bahan plug tmk t5 - 28.10.2014- 6. pencarian internet.emel.cloud

Upload: vijaen-cool-

Post on 02-Mar-2016

42 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Bahan Plug Tmk t5 - 28.10.2014- 6. Pencarian Internet.emel.Cloud

TRANSCRIPT

PowerPoint Presentation

KAEDAH PENCARIAN MAKLUMAT

PENGGUNAAN EMEL

PENGKOMPUTERAN AWAN (CLOUD COMPUTING)KAEDAH PENCARIAN MAKLUMAT

Merupakan langkah-langkah mencari maklumat secara sistematik dan efektif.Biasanya, cari maklumat hanya masukkan kata kunci atau frasa sahaja.Lebih baik merancang pencarian maklumat dengan menggunakan teknik pencarian melalui enjin pencarian bagi mendapatkan kualiti dalam penghasilannya.

Tentukan maklumat dalam bentuk ayat.Contoh :

Buangkan kata penghubung atau kata sendi dalam ayat.Contoh :

3.Gariskan perkataan yang tinggal. Cuba kenal pasti kata kunci alternatif, perkataan-perkataan yang boleh gantikan kata kunci yang disenaraikan seperti sinonim dan maksud yang lebih luas.Contoh :

4.Tambahkan operator Boolean AND atau NOT antara kata kunci yang telah dikenalpasti.Contoh :

Pencarian boleh diperincikan lagi dengan menggunakan teknik-teknik berikut :-Pangkasan (truncation) - kegiatan >> >> giat-Berfrasa - jati diri-Wild card - *giat* >> >> kegiatan, penggiat, plagiat-Operator Boolean - AND, OR, NOT-Kombinasi pangkasan dan Boolean-Nesting - (murid OR pelajar)ANDjati diri

Ayat topik yang asal telah ditukarkan menjadi pernyataan carian.

OPERATOR BOOLEAN

AND, OR dan NOT

Operator AND diletakkan antara kata kunci yang digunakan dalam pencarian.Contoh : Kecilkan hasil pencarian laman yang ada kedua-dua perkataan sahsiah dan sikap di dalamnya.

Meletakkan Operator OR di antara kata kunci untuk memperluaskan hasil pencarian.Contoh : Luaskan hasil pencarian kepada laman yang mengandungi salah satu atau kedua-dua perkataan sahsiah dan sikap di dalamnya.

Operator NOT untuk mengecilkan hasil pencarian. Contoh : Carian jati diri NOT sikap akan mengecilkan carian kepada laman yang ada perkataan jati diri tetapi tidak ada perkataan sikap.

Maklumat yang diperoleh dari internet perlu dinilai kualiti, kesahihan dan ketepatan. Terdapat beberapa cara yang berkesan untuk menilai maklumat yang diperoleh dari internet. Antaranya :

1. Model ASPECT (Authority, Sources, Purpose, Evenness, Coverage, Timeliness)

2.Model ROAR (Reliability, Objectivity, Accuracy, Relevance)

3.Model RADCAB (Relevancy, Appropriateness, Detail, Currency, Authority, Bias)

Bahagian ini menjelaskan model ASPECT dengan lebih lanjut bagaimana kaedah menilai maklumat secara kritikal.

Aspect Authority (Autoriti)-Ketahui siapa pengarang atau orang yang bertanggungjawab terhadap bahan yang diterbitkan.-Adakah isu yang dibincangkan merupakan kepakaran pengarang atau pihak yang bertanggungjawab.-Ketahui reputasi penerbit yang menerbitkan maklumat tersebut.

Aspect Source (Sumber) - Adakah maklumat yang diperoleh itu merupakan fakta? -Apakah sumber rujukan atau dokumentasi yang digunakan? -Adakah maklumat tersebut diperoleh daripada sumber yang boleh dipercayai?

3.Aspect Purpose (Tujuan) -Apakah tujuan atau objektif maklumat itu diterbitkan? -Siapakah sasaran maklumat itu diterbitkan?

Aspect Evenness (Kesamarataan)-Adakah maklumat tersebut mempunyai kecenderungan untuk menyebelahi mana-mana pihak?-Adakah maklumat tersebut berkecenderungan untuk mempengaruhi mana-mana pihak?

Aspect Coverage (Liputan)-Apakah topik yang diliputi oleh sumber berkenaan-Sejauh manakah topik berkenaan diterokai atau dibincangkan?

