bahan isl edu

15

Click here to load reader

Upload: cuksam27

Post on 03-Oct-2015

11 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

ISL EDU

TRANSCRIPT

INOVASI DALAM SISTEM PENDIDIKAN LAHIRKANPELAJAR YANG BERDAYA SAING

Menurut Ghani Nasir ( 2010 ), inovasi dalam kurikulum dan kokurikulum dalam sistem pendidikan pembelajaran negara perlu memastikan kandungan ilmu mampu melahirkan pelajar yang berdaya saing sehingga di peringkat antarabangsa. Inovasi juga perlu untuk melahirkan pelajar yang dalam masa yang sama tetap utuh dalam mempertahankan jati diri dan identiti bangsa Malaysia

Inovasi dalam mata pelajaran seharusnya bersifat konstektual yang bertumpu ke arah pemikiran yang kritis, kreatif dan kemahiran pemikiran yang selanjutnya dapat memupuk minat pelajar dalam pembelajaran mereka. Berhubung ICT pula, Ghani Nasir ( 2010 ) berpendapat bahawa para pendidik perlu memaksimumkan pengintergrasian ICT dalam penyusunan dan penginovasian pendidikan sejajar dengan kepesatan era teknologi masa kini. Ini bertujuan bagi menghasilkan bahan pengajaran yang berkesan dan meningkatkan pencapaian pelbagai jenis pelajar. Penyelaras ICT sekolah perlu dilatih supaya mahir dalam aspek pengurusan makmal, penyelenggaraan komputer serta memastikan makmal komputer perlu diberikan peruntukan kewangan yang mencukupi bagi melengkapkan segala kemudahan infrastruktur.

Warga pendidik perlu menjadikanfacebooksebagai salah satu wadah perbincangan yang seterusnya dapat memartabatkan ICT dan membudayakan e-pembelajaran sebagai salah satu bentuk inovasi dalam pengajaran dan pembelajaran. Inovasi memerlukan empat elemen atau bahagian penting iaitu pendidikan, penyelidikan, pembangunan serta insentif dan pemasaran sebelum faktor luaran lain.

Antara langkah2 yang boleh di lakukan bagi mewujudkan kreativiti dan inovasi dalam pengurusan organisasi adalah seperti:

Mewujudkan nilai kreativiti pekerja. Pengurus boleh mempengaruhi daya kreativiti sejak pemilihan pekerja. Mewujudkan suasana kerja yang dapat melahirkan sifat kreatif dalam organisasi, contohnya hubungan rapat. Menyediakan pelbagai intensif ke arah mewujudkan pekerja kreatif. Mengamalkan sistem pengurusan yang lebih terbuka kerana peraturan yang keras menghalang kreativiti. Mengadakan alat2 pengurusan yang bersesuaian termasuklah budaya korporat yang diamalkan, amalan penggunaan tenaga dan gaya kepimpinan. Mewujudkan persekitaran yang baik seperti modal, pekerja, maklumat teknologi dan kemahiran. Pekerja berisiko tinggi perlu diberi perhatian lebih dan pekerja digalakkan tidak berasa bimbang apabila melakukan kesilapan. Menetapkan dan memperkemaskan dasar peraturan tentang rekacipta. Menentukan objektif jangka panjang terutamanya bidang yang boleh dikembangkan. Mewujudkan struktur organisasi yang mempunyai ciri2 menggalakkan kreativiti. Memastikan pekerja mempunyai keseimbangan dari segi kepakaran, kelayakan dan pengalaman. Menyediakan belanjawan yang secukupnya bagi pembangunan produk dan perkhidmatan.

