bahasa kebangsaan assignment

18
ISI KANDUNGAN 1.0 PENGENALAN.....................................................2 2.0 BAHASA MELAYU.................................................3 3.0 TATABAHASA.....................................................4 3.1 KATEGORI TATABAHASA..........................................7 3.2 KEPENTINGAN TATABAHASA......................................9 4.0 IMBUHAN.......................................................10 5.0 SOROTAN KAJIAN................................................13 5.1 TATABAHASA.................................................. 13 5.2 IMBUHAN..................................................... 15 6.0 KESIMPULAN....................................................16 7.0 RUJUKAN....................................................... 18 1

Upload: nadia

Post on 07-Sep-2015

377 views

Category:

Documents


14 download

TRANSCRIPT

ISI KANDUNGAN

1.0PENGENALAN22.0BAHASA MELAYU33.0TATABAHASA43.1KATEGORI TATABAHASA73.2KEPENTINGAN TATABAHASA94.0IMBUHAN105.0SOROTAN KAJIAN135.1TATABAHASA135.2IMBUHAN156.0KESIMPULAN167.0RUJUKAN18

1.0PENGENALAN

Bahasa adalah alat penting bagi membolehkan seseorang memproses maklumat dan ilmu pengetahuan, serta melahirkan buah fikiran dan perasaan. Penggunaan bahasa yang cekap dapat menggunakan bahasa dengan baik dalam pelbagai variasi dan konteks, sama ada yang rasmi atau tidak rasmi. Oleh itu, pengajaran dan pembelajaran bahasa hendaklah menuju ke arah melahirkan pengguna bahasa yang cekap, fasih dan lancar dalam membicarakan segala bidang dengan bahasa yang indah, bekesan dan bermutu.

Malaysia merupakan sebuah negara harmoni yang didiami penduduk berbilang kaum. Walaupun setiap kaum menuturkan bahasa-bahasa yang berlainan, namun bahasa melayu merupakan bahasa komunikasi yang digunakan secara luas. Dengan kata lain, bahasa Melayu itu dipertuturkan oleh semua suku kaum dan tinggal di negara Malaysia ini. Suatu keadaan yang nyata terdapat di Malaysia ialah suku-suku yang berlainan bangsa ini tinggal agak berasingan antara satu sama lain, dan ini telah menyebabkan perpaduan kaum menjadi isu penting. Adalah menjadi suatu persoalan sama ada perpaduan kaum itu dapat dicapai di Malaysia melalui bahasa atau cara lain.

2.0BAHASA MELAYU

Bahasa melayu ialah bahasa ibunda etnik melayu. Menurut Abdullah Hassan (1986), bahasa Melayu ialah bahasa yang tergolong ke dalam keluarga bahasa Melayu-Polinesia. Asalnya bahasa ini dituturkan di daerah Sumatera Selatan tetapi melalui beberapa abad, bahasa Melayu ini telah tersebar luas sehingga menjadi di seluruh Gugusan kepulauan Melayu (Nusantara).

Nama bahasa melayu ditukarkan kepada Bahasa Malaysia iaitu suatu nama yang timbul selepas 13 Mei 1969. Perubahan nama ini bertujuan untuk menghilangkan konotasi bahawa Bahasa Melayu itu kepunyaan orang Melayu sahaja. Pada tahun 1992 nama bahasa Malaysia ditukarkan semula kepada Bahasa Melayu. Selain Malaysia, bahasa Melayu juga dituturkan negara-negara Asia Tenggara seperti Indonesia, Brunei, Thailand, Filipina dan Singapura. Bahasa Melayu merupakan bahasa yang kelima terpenting di dunia kerana mempunyai penutur kira-kira 200 juta orang (Mangantar Simanjuntak: 1992).

