bahagian b

Upload: othman

Post on 06-Mar-2016

223 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

untuk rujukan pelajar.....

TRANSCRIPT

Bahagian B: [25%] 10-12 halaman.

Tujuan:

Tujuan tugasan ini ialah menguji kebolehan anda menerapkan teknologi dalam pengajaran.

Andaikan kelas anda dilengkapkan dengan 7 komputer riba yang dihubungkan dengan internet (jalur lebar) dan projektor LCD. Kelas anda mempunyai 30 murid yang terdiri daripada pelbagai kebolehan akademik.

Tugas Anda:

a) Sediakan satu pelajaran yang dilaksanakan selama 60 minit anda boleh memilih salah satu mata pelajaran seperti Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains, Sejarah, Pendidikan Moral dan lain-lain.

b) Format rancangan pelajaran format KSSR atau apa jua format.Pengenalan

Pengajaran dan pembelajaran kini mengalami banyak proses transformasi. Aplikasi kaedah dan teknik terbaru banyak memberi peluang kepada guru dan pelajar mencuba sesuatu kaedah dan teknik bagi meningkatkan penguasaan dan pencapaian selaras dengan perkembangan budaya ilmu kini. Penguasaan teknologi maklumat dan komunikasi memudahkan informasi dicapai dan diaplikasi.RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

TARIKH

: 5 Julai 2014

MASA

:9.30 Pagi hingga 10.30 pagi

BIL. MURID

:35 Orang ( 13 Perempuan DAN 22 Lelaki )

MATA PELAJARAN:Bahasa Melayu

UNIT

:6

TEMA

:Hargai Warisan Kita

TAJUK

:Alat Muzik Tradisional Malaysia

PAKEJ/MODUL: Kemahiran Mendengar,Bertutur, Membaca Dan Menulis.

FOKUS UTAMA

LISAN

1.5 Aras 1 (iii) Menerangkan fakta dan mesej yang terdapat dalam bahan.

BACAAN

5.1 Aras 1(i) Membaca perkataan, frasa dan ayat yang mengandungi ayat tunggal dan

ayat majmuk dengan sebutan dan intonasi yang betulMENULIS

9.2 Aras 2 (i) Mencatat nota dalam bentuk grafik.

FOKUS SAMPINGAN

1.5 Memberikan penjelasan tentang sesuatu perkara yang tersurat dan tersirat

OBJEKTIF

Pada akhir pelajaran, murid-murid dapat :

a)Menyebut lapan jenis alat muzik tradisional Malaysia.

b)Membaca petikan yang diberikan dengan sebutan dan intonasi yang betul dan

menarik.

c)Menulis jenis-jenis alat muzik tradisional Malaysia berdasarkan kaum dalam bentuk

jadual.KEMAHIRAN BAHASA

iLisan

IiBacaan

IiiTulisan

SISTEM BAHASA

iTatabahasa: Ayat tunggal, ayat majmuk dan penjodoh bilangan.

iiKosa kata: Getaran, dipalu, bergema, menggesek.

PENGISIAN KURIKULUM

iIlmu: Pendidikan Muzik, SejarahiiNilai: Menghargai warisan, bertanggungjawab, baik hati.

iiiKBT: -Kecerdasan pelbagai ( linguistik, interpersonal dan muzik)

-Kemahiran berfikir ( mengesan dan mengkategori )

- Kemahiran generik ( Kemahiran belajar )

STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Pendekatan berpusatkan murid

PENEKANAN KONSEP 5P

iPenggabungjalinan : Kemahiran bertutur, membaca dan menulis

iiPenyerapan ilmu : Pendidikan Muzik, Sejarah; Nilai murni : menghargai

warisan, bertanggungjawab, baik hati.

iiiPemulihan : Membaca kosa kata secara latih tubi.

ivPengayaan : Membuat buku skrap alat-alat muzik tradisional.

vPenilaian : Membuat jadual pengelasan jenis alat muzik mengikut

kaum.BAHAN SUMBER PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

iBahan multimedia : LCD, CD, komputer

iiBahan bercetak: Teks, lembaran kerja, gambar, kad perkataan

PENGETAHUAN SEDIA ADAiMurid pernah melihat alat-alat muzik seperti serunai, kompang dan lain-lain.LANGKAH/

MASAISI KANDUNGANAKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARANCATATAN

Set

Induksi

( 5 minit )Memerhati alat muzik digunakan.

( kompang )1.Guru perdengarkan lagu Kompang Pengatin. Melalui Laman You Tube. Yang telah dilinkkan.

http://www.youtube.com/watch?v=QxxDSwyPqJI2. Murid melihat alat yang digunakan.

3.Guru bersoal jawab dengan murid mengenai kegunaan kompang.

4.Murid memberi pendapat tentang alatan yang dilihat.

5.Guru mengaitkan dengan isi pelajaran hari ini.

Kemahiran belajar

(mentafsir maklumat)

ABM : komputer

Langkah

1

(10 minit)

Petikan teks alat-alat muzik tradisional Malaysia.

Lampiran A

1.Setiap kumpulan diminta linkkan dengan petikan disediakan menggunakan komputer kumpulan masing-masing dengan klik perkataan Petikan Teks.

2. Guru meminta wakil setiap kumpulan membaca petikan dengan kuat.

3.Wakil setiap kumpulan membaca petikan dengan gaya dan intonasi yang betul.

4. Murid lain mendengar dan memberi komen mengenai intonasi dan nada.

Bahan : Teks,

SP : Koperatif

Nilai : Bekerjasama

Langkah

2

( 10 minit )

Alat-alat Muzik

Lampiran B1.Setiap kumpulan diberi kad perkataan nama alat alat muzik. (Kad Perkataan)2.Memerhati kad perkataan yang diterima

3. Pertandingan memadankan nama alat muzik dengan gambar yang ditunjukkan oleh guru melalui slaid .

4.Memahami peraturan-peraturan yang diterangkan oleh guru.

