bahagian b

Upload: eima-siti-nurimah

Post on 02-Nov-2015

13 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

CONTOH

TRANSCRIPT

ANALISIS PENDEKATAN, KAEDAH DAN TEKNIKKONSEP PENDEKATAN PENGAJARANMengikut Kamus Dewan pendekatan merupakan cara atau langkah-langkah yang diambil bagi memulakan dan melaksanakan sesuatu tugas seperti mengatasi masalah. Pendekatan boleh dimaksudkan sebagai kaedah atau cara sesuatu tugasan itu dilaksanakan. Pendekatan di dalam bidang pendidikan merujuk kepada satu set teori pembelajaran yang beraksiomatik dan diamalkan dalam pengajaran sesuatu mata pelajaran berdasarkan kepada objektifnya. Beraksiomatik di sini membawa maksud sebagai kenyataan yang diberikan tidak memerlukan bukti dan alasan.Di dalam konteks pendidikan, konsep pendekatan bermakna cara mendekati sesuatu iaitu merujuk kepada cara bagaimana sesuatu mata pelajaran diajarkan untuk mencapai objektifnya. Sebagai guru yang mengajarkan sesuatu kepada murid-muridnya mestilah mengetahui terlebih dahulu latar belakang mereka. Hal ini kerana, dengan mengetahui latar belakang mereka, guru tersebut dapat memilih dan merancang pengajarannya dengan menggunakan pendekatan yang sesuai. Guru tidak boleh menggunakan pendekatan yang sama terhadap murid yang berlainan. Hal ini dikhuatiri proses pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan tidak berkesan iaitu tidak mencapai objektif. Sekiranya guru dapat mengenal pasti sifat atau keperluan murid-muridnya, maka guru tersebut akan dapat memilih dan menggunakan pendekatan yang sesuai, tepat dan betul supaya proses pengajaran dan pembelajaran berlaku secara efektif.Pendekatan pengajaran yang berasaskan pengelolaan murid adalah seperti pendekatan individu, pendekatan pasangan, pendekatan kumpulan, pendekatan kelas, pendekatan kelas bercantum dan sebagainya. Pendekatan yang dimaksudkan di sini tidak menyentuh tentang kaedah yang boleh digunakan dalam pengajaran. Guru adalah bebas memilih kaedah yang difikirkan wajar bagi setiap pendekatan tersebut. Berdasarkan kriteria bagaimana isi pelajaran disampaikan maka terdapatlah pendekatan induktif, pendekatan deduktif, pendekatan eklektik, pendekatan dari segi isi mudah ke isi susah dan pendekatan dari isi maujud ke isi abstrak.Pendekatan yang memberi tumpuan kepada pengajar disebut sebagai pendekatan memusatkan guru manakala pengajaran yang mementingkan murid disebut sebagai pendekatan memusatkan murid. Kaedah-kaedah yang seiring dengan pendekatan yang memusatkan guru adalah seperti kaedah syarahan dan kaedah demonstrasi manakala kaedah-kaedah pengajaran yang selari dengan pendekatan pengajaran yang memusatkan murid adalah seperti kaedah menyelesaikan masalah, kaedah bermain dan kaedah perbincangan kumpulan.Terdapat juga pendekatan-pendekatan yang digunakan untuk mengajar beberapa mata pelajaran mengikut tema-tema pelajaran. Contohnya pengajaran dalam Alam dan Manusia menggunakan perdekatan interdisiplin atau pendekatan bersepadu. Hal ini adalah kerana beberapa mata pelajaran seperti Sejarah, Geografi dan Kesihatan digabungkan menjadi suatu mata pelajaran yang baharu. Pendekatan ini adalah sama dengan pengajaran Sains Panduan di mana Biologi, Fizik serta Kimia digabungkan dan diajar mengikut tema-tema tertentuPendekatan EklektikPendekatan ini adalah satu pendekatan yang diwujudkan hasil daripada gabungan dua atau beberapa pendekatan. Segala ciri-ciri baik yang terdapat dalam pendekatan tertentu akan digabung dan digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran tertentu. Pendekatan ini sesuai digunakan untuk kelas-kelas yang terdiri daripada murid-murid yang pelbagai kebolehan.Pengajaran eklektik amat penting dalam membantu meningkatkan kemahiran mengeja dan juga kemahiran membaca dalam kalangan kanak-kanak.Pendekatan eklektik juga digunakan apabila sesuatu pengajaran memerlukan guru menggunakan berbagai-bagai pendekatan tidak hanya dengan penggunaan satu bidang pendekatan yang mirip kepada satu teori sahajaPendekatan KomunikatifBerikutnya ialahpendekatan komunikatif. Pendekatan ini berfokuskan kepada aktiviti berinteraksi dan berkomunikasi. Selain itu, pendekatan ini menekankan makna di dalam proses pengajaran. Dialog yang digunakan adalah tertumpu pada fungsi komunikasi sahaja. Di dalam pendekatan ini, konteks dan situasi sangat dipentingkan. Pada masa yang sama, percubaan untuk berkomunikasi amatlah digalakkan. Terjemahan boleh diterima dengan syarat murid-murid mendapat faedahnya. Bahasa pula diperolehi melalui proses cuba dan ralat.Selain daripada pendekatan induktif, pendekatan deduktif, pendekatan eklektik dan pendekatan komikatif, terdapat juga pendekatan-pendekatan seperti pendekatan situasi, pendekatan psiko-linguistik, pendekatan terjemahan dan pendekatan nahu. Pendekatan-pendekatan ini timbul berasaskan teori-teori pembelajaran yang berbentuk mentalis atau behavouris. Contohnya jika kita mengikut teori mentalis atau kognitif maka pendekatan yang digunakan adalah seperti pendekatan terjemahan dan pendekatan nahu. Bagi teori behavouris atau S-R maka pendekatan pengajaran yang digunakan adalah pendekatan komunikasi dan situasi.Rumusan yang boleh dibuat ialah pendekatan merupakan sesuatu yang agak umum dan seolah-olahnya menunjukkan sesuatu haluan tetapi tidak menerangkan bagaimana caranya untuk menuju haluan itu. Cara-cara yang digunakan untuk menuju arah yang ditetapkan oleh sesuatu pendekatan pengajaran adalah kaedah-kaedah pengajaran.

