bahagian perkhidmatan farmasi kementerian · pdf filebf-apf-pk-001 4.0 0 20/01/2014 muka surat...

9

Click here to load reader

Upload: phamnguyet

Post on 07-Feb-2018

217 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: BAHAGIAN PERKHIDMATAN FARMASI KEMENTERIAN · PDF fileBF-APF-PK-001 4.0 0 20/01/2014 Muka Surat 2 of 9 KANDUNGAN ... 10.2 Kertas soalan lama LFM 5 tahun 10.3 Salinan keputusan peperiksaan

BAHAGIAN PERKHIDMATAN FARMASI KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

TAJUK PENGENDALIAN PEPERIKSAAN PERUNDANGAN FARMASI

NO. DOKUMEN BF-APF-PK-001

KELUARAN 4.0 TARIKH KUATKUASA 20/01/2014

DISEDIAKAN OLEH DILULUSKAN OLEH

NAMA SALWATI BINTI ABD. KADIR

MUHAMMAD LUKMANI BIN IBRAHIM

JAWATAN KETUA PENOLONG PENGARAH

KANAN AMALAN DAN

PERKEMBANGAN FARMASI

TIMBALAN PENGARAH PENGUATKUASAAN FARMASI

TARIKH 02/01/2014 20/01/2014

Page 2: BAHAGIAN PERKHIDMATAN FARMASI KEMENTERIAN · PDF fileBF-APF-PK-001 4.0 0 20/01/2014 Muka Surat 2 of 9 KANDUNGAN ... 10.2 Kertas soalan lama LFM 5 tahun 10.3 Salinan keputusan peperiksaan

BAHAGIAN PERKHIDMATAN FARMASI PROSEDUR KUALITI

PENGENDALIAN PEPERIKSAAN PERUNDANGAN FARMASI

NO.DOKUMEN NO. KELUARAN NO. PINDAAN TARIKH

BF-APF-PK-001 4.0 0 20/01/2014

Muka Surat 2 of 9

KANDUNGAN

BIL PERKARA MUKA SURAT

1. Kandungan 2

2. Keterangan Pindaan 3

3. Objektif 4

4. Skop 4

5. Rujukan 4

6. Sumber Manusia 4

7. Data dan Informasi 4

8. Definisi 4

9. Singkatan 5

10. Tanggungjawab dan Proses Kerja 6

11. Carta Alir Proses 8

12. Rekod Kualiti 9

13. Sasaran Proses 9

Page 3: BAHAGIAN PERKHIDMATAN FARMASI KEMENTERIAN · PDF fileBF-APF-PK-001 4.0 0 20/01/2014 Muka Surat 2 of 9 KANDUNGAN ... 10.2 Kertas soalan lama LFM 5 tahun 10.3 Salinan keputusan peperiksaan

BAHAGIAN PERKHIDMATAN FARMASI PROSEDUR KUALITI

PENGENDALIAN PEPERIKSAAN PERUNDANGAN FARMASI

NO.DOKUMEN NO. KELUARAN NO. PINDAAN TARIKH

BF-APF-PK-001 4.0 0 20/01/2014

Muka Surat 3 of 9

KETERANGAN PINDAAN

Pindaan Muka surat/

klausa/ perenggan

Butiran pindaan Pemohon Diluluskan

Oleh No. Tarikh

1.

Page 4: BAHAGIAN PERKHIDMATAN FARMASI KEMENTERIAN · PDF fileBF-APF-PK-001 4.0 0 20/01/2014 Muka Surat 2 of 9 KANDUNGAN ... 10.2 Kertas soalan lama LFM 5 tahun 10.3 Salinan keputusan peperiksaan

BAHAGIAN PERKHIDMATAN FARMASI PROSEDUR KUALITI

PENGENDALIAN PEPERIKSAAN PERUNDANGAN FARMASI

NO.DOKUMEN NO. KELUARAN NO. PINDAAN TARIKH

BF-APF-PK-001 4.0 0 20/01/2014

Muka Surat 4 of 9

1.0 OBJEKTIF

Prosedur ini disediakan supaya proses pengendalian Peperiksaan Perundangan Farmasi dapat

dijalankan dengan teratur dan cekap bagi membolehkan calon-calon peperiksaan menduduki

Peperiksaan Perundangan Farmasi bagi memenuhi syarat wajib untuk pendaftaran sebagai Ahli

Farmasi Berdaftar

2.0 SKOP

Prosedur ini digunapakai oleh urusetia LFM untuk menguruskan peperiksaan yang melibatkan aktiviti

menggubal soalan dan skema jawapan peperiksaan, cetakan kertas soalan peperiksaan, pemprosesan

permohonan menduduki peperiksaan, pengendalian peperiksaan, pemeriksaan kertas jawapan serta

pemakluman keputusan kepada calon peperiksaan bagi tujuan pendaftaran pemohon-pemohon yang

layak mendaftar sebagai Ahli Farmasi.

