bahagian ika

8
Perjuangan Parti-parti politik Selepas Proklamasi diisytiharkan, Sukarno dilantik sebagai Presiden dan Hatta sebagai naib Presiden. 1 Sukarno cuba untuk menerapkan sistem satu parti sahaja tetapi tidak berjaya atas tekanan daripada KNIP dan Hatta kemudiaanya mengeluarkan maklumat pemerintahan 3 November 1945 yang membenarkan rakyat berpolitik dan penubuhan organisasi-organisasi politik. Selepas maklumat pemerintah 3 November 1945, penubuhan parti-parti politik tumbuh seperti cendawan selepas hujan kerana setiap parti politik cuba untuk mendapatkan kepercayaan rakyat Indonesia supaya mereka dapat menubuhkan pemerintahan berdasarkan aliran politik yang didukungi masing-masing. Sutan Sjahrir telah menubuhkan Parti Sosialis dan Amir Syarifuddin berperanan sebagai ketua utama. Nasionalis pula telah membentuk Partai Nasionalis Indonesia atau PNI. Kumpulan Islam pula telah membentuk Masyumi. Kumpulan Tan Melaka mengambil timdakan dengan membentuk Partai Murba. Protestant dan Catholicts Indonesia membentuk parti mereka yang tersendiri. 2 Oleh itu, kita dapat kelaskan pada parti-parti politik yang ditubuhkan selepas Perang Dunia ke-2 terdiri daripada 3 aliran iaitu aliran Agama, Nasionalis, dan aliran Marxisme iaitu Sosialis. Sjahrir kemudiannya telah dilantik menjadi Perdana Menteri Indonesia yang pertama dan ini menunjukkan bahawa Parti 1 Mochfar Libis. (1987). Indonesia: Land Under the Rainbow. Singapore: Oxford University Press. hlm 175. 2 Mochfar Libis. (1987). Indonesia: Land Under the Rainbow. Singapore: Oxford University Press. hlm 175

Upload: ejenzeroseven-iqa

Post on 07-Apr-2016

231 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

Indonesia

TRANSCRIPT

Page 1: Bahagian Ika

Perjuangan Parti-parti politik

Selepas Proklamasi diisytiharkan, Sukarno dilantik sebagai Presiden dan Hatta sebagai

naib Presiden.1 Sukarno cuba untuk menerapkan sistem satu parti sahaja tetapi tidak berjaya atas

tekanan daripada KNIP dan Hatta kemudiaanya mengeluarkan maklumat pemerintahan 3

November 1945 yang membenarkan rakyat berpolitik dan penubuhan organisasi-organisasi

politik. Selepas maklumat pemerintah 3 November 1945, penubuhan parti-parti politik tumbuh

seperti cendawan selepas hujan kerana setiap parti politik cuba untuk mendapatkan kepercayaan

rakyat Indonesia supaya mereka dapat menubuhkan pemerintahan berdasarkan aliran politik

yang didukungi masing-masing. Sutan Sjahrir telah menubuhkan Parti Sosialis dan Amir

Syarifuddin berperanan sebagai ketua utama. Nasionalis pula telah membentuk Partai Nasionalis

Indonesia atau PNI. Kumpulan Islam pula telah membentuk Masyumi. Kumpulan Tan Melaka

mengambil timdakan dengan membentuk Partai Murba. Protestant dan Catholicts Indonesia

membentuk parti mereka yang tersendiri.2

Oleh itu, kita dapat kelaskan pada parti-parti politik yang ditubuhkan selepas Perang

Dunia ke-2 terdiri daripada 3 aliran iaitu aliran Agama, Nasionalis, dan aliran Marxisme iaitu

Sosialis. Sjahrir kemudiannya telah dilantik menjadi Perdana Menteri Indonesia yang pertama

dan ini menunjukkan bahawa Parti Sosialis berjaya mendapat sokongan daripada rakyat

Indonesia pada awalnya untuk memegang tampuk kepimpinan dan memperjuangkan kedaulatan

Indonesia. Tetapi kemudiannya, berlaku perubahan dalam pimpinan kesan daripada konflik

Indonesia-Belanda.