PENDEKATAN PEMBELAJARAN Strategi pemusatan muridApakah ciri-ciri strategi pemusatan murid? Murid memainkan peranan penting Komunikasi dua hala. Guru menyoal/membimbing. Kepimpinan guru secara demokratik. Perbincangan/galakan murid memberi pendapat, Objektif pencapaian murid diutamakan perkembangan murid secara menyeluruh/ seimbang ( j.e.r.i.) Ujian formatif digunakan bagi membaiki kelemahan murid.Penyampaian guru untuk pembelajaran bermakna, memahami & membuat kesimpulan, Peluang interaksi di antara murid adalah positif (bekerjasama, bertolak ansur, tolong-menolong) Kaedah kumpulan/perbezaan & minat murid dipupuk, Murid-murid bersifat kreatif/ berinitiatif. Kaedah & Teknik projek, inkuiri-penemuan, perbincangan, penyoalanan, penyelesaian masalah, simulasi, main peranan, sumbangsaran, kumpulan kecil dsb.Apakah pembelajaran berpusatkan pelajar ? Memberi tumpuan kepada perkembangan pembelajaran (pelajar sebagai individu). Memberi pilihan kepada pelajar (jenis pengetahuan dan apa yang ingin dipelajari). Mewujudkan kolaborasi ( membina pengetahuan dan persekitaran positif ), terlibat dalam penilaian berterusan. Sikap guru yang mendengar pandangan pelajar dan melibatkan pelajar untuk merancang. Pelajar bertanggungjawab atas pembelajarannya. Melibatkan pelajar secara terus dan dalam menemui pengetahuan. Menggunakan bahan yang mencabar pengetahuan sedia ada dan pemahaman konsep baru yang mendalam. Pembelajaran yang melibatkan interaksi sosial. Menggunakan aktiviti luar untuk meningkatkan pembelajaran. Menggunakan sekolah, pekerjaan, rumah dan komuniti sebagai resos.

