baharun bin ismail - fp.utm.my pengesahan status tesis ... 2.2.1 kontrak pencapaian (bai’ah) bagi...

35
ANUGERAH TAWARAN BARU BAI’AH DAN MASALAH YANG DIHADAPI DI SEKOLAH RENDAH DAERAH MUAR BAHARUN BIN ISMAIL UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Upload: trancong

Post on 19-Jun-2018

229 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: BAHARUN BIN ISMAIL - fp.utm.my PENGESAHAN STATUS TESIS ... 2.2.1 Kontrak Pencapaian (Bai’ah) Bagi Pemimpin ... LDP - Latihan Dalam Perkhidmatan

ANUGERAH TAWARAN BARU BAI’AH DAN MASALAH YANG DIHADAPI DI SEKOLAH RENDAH DAERAH MUAR

BAHARUN BIN ISMAIL

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Page 2: BAHARUN BIN ISMAIL - fp.utm.my PENGESAHAN STATUS TESIS ... 2.2.1 Kontrak Pencapaian (Bai’ah) Bagi Pemimpin ... LDP - Latihan Dalam Perkhidmatan

PSZ 19:16 (Pin. 1/97)

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

JUDUL : ANUGERAH TAWARAN BARU BAI’AH DAN MASALAH YANG DIHADAPI

DI SEKOLAH RENDAH DAERAH MUAR

SESI PENGAJIAN : 2012/2013

Saya BAHARUN BIN ISMAIL No. Matriks MP 111455

Mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi. 4. **Sila tandakan ( / )

SULIT

(Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamtan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)

TERHAD

(Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)

TIDAK TERHAD

Disahkan oleh

__________________________________________ ____________________________________________ (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap: 134, Kampung Tetambah, Manir, DR. M. AL-MUZ-ZAMMIL BIN YASIN 21200 Kuala Terengganu, Terengganu. Nama Penyelia

Tarikh: ___________________________ Tarikh: _____________________________

CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan. ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak

berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.

Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara ּט penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).

Page 3: BAHARUN BIN ISMAIL - fp.utm.my PENGESAHAN STATUS TESIS ... 2.2.1 Kontrak Pencapaian (Bai’ah) Bagi Pemimpin ... LDP - Latihan Dalam Perkhidmatan

“Saya akui bahawa telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini

adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan

Ijazah Sarjana Pendidikan (Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan)”

Tandatangan : …………………………………..............

Nama Penyelia : DR. M. AL-MUZ-ZAMMIL BIN YASIN

Tarikh : ………………………………….............

Page 4: BAHARUN BIN ISMAIL - fp.utm.my PENGESAHAN STATUS TESIS ... 2.2.1 Kontrak Pencapaian (Bai’ah) Bagi Pemimpin ... LDP - Latihan Dalam Perkhidmatan

CABARAN ANUGERAH TAWARAN BARU BAI’AH DAN MASALAH

YANG DIHADAPI DI SEKOLAH RENDAH DAERAH MUAR

BAHARUN BIN ISMAIL

Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat

penganugerahan Ijazah Sarjana Pendidikan

(Pengurusan dan Pentadbiran)

Fakulti Pendidikan

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

JANUARI 2014

Page 5: BAHARUN BIN ISMAIL - fp.utm.my PENGESAHAN STATUS TESIS ... 2.2.1 Kontrak Pencapaian (Bai’ah) Bagi Pemimpin ... LDP - Latihan Dalam Perkhidmatan

ii

PENGAKUAN

“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan

yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”

Tandatangan : ………………………………

Nama Penuh : BAHARUN BIN ISMAIL

Tarikh : ……………………………….

Page 6: BAHARUN BIN ISMAIL - fp.utm.my PENGESAHAN STATUS TESIS ... 2.2.1 Kontrak Pencapaian (Bai’ah) Bagi Pemimpin ... LDP - Latihan Dalam Perkhidmatan

iii

DEDIKASI

Ditujukan istimewa kepada:

Isteri tercinta WAN JUVITA BINTI WAN MANSOR

yang sentiasa mendoakan, mendorong dan sentiasa disampingku dengan

penuh kesabaran.

Buat anakku yang disayangi MUHAMMAD IRFAN AFIF BIN BAHARUNSemoga usaha ayahanda ini menjadi penyuntik

semangatmu untuk terus berjaya kelak

Buat ayahanda dan bonda yang sentiasa memberi dorongan dan mendoakan kejayaan buat anakmu

Hj Ismail Bin Hj Ali dan Hjh Kelsom Binti Hj Abdullah

Buat ayahanda dan bonda mentua yang sentiasa memberi semangat dan mendoakan kejayaan buat anakmu

Wan Mansor Bin Hj Wan Omar dan Soom Binti Che Mat

Tidak lupa kepada semua ahli keluarga Semoga kita semua diberkati dan dirahmatiNya

Amin.

Page 7: BAHARUN BIN ISMAIL - fp.utm.my PENGESAHAN STATUS TESIS ... 2.2.1 Kontrak Pencapaian (Bai’ah) Bagi Pemimpin ... LDP - Latihan Dalam Perkhidmatan

iv

PENGHARGAAN

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah s.w.t diatas kurniaNya kerana

memberi ketabahan dan kesabaran kepada penulis untuk menyempurnakan kajian ini.

Ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Dr. M. Al-Muz-

Zammil Bin Yasin selaku penyelia kajian ini di atas nasihat, teguran, dorongan dan

bimbingan yang berterusan sepanjang projek ini. Kesabaran, komitmen dan

keikhlasan Dr amat penulis kagumi.

Ucapan penghargaan juga diberikan kepada semua pensyarah dan rakan-

rakan yang telah memberikan kerjasama dan sokongan secara langsung atau tidak

langsung sepanjang tempoh pengajian dan menyiapkan kajian ini. Penghargaan juga

diberikan kepada guru besar-guru besar sekolah rendah berkenaan serta semua guru

yang terlibat sebagai responden kajian.

Akhir sekali buat isteri, ibu bapa, anak serta keluarga, terima kasih diatas

dorongan dan sokongan kalian. Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi untuk

kecemerlangan kalian di masa depan. Semoga Allah melimpahi kesejahteraan,

kerahmatan dan keberkatan kepada kita semua selamanya. Amin.

Page 8: BAHARUN BIN ISMAIL - fp.utm.my PENGESAHAN STATUS TESIS ... 2.2.1 Kontrak Pencapaian (Bai’ah) Bagi Pemimpin ... LDP - Latihan Dalam Perkhidmatan

v

ABSTRAK

Kajian deskriptif ini bertujuan untuk mengetahui masalah-masalah yang

dihadapi oleh guru besar-guru besar dalam mengekalkan Anugerah Tawaran Baru

telah ditemu bual yang bertujuan untuk mendapatkan maklumat tentang pelaksanaan,

masalah-masalah yang dihadapi dan strategi menyelesaikan masalah dalam

mengekalkan anugerah tersebut. Instrumen kajian telah diuji melalui kajian rintis

untuk menentukan nilai pekali kebolehpercayaan. Untuk data kuantitatif, seramai 161

responden terlibat dalam menjawab soalan soal selidik. Keputusan kajian rintis

menunjukkan kebolehpercayaan item soal selidik yang kuat. Dapatan kajian

mendedahkan beberapa langkah yang diambil oleh guru besar-guru besar dalam

mengekalkan anugerah tersebut. Disamping itu juga, masalah-masalah yang dihadapi

guru-guru juga dikenal pasti. Akhir sekali, beberapa cadangan juga dikenal pasti bagi

penambahbaikan mutu kajian akan datang yang berkaitan dengan bidang ini.

Page 9: BAHARUN BIN ISMAIL - fp.utm.my PENGESAHAN STATUS TESIS ... 2.2.1 Kontrak Pencapaian (Bai’ah) Bagi Pemimpin ... LDP - Latihan Dalam Perkhidmatan

vi

ABSTRACT

The aim of this descriptive research was to find out the problems faced by the

headmasters in maintaining the New Deals awards at five primary school in Muar.

