bahagian pasca perkhidmatan

24
BAHAGIAN PASCA PERKHIDMATAN No. Siri : BP 3/3 No. Fail : JPA(BKP)548/1/12 Pindaan : 00/2009 JABATAN PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA PANDUAN MENGENAI FAEDAH PERSARAAN KERANA PENSWASTAAN AGENSI KERAJAAN “JPA PENERAJU PERUBAHAN PERKHIDMATAN AWAM”

Upload: blaze

Post on 22-Jan-2016

90 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

No. Siri : BP 3/3 No. Fail: JPA(BKP)548/1/12 Pindaan : 00/2009. BAHAGIAN PASCA PERKHIDMATAN. JABATAN PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA PANDUAN MENGENAI FAEDAH PERSARAAN KERANA PENSWASTAAN AGENSI KERAJAAN. “JPA PENERAJU PERUBAHAN PERKHIDMATAN AWAM”. PANDUAN - PowerPoint PPT Presentation

TRANSCRIPT

Page 1: BAHAGIAN PASCA PERKHIDMATAN

BAHAGIAN PASCA PERKHIDMATAN

No. Siri : BP 3/3No. Fail : JPA(BKP)548/1/12Pindaan : 00/2009

JABATAN PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA

PANDUANMENGENAI FAEDAH PERSARAAN KERANA

PENSWASTAAN AGENSI KERAJAAN

“JPA PENERAJU PERUBAHAN PERKHIDMATAN AWAM”

Page 2: BAHAGIAN PASCA PERKHIDMATAN

JPA

JABATAN PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA

PANDUANMENGENAI FAEDAH PERSARAAN KERANA PENSWASTAAN

AGENSI KERAJAAN

Page 3: BAHAGIAN PASCA PERKHIDMATAN

Kata-kata AluanKetua Pengarah Perkhidmatan Awam Malaysia

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera,

Bersyukur ke hadrat ilahi kerana dengan limpah rahmat dan inayah-Nya, maka Buku Panduan JPA Edisi Keempat dapat diterbitkan sebagai satu usaha murni ke arah meningkatkan sistem penyampaian perkhidmatan.

Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) yang dibentangkan oleh Y.A.B. Perdana Menteri meletakkan harapan yang tinggi terhadap keupayaan perkhidmatan awam sebagai penggerak kemajuan negara. Ia dizahirkan melalui teras kedua dan kelima RMK-9 yang menekankan aspek modal insan yang berminda kelas pertama dan meningkatkan keupayaan organisasi.

Realitinya, persekitaran perkhidmatan awam tidak lagi seperti biasa. Justeru, JPA perlu terus relevan melaksanakan peranan untuk menjelmakan manifestasi stakeholders kepada rakyat. JPA harus sentiasa mengamalkan prinsip kaizen bagi memastikan perkhidmatan yang disampaikan adalah berkualiti dan melangkaui kebiasaan.

Saya berharap agar semua usaha JPA dapat diterjemahkan melalui penerbitan Buku Panduan JPA Edisi Keempat ini. Semoga dengan penerbitan Buku Panduan JPA, segala urusan antara pelanggan dengan JPA dapat dipermudahkan dan dipercepatkan.

Sekian, terima kasih.

(TAN SRI ISMAIL ADAM)

Page 4: BAHAGIAN PASCA PERKHIDMATAN

“Pertumbuhan ekonomi di masa hadapan, sebahagian besarnya akan

bergantung kepada kegiatan sektor swasta. Strategi utama bagi

penglibatan sektor swasta ialah melalui dasar penswastaan. Strategi

ini akan menjamin beban kewangan Kerajaan dikurangkan dan pada

masa yang sama mutu perkhidmatan akan dipertingkatkan. Strategi ini

akan menambahkan lagi peluang bumiputera dari segi hak milik,

pekerjaan dan peluang-peluang perniagaan. Pendapatan kakitangan

perkhidmatan-perkhidmatan kerajaan yang akan diswastakan tidak

akan terjejas kerana penswastaan”.

