bahan kemahiran berbahasa.docx

12
Kemahiran Berbahasa 1. Definisi Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, perkataan ‘kemahiran’ bermaksud kepandaian atau kecekapan seseorang individu. Manakala ‘berbahasa’ pula membawa maksud mempunyai bahasa , menggunakan bahasa, bercakap dalam sesuatu bahasa. Maka definisi Kemahiran Berbahasa boleh disimpulkan sebagai sesuatu kebolehan atau kepandaian seseorang individu itu berbahasa (bertutur) dalam suatu bahasa. Kemahiran berbahasa juga merupakan satu kemahiran atau kecekapan seseorang untuk menerima dan mentafsir maklumat melalu pendengaran, pertuturan, pembacaan dan penulisan. Lazimnya seseorang yang mahir berbahasa ialah orang yang pendengaran dan pertuturannya baik. Kemahiran mendengar merupakan kemahiran utama yang perlu dikuasai oleh kanak-kanak sebelum mereka boleh mengujarkan perkataan atau bunyi dalam proses awal untuk bercakap. Konsepnya, kanak-kanak lazimnya akan mengajuk atau mengikut percakap ahli keluarga seperti ibu atau bapa melalui proses mendengar. Mereka akan mengajuk dan meniru daripada apa yang didengar dan dialaminya daripada oarang-orang sekeliling. Mereka akan mencuba mengungkapkan perkataan tertentu secara berulang-ulang kali sebelum sesuatu perkataan itu kekal dalam ingatan. Ini bermakna kanak-kanak yang hidup dalam kerangka model alam persekitaran yang baik cenderung untuk menguasai kemahiran berbahasa bertutur dan mendengar yang baik. Melalui kemahiran mendengar, seseorang itu dapat memperoleh idea, mencari isi penting, bertindak balas, mengenal pasti perkara yang berkaitan atau tidak, mentafsir makna yang tersirat, mengenal pasti mood penutur dan dapat mengesan pengaruh sama ada menggunakan logik atau propaganda. Dalam kemahiran bertutur, terdapat beberapa konsep pertuturan, antaranya, pertuturan merupakan gabungan daripada bunyi-bunyi bahaa yang dilafazkan. Pertuturan juga berlaku setelah penutur dapat mendengar dan memahami dengan baik apa-apa yang didengarnya. Individu banyak belajar kemahiran bertutur daripada pengalaman kecerdasan otaknya. aspek fizikal, kesihatan, kecerdasan otak,

Upload: juliana-zainul

Post on 14-Nov-2015

220 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Kemahiran Berbahasa

1.DefinisiMenurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, perkataan kemahiran bermaksud kepandaian atau kecekapan seseorang individu. Manakala berbahasa pula membawa maksudmempunyai bahasa , menggunakan bahasa, bercakap dalam sesuatu bahasa. Maka definisi Kemahiran Berbahasa boleh disimpulkan sebagai sesuatu kebolehan atau kepandaian seseorang individu itu berbahasa (bertutur) dalam suatu bahasa.Kemahiran berbahasa juga merupakan satu kemahiran ataukecekapan seseorang untuk menerima dan mentafsir maklumat melalu pendengaran, pertuturan, pembacaan dan penulisan. Lazimnya seseorang yang mahir berbahasa ialah orang yang pendengaran dan pertuturannya baik.