INOVASI: MALAYSIA PERLU PUPUK INOVASI

Malaysia perlu mencetuskan impak kreatif dalam ekonomi global yang kompetitif dengan memupuk inovasi. Negara-negara yang memupuk inovasi seperti Jepun, Finland dan Amerika, berupaya membangunkan ekonomi lebih pesat sebagai hasil usaha itu. Hal ini kerana inovasi mewujudkan pekerjaan dan memacu kompetitif nasional. Itu sebabnya kita juga perlu mewujudkan impak kreatif dalam ekonomi global yang kompetitif. Kita tidak seharusnya membenarkan diri kita ketinggalan sebagai rakyat Malaysia. Hal ini turut disokong oleh Perdana Menteri kita, Datuk Seri Najib Tun Razak. Beliau berkata sejak tahun 2000 produk inovatif tinggi muncul seperti iPhone, BlackBerry, Twitter, Facebook dan YouTube, di samping kebangkitan Google yang tidak dapat dibendung lagi, yang menukar cara orang ramai menggunakan media, berkongsi maklumat, dan berkomunikasi antara satu sama lain. menurutnya lagi dalam Bajet 2010, beliau berkata kewujudan satu model ekonomi baru yang berdasarkan kepadainovasi, kreativiti, dan aktiviti nilai tambah, akan menambah pendapatan per kapita rakyat lebih dua kali ganda dalam tempoh 10 tahun akan datang.

Hasilnya ialah wujudnya konsep 1Malaysia, atau keperluan untuk menggunakan peluang sepenuhnya daripada keupayaan kreatif seluruh rakyat Malaysia. Sebagaimana yang diiktiraf oleh pakar antarabangsa baru-baru ini, 1Malaysia amat selesa dengan inovasi. Kemahiran bukan hanya berada dalam satu kebudayaan, tetapi ianya diagihkan. Inovasi ditakrifkan sebagai satu perspektif sistem, berasaskan teori bahawa manusia dan masyarakatnya mempunyai keinginan yang berterusan untuk saling melengkapi sesama mereka supaya boleh membangun ke arah sesuatu yang lebih baik daripada apa yang sedang mereka alami.

Terdapat 3 faktor utama yang menggerakkan inovasi kurikulum:

Keperluan masyarakat dan negara Perkembangan sains dan teknologi Perkembangan falsafah, psikologi dan teori pendidikan

Inovasi dalam pendidikan. Warwick Mansell melaporkan dalamThe Guardian UK( 9 November 2009 ) bahawa,"The way to fine children's enthusiasm for education is not to get them learning lists of facts, but to think like some how learns for a living"dan beliau memetik apa yang dibentangkan oleh Larry Rosenstock,... "but if you get them to behave like a biologist, or behave like a photographer, or a journalist, or a mathematician, that changes everithing."

Apa yang disebut satu konferens tentang inovasi dalam persekolahan sebagaimana dilaporkan menjelaskan kepada kita bahawa dunia pendidikan akan sentiasa berkembang dan berubah mengikut keperluan semasa. Dunia hari ini berubah pada setiap masa terutama melalui Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK). Tren dalam pengajaran dan pembelajaran pada hari ini menunjukkan bahawa kecenderungan pembelajaran:

Berasaskan penemuan, inkuiri dan resos, projek dan pembelajaran aktif. Memberikan penekanan kepada mencari, meneroka, menilai dan minggunakan maklumat

Kecendurangan pembelajaran telah menghasilkan pemikiran baru dalam pengajaran. Antaranya ialah:

Apa yang diajar, tidak serupa dengan apa yang dipelajari Pengajaran dan Pembelajaran terkini merangkumi pengajaran kolaboratif alam kumpulan yang pelbagai isi pengajaran berbentuk ringkasan kurikulum dan berbentuk pengajaran berpasukan isi pelajaran boleh diakses secara meluas dan dikongsikan diluar waktu belajar dan kursus pengajar berperanan sebagai rakan kongsi dalam komuniti pembelajaran pembelajaran berlaku hasil maklum balas,rakan sekelas sebagai rakan kongsi dalam pembelajaran penaksiran pembelajaran adalah kompleks dan berbentul pelbagai aras, melibatkan penilaian pengajaran dan pembelajaran secara formatif dan sumartif

