipeluk dicium baginda seraya bertitah Hai anakku,dancahaya mataku, engkau kerajaan, hendaklah bendaharadansekalian hulubalang; sangat-sangat adil saksama pada hukum atas bala tenteramu. Jangan engkau dengar-dengaran barang sembah orang yang tiada dengan sebenarnya; sangat-sangat ampun periksamu akan mereka itu sekalian kerana ia bernaung kepada keadilandankemurahanmu; dan jangan taksir daripada menafahusdanmemeriksai atas rakyatmu, supaya sentosa kerajaan engkau.Maka Sultan Muda pun terlalu sangat baginda menangis di atas ribaan paduka ayahanda baginda. (halaman 219)

Maksudnya:

Ayat yang panjang di atas digunakan untuk menceritakan kejadian yang berlaku sebelum pemergian Sultan Mahmud Syah yang kembali ke rahmatullah. Pengarang menukilkan nasihat-nasihat dan pesanan terakhir untuk anakandanya supaya dapat memerintah dengan adil.

2.2.3Ragam Ayat Pasif

Bagi aspek ragam ayat pula, pengkaji mendapati teks Sejarah Melayu ini mengandungi banyak struktur ayat pasif dan ayat songsang.Ayat pasif ialah ayat yang mengandungi kata kerja yang mengutamakan objek sebagai judul atau unsur yang diterangkan.Sementara ayat songsang atau ayat terbalik pula ialah ayat yang mendahulukan predikat sebelum subjek.Ayat ini berlawanan daripada pola ayat biasa iaitu mengikut susunan subjek + predikat.Contoh ayat pasif atau songsang yang terrdapat dalam teks hikayat ini ialah:

Contoh 5

Maka oleh Raja Chinadisuruhnya sayurkan kangkungitu, seperti kata Tun Perpatih Putih itu. ( halaman 95)

Maksudnya:

Ayat di atas menceritakan bahawa tentang Raja China yang meminta kangkung itu di masak sayur. Ayat di atas menunjukkan predikat (disuruhnya sayurkan) mendahului subjek (kangkung).

Contoh 6

Makadibuangkanlah orang mahkotaitu.(halaman 28)

Maksudnya:

Ayat di atas menyatakan bahawa seseorang telah membuang mahkota tersebut.

2.2.4Pengaruh Bahasa Arab

Selain itu, ayat-ayat di dalam teks turut mendapat pengaruh Arab dan bahasa Al-Quran. Ini terbukti apabila pengarang dengan mudah membawa petikan-petikan daripada Al-Quran, hadis dan berbagai-bagai lagi kitab Arab. Pengarang Sejarah Melayu juga tentunya seorang yang mempunyai pengetahuan yang tinggi dalam bidang agama Islam.

Contoh 7

Bi-smillahir-rahmanir-rahim

AL-HAMDU lillahil-ladzi la ilaha illa huwa, wa kana fil-azali wa la shaya maahu. Segala puji-pujian bagi Allah Tuhan yang tiada Tuhan hanya Ia, dan adalah Ia pada azal, tiada sesuatu juapun sertaNya. Wa huwa I-abadiyyu I-sarmadiyyu wa la shaya badahu.Thumma khalaqal khalaiqa wa la hajata lahu.Dan ialah Tuhan yang abadi, lagi sentiasa adanya, dan tiadanya, dan tiada hajat bagiNya. Wa lamma arada ishara rub-buiyyatihi fa-khalaqa nura habihi; wa min dzalika l-nuri khalaqa l-anbiyas wa faraa rutbatahu. Maka tatkala Ia hendak menyatakan ketahuannya, maka dijadikanNya nur kekasihNya, dan daripada nur itulah dijadikan segala anbiak, dan diperangkatnya martabatnya(halaman 1)

Maksudnya:

Petikan di atas merupakan mukadimah Sejarah Melayu mengandungi pernyataan berselang seli dalam bahasa Arab dan bahasa Melayu yang memuji Allah S.W.T dan menegaskan kekuasaan-Nya, serta menyatakan kisah permulaan penciptaan makhluk.

2.2.5Pengaruh Arab Dalam Ayat Dan Frasa

Selain penggunaan kalimah-kalimah daripada kitab Al-Quran dan hadis, pengaruh Arab juga banyak dikesan dalam penghasilan frasa dan ayat-ayatteks Sejarah Melayu ini.