Respondents were interviewed to obtain information about the implementation, the

problems encountered and strategies to solve problems in maintaining the award. The

instrument was tested through a pilot test to determine the reliability coefficient

value. For the quantitative data, a total of 161 respondents were involved in

answering the questionnaires. The results of this pilot study showed that the

reliability of the questionnaire was strong. The findings revealed several steps which

had been taken by the headmasters to maintain the award. In addition, problems

faced by the teachers were also identified. Finally, several suggestions to improve

future research related to this area were also identified in this study.

Page 10: BAHARUN BIN ISMAIL - fp.utm.my PENGESAHAN STATUS TESIS ... 2.2.1 Kontrak Pencapaian (Bai’ah) Bagi Pemimpin ... LDP - Latihan Dalam Perkhidmatan

vii

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKASURAT

PENGESAHAN STATUS TESIS

PENGESAHAN PENYELIA

JUDUL

PENGAKUAN ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xi

SENARAI RAJAH xiii

SENARAI SIMBOL xiv

SENARAI LAMPIRAN xv

1 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 3

1.3 Pernyataan Masalah 10

1.4 Objektif Kajian 12

1.5 Persoalan Kajian 13

1.6 Kepentingan Kajian 13

1.7 Tujuan Kajian 14

1.8 Batasan Kajian 15

1.9 Definisi Istilah 15

1.9.1 Tawaran Baru (Bai’ah) 15

Page 11: BAHARUN BIN ISMAIL - fp.utm.my PENGESAHAN STATUS TESIS ... 2.2.1 Kontrak Pencapaian (Bai’ah) Bagi Pemimpin ... LDP - Latihan Dalam Perkhidmatan

viii

1.9.2 Bayaran Insentif Tawaran Baru (BITB) 15

1.9.3 Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA)

Pendidikan 16

1.9.4 Kepimpinan 16

1.10 Kesimpulan 16

2 TINJAUAN LITERATUR

2.1 Pengenalan 18

2.2 Anugerah Tawaran Baru (Bai’ah) 19

2.2.1 Kontrak Pencapaian (Bai’ah) Bagi Pemimpin

Sekolah 21

2.2.2 Ketelusan Dalam Penilaian 22

2.3 Ganjaran Anugerah Tawaran Baru (Bai’ah) 25

2.4 Peranan Individu Ke Arah Pengekalan Anugerah

Tawaran Baru (Bai’ah) 26

2.4.1 Guru Besar 26

2.4.2 Guru 27

2.4.3 Ibu Bapa dan PIBG 28

2.5 Kajian Lepas 29

2.6 Teori/Model Berkaitan 31

2.7 Kesimpulan 32

3 METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan 34

3.2 Reka Bentuk Kajian 34

3.3 Lokasi Kajian 35

3.4 Populasi Dan Sampel 35

3.4.1 Taburan Pengagihan Soal Selidik Kajian 38

3.5 Instrumentasi 39

3.6 Pengumpulan Data 44

3.7 Kesahan Dan Kebolehpercayaan Instrumen 45

3.7.1 Kesahan Instrumen 45

Page 12: BAHARUN BIN ISMAIL - fp.utm.my PENGESAHAN STATUS TESIS ... 2.2.1 Kontrak Pencapaian (Bai’ah) Bagi Pemimpin ... LDP - Latihan Dalam Perkhidmatan

ix

3.7.2 Kebolehpercayaan Instrumen 46

3.8 Kajian Rintis 46

3.9 Analisis Data 49

3.10 Kesimpulan 52

4 ANALISIS DATA

4.1 Pengenalan 53

4.2 Menganalisis Data Kualitatif 53

4.2.1 Analisis Persoalan Kajian 1 54

4.2.1.1 Mengekalkan Prestasi Akademik 57

4.2.1.2 Mengekalkan Program Yang Baik 58

4.2.1.3 Memastikan Penglibatan Semua Pihak

Dalam Meningkatkan Prestasi Sekolah 59

4.2.1.4 Melaksanakan Pengurusan dan

Pembangunan Sumber Manusia 60

4.2.2 Analisis Persoalan Kajian 2 61

4.2.2.1 Pencapaian Akademik Murid Yang Kurang

Baik 63

4.2.2.2 Kurang Kerjasama Ibu Bapa 63

4.2.2.3 Masalah Berkaitan Murid 64

4.2.2.4 Kurang Kerjasama Guru 65

4.2.3 Analisis Persoalan Kajian 3 66

4.2.3.1 Pelaksanaan Program Yang Berkesan 69

4.2.3.2 Mengadakan Perjumpaan Dan

Perbincangan 70

4.2.3.3 Mengatasi Masalah Yang Dihadapi Murid 70

4.2.3.4 Memotivasi Guru 71

4.3 Analisis Data Kuantitatif (Soal Selidik) 72

4.3.1 Analisis Latar Belakang Responden 73

4.3.1.1 Jantina 73

4.3.1.2 Umur 73

4.3.1.3 Status 74

4.3.1.4 Tempoh Perkhidmatan Di Sekolah Sekarang 74

Page 13: BAHARUN BIN ISMAIL - fp.utm.my PENGESAHAN STATUS TESIS ... 2.2.1 Kontrak Pencapaian (Bai’ah) Bagi Pemimpin ... LDP - Latihan Dalam Perkhidmatan

x

4.3.1.5 Pengalaman Mengajar Secara Keseluruhan 75

4.3.1.6 Bangsa 76

4.3.1.7 Kelayakan Akademik Tertinggi 77

4.3.1.8 Kelayakan Ikhtisas 77

4.3.2 Analisis Persoalan Kajian 4 78

4.3.3 Analisis Persoalan Kajian 5 82

4.4 Kesimpulan Dapatan Analisis Kajian 85

4.5 Kesimpulan 89

5 DAPATAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan 90

5.2 Perbincangan 90

5.2.1 Maklumat Latar Belakang Responden 92

5.2.2 Dapatan Kajian Bagi Persoalan Kajian 1 95

5.2.3 Dapatan Kajian Bagi Persoalan Kajian 2 98

5.2.4 Dapatan Kajian Bagi Persoalan Kajian 3 100

5.2.5 Dapatan Kajian Bagi Persoalan Kajian 4 103

5.2.6 Dapatan Kajian Bagi Persoalan Kajian 5 105

5.3 Cadangan Kajian Lanjutan 108

5.4 Kesimpulan 108

RUJUKAN 110

LAMPIRAN 117

Page 14: BAHARUN BIN ISMAIL - fp.utm.my PENGESAHAN STATUS TESIS ... 2.2.1 Kontrak Pencapaian (Bai’ah) Bagi Pemimpin ... LDP - Latihan Dalam Perkhidmatan

xi

SENARAI JADUAL

Jadual Halaman

2.1 Bilangan Aspek dan Kewajaran Mengikut Standard 24

2.2 Pengagihan Bayaran Insentif Tawaran Baru (Bai’ah) 25

2.3 Penilaian Terhadap Peningkatan Kualiti Keberhasilan

Murid Menerusi Peningkatan Prestasi Pemimpin Sekolah 27

3.1 Jumlah Guru Yang Terlibat 37

3.2 Jadual Penentuan Saiz Sampel Krejcie Dan Morgan (1970) 38

3.3 Taburan Pengagihan Soal Selidik Kajian 39

3.4 Soalan Temu Bual 39

3.5 Pembinaan Item Melalui Temubual Dalam Bidang

Pengurusan Pentadbiran 40

3.6 Pembinaan Item Melalui Temu Bual Dalam Bidang

Pengurusan Akademik 42

3.7 Taburan Item Bagi Soal Selidik 44

3.8 Pengkelasan Skala Likert (Mohd Najib, 2003) 44

3.9 Pemeringkatan Kedudukan Item Berdasarkan Nilai

Alpha Cronbach 47

3.10 Analisis Pekali Kebolehpercayaan Alpha Cronbach

Mengikut Item Soal Selidik Bagi Kajian Rintis

(Alpha if Item Deleted) 48

3.11 Penambahbaikan Item Soalan Berdasarkan ‘Alpha

Cronbach if Item Deleted’. 48

3.12 Proses Penganalisisan Data Kualitatif (Analisis Tema) 50

3.13 Kaedah Analisis Data Berdasarkan Persoalan Kajian 51

3.14 Tahap Pemeringkatan Min 51

4.1 Analisis Temu Bual Dalam Menentukan Tema Bagi

Persoalan Kajian 1 54

Page 15: BAHARUN BIN ISMAIL - fp.utm.my PENGESAHAN STATUS TESIS ... 2.2.1 Kontrak Pencapaian (Bai’ah) Bagi Pemimpin ... LDP - Latihan Dalam Perkhidmatan

