contoh bahagian b

Upload: cg-sue

Post on 09-Jan-2016

385 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Sharing dari rakan-rakan

TRANSCRIPT

satu kata kunci bagi menjawab soalan graf pada penggal 2.......Harap ia membantu~Sharing is Caring~

STPM PENGGAL 2 PENGAJIAN AM : BAHAGIAN BMENGALIH BENTUK TEKS LINEAR KEPADA BENTUK BENTUK TEKS BUKAN LINEAR

BIL.JENIS MEDIACIRI MEDIAKATA KUNCI SOALAN

1.Bar Kompaun

Satu bar satu sektorTunjuk nilaiTunjuk bilanganTunjuk kuantitiTunjuk jumlah

Bar KomponenSatu bar banyak / kongsi sektorTunjuk jumlah / kumulatif keseluruhanTerapkan nilai

Bar MemesongPeratus positif dan negatifTunjuk kadarTunjuk peratusTunjuk perubahanTunjuk perbandingan

Bar PiramidPerbandingan dua perkara / aspekMengikut jantina / umurMwngikut kawasan bandar dan luar bandarMengikut ....dua perkara

2.Garis KompaunBerlaku kes garis bersilangTunjuk pola / arah aliran nilaiTunjuk pola / arah kuatiti atau bilangan

Garis KomponenSeperti keratan rentas lapisan tanahTunjuk pola / arah aliran jumlahTunjuk pola / arah aliran jumlah keseluruhan

Garis MemesongPeratus positif dan negatifTunjuk pola / arah aliran kadarTunjuk pola / arah aliran peratus perubahan

3.Graf GabunganDuan mesej yang berkaitandan digabungkan dalam satu media (gabungan graf bar dan graf garis)Tunjuk dua mesej yang berbeza unitTunjuk ....serta...Pengeluaran eksport, import

4.Pai BerbandingMelibatkan sektor yang sama tetapi jumlah besar adalah berbezaTunjuk perbandingan antara tahunTunjuk perbandingan antara sektor

Pai BertingkatMelibatkan jumlah besar yang sama tetapi sektor adakah berbezaTunjuk dua mesej yang berkaitan

Graf Bar Kompaun

Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah ini, sediakan graf bar yang sesuai untuk menunjukkan kadar pertumbuhan ekonomi di pelbagai sektor di Malaysia.

Pada tahun 2001, semua sektor ekonomi dijangka mengalami pertumbuhan positif dengan sektor perkilangan terus mencatatkan pertumbuhan, iaitu pada kadar 12% berbanding dengan kadar pertumbuhan pada tahun 2000, iaitu sebanyak 17%. Meskipun terdapat kebimbangan bahawa pertumbuhan industri berorientasikan eksport mungkin berkurang berikutan ekonomi Amerika Syarikat yang mengalami kemelesetan dan penjualan komputer peribadi yang berkurangan, pengeluaran industri berorientasikan eksport Malaysia dijangka masih mampu berkembang pada kadar 12.3%. Di samping itu, sebahagian daripada pelaburan baru dan pengembangan kapasiti di sektor elektronik yang dijangka mula beroperasi pada tahun ini akan merangsang pengeluaran industri berorientasikan dalam negeri dengan peningkatan sebanyak 11.7%.

Sektor pembinaan dijangka berkembang dengan lebih kukuh pada kadar 5.5% berbanding dengan 3.1% pada tahun 2000. Perkembangan sektor ini adalah berdasarkan pelaburan sektor swasta dalam projek penswastaan dan peruntukan belanjawan untuk kemudahan social yang lebih tinggi. Pertumbuhan yang mapan dan pendapatan yang meningkat dijangka terus menggalakkan permintaan dan pertumbuhan aktiviti pembinaan. Sumbangannya kepada Keluaran Dalam Negeri Kasar adalah besar, bagaimanapun dianggarkan kekal pada kadar 3.4%.

Satu lagi sektor ekonomi yang diramal berkembang dengan perlahan ialah sektor perlombongan yang dijangka mencatat pertumbuhan 1.7%. Pada tahun 2000, sektor ini berkembang pada kadar 0.6% sahaja. Permintaan terhadap gas asli yang meningkat menyebabkan pengeluaran gas asli bertambah kepada 4384 juta kaki padu standard sehari (jkps/h) berbanding dengan pengeluaran pada tahun 2000, iaitu 3882 jkps/h. Pengeluaran minyak mentah dijangka berkurang berdasarkan sasaran pengeluaran yang ditetapkan. Begitu juga dengan pengeluran timah.

Sektor pertanian, penternakan, perhutanan, dan perikanan diramalkan berkembang sebanyak 1.8% pada tahun ini berbanding dengan kadar pertumbuhan pada tahun 2000, iaitu 0.5%. Pengeluaran sektor ini dijangka meningkat kepada RM18 493 juta berbanding dengan pengeluaran pada tahun 2000 yang bernilai RM18 166 juta.

Memandangkan kegiatan ekonomi yang lebih tinggi, nilai ditambah sektor perkhidmatan yang diterajui oleh sektor kecil pengangkutan, penyimpanan, dan perhubungan serta sektor kecil kewangan, insurans, hartanah, dan perkhidmatan perniagaan dijangka mencatatkan pertumbuhan mapan sebanyak 5.2% berbanding dengan tahun 2000, iaitu hanya 4.9%.

(Dipetik dan diubahsuaikan daripadaKementerian Kewangan Malaysia, Laporan Ekonomi 2000-2001)

CARTA PAI PERBANDINGAN

Berdasarkan maklumat dalam petikan di bawah, sediakan carta yang sesuai yangmenunjukkan perbandinganperuntukan mengurus Kerajaan Persekutuan bagi tahun 2000dan tahun 2003.

Dalam pembentangan belanjawan kerajaan setiap tahun, sebahagian besarperuntukan adalah dikhususkan untuk perbelanjaan mengurus.Perbelanjaan inimelibatkan sektor-sektor seperti sektor keselamatan, perkhidmatan sosial, ekonomi, pentadbiran am dan Iain-Iain perkhidmatan.

Pada tahun 2000 perbelanjaan mengurus Kerajaan Persekutuan secara keseluruhan adalah sebanyak RM56 547 juta. Jumlahtersebut terus meningkat sebanyak RM16 688 juta menjelang tahun 2003 denganpeningkatan sebanyak 29.51peratus.Bagi tahun 2000,RM16,357 juta telah diperuntukkan untuk pembayaranemolumen yang menyumbang sebanyak 28.93 peratus dari keseluruhan peruntukan padatahun tersebut.

Perbelanjaan untuk emolumen terus meningkat kepada RM19 727 juta pada tahun 2003. Manakala perbelanjaan mengurus untuk pencen dan ganjaran pulaialahsebanyak RM4 408 juta pada tahun 2003 yang menunjukkan peningkatan sebanyak RM221 juta berbanding dengan tahun 2000. Bayaran khidmat hutang dan serahan kepada kerajaan negeri juga merupakan sebahagian dari perbelanjaan mengurus Kerajaan Persekutuan. Pada tahun 2000 Kerajaan Persekutuan memperuntukkan sejumlah RM9055 juta untuk bayaran khidmat hutang dan RM2077 juta pula diperuntukkan untuk serahan dan pemberian kepada kerajaan negeri. Berbanding tahun 2003, dengan kecekapan pengurusan kewangan kerajaan, peruntukan untuk khidmat bayar hutang telah berkurang kepada RM8 868 juta.Manakala pemberian dan serahan kepada kerajaan negeri pula telah menunjukkan peningkatan sebanyakRM457 juta berbanding tahun 2000.

Peruntukan mengurus untuk bekalan dan perkhidmatan melibatkan13.01 peratus dari keseluruhan perbelanjaan pada tahun 2000 yang melibatkan kos sebanyak RM7 360 juta. Bagi tahun 2003 pula, perbelanjaan tersebut terus meningkat menjadi RM14 781 juta.Bagi tahun 2003 juga sejumlah RM3 925 juta telah diperuntukkan bagi pemberian subsidi. Peruntukan ini menunjukkan penurunan sebanyak RM899 juta berbanding dengan peruntukan pada tahun 2000.

Peruntukan selebihnya bagi kedua-dua tahun tersebut adalah dikhususkan kepada perbelanjaan mengurus untukIain-Iain perbelanjaan.Secara perbandingan, sebahagian besar peruntukan KerajaanPersekutuan bagi setiap tahun adalah untuk bayaran emolumen, bekalan dan perkhidmatan dan lain-lain perbelanjaan.

(Sumber:DipetikdandiubahsuaidaripadaBuku Tahunan Perangkaan Malaysia, 2003)

Graf Bar Komponen

Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah ini, sediakan graf bar yang sesuai untuk menunjukkan jumlah kenderaan bermotor yang berdaftar dan juga data setiap jenis kenderaan bermotor di Malaysia bagi tempoh yang dilaporkan.