YAB Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad

Dewan Rakyat, 29 Mac 1984

Page 5: BAHAGIAN PASCA PERKHIDMATAN

KANDUNGAN MUKA SURAT

1. Pendahuluan 1

2. Latar Belakang 1

3. Dasar Personel dan Perkhidmatan 1

4. Kertas Opsyen 2

5. Kaedah Persaraan 2

6. Bersetuju Menyertai Syarikat 3

7. Tidak Setuju Menyertai Syarikat 4

8. Syarat Penting 4

9. Umur Layak Terima Pencen 5

10. Tamat Perkhidmatan Kerana Sakit Atau Dasar Pengurangan Kerja

6

11. Faedah Persaraan 7

12. Formula Pengiraan 7

13. Penyediaan Dokumen Persaraan 9

14. Tanggungjawab 11

15. Rujukan Berkaitan 13

16. Pertanyaan 14

17. Lampiran

I - Carta Aliran

I-I - Dibersarakan Kerana Dilantik Untuk Berkhidmat Dengan Syarikat

I-II - Bersara Secara Pilihan Sendiri

I-II - Dibersarakan Atas Sebab Penghapusan Jawatan

Page 6: BAHAGIAN PASCA PERKHIDMATAN

1

PENDAHULUAN

Buku panduan ini bertujuan memberi penerangan mengenai opsyen

dan faedah persaraan kepada pegawai/pekerja berpencen yang

bersara kerana penswastaan/pengkorporatan agensi Kerajaan.

LATAR BELAKANG

Dasar Penswastaan telah diperkenalkan oleh Kerajaan dalam tahun

1980-an lagi. Sejak itu, beberapa agensi Kerajaan telah

diswastakan/dikorporatkan dan telah memperlihatkan kejayaan masing-

masing.

Di antara matlamat penswastaan ialah untuk meningkatkan kecekapan

dan produktiviti, memberi peluang yang saksama kepada sesebuah

agensi mengecap kekayaan dan kemakmuran negara sekaligus

mengurangkan beban kewangan Kerajaan.

Dalam melaksanakan dasar penswastaan/pengkorporatan, Unit

Perancangan Ekonomi (UPE) Jabatan Perdana Menteri terlibat dari segi

segi dasar berhubung kewangan, aset dan liabiliti, manakala Jabatan

Perkhidmatan Awam (JPA) pula mengenai dasar personel dan

perkhidmatan agensi Kerajaan yang hendak diswastakan.

DASAR PERSONEL DAN PERKHIDMATAN

Dasar terpenting dalam menguruskan personel yang terlibat dengan

penswastaan ialah menentukan tawaran kaedah dan faedah persaraan

serta terma dan syarat perkhidmatan yang secara pakejnya tidak

kurang baik (no less favourable) daripada

Page 7: BAHAGIAN PASCA PERKHIDMATAN

2

apa yang dinikmati dalam perkhidmatan sekarang. Bagi maksud ini, JPA

(Bahagian Pasca Perkhidmatan) dipertanggungjawabkan untuk memberi

nasihat dan kepakaran dari segi Kertas Opsyen yang diberi kepada

pegawai/pekerja yang terlibat, manakala JPA (Bahagian Perkhidmatan)

dalam hal terma dan syarat perkhidmatan yang ditawarkan.

KERTAS OPSYEN

Kertas Opsyen merupakan tawaran kepada pegawai/pekerja terlibat untuk

memilih sama ada :

(a) Bersetuju menyertai syarikat; atau

(b) Tidak bersetuju menyertai syarikat.

Kertas Opsyen juga menawarkan peluang kepada pegawai/pekerja

berpencen untuk memilih kaedah persaraan yang sesuai baginya selaras

dengan syarat-syarat yang ditetapkan di bawah undang-undang pencen.

KAEDAH PERSARAAN

Tawaran kaedah persaraan adalah merujuk kepada peruntukan Sek. 12 atau

12A atau 10(5)(b) Akta Pencen 1980 (Akta 227) bagi pegawai persekutuan

dan pegawai negeri atau Peruntukan Seksyen 12 atau 13 atau 10(5)(b) Akta

Pencen Pihak-pihak Berkuasa Berkanun dan Tempatan 1980 (Akta 239)

bagi pekerja pihak berkuasa berkanun dan tempatan.

Page 8: BAHAGIAN PASCA PERKHIDMATAN

3

BERSETUJU MENYERTAI SYARIKAT (TERIMA TAWARAN)

Bagi pegawai/pekerja berpencen yang bersetuju menyertai syarikat dan

berumur kurang 45 tahun bagi perempuan atau 50 tahun bagi lelaki, mereka

boleh bersara di bawah Seksyen 12A Akta 227 atau Seksyen 13 Akta 239

dengan memilih sama ada :

(a) Skim A (Seksyen 12A(2) Akta 227/Seksyen 13(2) Akta 239)

Skim Perkhidmatan Syarikat dengan menikmati gaji, imbuhan,

elaun, cuti dan rawatan perubatan sama seperti yang diterimanya

semasa berkhidmat dengan agensi Kerajaan sekarang atau apa-apa

perubahan gaji atau pemberian bonus oleh Kerajaan pada masa hadapan.

