prosiding persidangan kebangsaan bahasa

339
 Prosiding P ersidangan Ke bangsaan B ahasa Arab ( NCAL2015) 1 MENINGKATKAN PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA ARAB DALAM BILIK DARJAH MELALUI PENGGUNAAN LUGHATUL F ASLI  : SATU TINJAUAN AWAL Izuddin bin Muhammed Jabatan Pendidikan Islam dan Moral, IPG Kampus Bahasa Antarabangsa, Kuala Lumpur ABSTRAK  Interaksi bagi meningkatkan proses pengajaran ke arah proses yang berkesan dan memberi minat kepada murid mempelajari bahasa kedua. Berinteraksi merupakan salah satu cara untuk memperoleh bahasa tersebut, bukan sekadar mempelajarinya sahaja. Mempraktikkan bahasa y ang dipelajari memerlukan penglibatan berterusan antara guru dan murid supaya bahasa itu mudah difahami seterusnya memberi keyakinan untuk berinteraksi. Melalui penggunaan lughatul fa  ṣli  yang berterusan ia mampu menambah serta memupuk minat murid untuk mempelajari bahasa  Arab. Kertas kerja ini memfokuskan tentang penggunaan lughatul fa  ṣli sebagai satu cara meningkatkan proses pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab terutamanya dalam bilik darjah. Oleh itu, kefahaman yang mendalam tentang fungsi lughatul fa  ṣli dalam kalangan  guru akan membantu guru menerapkan penggunaan perkataan dan ungkapan semasa berinteraksi dengan murid. Pendekatan ini sekaligus memberi ruang yang secukupnya kepada murid mengamalkan dua kemahiran berbahasa, iaitu kemahiran mendengar dan bertutur. Penulis juga mencadangkan beberapa langkah bagi meningkatkan keberkesanan penggunaan lughatul fa ṣli dalam bilik darjah.  Kata kunci:  pembelajaran bahasa Ara b, interaksi,  Lughatul fa  ṣli, proses, murid PENDAHULUAN Pengajaran ialah suatu tugasan dan aktiviti yang diusahakan bersama oleh guru dan muridnya. Tanpa salah satu daripada dua insan yang dinyatakan, pengajaran tidak akan berlaku. Pengajaran dirancang oleh guru secara sistematik berpandukan kaedah dan teknik yang sesuai bagi membentuk lingkungan yang terjadinya  proses belajar. Hasil daripada pengajaran tersebut berlakulah perubahan yang dia nggap ’kekal’ sama ada dalam  bentuk ekspilit ataupun implisit (Shababuddin et. al, 2003). Maka, dalam proses pengajaran di bilik darjah, terdapat pelbagai pendekatan yang boleh diaplikasi seperti berpusatkan murid, guru, hasil, proses dan nilai (Noor Hisham, 2011). Guru sebagai agen utama pengajaran perlu menggunakan cara yang paling sesuai dan berkesan agar objektif dan matlamat pengajaran tercapai (Abd. Ghaffar, 2003). Bagi merealisasikan penggunaan cara yang sesuai dan berkesan, seseorang guru wajar menggunakan pendekatan yang diyakini efektif dan berjaya. Pendekatan ditakrifkan sebagai cara penyampaian (Salleh Mohd Akib, Ismail Idris & Hamzah Mohmood, 1977) atau satu peraturan proses pengajaran dan pembelajaran yang diyakini berkesan jika dilaksanakan mengikut falsafah dan andaian tertentu serta melibatkan banyak kaedah (Othman Zakariah, 1985). Sebagai insan bergelar guru, guru bahasa Arab seharusnya menggunakan cara yang sesuai dan efektif sebagai pendekatan terbaik semasa mengajar bahasa tersebut di peringkat sekolah rendah. Pernyataan ini menyokong pandangan Samat Buang (1995) yang menyatakan bahawa pendekatan lebih aktif dan efektif dalam satu-satu akitiviti bahasa amat diperlukan untuk dilaksanakan antara guru dan pelajar dalam bilik-bilik darjah (Zawawi, 2008). Memang tidak dapat dinafikan bahawa semua perkara yang dinyatakan di atas bukan sahaja penting, malah mampu dikawal dan dipengaruhi oleh guru. Sekiranya guru ingin merangsang dan meningkatkan motivasi murid, maka dia perlu menggunakan intiusi dan cara cuba jaya. Oleh itu, guru perlu berusaha untuk merangsang dan mengekalkan pembelajaran agar menjadi lebih berkesan. Cara ini dilakukan setelah mengetahui perkara-  perkara yang mengarah dan menggerakkan tingkah la ku muridnya. Jelaslah bahawa pengetahuan sebegini amat  penting bagi seseorang guru yang ingin meningkatkan kualiti dalam pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Seterusnya, ia dapat memberi peluang kepada guru tersebut untuk menyusun serta memilih strategi  pengajaran yang sesuai serta dapat memastikan objektif pengajarannya tercapai. Antara cara yang boleh melibatkan murid secara aktif ialah (i) memberi murid peluang untuk belajar melalui pengalaman, (ii) menggalakkan murid memberi sumbangan yang berguna dalam aktiviti kelas, (iii)

Upload: zairul-anuwar

Post on 05-Jul-2018

393 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

http://slidepdf.com/reader/full/prosiding-persidangan-kebangsaan-bahasa 1/439
1
BILIK DARJAH MELALUI PENGGUNAAN LUGHATUL FASLI : SATU TINJAUAN AWAL
Izuddin bin Muhammed
IPG Kampus Bahasa Antarabangsa, Kuala Lumpur
ABSTRAK
 Interaksi bagi meningkatkan proses pengajaran ke arah proses yang berkesan dan memberi minat
kepada murid mempelajari bahasa kedua. Berinteraksi merupakan salah satu cara untuk
memperoleh bahasa tersebut, bukan sekadar mempelajarinya sahaja. Mempraktikkan bahasa yang
dipelajari memerlukan penglibatan berterusan antara guru dan murid supaya bahasa itu mudah
difahami seterusnya memberi keyakinan untuk berinteraksi. Melalui penggunaan lughatul fa li
 yang berterusan ia mampu menambah serta memupuk minat murid untuk mempelajari bahasa
 Arab. Kertas kerja ini memfokuskan tentang penggunaan lughatul fa li sebagai satu cara
meningkatkan proses pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab terutamanya dalam
bilik darjah. Oleh itu, kefahaman yang mendalam tentang fungsi lughatul fa li dalam kalangan
 guru akan membantu guru menerapkan penggunaan perkataan dan ungkapan semasa berinteraksi dengan murid. Pendekatan ini sekaligus memberi ruang yang secukupnya kepada murid
mengamalkan dua kemahiran berbahasa, iaitu kemahiran mendengar dan bertutur. Penulis juga
mencadangkan beberapa langkah bagi meningkatkan keberkesanan penggunaan lughatul fa li
dalam bilik darjah.
 Kata kunci:  pembelajaran bahasa Arab, interaksi, Lughatul fa li, proses, murid 
PENDAHULUAN
Pengajaran ialah suatu tugasan dan aktiviti yang diusahakan bersama oleh guru dan muridnya. Tanpa
salah satu daripada dua insan yang dinyatakan, pengajaran tidak akan berlaku. Pengajaran dirancang oleh guru
secara sistematik berpandukan kaedah dan teknik yang sesuai bagi membentuk lingkungan yang terjadinya  proses belajar. Hasil daripada pengajaran tersebut berlakulah perubahan yang dianggap ’kekal’ sama ada dalam  bentuk ekspilit ataupun implisit (Shababuddin et. al, 2003). Maka, dalam proses pengajaran di bilik darjah,
terdapat pelbagai pendekatan yang boleh diaplikasi seperti berpusatkan murid, guru, hasil, proses dan nilai (Noor Hisham, 2011).
Guru sebagai agen utama pengajaran perlu menggunakan cara yang paling sesuai dan berkesan agar
objektif dan matlamat pengajaran tercapai (Abd. Ghaffar, 2003). Bagi merealisasikan penggunaan cara yang
sesuai dan berkesan, seseorang guru wajar menggunakan pendekatan yang diyakini efektif dan berjaya.
Pendekatan ditakrifkan sebagai cara penyampaian (Salleh Mohd Akib, Ismail Idris & Hamzah Mohmood, 1977) atau satu peraturan proses pengajaran dan pembelajaran yang diyakini berkesan jika dilaksanakan mengikut
falsafah dan andaian tertentu serta melibatkan banyak kaedah (Othman Zakariah, 1985). Sebagai insan bergelar
guru, guru bahasa Arab seharusnya menggunakan cara yang sesuai dan efektif sebagai pendekatan terbaik
semasa mengajar bahasa tersebut di peringkat sekolah rendah. Pernyataan ini menyokong pandangan Samat Buang (1995) yang menyatakan bahawa pendekatan lebih aktif dan efektif dalam satu-satu akitiviti bahasa amat
diperlukan untuk dilaksanakan antara guru dan pelajar dalam bilik-bilik darjah (Zawawi, 2008).
Memang tidak dapat dinafikan bahawa semua perkara yang dinyatakan di atas bukan sahaja penting,
malah mampu dikawal dan dipengaruhi oleh guru. Sekiranya guru ingin merangsang dan meningkatkan motivasi
murid, maka dia perlu menggunakan intiusi dan cara cuba jaya. Oleh itu, guru perlu berusaha untuk merangsang
dan mengekalkan pembelajaran agar menjadi lebih berkesan. Cara ini dilakukan setelah mengetahui perkara-
 perkara yang mengarah dan menggerakkan tingkah laku muridnya. Jelaslah bahawa pengetahuan sebegini amat
 penting bagi seseorang guru yang ingin meningkatkan kualiti dalam pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik
darjah. Seterusnya, ia dapat memberi peluang kepada guru tersebut untuk menyusun serta memilih strategi
 pengajaran yang sesuai serta dapat memastikan objektif pengajarannya tercapai.
Antara cara yang boleh melibatkan murid secara aktif ialah (i) memberi murid peluang untuk belajar melalui pengalaman, (ii) menggalakkan murid memberi sumbangan yang berguna dalam aktiviti kelas, (iii)
8/16/2019 Prosiding Persidangan Kebangsaan Bahasa
http://slidepdf.com/reader/full/prosiding-persidangan-kebangsaan-bahasa 2/439
http://slidepdf.com/reader/full/prosiding-persidangan-kebangsaan-bahasa 3/439
3
 pengajaran dan pembelajaran merupakan proses dialog yang melibatkan dua belah pihak. Proses ini melibatkan
interaksi dan komunikasi dua hala akan menjadikan suasana bilik darjah menjadi lebih hidup dan ceria.
Seterusnya akan mendorong mereka untuk turut serta dalam pembelajaran. Maka, penyampai bahasa Arab atau
guru perlu menguasai cara ini serta mempraktikkannya semasa mengajar di dalam bilik darjah bagi mewujudkan
suasana tersebut. Hal ini bertepatan dengan saranan Siti Ikbal (2006) yang mencadangkan guru wajar
menggunakan bahasa Arab sepenuhnya ketika mengajar untuk membiasakan pelajar menjiwai dan memahami apa sahaja pengajaran yang disampaikan.
Menurut Izuddin (2013), dua daripada tiga unsur penting bagi meningkatkan proses pengajaran dan
 pembelajaran dalam bilik darjah ialah interaksi dan penggunaan lughatul fa li. Malahan, mempraktikkan interaksi bahasa Arab secara dua hala, guru dan murid, lebih membantu dalam penguasaan bahasa Arab. Guru
sewajarnya memperbanyakkan penggunaan perkataan atau ungkapan dalam bahasa Arab dalam proses
 pengajaran dan pembelajaran bagi memotivasikan murid agar dapar berinteraksi dalam bahasa Arab sesama
mereka. Justeru, komitmen tinggi guru bahasa Arab sangat diperlukan dalam menambah nilai profesion
keguruan yang diceburi, sekaligus dapat memenuhi keperluan Kementerian Pendidikan dalam
mentranformasikan pendidikan nasional di Malaysia.
Penggunaan lughatul fa li  mudah dan ringkas adalah salah satu daripada cara yang praktikal dalam
 pengajaran dan pembelajaran Bahasa Arab. Hasil tinjauan yang telah dijalankan oleh penulis terhadap pendapat Guru j-QAF Opsyen Bahasa Arab Ambilan Khas 2012 di IPG Kampus Bahasa Melayu dan Kampus Bahasa
Antarabangsa menunjukkan bahawa lughatul fa li  adalah salah satu pendekatan berkesan dalam pengajaran
 bahasa Arab, masing-masing dengan 32% ’bersetuju’ dan 68% lagi ’sangat bersetuju’. Kajian ini membuktikan
 bahawa lughatul fa li  diakui sangat signifikan dalam membantu meningkatkan proses pengajaran dan
 pembelajaran bahasa Arab. Dapatan ini disokong oleh hasil pemerhatian penulis terhadap tujuh orang pelajar
DPLI j-QAF berlainan IPG Kampus yang telah menggunakan pendekatan ini sebagai medium pengajaran
mereka semasa menjalani fasa praktikum pada Februari hingga April 2014. Malahan, terdapat pelajar j-QAF
menggunakan lughatul fa li ini sebagai ’dendaan positif’ kepada murid-murid mereka semasa mengajar. Justeru,
matlamat memberi kesempatan kepada murid-murid menggunakan pengalaman mereka semasa berinteraksi dengan guru dalam atau luar bilik darjah dapat direalisasikan.