3.0 RUJUKAN

3.1

3.2

3.3

3.4

Manual Kualiti Bahagian Perkhidmatan Farmasi

Akta Pendaftaran Ahli Farmasi 1951

Peraturan-peraturan Pendaftaran Ahli Farmasi 2004

Senarai terkini Ijazah Farmasi yang diiktiraf oleh LFM - Jadual 1

4.0 SUMBER MANUSIA

4.1

4.2

4.3

4.4

4.5

4.6

Presiden Lembaga Farmasi Malaysia

Setiausaha Lembaga Farmasi Malaysia

Ketua Penolong Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi

Ketua Penolong Pengarah/Penolong Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi

JK Penasihat Teknikal Peperiksaan Perundangan Farmasi / Pharmacy Jurisprudence

Technical Advisory Committee (JK PTPPF)

Pembantu Tadbir

5.0 DATA DAN INFORMASI

5.1

Borang Permohonan Menduduki Peperiksaan Perundangan Farmasi - Borang PFF

6.0 DEFINISI

6.1

6.2

6.3

Lembaga Farmasi Malaysia adalah badan yang ditubuhkan di bawah kuasa yang diberi di

bawah seksyen 3, Akta Pendaftaran Ahli Farmasi 1951.

JK PTPPF - JK Penasihat Teknikal Peperiksaan Perundangan Farmasi / Pharmacy Jurisprudence Technical Advisory Committee yang merupakan Panel Penggubal dan Panel Pemeriksa yang bertanggungjawab menggubal soalan dan menyemak kertas jawapan

Peperiksaan Perundangan Farmasi

Ketua Pengawas/Pengawas – Kakitangan/urusetiaLFM yang dilantik oleh SULFM

Page 5: BAHAGIAN PERKHIDMATAN FARMASI KEMENTERIAN · PDF fileBF-APF-PK-001 4.0 0 20/01/2014 Muka Surat 2 of 9 KANDUNGAN ... 10.2 Kertas soalan lama LFM 5 tahun 10.3 Salinan keputusan peperiksaan

BAHAGIAN PERKHIDMATAN FARMASI PROSEDUR KUALITI

PENGENDALIAN PEPERIKSAAN PERUNDANGAN FARMASI

NO.DOKUMEN NO. KELUARAN NO. PINDAAN TARIKH

BF-APF-PK-001 4.0 0 20/01/2014

Muka Surat 5 of 9

Kriteria kelayakan untuk menduduki peperiksaan perundangan farmasi adalah:

(i) Memiliki ijazah farmasi yang diiktiraf oleh LFM, ATAU;

(ii) Telah menjalani latihan pra-pendaftaran samada di dalam atau luar negara yang diiktiraf

oleh LFM, ATAU;

(iii) PRP sedang menjalani latihan pada tarikh peperiksaan dilaksanakan, ATAU;

(iv) Mereka yang telah menjalani latihan di luar negara dan telah berdaftar di luar negara

atau

(v) Pemohon adalah warganegara Malaysia [bagi kategori (i) sehingga (iv)]. Sekiranya bukan warganegara, perlu memenuhi syarat tambahan iaitu :

a) berkahwin dengan warganegara Malaysia, ATAU;

b) mengikut pasangan yang bekerja dengan permit kerja yang sah di Malaysia atau

c) memiliki PhD dalam bidang farmasi atau Doctor in Pharmacy

7.0 SINGKATAN

7.1

7.2

7.3

7.4

7.5

7.6

7.7

7.8

7.9

LFM - Lembaga Farmasi Malaysia

PLFM - Presiden Lembaga Farmasi Malaysia

SULFM - Setiausaha Lembaga Farmasi Malaysia

KPPK- Ketua Penolong Pengarah Kanan

KPP – Ketua Penolong Pengarah

PPK- Penolong Pengarah Kanan

JK PTPPF - JK Penasihat Teknikal Peperiksaan Perundangan Farmasi / Pharmacy Jurisprudence Technical Advisory Committee PRP - Provisionally Registered Pharmacist TPKN(F)- Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Farmasi)