Di Malaysia, bahasa Melayu merupakan bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan seperti yang termaktub dalam perenggan 152, para satu Perlembagaan Malaysia. Kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan bagaimanapun tidak menafikan kedudukan dan hak bahasa lain untuk digunakan, dipelajari dan dikembangkan. Semua rakyat Malaysia menerima bahawa bahasa Melayu merupakan bahasa untuk semua kaum di negara ini. Apabila semua kaum menerima bahasa ini sebagai bahasa mereka, maka bahasa Melayu menjadi saluran komunikasi utama untuk kaum di negara kita.3.0TATABAHASA

Secara amnya, teori bahasa sesuatu bahasa ialah tatabahasa. Tatabahasa menjadi asas untuk penglahiran bahasa yang indah dan difahami oleh penggunanya. Oleh itu, bahasa dapat dieksploitasikan untuk mewujudkan gaya dan laras bahasa yang tersendiri. Dengan itu, tatabahasa mestilah tepqat, lengkap, tuntas dan mudah difahami serta mencerminkan kebolehan dalaman penutur jati yang ideal. Tatabahasa juga adalah satu daripada aspek bahasa yang penting yang perlu dikuasai oleh seseorang untuk membolehkannya menguasai bahasa yang dipelajari dengan cekap dan berkesan (Juriah Long et al., 1990).

Tatabahasa dirujuk sebagai peraturan atau hokum bahasa yang menentukan bahasa dapat berfungsi dengan baik, berkesan atau sebaliknya. Dengan perkataan lain, tatabahasa itu tidak lain daripada himpunan peraturan umum struktur bahasa yang meliputi bidang morfologi dan sintaksis. Tatabahasa dahulunya dikenali sebagai nahu. Awang Sariyan dalam Ceritera Bahasa (2002) secara ringkas menyatakan tatabahasa ialah peraturan yang membina bentuk-bentuk bahasa yang betul bagi sesuatu bahasa tertentu. Contohnya, bahasa Melayu mempunyai peraturan-peraturan tersendiri untuk membentuk kata, frasa dan ayat. Abdullah Hassan dalam Tatabahasa Pedagogi Sekolah Menengah (2008) pula mendefinisikan tatabahasa sebagai susunan perkataan yang menjadi ayat. Cara-cara perkataan-perkataan dibina dan kemudian disusun dalam ayat yang juga mempunyai makna. Cara-cara inilah dikatakan sebagai tatabahasa.

Menurut Siri Hajar (1996), tatabahasa diertikan sebagai peraturan-peraturan bagaimana perkataan dibentuk dan bagaimana perkataan-perkataan itu bergabung dengan perkataan-perkataan lain untuk menghasilkan ayat-ayat gramatis. Dengan perkataan lain, tatabahasa laiah retetan ucapan, pengelompokan serta pengklasifikasian unsur-unsur ucapan menurut fungsinya.Tatabahasa dapat dibahagi kepada dua komponen iaitu morfologi dan sintaksis. Morfologi ialah bidang yang mengkaji struktur, bentuk dan penggolongan kata. Dengan demikian, unsur yang dikaji dalam morfologi ialah morfem dan kata.

Asmah Hj Omar (1993), menyatakanmorfologi sebagai peninjau linguistic yang menitikberatkan hubungan antara morfem-morfem dan varian morfem. Manakala Abdullah Hassan (2005), pula mentakrifkan mofologi sebagaibidang linguistik yang mengkaji bagaimana perkataan di bina. Kajian ini dilakukan terhadap unsur-unsur yang membentuk perkataan, proses-proses membentuk perkataan dan bentuk-bentuk perkataan yang dihasilkan. Menurut Nik Safiah Karim (2001), menjelaskan mofologi sebagaibidang ilmu bahasa yang mengkaji struktur, bentuk dan penggolongan kata.

Sintaksis sebagai subsistem bahasa bukan saja membicarakan selok-belok ayat tetapi juga membicarakan selok-belok frasa dan klausa. Ia juga merupakan satu cabang ilmu yang mengkaji bentuk, struktur, dan binaan atau konstruksi. Sintaksis bukan sahaja mengkaji proses pembinaan ayat tetapi juga hukum-hukum yang menentukan bagaimana perkataan disusun dalam ayat.

Pengajaran tatabahasa yang disarankan di sekolah-sekolah amat menekankan aspek morfologi dan sintaksis. Namun begitu, aspek-aspek yang berkaitan seperti sebutan, intonasi dan simantik adalah juga tidak diabaikan. Sebaik-baiknya pengajaran tatabahasa dapat dikendalikan dengan memberikan memberikan kefahaman yang tinggi kepada para pelajar tentang aspek-aspek berikut: a. bentuk dan unsur-unsur tatabahasab. fungsi atau peranan unsur-unsur tertentu tatabahasac. pola-pola sebutan aspek tertentu tatabahasa (Kamaruddin Husin, 1995).