Kesemua pandangan serta cadangan pengkaji sebelum ini telah berjaya meyakinkan pengamal atau
 pelajar bahasa (pertama atau kedua) berkaitan komunikasi atau interaksi dalam memperoleh bahasa. Persoalannya ialah, apakah cara terbaik untuk mengaplikasi kemahiran berinteraksi menggunakan lughatul fa li 
dalam pembelajaran Bahasa Arab? Apakah perkataan atau ungkapan yang dimaksudkan sebagai ungkapan
mudah dan senang dalam pembelajaran bahasa? Serta, bagaimanakah penggunaannya mampu menghasilkan
natijah yang diharapkan?
 penggunaan lughatul fa li  semasa pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab sebagai medium interaksi dalam
 bilik darjah. Mampukah penggunaan lughatul fa li  berjaya mengaktifkan murid semasa belajar bahasa Arab? 
Penemuan sebegini mampu membantu guru menghidupkan suasana pembelajaran dari peringkat awal lagi agar
memberi pengalaman sebenar kepada murid sekolah rendah terutamanya melibatkan penggunaan lughatul fa li.
Objektif Kajian
1.  Menjelaskan konsep lughatul fa li  sebagai medium meningkatkan keberkesanan interaksi dalam
 pembelajaran Bahasa Arab.
2.  Mengenal pasti perkataan atau ungkapan yang diketegorikan sebagai lughatul fa li.
3.  Mencadangkan cara mengaplikasi lughatul fa li dalam proses pengajaran dan pembelajaran Bahasa Arab.
Persoalan Kajian
1.  Apakah medium yang boleh meningkatkan keberkesanan interaksi semasa pembelajaran Bahasa arab?
2.  Apakah maksud lughatul fa li dalam konteks pembelajaran Bahasa Arab?.
3.  Apakah cadangan penambahbaikan bagi memantapkan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran?.
8/16/2019 Prosiding Persidangan Kebangsaan Bahasa
http://slidepdf.com/reader/full/prosiding-persidangan-kebangsaan-bahasa 4/439
4
Apakah yang dimaksudkan dengan lughatul fa l i ?
 Lughatul fa li berasal dari dua kalimah arab iaitu lughah bererti bahasa dan fa li bererti kelas. Lughatul
 fa li diterjemahkan sebagai bahasa kelas atau classroom language. Maksud ini dijelaskan oleh Olenka (2009)
sebagai:
”the routine language that   is used on a regular basis in classroom, for example ”Take out
 your books” or ” Please sit down” ..”  Istilah ini terkenal dalam kalangan pelajar bahasa, sama ada kedua atau bahasa asing yang penuturnya
 bukan penutur jati seperti bahasa Arab. Terdapat tiga pengertian yang telah diistilahkan kepada lughatul fa li 
yang hampir sama seperti takrifan Olenka di atas dalam bahasa Arab, iaitu:
a. Perkataan atau ungkapan harian yang digunakan oleh seseorang guru dalam bilik darjah.  b. Perkataan atau ungkapan yang biasa dan berkesan penggunaannya
c. Perkataan atau ungkapan yang mudah dan diterima penggunaanya serta difahami dalam kalangan murid
(Institut Pendidikan Guru Malaysia, 2013)
Kesimpulannya, lughatul fa li ialah perkataan atau ungkapan yang mudah serta biasa digunakan dalam
 proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Bahasa ini sering diguna atau dituturkan oleh guru,
manakala murid sering mendengarnya. Ia merupakan sebahagian daripada perkara yang diberi perhatian semasa
 pembelajaran bahasa. Oleh itu, pemilihan dan penggunaan perkataan atau ungkapan yang akan diungkapkan
 perlulah betul dan tepat terutamanya semasa berinteraksi dengan pelajar.
Interaksi dalam Pengajaran dan Pembelajaran
Kamaruddin (1987) telah mengariskan beberapa prinsip pengajaran yang melibatkan interaksi dalam
 pengajaran, antaranya:
a.   penglibatan secara aktif murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
 b.  isi pelajaran dikaitkan dengan pengetahuan dan pengalaman murid.
c.  guru hendaklah lebih banyak menggunakan saranan, cadangan dan bimbingan daripada hanya memberi
 perintah dan arahan.
Ketiga-tiga prinsip yang dinyatakan di atas adalah proses interaksi antara guru dengan murid. Interaksi guru
dengan murid dapat diterjemahkan apabila guru menyampaikan idea, menerangkan konsep, galakan, bimbingan dan lain-lainnya, manakala murid pula akan bergerak balas dengan menerima idea, konsep, melaksanakan
aktiviti, mendengar, berfikir, bersoal jawab dan sebagainya berdasarkan apa yang diperoleh daripada guru.
Sekiranya situasi ini dapat diwujudkan, aliran idea dan maklumat daripada guru kepada murid dapat dinilai kefahamannya berdasarkan maklum balas daripada murid.
Antara langkah-langkah yang dikenal pasti dapat meningkatkan interaksi melalui pengajaran dan
 pembelajaran Bahasa Arab pula ialah:
  Memperkukuhkan kandungan mata pelajaran supaya lebih jelas dan bermakna
  Memastikan penggunaan bahasa yang mudah dan senang serta pengulangan dilaksanakan dalam  pengajaran.
  Mencipta peluang kepada murid untuk mempraktikkan bahasa Arab dalam komunikasi dan situasi
 penyelesaian masalah termasuk permainan, daripada melakukan peniruan dan latih tubi sahaja.
Sementara itu, berpandukan Model Pengajaran Bilik Darjah Dunkin & Biddle (1974), interaksi sesama
 pelajar adalah salah satu daripada ciri-ciri penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang harus diberi  perhatian. Malahan, interaksi juga akan mementuk sifat kendiri seseorang individu (Shahabuddin et al., 2003).
Selain interaksi, pemilihan aktiviti yang sesuai juga penting dalam rangka memantapkan pembelajaran bahasa
Arab dalam bilik darjah. Melalui aktviti terancang dan sistematik peluang murid untuk mempraktik bahasa yang
dipelajari adalah terbuka. Secara ringkasnya, pemilihan aktiviti-aktiviti pembelajaran yang lebih tertumpu
kepada kepelbagaian aktiviti kognitif yang diolah secara berkesan mampu merealisasikan objektif pembelajaran
 bahasa Arab.
Selain itu, menurut pendangan W.M Rivers (1983) dan Malamah-Thomas (1987) yang mengkaji
tentang aktiviti lisan mendapati unsur interaksi amat penting dalam aktiviti lisan (Chew & Abdul Jalil, 2008).
Unsur interaksi antara penutur dengan pendengar, dan antara penutur dengan penutur, akan menghidupkan
situasi dan akan menjadikan simulasi lebih realistik seperti keadaan sebenarnya. Aktiviti lisan merupakan aktiviti  bahasa yang paling penting dalam kehidupan manusia sehari-hari. Malah aktiviti ini akan lebih bermakna jika
8/16/2019 Prosiding Persidangan Kebangsaan Bahasa
http://slidepdf.com/reader/full/prosiding-persidangan-kebangsaan-bahasa 5/439
5
 berjaya diterapkan secara berterusan oleh murid di sekolah atau luar sekolah. Justeru, interaksi antara murid
dengan guru, dan murid dengan murid akan menghidupkan suasana pembelajaran dalam bilik darjah. Melalui
cara ini, murid dapat mengaplikasi kemahiran pembelajaran aktif, iaitu pendekatan menekankan elemen interaksi
di samping memberikan peluang kepada murid untuk berinteraksi dengan apa yang dipelajari.
Berasaskan teknik pembelajaran bahasa sama ada pertama mahupun bahasa kedua, perubahan tingkah
laku murid amatlah dituntut. Pembelajaran bahasa kedua misalnya, bukan sekadar memasukkan aspek-aspek sosial dan emosi dalam proses pembelajaran disamping aspek-aspek lain yang berfokuskan kepada kepintaran
malah lebih daripada itu diperlukan (Zamri et al. 2006). Hal ini membuktikan kemampuan mengamalkan bahasa
yang dipelajari dalam kalangan murid akan menjadi cerminan bahawa proses perubahan tingkah laku telah
 berlaku. Begitu juga dengan bimbingan dan tunjuk ajar guru berjaya atau sebaliknya juga mampu diukur.
Pelajar bahasa kedua yang baik adalah mereka yang rajin dan tepat membuat andaian, mempunyai
minat yang mendalam untuk berkomunikasi, tidak jemu mencuba, sanggup melakukan kesilapan, memberi
 perhatian kepada bentuk dengan melihat kepada corak dan menganalisanya, menggunakan semua peluang
latihan dengan sebaik-baiknya, membuat pemerhatian dalam setiap percakapan mereka dan juga percakapan
orang lain serta penekanan kepada makna (Rubin, 1975). Justeru itu, murid yang minat mempelajari bahasa
kedua perlu diberi ruang dengan seluas-luasnya dan peluang yang tanpa had dalam mempraktikan bahasa yang
dipelajari.
Bagi merealisasikan penglibatan secara aktif murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran guru
 perlulah memastikan penglibatan murid semaksima mungkin di dalam kelas. Penglibatan sedemikian
 bersesuaian dengan cara pembelajaran alaf baharu yang lebih terarah kepada pemusatan murid. Malahan
 persekitaran yang penuh interaksi juga dapat menghasilkan murid yang bergerak balas semasa berinteraksi. Ini
 bertepatan dengan pendapat Zawawi, Mohd Abdul Nasir dan Wan Nordin (2009) yang menyatakan bahawa
 persekitaran yang baik ialah persekitaran yang membolehkan pelajar menggunakan bahasa yang dipelajari dalam
kelas secara langsung dalam perhubungan dan interaksi mereka dalam kehidupan. Justeru, bahasa yang mudah
dan senang dipraktik wajar diketengahkan agar murid lebih mudah dan cekap berinteraksi (Izuddin, 2013).
Dalam pada itu, kejayaan program pengajaran dan pembelajaran Bahasa Arab tidak terhenti pada
kecekapan para guru dan kemantapan kurikulum semata-mata, tetapi sikap dan kepedulian murid terhadap
 bahasa yang dipelajari memainkan peranan yang penting (Ab. Halim & Wan Mohamad, 2006). Guru yang telah
diajar kemahiran pengajaran akan menggunakan peluang keemasan ini untuk melibatkan murid secara aktif,  berbanding penglibatan guru. Teknik dan cara yang betul akan menambah lagi minat murid belajar dan pastinya
 pengalaman baru akan terhasil. Hal ini bertepatan dengan pandangan Majdah (2010) yang menyatakan murid-
murid berminat untuk belajar dan berpeluang meneroka situasi penggunaan bahasa Arab dalam kehidupan
seharian mereka. Kesediaan murid meneroka suasana penggunaan bahasa Arab akan mendedahkan diri mereka
terhadap suasana sebenar semasa berinteraksi.
Bagaimana lughatul f a l i  berfungsi?
 Lughatul fa li sebagai perkataan atau ungkapan yang mudah serta biasa digunakan dalam proses pengajaran
dan pembelajaran di bilik darjah menjelaskan dua konsep utama iaitu;
a.  Pengajaran yang disampaikan oleh guru melibatkan penggunaan bahasa kelas yang mudah.
 b.  Proses menerima pelajaran yang disampaikan serta mengaplikasi bahasa-bahasa tersebut seharian.
Bagi mencapai matlamat pengajaran seorang guru perlulah menerangkan isi pelajaran dengan cara yang
difikirkan mampu memberi faham kepada muridnya. Manakala murid pula sekurang-kurangnya menghayati
 perkataan atau ungkapan yang dituturkan oleh gurunya. Oleh itu interaksi antara guru dan murid dengan
menggunakan perkataan dan ungkapan yang mudah sentiasa berterusan selama proses pengajaran dan
 pembelajaran berjalan. Persoalannya, apakah perkataan atau ungkapan mudah yang tergolong dalam lughatul
 fa li?.
’, ‘  
’, ‘  
’, al-amar  seperti ‘
’, ‘
’, ’’ , al-nahyu (tegah) ‘ ’, ’ ’, ’ ’, al-mad u seperti ‘’, ‘’, ‘’ dan sebagainya (Institut Pendidikan Guru Malaysia, 2013). Kesemua perkataan yang dicadangkan sebagai lughatul fa li perlulah dikuasai
oleh guru dahulu sebelum diprakktikan di dalam kelas kepada murid-murid.   Tujuan agar setiap guru faham dan
mengerti fungsi dan kegunaan perkataan dan ungkapan tersebut. Kegagalan guru memahami fungsi dan
8/16/2019 Prosiding Persidangan Kebangsaan Bahasa
http://slidepdf.com/reader/full/prosiding-persidangan-kebangsaan-bahasa 6/439
6
mengaplikasikannya dalam bilik darjah.