Konflik Indonesia- Belanda

Perjanjian Linggajati

Apabila tentera Pihak bersekutu British dan Australia untuk membebaskan tawanan

Perang di kem Jepun pada 20 Disember 1945, mereka melihat Kerajaan Republik yang

ditubuhkan di Indonesia bukan sahaja berfungsi di bandar-bandar malah di kawasan

pendalaman.3 Malah Kerajaan Republik ini juga mendapat pengikhtirafan daripada Mesir.

Namun begitu British tidak menggunakan kekerasan terhadap matlamat utama british adalah 1 Mochfar Libis. (1987). Indonesia: Land Under the Rainbow. Singapore: Oxford University Press. hlm 175.2 Mochfar Libis. (1987). Indonesia: Land Under the Rainbow. Singapore: Oxford University Press. hlm 1753 Ibid., hlm 176.

Page 2: Bahagian Ika

membebaskan tawanan perang sahaja. Namun Hindia Timur Belanda menggunakan pendekatan

yang ekstrem dengan berlakunya insiden antara tentera Belanda dan tentera Indonesia sehingga

hanpir menyebabkan kematian Sjahrir.

Untuk menamatkan konflik ini, British telah mengadakan pertemuan antara Sjahrir yang

mewakili Kerajaan Republik dan Van Mook yang merupakan Leftenan Gabenor Jeneral sebagai

wakil Belanda. Bagi Indonesia, mereka sedar bahawa Belanda ingin menstabilkan semula

kekuasaan mereka di Indonesia. Oleh itu, Indonesia bersetuju untuk berbincang bagi

memberikan pandangan kepada Kuasa Bersekutu bahawa Proklamasi yang dibuat adalah suara

rakyat dan merupakan ekpresi kepada hak mereka.4 Oleh itu, Sjahrir berusaha untuk

mendapatkan sokongan dan pengiktirafan Kuasa Berikat terhadap Proklamasi Kemerdekaan dan

pemerintahan Kerajaan Republik.5

Pada Novevember 1946, perjanjian Linggajati ditandatangani antara kerajaan Republik

dan Belanda. Dalam perjanjian ini, belanda mengakui autoriti de facto Republik Indonesia di

Jawa dan Sumatra. Selain itu, kerajaan Belanda dan Republik akan menubuhkan satu lagi kerjaan

persekutuan yang demokrasi iaitu Indonesia Syarikat yang mengandungi tiga buah negeri iaitu

Republik Indonesia dan Negeri timur Raya.6 Selain itu, kesatuan Negeri Belanda- Indonesia akan

ditubuhkan dan berada di bawah Ratu Belanda

Perjanjian ini mendapat bantahan masyarakat Indonesia terutamanya penyokong

Masjumi, PNI dan Tan Melaka terutamanya berkaitan dengan syarat penubuhan kesatuan Negeri

Belanda- Indonesia di bawah Ratu Belanda dan pengembalian semua hak dan barang kepada

orang hukan Indonesia. Kesan daripada perjanjian ini, Benteng Republik yang merupakan

campuran pelbagai parti politik ditubuhkan dan Sjahrir ditentang hebat dan berlakunya

perpecahan dalam Parti Sosialis sendiri apabila Amir Syarifuddin menubuhkan Parti Sosialis

yang beraliran komunis. Selain itu, kabinet Sjahrir telah jatuh dan digantikan dengan kabinet

yang diketuai Amir Sjarifuddin.7

4 Ibid., 5 Kerajaan Republik cuba untuk menunjukkan kepada Kuasa Berikat bahawa mereka bukannya boneka bagi Jepun dan menggunakan Slogan Kuasa Berikat dalam menentang Nazi dan Jepun. Malah kedatangan kuasa berikat di Indonesia di sambut baik oleh Sjahrir.6 Melalui perjanjian ini, Indonesia Syarikat dikatakan akan menjadi negara yang demokrasi yang berdaulat dan rakan setaraf dalam kerajaan Belanda dan Kerajaan Republik.7 Benteng Republik mendapat bantahan daripada pelbagai parti politik yang lain seperti Sayap Kiri, Pesindo, Parti Sosialis, Parti Buruh dan PKI.