Nyatakan tujuan strategi pengajaran dan pembelajaran berpusatkan pelajar. Mewujudkan pengalaman pembelajaran yang dapat menarik minat pelajar serta menggalakkan penglibatan mereka dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Memberikan peluang kepada pelajar untuk belajar secara individu, kumpulan dan kelas. Melibatkan pelajar dalam membentuk proses pembelajaran melalui rundingan berasaskan kekuatan dan kelemahan pelajar. Memberi pelajar kebebasan membuat pilihan tentang bahan sumber dan aktiviti pembelajaran. Mewujudkan prosedur pemantauan agar pelajar bertanggungjawab ke atas apa yang dipelajari oleh mereka. Merancang penilaian berterusan secara kolaboratif.

KAEDAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARANKaedah Terus - Kemahiran MendengarKaedah ini telah diperkenalkan oleh Michell West dan Harald Palmer (1920-1935). Kaedah ini mengutamakan prinsip-prinsip mengajar berdasarkan psikologi kanak-kanak. Selain itu kaedah terus mempunyai persamaan dengan kaedah askar dan diplomat semasa Perang Dunia Kedua. Tujuan kaedah ini adalah membolehkan kanak-kanak menguasai keempat-empat kemahiran bahasa secara berkesan dan membolehkan mereka menggunakan bahasa yang dipelajari dalam mesyurakat dan persekitarannya. Kaedah ini juga sangat sesuai digunakan dalam pengajaran bahasa kedua dan boleh disampaikan melalui empat asas iaitu (i) perhubungan secara langsung antara perkataan dengan benda atau ayat dengan fikiran atau sebaliknya; (ii) pengajaran harus dikaitkan dengan pengalaman-pengalaman yang telah sedia ada; (iii) harus timbulkan perasaan ingin tahu kanak-kanak melalui soalan-soalan yang telah dirancangkan ; dan (iv) pengajaran harus berpandu kepada lunas-lunas kanak-kanak mempelajari bahasa ibunda mereka.1. Kebaikan Kaedah TerusKaedah terus sesuai untuk mempelajari bahasa kerana mempunyai persamaan dengan cara kanak-kanak menguasai bahasa ibunda mereka dan tidak menggunakan terjemahan. Pengajaran secara terus membantu memudahkan pencapaian murid-murid dan mereka dapat mengaplikasikan bahasa itu secara aktif seterusnya membolehkan mereka bertutur dengan cepat, lancar dan fasih.2. Kelemahan kaedah TerusKaedah terus adalah lebih kompleks berbanding kaedah lain dalam menyampaikan makna perkataan terutama sekali perkataan-perkataan yang abstrak. Oleh yang demikian, kaedah ini mengambil masa yang lama dan memerlukan guru terlatih khas dalam menyampaikannya. Selain itu, kelemahan kaedah ini meliputi kemungkinan berlakunya penerimaan mesej yang kurang tepat dan ini menyebabkan kurang penerimaan daripada murid-murid lantas menimbulkan kekeliruan sepanjang perlaksanaan P&P.Bahan-bahan yang digunakan dalam kaedah terus adalah berbentuk bahan-bahan yang boleh dihafaz dan perbualan yang telah ditetapkan. Justeru, kemungkinan bahan-bahan yang digunakan tidak pratikal untuk perkembangan kebiasaan yang sistematik. Kaedah ini juga memberi manfaat atau faedah kepada murid-murid yang cerdik namun tidak bagi murid-murid yang lemah.3. Teknik dan Penyampaian Kaedah TerusProses pertama dimulakan dengan menghubungkan