Berbekalkan teknik dan pendedahan awal kepada guru semasa menjalani kursus keguruan mampu
membantu mengadaptasi penggunaan lughatul fa li  ini. Pendedahan pengajaran secara mikro mengenai
kemahiran menerang, menyoal, variasi rangsangan serta pengukuhan dan sebagainya akan dimanfaatkan
sepenuhnya (Institut Pendidikan Guru Malaysia, 2013). Oleh itu, guru perlu mengaplikasi lughatul fa li secara langsung semasa proses pengajaran dan pembelajaran melalui kemahiran-kemahiran mikro yang dikenal pasti.
Sebagai contoh, gabungan kemahiran menyoal yang melibatkan penerimaan jawapan murid sama ada betul atau
salah menuntut guru menggunakan perkatan ’’ (mumtz), iaitu apabila murid berjaya menjawab dengan
 betul dan tepat, atau ’  
\
 
 
’ apabila murid tidak dapat menjawab dengan tepat. Cara ini dapat memberi pendedahan kepada murid mengenai perkataan atau ungkapan bahasa kelas secara berterusan.
Tuntasnya, penggunaan lughatul fa li  dalam kemahiran menyoal dan pengukuhan akan membantu proses
interaksi antara murid dan guru dalam bilik darjah.
Selain itu, penggunaan lughatul fa li boleh diaplikasi semasa guru memberi keizinan kepada muridnya
keluar atau membenarkannya masuk. Perkataan yang sesuai ialah ’’ (tafa al ) yang bermaksud ’silakan’  pada peringkat awal dan setelah murid memahami maksud ’tafa al’, guru boleh menambah ’

’ (bilkhurj)  atau ‘’ (biddukhl ) sebagai ungkapan kebenaran keluar dan masuk. Begitu juga dalam situasi lain, guru
 boleh menggunakan perkataan tafa al  dan diikuti ’
’ (biljuls) bagi membenarkan murid duduk sebagai’hadiah’ kepada jawapan yang betul atau tepat. Penggunaan perkataan tafa al sebagai perkataan asas mampu
digabungkan dengan perkataan-perkataan lain bagi membentuk ungkapan mudah yang sentiasa digunakan dalam
kelas. Justeru, melalui cara ini murid diajar menggunakan lughatul fa li dalam situasi yang pelbagai dan berbeza.
Memang tidak dinafikan bahawa pengalaman seharian murid dapat meningkatkan motivasi mereka
untuk terus berinteraksi menggunakan bahasa yang dipelajari. Kecekapan berinteraksi bererti seseorang murid
itu boleh menggunakan bahasa yang sesuai dengan khalayak yang dihadapinya (Abdul Salam, 2008). Guru
 bahasa Arab hendaklah selalu menggunakan bahasa Arab bermula dengan perkataan-perkataan mudah dalam
 pertuturan dan juga ketika mengemukakan contoh semasa pengajaran di dalam bilik darjah. Blackburn (2005) menyatakan bahawa antara cara untuk menunjukkan sikap positif kepada murid dalam kelas ialah guru harus
memulakan sesuatu bermula dengan dirinya terlebih dahulu. Oleh itu, guru-guru bahasa Arab mesti
membiasakan diri mereka dengan penggunaan lughatul fa li  untuk lebih mudah diikuti oleh murid-muridnya
semasa proses pengajaran mereka.
Kesimpulannya, kecekapan dan kesediaan guru dalam membentuk cara dan mencetus perubahan yang
 positif membolehkan mereka mengajar bahasa tanpa tekanan termasuklah mengeksploitasi penggunaan bahasa
yang diajar. Oleh yang demikian, kemampuan menghidupkan suasana kelas dengan elemen yang menarik minat
murid belajar bahasa perlu diterap oleh guru terbabit. Lebih menarik lagi dia mampu mengubah tingkah langkah
murid melalui penerapan nilai-nilai jati diri ke arah merealisasikan anjakan dalam transformasi pendidikan, iaitu
melahirkan rakyat Malaysia dengan penghayatan nilai.
CADANGAN
sebagai proses ke arah menguasai bahasa yang dipelajari, penulis mencadangkan beberapa perkara bagi
meningkatkan keberkesanan penggunaan lughatul fa li. Antaranya; 1.  Guru hendaklah memahami setiap perkataan dan ungkapan yang diketagorikan sebagai lughatul fa li.
2.  Menghafaz atau mengingati lughatul fa li yang sering digunakan dalam kelas agar memudahkan guru
menjelaskan kepada muridnya tentang perkataan yang sesuai bagi perlakuan atau aktiviti yang
dijalankan. Seterusnya, murid dapat mengadaptasi penggunaan lughatul fa li  dalam aktiviti di dalam
atau luar bilik darjah secara berterusan.
3.  Guru hendaklah mengajar muridnya lughatul fa li melalui cara berdikit-dikit. Bermula dengan arahan  pendek dan diikuti dengan arahan panjang seterusnya lebih kompleks.
4.  Sentiasa menggunakan lughatul fa li semasa berinteraksi dengan muridnya di dalam kelas disamping
menjelaskan konsep penggunaannya secara berkesan. Dengan ini, ia dapat menggalakkan murid
mengaplikasi kemahiran berfikir aras tinggi dalam membentuk ayat atau frasa dalam bahasa Arab.
5.  Penggunaan lughatul fa li secara  berterusan akan membantu murid memahami dan mengaplikasi
 perkataan atau ungkapan apabila berinteraksi sesama mereka, di samping meningkatkan sikap yakin diri
dan berani serta dapat menerapkan salah satu Elemen Merentas Kurikulum (EMK), iaitu elemen keusahawanan dalam kalangan murid.
8/16/2019 Prosiding Persidangan Kebangsaan Bahasa
http://slidepdf.com/reader/full/prosiding-persidangan-kebangsaan-bahasa 7/439
7
KESIMPULAN
Semasa pembelajaran bahasa pertama atau kedua, banyak strategi yang boleh digunakan oleh guru.
Begitu juga dalam pembelajaran bahasa Arab, pelbagai teknik dan cara boleh digunakan oleh guru bagi
menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran suatu proses yang menyeronokkan malah menghasilkan natijah
yang membanggakan. Di samping pemerolehan bahasa yang diberi penekanan dalam proses pembelajaran, keseronokan belajar dalam kalangan murid juga wajar diberi perhatian agar mood   pembelajaran aktif dapat
 berlaku dengan jayanya dalam bilik darjah.
Selain itu, kemahiran-kemahiran berbahasa yang asas dapat ditonjolkan secara berterusan di samping unsur kemahiran menaakul dapat diterapkan dari semasa ke semasa. Melalui kemahiran mendengar dan bertutur
contohnya, murid yang mendengar perkataan yang tepat dan sebutan yang betul daripada gurunya akan
menuturkan perkataan tersebut berdasarkan apa yang didengar. Sebutan yang berulang mampu dirakamkan oleh
murid dan seterusnya mengeluarkannya apabila tiba masanya semasa berinteraksi. Selain itu, kemahiran berfikir
aras tinggi dapat diaplikasi oleh murid melalui kepelbagaian penggunaan perkataan dan membina ayat secara
spontan. Pengalaman sebegini sangat berharga kepada murid untuk digunakan pada masa lain. Maka, guru
 berperanan untuk memotivasikan murid-muridnya untuk berinteraksi sesama sendiri. Secara tidak langsung guru
telah mempraktik latihan berkesan dalam memperoleh kemahiran-kemahiran bahasa Arab.
Hakikatnya, mendengar dan bertutur adalah kunci utama kepada interaksi dan komunikasi. Penutur
yang baik ialah penutur yang mampu memahamkan perkataan yang dituturnya kepada orang lain. Bagi guru
 bahasa Arab pula, mereka boleh membantu murid-murid memperbaiki cara bertutur dan mempertingkatkan
kecekapan lisan mereka. Ini bertepatan dengan pandangan Thompson dan Rubin (1994) bahawa terdapat
 pelbagai cara boleh digunakan jika kita ingin berjaya dalam pembelajaran, salah satunya adalah melalui
kepelbagaian penggunaan strategi belajar bahasa. Jelaslah bahawa tanggungjawab murni ini harus dipikul
sebaik-baiknya oleh guru bahasa Arab bagi memastikan kelangsungan pendidikan nasional seperti yang
diharapkan. Dengan kata lain, memahami dan meningkatkan dinamik proses pengajaran dan pembelajaran
adalah fokus utama intipati tranformasi pendidikan. Justeru, komitmen guru amatlah diharapkan dalam menjayakan setiap anjakan dalam pelan pembangunan pendidikan negara terutama anjakan keempat PPPM, iaitu
tranformasi keguruan sebagai profesion pilihan.
RUJUKAN
Abd. Ghaffar Md. Din. (2003).  Prinsip dan amalan pengajaran. Kuala Lumpur: Utusan Publications &
Distributors Sdn. Bhd.
Abdul Salam Mohamed Ibrahim. (2008). Pendekatan komunikatif dalam pembelajaran
bahasa arab komunikasi sekolah menengah: persepsi guru bahasa arab di Melaka . Disertasi Sarjana
Pengajian Islam. Universiti Kebangsaan Malaysia.
Allwright, R. L. (1984). The importance of interaction in classroom language learning.  Applied Linguistics 5:2.
156-171
Atan Long. (1982). Pedagogi kaedah am mengajar . Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti.
Blackburn. Barbara R. (2005). Classroom motivation from A to Z: how to engage your students in learning .
Larchmont, New York: Eye On Education. 
Chew Fong Peng & Abdul Jalil Othman. (2008).  Pengabaian kemahiran mendengar dan bertutur dalam bilik
darjah di sekolah menengah: punca, masalah dan kesannya di Malaysia . Sosiohumanika 1(1) 2008. Hlm 1-26. 
Dunkin, M. J. & Biddle, B.J. 1974. The study of teaching . New York: Holt, Rinehrt and Winston, Inc.
Ibrhm, Majd cAzz. (2002). al-Tadrs al -faccl: mhiyatuh, mahrtuh, idrath. Kaherah: Maktabah al-Anjlou
al-Mariyyah.
http://slidepdf.com/reader/full/prosiding-persidangan-kebangsaan-bahasa 8/439
8
Izuddin Muhammed. (2013). Kesediaan mengajar bahasa arab dalam kalangan pelajar DPLI j-QAF: satu kajian
kes. Jurnal IPG KBA Jld 5: 2013. Kuala Lumpur: IPG Kampus Bahasa Antarabangsa.
al-Khliy, Muammad CAl. (1982).  Aslb tadrs  al-lughah al-
c arabiyah. Riyadh: Mabic  al-Farazdaq al-
Tijjart. 
Majdah Mohammad. (2010). Kajian keberkesanan pelaksanaan bahasa arab komunikasi dalam program j-QAF di sekolah rendah. Disertasi Sarjana Pengajian Islam. Universiti Kebangsaan Malaysia. 
Mat Taib Pa. (2006). Dasar-dasar umum pengajaran bahasa Arab di Malaysia. hlm 1-14.  Pengajaran dan
 pembelajaran bahasa arab di Malaysia. Editor: Mohd Rosdi Ismail & Mat Taib Pa. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.
 Nik Mohd Zaim Ab Rahim. (2006).  Minat berkomunikasi bahasa arab di kalangan pelajar: kajian di sekolah
menengah tinggi sultan salehuddin abdul aziz shah, sabak bernam, selangor. Prosiding Wacana
 Pendidikan Islam (siri 5). Bangi. Pusat Penerbitan dan Pencetakan, Universiti Kebangsaan Malaysia. 
 Noor Hisham Md Nawi. (2011).  Pengajaran Dan Pembelajaran; Penelitian Semula Konsep-Konsep Asas
 Menurut Perspektif Gagasan Islamisasi Ilmu Moden. Kertas kerja ini dibentangkan dalam Kongres
Pengajaran Dan Pembelajaran UKM 2011 pada 18-20 Disember di Hotel Vistana Pulau Pinang.
Rubin, J. (1975). Whats the good language learner can teach us. TESOL Quartely , 9.
Shahabuddin Hashim, Mahani Razali & Ramlah Jantan. (2003).  Psikologi pendidikan. Bentong: PTS
Publications & Distributors Sdn. Bhd.
Shahabuddin, Rohizani & Mohd Zohir. (2003).  Pedagogi: strategi dan teknik mengajar dengan berkesan. Shah
Alam: PTS Publications & Distributors Sdn Bhd. 
Siti Ikbal Sheikh Salleh. (2006). Masalah penguasaan pertuturan bahasa arab dalam kalangan pelajar sekolah
menengah agama di Selangor, hlm 61-87.  Pengajaran dan pembelajaran bahasa arab di Malaysia.
Editor: Mohd Rosdi Ismail & Mat Taib Pa. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.