Sejajar dengan tujuan pemahaman yang dituju oleh sesebuah pengajaran tatabahasa di sekolah-sekolah, pendekatan-pendekatan yang digunakan sebaik-baiknya diarahkan kepada memahami peraturan-aturan bahasa itu sendiri supaya pengajaran itu tercapai dengan memuaskan dan dapat mengatasi kemungkinan kesalahan-kesalahan inti tatabahasa. Sesebuah pengajaran sebaik-baiknya dikendalikan dengan tujuan supaya para pelajar memahami dan menguasai perkara-perkara yang berikut:

a. bentuk unsur-unsur tatabahasa, b. fungsi unsur-unsur tertentu tatabahasa, c. makna tatabahasa unsur-unsur tatabahasa, d. pola-pola sebutan aspek-aspek tertentu tatabahasa, (Arbak Othman dalam Azman Wan Chik, 1986)

Pengetahuan mengenai tatabahasa itu perlu untuk membolehkan pelajar-pelajar bertutur dan menulis di dalam bahasa Malaysia dengan baik. Tatabahasa dianggap boleh memperbaiki kesalahan seperti membentuk ayat yang tidak lengkap, menggunakan imbuhan yang tidak betul ataupun menggunakan kata-kata yang tidak sesuai (Abdullah Hassan, 1996).

Sebagai kesimpulannya, tatabahasa ialah sistem atau peraturan ataupun undang-undang sesuatu bahasa yang diketahui oleh masyarakat penutur bahasa itu. Peraturan atau hukum-hukum dalam struktur bahasa itu akan menghasilkan rumus-rumus baru yang dipersetujui oleh masyarakat itu kerana bahasa itu sifastnya dinamik, hidup dan berkembang bersama-sama dengan masyarakat penuturnya.

3.1KATEGORI TATABAHASA

Terdapat beberapa kategori tatabahasa yang diperkenalkan oleh pakar-pakar bahasa. Antaranya ialah tatabahasa deskriptif, tatabahasa transformasi generatif, tatabahasa tradisional, tatabahasa structural dan tatabahasa fungsional.

3.1.1TATABAHASA DESKRIPTIF

Tatabahasa deskriptif ialah tatabahasa yang memerikan tentang sesuatu bahasa dari segala segi pada suatu jangka masa yang tertentu berdasarkan bahan-bahan yang terdapat pada waktu itu. Bahan-bahan yang digunakan mungkin terdiri daripada bahan-bahan pertuturan atau lisan oleh penutur jati bahasa itu atau boleh juga menggunakan dokumen-dokumen bertulis seperti yang telah dibuat oleh Palmer atau menggunakan kedua-dua bahan sekali. Yang paling penting dalam tatabahasa jenisini ialah mengkaji dan memerikan struktur sesuatu bahasa, iaitu memerikan bahasa sebagaimana kewujudannya. Bidang yang dikaji dalam linguistik deskriptif ialah bidang fonologi, morfologi dan sintaksis.3.1.2TATABAHASA TRANSFORMASI GENERATIF (TG)

Tatabahasa Transformasi Generatif (TG) merupakan satu aliran mazhab pengkajian bahasa. TG memberi tumpuan terhadap bidang sintaksis serta mengutamakan bidang semantik. Dasar utama teori ini ialah dengan menganggap bahawa setiap ayat yang dihasilkan sebenarnya mengandungi dua peringkat. Peringkat-peringkat tersebut ialah struktur dalaman dan struktur permukaan.

Struktur dalaman ialah struktur yang mengandungi bentuk ayat dasar atau ayat inti yang diperlukan untuk membentuk asas makna ayat atau membentuk semantik ayat. Struktur permukaan ialah struktur ayat yang biasanya telah mengalami perubahan daripada struktur dalamannya. Ia juga merupakan bentuk ayat yang akan sebenarnya diucapkan oleh si penutur untuk ditafsirkan oleh bahagian bunyi bahasa atau komponen fonologi.

3.1.3TATABAHASA TRADISIONAL

Tatabahasa Tradisional merupakan nahu tertua di antara jenis-jenis aliran linguistik. Tatabahasa ini mementingkan peraturan preskriptif yang mesti dipatuhi dan dituruti. Dalam erti kata lain, menurut tatabahasa ini, undang-undang atau tatabahasa telah disediakan dan penggunaan bahasa mestilah berdasarkan kepada peraturan yang telah ditetapkan.Ini bermaksud tatabahasa seperti begini akan mewujudkan satu bentuk bahasa yang betul dan tepat sepanjang masa.