Page 3: Bahagian Ika

Perjanjian Reville

Proklamasi Kemerdekaan 1945 tidak pernah mendapat pengikhtirafan daripada Kerajaan

belanda kerana bagi mereka pemimpin Indonesia seperti sukarno dan hatta merupakan boneka

kepada kuasa Jepun. Oleh sebab itu, apabila Jepun menyerah kalah dan Belanda mendapat

bantuan Kuasa Berikat di Indonesia, Belanda cuba untuk mendapatkan semula Indonesia.

Tindakan Belanda ini mendapat penentangan daripada kerajaan Republik Indonesia yang

diketuai oleh Sukarno sebagai Presiden Indonesia dan bantahan daripada kuasa Berikat sendiri.

Namun akhirnya pada Julai 1947, tentera Belanda mencerobohi kawasan Republik dan

bermulalah “First Police Action”. 8 Melalui tindakan ini, Belanda menguasai semua pelabuhan

dalam di Jawa.

Tindakan Belanda ini mengejutkan Kerajaan Republik dan Australia serta India meminta

bantuan Security Council untuk menyelesaikan masalah ini. The Council mengambil

tindakanmenubuhkan Good Offices Committee (GOC) yang dianggotai Australia, Belgium dan

Amerika Syarikat. GOC telah memainkan peranan sebagai orang tengah untuk menyelesaikan

masalah ini dan kerajaan Republik serta Belanda telah menandatangani Perjanjian Reville9 pada

Januari 1948.Perjanjian ini adalah perjanjian merugikan bagi pihak kerajaan Republik Indonesia

kerana mengikut perjanjian ini Indonesia terbahagi kepada dua bahagian iaitu Republik

Indonesia dan United States of Indonesia (USI). Selain itu, Republik juga harus mengakui

kawasan yang dikuasai Belanda semasa First Police Action sebagai kawasan Belanda.10

Pemberontakan PKI

Kesan daripada Perjanjian ini berlaku masalah ekonomi dalam kalangan masyarakat

tempatan. Hal ini menyebabkan berlaku penentangan terutamanya daripada Persatuan

Perjuangan dan Front Demokrasi Rakyat (FDR) yang enggan berkerjasama dengan Belanda.

Pada September 1948, FDR dan PKI melancarkan pemberontakan di Madiun yang diketuai

Muso. Tetapi pemberontakan ini menjadi satu peristiwa berdarah apabila Komunis cuba untuk

menghapuskan semua kumpulan yang antikomunis serta enggan bekerjasama dengan Komunis.

8 Leslie Palmeir. (1965). Indonesia .hlm 109.9 Perjanjian ini ditandatangani di atas kapal Amerika yang untuk menamatkan konflik Indonesia-Belanda. Melalui perjanjian ini, Belanda akan tetap berdaulat di Indonesia sehingga terbentuknya USI dalam tempoh masa enam sehingga setahun. GOC akan berperanan sebagai pemerhati dalam pelaksanaan perjanjian ini10 Mochfar Libis. (1987). Indonesia: Land Under the Rainbow. hlm 178.

Page 4: Bahagian Ika

Huru hara yang berlaku ini menyebabkan Hatta mengambil alih kerajaan dan Sukarno serta Hatta

membuat persidangan awam yang menyuruh rakyat membuat keputusan untuk memilih kerajaan

komunis yang diketuai oleh Muso atau kerajaan Demokratik yang di bawah pimpinan mereka.