xii

4.2 Penentuan Tema Dan Dapatan Analisis Persoalan Kajian 1 56

4.3 Analisis Temu Bual Dalam Menentukan Tema Bagi

Persoalan Kajian 2 61

4.4 Penentuan Tema Dan Dapatan Analisis Persoalan Kajian 2 62

4.5 Analisis Temu Bual Dalam Menentukan Tema Bagi

Persoalan Kajian 3 66

4.6 Penentuan Tema Dan Dapatan Analisis Persoalan Kajian 3 68

4.7 Taburan Responden Mengikut Jantina 73

4.8 Taburan Responden Mengikut Umur 73

4.9 Taburan Responden Mengikut Status 74

4.10 Taburan Responden Mengikut Tempoh Perkhidmatan Di

Sekolah Sekarang 75

4.11 Taburan Responden Mengikut pengalaman mengajar

secara Keseluruhan 76

4.12 Bangsa 76

4.13 Kelayakan Akademik Tertinggi 77

4.14 Kelayakan Ikhtisas 78

4.15 Taburan Min Masalah-Masalah Yang Dihadapi Guru-

Guru Dalam Meningkatkan Kecemerlangan Akademik

Bagi Mengekalkan Anugerah Tawaran Baru (Bai’ah)

Bagi Bidang Pengurusan Pentadbiran 81

4.16 Taburan Min Masalah-Masalah Yang Dihadapi Guru-

Guru Dalam Meningkatkan Kecemerlangan Akademik

Bagi Mengekalkan Anugerah Tawaran Baru (Bai’ah)

Bagi Bidang Pengurusan Akademik 85

4.17 Rumusan dapatan kajian kualitatif berdasarkan

Persoalan kajian. 86

Page 16: BAHARUN BIN ISMAIL - fp.utm.my PENGESAHAN STATUS TESIS ... 2.2.1 Kontrak Pencapaian (Bai’ah) Bagi Pemimpin ... LDP - Latihan Dalam Perkhidmatan

xiii

SENARAI RAJAH

Rajah Halaman

2.1 Carta Alir Pelaksanaan Tawaran Baru Untuk

Pemimpin Sekolah 20

Page 17: BAHARUN BIN ISMAIL - fp.utm.my PENGESAHAN STATUS TESIS ... 2.2.1 Kontrak Pencapaian (Bai’ah) Bagi Pemimpin ... LDP - Latihan Dalam Perkhidmatan

xiv

SENARAI SINGKATAN

BITB - Bayaran Insentif Tawaran Baru

EPRD - Bahagian Perancangan Dan Penyelidikan Dasar Pendidikan

FPK - Falsafah Pendidikan Kebangsaan

GPS - Gred Purata Sekolah

ITNM - Institut Terjemahan Negara Malaysia

JNJK - Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti

JPNJ - Jabatan Pelajaran Negeri Johor

KPM - Kementerian Pelajaran Malaysia

LDP - Latihan Dalam Perkhidmatan

LINUS - Literasi dan Numerasi

LNPT - Laporan Penilaian Prestasi Tahunan

NKRA - Bidang Keberhasilan Utama Negara

PEMANDU - Unit Pengurusan Prestasi Dan Pelaksanaan

PIBG - Persatuan Ibu Bapa dan Guru

PMR - Penilaian Menengah Rendah

SBT - Sekolah Berprestasi Tinggi

SK - Sekolah Kebangsaan

SJKC - Sekolah Jenis Kebangsaan Cina

SJKT - Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil

SPM - Sijil Persekolahan Malaysia

STPM - Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia

SKPM - Standard Kualiti Pendidikan Malaysia

UPSR - Ujian Penilaian Sekolah Rendah

Page 18: BAHARUN BIN ISMAIL - fp.utm.my PENGESAHAN STATUS TESIS ... 2.2.1 Kontrak Pencapaian (Bai’ah) Bagi Pemimpin ... LDP - Latihan Dalam Perkhidmatan

xv

SENARAI LAMPIRAN

Lampiran Halaman

A Instrumen Kajian 118

B Surat kelulusan untuk menjalankan kajian daripada

Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar

Pendidikan (EPRD), KPM 123

C Surat Pengesahan Menjalankan Kajian Daripada

Universiti Teknologi Malaysia. 124

D Surat kebenaran untuk menjalankan kajian di sekolah

daripada Pejabat Pelajaran Daerah Muar. 125

E Surat Permohonan Menjalankan Kajian 126

F Transkrip Temu bual 127

G Analisis Data Kuantitatif 149

Page 19: BAHARUN BIN ISMAIL - fp.utm.my PENGESAHAN STATUS TESIS ... 2.2.1 Kontrak Pencapaian (Bai’ah) Bagi Pemimpin ... LDP - Latihan Dalam Perkhidmatan

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Anugerah Tawaran Baru (Bai’ah) merupakan pengiktirafan atau anugerah

yang diberikan kepada sekolah-sekolah yang memenuhi kriteria yang ditetapkan

oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Dalam kenyataan oleh Muhyidin Yassin

menyatakan Tawaran Baru atau Bai’ah adalah satu antara inisiatif yang berkait

dengan Program Transformasi Kerajaan di bawah Bidang Keberhasilan Utama

Negara (NKRA) (Zinitulniza, 2012). Matlamat utama anugerah ini adalah untuk

mengiktiraf segala usaha yang telah dilaksanakan di sekolah dalam menaiktaraf

pendidikan di Malaysia. Anugerah Tawaran Baru (Bai’ah) terbuka kepada semua

sekolah yang menunjukkan peningkatan prestasi ke tahap yang cemerlang tanpa

mengira status sekolah tersebut sama ada sekolah bandar atau sekolah luar bandar.

Anugerah Tawaran Baru (Bai’ah) adalah anugerah yang dilaksanakan pada

setiap tahun yang bermula dari tahun 2010 dan penilaian prestasi sekolah adalah

berdasarkan kepada tahun semasa. Penilaian kecemerlangan sekolah dijalankan

dalam pelbagai cara yang mana pemilihan sekolah adalah berdasarkan kepada

Gred Purata Sekolah dan Skor Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM)

yang dinilai secara kendiri oleh pihak sekolah, pencapaian sekolah dalam

kurikulum dan kokurikulum serta kemenjadian murid dan kejayaan bekas-bekas

murid dalam kedua-dua bidang, kurikulum dan kokurikulum. Bagi memastikan

jaminan kualiti dan kesahihan Skor SKPM, pasukan Jemaah Nazir Sekolah akan

memantau dan melaksanakan verifikasi ke atas maklumat-maklumat yang telah

diberikan oleh pihak sekolah. Dalam kenyataan oleh Muhyidin Yassin, penilaian

Page 20: BAHARUN BIN ISMAIL - fp.utm.my PENGESAHAN STATUS TESIS ... 2.2.1 Kontrak Pencapaian (Bai’ah) Bagi Pemimpin ... LDP - Latihan Dalam Perkhidmatan

2

yang terperinci ini dilaksanakan melalui kaedah Standard Kualiti Pendidikan yang

dikendalikan oleh Jemaah Nazir Sekolah (Zinitulniza, 2012). Perkara ini amat

penting bagi memastikan bahawa sekolah-sekolah yang menerima Anugerah

Tawaran Baru (Bai’ah) ini benar-benar layak dan disahkan oleh Jemaah Nazir.