Tempoh perkhidmatan dalam syarikat akan diambilkira untuk tujuan

pengiraan pencen. Gaji akhir yang diambilkira untuk tujuan pencen

ialah gaji akhir selama berada dalam Skim A; atau

(b) Skim B (Seksyen 12A(3) Akta 227/Seksyen 13(3) Akta 239)

Skim Perkhidmatan Syarikat dengan menikmati gaji atau apa-apa

kemudahan yang disediakan oleh syarikat termasuk apa-apa bonus

atau saham yang ditawarkan. Tempoh perkhidmatan dan gaji akhir

yang diambilkira untuk pengiraan pencen ialah sehingga sehari

sebelum tarikh kuatkuasa penswastaan/pengkorporatan.

Bagi Pegawai Berpencen yang bersetuju menyertai Syarikat dan telah

mencapai umur 40 atau lebih, mereka boleh bersara pilihan di bawah

Seksyen 12 Akta 227 atau Akta 239 dan berkhidmat dengan syarikat di

bawah Skim B. Mereka layak dibayar ganjaran pada tarikh kuatkuasa

penswastaan/ pengkorporatan.

Page 9: BAHAGIAN PASCA PERKHIDMATAN

4

TIDAK BERSETUJU MENYERTAI SYARIKAT (TOLAK TAWARAN)

Bagi pegawai/pekerja berpencen yang menolak tawaran untuk berkhidmat

dengan syarikat, mereka akan dibersarakan di bawah Seksyen 10(5)(b)

Akta 227/Akta 239. Mereka layak dibayar faedah persaraan pada tarikh

kuatkuasa penswastaan/pengkorporatan. Mereka tidak dibenarkan untuk

berkhidmat dengan syarikat atau mana-mana subsidiarinya atau mana-

mana agensi Kerajaan.

SYARAT PENTING

Bagi yang bersetuju menyertai syarikat dan bersara di bawah Seksyen

12A Akta 227 atau Seksyen 13 Akta 239, mereka dikehendaki berkhidmat

selama 5 tahun terus menerus dengan syarikat untuk layak menerima

faedah persaraan.

Bagi yang memilih Skim A, mereka boleh bertukar ke Skim B dalam

tempoh 2 tahun dikira dari tarikh kuatkuasa penswastaan. Manakala yang

memilih Skim B tidak boleh bertukar ke Skim B.

Bagi yang memilih untuk bersara pilihan di bawah Seksyen 12 Akta 227

atau Akta 239 dan berkhidmat dengan syarikat di bawah Skim B,

hendaklah mempunyai tempoh perkhidmatan yang boleh diambilkira tidak

kurang dari 10 tahun dan berumur 40 tahun layak untuk menikmati faedah

persaraan.

Page 10: BAHAGIAN PASCA PERKHIDMATAN

5

UMUR LAYAK TERIMA FAEDAH-FAEDAH PERSARAAN

Skim A – Seksyen 12A(2) Akta 227 (Pegawai Persekutuan atau

Pegawai Negeri)

(a) Sekiranya dilantik sebelum 16 Mei 1986, mereka layak dibayar

faedah persaraan bila mencapai umur 45 tahun bagi pegawai

perempuan atau 50 tahun bagi pegawai lelaki atau 55 tahun atau 56

tahun mengikut opsyen di bawah Pekeliling Perkhidmatan Bil. 3 Tahun

2001.

(b) Sekiranya dilantik pada atau selepas 15 Mei 1986 tetapi

sebelum 1 Oktober 2001, mereka layak dibayar faedah

persaraan bila mencapai umur 55 tahun atau 56 tahun

mengikut pilihan mereka semasa opsyen dibawah Pekelililng

Perkhidmatan Bil. 3 Tahun 2001.

(c) Sekiranya dilantik pada atau selepas 1 Oktober 2001, mereka layak

dibayar faedah persaraan bila mencapai umur 56 tahun.