Contoh 8

Sebermula, maka tersebutlah sabda Rasulullah sallallahu alaihi wasallam, bersabda kepada sahabat: Pada akhir zaman kelak ada sebuah negeri di bawah angin, Semudra namanya.( halaman 40)

Maksudnya:

Rasullullah s.a.w pernah bersabda kepada para sahabat bahawa pada akhir zaman nanti akan muncul sebuah negeri yang bernama Semudra.

2.2.6Pengaruh Bahasa Jawa

Selain bahasa Arab dan bahasa Parsi, pengarang juga menggunakan bahasa Jawa untuk menceritakan kerajaan Majapahit . Contoh berdasarkan teks adalah seperti dibawah:

Contoh 9

Maka segala anak periai itupun melawan maka habis mati dibunuh orang, serta mati seorang diberi orang tahu pada Patih Adam, Pengeran, si anu sampun pejah. Maka sahut Patih Adam, Dimenei, ertinya, Biarkanlah.(halaman 159)

Maksudnya:

Ayat menerangkan tentang peristiwa pembunuhan yang dikhabarkan kepada Patih Adam tetapi tidak diendahkan olehnya.

2.2.7Penggunaan Kata Pangkal Ayat / Praklausa

Di samping itu, dalam teks Sejarah Melayu mempunyai ayat-ayat yang pangkalnya dimulakan dengan perkataan praklausa atau pembuka ayat yang tidak digunakan lagi dalam bahasa moden sepertihatta, syahdan, sebermuladan sebagainya.

Antara contoh-contoh ayat yang menggunakan kata-kata ini adalah seperti berikut:

Contoh 10

Sebermula akan titah Sultan Mahmud pada keempat orang itu. Apa kehendak tuan hamba sekalian,pintalah pada kita;jikalau apa sekalipun tiada kita tahani.

(halaman 145)

Maksudnya:

Sultan Mahmud akan memenuhi semua permintaan keempat-empat orang itu.

Contoh 11

Hattamaka Pau Gelang pun besarlah.(halaman 119)

Maksudnya:

Ayat ini menggambarkan Pau Gelangyangtelah dewasa.

Perkataan-perkataan seperti ini sudah dianggap usang dan tidak lagi digunakan dalam pembentukan ayat-ayat bahasa Melayu moden.Dalam bahasa Melayu moden kata pangkal ayat disebut sebagai penanda wacana. Contoh penanda wacana dalam bahasa Melayu moden ialah sepertipada suatu masa, sejak itu, justeru, selain itu dan sebagainya.

2.2.8Penggunaan Partikel lah dan pun

Seterusnya, ayat-ayat dalam teks Sejarah Melayu ini juga dikesan banyak memasukkan partikel lah dan pun dalam perkataannya.

Contoh 12

AdapunSang Nila Utama dengan segala menteri, pegawai rakyat pergi berburu; makaterlalulahbanyak beroleh perburuan. (halaman 28)

Maksudnya:

Sang Nila Utama yang ditemani pegawai-pegawainya telah pergi berburu dan mendapat hasil yang banyak.

Penggunaan partikel ini sebagai suatu kemestian dalamayat untuk menceritakan tentang sesuatu situasi.Namun bagi bahasa Melayu moden penggunaan partikel lah dan pun tergolong dalam kategori kata penegas.Kata ini berfungsi sebagai tanda menunjukkan kepentingan predikat dalam sesuatu ayat.

2.2.9Laras Bahasa Istana

Bahasa istana ialah bahasa yang halus dan digunakan dengan sopan santun dan adab tertib tanpa mengira keadaan. Dalam teks Sejarah Melayu terdapat banyak penggunaan bahasa istana dalam komunikasi antara watak-watak yang terdapat dalam cerita.Tetapi dalam bahasa Melayu moden, bahasa ini hanya dituturkan dikalangan keluarga diraja sahaja. Contoh penggunaan bahasa istana dalam ayat ialah:

Contoh 13

Adapun akan Sultan Mahmud Syah, ada lagi nenda baginda Sultan Alaudin, disebut orang Raja Tua; akan baginda itu kasih akan cunda baginda Sultan Menawar Syah daripada Sultan Mahmud. ( halaman 139 )

Maksudnya:

Sebenarnya Sultan Mahmud Syah masih mempunyai datuk iaitu Sultan Alaudin atau juga digelar sebagai Raja Tua. Tetapi Sultan Alaudin lebih menyayangi Sultan Menawar Syah daripada Sultan Mahmud Syah.