Teori Tatabahasa Tradisional mengutamakan bahasa tulisan. Kemahiran menulis lebih penting daripada kemahiran lisan yang merangkumi latihan terjemahan daripada bahasa asaran kepada bahasa ibunda ataupun dikenali sebagai bahasa pertama. Ini kerana bahasa adalah bersifat sejagat. Pengajaran tatabahasa ini lebih berkonsepkan secara deduktif. Penghafalan hukum tatabahasa yang diajarkan secara deduktif dan diaplikasikan ke dalam penulisan. Terdapat juga kekecualian daripada hukum-hukum biasa kerana setiap hukum tidak dapat elak daripada kekecualian. Kesilapan ini menjadikan masalah kepada murid dan ianya perlu diberikan perhatian

3.2KEPENTINGAN TATABAHASA

Konsep penggunaan tatabahasa ialah penggunaan bahasa yang betul semasa sesi pengajaran dan pembelajaran. Penggabungan kata-kata untuk menimbulkan bunyi ayat dengan menggunakan formula atau peraturan tertentu. Beberapa kepentingan tatabahasa adalah seperti berikut:1.Pengetahuan mengenai tatabahasa biasanya menjadi asas di dalam logik. Mereka yang mengetahui tatabahasa akan dapat menyusun hujahan-hujahan di dalam bahasa yang rapi. 2. Kefahaman tatabahasa membolehkan pelajar bertutur (dan mengarang) dengan lancar, terang dan mudah difahami oleh orang lain. 3. Kefahaman tatabahasa membolehkan pelajar dapat memahami dengan lebih jelas akan pengertian sesuatu perkataan atau ayat dengan menganalisis kedudukannya. 4.Kefahaman tatabahasa berguna kepada orang-orang dewasa atau pelajar- pelajar di peringkat tinggi, terutama apabila belajar bahasa asing, kerana mereka lebih sukar belajar menerusi rumusan yang tertentu. 5. Kefahaman tatabahasa adalah penting untuk peperiksaan kerana soalan- soalan bahasa yang khusus mengenai tatabahasa. 6. Kefahaman tatabahasa membolehkan pelajar menentukan sama ada sesuatu ayat itu betul atau tidak mengikut rumusan tatabahasa bahasa itu. 4.0IMBUHAN

Imbuhan merupakan morfem terikat yang diletakkan sama ada di awal, di tengah atau di akhir sesuatu kata akar atau kata dasar untuk membentuk satu kata baru. Morfem terikat tersebut lazimnya membawa makna kenahuan tertentu yang mengubah makna kenahuan kata baru yang terhasil (Kamus Linguistik, 1997). Imbuhan dikenali sebagai penambahan juga. Imbuhan-imbuhan ini ditambah kepada kata dasar untuk menghasilkan kata terbitan (kata nama, kata kerja, kata adjektif, kata keterangan, dan kata bilangan).

Pengimbuhan ialah satu proses menerbitkan perkataan dengan mencantumkan satu atau lebih imbuhan kepada sesuatu bentuk dasar. Imbuhan tersebut bolehlah diletakkan di depan bentuk dasar, di belakang bentuk dasar, di depan dan di belakang bentuk dasar sekali gus atau disisipkan ke dalam bentuk dasar. Di dalam bahasa Melayu terdapat beberapa jenis imbuhan, iaitu , ImbuhanAwalan bentuk morfem yang diimbuhkan pada awal kata dasar, seperti {ber-} dalamberjalan, berkasut, berkeras; {me-} dalammelihat, merawat,mewarna; {ter-} dalamtercatat, tercantik, terkarangdan { pe-} dalampesakit, perawat, pesara. Imbuhan Akhiranpula merupakan morfem yang diimbuhkan pada akhir kata dasar, seperti {-kan} dalam sapukan, pakukan, lembutkan: {-an} dalam pakaian, mandian, bauan:{-i } dalam warnai, tandai akhiri. Imbuhan Sisipanmerupakan imbuhan yang dimasukkan atau disisipkan kedalam sesuatu kata dasar. Anataranya seperti {-in-} dalamsinambung; {-el-} dalam; dan {-em-} dalampemeluk. Imbuhan jenis ini tidak begitu produktif jika dibandingkan dengan imbuhan yang lain. Imbuhan Apitanadalah imbuhan yang mengapit kata dasar, seperti { pe- ...-an} dalampermainan, pelepasan, pewajaran;dan {ke-....-an} dalamkeadaan , kesetian,kecantikan.Selain daripada itu,terdapat juga imbuhan imbuhan yang dipinjam daripada bahasa asing iaitu imbuhan-imbuhan yang dipinjam dari bahasa Sanskrit. Contonnya -wan, -wati, -eka- dan lain-lain lagi. Imbuhan yang dipinjam dari bahasa Arab Contonya, ah, (contoh perkataan ustazah), iah(contoh perkataan batiniah) dan Imbuhan yang dipinjam dari bahasa Inggeris. Contoh perkataan pro, pra, is dan sebagainya.

