tenaga boleh diperbaharui

16
LMCP 1532 PERANCANGAN BANDAR MAPAN TENAGA YANG BOLEH DIPERBAHARUI BEKALAN TENAGA NAMA: UMIJAH BINTI MADZEN NO MATRIK: A153332

Upload: umijah-madzen

Post on 16-Apr-2017

276 views

Category:

Education


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: Tenaga boleh diperbaharui

LMCP 1532 PERANCANGAN BANDAR MAPANTENAGA YANG BOLEH DIPERBAHARUI

BEKALAN TENAGANAMA: UMIJAH BINTI MADZEN

NO MATRIK: A153332

Page 2: Tenaga boleh diperbaharui

SOALAN:

• Sebuah bandar kecil yang terpencil amat memerlukan bekalan tenaga untuk memajukan agro-industrinya. Penduduk bandar itu hanya 5000 orang dan kedudukannya di kawasan pegunungan. Terdapat banyak sungai-sungai kecil yang deras arusnya dan juga mata air panas yang mengeluarkan wap panas. Berikan cadangan ringkas dengan gambar-gambar yang sesuai. Muat nak jawapan anda.

Page 3: Tenaga boleh diperbaharui

1. TENAGA HIDROELEKTRIK• Oleh sebab kawasan tersebut berdekatan dengan kawasan sungai, cara untuk mendaapatkan bekalan tenaga adalah dengan menggunakan tenaga

hidroelektrik.

• Kepentingan tenaga hidro ialah merupakan tenaga komersial yang keempat terbesar di peringkat global selepas minyak, arang batu dan gas.

• Tenaga alternatif seperti tenaga hidroeletrik ini telah menjadi penting kepada penduduk dunia untuk membekalkan sumber eletrik

• Tenaga ini dapat dijalankan di negara membangun kerana adanya sungai yang mempunyai aliran deras. Aliran sungai yang deras seperti air terjun membolehkan tenaga elektrik yang tinggi dihasilkan, misalnya di Malaysia yang mempunyai banyak empangan hdroelektrik seperti di Empangan Bakun, Sarawak.

• Hal ini demikian kerana aliran air yang jatuh dari puncak air terjun membolehkan turbin digerakkan dan seterusnya menyebabkan generator elektrik menghasilkan tenaga elektrik.

• Dalam hal ini, dapat dilihat bahawa tenaga alternatif seperti tenaga hidroelektrik kini telah menjadi penting kepada penduduk dunia untuk membekalkan sumber elektrik.

• Tenaga hidroelektriksukar dijana jika aliran sungai tidak berlaku sepanjang tahun.

• Tambahan lagi, tenaga hidroelektrik juga amat murah untuk dijanakan.

• Olehsebab itu. negara-negara membangun banyak menjana tenaga ini kerana hal inibersesuaian dengan keadaan kewangan negara membangun yang masih belum begitu kukuh.

• Sebaliknya. penjanaan hidroelektrik ini mampu memberikan pulangan yang agak lumayan kerana tenaga ini merupakan salah satu tenaga yang komersial di dunia

Page 4: Tenaga boleh diperbaharui

1. Air ditakung pada suatu paras yang tinggi dan luas supaya dapat menghasilkan suatu tenaga yang kuat bagi menggerakkan kipas turbin

2. Air disalurkan menerusi saluran masuk ke turbin dengan suatu tekanan yang kuat dan deras. Injap air berfungsi untuk mengawal kelajuan air

3. Tekanan air yang kuat deras ini akan menggerakkan kipas turbin

4. Apabila kipas turbin berputar maka pengalir rotor dalam penjana akan bergerak dan urat daya akan dipotong, seterusnya daya gerak elektrik (dge) terhasil.

Page 5: Tenaga boleh diperbaharui
Page 6: Tenaga boleh diperbaharui

2. TENAGA GEOTERMA• Geoterma berkaitan dengan haba di pedalaman bumi.

• Tenaga geoterma dihasilkan daripada wap semula jadi, batu panas atau lava atau air panas dalam Kerak bumi.

• Stesen penjana elektrik geoterma biasanya dibina di negara yang mempunyai geiser yang memancutkan stim dari bahagian dalam Bumi.

• Kelebihan tenaga geoterma ini adalah bersifat Boleh diperbaharu, Percuma dan tidak mencemarkan alam sekitar.

• Mata air panas yang mengeluarkan wap air boleh menjana tenaga kepada penduduk disekitarnya.

Page 7: Tenaga boleh diperbaharui

Geotermal adalah tenaga haba dari bahagian dalam Bumi diperolehi melalui paip istimewa yang ditanam di dalam tanah. Pada beberapa kawasan di dunia, stim dikumpulkan dan digunakan untuk memusingkan generator turbin.(’Geothermal is heat energy from deep in the earth using special pipes buried underground. In some areas of the world steam is collected and used to turn turbine generators.’)