Aspect Timeliness (Kekinian)-Bilakah sumber maklumat berkenaan diterbitkan?-Adakah laman tersebut sering dikemaskini atau mempunyai kecenderungan untuk kekal lama?

PENGGUNAAN EMEL

Bagaimana Mengakses E-mel Anda Dalam VLE Frog

Untuk menggunakan emel di dalam VLE Frog anda boleh menggunakan URL VLE sekolah. Contoh : https://XXXXXX.1bestarinet.netPaparan login ini akan dipaparkan.

Gunakan YES ID VLE Frog yang telah diberikan oleh pihak Admin sekolah.Contoh: [email protected] dan katalaluan: xxxxxxxxxxSetelah anda login, di Frog Bar klik ikon QuickLaunch5.Quick Launch pada FrogBar akan dipaparkan dan klik ikon Email. E-mel anda akan terbuka dalam tetingkap baru.

6.E-mel tersebut akan memaparkan Inbox anda secara automatik. Ini bermaksud, jika anda sudah pun berada dalam VLE Frog, anda tidak perlu lagi untuk log masuk ke dalam akaun e-mel anda.

Cara membina Contacts Group

Klik ikon menu Maildisebelah Inbox Gmail anda.

2.Klik Contacts dan seterusnya klik ikon New Contact.

Taipkan nama kenalan anda didalam kotak nama untuk menambahkan kenalan kumpulan emel.Klikbahagian atas senaraidanklik ikonkumpulan.Dan akhir sekali anda boleh menambahkan lagi nama kenalan atau keluar dari menu kumpulan emel.Kumpulan emel anda akan dipaparkan disebelah kiri My Contact.

Bagaimanauntuk menggunaContact Group semasa menghantar emel

Karang satu e-melSelain daripada anda ingin menghantar emel kepada seorang individu, anda juga bolehmemasukkan Group Emel pada kotak teks TO. Gmailakan dihasilkansecara automatikalamat emeldi kelompok itu.

Menambah Fail dalam Emel

Langkah-langkah menyisip fail dalam Gmail:Dalam Gmail, klik butang ComposeKlik ikon klip kertas seperti dibawah

Cari fail yang anda ingin lampirkan dalam emel di komputer anda.Klik buka (Open).Seterusnya fail yang telah dipilih boleh dihantar dengan menekan butang send.Untuk menutup tetingkap e-mel, klik tanda X pada tab pelayar dan anda akan kembali ke tetingkap VLE Frog .

PENGKOMPUTERAN AWANCLOUD COMPUTING

Pembangunan dan penggunaan teknologi komputer berasaskan internet.

Satu kaedah memanfaatkan perkomputeran sebagai satu perkhidmatan bukannya produk di mana sumber.

Aplikasi dan maklumat yang disediakan dalam komputer atau peranti lain(seperti iPhone, iPad,iPod, Android, Blackberry dan sebagainya) sebagai satu utiliti melalui rangkaian(internet).Pengguna tidak bergantung kepada komputer tertentu sahaja atau tempat tertentu sahaja, sebaliknya boleh menggunakan mana-mana komputer atau peranti mudah alaih asalkan ada capaian internet.

Pengkomputeran awan adalah proses anda menggunakan internet sebagai tempat untuk menyimpan segala data sama ada dokumen, gambar, lagu, rakaman suara mahupun video.

Aplikasi pengkomputeran awan ini boleh digunakan secara individu atau dalam bilangan pengguna yang ramai.

Pengkomputeran AwanPerbandingan Traditional HostingMengikut permintaan. Biasanya mengikut minit dan jamKos Kos tinggi kerana perlu menyediakan perkakasan, perisian dan penyelenggaraanPengguna boleh membeli perkhidmatan pada bila-bila masaKebolehcapaianWaktu tertentu sahaja. Contohnya waktu pejabatPerkhidmatan diuruskan sepenuhnya oleh pembekal vendor, pengguna hanya memerlukan internet dan komputer/tablet/smartphone sahajaPengurusan SistemPerlu melibatkan banyak pihak dan memerlukan masa yang lebih lama

1. PIXLRAlamat: www.pixlr.comKegunaan: Aplikasi suntingan imejKelebihan: pengguna dapat menggunakan aplikasi ini secara optimum sepertimana aplikasi suntingan lain seperti Adobe Photoshop tanpa perlu memiliki sebuah komputer spesifikasi tinggi

2. GOOGLE APPSAlamat: http://www.google.com

Kegunaan: Pengguna boleh menggunakan beberapa aplikasi termasuk pemprosesan kata, hamparan kerja dan persembahan melalui Google Docs. Untuk menggunakan kemudahan Google Apps, pengguna perlu mempunyai akaun Google (Gmail)

Kelebihan : i. Pengguna boleh menghasilkan dokumen-dokumen tersebut melalui internet tanpa install perisian dalam komputer ii. Boleh dikongsi dengan pengguna lain melalui kaedah sharing.