Inovasi dibuat oleh manusia kreatif untuk membina trend baru atau untuk menjadi peneraju dan lantas meraih peluang maksimum dalam ekosistem yang banyak persaingan. Secara am, inovasi terdapat dalam dua peringkat iaitu:-

1. Peringkat individuDi peringkat ini, inovasi dibuat oleh individu kreatif dengan cara menimba ilmu, meneliti persekitaran dan seterusnya membina idea baru untuk menghasilkan sesuatu teknologi baru atau membaiki kualiti sesuatu benda atau untuk menyelesaikan sesuatu masalah. Istilah penting di sini ialah modifikasi.

2.Peringkat OrganisasiDi peringkat organisasi, inovasi ialah ciri penting bagi sesebuah organisasi yang dinamik dan terbuka. Di sini organisasi sentiasa hidup serta berinteraksi secara aktif dan prospektif dengan persekitaran. Prospektif ialah sifat mencari peluang baru untuk menguasai keadaan atau untuk meraih keuntungan maksimum.

Organisasi inovatif ialah organisasi yang berwawasan dan bijak merencana rancangan strategik iaitu dengan cara:-

1. Meneliti ciri-ciri kekuatannya dan menggunakannya untuk mempertahankan kedudukannya dalam sesuatu ekosistem

2. Meneliti kelemahan-kelemahan dan merangka strategi mengatasi setiap kelemahan dengan cekap dan pantas

3. Meneliti ekosistem dan mengenal pasti peluang-peluang yang ada untuk diperoleh secara sistematik

4. Melancarkan strategi, dasar dan prosedur untuk menentang bahaya dan ancaman dari luar dan dalam organisasi

Elemen-elemen asas inovasi bagi apa jua organisasi iaitu:-

1.Inovasi bermula dengan kepekaan terhadap semua benda dan perkara dalam persekitaran, khususnya tentang perkara yang digemari oleh manusia dan perkara yang menyusahkan dan dibenci oleh manusia.

2. Inovasi dibuat bagi meningkatkan keselesaan dan kualiti apa jua perkara dan benda yang digemari oleh manusia dan sebaliknya mengurangkan masalah pada pengguna dan klien.

3. Inovasi yang jitu berlaku melalui sesi muafakat dan perbincangan tentang maklumat dan fakta yang diperoleh daripada pengguna, klien, masyarakat dan persekitaran. Sesi muafakat berlaku secara berterusan.

4. Inovasi memerlukan keupayaan mengatasi rintangan (barrier jumping) dan keberanian untuk mencuba idea yang unik dan ganjil.

5. Inovasi mesti diiringi dengan keinginan melakukan inovasi, suasana yang mendorong inovasi dan penyertaan disebabkan keseronokan melakukan perkara baru dan mencipta nama baru.

6. Inovasi memerlukan jangkaan tentang keadaan masa hadapan

Dalam sistem pendidikan secara berpusat yang diamalkan di Malaysia, pelaksanaan inovasi pendidikan adalah bersifat menjunam melalui proses dari atas ke bawah. Proses yang perlu dilalui untuk menyebarkan inovasi kepada penerima adalah panjang dan berliku, melibatkan beberapa peringkat penyebaran tertentu. Lazimnya, penyebaran inovasi itu dilaksanakan secara stereotaip melalui mesyuarat, kursus, bengkel, seminar dan sebagainya. Berdasarkan cara ini beberapa kekurangan dikenal pasti. Misalnya, apa yang difahami oleh penerima tidak semestinya apa yang dihajati oleh penyampai asalnya. Ataupun jika difahami seperti apa yang dihajati, ada kemungkinan tidak dipersetujui.