Skim A – Seksyen 13(2) Akta 239 (Pekerja Pihak-pihak Berkuasa

Berkanun dan Tempatan)

(a) Sekiranya dilantik sebelum 1 Oktober 2001, mereka layak dibayar

faedah persaraan bila mencapai umur 55 tahun atau 56 tahun

mengikut opsyen di bawah Pekeliling Perkhidmatan Bil. 3 Tahun 2001.

(b) Sekiranya dilantik pada atau selepas 1 Oktober 2001, mereka layak

dibayar faedah persaraan bila mencapai umur 56 tahun.

Page 11: BAHAGIAN PASCA PERKHIDMATAN

6

Skim B – Seksyen 12A(3) Akta 227/Seksyen 13(3) Akta 239

Bagi Pegawai/Pekerja Berpencen yang memilih kaedah persaraan ini,

mereka layak dibayar faedah persaraan bila mencapai umur 45 tahun bagi

pegawai/pekerja perempuan dan 50 tahun bagi pegawai/pekerja lelaki.

Skim B – Seksyen 12 Akta 227/Akta 239

(a) Sekiranya dilantik sebelum 12 April 1991, mereka layak dibayar

pencen bila mencapai umur 45 tahun bagi pegawai/pekerja

perempuan atau 50 tahun bagi pegawai/pekerja lelaki.

(b) Sekiranya dilantik pada atau selepas 12 April 1991 tetapi

sebelum 1 Oktober 2001, mereka layak dibayar pencen bila

mencapai umur 55 tahun atau 56 tahun mengikut opsyen di bawah

Pekeliling Perkhidmatan Bil. 3 Tahun 2001.

(c) Sekiranya dilantik pada atau selepas 1 Oktober 2001,

mereka layak dibayar pencen bila mencapai umur 56 tahun.

Bagi Pegawai/Pekerja Berpencen yang menolak tawaran untuk

berkhidmat dengan Syarikat, mereka layak dibayar faedah persaraan pada

tarikh kuatkuasa penswastaan/pengkorporatan.

TAMAT PERKHIDMATAN KERANA SAKIT ATAU DASAR

PENGURANGAN PEKERJA

Bagi pegawai/pekerja berpencen yang memilih kaedah persaraan di

bawah Seksyen 12A Akta 227 atau Seksyen 13 Akta 239 yang ditamatkan

perkhidmatan oleh syarikat kerana sakit (dengan perakuan Lembaga

Perubatan Kerajaan) atau kerana dasar pengurangan pekerja (dengan

kelulusan Kerajaan), mereka layak dibayar faedah persaraan pada tarikh

kuatkuasa penamatan perkhidmatan.

Page 12: BAHAGIAN PASCA PERKHIDMATAN

7

FAEDAH PERSARAAN

Faedah persaraan yang layak dinikmati oleh pegawai/pekerja berpencen ialah :

(a) Ganjaran Perkhidmatan.

(b) Pencen Bulanan.

(c) Award Wang Tunai Gantian Cuti Rehat (GCR) – pembayaran hanya untuk pegawai/pekerja Perkhidmatan Awam

Persekutuan sahaja.

(d) Kad Pesara.

(e) Rawatan Perubatan.

FORMULA PENGIRAAN

(a) Pegawai berpencen yang menerima tawaran berkhidmat dengan Syarikat

(i) Ganjaran Perkhidmatan

1/20 x Tempoh Perkhidmatan Yang Boleh Dimasukkira x Gaji Akhir

Bersara sebelum 1 Januari 1995

7.5% x Tempoh Perkhidmatan Yang Boleh Dimasukkira x Gaji Akhir

Bersara selepas 1 Januari 1995

Page 13: BAHAGIAN PASCA PERKHIDMATAN

8

(ii) Pencen Bulanan

(iii) GCR

Persaraan sebelum 1 Januari 2003Maksimum 90 hari cuti rehat terkumpul (Pekeliling Perkhidmatan Bil. 4 Tahun 1993)

Persaraan selepas 1 Januari 2003Maksimum 120 hari cuti rehat terkumpul (Pekeliling Perkhidmatan Bil. 7 Tahun 2003)

1/600 x Tempoh Perkhidmatan Yang Boleh Dimasukkira x Gaji Akhir

1/30 x Jumlah Hari Cuti Rehat Terkumpul x Gaji Akhir

Bersara sebelum 1 Januari 1995

1/30 x Jumlah Hari Cuti Rehat Terkumpul x Gaji Akhir dan Termasuk Imbuhan Tetap

Bersara selepas 1 Januari 1995

Page 14: BAHAGIAN PASCA PERKHIDMATAN

9

(b) Pegawai/Pekerja Berpencen yang menolak tawaran untuk

berkhidmatan dengan syarikat :

