bahagian b
DESCRIPTION
bTRANSCRIPT
BAHAGIAN B (40 Markah)
1. Budaya menjadi sumber identifikasi kekitaan dalam kepelbagaian
kelompok manusia.
(a) Jelaskan dua pola budaya tersebut (4 markah)
(b) Kelompok yang wujud di dalam masyarakat adalah kesan saling
pergantungan
sesama insan.
Bincangkan tiga sebab individu saling bergantung dan bergabung dalam
kelompok
(6 markah)
2. Dalam konteks keperluan hidup bersama, masyarakat bermaksud
manusia yang hidup secara berkumpulan dan mengamalkan satu budaya
yang sama.
(a) Nyatakan empat ciri utama masyarakat. (4 markah)
(b) Cerakinkan tiga proses perubahan bahasa berserta contoh yang sering
berlaku dalam masyarakat. (6 markah)
3. Murid Berkeperluan Khas merupakan kanak-kanak istimewa atau luar
biasa dari segi intelek, jasmani, rohani dan emosi.
(a) Berikan empat kategori kanak-kanak istimewa yang memerlukan
Program Pendidikan Khas. (4 markah)
(b) Cerakinkan tiga faktor yang menyebabkan wujudnya ketaksamaan
peluang pendidikan di Malaysia. (6 markah)
4. Kementerian Pelajaran Malaysia telah membangunkan kemudahan
infrastruktur untuk masyarakat luar bandar.
(a) Nyatakan empat keperluan asas yang telah disediakan di kawasan
pedalaman.
(4 markah)
(b) Antara Objektif Pelan Tindakan Pembangunan masyarakat Orang Asli
adalah untuk menyediakan program dan aktiviti khusus yang berkaitan
dengan keperluan mereka.
Berikan tiga penilaian anda terhadap perubahan pendidikan dalam
kalangan masyarakat Orang Asli di pinggir bandar. (6 markah)
BAHAGIAN C (40 Markah)
1. Kurikulum tersirat berperanan untuk memainkan peranan membentuk
bangsa yang bersatu dan saling menerima perbezaan budaya antara
kaum. Pelaksanaan kurikulum tersebut menunjukkan kesan mesra budaya
dalam kalangan murid.
(a) Tunjukkan lima cara bagaimana kurikulum tersirat boleh menyatukan
murid pelbagai kaum. (10 markah).
(b) Buat analisis terhadap lima ciri kurikulum tersirat yang terdapat dalam
pendidikan masa kini. (10 markah).
2. Pengurusan bilik darjah yang mesra budaya akan menjadikan suasana
pembelajaran lebih kondusif, Suasana tersebut akan menggalakkan
interaksi dan integrasi dalam kalangan murid.
(a) Cadangkan lima cara guru menguruskan persekitaran fizikal bilik
darjah untuk menggalakkan suasana mesra budaya. (10 markah)
(b) Bincangkan lima strategi pengajaran guru yang relevan budaya untuk
menggalakkan murid berinteraksi antara pelbagai kaum. (10 markah)
3. Komunikasi yng berkesan dalam kelas akan memotivasikan murid
belajar, merangsang minat, memenuhi keeperluan dan keakinan diri
murid.
(a) Berdasarkan Model Simetri Newcomb, jelaskan cara guru boleh
melaksanakan
komunikasi yang berkesan dalam bilik darjah. (10 markah)
(b) Bincangkan lima masalah komunikasi yang biasa berlaku dalam bilik
darjah serta cara-cara mengatasinya. (10 markah)
STRUKTUR
1. (a) Budaya terdiri daripada pelbagai komponen.
Senaraikan lima komponen budaya (5 markah)
(b) Masyarakat majmuk di Malaysia terbentuk kerana faktor penghijrahan.
Nyatakan faktor-faktor penghijrahan pelbagai kaum ke Malaysia (5
markah)
2. Semua kelompok etnik mempunyai pantang larang mereka sendiri.
(a) Senaraikan empat tujuan pantang larang diamalkan (4 markah)
(b) Nyatakan cabaran yang dihadapi oleh seseorang guru yang mengajar
dalam kelas yang terdiri daripada pelbagai sosio-budaya (6 markah)
3. Menurut James Coleman, memberikan pendidikan percuma merupakan
salah satu ciri yang terdapat dalam konsep persamaan peluang.
(a) Berikan lima faktor penting yang mempengaruhi ketaksamaan peluang
pendidikan di negara kita (5 markah)
(b) Nyatakan lima usaha yang dilaksanakan oleh kerajaan untuk
mewujudkan kesamaan peluang pendidikan di Malaysia (5 markah)
4. Cikgu Alex merupakan seorang guru permulaan di sebuah sekolah
Orang Asli di Semenanjung Malaysia. Beliau bercadang merancang satu
pelan tindakan yang mampu mewujudkan persekitaran yang mesra
budaya.
(a) Nyatakan lima kepentingan melaksanakan pelan tindakan untuk
mewujudkan
persekitaran yang mesra budaya (5 markah).
(b) Nyatakan lima program yang sesuai dilaksanakan oleh Cikgu Alex bagi
mewujudkan persekitaran yang mesra budaya (5 markah).
BAHAGIAN C (ESEI) (40 MARKAH)
1. Murid membawa budaya mereka yang tersendiri dan yang berbeza
daripada budaya formal sekolah di dalam bilik darjah yang mempunyai
pelbagai kaum.
(a) Bincangkan lima cara yang boleh digunakan oleh guru bagi
memastikan tiada murid
daripada pelbagai kaum yang berasa terpinggir semasa porses P&P (10
markah).
(b) Cadangkan lima cara bagaimana sekolah dapat memastikan murid
daripada pelbagai
kaum dapat menerima antara satu sama lain (10 markah).
2. Kelas bercantum merupakan salah satu strategi untuk memberi peluang
kepada murid-murid mendapat pendidikan asas selaras dengan konsep
pendemokrasian pendidikan.
(a) Huraikan empat aspek fizikal yang perlu diambil kira oleh guru semasa
mengendalikan kelas bercantum (8 markah)
(b) Anda ditugaskan untuk mengajar kelas bercantum Tahun 2 dan tahun
3 mengikut Kumpulan Tahun Persekolahan.
Sediakan satu rancangan pengajaran harian bagi tempoh masa 1 jam
mengikut pengkhususan anda (12 markah)
3. Guru perlu menguasai kemahiran komunikasi terutama dalam kalangan
murid pelbagai kaum agar memudahkan mereka memperoleh ilmu
pengetahuan, sikap dan kemahiran.
(a) Bincangkan lima cara guru dapat mewujudkan komunikasi berkesan
dalam bilik darjah (10 markah).
(b) Jelaskan lima tingkah laku guru yang menyebabkan berlakunya
masalah komunikasi dalam bilik darjah (10 markah).