bahagian b

11
Bahagian B – Tugasan Individu Bincangkan kepentingan menguasai kandungan bidang kajian ilmu sintaksis dalam kalangan guru bahasa Melayu. Perbincangan mestilah dibuktikan dengan hujah- hujah yang konkrit. Perkataan sintaksis berasal daripada perkataan Yunani iaitu sun yang bererti “dengan” dan tattein yang bererti “menempatkan bersama-sama.” Oleh yang demikian, secara etimologi, sintaksis dapatlah diertikan sebagai “menempatkan kata-kata secara bersama-sama untuk menjadi kelompok kata atau ayat.” Perkataan suntattein ini kemudian menjadi istilah syntaxis dalam bahasa Belanda dan syntax dalam bahasa Inggeris. Menurut Nik Safiah Karim et al. (1993), sintaksis ialah bidang ilmu bahasa yang mengkaji bentuk, struktur dan binaan atau konstruksi ayat. Manakala, bagi Abdullah Hassan (1980) pula, sintaksis merupakan istilah untuk mengkaji pembentukan ayat, iaitu bagaimana morfem dan kata disusun menjadi unit sintaksis yang kecil frasa, atau menjadi klausa dan ayat yang merupakan unit terbesar. Pada hari ini, sebagai seorang guru bahasa Melayu, adalah menjadi keperluan dan kewajiban bagi guru tersebut untuk mendalami dan menguasai kandungan bidang kajian ilmu sintaksis. Antara kepentingan utama menguasai bidang kajian ilmu sintaksis adalah guru dapat memahami konsep sebenar fungsi sintaksis. Jika ditanya kepada para guru bahasa Melayu di sekolah rendah dan menengah mengenai fungsi sintaksis, pasti ramai yang tersilap memberikan jawapan dan mungkin juga ada yang langsung tidak boleh memberikan jawapan. Apabila 2

Upload: pak-yob

Post on 13-Aug-2015

186 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

bahagian B

TRANSCRIPT

Page 1: Bahagian B

Bahagian B – Tugasan Individu

Bincangkan kepentingan menguasai kandungan bidang kajian ilmu sintaksis dalam

kalangan guru bahasa Melayu. Perbincangan mestilah dibuktikan dengan hujah-

hujah yang konkrit.

Perkataan sintaksis berasal daripada perkataan Yunani iaitu sun yang bererti

“dengan” dan tattein yang bererti “menempatkan bersama-sama.” Oleh yang

demikian, secara etimologi, sintaksis dapatlah diertikan sebagai “menempatkan

kata-kata secara bersama-sama untuk menjadi kelompok kata atau ayat.” Perkataan

suntattein ini kemudian menjadi istilah syntaxis dalam bahasa Belanda dan syntax

dalam bahasa Inggeris.

Menurut Nik Safiah Karim et al. (1993), sintaksis ialah bidang ilmu bahasa

yang mengkaji bentuk, struktur dan binaan atau konstruksi ayat. Manakala, bagi

Abdullah Hassan (1980) pula, sintaksis merupakan istilah untuk mengkaji

pembentukan ayat, iaitu bagaimana morfem dan kata disusun menjadi unit sintaksis

yang kecil frasa, atau menjadi klausa dan ayat yang merupakan unit terbesar.

Pada hari ini, sebagai seorang guru bahasa Melayu, adalah menjadi

keperluan dan kewajiban bagi guru tersebut untuk mendalami dan menguasai

kandungan bidang kajian ilmu sintaksis. Antara kepentingan utama menguasai

bidang kajian ilmu sintaksis adalah guru dapat memahami konsep sebenar fungsi

sintaksis. Jika ditanya kepada para guru bahasa Melayu di sekolah rendah dan

menengah mengenai fungsi sintaksis, pasti ramai yang tersilap memberikan

jawapan dan mungkin juga ada yang langsung tidak boleh memberikan jawapan.

Apabila kita sebagai guru bahasa Melayu mempelajari dan mendalami ilmu

sintaksis, kita akan dapat memahami konsep fungsi sintaksis dengan jelas. Dalam

tatabahasa, istilah fungsi sintaksis sering digunakan oleh para cendekiawan. Istilah

subjek, predikat, objek, pelengkap dan keterangan adalah istilah bagi fungsi

sintaksis, iaitu istilah yang merujuk kepada fungsi kata atau frasa dalam sesebuah

ayat.