Pengiraan Ganjaran Perkhidmatan dan GCR ialah seperti di muka

surat 8, manakala Pencen Bulanan berasaskan formula berikut :

1/500 x Tempoh Perkhidmatan Yang Boleh Dimasukkira x Gaji

Akhir

*maksimum 1/2 gaji akhir

Pegawai berpencen yang memilih kaedah persaraan di bawah

Seksyen 12A Akta 227 atau Seksyen 13 Akta 239, pencen bulanan

mereka hendaklah tidak kurang 1/5 daripada gaji akhir.

Kad Pesara dan kemudahan rawatan di Hospital Kerajaan dan

pembiayaan rawatan khas layak dinikmati sebaik sahaja

pegawai/pekerja tersebut layak mendapat faedah persaraan.

PENYEDIAAN DOKUMEN-DOKUMEN PERSARAAN

Dokumen yang perlu dikemukakan kepada Bahagian Pasca

Perkhidmatan JPAialah seperti berikut :

Borang JPA.BP.SPPP.B01aMaklumat Pesara 1 salinan

Borang JPA.BP.SPPP.B03 Maklumat Tanggungan 1 salinan

Page 15: BAHAGIAN PASCA PERKHIDMATAN

10

Borang JPA.BP.SPPP.B04 Notis Pelepasan/Pengasingan

Caruman Kerajaan di KWSP

1 salinan

Borang JPA.BP.UMUM.B01 Sijil Akuan Berhutang/Tidak

Berhutang

1 salinan

Borang JPA.BP.UMUM.B02 Pengiraan Cuti Rehat Yang

Boleh Dikumpul

1 salinan

Borang JPA.BP.UMUM.B04 Laporan Pengesahan Pakar

Perubatan Mengenai Anak

Cacat Otak/Cacat Anggota

(jika berkenaan)

1 salinan

Rekod Perkhidmatan (kemaskini) 1 salinan

Rekod Cuti (kemaskini) 1 salinan

Salinan Sijil Nikah, sekiranya tiada, Surat Akuan Sumpah 1 salinan

Salinan Kad Pengenalan Pegawai/Pekerja 1 salinan

Salinan Kad Pengenalan Isteri/Suami kepada

Pegawai/Pekerja

1 salinan

Salinan Sijil Kelahiran/Kad Pengenalan Anak-anak Di bawah

Umur 21 Tahun dan Tiada Had Umur Bagi Anak Cacat

1 salinan

Salinan Dokumen Bank (menunjukkan nama/kad

pengenalan)

1 salinan

Salinan Kertas Opsyen Penswastaan 1 salinan

Salinan Sijil Nikah/Pendaftaran Perkahwinan Yang Sah 1 salinan

Page 16: BAHAGIAN PASCA PERKHIDMATAN

11

Bagi mereka yang ditamatkan perkhidmatan oleh syarikat kerana sakit atau

dasar pengurangan pekerja, dokumen tambahan seperti berikut hendaklah

dikemukakan :

(a) Laporan Lembaga Perubatan Kerajaan/Kelulusan

Pengurangan Pekerja oleh Kerajaan; dan

(b) Salinan Notis Tamat Perkhidmatan Pegawai/Pekerja oleh

Syarikat.

Bagi tujuan pembayaran pencen bulanan, sila pastikan maklumat bank

telah dikemukakan dan untuk tujuan surat menyurat, sila tentukan alamat

terkini diberikan.

TANGGUNGJAWAB

Pegawai/Pekerja

(a) Membuat pilihan yang tepat semasa opsyen diberi;

(b) Menyemak rekod perkhidmatan dan rekod cuti supaya

catatannya betul, lengkap dan teratur; dan

(c) Menyempurnakan dokumen persaraan yang diperlukan dan diserah

kepada jabatan mengurus/syarikat dengan lengkap.