4.1FUNGSI DAN PERANAN IMBUHAN

Imbuhan Awalan seperti beR- (be-, bel-, ber-) memainkan peranan yang penting dalam membentuk kata kerja tak transitif daripada kata-kata lain. Sebagai contohnya ayat : Amin berbasikal ke pantai, makna ayat contoh ini ialah:melakukan perbuatan.Contoh ayat kedua pula membawa maksud perbuatan berbalas-balas, seperti Kedua-dua orang pemuda itu suka bergusti.Selain daripada itu, awalan beR- akan bertukar menjadi awalan be apabila digabungkan dengan kata dasar yang ejaannya bermula dengan huruf r. Sebagai contohnya, ber + ajar = belajar.

Imbuhan Apitan pula digunakan dalam membentuk kata kerja tak transitif. Sebagai contohnya, ayat : Mereka bercakar-cakaran sesama sendiri yang membawa maksud perbuatan berulang- ulang. Imbuhan apitan ke--an pula digunakan untuk membentuk kata terbitan. Sebagai contohnya, Menteri Besar itu tidak tinggal di kediamanrasmi beliau. Ayat contoh ini membawa maksud tempat.Imbuhan Sisipan pula digunakan dalam membentuk kata nama, kata kerja dan kata adjektif.Ia membawa maksud sesuatu yang mempunyai ciri yang sama dengan kata dasar.Sebagai contoh, gelanggang,kelangkang,selenggara,telapak.

Imbuhan akhiran pula adalah imbuhan yang terletak di akhir kata.Pengimbuhannya dilakukan dengan cara merangkaikannya dibelakang kata yang diimbuhinya. Fungsi akhiran an adalah membentuk kata benda. Sebagai contohnya untuk mendapatkan makna tempat, akhiran an harus diimbuhkan pada beberapa kata kerja seperti Kubanganyang membawa maksud tempatberkubang. Selain daripada itu, untuk mendapatkan makna tiap-tiap akhiran anharus digunakan pada kata benda yang menyatakan waktu atau satuan ukuran seperti Bulanan yang membawa maksud tipa-tiap bulan.

5.0SOROTAN KAJIAN

5.1TATABAHASA

Manusia bercakap menggunakan perkataan-perkataan. Perkataan-perkataan itu disusun menjadi ayat-ayat. Tiap-tiap perkataan mempunyai makna. Cara-cara bagaimana perkataan disusun di dalam ayat juga mempunyai makna. Cara-cara itu disebut tatabahasa (Abdullah Hassan, 1994). Perkataan tatabahasa atau nahu adalah terjemahan daripada perkataan grammar. Perkataan grammar ini sebenarnya berasal daripada perkataan Greek, makna asasnya ialah suatu seni bacaan dan penulisan. Perkataan ini kemudiannya digunakan sebagai 12 istilah umum untuk kajian dan pemerian (penghuraian) bahasa. Nahu adalah aspek bahasa yang mesti diajar secara formal di sekolah-sekolah sebagai kemahiran menulis dan membaca. Bidang kajian yang termasuk di dalam kajian nahu ialah bidang dan . Bidang ialah bidang yang mengkaji tentang perkataan dan proses pembentukannya, sementara bidang sintaksis meliputi kajian mengenai frasa, klausa dan ayat (Raminah Hj. Sabran dan Rahim Syam, 1985).