Bilangan kenderaan bermotor yang berdaftar di Malaysia sentiasa bertambah tahun demi tahun. Pertambahan ini jika tidak diseimbangkan dengan perkembangan rangkaian dan sistem jalan raya pasti akan menimbulkan masalah kesesakan lalu lintas. Sebagai contoh, pada tahun 1996 terdapat sejumlah 7 686 684 unit pelbagai jenis kenderaan, dan bilangannya meningkat sebanyak 863 785 unit pada tahun berikutnya. Bilangan ini terus meningkat kira-kira hampir 600 000 unit pada tahun 1998.Kenderaan bermotor yang paling banyak didaftarkan sepanjang tempoh tersebut ialah motosikal. Pada tahun 1996, sebanyak 3 951 931 unit motosikal didaftarkan, dan bilangan ini meningkat kepada 4 328 997 unit pada tahun 1997. Bilangan motosikal yang didaftarkan terus meningkat sebanyak 363 186 unit pada tahun berikutnya. Seterusnya, motokar merupakan kenderaan kedua popular di Malaysia selepas motosikal. Pada tahun 1996, sebanyak 2 886 536 unit motokar telah didaftarkan, dan bilangan ini terus bertambah untuk dua tahun berturut-turut, iaitu masing-masing sebanyak 384 768 dan 181 584 unit berbanding bilangan motokar pada tahun sebelumnya.Selain itu, pendaftaran kereta sewa atau teksi dan bas juga turut bertambah. Walaupun tidak sebanyak bilangan motosikal dan motokar, perkembangan ini menggambarkan kemajuan yang baik dalam bidang pengangkutan awam di Malaysia. Pada tahun 1996, sebanyak 59 456 unit kereta sewa atau teksi dan 38 965 unit bas telah didaftarkan. Bilangan kereta sewa atau teksi terus bertambah menjadi 62 119 unit manakala bilangan bas bertambah menjadi 43 444 unit pada tahun 1997. Seterusnya pada tahun 1998, bilangan kereta sewa atau teksi yang didaftarkan bertambah kepada 64 632 unit. Begitu juga dengan bilangan bas yang didaftarkan bertambah kepada 45 643 unit pada tahun 1998.Perkembangan pendaftaran kenderaan barang di Malaysia dalam tempoh ini menunjukkan ciri yang agak menarik kerana bilangannya sentiasa melebihi 500 000 unit. Pada tahun 1997, sebanyak 574 622 unit kenderaan barang telah didaftarkan dan bilangan ini melebihi sebanyak 62 457 unit berbanding tahun sebelumnya, tetapi kurang sebanyak 24 527 unit berbanding bilangan pada tahun 1998.Malahan, pada tahun 1998 juga terdapat sejumlah 286 898 unit kenderaan-kenderaan lain seperti kereta kerajaan, treler, dan kenderaan sekolah memandu yang didaftarkan. Bilangan ini merupakan jumlah terbanyak berbanding tahun-tahun sebelumnya, iaitu 237 631 unit pada tahun 1996 dan 269 983 unit pada tahun 1997.

(Dipetik dan diubahsuaikan daripadaJabatan Pengangkutan Jalan Malaysia, Statistics Handbook 1999)

Graf Garis Kompaun(Segaris/perbandingan)Dengan berpandukan maklumat yang diberikan di bawah ini, sediakan graf garis untuk membandingkan kadar pertumbuhan ekonomi dunia, Malaysia, dan beberapa buah negara yang dipilih bagi tempoh antara 1970 hingga tahun 1990.

Sepanjang tempoh 1971-1990, ekonomi Malaysia telah banyak dipengaruhi oleh perkembangan ekonomi dunia disebabkan ekonomi negara ini bersifat terbuka dan bergantung pada pasaran eksport. Kemelesetan telah menyebabkan pertumbuhan ekonomi dunia secara keseluruhan bergerak lebih perlahan pada tahun 1980-an berbanding dengan tahun 1970-an.Kemelesetan ekonomi dunia ini turut menjejaskan prestasi ekonomi Malaysia. Pada tahun 1975 dan 1985, kemelestan ekonomi dunia telah menyebabkan kadar pertumbuhan ekonomi Malaysia merosot masing-masing kepada 0.8 peratus dan 1.0 peratus. Pada tahun 1970 tidak terdapat data yang direkodkan. Sungguhpun telah berlaku kemelesetan ekonomi pada tahun 1975, pertumbuhan ekonomi pada kadar 5 hingga 7 peratus setahun telah membolehkan Malaysia mencapai kadar pertumbuhan sebanyak 7.4 peratus pada tahun 1980, sebelum mengalami kemerosotan sekali lagi. Hasilnya, berbagai-bagai langkah telah diambil oleh kerajaan untuk memulihkan ekonomi, dan sekali lagi prestasi ekonomi negara meningkat dan mengalami kadar pertumbuhan sebanyak 9.4 peratus pada tahun 1990.Kadar pertumbuhan ekonomi Malaysia agak lebih menggalakkan jika dibandingkan dengan kadar pertumbuhan ekonomi dunia. Pada tahun 1970 tidak terdapat data kadar pertumbuhan ekonomi dunia, namun antara tahun 1971-1973 kadar pertumbuhannya semakin meningkat, tetapi jatuh pada tahun 1974 dan terus jatuh kepada 0.8 peratus pada tahun 1975. Ekonomi dunia mula meningkat secara perlahan antara tahun 1976-1979, tetapi jatuh sekali lagi pada tahun 1980 dengan kadar pertumbuhan sebanyak 2.1 peratus. Pada tahun 1985 kadar pertumbuhan ekonomi dunia meningkat sebanyak 1.0 peratus menjadi 3.1 peratus, tetapi jatuh semula pada tahun 1990 sebanyak 1.6 peratus.Kadar pertumbuhan ekonomi negara-negara anggota Kesatuan Eropah (EC) juga menggambarkan kesan kemelesetan ekonomi antara tahun 1975-1985. Pada tahun 1975, kadar pertumbuhan ekonomi EC telah jatuh kepada 1.0 peratus daripada 4.8 peratus pada tahun 1970. Sungguhpun terdapat peningkatan kadar pertumbuhan selepas tahun 1975, peningkatan itu agak lembap, iaitu 1.2 peratus pada tahun 1980, 2.4 peratus pada tahun 1985, dan 3.2 peratus pada tahun 1990.Ekonomi Jepun pula menunjukkan kadar pertumbuhan yang menggalakkan. Sungguhpun dunia mengalami kemelesetan ekonomi pada tahun 1980-an, prestasinya tidaklah seperti yang dialami oleh Amerika Syarikat. Pada tahun 1970, 1975, dan 1980 Amerika Syarikat telah mengalami kadar pertumbuhan yang negatif, iaitu masing-masing 0.3 peratus, 1.0 peratus, dan 0.2 peratus. Sebaliknya, dalam tempoh yang sama Jepun mengalami kadar pertumbuhan sebanyak 9.4 peratus, 2.6 peratus, dan 4.4 peratus. Pada tahun 1985 kadar pertumbuhan ekonomi Amerika Syarikat telah meningkat kepada 3.3 peratus, tetapi menurun semula sebanyak 2.2 peratus pada tahun 1990. Kadar pertumbuhan ekonomi Jepun terus meningkat kepada 4.7 peratus pada tahun 1985 dan 5.1 peratus pada tahun 1990.Singapura menunjukkan kadar pertumbuhan ekonomi yang tinggi dibandingkan dengan kadar pertumbuhan ekonomi dunia, kecuali pada tahun 1985 apabila kadar pertumbuhannya telah jatuh kepada 1.6 peratus daripada 10.3 peratus pada tahun 1980. Secara keseluruhannya, Singapura mengalami kadar pertumbuhan yang turun naik. Pada tahun 1970, kadar pertumbuhannya ialah 13.7 peratus, turun kepada 4.1 peratus pada tahun 1975, naik semula pada tahun 1980, dan turun sekali lagi pada tahun 1985. Ekonomi Singapura mengalami kenaikan sekali lagi pada tahun 1990 dengan kadar pertumbuhannya mencapai 7.9 peratus.

(Dipetik dan diubahsuaikan daripada Laporan MajlisPerundingan Ekonomi Negara, 1991, Kuala Lumpur)Graf Garis Komponen

Dengan menggunakan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah ini, sediakan graf garis yang sesuai untuk menunjukkan jumlah pengambilan pelajar bagi kursus-kursus sains dan teknik pada peringkat ijazah di institusi pengajian tinggi tempatan bagi tempoh 1975-1995, dan juga menunjukkan pengambilan pelajar bagi setiap jenis kursus dalam tempoh itu sebagai komponen jumlah pengambilan tersebut.

Selaras dengan keperluan untuk menambah bilangan profesional bagi menampung perkembangan kegiatan industri dan ekonomi serta keperluan untuk meningkatkan keupayaan penyelidikan dan pembangunan negara, maka bilangan pengambilan pelajar bagi kursus-kursus sains dan teknik di institusi pengajian tinggi ditingkatkan dari tahun ke tahun, dan nisbah pengambilan pelajar antara aliran sastera dengan sains dan teknik telah dan akan diseimbangkan.Pada tahun 1995, sebanyak 38 240 orang pelajar dijangka akan diambil untuk mengikuti pelbagai kursus dalam aliran sains dan teknik. Daripada jumlah ini, 3700 orang diambil untuk kursus perubatan dan pergigian, 3160 orang untuk kursus pertanian, 6700 orang untuk kursus sains tulen, 11 300 orang untuk kursus kejuruteraan, manakala yang selebihnya akan mengikuti kursus-kursus sains dan teknik yang lain.Walaupun pengambilan pelajar bagi kursus perubatan dan pergigian semakin meningkat, iaitu 910 orang pada tahun 1975, 1410 orang pada tahun 1980, 2210 orang pada tahun 1985, dan 3100 orang pada tahun1990, namun peratusannya daripada jumlah pengambilan pelajar aliran sains dan teknik semakin berkurang. Begitu juga keadaannya dengan pengambilan pelajar bagi kursus pertanian. Pengambilan pelajar pada tahun 1975 ialah sebanyak 530 orang sahaja, dan bilangan ini bertambah 200 orang lagi pada tahun 1980. Pengambilan pelajar pada tahun 1985 ialah 1150 orang dan bertambah menjadi 1460 orang pada tahun 1990.Pengambilan pelajar bagi kursus sains tulen tidak banyak bertambah dari segi peratusan dalam tempoh 1975-1995 berbanding dengan kursus-kursus yang lain. Pada tahun 1975, sebanyak 2010 orang mengikuti kursus sains tulen. Bilangan ini bertambah kepada 3690 orang pada tahun 1980, 3430 orang pada tahun 1985, dan 5180 orang pada tahun 1990.Kursus kejuruteraan dan kursus-kursus sains dan teknik yang lain memperlihatkan pertambahan bilangan pengambilan pelajar yang paling besar bagi tempoh 1975-1995. Pada tahun 1975 dan 1980, pengambilan pelajar bagi kursus kejuruteraan tidak banyak, iaitu masing-masing 1150 orang dan 1670 orang, tetapi meningkat kepada 4050 orang pada tahun 1985 dan 7490 orang pada tahun 1990. Pengambilan pelajar bagi kursus-kursus sains dan teknik yang lain pun menunjukkan peningkatan yang besar juga, iaitu dari 1510 orang pada tahun 1975 dan 2790 orang pada tahun 1980 kepada 6650 orang pada tahun 1985 dan 8140 orang pada tahun 1990. Kursus-kursus sains dan teknik yang lain ini meliputi sains komputer, seni bina, perancangan Bandar, pengurusan harta, farmasi, teknologi, dan pengajian alam sekitar.