Kemahiran mendengar merupakan kemahiran utama yang perlu dikuasai oleh kanak-kanak sebelum mereka boleh mengujarkan perkataan atau bunyi dalam proses awal untuk bercakap. Konsepnya, kanak-kanak lazimnya akan mengajuk atau mengikut percakap ahli keluarga seperti ibu atau bapa melalui proses mendengar. Mereka akan mengajuk dan meniru daripada apa yang didengar dan dialaminya daripada oarang-orang sekeliling. Mereka akan mencuba mengungkapkan perkataan tertentu secara berulang-ulang kali sebelum sesuatu perkataan itu kekal dalam ingatan. Ini bermakna kanak-kanak yang hidup dalam kerangka model alam persekitaran yang baik cenderung untuk menguasai kemahiran berbahasa bertutur dan mendengar yang baik.Melalui kemahiran mendengar, seseorang itu dapat memperoleh idea, mencari isi penting, bertindak balas, mengenal pasti perkara yang berkaitan atau tidak, mentafsir makna yang tersirat, mengenal pasti mood penutur dan dapat mengesan pengaruh sama ada menggunakan logik atau propaganda.

Dalam kemahiran bertutur, terdapat beberapa konsep pertuturan, antaranya, pertuturan merupakan gabungan daripada bunyi-bunyi bahaa yang dilafazkan. Pertuturan juga berlaku setelah penutur dapat mendengar dan memahami dengan baik apa-apa yang didengarnya. Individu banyak belajar kemahiran bertutur daripada pengalaman kecerdasan otaknya. aspek fizikal, kesihatan, kecerdasan otak, persekitaran, jantina dan tahap sosioekonomi boleh mempengaruhi tahap pertuturan kanak-kanak. kemahiran bertutur yang baik boleh dikuasai dengan memberi perhatian kepada akpek fonologi, struktur, intonasi dan penguasaan aspek bunyi yang lain.Kemahiran bertutur juga menekankan aspek-aspek sebutan, tekanan, mora (panjang-pendek), jeda (persendian), intonasi, nada, tatabahasa, kelancaran, kefasihan dan laras bahasa yang sesuai. Secara tidak langsung, kemahiran ini juga membolehkan seseorang individu atau murid menyebut denganjelas, menyampaikan pendapat peribadi, melaporkan peristiwa, menunjuk arah, bertemu-ramah, bertukar pendapat dan membina soalan untuk mencari maklumat.

Kaedah pengajaran ialah satu perancangan atau prosedur bagi melaksanakan sesuatu pengajaran secara teratur, kemas, dan sistematik. Kaedah merupakan langkah-langkah pengajaran yang tersusun rapi dan berkesinambungan yang harus diikuti dengan sistematik bagi mencapai sesuatu objektif pengajaran. Antara kaedah yang dicadangkan untuk digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran guru ialah kaedah natural, kaedah tatabahasa terjemahan, kaedah terus, kaedah ajuk hafaz, kaedah linguistik, kaedah kod-kognitif, kaedah bahasa kominikatif , kaedah oral-aural dan kaedah fonetik linguistik.

Teknik merupakan pengendalian suatu organisasi yang benar-benar berlaku di dalam bilik darjah yang digunakan untuk mencapai sesuatu objektif. Antara teknik yang dicadangkan adalah seperti teknik drama, teknik permainan bahasa, teknik perbincangan, teknik bercerita dan teknik latih tubi.

Dalam mengajar kemahiran berbahasa, kita terlebih dahulu digalakkan mengajar kemahiran lisan iaitu kemahiran mendengar dan bertutur dalam bilik darjah. Kemahiran lisan mendengar dan bertutur ini perlu diajar serentak, berurutan dan menyaling dalam bilik darjah. Walau bagaimanapun, guru boleh memberi perhatian mengenai kemahiran yang hendak diajar di dalam bilik darjah, merancang dan memilih aktiviti yang sesuai mengenainya.Denganberbuatdemikianguruboleh menentukanfokusutamapengajarannyasamaadamenguasaimenguasaikemahiranmendengarataubertutur.Palingpentingsemasamengajaraktiviti mendengar,gurusebenarnyajugamengajarkemahiranbertutur.Sehubungan dengannya,tidakterdapatperbezaanyangjelasantarakaedah pengajaran mendengardanbertuturitu,bahkanaktivitiyangdilaksanakanitukerapkali meliputi kedua-dua aspek kemahiran lisan tersebut.