Anugerah Tawaran Baru (Bai’ah) merupakan anugerah yang disampaikan

terhadap pemimpin sekolah, guru-guru dan staf sokongan. Insentif yang diberikan

oleh pihak kerajaan ini adalah dalam bentuk kewangan yang mana pengetua atau

guru besar mendapat bayaran tertinggi iaitu RM7500, manakala 5% guru mendapat

RM1800 dan RM900 bagi setiap orang guru (Bahagian Sekolah Kementerian

Pelajaran Malaysia, 2011a). Atas sokongan semua pihak, kakitangan sokongan

juga diberikan imbuhan berupa wang sebanyak RM500 setiap orang (Bahagian

Sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia, 2011b). Kejayaan sekolah-sekolah yang

menerima anugerah ini dinilai dari pelbagai sudut. Antara watak yang memainkan

peranan yang penting dalam mengemudi sekolah ke arah kecemerlangan adalah

pengetua dan guru besar yang bertindak selaku pemimpin utama di organisasi

pendidikan selain dibantu oleh guru-guru dan juga staf-staf sokongan. Kejayaan

memimpin sekolah dengan berkesan serta membawa sekolah ke arah

kecemerlangan juga merupakan kriteria utama yang menyebabkan sekolah di

bawah pimpinan seseorang pengetua dan guru besar dipilih untuk dianugerahkan

Anugerah Tawaran Baru (Bai’ah). Anugerah Tawaran Baru (Bai’ah) adalah satu

inisiatif yang diperkenalkan kerajaan di bawah NKRA pendidikan bagi memberi

ganjaran dan pengiktirafan kepada pengetua dan guru besar dalam usaha mereka

melonjakkan kecemerlangan sekolah (Habsah, 2011). Pengiktirafan ini mampu

merangsang pengetua dan guru besar, guru-guru dan kakitangan sokongan yang

lain untuk bekerja dengan lebih tekun dan berkesan bagi memastikan taraf

pendidikan di Malaysia bertambah baik.

Anugerah Tawaran Baru (Bai’ah) yang dianugerahkan kepada sekolah-

sekolah yang pemimpinnya dapat memimpin sekolah dengan berkesan dan

menunjukkan peningkatan prestasi serta melepasi sasaran yang telah ditetapkan

oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Menurut Robiah (2003), seorang

pemimpin yang berkesan dan berjaya itu adalah seorang yang mampu menjadikan

organisasinya produktif, inovatif dan mengalami perubahan ke arah meningkatkan

Page 21: BAHARUN BIN ISMAIL - fp.utm.my PENGESAHAN STATUS TESIS ... 2.2.1 Kontrak Pencapaian (Bai’ah) Bagi Pemimpin ... LDP - Latihan Dalam Perkhidmatan

3

kuantiti dan kualiti hasilan atau produk organisasi. Pengetua dan guru besar yang

dapat memimpin sesebuah organisasi dengan berkesan adalah pemimpin yang

sebenar yang berjaya memenuhi aspirasi negara bagi melahirkan modal insan yang

berguna dan bakal pemimpin negara di masa hadapan. Perancangan, pelaksanaan

dan pemantauan terhadap sistem yang sedia ada di sekolah secara teratur amat

membantu sekolah dalam pencapaian akademik dan kokurikulum murid-murid.

Semua sekolah di negara ini telah disediakan dengan keperluan asas yang

mencukupi seperti kemudahan infrastruktur, bilangan guru terlatih, staf sokongan,

keperluan kewangan dan peralatan sekolah untuk kegunaan pengajaran (Utusan

Malaysia, 18 Februari 2011). Berdasarkan penyataan ini, adalah tidak mustahil

bagi setiap sekolah dalam negara ini mencapai prestasi yang cemerlang dan

melepasi sasaran yang telah ditetapkan oleh KPM. Justeru itu, semua sekolah

sebenarnya dicabar oleh KPM supaya menunjukkan prestasi yang cemerlang

selaras dengan bantuan yang telah diberikan oleh kerajaan. Adalah tidak mustahil,

semua sekolah di negara ini mampu meningkatkan prestasi dan keupayaan masing-

masing. Dengan lonjakan tersebut, sekolah-sekolah ini mampu dianugerahkan

dengan anugerah kecemerlangan atau lebih dikenali sebagai Anugerah Tawaran

Baru (Bai’ah). Hal ini kerana pihak Kementerian Pelajaran Malaysia mensasarkan

peningkatan bilangan sekolah yang dianugerahkan Anugerah Tawaran Baru

(Bai’ah) setiap tahun.

1.2 Latar Belakang Masalah

Cabaran sekolah dalam mengekalkan Anugerah Tawaran Baru (Bai’ah)

yang diterima merupakan satu cabaran yang amat sukar dan memerlukan

komitmen dari semua pihak dalam memastikan kecemerlangan dan prestasi

sekolah senantiasa berada di tahap yang terbaik. Namun begitu, mampukah

sekolah-sekolah yang telah menerima Anugerah Tawaran Baru (Bai’ah) ini

mengekalkan prestasi yang cemerlang dan mengekalkan Anugerah Tawaran Baru

(Bai’ah) untuk tahun-tahun berikutnya. Sehubungan dengan itu, pemimpin sekolah

khususnya pengetua dan guru besar perlu mempunyai perancangan yang teratur

Page 22: BAHARUN BIN ISMAIL - fp.utm.my PENGESAHAN STATUS TESIS ... 2.2.1 Kontrak Pencapaian (Bai’ah) Bagi Pemimpin ... LDP - Latihan Dalam Perkhidmatan

4

serta berterusan dalam mengekalkan Anugerah Tawaran Baru (Bai’ah) serta

prestasi sekolah dengan melonjakkan lagi potensi murid-murid ke tahap yang

tertinggi dalam bidang kurikulum dan kokurikulum. Pihak sekolah perlu

mengekalkan momentum kecemerlangan prestasi semasa dan membuat tambahan

lonjakan bagi mengukuhkan dan membuktikan yang sekolah benar-benar layak

menerima Anugerah Tawaran Baru (Bai’ah) untuk tahun-tahun berikutnya.

Dalam usaha menentukan kesinambungan penganugerahan Anugerah

Tawaran Baru (Bai’ah), teknik atau tindakan yang dipraktiskan oleh pengetua dan

guru besar memainkan peranan yang penting dalam memastikan guru-guru serta

staf sokongan terus mengekalkan kecemerlangan prestasi masing-masing dan

seterusnya akan melonjakkan pencapaian murid-murid dalam bidang kurikulum

dan kokurikulum. Namun, timbul isu bahawa dalam mengekalkan Anugerah

Tawaran Baru (Bai’ah), sejauh mana tindakan yang diambil pengetua dan guru

besar mempengaruhi pencapaian sekolah. Menurut Mohd Najib (2010), organisasi

yang berkesan memerlukan pemimpin yang berkesan boleh dibantu melalui

pengetahuan, kemahiran dan pengalaman mereka yang baik dalam perkara

tersebut. Oleh yang demikian, adalah menjadi satu keperluan bagi sesebuah

organisasi mempunyai pemimpin yang berkesan bagi mengekalkan Anugerah

Tawaran Baru (Bai’ah) dan memastikan organisasi berada di landasan yang tepat

dengan pencapaian yang cemerlang.

Istiqomah dalam pelaksanaan kepimpinan di sekolah juga merupakan satu

isu yang timbul dalam mengekalkan Anugerah Tawaran Baru (Bai’ah) yang telah

diperolehi berdasarkan kepada kecemerlangan dan pencapaian sekolah. Daya usaha

kepimpinan yang berterusan oleh pengetua dan guru besar merupakan satu contoh

yang diperlihatkan kepada guru-guru dan staf sokongan atas komitmen pengetua

dan guru besar dalam memastikan pencapaian dan prestasi sekolah bertambah baik

berbanding dengan sebelumnya. Menurut Lokman (2012), selaku pentadbir,

pemimpin pendidikan juga perlu memberikan sokongan dan bantuan yang

berterusan kepada pihak guru supaya mereka tidak bermotivasi rendah dan mampu

menjadi warga pendidik yang cekap, berkemahiran dan berhemah tinggi dalam

membimbing pelajar. Hal ini kerana, komitmen pemimpin dalam mengekalkan

Anugerah Tawaran Baru (Bai’ah) dapat membantu guru-guru dalam meningkatkan

Page 23: BAHARUN BIN ISMAIL - fp.utm.my PENGESAHAN STATUS TESIS ... 2.2.1 Kontrak Pencapaian (Bai’ah) Bagi Pemimpin ... LDP - Latihan Dalam Perkhidmatan

5

motivasi dan semangat terhadap pelaksanaan kerja. Dapatan kajian yang dijalankan

oleh Suhana (2012) yang mendapati isu kesediaan guru dalam mencapai tawaran

baru (bai’ah) seperti isu beban kerja pendokumentasian, tugas-tugas perkeranian,

proses pengajaran dan pembelajaran terabai dan kepimpinan instruksional. Isu-isu

yang dinyatakan akan menyebabkan komitmen dan motivasi guru-guru menurun

walaupun imbuhan yang diterima berupa sejumlah wang tetapi ketidakpuasan tidak

dapat diredakan dengan imbuhan yang diberikan. Berdasarkan kenyataan dapatan

kajian yang telah dilaksanakan, isu ini berada di tahap sederhana dan menjadi salah

satu permasalahan yang membelenggu guru-guru.