(Dipetik dan diubahsuaikan daripada Kerajaan Malaysia:Rancangan Malaysia Keempat, Kelima dan Keenam)

Graf Bar Piramid Komponen

Dengan berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah ini, sediakan graf bar yang sesuai untuk menunjukkan jumlah guna tenaga mengikut pekerjaan dan kumpulan etnik pada tahun 1990 dan tahun 1995.

Guna tenaga mahir di Malaysia dapat dipecahkan kepada beberapa sektor, antaranya termasuklah perkhidmatan, pertanian, pengeluaran, dan beberapa sektor lagi. Jumlah guna tenaga di negara ini pada tahun 1995 ialah sebanyak 8 162 000 orang, iaitu meningkat sebanyak 1 282 090 orang berbanding dengan jumlah guna tenaga pada tahun 1990.Pada tahun 1990, terdapat 839 900 guna tenaga professional dan teknik, termasuklah guru dan jururawat. Daripada jumlah ini, 510 900 orang adalah golongan bumiputera, 256 100 orang adalah kaum Cina, dan kaum-kaum lain yang kecil hanya berjumlah 9000 orang, sementara bilangan yang selebihnya terdiri daripada kaum India. Pada tahun yang sama, kaum bumiputera mendahului kaum-kaum lain dalam bidang pengurusan, pentadbiran, dan perkeranian, iaitu sebanyak 408 800 orang berbanding dengan kaum Cina yang berjumlah 333 400 orang dan kaum India yang berjumlah 59 000 orang, manakala kaum-kaum lain menduduki tangga terbawah.Dalam bidang perkhidmatan dan penjualan, kaum bumiputera menduduki tempat pertama dengan jumlah 748 100 orang. Ini diikuti oleh kaum Cina dengan jumlah 637 100 orang, iaitu 41.6 peratus daripada jumlah guna tenaga yang tercatat. Kaum India mencatatkan sebanyak 131 500 orang dan yang selebihnya terdiri daripada kaum-kaum lain. Bagi bidang pertanian dan pengeluaran, daripada 3 700 300 guna tenaga, iaitu guna tenaga yang terbesar pada tahun 1990, sebanyak 2 318 100 orang adalah kaum bumiputera dan 1 032 700 orang kaum Cina, manakala kaum India dan kaum-kaum lain masing-masing berjumlah 327 300 dan 22 200 orang.Pada tahun 1995, terdapat sejumlah 8 162 000 guna tenaga yang kebanyakannya terlibat dalam bidang pertanian dan pengeluaran. Dalam bidang ini, guna tenaga kaum bumiputera telah meningkat sebanyak 215 900 orang, diikuti oleh kaum Cina yang berjumlah 1 178 300 orang. Seperti pada tahun 1990, kaum India masih di tempat ketiga dengan jumlah 385 000 orang, manakala kaum-kaum lain berjumlah 24 600 orang.Pada tahun 1995, jumlah guna tenaga bumiputera ialah sebanyak 4 464 900 orang, dan 667 800 orang daripadanya adalah dalam bidang professional dan teknik. Sebanyak 501 500 orang bumiputera terlibat dalam bidang pentadbiran, pengurusan, dan perkeranian dan selebihnya terlibat dalam bidang perkhidmatan dan penjualan. Bagi kaum Cina, kebanyakan mereka, iaitu 756 700 orang, terlibat dalam bidang perkhidmatan dan penjualan. Dalam bidang ini, jumlah guna tenaga kaum India ialah 162 500 orang, manakala kaum-kaum lain berjumlah 14 900 orang.Bagi bidang pengurusan, pentadbiran, dan perkeranian, penglibatan kaum Cina pada tahun 1995 telah meningkat sebanyak 362 100 orang berbanding dengan tahun 1990. Dalam bidang ini, penglibatan kaum India adalah sebanyak 70 000 orang dan kaum-kaum lain sebanyak 8600 orang. Dalam bidang profesional dan teknik pula, jumlah tenaga kerja kaum Cina ialah 313 400 orang, manakala jumlah tenaga kerja kaum India dan kaum-kaum lain masing-masing ialah 78 800 orang dan 8800 orang.

(Dipetik dan diubahsuaikan daripadaRancangan Malaysia Keenam, 1991-1995)

Graf Bar Piramid Kompaun

Dengan berdasarkan maklumat yang disediakan dalam petikan di bawah ini, sediakan sebuah graf bar yang sesuai untuk menunjukkan kelahiran hidup mengikut berat kelahiran, kumpulan etnik, dan jantina bayi bagi Semenenjung Malaysia, pada tahun 1990.

Bilangan bayi hidup, morbiditi, dan mortaliti biasanya digunakan sebagai asas ukuran petunjuk taraf kesihatan penduduk, seperti kadar kematian bayi, kadar kematian ibu, jangka hayat kelahiran, sebab-sebab utama morbiditi dan mortaliti, dan kejadian penyakit berjangkit.Perangkaan kelahiran hidup yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia menunjukkan perbezaan yang agak menarik jika dilihat dari segi jantina, kumpulan etnik, dan berat kelahiran. Bayi yang dilahirkan hidup di Malaysia mempunyai berat kelahiran paling rendah, iaitu kurang daripada 1.00 kg hingga 4.00 kg. Pada tahun 1990, bagi bayi yang dilahirkan dengan berat kelahiran 3.00 kg atau lebih secara keseluruhannya bilangan bayi lelaki melebihi bilangan bayi perempuan, manakala bayi yang dilahirkan dengan berat kelahiran 2.00 kg dan kurang, sebahagian besarnya bayi perempuan.Daripada sejumlah 371 842 bayi yang dilahirkan pada tahun tersebut, 222 293 atau 59.8 peratus mempunyai berat kelahiran antara 3.00 kg hingga 3.99 kg. Daripada jumlah itu, 114 128 bayi adalah bayi lelaki, manakala 108 165 bayi adalah bayi perempuan. Dalam kategori ini, sejumlah 149 966 bayi terdiri daripada kumpulan etnik Melayu, 81 052 daripadanya adalah bayi lelaki. Ini diikuti sebanyak 56 588 bayi daripada etnik Cina, 26 055 daripadanya bayi lelaki. Sebanyak 15 739 bayi terdiri daripada kumpulan etnik India, 7021 daripadanya adalah bayi lelaki.Kelebihan bilangan bayi lelaki mengatasi bilangan bayi perempuan dapat dilihat bagi kategori berat kelahiran antara 4.00 kg hingga 4.99 kg. Bayi yang dilahirkan dengan berat kelahiran antara 4.00 kg hingga 4.99 kg berjumlah 12 331 orang. Kelebihan bayi lelaki dalam kategori ini boleh juga dilihat berasaskan kumpulan etnik. Di kalangan etnik Melayu, daripada sejumlah 8652 bayi yang dilahirkan dengan berat kelahiran antara 4.00 kg hingga 4.99 kg, 5345 atau 61.8 peratus daripadanya adalah bayi lelaki. Di kalangan etnik Cina pula, 1906 atau 64.3 peratus daripada sejumlah 2962 bayi dalam kategori ni adalah bayi lelaki. Masyarakat ketrunan India melahirkan 717 bayi, 456 atau 63.6 peratus daripadanya adalah bayi lelaki.Bilangan atau peratusan jantina sebagaimana yang dihuraikan di atas kelihatan agak berbeza bagi kategori 2.99 kg dan ke bawah. Bagi kategori berat kelahiran antara 2.00 kg hingga 2.99 kg, 70 245 adalah bayi perempuan dan 61 053 bayi lelaki. Jumlah ini meliputi 35.3 peratus daripada jumlah keseluruhan bayi yang dilahirkan pada tahun 1990. Di kalangan bayi yang dilahirkan dengan berat kelahiran antara 2.00 kg hingga 2.99 kg, 47 922 atau 53.3 peratus daripada sejumlah 89 837 bayi kumpulan etnik Melayu adalah bayi perempuan. Di kalangan etnik Cina, daripada sejumlah 26 321 bayi yang dilahirkan dalam kategori ini, 14 426 atau 54.8 peratus daripadanya adalah bayi perempuan. Kumpulan etnik India memberikan sumbangan sebanyak 15 140 bayi, 7897 atau 52.2 peratus daripadanya adalah bayi perempuan.Peratusan bayi perempuan terus melebihi bayi lelaki bagi kategori berat kelahiran antara 1.00 kg hingga 1.99 kg. Daripada 5920 bayi yang dilahirkan dalam kategori ini, bayi perempuan berjumlah 2979 atau 50.3 peratus. Kumpulan etnik Melayu memberikan sumbangan sebanyak 4089 bayi, 2056 atau 50.3 peratus daripadanya adalah bayi perempuan. Bagi kumpulan etnik Cina, 480 atau 48.6 peratus daripada sejumlah 988 bayi dalam kategori ini adalah bayi lelaki. Kumpulan etnik India pula melahirkan 843 bayi dengan berat kelahiran antara 1.00 kg hingga 1.99 kg. Data sebagaimana yang ditunjukkan di atas membuktikan bahawa taraf kesihatan penduduk bertambah baik, iaitu peratusan bayi yang dilahirkan dengan berat kelahiran yang rendah semakin berkurang.(Dipetik dan diubahsuaikan daripadaBuletin Perangkaan Sosial Malaysia, 1990)

GRAF BAR PIRAMID KOMPAUNBerdasarkan maklumat dalam petikan yang diberikan, sediakan graf yang sesuai untuk menunjukkan nilai eksport barangan keluaran kilang mengikut jenis ke negara-negara terpilih pada 2004 dan 2005.