murid-murid terus kepada bahasa yang hendak mereka pelajari. Mereka akan diperkenalkan dengan sistem bunyi bahasa itu. Disini, sebutan penutur jati dijadikan model dan pertuturannya diikuti dan ditiru oleh murid-murid. Misalnya, murid Melayu akan bertutur dalam Bahasa Melayu kepada murid bukan Melayu supaya mereka dapat memahami serta mempelajari istilah serta perbendaharaan kata yang betul.Seterusnya, segala makna perkataan yang kurang difahami oleh murid akan diperjelaskan oleh guru dengan cara (i) mengaitkan perkataan atau ayat dengan benda yang sebenar ; (ii) mengaitkan perkataan-perkataan atau ayat-ayat dengan gambar , rajah-rajah, lukisan dan sebagainya ; (iii) menggunakan perkataan-perkataan seperti atau yang berlawanan ; (iv) dengan menggunakan aksi atau lakonan (khusus pada kata kerja); (v) dengan cara memberikan huraian atau bercerita ; dan (vi) dengan menjelaskannya dalam ayat-ayat dan sebagainya.Proses berikut adalah pelajaran tatabahasa diajar secara induktif. Pola-pola ayat yang hendak diajar dilatihtubi dahulu sehingga murid-murid dapat menguasainya. Kemudian, bahan-bahan bacaan yang digunakan merupakan bahan-bahan yang berkaitan dengan latihan lisan yang ingin dilaksanakan.4. Pengaplikasian Kaedah Terus dalam Penyediaan Rancangan PengajaranBerdasarkan Rancangan Pengajaran Harian Bahasa Melayu yang dibina, kaedah terus merupakan kaedah pengajaran yang dipilih dalam aktiviti ini. Seperti sedia maklum kaedah terus membantu penguasaan keempat-empat kemahiran bahasa murid-murid serta disampaikan melalui empat asas iaitu Perhubungan secara langsung antara perkataan dengan benda atau ayat dengan fikiran atau sebaliknya; Pengajaran harus dikaitkan dengan pengalaman-pengalaman yang telah sedia ada; Harus timbulkan perasaan ingin tahu kanak-kanak melalui soalan-soalan yang telah dirancangkan ; dan Pengajaran harus berpandu kepada lunas-lunas kanak-kanak mempelajari bahasa ibunda mereka.Menerusi langkah 1, kaedah terus diaplikasikan yang mana dalam langkah ini guru berbual dan bersoal jawab dengan murid mengenai Suasana Kampung .Kemudian, murid diberi peluang menceritakan pengalaman mereka berada di kampung. Antara contoh soalan yang diajukan meliputi : Apa yang anda dapat lihat ketika berada di kampung? Apakah perasaan anda ketika pulang kekampung?Berdasarkan soalan yang diajukan, murid-murid akan menjawab berdasarkan pengalaman mereka. Oleh yang demikian kaedah terus lebih praktikal untuk digunakan dalam aktiviti ini.Dalam langkah dua turut menggunakan kaedah terus yang mana murid diminta membaca teks tentang suasana kampung. Setelah selesai membaca, murid yang memegang gambar atau ayat yang diberi akan kehadapan dan menampal kertas yang telah disediakan. Disini, pemegang gambar perlu bijak menyuaipadankan gambar yang dipegang mengikut kesesuaian ayat yang didengar. Berdasarkan aktiviti ini jelas, murid berhubungan secara langsung antara perkataan dengan benda atau ayat dengan fikiran atau sebaliknya. Disamping, mewujudkan perasaan ingin tahu kanak-kanak melalui soalan-soalan yang telah dirancangkan.