Anugerah Tawaran Baru (Bai’ah) dapat dikekalkan dengan sikap dan

tingkahlaku guru-guru yang berada di dalam organisasi tersebut yang memberikan

kerjasama yang baik dan sumbangan yang ikhlas dalam menjalankan amanah yang

diberikan. Penerimaan tugasan dengan hati terbuka memberikan gambaran yang

jelas terhadap komitmen guru-guru di sekolah dan merupakan punca utama

sesebuah sekolah itu boleh maju ke hadapan atau kekal statik dengan pencapaian

sedia ada. Oleh yang demikian, usaha-usaha untuk mengekalkan Anugerah

Tawaran Baru (Bai’ah) adalah usaha bersama oleh semua warga sekolah yang

mana setiap warga sekolah memainkan peranan masing-masing di samping

peringatan yang berterusan dan tunjuk ajar daripada pihak pentadbir dalam

memastikan hasil yang diperolehi adalah yang terbaik. Menurut Lokman (2011)

yang menyatakan bahawa untuk mencapai matlamat itu, pengetua dan guru besar

perlu sentiasa mengingatkan guru-guru agar sentiasa menjadikan matlamat dan

budaya sekolah sebagai panduan kepada merealisasikan kecemerlangan akademik.

Pernyataan ini menggambarkan bahawa peringatan terhadap visi dan misi sekolah

amat penting sebagai panduan dalam mencapai kejayaan sekolah seperti

mengekalkan Anugerah Tawaran Baru (Bai’ah) serta memastikan semua warga

sekolah tahu dan faham tentang hala tuju sekolah.

Dalam memastikan sekolah mengekalkan Anugerah Tawaran Baru (Bai’ah)

yang diterima, kecekapan guru melaksanakan tugas diambil kira. Kecekapan guru

dalam bidang ini bergantung pada pengalaman yang telah ditimba yang mana

kemahiran dalam pelaksanaan pengajaran dan menilai keperluan-keperluan murid

menjadi asas kepada keberkesanan tindakan guru. Oleh yang demikian, terdapat

Page 24: BAHARUN BIN ISMAIL - fp.utm.my PENGESAHAN STATUS TESIS ... 2.2.1 Kontrak Pencapaian (Bai’ah) Bagi Pemimpin ... LDP - Latihan Dalam Perkhidmatan

6

isu yang timbul berkaitan kecekapan guru melaksanakan pengajaran yang

berkesan, pelaksanaan program atau aktiviti dan penilaian terhadap murid. Guru-

guru yang berpengalaman hanya menghadapi sedikit masalah jika dibandingkan

dengan guru-guru baharu. Program yang boleh memantapkan guru boleh

dilaksanakan seperti yang diterangkan oleh Mohd Najib (2010), pekerja itu dapat

menambahkan pengalaman dan keupayaan mereka melalui latihan yang disediakan

oleh pihak pengurusan dan pengalaman yang dimiliki, pekerja akan dapat

memajukan diri dan kerjaya mereka. Tetapi pada realiti sebenar, sejauh mana

latihan yang diberikan dapat meningkatkan kecekapan guru.

Sebagai sebuah sekolah yang telah menerima Anugerah Tawaran Baru

(Bai’ah) beberapa kali dan berada berada di puncak kecemerlangan, pihak sekolah

tidak boleh mengambil ringan soal peningkatan dan pembangunan sumber

manusia. Ini akan menjadi asas kepada peningkatan daya kerja dan motivasi guru

dalam memastikan sekolah terus kekal cemerlang. Oleh yang demikian, guru juga

seperti insan yang lain yang memerlukan peningkatan ilmu pengetahuan selari

dengan perkembangan dunia semasa. Menurut Mohd Najib (2010), kepentingan

program pembangunan tenaga pekerja dapat diringkaskan kepada tiga aspek, iaitu

memperoleh maklumat, menguasai kemahiran, dan membawa perubahan tingkah

laku. Usaha-usaha ini dapat dicapai melalui pelaksanaan kursus dan Latihan Dalam

Perkhidmatan (LDP). Isu yang timbul ialah penyertaan yang menyeluruh dan

penglibatan sepenuhnya dari kalangan guru terhadap kursus atau Latihan Dalam

Perkhidmatan (LDP) yang dianjurkan oleh pihak sekolah. Keberkesan kursus

sering kali dipertikaikan dan perkongsian ilmu dalam kursus hanya berlaku secara

tidak langsung atau tidak sengaja. Perkara ini kerana, pelaksanaan kursus dan isi

kandungan dilihat kurang menarik penyertaan dan minat guru di samping

penerangan yang disampaikan kurang jelas akan membantutkan proses

pemindahan maklumat dikalangan guru-guru.

Untuk mengekalkan Anugerah Tawaran Baru (Bai’ah) yang diterima,

kerjasama dari ibu bapa dalam peningkatan pencapaian murid tidak dapat

disangkal lagi terutama dalam pencapaian cemerlang dalam peperiksaan awam

iaitu Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) bagi sekolah rendah dan Penilaian

Menengah Rendah (PMR), Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi

Page 25: BAHARUN BIN ISMAIL - fp.utm.my PENGESAHAN STATUS TESIS ... 2.2.1 Kontrak Pencapaian (Bai’ah) Bagi Pemimpin ... LDP - Latihan Dalam Perkhidmatan

7

Pelajaran Malaysia (STPM) bagi sekolah menengah. Namun begitu, terdapat

kekangan dalam membantu pihak sekolah mengekalkan Anugerah Tawaran Baru

(Bai’ah) dan kecemerlangan yang telah dicapai, di mana peranan ibu bapa dalam

membantu anak-anak mengulangkaji pelajaran selain menghantar anak-anak ke

pusat-pusat tuisyen bagi yang mampu. Kerjasama erat antara ibu bapa dan guru

sangat penting bagi warga sekolah dalam meningkatkan prestasi dan

kecemerlangan (Utusan Malaysia, 30 Mac 2010). Isu yang timbul di sini ialah

sejauh mana keberkesanan kerjasama dari pihak ibu bapa dalam mengekalkan

Anugerah Tawaran Baru (Bai’ah). Adakah ibu bapa yang prihatin ini menyumbang

kepada pengekalan Anugerah Tawaran Baru (Bai’ah) yang telah dicapai sebelum

ini?

Isu ini juga ditimbulkan dalam kajian lepas yang bertajuk ‘Pelaksanaan

Tawaran Baru (Bai’ah) Di Sekolah Rendah Daerah Muar’ oleh Suhana (2012), di

mana penyelidik telah mendapati bahawa komitmen dari pihak ibu bapa adalah

sangat lemah. Pihak sekolah amat memerlukan kerjasama ikhlas daripada ibu bapa

atau Persatuan Ibubapa Dan Guru (PIBG). Ibu bapa yang mempunyai kepakaran

dalam bidang tertentu diminta menyumbangkan tenaga dan buah fikiran yang

mereka untuk membantu Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) meningkatkan

kecemerlangan pelajar dan sekolah (Utusan Malaysia, 14 Januari 2013). Yang

menjadi isu di sini ialah sejauh mana kesediaan ibu bapa yang mempunyai

pengetahuan menghulurkan bantuan kepada sekolah dalam membantu pihak

sekolah mengekalkan Anugerah Tawaran Baru (Bai’ah) yang telah diterima

sebelum ini. Seperti yang telah diketahui umum, zaman yang serba maju ini

memerlukan komitmen yang lebih bagi menjamin kehidupan yang selesa dan

sejahtera. Oleh yang demikian, merupakan perkara yang mustahil bagi ibu bapa

yang mempunyai kerjaya meluangkan masa di sekolah dalam membantu guru-guru

dan sekolah dalam mengekalkan Anugerah Tawaran Baru (Bai’ah) yang telah

dikecapi. Walaupun begitu, tidak dinafikan bahawa para ibu bapa masih boleh

membantu pihak sekolah iaitu dengan memberikan tunjuk ajar sewaktu anak

melakukan ulangkaji di rumah.