Malaysia antara negara yang mengeksport barangan keluaran kilang yang utama di ASEAN. Antara barangan yang dieksport ialah bahan barangan elektronik, bahan kimia, barangan hasil pertanian, jentera , peralatan pengangkutan dan barangan keluaran kilang lain.Barangan elektrik dan elektronik merupakan barangan import terbanyak negara India pada tahun 2004 yang berjumlah 19 269.6 juta tan dan meningkat kepada 21 618.8 juta tan pada tahun berikutnya. Negara Korea Selatan pula mengimport barangan yang sama sebanyak 7 969.4 juta tan bagi tahun 2005. Negara mengeksport barangan elektrik dan elektronik ke negara Singapura kurang sebanyak 8 255.3 juta tan berbanding dengan jumlah yang dieksport ke negara India pada 2004. Eksport ke Singapura telah bertambah kepada 12 664.5 juta tan pada 2005 manakala Korea Selatan mengimport 7 194.6 juta tan kurang 774.8 juta tan berbanding jumlah yang dieskport pada 2005.Barangan jentera dan kelengkapan pengangkutan yang dieksport ke negara-negara terpilih pada tahun 2004 berjumlah 31 427 juta tan dan daripada jumlah tersebut 8 536.6 juta tan diimport oleh negara Singapura, 16 445.8 juta tan dieksport ke negara India dan selebihnya ke negara Korea Selatan. Pada 2005 barangan yang sama dieksport ke negara-negara terpilih telah meningkat sebanyak 4 453.3 juta tan kepada 35 880.3 juta tan. Singapura mengimport sebanyak 9 060.7 juta tan jentera dan kelengkapan pengangkutan manakala negara India pula mengimport sebanyak 19 748.1 juta tan. Negara mengeksport barangan yang sama ke negara Korea Selatan sebanyak 7 071.5 juta tan pada tahun yang sama.Pada 2005, barang-barang dan alat-alat keluaran kilang yang lain yang dieksport ke negara Singapura berjumlah 11 001.9 juta tan, berbanding yang diimport pada 2004 yang berjumlah 9 661.6 juta tan. Negara Korea Selatan pula mengimport barangan yang sama sebanyak 5 192.9 juta tan pada tahun 2004 dan import ini bertambah sebanyak 204.5 juta tan pada 2005 manakala negara India yang mencatatkan jumlah eksport terbanyak pada tahun 2004 dan 2005 , telah mengimport sebanyak 23 773.7 juta tan pada 2005 dan jumlah ini melebihi sebanyak 2 677 juta tan berbanding tempoh sebelumnya.Eksport barangan keluaran kilang yang sentiasa meningkat membuktikan bahawa usaha-usaha FDI yang dilaksanakan oleh MITI telah berjaya dan peningkatan jumlah eksport telah menjana pendapatan negara.

(Sumber : dipetik dan diubahsuaikan daripada Laporan Bank Negara Malaysia, 2005)

Graf Bar Memesong/Imbangan

Dengan menggunakan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah ini, sediakan graf bar yang sesuai untuk menunjukkan peratusan perubahan pengeluaran pelbagai kegiatan pertanian di Malaysia antara tahun 1989 dengan tahun 1990.Setelah mencatatkan kejatuhan yang ketara sebanyak 14.5 peratus pada tahun 1989, pengeluaran getah terus merosot daripada 1.42 juta tan metrik pada tahun 1989 kepada 1.29 juta tan metrik pada tahun 1990. Kemerosotan ini disebabkan oleh kejatuhan harga getah asli, kekurangan kawasan tanaman getah yang boleh ditoreh, kawasan tanaman getah kepada tanaman lain dan kekurangan tenaga buruh.Selaras dengan usaha kerajaan untuk terus memelihara sumber perhutanan, pengeluaran kayu balak Malaysia tidak banyak berubah, iaitu daripada 39.7 juta meter padu pada tahun 1989 kepada 40.1 juta meter padu pada tahun 1990, manakala pada masa yang sama pengeluaran kayu gergaji bertambah daripada 8.4 juta meter padu kepada 8.7 juta meter padu.Pada tahun 1990, pengeluaran minyak kelapa sawit pula mengalami perubahan yang sangat sedikit, iaitu daripada 6.06 juta tan metrik pada tahun 1989 kepada 6.09 juta tan metrik pada tahun 1990. Namun begitu, Malaysia masih mengekalkan kedudukannya sebagai pengeluar utama minyak kelapa sawit dunia dengan menyumbangkan sebanyak kira-kira 60 peratus daripada keperluan dunia.Walaupun terdapat pertambahan kawasan tanaman koko seluas 16 400 ha, tetapi pengeluaran koko pada tahun 1990 hanyalah 247 000 tan metrik berbanding dengan 250 000 tan metrik pada tahun 1989. Sebaliknya, kadar pertambahan pengeluaran lada hitam melebihi kadar pertambahan kawasan tanamannya bagi tahun 1990, iaitu sebanyak 27 500 tan metrik di kawasan seluas 10 700 ha pada tahun 1989 berbanding dengan 30 000 tan metrik di kawasan seluas 11 240 ha.Pengeluaran padi sebanyak 1.69 juta tan metrik pada tahun 1989 dan 1.84 juta tan metrik pada tahun 1990 telah melebihi matlamat untuk mengeluarkan 65 peratus daripada keperluan beras negara. Kekurangan bekalan beras ini diisi dengan mengimport beras dari Thailand, Pakistan, India dan Vietnam sebanyak 323 000 tan metrik pada tahun 1989 dan 343 800 tan metrik pada tahun 1990. Pengeluaran nanas dari sektor ladang dan kebun kecil pada tahun 1990 telah merosot berbanding dengan tahun sebelumnya, iaitu daripada 179 600 tan metrik kepada 168 200 tan metrik. Begitu juga halnya dengan pengeluaran daun tembakau hijau yang berkurang daripada 124 500 tan metrik kepada 109 500 tan metrik. Di samping itu, pengeluaran buah-buahan meningkat daripada 600 980 tan metrik pada tahun 1989 kepada 701 600 tan metrik pada tahun 1990.Dalam bidang penternakan, nilai pengeluaran ternakan selepas ladang meningkat daripada RM2571 juta pada tahun 1989 kepada RM2797 juta pada tahun 1990. Penggunaan baka kacukan yang bermutu, sistem penjagaan haiwan secara moden, sera peningkatan permintaan luar negeri untuk daging khinzir dan ayam telah menyumbang kepada pertumbuhan ini. Dalam bidang perikanan pula, pengurusan sumber perikanan yang baik dan penerokaan perikanan laut dalam yang aktif telah menambah jumlah tangkapan daripada 886 000 tan metrik pada tahun 1989 kepada 951 300 tan metrik pada tahun 1990.(Dipetik dan diubahsuaikan daripada Kementerian Kewangan Malaysia:Laporan Ekonomi 1989/90, 1990/91 dan 1991/92)

Graf Bar Memesong/imbanganBerdasarkan maklumat dalam petikan di bawah, sediakan graf yang sesuai untuk menunjukkan peratus perubahan keluasan penggunaan tanah untuk tanaman terpilih di Malaysia antara tahun 1995 hingga 2005.

Sektor pertanian masih lagi diutamakan kerana negara kita tidak mahu bergantung sepenuhnya kepada bahan makanan import. Walau bagaimanapun, jumlah penggunaan tanah untuk sektor pertanian di Malaysia mengalami keadaan turun naik dari semasa ke semasaAktiviti bercucuk tanam terus memainkan peranan penting walaupun mengalami keadaan pasaran yang tidak konsisten kerana sektor ini menjadi penyumbang bahan mentah kepada sektor perindustrian. Keluasan tanah untuk tanaman padi didapati meningkat daripada 572 196 hektar pada tahun 1995 menjadi 592 410 hektar pada tahun 2000 dan meningkat lagi sebanyak 18 590 hektar pada tahu 2005 berbanding dengan tahu sebelumnya. Keadaan ini berlaku disebabkan oleh dasar kerajaan yang menyekat kemasukan beras import. Begitu juga dengan tanaman nanas telah meningkat kepada 10 233 hektar pada tahun 2000 berbanding dengan keluasan pada tahun 1995, iaitu sebanyak 9 081 hektar. Seterusnya, penggunaan tanah untuk tanaman ini pada tahun 2005 telah meningkat dengan banyak, iaitu sebanyak 4 380 hektar akibat pertambahan permintaan nanas dari luar negara.Walau bagaimanapun, keadaan yang berbeza berlaku dalam penggunaan tanah untuk tanaman getah kerana keluasannya merosot dari 1 727 000 hektar pada tahun 1995 menjadi seluas 1 430 700 hektar pada tahun 2000 dan terus menurun untuk tempoh berikutnya sebanyak 129 200 hektar berbanding dengan tahun 2000. Hal ini disebabkan kawasan tanaman getah telah ditukar kepada tanaman yang lebih kompetitif seperti kelapa sawit, memandangkan keadaan harga pasaran getah asli dunia yang tidak menentu.Selain itu, keluasan tanaman kelapa sawit pada tahun 2005 adalah sebanyak 3 100 000 hektar. Angka ini menunjukkan peningkatan sebanyak 360 000 hektar berbanding dengan tahun 2000. Sebelumnya, iaitu pada tahun 1995 keluasan tanaman kelapa sawit hanya sebanyak 2 507 611 hektar.Akhir sekali, keperluan makanan penduduk terhadap buah-buahan dan sayur-sayuran menyebabkan kerajaan telah memperuntukkan kawasan untuk tanaman buah-buahan sebanyak 244 471 hektar pada tahun 1995. Walau bagaimanapun, keluasannya sedikit merosot, iaitu sebanyak 965 hektar pada tahun 2000. Keluasan ini kembali bertambah kepada 379 613 hektar pada tahun 2005.

(Disesuaikan daripada, RMK-8, 2001 - 2005)

GRAF GABUNGAN (Graf Bar Kompaun & Graf Garis)

Berpandukan petikan di bawah, lukiskan sebuah graf bar yang menunjukkan kedudukan kewangan perdagangan antarabangsa Malaysia dari tahun 2000 hingga 2003. Pada graf yang sama lukiskan graf garis yang dapat menggambarkan peratusan nisbah khidmat bayar hutang negara bagi tempoh yang sama.