TEKNIK PENGAJARAN DAN PEMBELAJARANTEKNIK PERBINCANGANTeknik ini didefinisikan sebagai suatu aktiviti mengeluar dan mengulas pendapat tentang sesuatu tajuk. Tujuannya adalah untuk melatih murid-murid meluahkan perasaan dan pendapat dengan bernas. Teknik ini adalah satu aktiviti pengajaran dan pembelajaran berbentuk perbualan yang dilakukan oleh murid-murid dengan penyeliaan dan kawalan seorang guru. Terdapat beberapa langkah dalam menjalankan teknik ini :a) Guru menarik perhatian murid-murid kepada tajuk perbincangan yang akan dijalankan.b) Guru membahagikan murid-murid kepada beberapa kumpulan dan melantik seorang ketua.c) Guru memberi tugas kepada setiap kumpulan. Mereka perlu berbincang sesama mereka dan semasa perbincangan berjalan, guru sentiasa memantau perbincangan tersebut supaya terarah.d) Guru meminta laporan daripada setiap kumpulan.TEKNIK SOAL JAWABTeknik paling lama dan popular digunakan dalam pendidikan. Teknik ini berupaya mewujudkan interaksi guru dengan murid-murid secara berkesan. Teknik ini dilaksanakan dengan cara guru mengemukakan soalan berkaitan dengan isi pelajaran, dan murid perlu memberi tindak balas yang sewajarnya.

Terdapat tiga tujuan utama teknik soal jawab :a) untuk mengesan pengetahuan berbahasa muridb) untuk menggalakkan murid berfikir secara kreatif, inovatif, logik dan kritisc) untuk mendorong murid menyusun dan menghuraikan bahan yang diajar

Soalan yang terancang dan bermutu dapat membantu menajamkan pemikiran murid di samping dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih dinamik dan berkesan.

TEKNIK LATIH TUBITeknik latih tubi ialah aktiviti pengulangan fakta-fakta yang dipelajari. Tujuan teknik ini adalah untuk mencapai penguasaan kemahiran di samping menjamin ketekalannya. Teknik ini boleh digunakan untuk mencapai sesuatu kemahiran seperti kemahiran menyebut perkataan, ayat-ayat atau mengingat fakta-fakta penting. Melalui teknik ini, murid-murid akan mengalami proses mendengar, melihat dan memikirkan maksud perkataan-perkataan serta tugasnya dalam situasi yang menggunakan perkataan itu. Teknik ini memberi penekanan kepada lima aspek kebolehan menggunakan bahasa iaitu :Aspek kebolehan menggunakan bahasaHuraian

Sebutan (Accent)Menyebut perkataan atau suku kata dengan betul termasuk intonasi yang membawa makna dalam sesuatu situasi

Tatabahasa (Grammar)Penggunaan bahasa yang tepat berdasarkan hukum-hukum bahasa daripada semua aspek

Perbendaharaan Kata (Vocabulary)Meluaskannnya dengan penggunaan imbuhan yang sesuai berdasarkan konteksnya dalam situasi tertentu

Kefasihan (Fluency)Menggunakan perkataan dan lain-lain dengan cara spontan tanpa menitikberatkan maksudnya

Kefahaman (Comprehension)Latihan memahami soalan dan mengemukakan jawapan yang wajar

TEKNIK SUMBANGSARANa) Teknik ini dikenali juga sebagai percambahan fikiran (brainstorming) yang merupakan satu sesi perbincangan yang membolehkan setiap ahli kumpulan menyumbangkan pendapat dan idea.b) Boleh didekati sebagai aktiviti permainan bahasa pada peringkat sekolah rendah dan berkembang menjadi aktiviti perbincangan yang lebh serius dan kompleks pada peringkat sekolah menengah, universiti dan latihan profesional.c) Menekankan pengeluaran idea daripada pembelajaran yang kretif dan bukan pembelajaran secara analitis