Selain dari kerjasama yang diberikan, pihak ibu bapa perlu mengetahui hala

tuju dan matlamat sekolah yang ingin dicapai. Hal ini kerana komitmen dari ibu

Page 26: BAHARUN BIN ISMAIL - fp.utm.my PENGESAHAN STATUS TESIS ... 2.2.1 Kontrak Pencapaian (Bai’ah) Bagi Pemimpin ... LDP - Latihan Dalam Perkhidmatan

8

bapa khususnya Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG) amat penting dalam

menyokong pengekalan Anugerah Tawaran Baru (Bai’ah) dan mengekalkan

prestasi cemerlang sekolah. Pihak sekolah amat memerlukan sokongan ini agar

pencapaian prestasi semakin meningkat dan lebih banyak kejayaan akan digapai di

masa hadapan. Sudah menjadi hasrat kerajaan agar ibu bapa dapat bekerjasama

dengan PIBG untuk meningkatkan kecemerlangan pelajar sama ada dalam bidang

akademik mahupun sahsiah (Utusan Malaysia, 14 Januari 2012). Sehubungan

dengan itu, isu sokongan daripada ibu bapa merupakan isu utama dalam PIBG

yang amat sukar diselesaikan yang mana hanya segelintir ibu bapa yang sedia

memberikan sumbangan dari segi tenaga dan wang ringgit.

Isu yang berkaitan murid-murid adalah isu yang utama di sekolah-sekolah

yang mana isu ini sentiasa berterusan tahun demi tahun. Dalam mengekalkan

Anugerah Tawaran Baru (Bai’ah), isu ini dipandang serius dan cuba

diminimumkan bagi menaikkan pencapaian akademik dan meningkatkan prestasi

sekolah. Isu pertama berkaitan disiplin murid ialah sikap murid terhadap

pembelajaran. Sikap-sikap negatif murid-murid seperti sikap malas belajar, kerja

bertangguh, tidak melaksanakan kerja rumah yang diberikan guru, malas membaca

buku dan kurang membuat latihan tambahan perlu diatasi segera oleh pihak

sekolah. Hal ini kerana, pengekalan Anugerah Tawaran Baru (Bai’ah) adalah

berkait rapat dengan pencapaian akademik dan prestasi sekolah terutama yang

berkaitan peperiksaan awam yang mempunyai pemberatan 70% bagi Gred Purata

Sekolah (GPS) dalam pengiraan skor komposit sekolah, yang mana juga

dipengaruhi oleh sikap negatif murid-murid seperti yang telah dinyatakan

(Kementerian pendidikan Malaysia, 2010). Menurut Mohd Najib (2010), disiplin

yang tidak teratur dan tidak terkawal tidak akan mendatangkan satu output

pendidikan yang cemerlang. Oleh yang demikian, sejauh mana usaha dilakukan

oleh sekolah bagi memastikan isu ini tidak berlarutan sehingga menjejaskan

pencapaian akademik sekolah.

Dalam pengekalan Anugerah Tawaran Baru (Bai’ah), isu yang kedua

berkaitan murid ialah murid-murid yang berbeza yang menduduki peperiksaan

awam setiap tahun. Oleh itu, sudah pasti pencapaian akademik berbeza dan

bergantung sepenuhnya kepada kemampuan murid menjawab soalan yang

Page 27: BAHARUN BIN ISMAIL - fp.utm.my PENGESAHAN STATUS TESIS ... 2.2.1 Kontrak Pencapaian (Bai’ah) Bagi Pemimpin ... LDP - Latihan Dalam Perkhidmatan

9

dikemukakan dengan betul dan tepat. Dengan itu, cabaran yang amat besar bagi

sekolah dalam mengekalkan Anugerah Tawaran Baru (Bai’ah). Hal ini kerana 70%

penilaian dalam Tawaran Baru (Bai’ah) adalah berdasarkan peperiksaan awam

seperti UPSR, PMR, SPM dan STPM. Usaha-usaha gigih oleh pihak sekolah

dalam memberikan latihan dan bimbingan yang berterusan serta mengatasi setiap

kelemahan yang ada pada murid mampu mengekalkan Anugerah Tawaran Baru

(Bai’ah). Tetapi bagaimanakah pelaksanaan-pelaksanaan yang dilakukan oleh

pihak sekolah dalam mengatasi isu ini dan seterusnya mengekalkan Anugerah

Tawaran Baru (Bai’ah)?

Isu yang ketiga ialah isu sahsiah murid. Dalam penilaian Anugerah

Tawaran Baru (Bai’ah), kemenjadian murid merupakan antara kriteria yang

penting yang dinilai oleh jemaah nazir. Oleh yang demikian, sahsiah murid yang

baik dan cemerlang perlu seiring dengan pencapaian yang cemerlang. Generasi

baru yang dilahirkan oleh sekolah-sekolah mestilah cemerlang dari segi akademik

dengan sahsiah yang terpuji sebagai aset negara dan modal insan yang seimbang.

Penerapan nilai-nilai murni yang berkesan akan menghasilkan generasi yang

berpendirian teguh dan mengambil agama sebagai panduan hidup dan ini

menjamin kesejahteraan masyarakat dan negara. Di sini perlu dilihat bagaimana

sekolah menjalankan fungsinya sebagai institusi pendidikan yang mendidik dan

melahirkan insan yang kamil sebagai generasi masa hadapan.

Penyertaan staf sokongan sedikit sebanyak dapat membantu guru-guru

dalam menangani isu-isu yang berkaitan dengan murid. Sehubungan dengan itu,

sanggupkah staf sokongan secara sukarela memainkan peranan dalam

mengekalkan Anugerah Tawaran Baru (Bai’ah) sekolah? Di samping itu, staf

sokongan juga mendapat ganjaran berupa wang dalam Bayaran Insentif Tawaran

Baru (BITB) Anugerah Tawaran Baru sekiranya sekolah berjaya mendapat

pengiktirafan ini. Oleh yang demikian, staf sokongan juga perlu melibatkan diri

secara langsung dalam mengekalkan Anugerah Tawaran Baru (Bai’ah) yang

diterima oleh sekolah.

Isu cabaran mengekalkan Anugerah Tawaran Baru (Bai’ah) seterusnya

ialah isu persekitaran sekolah. Persekitaran sekolah yang kondusif dan

Page 28: BAHARUN BIN ISMAIL - fp.utm.my PENGESAHAN STATUS TESIS ... 2.2.1 Kontrak Pencapaian (Bai’ah) Bagi Pemimpin ... LDP - Latihan Dalam Perkhidmatan

10

bermaklumat dapat menarik minat murid untuk mendapatkan maklumat tambahan

yang lain dari apa yang diperolehi dalam bilik darjah. Ini dapat membantu murid

menambah pengetahuan dan belajar sambil berekreasi di kawasan sekolah serta

boleh membuatkan murid berasa seronok bila berada di sekolah. Menurut

Muhyiddin Yassin, kita mahu mencabar mereka untuk mewujudkan persekitaran

lebih kondusif kerana situasi yang begitu mampu menyokong proses pembelajaran

dan pengajaran di dalam dan di luar bilik darjah (Zinitulniza, 2012). Hal ini kerana,

terdapat tarikan yang positif oleh murid-murid terhadap sekolah dan akan

merasakan suatu kehilangan jika mereka tidak ke sekolah. Dengan ini, secara tidak

langsung pencapaian murid-murid akan meningkat dan dapat mengekalkan

Anugerah Tawaran Baru (Bai’ah) yang telah diterima.

Dalam memastikan Anugerah Tawaran Baru (Bai’ah) ini kekal, pihak

sekolah perlu bekerja dengan lebih kuat agar dapat memastikan pencapaian dan

prestasi sekolah dapat dikekalkan atau wujudnya peningkatan prestasi. Menurut

Muhyidin Yassin, menerusi inisiatif ini, kita sebenarnya mencabar mereka untuk

memenuhi pelbagai kriteria ketat yang telah kita tetapkan (Zinitulniza, 2012).