Kekurangan modal adalah merupakan sebahagian daripada halangan pembangunan oleh sesebuah negara. Oleh itu, sebagai sebuah negara membangun, Malaysia perlu membuat pinjaman sebagai salah satu cara untuk meningkatkan keupayaan menjana pertumbuhan ekonomi negara. Walau bagaimanapun, negara perlu mempunyai keupayaan untuk membayar pinjaman luar negara untuk meyakinkan pihak pembiaya pinjaman.Sepanjang tempoh antara tahun 2000 hingga 2003 terdapat turun naik dalam jumlah nilai rezab bersih antarabangsa Malaysia. Walau bagaimanapun, kedudukan rezab bersih antarabangsa menunjukkan kadar yang sedikit rendah daripada jumlah hutang luar negeri. Pada tahun 2000, jumlah rezab bersih antarabangsa berbanding jumlah hutang luar negeri Malaysia ialah RM115 123 bilion berbanding RM162 133 bilion. Bagaimanapun selepas tempoh tersebut, Malaysia berjaya mengurangkan hutang dari luar negeri, iaitu berkurang sebanyak 0.643% atau RM1042 bilion. Pengurangan pinjaman ini agak baik berbanding penyusutan rezab bersih antarabangsa yang berkurang RM1581.7 bilion berbanding tempoh sebelumnya.Dari segi bayaran balik pinjaman serta bayaran faedah untuk kedua-dua tempoh tersebut, ia menunjukkan peningkatan. Hal ini disebabkan oleh kenaikan jumlah pinjaman terkumpul serta kadar faedah pinjaman yang ditentukan oleh negara pembiaya. Pada tahun 2001, jumlah bayaran balik pinjaman yang berjaya dilunaskan ialah RM15467 bilion, iaitu peningkatan sebanyak RM1196 bilion berbanding tahun 2000. Sementara bayaran faedah pada tahun 2001 menunjukkan peningkatan kira-kira 14.24% berbanding tahun 2000 yang berjumlah RM7586 bilion. Bagaimanapun selepas tahun 2001, kadar bayaran faedah berjaya dikurangkan disebabkan penyemakan semula beban hutang negara membangun oleh negara pembiaya. Oleh itu, pada tahun 2002 jumlah bayaran faedah yang dilunaskan berjumlah RM7339 bilion sebelum turun kepada RM7213 bilion pada tahun berikutnya.Dalam tempoh 2000 hingga tahun 2003, Malaysia terpaksa menanggung jumlah bayaran faedah berjumlah RM30804.2 bilion manakala jumlah bayaran balik pinjaman terkumpul ialah sebanyak RM65 860 bilion. Sementara itu, jumlah hutang luar negeri pada tahun 2003 adalah sebanyak RM186 601 bilion. Jumlah hutang luar negeri Malaysia pada tahun 2003 ini menunjukkan peningkatan sebanyak RM12 243 bilion berbanding tahun 2002. Peningkatan ini adalah untuk tujuan membiayai pembangunan dalam Rancangan Malaysia Ke-8. Walau bagaimanapun, rezab bersih antarabangsa Malaysia juga memperlihatkan peningkatan pada tahun 2002 berbanding tahun 2001, menjadikannya berjumlah RM117 202.9 bilion dan meningkat lagi sebanyak 12.11% kepada RM131 393.7 bilion pada tahun 2003. Peningkatan rezab ini menunjukkan keupayaan membayar pinjaman yang memberangsangkan. Hal ini amat meyakinkan pembiaya pinjaman ke atas keupayaan ekonomi Malaysia.Petunjuk yang sama juga dapat dilihat daripada keupayaan membayar balik pinjaman yang semakin meningkat setiap tempoh tersebut. Umpamanya, terdapat kenaikan jumlah bayaran balik pinjaman kepada RM17 209 bilion pada tahun 2002 kepada RM18 913 bilion pada tahun 2003. Oleh itu, walaupun berlaku peningkatan pinjaman, namun keupayaan membayar hutang dan nilai bayaran faedah yang tidak membebankan, mampu membantu meransangkan ekonomi Malaysia dengan lebih terarah. Dari segi nisbah khidmat bayar hutang pula, keupayaan Malaysia adalah positif. Pada tahun 2000, dicatatkan sebanyak 6.3% tetapi menurun kepada 5.6% pada tahun 2001. Hal ini disebabkan oleh kenaikan kadar faedah yang dikenakan ke atas Malaysia. Bagaimanapun ia meningkat semula sebanyak 0.6% pada tahun 2002 dan terus kekal selepas tempoh terakhir (Sumber : Dipetik dan diubahsuaikan daripadabBuku Perangkaan Malaysia, 2004)

GRAF GABUNGAN (GRAF BAR KOMPAUN & GRAF GARIS)

Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah ini, sediakan graf yang sesuai untuk menunjukkan kuantiti pengeluaran, eksport, dan import serta harga petroleum mentah Malaysia dari tahun 2001 hingga tahun 2006.

Memandangkan petroleum mentah yang dikeluarkan oleh Malaysia adalah antara yang terbaik di dunia, adalah lebih menguntungkan jika petroleum mentah Malaysia dikeluarkan bagi tujuan eksport. Kedudukan harga bagi satu tong minyak mentah mengikut Ringgit Malaysia (RM) naik turun sepanjang tempoh 2001-2006.Pengeluaran petroleum mentah Malaysia ialah 250 ribu tong sehari pada tahun 2002 berbanding dengan 260 ribu tong sehari pada tahun 2001. Pengeluaran petroleum mentah merosot sebanyak 20 ribu tong pada tahun 2003 berbanding tahun sebelumnya, dan meningkat semula kepada 299 ribu tong sehari pada tahun 2004. Pengeluaran petroleum mentah meningkat dengan kadar yang paling pesat dalam tempoh 2004-2005, iaitu mencatat 48.6% atau 450 ribu tong sehari. Pada tahun 2006, pengeluaran petroleum mentah merosot sebanyak 30 ribu tong berbanding tahun sebelumnya.Sepanjang tempoh 2001-2006, jumlah eksport petroleum mentah sentiasa jauh lebih besar berbanding dengan jumlah import. Eksport petroleum mentah pada tahun 2001 ialah 250 ribu tong sehari.Pada masa yang sama, import petroleum mentah ialah 150 ribu tong sehari, dengan kedudukan harga RM66 satu tong.Sungguhpun nilai eksport dan import petroleum mentah berkurang pada tahun 2002, dengan kadar 200 ribu tong sehari dan 90 ribu tong sehari masing-masing, harga petroleum mentah pada tahun itu telah meningkat kepada RM76 satu tong. Malaysia memperoleh keuntungan yang besar apabila jumlah eksport jauh lebih besar daripada jumlah import, dengan keadaan harga petroleum mentah di pasaran dunia adalah tinggi.Hal ini berlaku pada tahun 2003 apabila jumlah eksport petroleum mentah ialah 210 ribu tong sehari berbanding dengan import sebanyak 70 ribu tong sehari, dengan kedudukan harga yang paling tinggi, iaitu RM89 satu tong. Begitu juga, pada tahun 2004, jumlah eksport petroleum mentah Malaysia telah bertambah kepada 240 ribu tong sehari dan jumlah importnya lebih rendah, iaitu 50 ribu tong sehari. Namun demikian, harga petroleum mentah di pasaran dunia pada tahun itu menurun sedikit, iaitu pada paras RM76 satu tong.Walaupun kadar import petroleum mentah Malaysia sejak tahun 2004 adalah pada kadar yang sama, iaitu 50 ribu tong sehari dalam tempoh 2004-2006, jumlah eksport dan harga pasaran masih tidak konsisten. Jumlah eksport pada tahun 2005 telah meningkat kepada 390 ribu tong sehari dengan kedudukan harga di pasaran RM70 satu tong. Pada tahun 2006, jumlah eksport menurun sebanyak 38 tong sejajar dengan penurunan harga petroleum mentah di pasaran dunia pada masa itu kepada RM68 satu tong.

(Sumber: Diubahsuaikan daripada Laporan Ekonomi 2005/2006)

CARTA PAI PERBANDINGAN

Dengan menggunakan maklumat di bawah, lukis carta pai perbandingan untuk menunjukkan jumlah pelancong mengikut negara asal bagi tahun 1997 dan 2002.

Keindahan semula jadi negara kita telah berjaya menarik minat pelancong-pelancong luar untuk melancong ke sini. Malaysia sebuah negara yang aman dan harmoni serta kurang berisiko untuk menghadapi masalah keganasan. Pada tahun 1997 jumlah pelancong asing yang berkunjung ke negara kita berjumlah 10107.42 ribu orang. Kelpelbagaian strategi yang dijalankan oleh pihak kerajaan telah menambahkan bilangan pelancong ke negara kita sebanyak 1062.18 ribu orang pada tahun 2002.ASEAN mencatat bilangan pelancong sebanyak 41.68% pada tahun 1997 dan bertambah sebanyak 5234.37 ribu orang pada tahun 2002. Meskipun benua Eropah agak jauh dari negara kita dari segi kedudukan geografi, tetapi keadaan ini tidak menghalang pelancong dari negara-negara tersebut untuk berkunjung ke sini. Pada tahun 1997 bilangan pelancong dari benua Eropah telah mencatat sebanyak 210.12 ribu orang. Bilangan pelancong ini telah meningkat sebanyak 55.15% berbanding tahun 1997.Faktor kedudukan geografi bukan merupakan faktor utama pelancong Hong Kong untuk melancong ke negara kita, hanya sebanyak 88.69 ribu orang atau 0.88% sahaja dari negara tersebut. Bilangan pelancong Hong Kong telah menunjukkan perubahan yang memberangsangkan kerana telah meningkat sebanyak 26.02 ribu orang pada tahun 2002. Budaya orang Jepun yang gemar melancong telah meningkatkan bilangan pelancong dari negara matahari terbit itu sebanyak 43.51 ribu orang pada tahun 2002. Pada tahun 1997 bilangan pelancong Jepun telah mencatat bilangan sebanyak 297.98 ribu orang atau sebanyak 2.95%.Sikap prejudis rakyat Amerika Syarikat jelas terbukti apabila hanya 90.58 ribu orang pelancong sahaja yang berkunjung ke negara kita pada tahun 1997.Namun, kelebihan budaya yang menarik di negara ini telah telah meningkatkan bilangan pelancong sebanyak 31.78 ribu orang kepada 122.36 ribu orang pada tahun 2002. Selebihnya adalah untuk lain-lain negara.