Page 6: BAHAGIAN PERKHIDMATAN FARMASI KEMENTERIAN · PDF fileBF-APF-PK-001 4.0 0 20/01/2014 Muka Surat 2 of 9 KANDUNGAN ... 10.2 Kertas soalan lama LFM 5 tahun 10.3 Salinan keputusan peperiksaan

BAHAGIAN PERKHIDMATAN FARMASI PROSEDUR KUALITI

PENGENDALIAN PEPERIKSAAN PERUNDANGAN FARMASI

NO.DOKUMEN NO. KELUARAN NO. PINDAAN TARIKH

BF-APF-PK-001 4.0 0 20/01/2014

Muka Surat 6 of 9

8.0 TANGGUNGJAWAB DAN PROSES KERJA

TANGGUNGJAWAB PROSES KERJA

1.0 Pemprosesan permohonan menduduki peperiksaan

PT

PT

PT

PT

PPK/KPP/KPPK

PT

PT

1.1 Bagi PRP yang sedang menjalani latihan di premis

kerajaan;

1.1.1 Terima senarai calon yang akan menduduki peperiksaan dari

negeri/institusi

1.1.2 Sediakan senarai nama calon beserta nombor indeks mengikut

negeri/ pusat peperiksaan selepas mendapat persetujuan dari

KPPK/KPP/PPK. Maklumkan kepada setiap negeri/institusi.

1.1.3 Maklumkan senarai calon dan nombor indeks kepada setiap

negeri/institusi.

(Nota: Bagi PRP yang menjalani latihan provisional di

premis kerajaan, mereka perlu mengemukakan borang permohonan secara individu kepada LFM)

1.2 Bagi calon yang selain dari PRP atau calon-calon lain yang ditelah ditentukan.

1.2.1 Terima borang permohonan

1.2.2 Semak borang permohonan untuk kelulusan mengikut kriteria

yang telah ditetapkan.

1.2.3 Berikan no indeks calon mengikut pusat peperiksaan yang

dipohon.

1.2.4 Maklumkan tarikh peperiksaan, nombor indeks dan pusat

peperiksaan kepada pemohon secara bertulis.

2.0 Menggubal soalan, skema jawapan dan cetakan soalan peperiksaan

PPK/KPP/KPPK

PPK/KPP/KPPK

PPK/KPP/KPPK

2.1 Keluarkan surat panggilan mesyuarat JK PTPPF untuk tujuan

penyediaan/penggubalan soalan peperiksan.

2.2 Adakan mesyuarat seperti yang ditetapkan untuk penyediaan

soalan serta skema jawapan peperiksaan.

2.3 Sediakan kertas soalan peperiksaan mengikut keputusan yang

ditetapkan oleh JK PTPPF dan lakukan semakan akhir.

Page 7: BAHAGIAN PERKHIDMATAN FARMASI KEMENTERIAN · PDF fileBF-APF-PK-001 4.0 0 20/01/2014 Muka Surat 2 of 9 KANDUNGAN ... 10.2 Kertas soalan lama LFM 5 tahun 10.3 Salinan keputusan peperiksaan

BAHAGIAN PERKHIDMATAN FARMASI PROSEDUR KUALITI

PENGENDALIAN PEPERIKSAAN PERUNDANGAN FARMASI

NO.DOKUMEN NO. KELUARAN NO. PINDAAN TARIKH

BF-APF-PK-001 4.0 0 20/01/2014

Muka Surat 7 of 9

TANGGUNGJAWAB PROSES KERJA

PT

PPK/KPP/KPPK

PT

PT

2.4 Cetak kertas soalan di Lembaga Farmasi Malaysia.

2.5 Simpan kertas soalan dengan selamat di dalam almari berkunci

sehingga hari peperiksaan.

2.6

Hantar soalan beserta arahan pengendalian peperiksaan kepada setiap negeri/ pusat sebelum hari peperiksaan. Bagi peperiksaan di

Lembah Kelang, kertas soalan disimpan di tempat berkunci

sehingga hari peperiksaan

2.7 Terima dan fail surat pengesahan penerimaan kertas soalan.

3.0 Pengendalian Peperiksaan

PT

SULFM

Pengawas

Pengawas

PT

PT

3.1

Tempah dewan peperiksaan bagi calon yang akan menduduki peperiksaan di Lembah Klang.