Menurut Hashim Musa (1993:148-149), fungsi ialah kedudukan kata dalam

binaan sintaksis, iaitu frasa dan ayat. Manakala, Bambang (1984:246) pula

berpendapat bahawa hubungan unsur atau konstituen merupakan hubungan

2

Page 2: Bahagian B

perkataan yang terdapat dalam fungsi iaitu fungsi subjek, predikat, objek dan

keterangan. Oleh hal yang demikian, dalam klausa kita akan dapat membezakan

fungsi sintaksis tersebut.

Secara amnya, menurut Ramli Salleh et al. (1997) fungsi sintaksis ialah

hubungan kata atau kumpulan kata dengan kata atau kumpulan kata lain yang

terdapat dalam binaan, atau urutan kata atau frasa dalam sesebuah ayat. Maka

disebabkan itulah, para guru bahasa Melayu perlu menguasai bidang kajian ilmu

sintaksis dengan menyeluruh agar kita semua dapat memahami konsep fungsi

sintaksis yang menjadi perkara tunjang kepada bidang kajian ilmu sintaksis.

Kepentingan kedua bagi guru bahasa Melayu menguasai kandungan bidang

kajian ilmu sintaksis ialah memudahkan tugas guru untuk mengajar murid-murid

membina ayat. Seperti yang diketahui oleh para guru bahasa Melayu, kemahiran

menulis merupakan salah satu kemahiran yang wajib dipelajari dan dikuasai oleh

murid-murid sekolah rendah dari tahun satu sehinggalah ke tahun enam. Pada

peringkat awal dalam kemahiran ini, murid-murid akan diajar untuk menulis

perkataan-perkataan yang mudah dengan tulisan yang kemas. Kemudian, pada

peringkat seterusnya, murid-murid akan diajar untuk membina ayat-ayat yang

mudah seperti ayat penyata, ayat tanya, ayat seru dan ayat perintah. Setelah murid

menguasai kemahiran membina ayat-ayat yang mudah, barulah murid-murid akan

diajar untuk menulis pelbagai jenis karangan pada peringkat yang lebih mencabar.

Malangnya, masalah yang berlaku di sekolah pada hari ini ialah kebanyakan murid

gagal untuk menulis sebuah karangan dengan baik. Menurut kajian yang dilakukan

oleh Nayati Hamzah (2009), Pensyarah Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan

Malaysia sebanyak 42.63% pelajar sekolah rendah di negeri Selangor gagal menulis

karangan dengan baik disebabkan mereka tidak memahami kaedah untuk membina

ayat. Kajian beliau yang dilaksanakan di sekolah-sekolah rendah di negeri Selangor

itu juga mendapati bahawa sebanyak 33.26% murid tidak dapat menggunakan kata

hubung dengan tepat untuk membina ayat majmuk. Lebih menyedihkan, perkara ini

berlaku di sekolah-sekolah kebangsaan di negeri Selangor. Oleh sebab itu, beliau

membuat rumusan bahawa kegagalan murid untuk menguasai kemahiran menulis

khususnya dalam membina ayat adalah berpunca daripada kelemahan pengajaran

guru bahasa Melayu itu sendiri. Sebenarnya, kebanyakan guru bahasa Melayu di

sekolah rendah merupakan guru-guru yang diminta oleh pihak pentadbir sekolah

3

Page 3: Bahagian B

untuk mengajar subjek Bahasa Malaysia walaupun bidang bahasa Melayu itu

bukanlah subjek pengkhususan mereka yang dipelajari sewaktu di institusi pengajian

tinggi dahulu. Oleh sebab itulah, guru-guru ini gagal mengajar murid-murid membina

ayat dengan baik kerana mereka sendiri tidak pernah belajar apatah lagi menguasai

bidang kajian ilmu sintaksis bahasa Melayu. Jika seseorang guru bahasa Melayu itu

telah menguasai bidang kajian ilmu sintaksis, maka sudah pasti beliau akan mampu

mengajar murid-muridnya membina ayat dan karangan dengan baik. Hal ini

demikian kerana, apabila guru itu telah menguasai ilmu sintaksis maka beliau sudah

tahu tentang perkara asas yang perlu diajar terlebih dahulu kepada murid-murid.

Misalnya, dalam pengajaran membina ayat dasar, guru telah bersedia untuk

menerangkan kepada murid tentang hukum-hukum dalam proses membina ayat

dasar dengan menggunakan cara yang menarik dan bahasa yang mudah difahami.