(Sumber: Dipetik dan diubahsuaikan daripadaBuku Perangkaan Tahunan, Jabatan Statistik,1997 dan 2003.)

GRAF GARIS KOMPAUN / GRAF BAR KOMPAUNBerdasarkanmaklumatyangdiberikandalam petikandi bawah, sediakangrafbaryang sesuai untukmenunjukkan kedudukan tertentu ahli ikhtisas berdaftar di Malaysiamengikut kaum bagi tahun-tahun yang diliputi.

Salah satu usaha untuk mencapai penyusunan semula masyarakat Malaysia sebagaimana yangmenjadi matlamat Dasar Ekonomi Baru (DEB) dan DasarPembangunan Nasional adalah denganmenambahkan bilangan ahli ikhtisas berdaftar di Malaysia yang melibatkan peguam, akauntan,guru, doktorperubatan, arkitekdan sebagainya.Sejak DEB dan DasarPembangunan Nasional diperkenalkan, terdapat seramai 11, 747 orangahli ikhtisas Melayu dan Bumiputera berbanding dengan seramai 22 926 orang ahli ikhtisas Cina,5347 orang ahli ikhtisas India dan seramai 486 orang dalam golongan-golongan lain.Strategi mengubah dan meramalkan penuntut Melayu di bawah DEB dan DasarPembangunan Nasional telah membolehkan semakin ramai orang Melayu dan Bumiputera menganggotai golongan profesional berdaftar. Angkanya pada tahun1995 telah meningkat 35.99% daripada keseluruhan 68 636 orang ahli ikhtisasberdaftar.Pertambahan sebanyak12 338orang berlaku dalam kalangan orang Cina berbanding dengan yang terdapat pada tahun1990.Sementara itu, dalam kalangan orang India, peratusnya menurun kepada 11.6% sungguhpun bilangan sebenarnya meningkat kepada 7962 orang dan dalam kalangan golongan lain bilangansebenarnya bertambah sehingga ke angka 708 orang. Bilangan keseluruhan ahli profesional di Malaysia pada tahun 2000 telah bertambah sebanyak 16.12% ke paras 79 976 orang. Pada tahun ini, berlaku peningkatan seramai 4798 orang ahliprofesional Melayu dan Bumiputera berbanding dengan tahun 1995. Ahli ikhtisas Cina pula bertambah menjadi 40 130orang dan ahli ikhtisas India seramai 9520orang serta selebihnya ialahgolongan lain. Sementara itu, jumlah bilangan ahli profesional berdaftar pada tahun 2005 seramai 9 0290 orang. Daripada jumlah ini, seramai 33 229 orang atau 36.8% terdiri daripada ahli profesional Melayu dan Bumiputera dan 45626 orang merupakan ahli profesional Cina.Sementara itu, seramai 10320 orang atau11.43% terdiri daripada ahli ikhtisas India dan golongan lain berjumlah1115 orang.

(Disesuaikan daripada Rangka Rancangan Jangka Panjang Ketiga, 2001- 2010)

GRAF BAR PIRAMID KOMPONEN

Berdasarkan maklumat dalam petikan di bawah, sediakan graf yang sesuai untuk menunjukkan jumlah pendudukmengikut kumpulan umur, etnik dan daerah pada tahun 2010di negeri Johor.

Berdasarkan bancian penduduk di Malaysia pada tahun 2010 yang berjumlah 26.78 juta, kira-kira 12.02% atauseramai 3,217,895 orang adalah penduduk di negeri Johor dan daripada jumlah tersebut, seramai 1,635,019 orang adalahpenduduk di daerah Pontian dan selebihnya Johor Bahru.Bilangan penduduk Pontian dalam kumpulan umur 0~19 tahun adalah yang tertinggi melebihi sebanyak 40,246orang berbanding Johor Bahru dengan bilangan seramai 641,106 orang dalam kumpulan umur yang sama.DaripadajumlahitudidaerahPontian,etnikMelayuadalahseramai427,469orang,Cina193,142orangdanIndia44,744orang.Sementara di daerah Johor Bahru pula, etnik Cina seramai 181,098 orang, India 43,838 orang, lain-lain 13,968 orang danselebihnya ialah Melayu.Bagi kumpulan umur 20~39 tahun, bilangan etnik Melayu di Johor Bahru adalah kurang sebanyak 2,263 orangberbanding bilangan etnik Melayu di Pontian yang seramai 278,202 orang. Bilangan kedua tertinggi ialah etnik Cina diPontian seramai 164,844 orang, diikuti etnik Cina di Johor Bahru seramai 157,767 orang dan daripada seramai 77,987orang jumlah etnik India, 40,700 orang adalah di Pontian. Bagi kaum lain-lain seramai 11,332 orang adalah di Pontian dan12,460 orang di Johor Bahru.Daripada bilangan penduduk etnik Melayu dalam kumpulan umur 40~59 tahun seramai 339,508 orang, palingramai iaitu 170,307 orang tinggal di Johor Bahru. Keadaan ini berbeza dengan etnik Cina, mereka yang tinggal di Pontianadalah melebihi sebanyak 8,745 orang berbanding yang tinggal di Johor Bahru seramai 127,548 orang sahaja. Seterusnyabilangan etnik India di Pontian adalah seramai 25,907 orang, India di Johor Bahru seramai 24,700 orang dan etnik lain diPontian seramai 5,357 orang serta di Johor bahru seramai 4,752 orang.Penduduk di negeri Johor dalam kumpulan umur 60 tahun dan ke atas adalah yang paling kecil bilangannya. Didaerah Pontian, bilangan etnik Melayu seramai 54,706 orang, Cina 59,373 orang, lain-lain 1,301 orang, dan selebihnyaetnik India. Sementara itu, daripada jumlah penduduk Johor Bahru dalam kumpulan umur ini, kira-kira 5.45% adalah India,61,275 orang melayu, 61,499 orang Cina, dan 1,095 kaum lain-lain. Hasil kajian mendapati jangka hayat rakyat Malaysiasemakin meningkat berikutan peningkatan taraf hidup dan kesihatan penduduk keseluruhannya.

(Sumber : Dipetik dan diubah suai daripada Jabatan Perangkaan Malaysia, 2010)

GRAF BAR PIRAMIDBerdasarkan petikan berikut, lukis graf yang sesuai untuk membandingkan jumlah enrolmen pelajar di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) mengikut negara-negara asal terpilih bagi tempoh 2006 dan 2007. Kerajaan Malaysia telah memperluaskan peluang pendidikan di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) tanpa sempadan. Justeru, negara-negara yang mempunyai hubungan diplomatik dengan negara kita telah merebut peluang untuk melanjutkan pelajaran ke negara ini.Rakyat Thailand telah memilih negara kita untuk melanjutkan pelajaran di peringkat institut pengajian tinggi. Jumlah pelajarnya pada tahun 2006 ialah sebanyak 944 orang. Jumlah ini terdiri daripada pelajar IPTA sebanyak 464 orang dan selebihnya merupakan pelajar IPTS. Jumlah pelajar negara ini pada tahun 2007 telah meningkat sebanyak 204 orang berbanding tahun sebelumnya. Jumlah ini terdiri daripada pelajar IPTA yang telah mencatat sebanyak 719 orang dan selebihnya terdiri daripada pelajar IPTS.Negara Iran telah menghantar pelajarnya ke Malaysia sebanyak 1784 orang pada tahun 2006. Sebanyak 736 orang pelajar menuntut di IPTA dan angka ini meningkat secara mendadak sehingga mencecah 2049 orang pada tahun 2007. Bilangan pelajar IPTS tetap tinggi bagi kedua-dua tahun iaitu masing-masing sebanyak 1048 orang dan 1629 orang. Keadaan ini mendorong peningkatan sebanyak 1894 orang atau 106.17% bagi keseluruhan pelajar tahun 2007.Seterusnya negara serumpun kita, Indonesia telah mencatat jumlah pelajar paling tinggi bagi kedua-dua tahun. Bagi tahun 2006, pelajar negara ini berjumlah 7541 orang dan sebanyak 1850 orang menuntut di IPTA serta selebihnya di IPTS. Bilangan pelajar negara ini di IPTA terutamanya di USM telah mempengaruhi peningkatan sehingga mencatat 3000 orang pada tahun 2007 yang jumlahnya mencecah seramai 8454 orang.Hubungan dua hala yang baik telah menarik minat pelajar dari negara China untuk menuntut di IPT negara ini. Dari sejumlah 7310 orang pelajar, IPTS telah menjadi pilihan utama kerana sebanyak 6937 orang pelajar telah mendaftar pada tahun 2006. Pada tahun 2007, walaupun jumlahnya berkurangan sebanyak 842 orang berbanding tahun sebelumnya, tetapi masih mencatatkan bilangan kedua tertinggi. Penurunan kepada hanya 5308 orang di IPTS telah mempengaruhi penurunan bilangan keseluruhan pelajar dari China pada tahun 2007.Pada tahun 2006, bilangan pelajar IPTA dan IPTS bagi pelajar dari negara Bangladesh adalah sebanyak 230 orang dan 6287 orang. Menjelang tahun 2007, keadaan telah memperlihatkan pengurangan yang besar bagi jumlah pelajarnya. Pada tahun itu, jumlah semua pelajarnya ialah 2506 orang. Walau bagaimanapun, bilangan pelajar IPTA telah meningkat kepada 309 orang dan selebihnya ialah pelajar IPTS.Pihak kerajaan telah berusaha untuk meningkatkan mutu pendidikan di negara ini bagi menandingi negara maju. Peningkatan bilangan pelajar luar di IPTA dan IPTS negara ini telah membuktikan peningkatan kualiti pendidikan di Malaysia. (Disesuaikan daripada Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia, 2008)