3.2 Lantik secara bertulis, Ketua Pengawas dan pengawas-pengawas untuk peperiksaan di Lembah Kelang.

3.3 Agih kertas jawapan kosong dan kertas soalan serta panduan

untuk peperiksaan kepada calon-calon

3.4 Kumpulkan kertas jawapan calon setelah peperiksaan tamat

dan serahkan kepada Ketua Pengawas

3.5 Terima kertas jawapan dari pusat-pusat lain.

3.6 Serah semua kertas jawapan yang dikumpulkan/diterima

kepada KPPK/KPP/PPK untuk diagih kepada JK PTPPF.

4.0 Pemeriksaan kertas jawapan

PT

PPK/KPP/KPPK

PPK/KPP/KPPK

4.1 Sediakan senarai pemarkahan (score sheet) semua calon-calon mengikut jumlah kertas jawapan yang ada dan serah kepada

KPPK/KPP/PPK.

4.2 Tetapkan tarikh mesyuarat semakan kertas jawapan dan

keluarkan surat panggilan mesyuarat kepada JK PTPPF.

4.3

Adakan mesyuarat JK PTPPF untuk pemeriksaan semua kertas

jawapan mengikut agihan yang telah dibuat .

Page 8: BAHAGIAN PERKHIDMATAN FARMASI KEMENTERIAN · PDF fileBF-APF-PK-001 4.0 0 20/01/2014 Muka Surat 2 of 9 KANDUNGAN ... 10.2 Kertas soalan lama LFM 5 tahun 10.3 Salinan keputusan peperiksaan

BAHAGIAN PERKHIDMATAN FARMASI PROSEDUR KUALITI

PENGENDALIAN PEPERIKSAAN PERUNDANGAN FARMASI

NO.DOKUMEN NO. KELUARAN NO. PINDAAN TARIKH

BF-APF-PK-001 4.0 0 20/01/2014

Muka Surat 8 of 9

TANGGUNGJAWAB PROSES KERJA

PPK/KPP/KPPK

4.4 Sediakan senarai pemarkahan muktamad hasil dari mesyuarat

JK PTPPF.

5.0 Memaklumkan Keputusan

SULFM

5.1 Keluarkan keputusan peperiksaan kepada negeri/institusi bagi calon

PRP di premis kerajaan, manakala bagi calon bukan PRP dan PRP di premis bukan kerajaan, keputusan dikeluarkan secara individu

melalui surat.

9.0 CARTA ALIR PROSES

Page 9: BAHAGIAN PERKHIDMATAN FARMASI KEMENTERIAN · PDF fileBF-APF-PK-001 4.0 0 20/01/2014 Muka Surat 2 of 9 KANDUNGAN ... 10.2 Kertas soalan lama LFM 5 tahun 10.3 Salinan keputusan peperiksaan

BAHAGIAN PERKHIDMATAN FARMASI PROSEDUR KUALITI

PENGENDALIAN PEPERIKSAAN PERUNDANGAN FARMASI

NO.DOKUMEN NO. KELUARAN NO. PINDAAN TARIKH

BF-APF-PK-001 4.0 0 20/01/2014

Muka Surat 9 of 9

10.0 REKOD KUALITI

Bil. Nama Rekod Lokasi Simpanan

Tempoh Simpanan

10.1 Senarai semak dan borang permohonan untuk

menduduki peperiksaan perundangan farmasi

(boleh didapati di laman sesawang BPF)

LFM 5 tahun

10.2 Kertas soalan lama

LFM

5 tahun

10.3 Salinan keputusan peperiksaan

Fail Peperiksaan

Perundangan Farmasi

5 tahun

10.4 Surat makluman tarikh, nombor dan pusat peperiksaan

Fail Peperiksaan Perundangan

Farmasi

5 tahun

10.5 Borang kedatangan calon LFM

5 tahun

10.6 Senarai markah (score sheet) Fail Sulit

Peperiksaan

Perundangan Farmasi

5 tahun

10.7 Fail Peperiksaan Perundangan Farmasi LFM 5 tahun

11.0 SASARAN PROSES

Mengendalikan Peperiksaan Perundangan Farmasi sekurang-kurangnya 3 kali setahun