Jabatan Mengurus/Syarikat

(a) Menyelenggara dan mengemaskini rekod perkhidmatan, rekod cuti,

gaji, pilihan opsyen setiap pegawai/pekerja yang terlibat dengan

betul dan tepat;

Page 17: BAHAGIAN PASCA PERKHIDMATAN

12

(b) Mengemukakan senarai pegawai/pekerja berpencen yang

terlibat yang mengandungi butiran perkhidmatan, gaji, umur dan

pilihan opsyen ke Bahagian Pasca Perkhidmatan, JPA pada tarikh

kuatkuasa penswastaan/pengkorporatan; dan

(c) Mengemukakan dokumen-dokumen persaraan dengan

lengkap dan teratur kepada Bahagian Pasca Perkhidmatan, JPA :

(i) serta merta – bagi mereka yang menolak tawaran untuk

berkhidmat dengan syarikat;

(ii) segera – bagi mereka yang bersara di bawah

Seksyen 12 Akta 227239; dan

(iii) Tiga (3) bulan sebelum tarikh layak terima faedah

persaraan bagi mereka yang bersara di bawah

Seksyen 12A Akta 227 atau Seksyen 13 Akta 239.

Bahagian Pasca Perkhidmatan, JPA

(a) Memproses dan melulus tempoh perkhidmatan tiga (3) bulan

sebelum tarikh layak terima faedah persaraan;

(b) Melulus faedah persaraan satu bulan sebelum tarikh layak terima

faedah persaraan;

(c) Mengeluarkan Kad Pesara sebaik sahaja faedah persaraan

diluluskan; dan

(d) Menguruskan pembayaran faedah persaraan sesuai dengan

tarikh layak terima faedah persaraan.

Page 18: BAHAGIAN PASCA PERKHIDMATAN

13

RUJUKAN BERKAITAN

Perkara yang dibentangkan di atas boleh dirujuk kepada yang berikut :

(a) Perkara 147 Perlembagaan Persekutuan;

(b) Akta Pencen 1980 (Akta 227);

(c) Akta Pencen Pihak-pihak Berkuasa Berkanun dan Tempatan 1980

(Akta 239);

(d) Peraturan-peraturan Pencen 1980;

(e) Peraturan-peraturan Pencen Pihak-pihak Berkuasa Berkanun dan

Tempatan 1990;

(f) Pelan Induk Penswastaan 1991;

(g) Pekeliling Perkhidmatan Bil. 4 Tahun 2003;

(h) Pekeliling Perkhidmatan Bil. 3 Tahun 2001;

(i) Pekeliling Perkhidmatan Bil. 6 Tahun 2000;

(j) Pekeliling Perkhidmatan Bil. 4 Tahun 1993; dan

(k) Pekeliling Am Bil. 2 Tahun 1985;

Page 19: BAHAGIAN PASCA PERKHIDMATAN

14

PERTANYAAN

Sebarang kemusykilan/pertanyaan, sila hubungi pegawai atau unit yang

berkaitan seperti yang disenaraikan di bawah :

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam

Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia

Bahagian Pasca Perkhidmatan, Unit 03

Aras 3, Blok C2, Kompleks C

Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan

62510 Wilayah Persekutuan Putrajaya

atau

Telefon : 03-8885 4620 hingga 4631

Faksimili : 03-8888 6359

03-8889 2193

03-8888 4740

atau

E-mel : [email protected]

[email protected]

[email protected]

[email protected]

Page 20: BAHAGIAN PASCA PERKHIDMATAN

15

LAMPIRAN I

Agensi Kerajaan Diswastakan

CARTA ALIRAN

Anggota Menamatkan PerkhidmatanDengan Kerajaan

Diberi Kertas Opsyen

Ditawar Dua Pilihan

Pilihan I

Menerima Tawaran Untuk Berkhidmat Dengan

Syarikat

Mempunyai Dua Jenis Persaraan

Dibersarakan Kerana Dilantik Untuk

Berkhidmat Dengan Syarikat

Seksyen 12A Akta 227 (Awam)

Seksyen 13 Akta 239 (BBKT)

Bersara Secara Pilihan Sendiri

Seksyen 12 Akta 227 Dan Akta 239 (Awam

dan BBKT)

Pilihan II

Menolak Tawaran UntukBerkhidmat Dengan

Syarikat

Mempunyai Satu Jenis Persaraan

Dibersarakan Atas Sebab Penghapusan

Jawatan

Seksyen 10(5)(b) Akta 227 atau Akta 239 (Awam dan BBKT)

A B C

Page 21: BAHAGIAN PASCA PERKHIDMATAN

LAMPIRAN I-I

DIBERSARAKAN KERANA DILANTIK UNTUK BERKHIDMAT DENGAN SYARIKAT

(Seksyen 12A Akta 227/Seksyen 13 Akta 239)