Pertamanya ialah kaedah terus iaitu murid-murid dapat mempelajari bahasa dengan cara mendengar pelbagai perbualan dalam bahasa sasaran dan kemudian melibatkan diri dalam perbualan tersebut. hal ini berlaku sebagaimana kanak-kanak belajar bahasa ibunda mereka, iaitu dengan cara mendengar, meniru dan mengulangi perlakuan bahasa yang mereka dengari sehinggalah mereka dapat membentuk satu kelaziman dalam bahasa.Dalam kaedah ini, aspek tatabahasa diajar melalui tunjuk cara dan contoh-contoh yang sesuai. Kaedah ini juga melatih murid membuat kesimpulan terhadap bentuk-bentuk struktur yang dipelajari secara induktif dan guru bahasa perlu menggunakan pengetahuan linguistik bagi mengajar sebutan dan intonasi yang betul.Berdasarkan ciri-ciri kaedah terus yang dinyatakan di atas, guru bolehlah mengambil langkah-langkah pengajaran dengan memperdengarkan kepada murid perbualan mudah melalui media elektronik terbebih dahulu yang mengandungi ayat-ayat yang sempurna. kemudian melatih murid dengan teks atau dialog yang diberi. Guru boleh menggunakan teknik latih tubi bagi memastikan murid dapat menguasai sebutan dan intonasi serta dapat menyerapkan peraturan nahu yang terdapat pada pola-pola ayat dalam perbualan tersebut.Kelebihan kaedah terus ini murid boleh menguasai kemahiran bertutur denganbaik . Mereka juga terlibat secara aktif dalampertuturan. Kaedah ini dianggap berjaya, jika murid dapat mempraktik atau menggunakan kemahiranberbahasa yang diajarkan itu di luar bilik darjah.

Kaedahfonetikatau linguistik ini serupa dengan kaedah terus kerana mementingkan penggunaanbahasadalamkonteksnyadaripadakeperluanmenghafazrumus-rumusbahasa ataupun menghuraikanayat-ayatsecara pencilan. Sehubungan dengannya, guru terlebih dahulu, perlu memastikan penggunaan latih tubi unsur-unsurbahasadalamaktivitibertuturitudikuasaisebaik-baiknyaolehmurid sebelum mereka dibenarkanmembaca bahan dalam konteksbahasa yang dipelajariitu. Bahan-bahan yang digunakandalampengajaran dipilih dan disusunmengikutprinsip-prinsip yang terdapatdalamilmulinguistik. Justeru, ketikamemilihperkataan,kaedahinimendahulukanperkataanyanghampir-hampir sama bunyi daripada kedua-dua bahasa yang dibandingkan itu seperti coffee dan kopi dan bicycle dan basikal.Seterusnya kaedah audio-lingual. Kaedahini menggunakanalat-alat rakaman bagi tujuan memudahkanmuridmenjalankanlatihanbahasa, khasnyalatihan bertutur secara intensif.Kaedah pengajaran ini berlandaskan prinsip-prinsip bahasa adalah alat pertuturan bukan penulisan.Bahasa juga merupakan satu kebiasaan atau kelaziman.Muridmestilah diajar untuk menggunakanbahasabukandajar tentang pengetahuan bahasa.Bahasa ialah apa yang dituturkan oleh penutur natif. Bahasa juga berbeza antara satu sama lain.