2.2.10Penggunaan Kosakata Klasik

Sejarah Melayu dikarang dengan menggunakan bahasa Melayu klasik. Justeru, pastilah terdapat banyak kosakata klasik dalam ayat-ayatnya.Ada di antara kosakata ini telah tidak digunakan lagi pada zaman moden ini. Contoh ayat dengan penggunaan kosakata klasik ini adalah:

Contoh 14

Maka oleh Sang Sapurba akan ananda baginda Sang Nila Utama itu dianugerahi baginda satu mahkota kerajaan, tiada bahana kelihatan emasnya daripada kebanyakan ratna mutu manikam yang terkena pada mahkota itu; dan dianugerahi cap kempa, seperti cap baginda juga rupanya, suatu cap itu dibelah dua. ( halaman 25 )

Maksudnya:

Sang Sapurba telah menganugerahkan mahkota kerajaan yang dipenuhi intan permata dan juga mohor diraja yang serupa dengan kepunyaannya kepada anakandanya Sang Nila Utama.

3.0Kesimpulan

Berdasarkan analisis yang dijalankan, terdapat banyak perbezaan antara bahasa Melayu klasik dalam teks Sejarah Melayu atauSulalat-us-Salatinini dengan bahasa Melayu moden.Perbezaannya dapat dilihat dari sudut morfologi (perkataan)dan sintaksis (ayat). Hasil analisis dari sudut morfologi, terdapat perbezaan yang agak ketara dilihat menerusi penggunaan kata nama, kata adjektif, kata gantinama diri, kata pinjaman, kata ganda, imbuhan dan aspek bahasa halus iaitu bahasa istana.Perbezaan wujud dari pelbagai aspek seperti makna danejaan dalam bahasa Melayu moden.Sementara dari sudut sintaksis pula, pengkaji menganalisis tentang proses pembentukan ayat, ragam ayat, ayat majmuk, pengaruh bahasa asing, laras bahasa, penggunaan kata penegas, kata praklausa dan kosakata klasik yang terdapat dalam teks Sejarah Melayu ini.Seperti juga morfologi,bidang sintaksis juga mempunyai perbezaan yang besar dengan bahasa Melayu moden.Antara perbezaan yang dapat dikesan adalah berdasarkan aspek makna, struktur kata, struktur binaan dan ragam ayatnya.

Walaubagaimanapun, tidak dapat dinafikan bahawa teks Sejarah Melayu ini mempunyai bahasa yang amat indah dan memberi kesan yang mendalam kepada pembaca atas nasihat-nasihat dan cerita-cerita yang boleh dijadikan teladan. Ini bertepatan dengan pandangan Abdullah Munsyi yang menyatakan kepentingan Sejarah Melayu bukanlah terletak pada maklumat sejarah yang terkandung di dalamnya tetapi pada bahasanya yang patut dijadikan contoh oleh semua orang yang mahu mempelajari bahasa Melayu yang betul dan halus.Tidak hairanlah teks Sejarah Melayu ini telah dicetak sebanyak tiga kali dan diterbitkan dalam bahasa Inggeris dan Perancis.Justeru, Sejarah Melayu dikatakan sebuah karya sastera yang amat termasyhur dalam kalangan rakyat negara kita.Sejarah Melayu bukan sahaja berjaya memaparkan sejarah keagungan bangsa Melayu yang penuh dengan kehebatan dan pencapaian, bahkan berjaya memaparkan penggunaan bahasa Melayu yang begitu baik dan berkesan.

Rujukan

Abdul Rashid Melebek dan Amat Juhari Moain.(2006).Sejarah bahasa Melayu.Kuala Lumpur:Utusan Publication & Distributors Sdn.Bhd.

Asmah Haji Omar. (1991).Bahasa Melayu abad ke-16: Satu analisis berdasarkan teks Melayu Aqaid al-Nasafi. Kualau Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Asmah Haji Omar. (1992).Aspek bahasa dan kajiannya. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Awang Sariyan.Dipetik daripada Ensiklopedia kebudayaan Melayu(1998).Kuala Lumpur:Dewan bahasa dan pustaka.

Goay Teck Chong, Choo Say Tee, Zainuddin Ahmad.(2007).Teks pra U STPM bahasaMelayu kertas 1. Selangor:Longman Pearson Sdn.Bhd.

Kamus Dewan Edisi Keempat. (2010).Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka

Kang Kok Sok. (1995).Gaya bahasasejarah Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Nik Safiah Karim et al. (2008).Tatabahasa dewan edisi ketiga. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Shellabear, W.G. (1986).Sejarah Melayu.Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Siti Hajar Abdul Aziz. (2011).Bahasa Melayu I edisi kedua.Selangor Darul Ehsan:Oxford Fajar Sdn. Bhd.