Thompson, I. & Rubin, J. (1994).  How to be more succesful languange learner. Boston: Hienle & Hienle.
Tu c aymah, Rushdiy Amad. (2006). al- Mahrt al -lughawiyyah: mustawaytuh, tadrish, u
cbtuh.
Kaherah: Dar al-Fikr al- c Arabiy. 
Zamri Mahamood, Nik Mohd Rahimi Nik Yusoff & Mohamed Amin Embi. (2006). Strategi pembelajaran
kemahiran lisan yang berkesan di dalam kelas bahasa arab sebagai bahasa kedua: satu cadangan.
 Prosiding Wacana Pendidikan Islam (siri 5). Bangi. Pusat Penerbitan dan Pencetakan, Universiti
Kebangsaan Malaysia.
Zawawi Ismail, Mohd Abdul Nasir Abdul Latif & Wan Nordin Wan Abdullah. (2009).  Pengenalan pendidikan
bahasa arab. Selangor: Meoter Doc. Sdn. Bhd.
Zawawi Ismail. (2008).  Penilaian pelaksanaan kurikulum kemahiran bertutur bahasa Arab komunikasi di
 sekolah menengah kebangsaan agama. Tesis Doktor Falsafah Fakulti Pendidikan. Bangi: Universiti
Kebangsaan Malaysia. 
8/16/2019 Prosiding Persidangan Kebangsaan Bahasa
http://slidepdf.com/reader/full/prosiding-persidangan-kebangsaan-bahasa 9/439
9
KEBERKESANAN TEKNIK LIMA JARI DALAM PENGAJARAN TAJUK AL - FI’L AL-MADHI  DAN
AL - FI’L AL-  MUDHARI’  DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA ARAB
Ali bin Muda
ABSTRAK
 Kajian ini cuba meninjau keberkesanan penggunaan Teknik Lima Jari dalam menghafaz, mengingat, memahami
dan mengaplikasi pola-pola al- Fi’l al -Madhi (kata kerja lampau) dan al- Fi’l al - Mudhari’ (kata kerja kala kini) dalam kalangan murid-murid Tingkatan 3 (34 orang) yang mengambil mata pelajaran Bahasa Arab Komunikasi
di Sekolah Dato’ Abdul Razak, Seremban. Salah satu cabaran yang dihadapi pelajar bukan Arab dalam
mempelajari bahasa Arab ialah banyaknya perubahan pola al- Fi’l al -Madhi dan al- Fi’l al -Mudhari ’mengikut  perubahan bilangan dan jantina pelaku. Pelajar Melayu menghadapi masalah kepelbagaian pola-pola tersebut
kerana dalam bahasa Melayu, kata kerja tidak mengalami perubahan walaupun berubahnya bilangan dan  jantina pelaku. Mereka terpaksa menggambarkan terlebih dahulu dalam fikiran mereka berapakah bilangan
 pelaku dan apakah jantinanya sebelum menggunakan sesuatu kata kerja Arab. Kegagalan menguasai
keseluruhan pola al- Fi’l al -Madhi dan al- Fi’l al - Mudhari’ ini akan memberi kesan negatif terhadap  pembelajaran bahasa Arab dalam kalangan murid-murid. Ia umpama sifir dalam pembelajaran matematik, di
mana kegagalan menguasainya akan menyebabkan murid-murid gagal dalam subjek itu. Menyedari masalah
ini, penulis mencuba menggunakan Teknik Lima Jari untuk membantu murid-murid yang gagal dalam item
 soalan berkaitan al- Fi’l al -Madhi dan al- Fi’l al - Mudhari’. Ujian Bulan Mac 2015 dijadikan sebagai ujian pra.
 Berdasarkan dapatan ujian pra, penulis melakukan rawatan menggunakan Teknik Lima Jari untuk mengatasi
masalah penguasaan al- Fi’l al -Madhi dan al- Fi’l al - Mudhari’. Dapatan ujian pos menunjukkan 100% murid menguasai al- Fi’l al -Madhi pada tahap tertinggi dan 88.2% murid menguasai al- Fi’l al - Mudhari’ pada tahap tertinggi, 8.8 % menguasai pada tahap sederhana dan hanya 3% masih belum menguasai.
Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran yang Lalu
Sebagaimana dimaklumi semua umat Islam, bahasa Arab adalah medium untuk memahami mesej-mesej
dalam kitab suci al-Quran dan hadis-hadis Nabi Muhammad SAW. Ini sudah cukup kuat menjadi dorongan
kepada murid-murid dan umat Islam untuk bersungguh-sungguh mempelajari dan menguasai bahasa terpilih ini.
 Namun apa yang berlaku tidak semudah dan seindah yang tergambar di fikiran. Kadar kegagalan murid -murid
dalam peperiksaan mata pelajaran bahasa Arab amat tinggi dan lebih teruk berbanding murid-murid zaman
dahulu walaupun dalam keadaan buku teks yang lebih baik, kurikulum yang lebih mantap dan guru yang lebih
 berkelayakan (Mat Taib Pa, 2006).
Ada kemungkinan faktor kelemahan dan kegagalan murid yang tinggi kini berbanding dekad-dekad
yang lalu ialah faktor kesediaan dan minat murid. Dua dekad yang lalu bilangan sekolah yang mengambil mata
 pelajaran bahasa Arab tidak sebanyak bilangan sekolah zaman kini. Apabila bertambahnya bilangan sekolah
aliran agama atas desakan ibu bapa, maka berlakulah pertambahan bilangan murid secara mendadak. Ada murid
yang memang memilih sendiri aliran agama dan bahasa Arab, manakala tidak kurang juga yang terpaksa
mengikut kehendak ibu bapa yang berpersepsi sekolah aliran agama mampu menggantikan ibu bapa yang
kesibukan dalam mendidik anak-anak dengan pendidikan agama. Ramai juga yang menganggap apabila
seseorang murid itu bersekolah aliran agama, maka bahasa Arab tidak menjadi masalah kepadanya. Anggapan
sedemikian adalah anggapan yang silap.
Salah satu isu yang menjadi permasalahan murid-murid dalam menguasai bahasa Arab ialah ciri-ciri
kategori nahuan (Grammatical Categories) bahasa Arab yang kompleks dan sukar difahami oleh pelajar. Perkara ini mengambil kira elemen-elemen gender ( gender ), bilangan ( singular, dual, plural ), kala (tenses) selain
8/16/2019 Prosiding Persidangan Kebangsaan Bahasa
http://slidepdf.com/reader/full/prosiding-persidangan-kebangsaan-bahasa 10/439
10
daripada fungsi kasus (cases) yang begitu penting dalam setiap pembinaan kata dan juga ayat bahasa Arab. Ciri-
ciri inilah yang sukar untuk diterima oleh pelajar Melayu kerana ciri-ciri tersebut tidak terdapat dalam bahasa
ibunda mereka (Naimah Abdullah, 2010). Ramai yang tidak menyedari bahawa setiap satu al- fi’l  atau kata kerja
dalam bahasa Arab boleh berubah menjadi 68 pola al- fi’l  yang berlainan dengan berubah huruf dan barisnya,
sedangkan dalam bahasa Inggeris, setiap verb  hanya berubah kepada maksimum lima pola sahaja tanpa
melibatkan sebarang tanda baris. Contohnya go: goes –  going –  went –  gone.
Isu Keprihatinan
Kandungan sukatan pelajaran untuk mata pelajaran bahasa Arab adalah terlalu luas dan memerlukan
masa yang mencukupi bagi seseorang murid memahami, mengingati dan menguasai topik-topik al-Sorf  
(morfologi), al-Nahwu  (tata bahasa), al-Hikam wa Amthal   (kata-kata hikmah dan perumpamaan), teks syair
Arab, bilangan dan nombor. Apatah lagi murid menghadapi cabaran yang amat hebat untuk menguasai kosa kata
Arab yang terlalu banyak. Hal ini menyebabkan para guru sendiri kadang-kadang kehilangan arah dan punca
untuk mendidik murid dan keliru tentang topik manakah yang perlu diberi keutamaan.
Tajuk al- Fi’l al -Madhi dan al- Fi’l al -Mudhari’ adalah salah satu sub-topik al-Qawa’id al -Nahwiyyah
wa Sorfiyyah (Kaedah Tatabahasa dan Morfologi) dalam Pelajaran Keempat buku teks Bahasa Arab Tingkatan 1
(Muhammad Seman et al, 2007), dalam Pelajaran Ketiga Bahasa Arab Tingkatan 2 (Mohd Nasaruddin Mohd
Hasim et al, 2012) dan dalam Pelajaran Pertama buku teks Bahasa Arab Tingkatan 3 (Erma Martini Mohd Yasim
et al, 2009). Oleh kerana setiap buku teks mempunyai sepuluh pelajaran atau bab, maka Rancangan Pengajaran
Tahunan Bahasa Arab menengah rendah dilaksanakan mengikut bulan. Sebagai contoh, bulan Januari murid
akan diajar Bab atau Pelajaran 1, bulan Febuari murid diajar Bab atau Pelajaran 2 dan demikianlah seterusnya
sehingga Bab atau Pelajaran 10.
Setiap bab atau pelajaran itu mengandungi lima subtopik iaitu al-Qira-ah al-Mukatthafah  (Bacaan
Intensif  ), al-Qira-ah al- Muwassa’ah  (Bacaan Tambahan), al-Qawa’id al -Nahwiyyah wa l-Sorfiyyah (Kaedah
Tatabahasa dan Morfologi), al-Hikam wa l-Amthal / al-Nusus al-Syi’riyyah  (Kata-kata Hikmah dan Perumpamaan / Teks Syair Arab) dan al- A’ dad wa Arqam  (Bilangan dan Nombor). Jika sebulan mempunyai
empat minggu, dan setiap minggu murid dan guru hanya mempunyai tiga kali pertemuan (iaitu 40 minit x 3 =
120 minit atau 2 jam pertemuan) sahaja, bagaimanakah seorang guru mampu menghabiskan sukatan pelajaran
dan murid melalui pengalaman pembelajaran untuk setiap topik dengan sempurna? Tempoh 120 minit atau 2 jam
 pertemuan itu pula tidak sepenuhnya dapat digunakan dengan berkesan kerana peredaran murid dari satu kelas
lain ke kelas bahasa Arab mengambil masa secara purata 5  –   10 minit setiap kali sesi pengajaran dan
 pembelajaran, bahkan kadang-kadang lebih daripada 10 minit. Tambahan masa bukan untuk proses pengajaran
dan pembelajaran juga berlaku apabila guru terpaksa mengambil kehadiran murid untuk mengesan murid yang
 ponteng kelas.
Kekangan-kekangan seperti yang dinyatakan di atas merupakan di antara faktor guru terpaksa mempercepatkan interaksi pengajaran dan pembelajaran dan menyebabkan murid-murid lemah dan sederhana
tidak menguasai sesuatu topik termasuklah topik yang amat penting yang menjadi asas penguasaan bahasa Arab
iaitu al- Fi’l al -Madhi dan al- Fi’l al - Mudhari’.  Di atas kesedaran ini, penulis mengambil inisiatif untuk
melaksanakan kajian tindakan ini.
OBJEKTIF KAJIAN
Tujuan kajian ini ialah untuk menambah baik amalan guru dengan menggunakan Teknik Lima Jari dalam
mempercepatkan pemahaman, ingatan dan penguasaan murid-murid terhadap satu subtopik al-Qawa’id al -
 Nahwiyyah wa l-Sorfiyyah iaitu topik al- Fi’l al -Madhi dan al- Fi’l al - Mudhari’ .
8/16/2019 Prosiding Persidangan Kebangsaan Bahasa
http://slidepdf.com/reader/full/prosiding-persidangan-kebangsaan-bahasa 11/439
11
i.  Memudahkan murid-murid memahami dan mengingati 14 al-Dhomir  ( Ganti Nama) dalam bahasa Arab
 berdasarkan bilangan ruas lima jari tangan (14 ruas)
ii.  Memudahkan murid-murid memahami, mengingati dan mengaplikasi tasrif al- Fi’l al -Madhi dan al- Fi’l al-Mudhari  berdasarkan perubahan huruf dan baris di setiap al-Dhomir   yang telah ditetapkan pada
setiap ruas jari.
iii.  Memudahkan guru-guru mengajar subtopik ini dan menjimatkan masa para guru dalam proses
 pengajaran dan pembelajaran apabila murid telah mahir dengan tasrif al- Fi’l al -Madhi dan al- Fi’l al -  Mudhari’ sejak di Tingkatan 1 lagi.
iv.  Meningkatkan pencapaian murid-murid dalam setiap ujian dan peperiksaan bahasa Arab.
Kumpulan Sasaran
Kajian ini melibatkan 34 orang murid (responden) Tingkatan 3 di Sekolah Dato’ Abdul Razak, Seremban.  Mereka ialah murid-murid dari lima kelas yang berbeza yang memilih Bahasa Arab sebagai bahasa pilihan
mereka untuk subjek bahasa Antarabangsa yang merupakan subjek wajib di Sekolah Berasrama Penuh,
Kementerian Pendidikan Malaysia. Semua mereka adalah murid lelaki.