3. WINDOWS LIVE-SKYDRIVEAlamat: http://www.skydrive.com (Aplikasi ini untuk pengguna Hotmail)Kegunaan/Kelebihan:i. Kemudahan aplikasi Microsoft Office secara dalam talian.ii. Ruang penyimpanan(cloud storage) yang agak besar di internet iaitu Sky Drive.iii. Boleh kongsi fail dengan pengguna lain melalui kaedah sharing

4. STORAN-DROPBOXAlamat: http://www.dropbox.comKegunaan: Satu sevis penyimpanan atau storan yang menggunakan teknologi pengkomputeran awan sebagai nadinya. Ruang storan yang disediakan adalan 2 GB.

Kelebihan: i. Ruang storan yang besar iaitu 2 GBii. Menjimatkan wang kerana tidak perlu membeli peranti storan. Pengguna Dropbox ada fail backup iaitu di komputer dan di awan.iii. Boleh kongsi fail dengan pengguna lain.iv. Boleh akses melalui peranti mudah alih seperti Blackberry, iPhone, Android dan iPad. Ini membolehkan anda mengakses dokumen anda bila-bila masa dan di mana-mana.

Format dokumen yang sesuai (compatible File Format)Aplikasi pemprosesan kata, hamparan kerja(spreadsheet) dan persembahan(presentation) juga boleh diperolehi melalui pengkomputeran awan. Contoh:Google DocsMeningkatkan prestasi dan kemampuan komputerPrestasi dan kemampuan komputer akan dapat dipertingkatkan apabila penggunaan pengkomputeran ini digunakan secara maksimumKebolehcapaian fail yang meluasSistem dapat dicapai tidak mengira masa, lokasi dan peranti selagi pengguna mempunyai capaian internet

Kebolehpercayaan data penyimpananData penyimpanan disimpan diruang awanBoleh juga digunakan untuk salinan(backup) data-data penting. Satu di komputer satu lagi di awan.Website menggunakan secured connection httpsRuang storan yang tiada hadPengguna atau syarikat boleh menyimpan sebanyak mana data/maklumat di ruang storan yang tiada hadMengurangkan kosBagi syarikat, kos pengurusan akan dapat dijimatkan dari segi perkongsian sumber yang boleh dibuat di kalangan staf atau pengguna-pengguna lain.

Tidak perlu membeli perkakasan atau server, aplikasi dan melatih pekerja untuk menguruskan server dan aplikasi tersebut.Tidak perlu membayar pembelian atau penyelenggaraan.Kos bergantung kepada berapa banyak pemakaian dan perjanjian kontrak.Menjimatkan kertas, masa dan tenaga

Kolaborasi berkumpulan yang lebih mudahFail atau dokumen juga boleh dikongsi dengan tanpa had bilangan pengguna.Kemampuan sharing PC to PC audio dan video.Sistem pengurusan dan operasi yang lebih mudahData maklumat peribadi atau syarikat dapat disimpan, dipantau dan diatur dengan lebih mudah

Keperluan internetMasalah akan timbul jika tiada capaian internet atau kurang stabilSekiranya sistem talian internet terganggu atau bermasalah, capaian data turut terganggu. Seterusnya mengganggu aktiviti harian pengguna atau syarikatKeselamatanMasih tidak dapat dipastikan tahap keselamatan penggunaan pengkomputeran awan ini.Walaupun mempunyai katalaluan, ia boleh dipecah masuk oleh penggodam yang berkemahiran.Ketidakpastian keadaan pelayan(server)Oleh kerana pelayan di awan, masih terdapat ketidakpastian keadaan pelayan pengkomputeran awan.Antara kemungkinan yang boleh terjadi ialah server down atau terlebih beban(overload)