5.Guru menayangkan gambar alat muzik satu demi satu melalui slaid

Power Point.3.Wakil kumpulan dikehendaki mengangkat kad sebagai jawapan yang dipilih dan menyebut nama alat-alat muzik tersebut.

4.Kumpulan yang cepat dan betul akan diberi ganjaran bintang yang boleh ditebus dengan hadiah di akhir pengajaran.

P&P : Berpusatkan murid SP : Koperatif dan kolaberatifKBT : Verbal LinguistikNilai : Baik hati, kerjasama, bertanggung jawab

BBM : Kad gambar, kad perkataan, kad bintang.

Langkah

3

( 15 minit )Tayangan video persembahan muzik tradisional Melayu, Cina dan India.1.Guru menayangkan persembahan muzik tradisional Melayu, Cina dan India.

Tayangan Video

Tradisional MelayuTradisional CinaTradisional India2.Guru turut memberi penerangan tentang kegunaan dan asal usul alat muzik tersebut.

3.Murid dikehendaki menyebut semula alat alat muzik berdasarkan sesuatu kaum.

3.Guru menerangkan penjodoh bilangan yang sesuai untuk alat muzik tersebut.

KB : Mentasir maklumat

SP : Kontek Luar

Tatabahasa : sebuah, sepasang, set

Bahan : LCD, Skrin, komputer

Nilai : Berani mencuba

KB : Mentasir maklumat

SP : Kontek Luar Tatabahasa : sebuah, sepasang, set

Bahan : LCD, Skrin, komputer

Nilai : Berani mencuba

Langkah

4

( 15 minit )Membuat jadual jenis alat-alat muzik tradisional kaum Melayu, Cina dan India.1.Murid dikehendaki membuat jadual serta menulis jenis alat muzik tradisional . (Guru bertindak sebagai fasilitator )

2.Murid diminta mengisi jadual tersebut dengan menulis jenis alat muzik dari kaum Melayu, Cina dan India.

3.Guru berbincang dengan murid jawapan yang tepat.

Rujuk lampiran B.KB : Menyatakan sebab dan alasan.

Bahan : Lembaran kerja

( lampiran B )

Penutup

(5 minit)Didik Hibur

( Pantun)1.Guru memaparkan serangkap pantun melalui slaid Power Point.2.Murid memehati dan membaca senyap pantun dipaparkan.

3.Guru mengajak murid membaca pantun dengan intonasi dan gaya yang betul.

4.Murid membaca pantun secara beramai-ramai dengan intonasi dan gaya yang betul.

3.Guru merumuskan pengajaran dan pembelajaran serta menekankan aspek nilai yang terdapat semasa aktiviti hari ini.KG : TMK

Nilai : menghargai warisan Negara

Bahan : LCD, komputer

Kekuatan:Kekuatan yang terdapat semasa sesi pengajaran dan pembelajaran ini ialah, murid berminat untuk belajar kerana mereka tertarik dengan rangsangan multimedia atau teknologi iaitu tayangan video alat-alat muzik tradisional tersebut. Penggunaan bunyi dan gambar dalam multimedia mampu meningkatkan minat dan tumpuan murid-murid. Secara tidak langsung, kefahaman murid juga dapat ditingkatkan.Kelemahan,

Semasa proses pengajaran dan pemebelajaran dilaksanakan Kelemahan pengurusan masa semasa pengajaran dan pembelajaran.Masa yang diambil oleh guru untuk proses link dengan laman You Tube menjadi cabaran kerana Line internet yang agak perlahan. Perkara ini menggangu kelancaran P&P.

Refleksi:

Pada akhir pembelajaran saya dapati semua murid mencapai objektif .Setiap orang murid dapat menyebut nama-nama alat-alat muzik yang dipertontonkan .Kaedah dan bahan bantu mengajar yang digunakan telah membantu saya untuk mencapai standard kandungan yang ditetapkan.Murid-murid berminat untuk mengikuti sesi P&P bermula dengan set induksi.Mereka menumpukan perhatian dengan mendengar dan mengikuti arahan yang ditetapkan.Saya juga tidak menghadapi masalah dalam mengawal kelas. Ini menjadikan sesi P&P berjalan dengan lancar untuk mencapai standard dan tempoh masa yang ditetapkan.Rata-rata murid berminat dengan bahan video-video yang di tayangkan.

Rujukan

Baharudin Husin (2005). Kesediaan Guru Menggunakan Komputer Dalam Pengajaran dan Pembelajaran di Sekolah Menengah Daerah Pasir Putih. Seminar Penyelidikan Pendidikan Guru Kebangsaan 2005, Kota Kinabalu, 1-3 Ogos, Anjuran Bahagian Pendidikan Guru

Haliza Hamzah & Joy Nesamalar Samuel. (2009).Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah Laku.Selangor Darul Ehsan: Oxford Fajar Sdn. Bhd. Mok Soon Sang, (2004).Siri Pendidikan Perguruan Pendidikan Peguruan di Malaysia untuk Kursus Diploma Perguruan, Edisi ke-8, Selangor : Kumpulan Budiman Sdn. BhdSathiamoorthy Kannan. (2002). Kajian kemampuan Mengurus Integrasi Komputer Di Kalangan Guru-Guru Sekolah Bestari, Jurnal Pendidikan Dan Kepimpinan pendidikan, Jilid 12, Bil.02, Disember 2002

Wan Noraini binti Wan Daud (2005). Kemahiran Komputer Guru-guru Sains dan Matematik. Universiti Kebangsaan Malaysia