Pelaksanaan Kajian
 pembelajaran, iaitu semasa murid memberi maklum balas kepada soalan-soalan guru, pemeriksaan buku latihan,
ujian bulanan, peperiksaan pertengahan dan akhir tahun, ujian pra dan ujian pos. Pemerhatian juga dilakukan ke
atas tingkah laku murid sebelum dan selepas kajian. Sebelum kajian, majoriti murid tidak mengingati tasrif al -
 Fi’l al -Madhi dan lebih-lebih lagi tasrif al- Fi’l al - Mudhari’  walaupun mereka telah mempelajarinya semasa di
Tingkatan 1 dan 2. Mereka merasa bosan untuk mempelajari bahasa Arab kerana tanpa mengingati dan
menguasai tasrif-tasrif tersebut, sudah pasti amat sukar untuk mereka memahami kandungan teks bahasa Arab. Mereka juga tidak mampu menggunakan kamus Arab dengan berkesan untuk mencari makna perkataan kerana
mereka tidak tahu membezakan kata kerja akar dan kata kerja yang mempunyai huruf-huruf tambahan.
Penulis telah menjadikan dua item soalan dalam Ujian Bulan Mac 2015 sebagai ujian pra untuk
mengenal pasti tahap pencapaian responden. Sebelum ujian pra diadakan, penulis tidak menggunakan teknik
khusus untuk memastikan murid-murid mengingati tasrif al- Fi’l al -Madhi dan al- Fi’l al - Mudhari’, sebaliknya
 penulis hanya menggalakkan murid-murid menghafal tasrif-tasrif tersebut. Sudah pasti tidak ramai murid yang
menghafalnya secara suka rela.
Analisis Tinjauan Masalah 
Untuk menguji tahap penguasaan murid terhadap topik al- Fi’l al -Madhi dan al- Fi’l al - Mudhari’  dalam
Ujian Bulan Mac yang lepas, penulis menyediakan jadual al- Fi’l al -Madhi dan al- Fi’l al - Mudhari’  yang telah
diisikan dengan empat jawapan secara rawak untuk setiap jadual. Murid hanya perlu mengisi sepuluh jawapan
lagi. Hasil dapatan melalui ujian pra yang dijalankan boleh dilihat melalui jadual di bawah:
8/16/2019 Prosiding Persidangan Kebangsaan Bahasa
http://slidepdf.com/reader/full/prosiding-persidangan-kebangsaan-bahasa 12/439
12
Responden Markah Ujian Pra
 Al- Fi’l al -Madhi (per sepuluh)  Al- Fi’l al - Mudhari’  (per sepuluh)
Responden 1 6.5 3.5
Responden 2 9 10
Responden 5 5 0.5
Responden 6 6.5 4.5
Responden 7 2 1
Responden 8 2 0
Responden 9 8 1.5
Responden 10 0.5 0
Responden 11 6.5 2
Responden 12 5 0
Responden 13 4 0
Responden 16 9.5 5.5
Responden 17 7 3.5
Responden 18 5 0.5
Responden 19 9.5 5
Responden 20 9.5 9.5
Responden 21 4 0
Responden 22 8 8
Responden 23 5.5 2
Responden 24 9.5 6.5
Responden 25 9.5 3.5
Responden 26 10 4.5
Responden 27 5 2.5
Responden 28 10 10
Responden 29 8 0.5
Responden 30 6.5 1
Responden 31 5.5 2.5
Responden 32 9 6
Responden 33 10 6
Responden 34 9 3.5
Dapatan daripada ujian pra ini menunjukkan murid tidak menguasai al- Fi’l al -Madhi dan al- Fi’l al - Mudhari’   dengan baik. Daripada 34 orang responden, hanya tiga orang (8.8%) yang mengingati dan menulis tasrif al- Fi’l al-Madhi dengan sempurna dan hanya dua orang responden (5.9%) boleh mengingati dan menulis tasrif al- Fi’l al- Mudhari’  dengan sempurna. Lebih menyedihkan ada responden yang langsung tidak mampu mengingat dan
menulis tasrif al- Fi’l al - Mudhari’. 
Tindakan yang dijalankan
Setelah menganalisis dapatan ujian pra, penulis berfikir tentang kaedah bagaimana membantu murid-
murid mengingat dan mengaplikasi tasrif al- Fi’l al -Madhi  dan al- Fi’l al - Mudhari’   dengan berkesan. Kaedah
nyanyian semata-mata tidak banyak membantu kerana murid-murid hanya boleh mengikuti rentak nyanyian
tetapi gagal menulis tasrif itu dengan betul. Akhirnya penulis mencuba Teknik Lima Jari dengan menetapkan
8/16/2019 Prosiding Persidangan Kebangsaan Bahasa
http://slidepdf.com/reader/full/prosiding-persidangan-kebangsaan-bahasa 13/439
13
setiap  Dhomir   (ganti nama) pada setiap ruas jari untuk diingati dan dihafal oleh murid-murid seperti rajah
 berikut:
RUAS HUJUNG DIA 1L-  DIA 1P-   AWAK 1L-  
AWAK 1P-
-SAYA L/P
RUAS TENGAH DIA 2L- DIA 2P- AWAK 2L- AWAK 2P-  
KAMI L/P-
L-  MEREKA P-   KAMU L-   KAMU P-  -
  Penulis melatih murid-murid sehingga mereka betul-betul mengingati setiap  Dhomir , makna dan kedudukannya
 pada ruas jari yang ditetapkan. Penulis mendapati masih ramai murid yang tidak mengingati susunan Dhomir  itu
dan ada yang masih keliru tentang makna-makna Dhomir  itu.
Setelah murid mengingati dengan lancar setiap  Dhomir   itu, penulis mula memperkenalkan semula al- Fi’l al -  Madhi dengan cara menfokus pada huruf-huruf al- Fi’l al -Madhi (perubahan di hujung kata kerja) seperti berikut:
JARI Kelingking Manis Hantu Telunjuk Ibu
RUAS HUJUNG
http://slidepdf.com/reader/full/prosiding-persidangan-kebangsaan-bahasa 14/439
14
Apabila al- Fi’l  atau kata kerja Dza-ha-ba (   ) ditasrifkan, ia menjadi seperti berikut:
JARI Kelingking Manis Hantu Telunjuk Ibu
RUAS HUJUNG : 
 
Untuk memudahkan cara murid mengingati huruf-huruf al- Fi’l al -Madhi  ini, penulis sentiasa
mengulang-ulang dan meminta murid-murid menyebutkan huruf-huruf tersebut sambil menyentuh ruas jari
 berkaitan dengan dengan jari tangan kiri. Murid-murid perlu ditekankan bahawa tasrif al- Fi’l al -Madhi hanya
 berfokus pada bunyi dan tulisan huruf hujung sahaja. Penulis juga menjelaskan kepada murid-murid bahawa
tulisan dan bunyi hujung al- Fi’l al -Madhi untuk Dhomir Anta  –   Antuma –   Antum dan Dhomir Anti  –   Antuma  –   Antunna adalah sama dengan tulisan dan bunyi hujung Dhomir itu sendiri. Ini lebih memudahkan murid-murid
mengingati kerana tindakan penulis memudahcarakan hafalan al-Fi’l al-Madhi ini memotivasikan mereka
 bahawa tidak semua tulisan dan bunyi al-Fi’l al-Madhi yang sebanyak 14 pola itu mesti dihafal dengan susah.
Sebaliknya enam daripadanya mempunyai hujung yang tulisan dan bunyinya sama dengan hujung Dhomirnya.
Seterusnya penulis memperkenalkan semula huruf-huruf al-Fi’l al-Mudhari’ seperti berikut: 
JARI Kelingking Manis Hantu Telunjuk Ibu
RUAS HUJUNG : _ _ _   
YA –  U
JARI Kelingking Manis Hantu Telunjuk Ibu
RUAS HUJUNG : YA –  U
 :
 -
 
Kebanyakan murid menganggap al- Fi’l al - Mudhari’   lebih sukar diingati berbanding al- Fi’l al -Madhi.
Mereka mengatakan huruf-huruf tambahan yang berubah-ubah di pangkal dan di hujung kata kerja dalam al- Fi’l al- Mudhari’   terlalu banyak dan sukar difahami. Penulis mengakui perkara ini, namun penulis membimbing
murid-murid memahami dan mengingati dengan mudah huruf-huruf tambahan yang berubah-ubah itu dengan
cara menfokuskan kepada pola yang sama dan serupa seperti pola untuk  Dhomir Anta  dan Hiya  iaitu (TA
 –  U) dan pola-pola untuk  Dhomir Huma   (P) dan Antuma 
 (L&P) iaitu (TA –  AANI). Pola untuk  Dhomir
 Huma   (L) pula hampir sama dengan pola  Huma  
 (P), Cuma ia bermula dengan huruf Ya (YA  –  AANI).
Jadi murid tidak merasa terbeban untuk mengingati 14 pola al- Fi’l al -Mudhari yang berubah-ubah di pangkal
dan hujung kata kerja, sebaliknya mereka hanya perlu mengingat 11 atau 10 pola sahaja.
8/16/2019 Prosiding Persidangan Kebangsaan Bahasa
http://slidepdf.com/reader/full/prosiding-persidangan-kebangsaan-bahasa 15/439
15
Di peringkat permulaan, penulis hanya memberi fokus kepada al- Fi’l al -Thulaathi al-Mujarrad   (kata
kerja 3 huruf) sahaja supaya murid tidak keliru. Setelah murid mahir dengan huruf-huruf al- Fi’l al - Mudhari’   yang berubah-ubah mengikut perubahan Dhomir  itu, barulah boleh diperkenalkan al- Fi’l al -Maziid  (kata kerja 4,
5 dan 6 huruf).
Pelaksanaan Tindakan dan Pemerhatian
Setelah penulis selesai menerangkan dan memudah cara untuk memahami, mengingat dan mengaplikasi
kepada murid, minggu berikutnya penulis melakukan ujian lisan atau tasmi’. Penulis mendapati hampir semua murid telah menghafal al- Fi’l al -Madhi secara lisan dan lebih ramai murid telah berjaya menghafal al- Fi’l al -
 Mudhari’  secara lisan.
Untuk menggalakkan lagi murid menghafal dan menghilangkan kebosanan, penulis menayangkan
 beberapa filem Youtube berkaitan tajuk al- Fi’l al -Madhi dan al- Fi’l al - Mudhari’ . Strategi didik hibur seperti ini
 boleh mengelakkan kebosanan murid dalam menghafal. Kesan bunyi dan lagu dalam bentuk animasi mampu
menggalakkan murid terus menghafal sambil berhibur.
Pada minggu yang berikutnya, penulis melakukan ujian pos bertulis seperti berikut:
  
     
http://slidepdf.com/reader/full/prosiding-persidangan-kebangsaan-bahasa 16/439
16
Setiap responden diberikan sehelai kertas yang mengandungi 14 kotak jadual tasrif al- Fi’l al -Madhi dan
14 kotak jadual tasrif al- Fi’l al - Mudhari’   seperti rajah di atas. Penulis memberi kebebasan kepada responden
untuk memilih sendiri apakah al- Fi’l  atau kata kerja yang mereka ingin tasrifkan. Semua responden memilih al-
 Fi’l al -Thulaathi al-Mujarrad  (kata kerja 3 huruf) kerana ia lebih mudah ditasrifkan berbanding al- Fi’l al -Maziid  
(kata kerja 4, 5 dan 6 huruf).
Sepanjang pemerhatian penulis semasa aktiviti menjawab soalan ujian pos secara bertulis tersebut,
 penulis mendapati responden meangaplikasikan Teknik Lima Jari untuk mengingati dan menulis tasrif al- Fi’l al -  Madhi  dan al- Fi’l al - Mudhari’   sebagaimana yang penulis ajar dan latih dalam sesi instruksional. Responden
didapati menjawab soalan pos dengan bersemangat sehingga semua kotak jawapan diisi. Tiada seorang pun
responden yang tidak menjawab atau tidur.