Sesebuah sekolah berpeluang untuk menerima Anugerah Tawaran Baru (Bai’ah)

untuk tahun-tahun berikutnya tetapi perlu mengekalkan atau menaikkan Gred

Purata Sekolah (GPS), Skor Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM) serta

beberapa kriteria lain seperti yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia

(KPM).

1.3 Pernyataan Masalah

Anugerah Tawaran Baru (Bai’ah) adalah satu anugerah yang berfokuskan

kepada kecemerlangan pencapaian sekolah sebagai asas dalam penilaian oleh

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Penilaiannya yang ketat dan

memberikan imbuhan yang lumayan membuatkan sekolah-sekolah berlumba-

lumba untuk mendapat anugerah ini bagi membuktikan yang sekolah yang terpilih

adalah yang terbaik dalam kalangan sekolah-sekolah di seluruh Malaysia. Pengetua

dan guru besar juga bersaing secara sihat dalam memastikan sekolah yang diterajui

mendapat pencapaian dan prestasi yang cemerlang. Pencapaian ini amat

Page 29: BAHARUN BIN ISMAIL - fp.utm.my PENGESAHAN STATUS TESIS ... 2.2.1 Kontrak Pencapaian (Bai’ah) Bagi Pemimpin ... LDP - Latihan Dalam Perkhidmatan

11

dibanggakan yang mana membuktikan pentadbiran sekolah cekap dan berkesan

selain imbuhan atau insentif untuk pengetua dan guru besar yang lumayan.

Walau bagaimanapun, pencapaian hari ini bukanlah satu penentuan yang

kekal bagi sesebuah organisasi pendidikan tanpa pelaksanaan sesuatu program

yang berkesan dan berterusan yang boleh meningkatkan kecemerlangan sekolah.

Antara isu yang timbul di peringkat sekolah dalam mengekalkan Anugerah

Tawaran Baru (Bai’ah) adalah isu ketidakcekapan guru dalam memastikan

kemenjadian dan peningkatan prestasi murid. Kurangnya kerjasama dan sokongan

daripada ibu bapa juga menyukarkan sekolah mengekalkan pencapaian dan prestasi

murid. Perbezaan pencapaian murid bergantung pada diri individu itu sendiri serta

pencapaian mereka dalam peperiksaan awam adalah faktor utama yang

menyumbang kepada skor Gred Purata Sekolah (GPS) yang dinilai dalam

penganugerahan Anugerah Tawaran Baru (Bai’ah). Kekurangan dalam kerjasama

dan sokongan oleh guru-guru dan staf-staf sokongan akan memberikan impak yang

negatif dan menimbulkan kesukaran dalam pelaksanaan program-program

kecemerlangan murid. Persekitaran sekolah yang tidak kondusif dan selesa bagi

murid-murid menyukarkan penerimaan ilmu pengetahuan yang disampaikan oleh

guru-guru.

Potensi dan kecekapan guru amat penting dalam kesinambungan

pencapaian dan prestasi cemerlang sekolah. Namun demikian, isu kekurangan ilmu

pengetahuan yang bersesuaian dengan kehendak semasa murid dan kurangnya

latihan kepada guru-guru akan mempengaruhi pencapaian murid. Sepatutnya guru-

guru dihantar menjalani kursus dalaman atau luaran bagi meningkatkan

pemahaman dan pengalaman bagi membangunkan potensi diri dan menyumbang

kepada pengekalan Anugerah Tawaran Baru (Bai’ah).

Hubungan yang erat yang terjalin antara ibu bapa, PIBG dan pihak sekolah

amat penting dalam memastikan Anugerah Tawaran Baru (Bai’ah) dapat

dikekalkan. Kerjasama sepenuhnya daripada ibu bapa amat ditagih oleh pihak

sekolah dalam membantu sekolah meningkatkan prestasi murid-murid. Penglibatan

ibu bapa dalam proses pembangunan murid-murid akan memberikan impak yang

sangat berkesan kepada murid-murid itu sendiri. Hubungan dua hala yang baik

Page 30: BAHARUN BIN ISMAIL - fp.utm.my PENGESAHAN STATUS TESIS ... 2.2.1 Kontrak Pencapaian (Bai’ah) Bagi Pemimpin ... LDP - Latihan Dalam Perkhidmatan

12

antara pihak sekolah dan ibu bapa adalah perlu dalam menaikkan kecemerlangan

sekolah.

Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti tindakan pihak sekolah dalam

mengekalkan kecemerlangan sekolah amnya dan Anugerah Tawaran Baru (Bai’ah)

khususnya. Pihak pentadbir sekolah iaitu pengetua dan guru besar perlu mengambil

langkah yang berkesan dan perancangan yang teratur bagi mengatasi masalah-

masalah iaitu kekurangan dan kelemahan dalam meningkatkan kecemerlangan

sekolah. Pengetua dan guru besar serta warga sekolah perlu memainkan peranan

yang berkesan dalam memantapkan dan meningkatkan pencapaian cemerlang

sekolah.

1.4 Objektif Kajian

Kajian ini memfokuskan kepada peningkatan kecemerlangan sekolah.

Secara khususnya, kajian ini dijalankan dengan tujuan untuk mengenalpasti

tindakan guru besar atau pihak sekolah dalam mengekalkan Anugerah Tawaran

Baru (Bai’ah) di sekolah, objektif kajian adalah seperti berikut :

1. Mengenalpasti pelaksanaan dan tindakan guru besar dalam mengekalkan

Anugerah Tawaran Baru (Bai’ah).

2. Mengenalpasti masalah-masalah yang dihadapi oleh guru besar dalam

mengekalkan Anugerah Tawaran Baru (Bai’ah).

3. Mengenalpasti strategi pihak pengurusan sekolah untuk mengatasi masalah-

masalah yang dihadapi dalam mengekalkan Anugerah Tawaran Baru

(Bai’ah).

4. Mengenalpasti masalah-masalah yang dihadapi guru-guru dalam

mengekalkan Anugerah Tawaran Baru (Bai’ah) yang telah diterima dalam

bidang pengurusan pentadbiran.

Page 31: BAHARUN BIN ISMAIL - fp.utm.my PENGESAHAN STATUS TESIS ... 2.2.1 Kontrak Pencapaian (Bai’ah) Bagi Pemimpin ... LDP - Latihan Dalam Perkhidmatan

13

5. Mengenalpasti masalah-masalah yang dihadapi guru-guru dalam

mengekalkan Anugerah Tawaran Baru (Bai’ah) yang telah diterima dalam

bidang pengurusan akademik.

1.5 Persoalan Kajian

Kajian dijalankan adalah bagi menjawab persoalan kajian seperti berikut :

1. Apakah perkara-perkara yang dilaksanakan oleh guru besar dalam

mengekalkan Anugerah Tawaran Baru (Bai’ah)?

2. Apakah masalah-masalah yang dihadapi oleh guru besar dalam

mengekalkan Anugerah Tawaran Baru (Bai’ah)?

3. Bagaimanakah strategi pihak pentadbir sekolah untuk mengatasi

masalah-masalah yang dihadapi dalam mengekalkan Anugerah

Tawaran Baru (Bai’ah)?

4. Apakah masalah-masalah yang dihadapi guru-guru dalam

meningkatkan kecemerlangan akademik bagi mengekalkan Anugerah

Tawaran Baru (Bai’ah) dalam bidang pengurusan pentadbiran?

5. Apakah masalah-masalah yang dihadapi guru-guru dalam

meningkatkan kecemerlangan akademik bagi mengekalkan Anugerah

Tawaran Baru (Bai’ah) dalam bidang pengurusan akademik?