Menurut Henry Guntur Tarigan (1988), ialah bahagian dari ilmu bahasa yang membicarakan selok-belok bentuk kata serta pengaruh perubahan-perubahan bentuk kata terhadap golongan dan arti kata, atau mempelajari selok-belok bentuk kata serta fungsi perubahan-perubahan bentuk kata itu, baik fungsi gramatik maupun fungsi semantik. Menurut Raminah Hj. Sabran dan Rahim Syam (1985), bidang morfologi ini menghuraikan tentang morfem dan hubungan-hubungannya untuk membentuk perkataan.

Dalam bahasa Melayu misalnya morfem terbahagi kepada dua jenis yang besar, iaitu morfem terikat dan morfem bebas. Morfem terikat ialah morfem yang tidak boleh berdiri dengan sendiri dan umumnya morfem ini adalah penambahan, sementara morfem bebas ialah morfem yang boleh berdiri dengan sendiri. Dalam proses percantuman antara morfem terikat dengan mofem bebas untuk membentuk sesuatu perkataan, timbullah pula alomof-alomof tertentu yang ditentukan oleh bunyi awal sesuatu perkataan yang mengikutinya. Proses pembentukkan kata ini mempunyai berbagai-bagai jenis misalnya pengimbuhan, pengulangan dan pembentukkan kata majmuk. Tiap-tiap proses itu morfologi sintaksis morfologi morfologi morfologi 13 mempunyai undang-undangnya yang tersendiri. Selain daripada melihat perkataanperkataan dan proses pembentukannya, kata-kata itu juga dikaji dari segi penggolongannya kepada beberapa bahagian seperti kata nama, kata kerja, kata sifat dan sebagainya, disamping itu dilihat juga fungsinya. Menurut Asmah Hj. Omar (1993) dalam buku , pembentukkan kata ialah cara kata-kata dibentuk, atau proses yang dilalui oleh sesuatu kata dalam pengwujudannya. Dalam Linguistik, proses ini disebut . Dalam bahasa Melayu ada lima proses pembentukan kata: (i) Menimbulkan kata selapis. (ii) Menggunakan penambahan. (iii) Menggunakan penggabungan kata yang setara (atau pemajmukan). (iv) Menggunakan penggandaan. (v) Menimbulkan akronim.

Bidang sintaksis ialah bidang yang menumpukan kajian kepada cara-cara pembentukan ayat, frasa dan klausa. Mengikut definisi, frasa ialah urutan kata-kata yang terdiri lebih daripada satu perkataan yang bertindak sebagai satu kesatuan. Dalam bahasa Melayu ia terbahagi kepada beberapa pola yang antara lain ialah frasa karyaan, bendaan dan sifatan. Sementara ayat pula merupakan ujaran yang mengandungi satu idea yang lengkap, yang mempunyai intonasi-intonasi tertentu dan dibentuk berpandukan kepada pola-pola ayat asas (kernel sentences) yang menurut pembahagian Prof. Asmah Hj. Omar (1968), ada tujuh pola.

Ayat-ayat bahasa Melayu yang digunakan umumnya tidak lari Nahu Melayu Mutakhir morfologi 14 daripada salah satu pola-pola tersebut. Pembahagian pola-pola ayat asas ini adalah bedasarkan kepada strukturnya. Sementara itu kalau ditinjau dari sudut fungsi pula, terdapat ayat-ayat seperti ayat penyata, ayat tanya, ayat perintah dan ayat seru, yang mempunyai fungsinya yang tersendiri (Raminah Hj. Sabran dan Rahim Syam, 1985). Menurut Nik Safiah Karim et al., (1993), sintaksis ialah bidang ilmu bahasa yang mengkaji bentuk, struktur, dan binaan atau konstruksi ayat. Manakala Abdullah Hassan (1980), sintaksis merupakan istilah untuk mengkaji pembentukan ayat, iaitu bagaimana morfem dan kata disusun menjadi unit sintaksis yang kecil iaitu frasa, atau menjadi klausa dan ayat merupakan unit terbesar.