BUKTI KESESUAIAN PELAKSANAAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARANPelaksanaan dan pengajaran dan pembelajaran (P&P) yang telah dilaksanakan pada murid tahun 4 tempoh hari nyata telah berjaya. Banyak faktor-faktor yang mempengaruhi kejayaan dalam pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran pada tempoh hari. Antara faktor kejayaan pengajaran dan pembelajaran pada tempoh hari adalah disebabkan pelaksanaan P&P berdasarkan Rancangan Pengajaran Harian yang telah dibuat terlebih dahulu sebelum P&P dilaksanakan. Bagi setiap guru, Rancangan Pengajaran Harian ataupun lebih dikenali dengan singkatan nama RPH banyak membantu guru melaksanakan P&P didalam kelas. RPH juga dapat membantu untuk menjadikan pengajaran didalam kelas menjadi lebih menarik kepada murid-murid. Contohnya, jika guru menyediakan RPH dengan baik tentang tajuk Pencemaran Alam yang disertakan dengan alat bantu mengajar (ABM) yang sesuai dan menarik maka murid-murid didalam kelas akan menjadi tertarik dengan isi tajuk pelajaran pada hari tersebut dan ini mampu mencapai objektif pelajaran yang telah ditetapkan dalam RPH yang dibuat. Justeru RPH yang telah dibuat telah menjadi antara pendorong P&P yang dilaksanakan tempoh hari berjaya.Seterusnya, P&P tempoh hari berjaya kerana isi pelajaran yang cuba disampaikan dapat diterima dan difahami dengan jelas oleh murid-murid. Isi pelajaran yang difokuskan pada pelaksanaan P&P tempoh hari adalah tentang ayat topik dan ayat huraian yang pada mulanya, kebanyakan murid tidak menguasai tentang kedua-dua jenis ayat ini. Namun begitu, pada akhir P&P, murid-murid dapat menguasai dan mengelaskan ayat topik dan ayat huraian yang terdapat dalam sesuatu petikan. Murid-murid juga kelihatan gembira setelah dapat menguasai isi pelajaran pada akhir P&P yang telah dilaksanakan itu dan ini menunjukkan pelaksanaan P&P pada tempoh hari adalah berjaya dengan reaksi positif yang ditunjukkan dan ilmu yang telah diperolehi oleh murid-murid tahun 4 tersebut.Selain itu, pelaksanaan P&P pada tempoh hari juga berjaya adalah disebabkan penggunaan alat bantu mengajar yang sesuai dan menarik. Alat bantu mengajar adalah penting bagi setiap guru untuk menarik perhatian murid-murid terhadap pengajaran yang ingin disampaikan. Justeru, bahan bantu mengajar mestilah menarik dan dapat menimbulkan minat terhadap murid-murid bagi dalam pelaksanaan P&P. Pada P&P yang telah dilaksanakan, alat bantu mengajar yang telah digunakan adalah seperti Video, kad gambar, helaian petikan dan soalan. Tayangan Video dilakukan bagi melaksanakan set induksi ataupun bagi memperkenalkan tajuk pelajaran kepada murid-murid dengan tujuan dapat menarik minat murid-murid terhadap pelajaran yang bakal disampaikan. Tayangan video seperti ini adalah penting kerana tayangan video dapat merangsang minat murid-murid. Sebagai contoh, sesebuah novel atau cerpen yang ditulis oleh seseorang penulis mestilah menjadikan permulaan ceritanya menarik bagi menarik perhatian pembaca supaya pembaca berminat untuk menghabiskan bacaannya. Lantaran itu, tayangan video dalam set induksi juga adalah sama seperti contoh yang diatas kerana permulaan terhadap sesuatu pembelajaran adalah