Page 8: Tenaga boleh diperbaharui
Page 9: Tenaga boleh diperbaharui

3. TENAGA SOLAR• Tenaga solar adalah teknologi yang dicipta untuk mendapatkan tenaga daripada cahaya matahari.

• Tenaga matahari ini telah digunakan dalam banyak teknologi tradisional sejak beberapa abad yang lepas secara meluas.

• Oleh sebab itu, tenaga suria boleh dijadikan sebagai tenaga alternative diperkampungan tersebut.

• Antara contoh penggunaan tenaga matahari adalah (pemanasan air, pemanasan bangunan dan juga dalam masakan). Malah, tenaga matahari juga boleh menghasilkan tenaga elektrik melalui enjin pemanasan dan fotovoltaik (sel solar). – Wikipedia.

• Sistem solar menjadi teknologi bertepatan dengan Malaysia kerana negara ini mempunyai kelebihan dari segi penerimaan cahaya matahari yang banyak sepanjang tahun.

• Tenaga suria yang diperoleh akan ditukarkan kepada tenaga elektrik dan mampu dijadikan sebagai salah satu bekalan tenaga kepada penduduk

Page 10: Tenaga boleh diperbaharui
Page 11: Tenaga boleh diperbaharui

Kuasa solar dihasilkan dengan mengumpul cahaya matahari dan menukarkannya kepada tenaga elektrik. Ini dilakukan dengan menggunakan panel solar, yang bersifat rata dan bersaiz besar yang terdiri daripada banyak sel-sel solar . Ia adalah yang paling kerap digunakan di banyak tempat dan juga popular di kawasan bandar.

Page 12: Tenaga boleh diperbaharui
Page 13: Tenaga boleh diperbaharui

4) TENAGA BIOJISIM• Biojisim merupakan sumber Tenaga Yang Boleh Diperbaharui yang diperoleh Daripada Tumbuhan dan Haiwan

• Oleh sebab kawasan tersebut merupakan kawasan pergunungan, tenaga biojisim boleh dijadikan sebagai tenaga alternative diperkampungan tersebut.

• Biojisim mengandungi tenaga tersimpan daripada Matahari.

• Tumbuhan menyerap tenaga Matahari melalui satu proses yang dipanggil sebagai fotosintesis. Tenaga kimia dalam tumbuhan dipindahkan kepada haiwan dan kemudian kepada manusia apabila manusia memakannya.

• Biojisim ialah tenaga yang boleh diperbaharui kerana kita boleh tanam banyak pokok dan tanaman, dan bahan buangan akan sentiasa dihasilkan. Beberapa contoh bahan bakar biojisim ialah kayu, tanaman, baja dan bahan buangan pepejal sampah.

• Apabila dibakar, tenaga kimia dalam biojisim dibebaskan sebagai haba. Apabila membakar kayu, ia merupakan bahan bakar biojisim.

• Sisa makanan atau sampah boleh dibakar untuk menghasilkan stim menjana elektrik, atau membekalkan haba kepada industri dan rumah.

Page 14: Tenaga boleh diperbaharui

1. Biojisim boleh ditukarkan kepada beberapa bentuk tenaga lain yang berguna, seperti gas metana atau bahan bakar kenderaan, seperti etanol dan biodiesel.

2. Gas metana merupakan kandungan utama gas asli. Bahan – bahan yang berbau, seperti sampah yang mereput, dan bahan buangan pertanian dan bahan buangan oleh manusia, membebaskan gas metana – yang juga dikenali sebagai “gas bahan buangan” atau “biogas”.

3. Hasil tanaman seperti jagung dan tebu boleh difermentasikan menghasilkan etanol. Biodiesel, satu lagi bahan bakar kenderaan, boleh dihasilkan daripada tinggalan produk makanan seperti minyak sayuran dan lemak haiwan.

4. Bentuk biojisim yang paling biasa ialah kayu. Ia telah digunakan beberapa ribu tahun yang lalu sebagai bahan bakar untuk pemanasan dan memasak. Kayu berterusan menjadi sumber tenaga utama di kebanyakan negara yang membangun.

5. Kayu dan bahan buangan kayu (kulit kayu, habuk kayu, serpihan kayu dan skrap kayu) membekalkan kita tenaga. Ia digunakan oleh industri, penjanaan kuasa elektrik, dan perniagaan komersial. Selain itu, ia digunakan di rumah untuk pemanasan dan memasak.

Page 15: Tenaga boleh diperbaharui
Page 16: Tenaga boleh diperbaharui

SEKIAN TERIMA KASIH