Refleksi Kajian
Keberkesanan Teknik Lima Jari dalam membantu responden memahami, mengingat dan mengaplikasi tasrif al-
 Fi’l al -Madhi dan al- Fi’ l al- Mudhari’  dapat dilihat dalam jadual berikut:
Responden Markah Ujian Pos
Al-Fi’l al-Madhi (per 14) Al-Fi’l al-Mudhari’ (per 14)  Responden 1 14 14
Responden 2 14 14
Responden 3 14 13
Responden 4 13 13
Responden 5 13 11
Responden 6 13 14
Responden 7 14 14
Responden 8 13 12
Responden 9 14 14
Responden 10 14 12
Responden 11 14 7
Responden 12 14 14
Responden 13 11 6
Responden 14 13 8
Responden 15 14 12
Responden 16 14 14
Responden 17 14 14
Responden 18 11 13
Responden 19 14 14
Responden 22 14 14
Responden 23 10 14
Responden 24 13 14
Responden 25 14 14
Responden 26 14 14
Responden 27 11 0
Responden 28 14 14
Responden 29 14 14
Responden 30 14 11
8/16/2019 Prosiding Persidangan Kebangsaan Bahasa
http://slidepdf.com/reader/full/prosiding-persidangan-kebangsaan-bahasa 17/439
17
Responden 33 14 14
Responden 34 14 14
Perbandingan pencapaian di antara ujian pra dan ujian pos dapat dilihat seperti berikut:
(%)
Responden 1 65 35 100 100
Responden 2 90 100 100 100
Responden 3 95 25 100 93
Responden 4 90 40 93 93
Responden 5 50 5 93 79
Responden 6 65 45 93 100
Responden 7 20 10 100 100
Responden 8 20 0 93 86
Responden 9 88 15 100 100 Responden 10 5 0 100 86
Responden 11 65 20 100 50
Responden 12 50 0 100 100
Responden 13 40 0 79 43
Responden 14 60 35 93 57
Responden 15 20 10 100 86
Responden 16 95 55 100 100
Responden 17 70 35 100 100
Responden 18 50 5 79 93
Responden 19 95 50 100 100
Responden 20 95 95 100 100 Responden 21 40 0 100 100
Responden 22 80 80 100 100
Responden 23 55 20 71 100
Responden 24 95 65 93 100
Responden 25 95 35 100 100
Responden 26 100 45 100 100
Responden 27 50 25 79 0
Responden 28 100 100 100 100
Responden 29 80 5 100 100
Responden 30 65 10 100 79
Responden 31 55 25 100 86
Responden 32 90 60 100 100
Responden 33 100 60 100 100
Responden 34 90 35 100 100
Perbandingan ini secara jelas menunjukkan keberkesanan Teknik Lima Jari dalam membantu murid
memahami, mengingat dan mengaplikasi pola-pola perubahan al- Fi’l al -Madhi dan al- Fi’l al - Mudhari’ . Penulis
meletakkan julat ketepatan jawapan responden terhadap ujian pos berada di antara 10  –  14 sebagai tinggi, 5 –  9 sebagai sederhana dan 0  –   4 sebagai lemah. Maka adalah didapati semua responden (100%) memperlihatkan
skor pada tahap yang tinggi dalam ujian pos al-Fi’l al-Madhi. Manakala untuk ujian pos al- Fi’l al - Mudhari’ , 88.2% responden (30 orang) memperlihatkan skor pada tahap julat tinggi, 8.8% responden (3 orang) menskor
 julat sederhana dan hanya 3% responden (1 orang) yang berada di tahap lemah. Ini membuktikan Teknik Lima
8/16/2019 Prosiding Persidangan Kebangsaan Bahasa
http://slidepdf.com/reader/full/prosiding-persidangan-kebangsaan-bahasa 18/439
18
Jari amat berkesan untuk merawat masalah penguasaan murid terhadap pola al- Fi’l al -Madhi dan al-Fi’l al-
 Mudhari’.
CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA
Responden tunggal yang masih berada di tahap lemah dalam penguasaan al- Fi’l al - Mudhari’  itu perlu
diberikan perhatian khusus dan latih tubi berterusan. Kelemahannya dalam menguasai al- Fi’l al -Madhi telah
dapat diatasi kerana telah mencapai julat skor yang tinggi, namun untuk al- Fi’l al - Mudhari’ , beliau masih
memerlukan bantuan.
Kajian seterusnya amatlah perlu untuk mengatasi masalah-masalah penguasaan topik atau subtopik
yang lain seperti  Fi’l al -Amr   dan  Fi’l al -Nahyi  yang juga mengelirukan murid-murid. Selain itu, kajian juga
 perlu dibuat untuk mengatasi masalah kelemahan murid-murid dalam penguasaan kosa kata bahasa Arab.
RUJUKAN
Mohd Rosdi Ismail & Mat Taib Pa.(2006).  Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Arab di Malaysia. Kuala
Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.
Che Radiah Mezah. (2010).  Pengajaran Bahasa Arab  –   Himpunan Pedoman Buat Guru dan Bakal Guru.
Serdang: Penerbit Universiti Putra Malaysia.
Muhammad Seman, et al. (2007). Al-Lughah al-‘Arabiyyah li al -Sanah al-Ula. Kajang: Synergymate Sdn. Bhd.
Mohd Nasaruddin Mohd Hasim, et al. (2012).  Al-Lughah al-‘Arabiyyah li al -Sanah al-Thaniyah. Kajang: Aras
Mega Sdn. Bhd.
Irma Martini, et al. (2009). Al-Lughah al-‘Arabiyyah li al -Sanah al-Thalithah. Shah Alam: Cerdik Publication.
Institut Pendidikan Guru Kampus Raja Melewar. (2014)  Inovasi Melestarikan Transformasi Pendidikan. 
Seremban: IPGRM
http://slidepdf.com/reader/full/prosiding-persidangan-kebangsaan-bahasa 19/439
19
GAYA BAHASA PERINTAH : SATU KAJIAN KONTRASTIF ANTARA BAHASA ARAB DENGAN
BAHASA MELAYU
Ismail bin Mohamad, Ph.D
([email protected]
ABSTRAK
 Ayat perintah terdapat di dalam bahasa Arab dan bahasa Melayu. Dalam bahasa Arab perbincangan ayat
 perintah sehingga mencapai ke tahap wacana yang melibatkan gaya bahasa dan stilistik. Sementara ayat  perintah dalam bahasa Melayu dibincangkan pada tahap struktur ayat atau dalam kerangka sintaksis. Sedangan
 pada realiti dan penggunaan ayat perintah bahasa Melayu juga terdapat unsur-unsur yang mencapai
 perbincangan di tahap wacana. Justeru kajian kontrastif ini diaplikasi untuk mengenal pasti persamaan dan
 perbezaan gaya bahasa perintah dalam bahasa Arab dan bahasa Melayu Kajian linguistik kontrastif
diaplikasikan bagi memudahkan pengajaran, pembelajaran dan penterjemahan bahasa bahasa kedua. Kajian ini
merupakan kajian perpustakaan, kajian deskriptif dan analisis kontras berdasarkan teori struktural. Objektif kajian ialah untuk memaparkan aspek persamaan dan perbezaan dalam kedua-dua bahasa ini bagi membantu
 para pelajar untuk menguasai topik ini dengan lebih efisyen dan efektif. Dapatan kajian menjelaskan terdapat
tujuh persamaan dan sembilan perbezaan gaya bahasa perintah dalam kedua-dua bahasa ini.
Kata kunci : Gaya bahasa, kajian kontrastif, bahasa Arab, bahasa Melayu
PENGENALAN
Gaya bahasa bermaksud cara atau ragam bahasa itu dipakai, khususnya dalam tulisan atau karangan
(Keris Mas, 1988: 13). Nik Hassan Basri (2005: 3) mendefinisikan gaya bahasa sebagai cara atau ragam bahasa
yang digunakan oleh seseorang dalam lisan atau penulisan ataupun cara pemakaian bahasa dalam sesebuah karya waima daripada segi susunan kata, frasa, ayat, wacana, perenggan atau bab yang digunakan oleh penulis atau
 pengarang dalam usahanya untuk melengkapkan tema dan persoalan dan sebagainya dalam sesebuah karya yang
dihasilhan. Gaya bahasa dikaitkan dengan ragam bahasa sastera, iaitu stilistik. Di Barat, stilistik wujud sebagai
cabang disiplin linguistik yang berdiri sendiri pada hujung abad ke-19 dan awal abad ke-20 (Umar Yunus, 2010:
ix). Pada pandangan pengkaji; gaya bahasa bersifat general dan stilistik bersifat spesifik. Gaya bahasa dilihat dari
 pelbagai aspek, seperti cara penuturan atau penulisan serta kecenderungan terhadap sesuatu yang unik dan
tersendiri. Sementara stilistik pula lebih tertumpu kepada genre sastera yang mempunyai nilai-nilai estetika yang
indah dan menarik. Dalam bahasa Arab, stilistik bermaksud uslub. Ia dibincang lebih awal oleh para sarjana
Arab dalam disiplin ilmu nahu dan balaghah. Gaya bahasa perintah terdapat dalam bahasa Arab dan Melayu.
Para sarjana daripada kedua-dua bahasa ini telah membincangkan topik ini mengikut limitasi kajiannya .
Berdasarkan pemerhatian pengkaji terdapat persamaan dan perbezaan gaya bahasa perintah antara dua bahasa ini. Justeru kajian ini memaparkan aspek persamaan dan perbezaan gaya bahasa perintah yang ada dalam bahasa
Arab dan bahasa Melayu. Definisi al-amr   (kata perintah) menurut bahasa adalah lawan kepada kata larangan
(Ibn al-Manr, 1956: 125). Dari sudut istilah ialah perkataan yang menuntut membuat sesuatu perbuatan.
Latar Belakang Kajian
Bahasa merupakan medium utama dalam interaksi sesama manusia. Bahasa juga bersifat mempengaruhi
 bahasa lain dan dipengaruhi oleh bahasa lain juga. Fenomena ini berlaku kerana hasil interaksi antara manusia,
samada dalam satu rumpun bahasa atau berlainan rumpun bahasa. Terlalu banyak bahasa yang digunakan oleh manusia, maka sudah pasti terdapat aspek-aspek persamaan dan aspek-aspek perbezaan dalam bahasa berkenaan.
http://slidepdf.com/reader/full/prosiding-persidangan-kebangsaan-bahasa 20/439
20
Kajian perbandingan antara dua bahasa bukanlah suatu topik yang baru, bahkan ia suatu kajian klasik yang telah dilakukan oleh para sarjana terdahulu. Mahmd Jadd Rabb (1985 : 58) menyatakan bahawa “Hubungan di antara
 bahasa berlaku sejak abad pertama lahirnya Nabi `Isa (a.s). Menurutnya, kajian-kajian bahasa telah dilakukan
menggambarkan hubungan fenomena-fenomena di antara pelbagai bahasa telah ada ketika itu”.Sbaweih (1998 : 302-305), dalam bukunya al- Kitb, mengatakan:
"  



 
menggunakan huruf-huruf `ajam (bukan `Arab). Sebenar huruf-huruf tersebut bukan
daripada huruf-huruf `Arab, tetapi kadang-kadang digunakan dalam pertuturan
mereka.” 
Kajian ilmu linguistik kontrastif (contrative linguistics) merupakan suatu kajian antara dua bahasa yang  berlainan rumpun seperti bahasa Arab yang berasal daripada Semitik dan bahasa Melayu daripada rumpun
Polinesia. (Mahmud Hijazi, 1973: 20). Linguistik kontrastif membandingkan struktur dua bahasa dan
menentukan titik-titik di mana mereka berbeza. Perbezaan inilah merupakan kesukaran dalam mempelajari
 bahasa. (Lado, 1980: 29).
Kajian kontrastif ini bertujuan memudahkan proses pengajaran bahasa. (Qaddr, 1996:24). Ini kerana  pengenalpastian perbezaan antara kedua-dua bahasa yang dibandingkan akan dapat menjelaskan masalah yang
dihadapi dalam bidang pengajaran bahasa. Menurut Asma’ Ahmad al -Momani (2007:4) Kemunculan ilmu
Linguistk Kontrastif bertujuan membandingkan antara dua bahasa atau lebih bagi memudahkan permasalahan
ilmiah yang berlaku antara bahasa-bahasa ini seperti dalam penterjemahan dan pengajaran bahasa asing. Kajian kontrastif ini akan turut menambah minat para pelajar dalam mempelajari bahasa asing kerana ia mengaitkan
 proses pengajaran bahasa tersebut dengan bahasa ibunda yang sudah diketahui oleh mereka. Perkara ini secara
langsung menolong mempercepatkan penguasaan bahasa asing (Ghazali, 2000:7) Makalah Raja Hazirah Raja
Sulaiman et. al. (2014:1-9) bertajuk  Keberkesanan Metode Perbandingan Retorika Melayu dan Arab untuk
 Meningkatkan Minat Pelajar dalam Pembelajaran Balaghah dlm Zamri Arifin (pnyt) Prosiding Seminar
Pengajaran & Pembelajaran Bahasa Arab 2014, Fakulti Pengajian Islam, UKM & Fakulti Kontemporari Islam,
UniSZA. Makalah ini menjelaskan kajian ini dijalankan bertujuan untuk meninjau keberkesanan metode
 perbandingan retorik Melayu dan Arab bagi meningkatkan minat pelajar dalam pembelajaran Balaghah.
Responden kajian terdiri daripada pelajar Diploma Fakulti Pengajian Islam seramai 66 orang. Sebanyak tiga
instrument kajian digunakan iaitu; pemerhatian, ujian pra dan ujian pasca. Hasil tinjauan awal mendapati pelajar
masih lemah dalam menguasai Balaghah dan kurang minat bidang ini. Untuk mengatasi masalah ini pengkaji telah melaksanakan kaedah perbandingan antara Retorik Melayu dan Arab dalam proses pengajaran. Dapatan
kajian menunjukkan perubahan positif pada pelajar-pelajar ini. Pada akhir kuliah, pelajar menunjukkan
 peningkatan dalam penguasaan Balaghah dan jelas minat mereka terhadap bidang ini juga meningkat dengan
mendadak.