PIRAMID KOMPONENBerdasarkan maklumat dalam petikan di bawah, sediakan graf yang sesuai untuk menunjukkan jumlah penduduk mengikut kumpulan umur, etnik dan daerah pada tahun 2010 di negeri Johor.Berdasarkan bancian penduduk di Malaysia pada tahun 2010 yang berjumlah 26.78 juta, kira-kira 12.02% atau seramai 3,217,895 orang adalah penduduk di negeri Johor dan daripada jumlah tersebut, seramai 1,635,019 orang adalah penduduk di daerah Pontian dan selebihnya Johor Bahru.Bilangan penduduk Pontian dalam kumpulan umur 0~19 tahun adalah yang tertinggi melebihi sebanyak 40,246 orang berbanding Johor Bahru dengan bilangan seramai 641,106 orang dalam kumpulan umur yang sama. Daripada jumlah itu di daerah Pontian, etnik Melayu adalah seramai 427,469 orang, Cina 193,142 orang dan India 44,744 orang. Sementara di daerah Johor Bahru pula, etnik Cina seramai 181,098 orang, India 43,838 orang, lain-lain 13,968 orang dan selebihnya ialah Melayu.Bagi kumpulan umur 20~39 tahun, bilangan etnik Melayu di Johor Bahru adalah kurang sebanyak 2,263 orang berbanding bilangan etnik Melayu di Pontian yang seramai 278,202 orang. Bilangan kedua tertinggi ialah etnik Cina di Pontian seramai 164,844 orang, diikuti etnik Cina di Johor Bahru seramai 157,767 orang dan daripada seramai 77,987 orang jumlah etnik India, 40,700 orang adalah di Pontian. Bagi kaum lain-lain seramai 11,332 orang adalah di Pontian dan 12,460 orang di Johor Bahru.Daripada bilangan penduduk etnik Melayu dalam kumpulan umur 40~59 tahun seramai 339,508 orang, paling ramai iaitu 170,307 orang tinggal di Johor Bahru. Keadaan ini berbeza dengan etnik Cina, mereka yang tinggal di Pontian adalah melebihi sebanyak 8,745 orang berbanding yang tinggal di Johor Bahru seramai 127,548 orang sahaja. Seterusnya bilangan etnik India di Pontian adalah seramai 25,907 orang, India di Johor Bahru seramai 24,700 orang dan etnik lain di Pontian seramai 5,357 orang serta di Johor bahru seramai 4,752 orang.Penduduk di negeri Johor dalam kumpulan umur 60 tahun dan ke atas adalah yang paling kecil bilangannya. Di daerah Pontian, bilangan etnik Melayu seramai 54,706 orang, Cina 59,373 orang, lain-lain 1,301 orang, dan selebihnya etnik India. Sementara itu, daripada jumlah penduduk Johor Bahru dalam kumpulan umur ini, kira-kira 5.45% adalah India, 61,275 orang melayu, 61,499 orang Cina, dan 1,095 kaum lain-lain. Hasil kajian mendapati jangka hayat rakyat Malaysia semakin meningkat berikutan peningkatan taraf hidup dan kesihatan penduduk keseluruhannya. (Sumber : Dipetik dan diubah suai daripada Jabatan Perangkaan Malaysia, 2010)

GRAF GARIS KOMPONENBerdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah, sediakan graf yang sesuai untuk menunjukkanjumlah pendapataneksport mengikut pelbagai komoditi antara tahun 2000 - 2003.

Eksport komoditi masih berperanan pendint dalam pendapatan eksport negara. Sungguhpun saiz pendapatan eksport komoditi jauh lebih kecil berbanding eksport barang-barang, namun kedudukan pendapatan eksport komoditi tidak boleh diketepikan. Antara tahun 2000 hingga 2003, pendapatan eksport komoditi terus bertambah daripada nilai RM41 111 juta kepada RM47 037 juta. Sungguhpun pada tahu 2001, pendapatan eksport komoditi jatuh kepada RM36 864 juta, namun pada tahun berikutnya amaun tersebut meningkat sebanyak RM4426 juta kepada RM41 290 juta.

Antara komodiiti penting dalam eksport Malaysia ialah petroleum mentah. Pada tahun 2000, pendapatan eksport petroleum mentah berjumlah RM14 245 juta, tetapi mencatat kejatuhan sebanyak RM3085 juta pada tahun 2001. Pada tahun-tahun berikutnya, amaun pendapatan eksport petroleum mentah terus bertambah kepada RM11 597 juta dan RM13 104 juta. Dalam tempoh dua tahun, iaitu 2002 hingga 2003, saiz pendapatan komoditi meningkat sebanyak RM1507 juta. Pertambahan besar ini adalah berikutan berlaku peningkatan harga petroleum mentah di pasaran.

Eksport minyak kelapa sawit pula menyumbang sebanyak RM9948 juta pada tahun 2000. Menjelang tahun 2001, saiz pendapatan komoditi ini bertambah sebanyak RM640 juta. Pendapatan minyak kelapa sawit terus bertambah kepada RM15 054 juta dan RM16 770 juta pada tahun 2002 dan 2003. Manakala pendapatan eksport getah pula sebanyak RM2571 juta pada tahun 2000. Angka ini meningkat kepada RM2941 juta pada tahun 2003, berbanding RM2492 juta pada tahun 2002. Pada tahun 2001, eksport getah mencatat saiz pendapatan yang paling sedikit, iaitu RM1886 juta.

Pendapatan eksport kayu balak dan bijih timah mencatat angka lebih kecil. Pada tahun 2000, eksport kayu balak menyumbang RM2489 juta dan bijih timah pula sebanyak RM435 juta. Pada tahun 2001, pendapatan eksport kayu balak merosot sebanyak RM839 juta, tetapi bertambah kepada RM1790 juta pada tahun 2002. Pendapatan eksport komoditi ini bertambah menjadi R1867 juta pada tahun 2003. Dalam tempoh ini, saiz pendapatan bijih timah pula mencatat RM461 juta, RM425 juta dan RM202 juta.

Akhir sekali, pendapatan eksport gas asli cecair (GAC) menjadi komponen yang semakin penting. Pada tahun 2000, komoditi ini menyumbang RM11 423 juta, tetapi mmerosot sedikit kepada RM11 119 juta pada tahun berikutnya. Pada tahun 2002, amaun pendapatan GAC terus merosot sebanyak RM1187 juta berbanding tahun 2001. Walau bagaimanapun, pada tahun 2003, jumlah pendapatan GAC meningkat sebanyak RM2221 juta menjadi RM12 153 juta. Antara tahun 2000 hingga 2003, saiz pendapatan GAC meningkat RM730 juta atau 6.4%.

(Dipetik dan diubahsuaikan daripadaLaporan Ekonomi, 2003/2004)

GRAF GARIS KOMPONENBerdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah, sediakan graf yang sesuai untuk menunjukkanjumlah pendapataneksport mengikut pelbagai komoditi antara tahun 2000 - 2003.

Eksport komoditi masih berperanan pendint dalam pendapatan eksport negara. Sungguhpun saiz pendapatan eksport komoditi jauh lebih kecil berbanding eksport barang-barang, namun kedudukan pendapatan eksport komoditi tidak boleh diketepikan. Antara tahun 2000 hingga 2003, pendapatan eksport komoditi terus bertambah daripada nilai RM41 111 juta kepada RM47 037 juta. Sungguhpun pada tahu 2001, pendapatan eksport komoditi jatuh kepada RM36 864 juta, namun pada tahun berikutnya amaun tersebut meningkat sebanyak RM4426 juta kepada RM41 290 juta.

Antara komodiiti penting dalam eksport Malaysia ialah petroleum mentah. Pada tahun 2000, pendapatan eksport petroleum mentah berjumlah RM14 245 juta, tetapi mencatat kejatuhan sebanyak RM3085 juta pada tahun 2001. Pada tahun-tahun berikutnya, amaun pendapatan eksport petroleum mentah terus bertambah kepada RM11 597 juta dan RM13 104 juta. Dalam tempoh dua tahun, iaitu 2002 hingga 2003, saiz pendapatan komoditi meningkat sebanyak RM1507 juta. Pertambahan besar ini adalah berikutan berlaku peningkatan harga petroleum mentah di pasaran.

Eksport minyak kelapa sawit pula menyumbang sebanyak RM9948 juta pada tahun 2000. Menjelang tahun 2001, saiz pendapatan komoditi ini bertambah sebanyak RM640 juta. Pendapatan minyak kelapa sawit terus bertambah kepada RM15 054 juta dan RM16 770 juta pada tahun 2002 dan 2003. Manakala pendapatan eksport getah pula sebanyak RM2571 juta pada tahun 2000. Angka ini meningkat kepada RM2941 juta pada tahun 2003, berbanding RM2492 juta pada tahun 2002. Pada tahun 2001, eksport getah mencatat saiz pendapatan yang paling sedikit, iaitu RM1886 juta.

Pendapatan eksport kayu balak dan bijih timah mencatat angka lebih kecil. Pada tahun 2000, eksport kayu balak menyumbang RM2489 juta dan bijih timah pula sebanyak RM435 juta. Pada tahun 2001, pendapatan eksport kayu balak merosot sebanyak RM839 juta, tetapi bertambah kepada RM1790 juta pada tahun 2002. Pendapatan eksport komoditi ini bertambah menjadi R1867 juta pada tahun 2003. Dalam tempoh ini, saiz pendapatan bijih timah pula mencatat RM461 juta, RM425 juta dan RM202 juta.

Akhir sekali, pendapatan eksport gas asli cecair (GAC) menjadi komponen yang semakin penting. Pada tahun 2000, komoditi ini menyumbang RM11 423 juta, tetapi mmerosot sedikit kepada RM11 119 juta pada tahun berikutnya. Pada tahun 2002, amaun pendapatan GAC terus merosot sebanyak RM1187 juta berbanding tahun 2001. Walau bagaimanapun, pada tahun 2003, jumlah pendapatan GAC meningkat sebanyak RM2221 juta menjadi RM12 153 juta. Antara tahun 2000 hingga 2003, saiz pendapatan GAC meningkat RM730 juta atau 6.4%.

(Dipetik dan diubahsuaikan daripadaLaporan Ekonomi, 2003/2004)

GRAF BAR PIRAMID KOMPAUNBerdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah, sediakan graf yang sesuai untuk menunjukkanbilanganpenggunaan unit telefon untukkediaman dan peniagaandibandar dan luar bandarpadatahun-tahunyang dinyatakan.