Kaedah pengajaran

KAEDAH TERUS

Kaedah ini merujuk kepada pengajaran dan pembelajaran untuk menguasai bahasa pertama secara natural. Kaedah ini juga bermaksud belajar secara terus, iaitu menggunakan terus bahasa sasaran tanpa terjemahan ke dalam bahasa ibunda. Kemahiran mendengar dan bertutur adalah diutamakan kerana perkataan yang diajarkan adalah perkara yang digunakan sehari-hari. Berdasarkan kaedah ini, perkataan konkrit contohnya, sudu di ajarkan dengan menunjukkan objek sudu. Perkataan abstrak contohnya, sayang pula diterangkan menggunakan perkataan yang diketahui oleh murid-murid (tunjuk contoh ibu bapa mereka). Pengajaran sesuatu topik baharu pula adalah berdasarkan sesuatu topik lain yang telah diajarkan tetapi mempunyai kaitan dengan topik baharu tersebut. Sebagai contoh, untuk mengajar ayat yang terdiri daripada kata nama + kata kerja + kata nama haruslah berdasarkan ayat yang telah diajarkan sebelumnya.

Contoh ayat :- Saya minum (ayat sebelumnya)-Saya minum susu (ayat baru)

Kaedah ini mengutamakan kemahiran bahasa khususnya kemahiran mendengar dan bertutur dan bukannya pengetahuan tentang bahasa. Kelebihan penggunaaan kaedah ini ialah, kesalahan yang berpunca daripada gangguan bahasa ibunda dapat dikurangkan kerana murid-murid telah dibiasakan dengan cara berfikir dan bertutur secara terus dalam bahasa sasaran.

KAEDAH FONETIK/ LINGUISTIK

Pengajaran berdasarkan kaedah ini dimulakan dengan latihan pendengaran kemudian diikuti dengan latihan penyebutan. Latihan penyebutan tersebut dimulakan dengan penyebutan bunyi, perkataan, frasa dan ayat-ayat. Ayat-ayat yang dibina berdasarkan kaedah ini kemudiannya digabungkan menjadi dialog dan cerita. Kaedah ini tidak menggunakan ejaan biasa tetapi menggunakan simbol-simbol fonetik misalnya [ma?] untuk perkataan emak. Nahu atau tatabahasa diajarkan secara induktif, iaitu contoh-contoh penggunaan tatabahasa itu dikemukakan kepada murid-murid sebelum peraturan dan rumus-rumus itu diajarkan. Melalui kaedah ini juga murid murid akan menulis karangan berdasarkan apa yang didengar atau dibaca

KAEDAH EKLEKTIK

Kaedah ini mengambil ciri-ciri yang baik daripada kaedah lain dan menggabungkannya. Kaedah ini turut dikenali sebagai kaedah aktif kerana gabungan ciri-ciri yang baik daripada pelbagai kaedah lain yang dimilikinya. Berdasarkan kaedah eklektik, kemahiran-kemahiran bahasa diajarkan mengikut susunan, iaitu bertutur, menulis, memahami dan membaca. Aspek tatabahasa diajarkan mengikut situasi, iaitu sama ada secara deduktif ataupun induktif. Aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan meliputi latihan mendengar dan bertutur, bacaan kuat dan bersoal jawab.

KAEDAH AUDIO LINGUAL

Kaedah ini merupakan gabungan dua kemahiran iaitu kemahiran mendengar (audio) dan kemahiran bertutur (lingual). Kaedah ini mementingkan penggunaan bahan bantu belajar berupa alat-alat audio seperti radio, pita rakaman, compact disk (audio) dan piring hitam. Bahan-bahan yang diperdengarkan kepada murid-murid ialah petikan bunyi haiwan, bunyi sesuatu suasana misalnya suasana seram, senikata lagu, nyanyian, petikan cerita, sajak, dan sebagainya. Melalui kaedah ini, murid-murid akan mendengar (contohnya bunyi sajak daripada pita rakaman). Melalui pengalaman mendengar tersebut, murid-murid akan berlatih menyebut perkataan, frasa dan ayat yang didengar termasuk nada dan intonasinya secara latih tubi. Murid-murid seterusnya akan berlatih mendeklamasikan sajak dengan rakan secara berpasangan atau berkumpulan. Melalui kaedah ini, murid-murid lebih mudah mengingat maklumat yang didengar. Ingatan murid-murid juga dapat diperkukuh dengan cara mendengar semula rakaman dan berbincang dengan rakan-rakan.

