bahagian saraan

Click here to load reader

Post on 15-Jan-2016

91 views

Category:

Documents

0 download

Embed Size (px)

DESCRIPTION

No. Siri : BS 3/4 No. Fail: JPA(BKP)548/1/12 Pindaan : 00/2009. JABATAN PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA PANDUAN PERUBATAN PEGAWAI PERKHIDMATAN AWAM (PERBELANJAAN RAWATAN PENYAKIT BUAH PINGGANG). BAHAGIAN SARAAN. “JPA PENERAJU PERUBAHAN PERKHIDMATAN AWAM”. - PowerPoint PPT Presentation

TRANSCRIPT

  • BAHAGIAN SARAANNo. Siri : BS 3/4No. Fail: JPA(BKP)548/1/12Pindaan : 00/2009JABATAN PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA PANDUAN PERUBATAN PEGAWAI PERKHIDMATAN AWAM (PERBELANJAAN RAWATAN PENYAKIT BUAH PINGGANG)

    JPA PENERAJU PERUBAHAN PERKHIDMATAN AWAM

  • JABATAN PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIAPANDUAN PERUBATAN PEGAWAI PERKHIDMATAN AWAM (PERBELANJAAN RAWATAN PENYAKIT BUAH PINGGANG)

  • 1PANDUAN PERUBATAN PEGAWAI PERKHIDMATAN AWAM (PERBELANJAAN RAWATAN PENYAKIT BUAH PINGGANG)

    PERATURAN

    1.1Perbelanjaan bagi rawatan penyakit buah pinggang seperti Hemodialisis dan Continuois Ambulatory Peritoneal Dialysis (CAPD) di luar hospital Kerajaan boleh dipertimbangkan dengan syarat pesakit diperaku oleh Pakar Nefrologi Kerajaan memerlukan rawatan berkenaan dan disahkan kemudahan rawatan tersebut tidak dapat disediakan oleh hospital Kerajaan.

    1.2Perbelanjaan untuk rawatan Hemodialisis di hospital / klinik swasta terhad kepada kos rawatan sebenar tertakluk kepada had maksimum tidak melebihi RM200.00 setiap rawatan. Sebarang ubat, alat atau ujian lain yang diperolehi di hospital /klinik swasta berkenaan yang kemudahannya boleh diperolehi di hospital Kerajaan tidak dipertimbangkan.

  • 21.3Perbelanjaan bagi rawatan di hospital / klinik swasta sebelum tarikh mendaftar dan disahkan mengidap penyakit End Stage Renal Failure di hospital Kerajaan tidak dipertimbangkan.

    1.4Perbelanjaan bagi rawatan CAPD yang dipertimbangkan termasuk ubat dan alat pakai buang.

  • 3KATEGORI YANG LAYAK MEMOHON

    2.1Pegawai Perkhidmatan Awam / Suami / Isteri;2.2Pesara yang menerima pencen / Suami / Isteri;2.3Anak-anak yang ditanggung sepenuhnya oleh pegawai/ pesara :

    (a)berumur di bawah 18 tahun;(b)berumur di bawah 21 tahun jika masih belajar; dan(c)tiada had umur bagi anak yang daif.

    2.4Ibu bapa yang sah kepada pegawai yang memilih SSB/ SSM dan masih berkhidmat.

  • 4SYARAT-SYARAT PERMOHONAN3.1Pesakit mendapat rawatan di hospital / klinik kerajaan.

    3.2Pesakit perlu mendapatkan pengesahan daripada pakar Nefrologi Hospital Kerajaan mengenai perkara berikut:

    (a)keperluan rawatan; dan (b)pengesahan tidak dapat disediakan oleh hospital Kerajaan.PROSEDUR PERMOHONAN4.1Pegawai yang sedang berkhidmat perlu mengemukakan permohonan kepada Ketua Jabatan masing-masing.

  • 54.2Pesara Perkhidmatan Awam Persekutuan perlu mengemukakan permohonan kepada Bahagian Pasca Perkhidmatan, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

    4.3Dokumen berikut perlu dikemukakan semasa permohonan:(a)Borang permohonan SARAUBAT JPA (AM);

    (b)Borang SARAUBAT JPA (PPK) yang telah disahkan Pakar Nefrologi Hospital Kerajaan di para 3.2 (a) dan (b);(c)resit bayaran atau surat sebut harga; dan(d)salinan kad pesara (jika berkaitan).

    Tatacara permohonan dan borang-borang berkaitan adalah seperti yang dikeluarkan bersama Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4 Tahun 2001.`

  • 65.PERMOHONAN SELAIN DARIPADA PERKHIDMATAN AWAM PERSEKUTUAN

    Permohonan daripada kalangan pegawai / pesara Perkhidmatan Awam Negeri, Pihak Berkuasa Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan yang menerima pakai Perintah Am Bab F 1974, hendaklah disampaikan terus kepada pihak berkuasa masing-masing untuk kelulusan dan pembayaran.

  • 7PERTANYAAN

    Sila hubungi pegawai di bawah atau faks 03-83201981

    1.Cik Syarina binti KassimKetua Penolong [email protected]

    2.Cik Azinida binti MuhamadKetua Penolong [email protected]

    3. Encik Fahizol bin HarisPenolong [email protected]

    4.Cik Marziah binti Mohamed MukhtarPenolong [email protected]

    ALAMAT:Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam MalaysiaJabatan Perkhidmatan AwamBahagian SaraanAras 5 & 6, Blok A, Bangunan MKN- Embassy TechzoneNo. 3200, Jalan Teknokrat 2, 63000 Cyberjaya.

View more