bahasa hukuman kawat kaki

Upload: roazmi-mohamad

Post on 08-Oct-2015

227 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

TKRS

TRANSCRIPT

BAHASA HUKUMAN KAWAT KAKIKawat kaki pada asasnya terbahagi kepada 3 bahagian; iaitu kawat kaki statik, kawat kaki dinamik dan kawat formasi yang juga dikenali kawat senyap atau kawat hantu (dalam tentera). Untuk tujuan mengajar kawat kaki, eloklah dimulakan dengan kawat kaki statik, iaitu kawat yang belum melibatkan pergerakan berjalan.Bagi tajuk-tajuk dalam kawat statik ialah :1-sedia, senang diri dan rehatkan diri2-berpusing ke kanan, kiri dan ke belakang3-langkah sebelah4-hentak kaki5-buka dan tutup barisan6-luruskan barisan7-hormatBahasa Hukuman Kawat1-sedia"BARIS..BARIIIIS SEDIA !"2-senang diri"SENAAANG DIRI!"3-rehatkan diri"REHATKAAAN DIRI!"4-berpusing ke kanan*"BERGERAK KE KANAAAN, KE KANAAAN..PUSING!"5-berpusing ke kiri**"BERGERAK KE KIRIII, KE KIRIII..PUSING!"6-berpusing ke belakang***"BARIS AKAN MENGHADAP KE BELAKAANG, KE BELAKAAANG ..PUSING!"*sekiranya platon (kumpulan) sedang menghadap ke arah anda (jurukawat). Untuk menghadapkan semula platon ke hadapan, bahasa hukumannya : "BARIS AKAN MENGHADAP KE HADAPAN, KE KIRIIII..PUSING!"**sekiranya platon (kumpulan) sedang menghadap ke arah anda (jurukawat). Untuk menghadapkan semula platon ke hadapan, bahasa hukumannya : "BARIS AKAN MENGHADAP KE HADAPAN, KE KANAAAAN..PUSING!"***sekiranya platon (kumpulan) sedang menghadap ke arah anda (jurukawat). Untuk menghadapkan semula platon ke hadapan, bahasa hukumannya : "BARIS AKAN MENGHADAP KE HADAPAN, KE BELAKAAANG..PUSING!" [ Ingatan : Apabila berpusing ke belakang, hendaklah berpusing melalui sebelah kanan badan, walau ke arah mana pun platon anda sedang menghadap ]7-langkah sebelah"SATU/DUA/TIGA LANGKAAAH.. KE KANAAAAN/KIRIII..GERAK!"8-hentak kaki'HENTAK KAKIII..CEPAT!"untuk menghentikan platon dari hentak kaki, bahasa hukumannya : "BARIIIS..HENTI!"9-buka/tutup barisan"BUKA/TUTUP BARISAAAN..GERAK!"10-luruskan barisan"KE KANAAAAN..LURUS!" apabila semua anggota dalam platon telah siap melakukan pergerakan meluruskan barisan, berikan pula bahasa hukuman kawat "PANDAAAANG..DEPAN!"11-hormat ke hadapan"HORMAT, HORMAT KE HADAPAAAN..HORMAT!"