KAEDAH KOMUNIKATIF

Kaedah komunikatif mementingkan proses pemerolehan bahasa kanak-kanak yang melibatkan kognitif dan interaksi bahasa. Kaedah ini menitikberatkan pengajaran kecekapan bahasa, iaitu tatabahasa dan kecekapan komunikatif khususnya kemahiran mendengar dan bertutur. Ketika murid-murid melalui proses pemerolehan bahasa, mereka menguasai makna terlebih dahulu sebelum dapat menggambarkan makna tersebut dalam struktur ayat tertentu. Proses menggambarkan makna dalam struktur ayat tertentu tersebut memerlukan guru-guru melatih murid-murid menguasai kemahiran mendengar dan bertutur melalui aktiviti bahasa yang bermakna. Sehubungan itu, aktiviti-aktiviti bahasa yang bermakna dalam kaedah komunikatif ialah penyelesaian masalah, perbincangan, dialog, sumbang saran, wawancara dan sebagainya.

Teknik pengajaranTeknik pengajaran merupakan taktik atau cara-cara yang digunakan oleh guru untuk mencapai hasil segera yang maksimum ketika menyampaikan sesuatu pengajaran. Teknik dicipta dan ditentukan sebelum pelaksanaan pengajaran. Setiap teknik yang digunakan adalah selaras dengan kaedah yang digunakan dan sejajar pula dengan pendekatan yang dipegang. Teknik pengajaran juga boleh dirujuk sebagai alat yang digunakan oleh guru bahasa untuk menyampaikan bahan-bahan pengajaran yang telah dipilih untuk murid-muridnya.

Teknik pengajaran kemahiran mendengar dan bertuturTeknik soal jawabTeknik main perananTeknik lakonan/dramaTeknik permainan bahasaTeknik hafazanTeknik latih tubiTeknik perbincanganTeknik penyelesaian masalah

TEKNIK SOAL JAWAB

Teknik paling lama dan popular digunakan dalam pendidikan. Teknik ini berupaya mewujudkan interaksi guru dengan murid-murid secara berkesan. Teknik ini dilaksanakan dengan cara guru mengemukakan soalan berkaitan dengan isi pelajaran, dan murid perlu memberi tindak balas yang sewajarnya.

Terdapat tiga tujuan utama teknik soal jawab :- untuk mengesan pengetahuan berbahasa murid-untuk menggalakkan murid berfikir secara kreatif, inovatif, logik dan kritis-untuk mendorong murid menyusun dan menghuraikan bahan yang diajar

Soalan yang terancang dan bermutu dapat membantu menajamkan pemikiran murid di samping dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih dinamik dan berkesan.

TEKNIK MAIN PERANAN

Main peranan bermaksud melakonkan satu situasi atau masalah atau peristiwa yang dianggap penting. Teknik ini adalah satu bentuk drama yang tidak memerlukan penghafalan skrip. Murid-murid yang berlakon dalam teknik ini akan cuba untuk menjelaskan sesuatu situasi kepada murid lain. Murid-murid yang lain pula akan mempraktikkan peranan murid-murid yang berlakon tadi secara spontan. Teknik ini biasanya dimulakan dengan pemikiran masalah yang sesuai (contoh : amalan berbudi bahasa). Masalah ini dikemukakan kepada murid-murid dengan cara membacakannya atau memperlihatkannya melalui filem, televisyen, dan sebagainya. Berdasarkan apa yang dibaca, dilihat, didengar itu, murid-murid akan melakukan main peranan untuk menunjukkan amalan berbudi bahasa tersebut. Murid murid lain pula akan mempraktikkan peranan yang telah dimainkan secara spontan.