Secara tidak langsung, tugas guru bahasa Melayu akan menjadi lebih mudah dan

murid-murid juga akan dapat memahami tentang perkara yang ingin disampaikan

oleh guru mereka.

Selain itu, guru bahasa Melayu juga perlu menguasai kandungan bidang

kajian ilmu sintaksis supaya mereka akan menjadi guru bahasa Melayu yang luas

ilmu pengetahuannya khususnya dalam bidang tatabahasa. Hal ini demikian kerana,

untuk menguasai kandungan bidang kajian ilmu sintaksis, seseorang guru bahasa

Melayu perlulah terlebih dahulu menguasai kandungan bidang kajian ilmu-ilmu yang

lain seperti ilmu morfologi. Bidang kajian ilmu sintaksis adalah berkait rapat dengan

bidang kajian ilmu morfologi dan juga dengan beberapa bidang kajian ilmu yang lain.

Oleh sebab itu, jika guru bahasa Melayu tidak menguasai ilmu morfologi dengan

baik, maka agak sukar bagi dirinya untuk menguasai ilmu sintaksis. Contohnya, guru

bahasa Melayu tersebut ingin mengajar murid-murid membina ayat majmuk. Namun

begitu, dalam masa yang sama beliau keliru tentang penggunaan kata hubung yang

tepat seperti penggunaan kata hubung ‘dan’ dan ‘serta’. Hal ini berlaku kerana beliau

tidak menguasai bidang kajian ilmu morfologi terlebih dahulu. Sekiranya beliau telah

menguasai ilmu morfologi dengan baik, maka agak mudah baginya untuk menguasai

ilmu sintaksis. Oleh itu, dapatlah disimpulkan bahawa apabila seseorang guru

bahasa Melayu itu telah menguasai bidang kajian ilmu sintaksis dengan mantap,

maka sudah pasti beliau juga sudah menguasai bidang kajian ilmu morfologi.

Kebiasaannya, golongan guru yang telah menguasai kedua-dua bidang kajian ilmu

4

Page 4: Bahagian B

ini akan diberikan gelaran Munsyi Dewan setelah mereka melepasi ujian yang

diselenggara oleh pihak Dewan Bahasa dan Pustaka. Mengikut kenyataan yang

dikeluarkan oleh pihak Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) di laman sesawang

dbp.gov.my, sehingga bulan Disember 2011 seramai 113 orang Munsyi Dewan telah

ditauliahkan oleh pihak DBP bagi membantu mengembangkan penggunaan bahasa

Melayu yang tepat dalam di sektor awam dan swasta. Di samping itu, Munsyi Dewan

juga turut berperanan dalam menjadi pembimbing pelajar dan guru di sekolah serta

menjadi pakar rujuk untuk menyelesaikan kemusykilan tentang bahasa Melayu.

Apabila seseorang guru bahasa Melayu itu telah menguasai ilmu morfologi dan

sintaksis dengan mantap, serta berjaya ditauliahkan sebagai salah seorang Munsyi

Dewan, maka sudah pasti beliau akan menjadi pakar rujuk bahasa Melayu yang

lebih dihormati dan disegani oleh masyarakat. Pendek kata, beliau boleh digelar

sebagai Kamus Tatabahasa Dewan Bergerak kerana segala perihal mengenai

tatabahasa sudah berada di dalam kepalanya. Inilah yang kita mahukan daripada

guru-guru bahasa Melayu pada masa hadapan.

Kepentingan menguasai kandungan bidang kajian ilmu sintaksis dalam

kalangan guru bahasa Melayu yang keempat ialah memudahkan guru untuk

menghasilkan inovasi dalam pengajaran dan pembelajaran (p&p) di dalam kelas.