penting untuk menarik minat murid-murid. Selepas murid-murid mula menunjukkan minat dalam set induksi menerusi tayangan video, isi pelajaran yang disampaikan dibantu oleh edaran helaian petikan dan soalan. Helaian petikan dan soalan ini dapat membantu murid-murid berfikir dan berbincang sesama mereka untuk mendapatkan jawapan terhadap soalan yang diterima. Kegembiraan akan diperoleh oleh murid-murid setelah mereka berjaya menyelesaikan soalan yang diterima. Oleh hal yang demikian, proses P&P yang telah dilaksanakan tempoh hari boleh dianggap berjaya.Antara sebab lain pelaksanaan P&P tempoh hari berjaya adalah kerana kajian yang telah dibuat sebelum P&P dilaksanakan. Sebelum P&P dilaksanakan, kajian telah dibuat menerusi tontonan video kaedah pengajaran yang telah dibuat oleh guru-guru pelatih pada semester-semester yang lalu. Melalui tontonan video ini, banyak perkara yang dapat membantu dalam pelaksanaan P&P yang bakal dilakukan supaya menjadi lebih baik. Antaranya ialah kesilapan-kesilapan yang telah dibuat oleh guru-guru pelatih semester sebelumnya dapat dilihat dan dikenalpasti. Melalui kesilapan yang mereka telah lakukan, ianya dapat dijadikan teladan supaya kesilapan sama tidak diulangi. Antara kesilapan-kesilapan yang sering dilakukan kebanyakan guru pelatih ialah penggunaan alat bantu mengajar yang tidak sesuai, kesilapan teknikal sehingga menyebabkan tayangan video ataupun gambar tidak dapat dilakukan dan banyak lagi. Justeru, melalui tontonan video P&P yang dilaksanakan oleh guru-guru pelatih pada semester yang lalu banyak membantu terutamanya dari aspek kesilapan-kesilapan yang sering berlaku. Oleh hal yang demikian, Pengajaran dan Pembelajaran yang telah dibuat boleh dianggap sebagai berjaya.Selain itu juga, perbincangan dengan guru yang lebih berpengalaman juga merupakan antara sebab P&P yang telah dilaksanakan tempoh hari berjaya. Hal ini kerana, perbincangan dengan guru yang lebih berpengalaman dapat membantu dari segi pengawalan kelas dan sebagainya kerana guru yang lebih berpengalaman telah menempuhi pelbagai jenis liku-liku dalam bidang perguruan yang sedikit sebanyak telah mematangkan mereka dalam bidang ini. Justeru, pengalaman yang mereka timba dapat dipelajari dan dijadikan contoh untuk digunakan semasa P&P yang akan dilaksanakan. Dengan ini, pelaksanaan P&P akan dapat dilakukan dengan terancang dan kemas serta dapat mempersiapkan diri dengan karenah murid-murid dalam usaha mengawal keadaan kelas. Jadi, perbincangan dengan guru yang lebih berpengalaman juga merupakan antara sebab P&P yang telah dilaksanakan berjaya.Kesimpulannya, proses Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) yang telah dilaksanakan pada murid-murid tahun 4 Wawasan di Sekolah Kebangsaan Institut Pendidikan Guru Malaysia, Perlis adalah berjaya atas sebab-sebab diatas. Pelaksanaan P&P tersebut tidak akan berjaya jika tidak melaksanakan terlebih dahulu perkara-perkara penting yang telah mendorong kejayaan P&P yang telah dilaksanakan seperti yang telah dinyatakan diatas kerana faktor-faktor seperti penyediaan Rancangan Pengajaran harian (RPH) dan sebagainya adalah penting dalam usaha melaksanakan sesuatu P&P dengan berkesan.