TEKNIK LAKONAN/DRAMA

Tujuan utama teknik ini adalah untuk melatih murid-murid menggunakan kemahiran bahasa khususnya kemahiran mendengar dan bertutur, unsur paralinguistik (jeda, nada, intonasi), dan bukan linguistik (mimik muka, gerak tangan, kepala) dengan berkesan dalam sesuatu interaksi bahasa atau perbuatan. Penggunaan teknik ini dapat mendorong dan merangsang murid-murid untuk menghubungkan perasaannya dengan mata pelajaran yang dipelajarinya. Teknik ini dapat menimbulkan keseronokan dan keberkesanan pembelajaran kepada murid, di samping menyuburkan sahsiah mereka.

*teknik ini berbeza dengan main peranan kerana murid berlakon berdasarkan skrip

TEKNIK PERMAINAN BAHASA

Teknik ini adalah satu-satunya cara untuk mempelajari bahasa melalui permainan. Penglibatan dalam permainan akan memberi peluang kepada murid-murid bagi memperoleh latihan intensif, pembelajaran bermakna dan sebagai alat pengesanan (diagnostik). Teknik ini dapat merangsang kemahiran lisan, menambah kefasihan dan keyakinan, menyediakan konteks pembelajaran, serta sebagai alat pemulihan, pengukuhan dan pengayaan. Terdapat beberapa jenis permainan bahasa yang boleh digunakan untuk mengajar Bahasa Melayu iaitu :Permainan menyampaikan pesananPermainan tekalah sayaPermainan memerhati dan mengingatPermainan berpasanganPermainan slip undian

TEKNIK HAFAZAN

Teknik ini turut dikenali sebagai teknik latih tubi informan. Pengajaran dibahagikan kepada dua bahagian iaitu demonstrasi dan latih tubi. Pembahagian ini mempunyai nisbah 2 : 1 (1 demonstrasi dan 2 latih tubi). Bahagian demonstrasi adalah pengajaran tentang tatabahasa atau nahu, sebutan dan perbendaharaan kata. Demonstrasi dilakukan oleh guru atau informan yang terdiri daripada penutur jati. Melalui bahagian latih tubi pula, informan jati atau guru akan membaca beberapa baris ayat, manakala murid-murid mengajuk sebutan tersebut sehingga ayat-ayat itu dapat dihafal. Berdasarkan teknik hafazan ini, tatabahasa atau nahu diajarkan secara induktif atau melalui ayat-ayat contoh. Selepas tatabahasa diajarkan, pelajaran diteruskan dengan memberi kuliah, mengadakan pementasan drama dan perbincangan.

TEKNIK LATIH TUBI

Teknik latih tubi ialah aktiviti pengulangan fakta-fakta yang dipelajari. Tujuan teknik ini adalah untuk mencapai penguasaan kemahiran di samping menjamin ketekalannya. Teknik ini boleh digunakan untuk mencapai sesuatu kemahiran seperti kemahiran menyebut perkataan, ayat-ayat atau mengingat fakta-fakta penting. Melalui teknik ini, murid-murid akan mengalami proses mendengar, melihat dan memikirkan maksud perkataan-perkataan serta tugasnya dalam situasi yang menggunakan perkataan itu. Teknik ini memberi penekanan kepada lima aspek kebolehan menggunakan bahasa iaitu :

Aspek kebolehan menggunakan bahasaHuraian

Sebutan (accent)

menyebut perkataan atau suku kata dengan betul termasuk intonasi yang membawa makna dalam sesuatu situasi

Tatabahasa (grammar)

penggunaan bahasa yang tepat berdasarkan hukum-hukum bahasa daripada semua aspek

Perbendaharaan kata (vocabulary)

meluaskannnya dengan penggunaan imbuhan yang sesuai berdasarkan konteksnya dalam situasi tertentu

Kefasihan (fluency)

menggunakan perkataan dan lain-lain dengan cara spontan tanpa menitikberatkan maksudnya