1.6 Kepentingan Kajian

Adanya kajian ini, kita dapat mengenalpasti bahawa cabaran utama dalam

mengekalkan Anugerah Tawaran Baru (Bai’ah) yang telah diperolehi oleh pihak

sekolah berdasarkan kepada pencapaian dan prestasi sekolah sedia ada. Beberapa

kriteria yang ketat dinilai dalam penganugerahan Tawaran Baru (Bai’ah)

termasuklah penggunaan kombinasi Gred Purata Sekolah dan Skor Standard

Page 32: BAHARUN BIN ISMAIL - fp.utm.my PENGESAHAN STATUS TESIS ... 2.2.1 Kontrak Pencapaian (Bai’ah) Bagi Pemimpin ... LDP - Latihan Dalam Perkhidmatan

14

Kualiti Pendidikan Malaysia yang perlu dikekalkan atau ditingkatkan nilai kepada

yang lebih baik. Dalam kenyataan Muhyiddin Yassin, Timbalan Perdana Menteri

yang menyatakan penilaian dibuat dengan berpandukan kepada peningkatan yang

berjaya direkodkan berbanding pencapaian pada tahun sebelumnya (Zinitulniza,

2012).

Kajian ini juga diharap dapat memberikan gambaran sebenar tentang

cabaran-cabaran utama sesebuah sekolah dalam mengekalkan Anugerah Tawaran

Baru (Bai’ah) yang diterima untuk masa hadapan. Selain itu, dapatan yang

diperolehi akan dapat membantu pelbagai pihak terutama Pejabat Pelajaran Daerah

yang berhasrat untuk meningkatkan pencapaian prestasi sekolah dan sebagai

pembimbing atau rujukan kepada sekolah yang berhasrat untuk mengapai

Anugerah Tawaran Baru (Bai’ah).

Kajian ini juga penting dalam bidang akademik kerana, dengan

menjalankan kajian ini dapat menambahkan lagi bahan ilmiah dalam pendidikan

dan dimanfaatkan oleh pengkaji-pengkaji lain untuk terus diperkembangkan lagi

melalui perspektif yang berlainan. Kajian mengenai Anugerah Tawaran Baru

(Bai’ah) ini perlu dijalankan dalam usaha meningkatkan taraf pendidikan di

Malaysia sehingga bertaraf dunia selaras dengan Pelan Pembangunan Pendidikan

Malaysia (2013-2025) (Termizi, 2012).

1.7 Tujuan Kajian

Cabaran Anugerah Tawaran Baru (Bai’ah) ini bertujuan untuk

mendedahkan masalah-masalah yang perlu diatasi oleh sekolah-sekolah dalam

melonjakkan pencapaian dan prestasi sekolah. Maka, tujuan kajian ini

dilaksanakan adalah untuk mengenalpasti tentang cabaran-cabaran utama sekolah

dalam meningkatkan prestasi sekolah dan menerima Anugerah Tawaran Baru

(Bai’ah) secara berterusan setiap tahun.

Page 33: BAHARUN BIN ISMAIL - fp.utm.my PENGESAHAN STATUS TESIS ... 2.2.1 Kontrak Pencapaian (Bai’ah) Bagi Pemimpin ... LDP - Latihan Dalam Perkhidmatan

15

1.8 Batasan Kajian

Kajian Cabaran Tawaran Baru (Bai’ah) ini satu inisiatif baru dalam sistem

pendidikan di Malaysia bagi menggalakkan sekolah-sekolah terus meningkatkan

kecemerlangan dari pelbagai aspek. Sehubungan dengan itu, kajian ini merupakan

satu keperluan untuk melihat dan menilai cabaran-cabaran utama di sekolah.

Kajian ini dilakukan kepada lima buah sekolah rendah daerah Muar yang telah

berjaya mengekalkan Anugerah Tawaran Baru (Bai’ah) selama tiga tahun berturut-

turut iaitu pada tahun 2010, 2011 dan 2012. Kajian ini juga tidak mengambil kira

jenis sekolah sama ada SK, SJKC dan SJKT. Namun demikian, sekolah yang

terlibat hanya sekolah kebangsaan sahaja yang berjaya mengekalkan Anugerah

Tawaran Baru (Bai’ah) buat kali ketiga berturut-turut.

1.9 Definisi Istilah

1.9.1 Tawaran Baru (Bai’ah)

Tawaran Baru (Bai’ah) merupakan suatu inisiatif di bawah NKRA

pendidikan, bagi memberi ganjaran kepada Pengetua dan Guru Besar berdasarkan

kepada Prestasi Pencapaian (Performance Based Assessment). Pengetua dan Guru

Besar yang menunjukkan peningkatan pencapaian yang cemerlang melebihi

sasaran yang ditetapkan akan diberikan imbuhan yang menarik. Bagi Pengetua dan

Guru Besar yang tidak mencapai sasaran yang ditetapkan, mereka dikehendaki

mengikuti Program Pembangunan Prestasi yang releven dengan keperluan masing-

masing yang akan dikendalikan oleh pihak Institut Aminuddin Baki (Jemaah Nazir

Jaminan Kualiti, 2010).

1.9.2 Bayaran Insentif Tawaran Baru (BITB)

Insentif berbentuk kewangan yang diberikan warga sekolah yang berjaya

mendapat Anugerah Tawaran Baru (Bai’ah) yang menepati syarat dan kriteria yang

ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Ganjaran kewangan yang

Page 34: BAHARUN BIN ISMAIL - fp.utm.my PENGESAHAN STATUS TESIS ... 2.2.1 Kontrak Pencapaian (Bai’ah) Bagi Pemimpin ... LDP - Latihan Dalam Perkhidmatan

16

disediakan untuk pengetua dan guru besar ialah RM7500, 5% guru-guru cemerlang

layak menerima RM1800, guru-guru lain akan menerima RM900 setiap orang

(Bahagian Sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia, 2011a) dan Kumpulan

Sokongan Bukan Guru adalah sebanyak RM500.00 (Bahagian Sekolah

Kementerian Pendidikan Malaysia, 2011b) yang memenuhi syarat-syarat yang

dinyatakan dalam Pekeliling tersebut.

1.9.3 Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) Pendidikan

NKRA pendidikan melibatkan pendidikan yang berkualiti dan

berkemampuan, antara empat sub NKRA telah dikenal pasti iaitu 1) Prasekolah, 2)

LINUS, 3) Sekolah Berprestasi Tinggi dan 4) Tawaran Baru kepada

Pengetua/Guru Besar (Norliza,2010).

1.9.4 Kepimpinan

Kepimpinan dapat ditafsirkan sebagai kemampuan pemimpin untuk

mempengaruhi dan membantu pengikut supaya terlibat dan bermotivasi dalam

melaksanakan tugas berlandaskan matlamat dalam organisasi (Lokman Tahir,

2012).

1.10 Kesimpulan

Anugerah Tawaran Baru (Bai’ah) adalah berdasarkan kepada

kecemerlangan sekolah dan kemenjadian murid yang dinilai melalui instrumen

Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM) 2010 dan Nilai Gred Purata

Sekolah (GPS) yang berasaskan keputusan peperiksaan awam Malaysia. Dalam

mengekalkan Anugerah Tawaran Baru (Bai’ah), beberapa perkara

dipertimbangkan dan dikaji berdasarkan kepada pencapaian oleh sekolah-sekolah

yang berkenaan. Tahap kecemerlangan sekolah diukur berdasarkan skor-skor

tertentu seperti yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Bagi

Page 35: BAHARUN BIN ISMAIL - fp.utm.my PENGESAHAN STATUS TESIS ... 2.2.1 Kontrak Pencapaian (Bai’ah) Bagi Pemimpin ... LDP - Latihan Dalam Perkhidmatan

17

mencapai sasaran tersebut, segala permasalahan yang berlaku di sekolah perlu

segera ditangani bagi memastikan prestasi sekolah berada di tahap yang tinggi.

Pengetua dan guru besar juga mesti melaksanakan tugas dengan berkesan dengan

gaya kepimpinan yang sesuai dengan situasi sekolah yang dipimpinnya. Guru-guru

juga perlu meningkatkan pengetahuan dalam melaksanakan tugas agar lebih efektif

dan memberikan impak yang besar kepada anak-anak didik di sekolah. Dengan ini,

Anugerah Tawaran Baru (Bai’ah) dapat dikekalkan.

Sekolah yang cemerlang ialah sekolah cemerlang dari semua aspek iaitu

dari kepimpinan pengetua dan guru besar, kemantapan guru-guru dan kemenjadian

murid yang cemerlang dalam akademik dan sahsiah. Selain itu, kerjasama dan

sokongan yang kuat daripada PIBG, meningkatkan lagi kecemerlangan sekolah.