PENERAPAN NILAI MURNINilai murni dapat didefinisikan sebagai perlakuan yang baik, peradaban dan tatasusila individu manusia dalam hubungannya sesama manusia, alam dan tuhan. Takrifan tentang nilai murni sebagai :"Nilai-nilai murni merupakan tanggapan berkenaan perkara-perkara yang dihajati dan pada masa yang sama juga menjadi kriteria atau ukuran. Nilai-nilai murni sesuatu masyarakat biasanya diasaskan kepada agama. Memang menjadi tujuan semua agama, untuk membentuk kehidupan penganutnya untuk menjadi baik dan berakhlak muliaDasar Kurikilum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM), terdapat kira kira 17 jenis nilai nilai murni yang akan diterapkan terhadap pelajar dengan 63 cabang nilai yang wajar diditeladani oleh setiap pelajar, oleh sebab karya sastera kaya dengan nilai nilai murni, pengajaran komsas dapat membentuk pelajar yang berperibadi baik. KEBERANIAN1. Berani mencuba (Berani melakukan sesuartu perkara yang baru dan mencabar untuk kebaikan diri sendiri dan orang lain dengan mengambil risiko yang akan dihadapi)2. Berani kerana benar (Berani mempertahankan sesuatu yang diakui sebenarannya dengan menunjukkan bukti yang nyata) KERJASAMA1. Gotong-royong (Melakukan sesuatu tugas secara beramai-ramai dan sukarela)2. Toleransi (Bertolak ansur serta dapat mengawal diri untuk mengelakkan berlakunya perselisihan)3. Perpaduan (Bersefahaman dan bekerjasama di peringkat keluarga, masyarakat, negara dan antarabangsa) RASIONAL1. Membuat pertimbangan (Berupaya mengambil kira baik buruknya sesuatu perkara sebelum membuat keputusan) SEMANGAT BERMASYARAKAT1. Bermuafakat (Mengutamakan persetujuan dan kerjasama dalam sesuatu pekerjaan bagi kepentingan bersama)2. Kejiranan (Berbaik-baik, bertolak ansur, tolong-menolong, dan bekerjasama dengan jiran tetangga)3. Peka terhadap isu-isu sosial dalam masyarakat (Menyedari masalah masyarakat dan sedia berusaha menyelesaikannya)Berikut di atas menunjukkan beberapa aspek nilai murni yang diterapkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran dan cuba ditonjolkan oleh kami. Keberanian, berfikiran rasional, kerjasama dan bersemangat masyarakat adalah perkara yang diberi penekanan dalam proses p&p. Fokus pembalajaran tercapai, murid-murid membarikan kerjasama kepada guru dan rakan-rakan sekelas dengan tidak melakukan sebarang gangguan serta berani mencuba untuk menonjolkan bakat adalah merupakan beberapa contoh kesan daripada aspek nilai murni yang diterapkan dalam pengajaran tersebut.Bahkan juga, murid merasakan keseronokkan berada didalam kelas dengan adanya aktiviti yang menyeronokkan disamping kerjasama yang baik bagi kedua-dua pihak yakni guru dan murid. Sebagai contoh bagi aktiviti menyanyi, guru membuat demonstrasi sebelum aktiviti dilaksanakan dan murid memberikan sepenuh perhatian dan mampu melaksanakan aktiviti yang dijalankan dengan baik meskipun intonasi nyanyian berbeza-beza. Ini menunjukkan kerjasama yang baik antara kedua-dua belah pihak.Oleh yang demikian, sebagai kesimpulannya nilai yang diterapkan oleh guru semasa pengajaran dan pembelajaran adalah tercapai dengan adanya reaksi tindak bals yang positif oleh murid-murid di dalam kelas. Setiap penerapan nilai yang bermakna adalah dengan adanya pengamalan dan bukannya hanya sekadar di dalam kelas. Oleh yang demikian, teguran dan nasihat adalah cara terbaik dalam membantu proses penerapan nilai ini yang mana bukan sahaja didalam kelas, namun pada bila-bila masa sahaja.Pulau pandan jauh ketengah,Gunung daik bercabang tiga,Hancur badan dikandung tanah,Budi yang baik dikenang juga.