Telefon merupakan satu alat perhubungan yang penting dalam dekad ini. Pelbagai jenis dan bentuk telefon telah direka cipta untuk menarik pembeli dan menggunakannya secara meluas. Pihak Telekom Malaysia Berhad telah menyediakan banyak kemudahan untuk berkomunikasi kepada penduduk.

Telekom telah mengkategorikan penggunaan telefon kepada dua kumpulan iaitu kumpulan kediaman dan kumpulan perniagaan di bandar dan luar bandar. Bilangan penggunaan unit telefon di bandar lebih tinggi daripada kumpulan penggunaan unit telefon di luar bandar dan penggunaan unit telefon di kediaman lebih banyak berbanding dengan syarikat perniagaan. Pada tahun 1996, jumlah penggunaan unit telefon adalah 7864.08 ribu unit. Daripada jumlah tersebut 4153.22 ribu unit digunakan di bandar dan selebihnya di luar bandar. Penggunaan unit telefon dalam kumpulan kediaman di bandar mencapai 66.35% pada tahun tersebut.

Bagi sektor luar bandar sebanyak 2695.88 ribu unit adalah kumpulan kediaman dan selebihnya penggunaan oleh kumpulan perniagaan. Pada tahun 1997, sebanyak 3741.43 ribu unit penggunaan telefon di kediaman di bandar. Penggunaan telefon di syarikat perniagaan semakin meningkat pada tahun 1998. Di bandar, penggunaannya meningkat sebanyak 8.12 ribu unit menjadi 1859.80 ribu unit dan penggunaan kediaman meningkat kepada 3943.24 ribu unit.

Penggunaan telefon di kawasan luar bandar juga semakin meningkat tahun demi tahun. Jumlah penggunaan telefon tahun 1998 sebanyak 4323.71 ribu unit berbanding dengan tahun 1997, hanya 4154.18 ribu unit iaitu lebih sebanyak 443.32 ribu unit dari tahun sebelumnya. Pada tahun 1996, 2695.88 ribu unit iaitu 72.65% merupakan penggunaan unit telefon di rumah kediaman daripada jumlah penggunaan telefon pada tahun tersebut. Penggunaan unit telefon unit perniagaan paling tinggi pada tahun 1997 sebanyak 1144.30 ribu unit. Walaupun bilangan penggunaan unit telefon bagi sektor perniagaan semakin turun sebanyak 5.15 ribu unit, namun penggunaan telefon di kediaman semakin meningkat kepada 3184.56 ribu unit pada tahun 1998.

(Dipetik dan diubahsuai daripada Telekom Malaysia Berhad, 2000)

CARTA PAI BERTINGKAT/KOMPONENBerdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah, sediakan carta yang sesuai untuk menunjukkan nilai jaminan kredit yang diberikan oleh Credit Guarantee Corporation Malaysia Berhad (CGC) kepada Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) mengikut jenis perniagaan dan jenis skim jaminan kredit yang ditawarkan pada tahun 2004.

CGC bukan sahaja memberikan khidmat nasihat dalam perkara-perkara teknikal tetapi juga, malah lebih penting lagi, memberikan jaminan kredit kepada usahawan PKS yang sering berhadapan dengan masalah ketiadaan penjamin dalam permohonan pinjaman mereka kepada pihak bank. Jumlah jaminan kredit oleh CGC pada tahun 2004 bernilai RM3007.6 juta. Angka ini merupakan peningkatan sebanyak 12.1% berbanding tahun 2003, dengan bilangan usahawan yang terlibat sebanyak 8452 orang. Daripada jumlah RM3007.6 juta itu, sebanyak RM1822.09 juta diberikan kepada usahawan PKS menjalankan perniagaan am. Jumlah usahawan yang mendapat jaminan kredit untuk jenis perniagaan ini adalah yang paling banyak, iaitu 5624 orang.

Usahawan PKS yang menjalankan perniagaan yang berkaitan dengan sektor pembuatan merupakan golongan kedua terbanyak yang menerima jaminan, kredit daripada syarikat ini, iaitu bernilai RM766.11 juta. Perniagaan yang berkaitan dengan sektor pertanian pula mencatat nilai terkecil iaitu, hanya RM28.81 juta. Jumlah yang selebihnya adalah jaminan kredit kepada usahawan yang menjalankan jenis perniagaan lain.

Skim jaminan kredit yang diberikan oleh CGC pada umumnya dapat dibahagikan kepada lima skim, iaitu Skim Jaminan Utama Baharu, Skim Jaminan Laluan Terus, Skim Jaminan Anjal, Skim Jaminan Usahawan Kecil, dan Skim Jaminan Lain. Skim Jaminan Utama Baharu mencatat angka tertinggi dari segi nilai jaminan iaitu RM1061.68 juta, diikuti oleh Skim Jaminan Laluan Terus yang mencatat nilai RM962.88 juta. Skim Jaminan Anjal pula mencatat 27.14% daripada jumlah keseluruhan nilai jaminan kredit yang diberikan oleh syarikat, manakala bagi Skim Jaminan Usahawan Kecil, nilainya berjumlah RM44.03 juta. Jumlah selebihnya ialah nilai jaminan yang diberikan kepada Skim Jaminan Lain.

(Dipetik dan diubahsuaikan daripada DewanEkonomi, November 2005, S7 K2 STPM 2008)

GRAF BAR MEMESONGBerdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah ini, sediakan graf yang sesuai untuk menunjukkankadar perubahankedatangan pelancong negara-negara terpilih ke Malaysia antara tempoh yang diliputi

Kementerian pelancongan telah menyediakan pelbagai aktiviti yang dijangka mampu menarik minat pelancong untuk berkunjung ke negara ini. Sepanjang tempoh januari 2005 kemasukan pelancong ke negara ini dicatatkan sebanyak 1 153 474 orang manakala pada tempoh Januari 2006 turut menunjukkan peningkatan sebanyak 38 814 orang.

Sebagai negara berjiran, Singapura adalah satu-satunya negara menyumbang jumlah kemasukan pelancong negara itu seramai 830 700 orang pada Januari 2006 berbanding hanya 791 897 orang pada tempoh sama 2005. Manakala Thailand pula, jumlah kemasukan pelancongnya hanya 167 981 orang pada Januari 2005 dan jumlah ini mengecil sebanyak 44 347 orang pada Januari 2006, Pelancong dari Indonesia yang memasuki Malaysia dari pelbagai pintu masuk, sama ada melalui laut, darat dan udara berjumlah 151 214 orang pada tempoh Januri 2006 iaitu pertambahan sebanyak 41 493 orang berbanding tempoh Januari 2005.

Pelancong dari New Zealand walaupun jumlahnya agak kecil, turut menyumbang kepada pendapatan negara. Jumlahnya hanya 3421 orang pada Januari 2006 iaitu berkurang sebanyak 250 orang berbanding tempoh sebelumnya. Bagi Taiwan dan Korea Selatan pula jumlah kemasukan pelancongnya menunjukkan angka yang tidak konsisten. Korae Selatan menunjukkan peningkatan iaitu sebanyak 6571 orang menjadi 21 622 orang pada Januari 2006. Manakala pelancong Taiwan pula telah berkurang sebanyak 5054 orang pada Januari 2006 berbanding tempoh Januari 2005 seramai 21 234 orang

Pelancong dari Asia Barat tidak banyak berubah jumlahnya antara tempoh tersebut iaitu hanya berkurang sebanyak 418 orang berbanding tempoh januari 2006 seramai 11 785 orang. Dalam tempoh Januari 2005, seramai 31716 orang pelancong dari Jepun telah melawat negara jepun telah melawat negara ini dan jumlah ini telah bertambah sebanyak 2016 Orang pada januari 2006. Manakala jumlah pelancong selebihnya adalah datang dari negara-negara lain.

Kedatangan pelancong dari negara-negara berkenaan telah menyumbang pendapatan kepada negara.

(Dipetik daripada Dewan Ekonomi, Mei 2007)

GRAF GABUNGANBerdasarkan petikan diberikan. Sediakan graf yang sesuai untuk menunjukkanpengeluaran minyak mentah,kondesat,jumlah eksportdannilai eksportbagi tahun 2002 hingga 2005 (Anggaran).

Pada tahun 2002, jumlah pengeluaran minyak ialah sebanyak 600 ribu tong sehari. Manakala pengeluaran kondesat pula ialah 105 ribu tong sehari. Kondesat ialah merupakan satu komponen minyak mentah yang didapati daripada aliran gas asli dan mengandungi petana dan hidrokarbon yang lebih berat. Jumlah eksport minyak mentah Malaysia berjumlah 331 ribu tong sehari. Nilai eksport ialah RM9.60 billion.

Pengeluaran minyak mentah telah meningkat sebanyak 12 ribu tong sehari pada tahun 2003. Pengeluaran kondesat juga telah meningkat sebanyak 5 ribu tong sehari menjadi 110 ribu tong sehari. Peningkatan ini adalah disebabkan oleh pertambahan dalam pengeluaran minyak mentah. Jumlah eksport didapati merosot sebanyak 12 ribu tong sehari. Manakala nilai eksport pula telah merosot kepada RM9.13 billion.

Pada tahun 2004, pengeluaran minyak mentah telah meningkat kepada 640 ribu tong sehari. Pertambahan ini mempengaruhi pertambahan dalam pengeluaran kondesat iaitu telah meningkat kepada 128 ribu tong sehari. Jumlah eksport negara telah meningkat kepada 313 ribu tong sehari. Manakala nilai ekspor pula merosot kepada RM8.82 billion.

Pada tahun 2005, dijangka jumlah pengeluaran minyak mentah merosot kepada 629 ribu juta tong sehari. Pengeluaran kondesat juga mengalami penurunan sebanyak 20 ribu tong sehari. Jumlah eksport merosot sebanyak 11 juta tong sehari menjadi 302 juta tong sehari. Nilai eksport juga merosot kepada RM8.39 billion.

(Dipetik dan diubahsuaikan daripadaRancangan Malaysia Kelapan, 2001-2005)