Dalam pemerolehan dan pembelajaran bahasa kedua atau asing, pelajar sering menghadapi kesukaran
dan kesalahan. Fenomena ini berlaku kerana pelajar menggunakan pengetahuan dan pengalaman dalam bahasa  pertama. Dalam perkara ini, pelajar menggunakan atau terkesan dengan unsur-unsur kebahasaan dalam bahasa
 pertama untuk kegiatan bahasa kedua. Implikasi unsur-unsur itu tidak ada dalam bahasa kedua, namun pelajar
menggunakannya maka mengimplikasikan kesalahan berbahasa. Implikasi unsur-unsur kebahasaan itu tidak
terdapat dalam bahasa pertama sedangkan pelajar pada ketika itu menggunakan bahasa kedua dituntut untuk
menggunakan unsur itu, maka pelajar menghadapi kesulitan. Berdasarkan penyelidikan lepas (Anuar Sopian,
2013:11) didapati pelajar tidak memahami kaedah-kaedah balaghah dan tajuk-tajuk tertentu yang diajarkan oleh guru. Dapatan juga menunjukkan, pelajar sukar untuk memahami ilmu ini dengan baik kerana proses pengajaran
dan pembelajaran di dalam kelas kurang berkesan.
Objektif Kajian
Mengenal pasti persamaan dan perbezaan dalam aspek gaya bahasa perintah antara bahasa Arab dengan
 bahasa Melayu
http://slidepdf.com/reader/full/prosiding-persidangan-kebangsaan-bahasa 21/439
21
Sorotan Literatur Kajian
Makalah Salmah Ahmad. (1999: 15-32 ) `Ilmu ma’ani: Kajian perbandingan dengan bahasa Melayu 
dalam. Balkis Hj. Abu Bakar et. al. Prosiding Seminar Balaghah (Retorik) Arab-Melayu. Jabatan Pengajian Arab
dan Tamadun Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, memaparkan sebahagian besar dari tajuk-tajuk
`Ilmu al-ma`ani terdapat persamaan antara bahasa `Arab dengan bahasa Melayu. Antaranya ialah al-khabar, al-
insy’, uslb al -amr, uslb al -nahy, uslb al -istifhm, uslb al -nida’, al -fasl, al-wasl, al-tawkid, al-ijz dan al - itnb. Beliau menjelaskan secara ringkas wujud persamaan ayat perintah antara bahasa Arab dan bahasa Melayu
dan persamaan ini tidak terbatas kepada penggunaan satu patah perkataan dalam bentuk kata perbuatan suruhan
sahaja, bahkan dari segi terkeluarnya makna ayat perintah yang hakiki kepada makna yang lain. Beliau hanya
membawa dua makna perintah bukan hakiki sahaja.
Kajian Muhammad Bakhir Hj. Abdullah (1999) bertajuk  Zhirah al - Aslb al - Balghiyyah f al -  Arabiyyah wa al- Malzy yah  (Dirsah f al -Tahll al -Taqbuliy). Latihan Ilmiah Doktor Falsafah Universiti
Asy & Akademi Oxford For Advanced Studies. Tesis ini merupakan sebuah kajian yang terbaik berkaitan kajian kontrastif unsur-unsur balaghah dalam bahasa Arab dan bahasa Melayu. Ketiga-tiga disiplin ilmu
 balaghah Arab dibincangkan dalam tesis ini dan dikhususkan bab kedua berkaitan al-insy’ al - alaby  yang
terdiri daripada uslb al -amr, uslb al -nah, uslb al -istifhm, uslb al -tamanny dan uslb al -nida’ . Dalam bab ini, beliau tidak membincangkan aspek kontrastif dari segi makna hakiki dan bukan hakiki dalam kedua-dua
 bahasa. Justeru itu penulis melihat peluang ini dan akan lebih memberi fokus kepada aspek ini secara
komprehensif. Dalam bab lima, beliau menjalankan analisis terjemahan Arab-Melayu berdasarkan buku  u al- Islm, karangan Dr. ‘Amn al-Khliy, yang diterjemahkan oleh Ustaz Othman Khalid, Dr. Muhammad Marzuki dan Dr. Ismail Arifin.
Jamsuri Muhammad Shamsudin (2003) dalam disertasinya  Al- Asalb al - Insyiyyah bayna al -  Luhghatayni al-`Arabiyyah wa al- Malyyiyyah: Dirsah Taqbliyyah memfokuskan al-aslb al -insyiyyah 
sebagai kajian kontrastif antara bahasa Arab dan bahasa Melayu.  Al-asalb al -insyiyyah yang terdiri daripada al- alaby dan ghayr al- alabi menjadi fokus kajian. Menerusi dapatan kajian, beliau menyenarai dan meramalkan
kesukaran atau halangan yang dihadapi oleh pelajar Melayu dalam mempelajari aspek gaya bahasa ini. Beliau
 juga tidak menyentuh kajian kontrastif dari aspek makna hakiki dan makna bukan hakiki secara detil dalam
semua gaya bahasa ini. Bagi penulis, inilah peluang untuk penulis menerokai kajian baharu dalam kajian ini.
METODOLOGI KAJIAN
Kajian ini merupakan kajian perpustakaan dan kajian deskriptif. Data kualitatif dikenal pasti dan
dianalisis secara induktif dan deskriptif bagi mencapai objektif kajian. Proses pertama dalam metodologi analisis
kontrastif adalah memperbandingkan struktur dua bahasa; bahasa pertama (BA) dengan bahasa kedua (BM).
Teori Struktural diaplikasikan dalam menjalankan proses kontras antara dua bahasa ini. Melalui perbandingan
dua bahasa itu dapat dikenal pasti persamaan dan perbezaan struktur bahasa pertama dan bahasa kedua.
DAPATAN KAJIAN
Terdapat tujuh ciri persamaan kata perintah bahasa Arab dengan bahasa Melayu, iaitu:
(i)  
kata perintah bahasa Arab dan bahasa Melayu merupakan tuntutan mengerjakan sesuatu yang ditujukan kepada orang kedua pada amnya. Bagaimanapun, terdapat juga melibatkan orang pertama dan ketiga
(‘Ibn Hisym, 1994: 36. Asmah Haji Omar, 1986:404-405);
(ii)  kata perintah bahasa Arab dan bahasa Melayu menuntut tindakan pada masa sekarang atau masa akan
datang (Fal l, 2003, jld. 4: 27-28).
(iii)  kedua-dua bahasa mengaplikasikan intonasi dalam ujaran bagi mengambarkan ayat perintah itu lembut
atau sebaliknya (Nik Safiah, M. Onn, Hashim Musa & Abdul Hamid Mahmood, 2013: 456);
(iv)   bagi tujuan pengukuhan dan penegasan ayat perintah dalam kedua-dua bahasa menerima huruf/partikel
di akhir kata perintah. Dalam bahasa Arab ditambah dengan nn al -tawkd.  Dalam bahasa Melayu juga
 partikel  – lah  boleh disertakan pada kata perintah bagi tujuan melembutkan perintah itu dan lebih
 berfokus penegasannya (`Abduh al-Rjiiy, 1973:58. Nik Safiah et.al, 2013: 451 dan Asmah Omar,
1986: 409) ;
http://slidepdf.com/reader/full/prosiding-persidangan-kebangsaan-bahasa 22/439
22
(v)  terdapat dalam kedua-dua bahasa terdapat kata bukan perintah yang bermakna perintah (Fa l asan
`Abbs, 1992: 150-153. Ahmad Khair Mohd Nor, 2011: 204-205),
(vi)  dalam kedua-dua bahasa ada ayat perintah hakiki dan bukan hakiki (Salmah Ahmad, 1999: 19-20) dan
(vii)  terdapat 28 daripada 31 makna ayat perintah bukan hakiki yang sama dalam kedua-dua bahasa.. Makna
 bukan hakiki yang sama di dalam kedua-dua bahasa adalah seperti jadual di bawah.
 No. Kata Perintab Bukan Hakiki Bahasa Arab Bahasa Melayu
1 Perintah membenarkan    
2 Permintaan setaraf    
3 Perintah Leceh    
4 Perintah Nasihat    
5 Perintah Iktibar    
6 Perintah Hormat    
7 Perintah Syukur    
8 Perintah Ingat-Nikmat    
9 Perintah Amaran    
10 Perintah Hina    
13 Perintah Ejek    
19 Permintaan Angan-angan    
20 Perintah Ugut    
21 Perintah Keluh    
22 Perintah Maklum    
23 Perintah Doa    
24 Perintah Tunak    
25 Perintah Kagum    
26 Perintah Bincang    
27 Perintah Galakan    
28 Perintah Ancaman    
Rajah 0.1: Persamaan gaya bahasa perintah antara bahasa Arab dengan bahasa
Melayu.
Dalam aspek perbezaan kata perintah bahasa Arab dengan bahasa Melayu pula ada sembilan ciri perbezaan, iaitu:
(i)  kata perintah bahasa Arab dibincang daripada perspektif morfologi, sintaksis, balaghah, usl al-fiqh dan
usl al-Dn dalam bahasa Arab. Manakala perbincangan kata perintah bahasa Melayu hanya terbatas dalam kerangka sintaksis sahaja;
(ii)  kata perintah dalam bahasa Arab memfokus dan mendiskusikan empat dimensi ini secara komprehensif: (a) kata perintah adalah ujaran dari pihak yang lebih tinggi; (b) makna kata perintah dari sudut
kewajipan; (c) makna kata perintah dari sudut masa; dan (d) makna kata perintah dari sudut kekerapan
atau jumlahya. (Qais Ism`l al-Awsy, 1998: 85-110) Adapun kata perintah dalam konteks bahasa
Melayu tiada perbincangan secara detil ataupun sistematik seperti bahasa Arab;
(iii)   pola kata perintah dalam bahasa Arab ada lima variasi, iaitu: (a)  Fi`il al-amr   dengan pola  (  ) (b)
 Fi`il al-amr  dengan pola () ; (c) Fi`il al-amr  dengan pola al-madar (kata terbitan); (d)  Ism Fi`il al-
amr dan (e )  Fi`il al-amr  dengan pola al-khabar ; (f) Ayat yang terdiri daripada kata kerja bermaksud
 perintah (Fal asan `Abbs, 1992: 149. `Abd al-Majd Mamd Malb, 2005: 294) Manakala dalam  bahasa Melayu ayat perintah hanya terdiri daripada satu patah kata kerja. Intonasi dan konteks membolehkan pendengar mentafsir kata kerja tersebut sebagai perintah atau tidak. Menurut Ahmad
8/16/2019 Prosiding Persidangan Kebangsaan Bahasa
http://slidepdf.com/reader/full/prosiding-persidangan-kebangsaan-bahasa 23/439
23
Khair Mohd Nor (2011: 204-205), kata kerja tertentu dapat berfungsi sebagai perintah jika memiliki
makna perintah seperti memaksa, menyuruh, mengajak, atau meminta seseorang untuk melakukan
sesuatu. Dengan demikian, ada kata kerja tertentu boleh menjadikan sesuatu ayat itu sebagai kata
 perintah;
(iv)  dalam bahasa Arab pola  fi`il al-amr  mengikut ganti nama orang kedua dari segi bilangan sama ada
 bilangan tunggal, duaan mahupun jamak, dan dari segi gender pula, maskulin mahupun feminine (Fu`d Ni`mah, t,t: 77) Fenomena sebegini tidak ada dalam bahasa Melayu kerana ayat perintah hanya terdiri
daripada satu patah kata kerja untuk semua situasi, sama ada pihak kedua itu seorang, duaan ataupun
 jamak. Begitu juga dari segi gender, versinya sama saja untuk maskulin dan feminin;
(v)  struktur ayat perintah dalam bahasa Arab dalam bentuk ayat kerjaan ( jumlah fi`iliyyah); yang terbina dari kata kerja + pelaku + objek + ajung. Unsur wajib dalam struktur ayat perintah bahasa Arab ialah;
kata kerja dan pelaku, sekiranya kata kerja tak transitif. Jika kata kerja transitif maka unsur wajibnya
terdiri dari kata kerja, pelaku dan objek. Sementara kehadiran ajung pula bergantung kepada kesesuaian
atau keperluan sesuatu ayat itu (Fu`d Ni`mah, t,t: 78-79) Manakala ayat perintah bahasa Melayu dalam
 bentuk ayat namaan ( jumlah ismiyyah)  terdiri dari struktur (Subjek)  –   Predikat  –   (Objek)  –   (Ajung). Struktur yang wajib ialah predikat, sedangkan unsur-unsur yang lain tak wajib (Asmah Omar, 1986:
405-406);
(vi)  
dalam bahasa Arab orang kedua (kamu) bersambung dengan kata kerja dan kedudukannya selepas kata
kerja (Fu`d Ni`mah, t.t: 77) Sebaliknya dalam bahasa Melayu kedudukan orang kedua (kamu) sebagai
subjek biasanya digugurkan sebelum kata perintah. Walau bagaimanapun, kerana tujuan penegasan,
subjek boleh juga dikekalkan. Contohnya:  Keluar dari bilik ini! Engkau tunggu dia di sini (Nik Safiah
et.al, 2013: 451);
(vii)  dalam balaghah Arab atau daripada perspektif semantik dan pragmatik dalam konteks linguistik moden,
kata perintah bahasa Arab dikategorikan kepada makna hakiki dan bukan hakiki. Kata perintah bukan
hakiki ada 31 makna (Amad Malb, 1983: 315-322) Dalam bahasa Melayu aspek ini tidak dibincangkan, atau disusun secara sistematik, walhal aspek ini wujud dan diaplikasi dalam bahasa
sehari-hari ataupun dalam penulisan. Melalui kajian ini penulis cuba menerokai, mengesan dan
menyusun aspek ini dalam bahasa Melayu mengikut acuan balaghah Arab. Hasilnya dalam bahasa
Melayu juga ada ayat perintah hakiki dan bukan hakiki. Kata perintah bukan hakiki ada 28 makna
 berbanding dengan bahasa Arab yang ada 31 makna. Tiga perintah bahasa Arab yang tiada dalam bahasa
Melayu ialah perintah wajib (fardhu), sunat dan cipta. Ketiadaan ketiga-tiga perintah ini berlaku kerana
semuanya datang daripada Allah S.W.T .. Di samping itu ada kata perintah yang digabungkan menjadi
satu perintah kerana makna kedua-keduanya hampir sama seperti makna perintah serah ( al-tafw  dan
al-taslm). Selain daripada itu terdapat juga makna-makna baru yang ada di dalam kata perintah bukan
hakiki bahasa Melayu, yang tiada dalam bahasa Arab, seperti perintah memujuk, perintah harapan dan
 perintah belas kasihan;
(viii)  ada beberapa makna bukan hakiki dalam bahasa Melayu yang penulis gabungkan di bawah satu makna,
seperti: wajib dengan fardhu menjadi suruhan wajib, ingat nikmat dengan syukur menjadi perintah syukur dan taslm dengan tafwd menjadi perintah serah. Justifikasi penggabungan ini kerana makna-
maknanya hampir sama, seperti wajib dengan fardhu, yang telah diperselisihkan dalam kalangan
 para sarjana. Ada golongan yang membeza antara kedua-duanya dan ada pula yang menyamakan
konotasinya dan
(ix)  terdapat tiga makna ayat perintah bukan hakiki yang ada di dalam bahasa Melayu dan tiada dalam
 bahasa Arab, (a) perintah belas kasihan; (b) perintah memujuk, dan (c) perintah gurauan.