5.2IMBUHAN

Pengimbuhan ialah satu proses menerbitkan kata dengan mencantumkan satu atau lebih imbuhan kepada sesuatu bentuk dasar. Imbuhan tersebut bolehlah diletakkan di depan bentuk dasar, di belakang bentuk dasar, di depan dan di belakang bentuk dasar sekaligus atau disisipkan ke dalam bentuk dasar. Imbuhan yang dicantumkan di depan kata dasar ialah awalan. Imbuhan yang dicantumkan di belakang kata dasar ialah akhiran. Imbuhan yang dicantumkan sekaligus di depan dan di belakang kata dasar ialah kurungan. Imbuhan yang dimasukkan ke dalam kata dasar ialah sisipan (Abdullah Hassan, 1986). Menurut Lutfi Abas (1988), penambah ialah awalan, akhiran, sisipan dan pergandaan yang dikaitkan kepada akar kata, perkataan, rangkai kata dan ayat. Oleh itu,penambah (terutama awalan dan akhiran) tidak hanya dikaitkan kepada akar kata dan perkataan, seperti anggapan kebanyakan orang, tetapi juga kepada rangkai kata dan ayat.

Konsep pengimbuhan 15 Imbuhan-imbuhan bahasa Melayu dapat digolongkan ke dalam empat golongan berdasarkan kepada fungsinya. Keempat-empat golongan itu ialah imbuhan kata nama, kata kerja, kata sifat dan kata keterangan. Seterusnya imbuhan-imbuhan dalam bahasa Melayu dapat dibahagikan kepada dua bahagian yang besar, iaitu imbuhan-imbuhan yang asli dalam bahasa Melayu dan imbuhan yang dipinjam dari bahasa asing (Raminah Hj. Sabran dan Rahim Syam, 1985).

6.0KESIMPULAN

Martabat dan status bahasa Melayu perlu dipertahankan dan yang akan mempertahankannya atau tidak adalah kehendak kita sendiri. Dalam usaha kita membina, tidak perlu ada usaha meruntuh supaya segala usaha kita tidak akan menjadi sia-sia. Bahasa Melayu perlu terus dipertahankan agar tidak pupus. Bahasa Melayu perlu terus dikembangkan supaya tidak hilang di dunia ini serta dapat mencerminkan bangsa kita. Bahasa Melayu telah mencapai tahap kegemilangannya hingga menjadi lingua frangca dan bahasa ilmu sewaktu pada suatu ketika dahulu, kerana sifat keterbukaan yang ada padanya iaitu mudah menerima pengaruh bahasa asing. Para sarjana barat berasa kagum dan mempelajarinya, buktinya terdapat sumbangan yang dihasilkan oleh sarjana Belanda dan British. Bahasa Melayu telah mengalami tiga tahap perkembangan iaitu pemupukan, pembinaan dan pemantapan bahasa. Perkara 152 Perlembagaan negara telah menjamin dan mengiktiraf bahawa bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan seterusnya menjadikan bahasa ilmu. Dasar Pendidikan Kebangsaan sebagai peneguhnya iaitu memberi halatuju kepada bahasa Melayu dalam sistem pendidikan negara.

7.0RUJUKAN

Abdullah Hassan.(2006).Morfologi. Kuala Lumpur: PTS Profesional Publishing Sdn. Bhd.

Abdullah Hassan (1986),Penerbitan Kata dalam Bahasa Malaysia,Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti.

Abdul Hamid Mahmood (2007). Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Ilmu: Cabaran Dan Harapan. Tanjong Malim: Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Arbak Othman .(1984).Permulaan ilmu linguistik. Selangor: Penerbitan Sarjana Sdn.Bhd.

Asmah Hj Omar.(2008).Nahu Melayu mutakhir. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Asmah Hj Omar.(2008).Nahu kemas kini. Kuala Lumpur: PTS Profesional Publishing Sdn Bhd.

Abdul Hamid Mahmood (2007). Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Ilmu: Cabaran Dan Harapan. Tanjong Malim: Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Asmah Haji Omar (1992). Kajian dan Perkembangan Bahasa Melayu. Kuala Lumpur.Dewan Bahasa dan Pustaka.

Hashim Haji Musa.(1993).Binaan dan fungsi perkataan dalam bahasa Melayusuatu huraian darisudut transformasi generatif. Kuala Lumpur: Dewan BahasaDan Pustaka.

Nik Safiah Karim (1992). Beberapa persoalan Sosiolinguistik Bahasa Melayu. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka.

Rustam A. Sani (1993). Politik dan Polemik Bahasa Melayu. Kuala Lumpur. Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd..

Shahrir Mohamad Zain, Berita Harian Isnin, 17 Oktober 2005: Bahasa Melayu sebagai Bahasa Ilmu.

Yahya Don (2007). Kepimpinan Pendidikan Di Malaysia. Kuala Lumpur :PTS Professional, (Halalman 70-71.)17