Kefahaman (comprehension)

latihan memahami soalan dan mengemukakan jawapan yang wajar

TEKNIK PERBINCANGAN

Teknik ini didefinisikan sebagai suatu aktiviti mengeluar dan mengulas pendapat tentang sesuatu tajuk. Tujuannya adalah untuk melatih murid-murid meluahkan perasaan dan pendapat dengan bernas. Teknik ini adalah satu aktiviti pengajaran dan pembelajaran berbentuk perbualan yang dilakukan oleh murid-murid dengan penyeliaan dan kawalan seorang guru. Terdapat beberapa langkah dalam menjalankan teknik ini :

1-Guru menarik perhatian murid-murid kepada tajuk perbincangan yang akan dijalankan.2-Guru membahagikan murid-murid kepada beberapa kumpulan dan melantik seorang ketua.3-Guru memberi tugas kepada setiap kumpulan. Mereka perlu berbincang sesama mereka dan semasa perbincangan berjalan, guru sentiasa memantau perbincangan tersebut supaya terarah.4-Guru meminta laporan daripada setiap kumpulan.

TEKNIK PENYELESAIAN MASALAH

Teknik adalah aktiviti yang melibatkan masalah berbentuk perkataan, teka teki, silang kata dan kuiz. Teknik ini memerlukan murid-murid menggunakan kemahiran, prinsip atau teori yang telah mereka pelajari untuk menyelesaikan masalah yang ditimbulkan. Teknik ini melibatkan beberapa aktiviti seperti membimbing murid-murid memahami dan mengenal pasti ciri-ciri masalah, mengingat semula pengalaman lalu, memilih strategi yang sesuai, dan menggunakan kemahiran lisan untuk menjalankan aktiviti penyelesaian. Terdapat beberapa prinsip dalam menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran melalui teknik ini :

1-Sesuatu masalah harus diberikan sebaik sahaja murid-murid memperolehi ilmu pengetahuanatau menguasai kemahiran yang berkaitan.

2-Soalan bermasalah harus dibina berdasarkan kepada kebolehan dan pengetahuan lepas murid-murid serta sesuai dengan pengalaman mereka.

3- Sebelum proses penyelesaian masalah dimulakan, guru perlu membimbing murid-murid memahami dan mengenal pasti masalah itu.

4-Guru perlu berbincang dengan murid tentang pelbagai cara untuk menyelesaikan masalah.

5-Guru perlu mengelakkan daripada memberi tunjuk cara untuk menyelesaikan masalah. Guru hanya boleh memberi sedikit bimbingan kepada murid yang berfikir agak lambat secara individu.

2.9 Cara Meningkatkan Kemahiran Bertutur

Berdasarkan hakikat ini, maka, eloklah guru memilih aktiviti pengajaran untuk tujuan tersebut seperti cadangan yang berikut:

a. Aktiviti bercakap untuk keseronokkan1. Murid menyampaikan cerita.2. Murid menyampaikan lawak atau jenaka.3. Murid menyampaikan sajak atau sebagainya.4. Murid menyanyi.5. Dua orang murid berbual (melalui telefon). Guru boleh menyuruh dua orang murid berlakon atau berbual seolah-olah mereka sudah lama berkenalan atau baru sahaja berjumpa dan ingin berkenalan.6. Murid berucap dalam majlis hari jadi atau majlis perpisahan seseorang kawan atau guru.7. Murid mengucapkan selamat datang kepada rakan baru dalam kelas atau guru baru yang datang mengajar di kelas mereka.8. Murid menyampaikan pidato orang kenamaan. Misalnya, pidato yang pernah dibacakan oleh Tuanku Abdul Rahman Putra al-Haj pada 31 Ogos 1957.