Majoriti daripada tentera menyokong Sukarno dan Hatta dan cubaan Komunis untuk melakukan

rampasan kuasa terhenti selepas 2 bulan. Muso, Amir Syarifuddin dan pemimpin komunis yang

lain ditangkap dan dibunuh.11 Belanda melihat keadaan huru hara yang berlaku merupakan

peluang terbaik Belanda untuk menguasai semula Indonesia. Perjanjian Reville gagal untuk

mengawal Belanda dan Belanda berkeras dan mengambil tindakan mengisytiharkan Kerajaan

Persekutuan Provinsi yang hanya dianggotai Leftenan Gabenor General dan ketua jabatan yang

kebanyakannya orang Belanda. Apabila konflik antara Republik dan Belanda semakin teruk dan

akhirnya Belanda melaksanakan “Second Police Action”. 12

Kemerdekaan Indonesia Disember 1949

Persidangan Meja Bulat

Tindakan Belanda mengejutkan dunia dan mendapat bantahan daripada masyarakat

dunia. Apabila pemimpin-pemimpin ini ditangkap oleh Belanda, gerakan revolusi mula

berkurang. Sukarno dan Hatta telah mengarahkan Syafrudin Prawiranegara membina sebuah

kerajaan Republik kecemasan di Sumatera dan penentangan di Jawa diteruskan oleh Jeneral

Sudirman melalui kaedah gerila. Pertempuran antara Belanda dan Republik Indonesia

menyebabkan ramai nyawa terkorban. Kapten Belanda iaitu Westerling melaporkan hampir 40

000 orang Indonesia di Selatan Sulawesi terbunuh dalam operasinya.13 Kematian yang berlaku

bukan sahaja melibatkan tentera gerila tetapi melihatkan orang awam juga.

Keadaan ini mendapat perhatian Amerika Syarikat yang sememangnya memberikan

sokongan kepada kerajaan Republik Indonesia kerana tindakan kerajaan Republik yang

menamatkan rampasan kuasa daripada komunis. Oleh itu, untuk menyatakan sokongannya

kepada Indonesia dan penentangan terhadap tindakan ketenteraan Belanda, The US Cooperation

11 Ibid., hlm 179.12 Belanda mengambil tindakan menangkap pemimpin Republik seperti Sukarno, Hatta, Siahrir dan separuh daripada ahli kabinet republik telah dibuang ke Sumatra. Selain itu, Belanda juga menguasai bandar-bandar yang berada di bawah Republik di Jawa dan Sumatra kecuali di kawasan-kawasan pendalaman kerana tentangan yang dihadapi Belanda daripada penduduk tempatan.13 Mochfar Libis. (1987). Indonesia: Land Under the Rainbow. hlm 180.

Page 5: Bahagian Ika

Administration mengambil tindakan menghentikan bantuan kepada kerajaan Hindia Belanda .14

Selain itu, Kerajaan Republik Indonesia juga mendapat sokongan daripada Negara-negara Asia

yang lain dan Soviet Union. Tekanan telah diberikan kepada Belanda oleh Amerika iaitu

Amerika mengancam bahawa tidak akan memberi bantuan kepada Negara Belanda sehingga

mereka berhenti berlawan dengan Indonesia atau sekurang-kurangnya bersetuju untuk

melakukan gencatan senjata.15

Akhirnya, setelah Belanda mendapat tekanan daripada berbagai pihak, menghadapi

masalah untuk membiayai pertempuran dengan tentera gerila Indonesia yang tidak ingin

menyerah kalah, pemimpin Republik telah dibebaskan dan di hantar pulang ke Jogjakarta.

Konferensi Indonesia-Belanda (Persidangan Meja Bulat) telah diadakan di The Hague pada 2

November 1949 perjanjian telah ditandatangani yang mengiktiraf Republik Indonesia sebagai

kuasa yang berdaulat di semua tanah jajahan Belanda Hindia Timur kecuali di New Guinea. 16

Akhirnya pada 27 Disember 1949 , kedaulatan Indonesia di serahkan kepada orang Indonesia di

Batavia yang sekarang ini dikenali sebagai Jakarta.17 Tarikh ini menjadi tarikh keramat kepada

masyarakat Indonesia kerana kedaulatan mereka diakui oleh dunia dan terbentuknya negara

Republik Indonesia.

14 Leslie Palmeir. (1965). Indonesia . hlm 110.15 Datus C.Smith, Jr. (1983). The Land and People of Indonesia. New York: J.B.Lippintcott. hlm 74.16 Ibid, hlm 7517 Ibid, hlm 75