KESIMPULAN
Kajian ini memaparkan tujuh persamaan dan sembilan perbezaan gaya bahasa perintah antara bahasa Arab
dengan bahasa Melayu. Melalui paparan persamaan dan perbezaan ini dapat merapatkan jurang kefahaman bagi
 penutur bukan jati bahasa Arab dan memudahkan penuntut bahasa Arab sebagai bahasa asing dalam
mempraktikkan bahasa Arab. Di samping itu kajian ini membuka dimensi baru dalam balaghah Melayu dan
genre kesusasteraan Melayu melalui penerokaan dan penggarapan gaya bahasa perintah dalam bahasa Melayu
yang berasaskan gaya bahasa perintah bahasa Arab.
8/16/2019 Prosiding Persidangan Kebangsaan Bahasa
http://slidepdf.com/reader/full/prosiding-persidangan-kebangsaan-bahasa 24/439
24
RUJUKAN
`Abd al-Majd Mahmd Malb, (2005). Usl al -Fiqh al- Islmiy. Kaherah. Muassasah al-Mukhtr. 
`Abduh al-Rjiiy (t.th) al-Tabq al - arf.. Beirut. Dr al-Nahah al-`Arabiyyah.
Amad Malb. (1986). Mu`jam al-mutalht al -balghiyyah wa taawwuruhu. Baghdad.
Ahmad Khair Mohd Nor (2011).  Persoalan Tatabahasa Melayu. Kuala Lumpur. Utusan Publications &
Distributors.
Dar al-Thaqafah. Jordan.
Asmah Omar. (1980). Nahu Melayu Mutakhir . Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka.
Amad Muammad Qaddr. (2008) Cetakan Ketiga. Mabdi’ al - Lisniyyt. Damsyik. Dr al-Fikr.
Anuar Sopian, Salmah Ahmad & Kaseh Abu Bakar (2013)  Penguasaan dan Permasalahan Pelajar Terhadap  Ilmu Balaghah: Satu Tinjauan Awal dalam Jurnal Islmiyyt 35 (1) 2013. 
Al-‘Awsiy, Qays Ismail. (1988).  Aslb al - alab `inda al-nahwiyyin wa al-balghiyyin.  Iraq: Universiti
Baghdad.
Fal asan `Abbs. (1985). al- Balghah: funnuh wa afnnuh. Jordan: Dr al-Furqn. 
Fal li al-Samra’iy. (2003). Ma`ani al-Nahw. `Ammn: Dr al-Fikr.
Fu`ad Ni`mah (t.th.) Mulakhkha Qaw`id al -Lughah al-`Arabiyyah. Kherah. Naah Mir. 
Ibn `Aql. (1995). Syarh ibn `Aqil . Taqiq: Muhammad May al-Dn `Abd al-amd. Beir ut. Al-Maktabah Al-
`Ariyyah 
Ibn Hisym al-Ansriy, (1994). tahqiq: Muhammad May al-Dn `Abd al-amd. Qar al - Nad wa ball al - ad. Beirut. Al-Maktabah Al-`Ariyyah. 
Ibn Manr (1956) Lisn al -`Arab. Kaherah. Dr al-Ma`rif. 
Jamsuri Muhammad Shamsudin (2003).  Al- Aslb al - Insya’iyyah bayna al -luhghatayni al-`Arabiyyah wa al-  Malyyiyyah: Dirsah Taqbuliyyah. Disertasi sarjana, UIAM.
Keris Mas. (1988), Perbincangan Gaya Bahasa Sastera. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka.
Mamd Fahmi ijziy (1973). ‘Ilm al -lughah al-`Arabiyyah. Kaherah. Dar Gharb. 
Mamd Jadd Rabb (1998) ‘Ilmu al -lughah: nasytuhu wa taawwuruhu. Kaherah,. Dr al-Ma`arif.
Muhammad Bakhir Hj. Abdullah (1999)  Zhirah al - Aslb al - Balghiyyah f al -`Arabiyyah wa al- Malziyyah 
(Dirsah fi al-Tall al -Taqbuliy. Latihan Ilmiah Doktor Falsafah Universiti Asyut & Akademi Oxford
For Advanced Studies.
 Nik Hassan Basri Nik Ab. Kadir. (2005). Stilistik Komsas. Perak. Penerbit UPSI.
 Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashim Musa & Abdul Hamid Mahmood. (2013). Tatabahasa Dewan Edisi
 Ketiga. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Raja Hazirah Raja Sulaiman, Nurazan Mohmad Rouyan, Shuhaida Hanim Mohamad Suhane & Muzammir Anas
(2014)  Keberkesanan Metode Perbandingan Retorika Melayu dan Arab untuk Meningkatkan Minat Pelajar dalam Pembelajaran Balaghah dlm Zamri Arifin (pnyt) Prosiding Seminar Pengajaran &
Pembelajaran Bahasa Arab 2014. 1-9.
8/16/2019 Prosiding Persidangan Kebangsaan Bahasa
http://slidepdf.com/reader/full/prosiding-persidangan-kebangsaan-bahasa 25/439
25
Robert Lado (1957). Linguistics Across Cultures. Ann Anbor. The University Press.
Salmah Ahmad. (1999:)   Ilmu Ma’ani: Kajian perbandingan dengan bahasa Melayu”  dlm. Balkis Hj. Abu
Bakar (dll.). Prosiding Seminar Balaghah (Retorik) Arab-Melayu. Jabatan Pengajian Arab dan
Tamadun Islam, Universiti Kebangsaan. 15-32.
Sbaweih, `Amru bin Othman. (1998). Al- Kitb. Beirut: Dar al-Kutub al-`Ilmiyyah.
8/16/2019 Prosiding Persidangan Kebangsaan Bahasa
http://slidepdf.com/reader/full/prosiding-persidangan-kebangsaan-bahasa 26/439
26
SEPANJANG HAYAT 
 Program Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) merupakan salah satu agenda utama negara dalam
 pembangunan modal insan. Ia merupakan satu proses ke arah meningkatkan pengetahuan, kemahiran,
 perubahan tingkahlaku serta usaha untuk membangunkan komuniti setempat. Kajian ini bertujuan untuk membincangkan tentang pengajian Bahasa Arab di Masjid yang dilaksanakan sebagai satu proses
 Pembelajaran Sepanjang Hayat. Objektif kajian ini adalah untuk mengkaji Proses PSH yang melibatkan kelas
 pengajian bahasa Arab di masjid. Proses PSH ini melibatkan pembelajaran formal dan tidak formal yangdilaksanakan secara berterusan tanpa menghadkan umur, masa dan tempat di mana berada. Antara
kepentingan kajian ini adalah untuk memperkasakan masjid sebagai salah satu Institusi Pendidikan . Gabungan
 Model PSH yang bersumberkan empat tunjang iaitu pengetahuan, kemahiran, pembangunan insan dan juga kemasyarakatan akan diperkenalkan untuk diaplikasikan di masjid. Dapatan kajian kajian diandaikan bahawa
kelas pengajian Bahasa Arab di masjid ini dapat meningkatkan pengetahuan dan kemahiran di kalangan
masyarakat setempat.
PENDAHULUAN
Pembelajaran Sepanjang Hayat menurut perspektif Islam dapat diterjemahkan dalam pelbagai  pandangan, antaranya Allah S.W.T ada menjelaskan dalam al-Quran Surah al-`alaq ayat (1-5) yang bermula
dengan “Iqra`”  bermaksud bacalah, ianya  banyak mengandungi unsur-unsur pendidikan. Ayat ini menggesa
supaya manusia khususnya umat Islam supaya mencari ilmu. Ayat (4-5) menjelaskan yang mafhumnya Allah
S.W.T mengajar ilmu kepada manusia setelah manusia berusaha ke arah itu, sekurang-kuarngnya dengan
membaca (Muhamad Yusuf, 2005).
Baginda Rasulullah S.A.W juga telah menjelaskan dalam hadisnya yang diriwayatkan oleh Ibn Majah
 bahawa mencari ilmu pengetahuan itu merupakan kewajiban ke atas setiap Muslim . Kewajiban mencari ilmu itu
seharusnya difahami sebagai suatu proses Pembelajaran Sepanjang Hayat. Dalam hadis Rasulullah s.a.w ada
menyebut: “Tuntutlah ilmu dari buaian hingga ke liang lahad”. Ilmu perlu perlu dituntut sejak kanak-kanak
sehingga akhir hayat seseorang. Perubahan aktiviti ekonomi yang lebih bergantung kepada penguasaan
 pengetahuan telah menambahkan lagi pelaburan dalam pembangunan kapital manusia yang berilmu.
Pembentukan masyarakat yang berilmu supaya lebih kompetitif memerlukan mereka memperolehi pengetahuan secara berterusan. Oleh itu Pembelajaran Sepanjang Hayat dilihat menjadi satu keperluan dalam meningkatkan
 pengetahuan dan kemahiran seseorang.
Pembelajaran Sepanjang Hayat juga merupakan satu idea atau ilham yang lahir daripada satu laporan
yang disediakan oleh Paul Lengrand yang merupakan seorang pegawai yang memikul tanggungjawab ke
atas Biro Pendidikan Dewasa, Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-
Bangsa Bersatu (UNESCO) pada 1965, di mana pembelajaran tidak menghadkan tempoh, umur dan
tempat tertentu sahaja. Satu laporan lain yang juga dikeluarkan oleh UNESCO yang bertajuk "Learning
To Be" menyatakan ada bahawa sasaran kepada pendidikan tidak sepatutnya dihadkan kepada golongan
elit atau untuk mereka yang berada dalam lingkungan umur yang tertentu sahaja. Ini bermaksud
pembelajaran terbuka kepada semua golongan tanpa mengira tahap pendidikan, pangkat, miskin atau
kaya, golongan atasan atau bawahan.
http://slidepdf.com/reader/full/prosiding-persidangan-kebangsaan-bahasa 27/439
27
Pembelajaran sepanjang hayat (PSH) boleh ditakrifkan sebagai satu proses pendemokrasian pendidikan
yang merangkumi program pemerolehan pengetahuan, kemahiran dan kompetensi sama ada secara formal atau
tidak formal berdasarkan pengalaman dan latihan di tempat kerja bagi keperluan individu dan guna tenaga di
samping mewujudkan masyarakat yang aktif dan saksamaan  memenuhi ke