DIBERSARAKAN KERANA DILANTIK UNTUK BERKHIDMAT DENGAN SYARIKAT

Syarat-syarat Yang Melayakkan

Pada Tarikh Penswastaan Anggota Mestilah :

1. Berjawatan Tetap Di bawah Skim Pencen2. (a) Berumur Kurang Daripada 45 Tahun (Perempuan) (b) Berumur Kurang Daripada 50 Tahun (Lelaki)3. Telah Disahkan Dalam Jawatan Sekarang Atau Jawatan Yang Terdahulu Dalam Perkhidmatan Kerajaan

Ditawarkan Dua Skim Perkhidmatan

A

SKIM A

1. Skim Perkhidmatan Ala Kerajaan Yang Menawarkan Gaji, Elaun, Terma dan Syarat-syarat Perkhidmatan Yang Serupa Dengan Skim Perkhidmatan Kerajaan

2. Dibenarkan Menukar Pilihan Ke SKIM BDalam Tempoh 2 Tahun Mulai TarikhPenswastaan

3. Wajib Berkhidmat Dengan SyarikatSecara Berterusan Selama Tidak KurangLima Tahun Mulai Tarikh Penswastaan

SKIM B

1. Skim Perkhidmatan Syarikat Yang Menawarkan Gaji Baru Serta TermaDan Syarat-syarat Perkhidmatan Syarikat

2. Pencaruman Kepada KWSP3. Saham dan Bonus Syarikat, Jika Ada4. Wajib Berkhidmat Dengan Syarikat Secara

Berterusan Selama Tidak Kurang LimaTahun Mulai Tarikh Penswastaan

16

Page 22: BAHAGIAN PASCA PERKHIDMATAN

17

LAMPIRAN I-II

BERSARA SECARA PILIHAN SENDIRI(Seksyen 12 Akta 227/Akta 239

BERSARA SECARA PILIHAN SENDIRI

Syarat-syarat Yang Melayakkan

Pada Tarikh Penawaran Anggota Mestilah :

Ditawarkan Satu Skim Perkhidmatan Sahaja

1. Berjawatan Tetap Di bawah Skim Pencen2. Berumur 40 Tahun Dan Ke atas3. Telah Disahkan Dalam Jawatan Sekarang Atau Jawatan Yang Terdahulu Dalam Perkhidmatan Kerajaan4. Telah Diberi Taraf Berpencen5. Mempunyai Tempoh Tidak Kurang 10 Tahun Perkhidmatan Yang Boleh Dimasukkira

Ditawarkan Satu Skim Perkhidmatan Sahaja

1. Skim Perkhidmatan Syarikat Yang Menawarkan Gaji Baru serta Terma dan Syarat-Syarat Perkhidmatan Syarikat2. Pencarum Kepada KWSP3. Saham dan Bonus Syarikat, jika ada

B

Page 23: BAHAGIAN PASCA PERKHIDMATAN

18

LAMPIRAN I-III

DIBERSARAKAN ATAS SEBAB PENGHAPUSAN JAWATAN(Seksyen 10(5)(b) Akta 227/Akta 239)

DIBERSARAKAN ATAS SEBAB PENGHAPUSAN JAWATAN

Syarat-syarat Yang Melayakkan

Semua Anggota Tidak Mengira Umur

Pada Tarikh Penswastaan Anggota Mestilah :

C

Pembayaran Faedah-faedah Persaraan

1. Berjawatan Tetap Di bawah Skim Pencen2. Telah Diberi Taraf Berpencen3. Mempunyai Tempoh Tidak Kurang 3 Tahun Perkhidmatan Yang Boleh Dimasukkira

Layak Menerima Pencen Dan Ganjaran Pada Tarikh Penswastaan

Page 24: BAHAGIAN PASCA PERKHIDMATAN

19

“Ramai yang tidak menyedari hakikat bahawa faedah persaraan

merupakan anugerah seumur hidup daripada Kerajaan kepada anggota

sektor awam yang bersara setelah sekian lama menabur jasa demi

kesejahteraan dan kemakmuran negara. Justeru, ia sepatutnya menjadi

kebanggaan setiap pesara Kerajaan Malaysia…….”

Skim Pencen Sektor Awam

Kebanggaan Pesara Kerajaan Malaysia

November., 2000