b. Aktiviti bercakap untuk memaklumkan.1. Murid membaca berita dalam radio atau televisyen.2. Murid membuat demonstrasi di hadapan kawan- kawannya di dalam kelas tentang cara membuat sesuatu, misalnya, cara menggunakan kamera , atau cara memasak sesuatu masakan.3. Murid membuat pengumuman tentang aktiviti yang berlaku di sekolah , misalnya, tentang rancangan atau jadual kokurikulum.4. Murid memberi taklimat tentang rancangan atau program yang berkaitan dengan sesuatu projek sekolah, lawatan, strategi permainan dalam perlawanan bola sepak, ragbi, bola jaring atau bola keranjang.5. Murid membuat laporan secara lisan tentang lawatan, aktiviti kelab atau persatuan di sekolah.6. Murid membentangkan secara lisan hasil bacaan atau temu duga yang dijalankan berkaitan dengan sesuatu tugasan yang diberikan oleh guru. Aktiviti ini adalah kerja kumpulan. Untuk menjalankannya, murid-murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Setiap kumpulan diberikan tugas oleh guru untuk mencari bahan yang berkaitan dengan subtajuk dalam sesuatu karangan atau esei.

c. Aktiviti bercakap untuk mempengaruhi.1. Murid bercakap dalam aktiviti perbahasan (debat) sama ada sebagai pencadang atau pembangkang.2. Murid berkempen untuk menjadi wakil kelas, ketua darjah atau ketua murid.3. Murid berucap atau berkempen bagi mendapatkan ahli baru untuk sesuatu persatuan yang diwakilinya di sekolah.4. Simulasi murid berkempen untuk mempengaruhi orang supaya membeli atau mencuba sesuatu barang baru dalam pasaran, misalnya, barang elektrik, sabun pencuci, berus gigi, pencuci pinggan mangkuk atau penyedut habuk.

d. Aktiviti bercakap untuk tujuan menyelesaikan masalah.1. Murid berbincang untuk menyelesaikan sesuatu masalah. Masalah yang dipilih oleh guru eloklah yang berkaitan dengan kehidupan murid di sekolah atau di rumah. Misalnya, tentang kes kecurian buku atau wang di bilik darjah, kebersihan kantin, kes murid merosakkan harta benda sekolah atau mencalarkan kereta guru.

2. Murid bermesyuarat atau berbincang tentang bagaimana hendak mengumpulkan wang melalui aktiviti di sekolah untuk mendapatkan wang bagi membina dewan sekolah, membeli bas sekolah, membesarkan perpustakaan dan sebagainya.

Dalam hal ini guru bahasa perlu mengatur, mengajar, mengawas, membimbing, menegur dan membetulkan murid dalam menjalankan atau mengambil bahagian dalam mesyuarat, perbincangan atau forum adalah terhad.

3. Simulasi murid menjadi hakim, peguam bela atau pendakwa dalam sesuatu perbicaraan. Kes yang dibicarakan biarlah yang boleh menarik minat dan menyeronokkan murid. Amat baik sekiranya guru mengadakan simulasi perbicaraan yang menyerupai mahkamah dengan menjadikan kelas itu sebagai mahkamah. Selain berlakon sebagai hakim, peguam bela, pendakwa dan orang yang dituduh atau didakwa, murid- murid lain boleh disuruh berlakon sebagai saksi, pegawai polis dan juri.

4. Simulasi runding cara antara dua atau tiga murid, dengan seorang daripada mereka menjadi guru pembimbing, dan yang lain berlakon sebagai murid yang mempunyai masalah pembelajaran. Mereka bercakap dan berunding tentang masalah tersebut dan mencari jalan untuk mengatasinya.

5. Simulasi murid yang bergaduh dan murid ketiga berlakon sebagai orang ketiga yang cuba mendamaikan atau menyelesaikan perselisihan faham tersebut dengan cara berunding supaya kedu- duanya berbaik semula.

6. Simulasi parlimen bersidang. Murid-murid dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu parti pembangkang dan parti pemerintah. Guru atau ketua darjah boleh menjadi Tuan Pengerusi (Tuan Yang Dipertua). Isu yang dibincangkan mungkin masalah pendatang haram atau masalah penyalahgunaan dadah.