Inovasi & KreativitiInovasi ialah kaedah mencari jalan untuk menghasilkan produk atau perkhidmatan yang lebih baik sama ada melalui pengubahsuaian atau penambahbaikan. Ia adalah hasil cetusan idea-idea yang kreatif dan inovatif dalam mana-mana aspek kerja yang dapat meningkatkan kualiti dan produktiviti organisasi. Idea-idea ini boleh merangkumi apa-apa perubahan dalam bentuk sistem dan prosedur, kaedah dan cara bekerja mahupun pengenalan teknologi.Kreativiti pula ialah kebolehan atau keupayaan untuk mencipta, mewujud dan menghasilkan sesuatu yang baru atau dalam bentuk baru melalui kemahiran imaginasi. Ia melibatkan:

Keupayaan berfikir yang dapat melahirkan idea baru yang unik dan menarik Keupayaan berfikir secara kritikal dan membuat penilaian secara analitikalterhadap idea dan seterusny mengemukakan cadangan penyelesaiaN Keupayaan berfikir secara praktikal yang dapat menterjemahkan idea danteori kepada bentuk aplikasi

Antara prasyarat yang perlu ada bagi membolehkan kreativiti wujud di kalangan pekerja sesebuah organisasi ialah: Mempunyai daya imaginasi yang tinggi untuk melihat sesuatu secara berlainan Berfikiran terbuka atau berfikir di luar kotak (think out of the box), analitikal, kritikal dan praktikal Melihat sesuatu perkara itu sebagai peluang yang boleh mencetuskan ideabaru Mempunyai komitmen yang tinggi, iaitu bersabar terhadap kompleksiti danisu-isu yang timbul serta tenang dan tabah menghadapi cabaran dengan berusaha menangani masalah dan halangan yang dihadapi Berupaya mengenal pasti masalah dengan mengemukakan soalan yangmenjurus kepada penemuan isu dan jawapan serta jalan

Menggunakan minda yang kreatif untuk menemui perspektif baru Bersedia menghadapi risiko dan berupaya menerima kegagalan serta belajardaripada kegagalan tersebut Bersedia dikritik dan mengenepikan ego serta mendapatkan nasihat daripada rakan dan mencuba ideanya Mempunyai motivasi dalaman, iaitu rasa gembira, berpuas hati dan menjadikan kerja sebagai cabaran untuk mencapai kejayaan

Inovasi Dan Kreativiti dalam Pendidikan

Inovasi dan kreativiti menyumbang penuh di dalam dunia pendidikan. Jika tiada ciri-ciri seperti ini maka kita dianggap tidak mengikut arus kemodenan. Menurut Oldham dan Cuming (1996) pula menyatakan inovasi ialah kejayaan aplikasi pertama pada sesuatu produk atau proses. Manakala, Damapour (1991) menyatakan inovasi sebagai mengenerasi perkembangan dan penggunaan idea baharu pada organisasi. Dalam dunia pendidikan, dewasa ini Inovasi dan kreativiti sangat penting dalam memberikan impak pembelajaran dengan lebih berkesan. Lantaran itu, guru-guru khususnya perlu mempersiapkan diri dengan pelbagai langkah-langkah dan strategi penting bagi mewujudkan kreativiti dan inovasi di kalangan pelajar-pelajar.

Terdapat beberapa garis panduan yang dinyatakan oleh Caserani dan Greatwood ( 1995) dalam mencorak langkah-langkah dan strategi penting bagi mencetuskan kreativiti dalam organisasi sekolah. Antaranya mengambil perkara-perkara seperti:-

1. Mewujudkan persekitaran untuk perkembangan kreativiti2. Menggalakkan perkembangan idea dan pendapat3. Pengaliran dan kebebasan maklumat untuk mendorong kreativiti4. Membinasuasana dan iklim organisasi tempat kerja yang menggalakkan 5. Membentuk struktur kreatif penyelesaian masalah6. Perkembangan pemikiran kepada tindakan

Faktor-faktor utama yang menyumbang kepada perkembangan pembelajaran kreatif dan inovatif ialah:

1. Pengurusan2. Komunikasi terbuka3. Teknologi4. Penyelesaian masalah5. Budaya6. Strategi7. Kepimpinan8. Pemikiran