Guru yang cemerlang adalah guru yang mempunyai daya pemikiran yang kreatif dan

mampu berfikir dengan kritis. Mereka juga sering melakukan inovasi terhadap

perkara yang sedia ada bagi tujuan penambahbaikan. Dalam konteks guru bahasa

Melayu, adalah menjadi keperluan bagi diri kita untuk sentiasa menghasilkan inovasi

dalam p&p. Tujuan inovasi ini adalah untuk memudahkan murid-murid memahami

perkara yang ingin diajarkan oleh guru. Pun begitu, sebelum seseorang guru bahasa

Melayu itu melakukan inovasi, beliau perlu untuk menguasai perkara yang ingin

diajar terlebih dahulu. Setelah menguasai perkara tersebut, beliau perlu memikirkan

cara atau kaedah yang sesuai untuk menyampaikan perkara tersebut kepada murid-

murid. Perlu diingat bahawa kejayaan proses p&p seseorang guru itu terletak pada

hasil pencapaian objektif yang telah direncanakan di dalam buku rancangan

pengajaran harian (RPH). Jika objektif yang telah ditetapkan itu berjaya dicapai oleh

murid-murid, maknanya guru tersebut telah berjaya menjalankan proses p&p dengan

lancar dan berkesan. Bagi mewujudkan proses p&p yang lancar dan berkesan

bukanlah semudah menyebut abjad A, B dan C. Sebaliknya, ia memerlukan idea

5

Page 5: Bahagian B

dan usaha yang kuat. Oleh sebab itulah, guru perlu sentiasa melakukan inovasi

terhadap perkara yang ingin diajar kepada murid-murid. Contohnya, dalam konteks

pengajaran bahasa Malaysia (aspek tatabahasa), guru boleh mencipta formula untuk

memudahkan murid mengingat jenis-jenis kata tanya. Dalam bahasa Inggeris,

formula ini lebih dikenali sebagai 5 Wives 1 Husband (5W1H). Dengan melakukan

sedikit inovasi, kita boleh mencipta suatu formula yang baharu untuk digunakan

dalam pengajaran subjek bahasa Malaysia khususnya untuk pengajaran tatabahasa.

Namun, sebelum melakukan inovasi, guru perlulah menguasai bidang kajian ilmu

tersebut terlebih dahulu. Seperti yang kita sedia maklum, dalam pengajaran sesuatu

bahasa, perkara yang paling sukar untuk dikuasai oleh murid adalah aspek

tatabahasa. Hal ini turut diperakui oleh tokoh pendidikan Barat iaitu Klipatrick dan

Lickona (1999) bahawa aspek yang paling sukar untuk dipelajari, diingati dan

dikuasai dalam pembelajaran bahasa ialah tatabahasa. Menurut Paul Richard

Jordan, seorang guru bahasa Inggeris di salah sebuah sekolah berasrama penuh di

Selangor menyatakan bahawa ramai penutur asli bahasa Inggeris tidak dapat

menguasai aspek tatabahasa bahasa Inggeris dengan baik kerana sukar untuk

memahami dan mengingatinya. Hal yang sama juga berlaku kepada hampir setiap

bahasa di dunia ini termasuklah bahasa Melayu. Bidang kajian ilmu sintaksis juga

termasuk dalam aspek tatabahasa. Oleh sebab itu, bukan suatu perkara yang pelik

sekiranya murid-murid yang berbangsa Melayu dan bertutur dalam bahasa Melayu

gagal untuk menguasai tatabahasa bahasa Melayu dengan baik. Di sinilah perlunya

inovasi dalam pengajaran guru di dalam kelas agar murid dapat memahami dan

mengingati tentang perkara yang telah diajar oleh guru. Pelaksanaan inovasi dalam

pengajaran tatabahasa akan menjadi lebih mudah seandainya guru itu sendiri telah

menguasai bidang kajian yang ada dalam tatabahasa seperti bidang kajian ilmu

sintaksis dan morfologi.

Tidak cukup dengan itu, guru bahasa Melayu juga perlu menguasai

kandungan bidang kajian ilmu sintaksis supaya mereka dapat memahami proses-

proses yang berlaku dalam pembentukan sesebuah ayat serta penggunaan sistem

bahasa dengan lebih terperinci. Seseorang guru bahasa Melayu yang ingin

mendalami bidang bahasa Melayu sewajarnya menguasai aspek-aspek ini kerana

pengetahuan dan penelitian yang mendalam berkenaan aspek ini akan

membantunya memahami proses-proses dan sistem bahasa dengan lebih baik.

6

Page 6: Bahagian B

Contohnya, dengan menguasai bidang kajian ilmu sintaksis, mereka akan faham

dan mampu menghuraikan perihal proses pembentukan kata dan proses penerbitan

sesebuah ayat. Malahan, mereka juga akan mampu mengenal pasti kesilapan yang

telah dilakukan oleh orang lain di samping dapat membetulkannya dengan

memberikan jawapan yang tepat. Selain itu juga, dengan menguasai aspek fonetik,

fonologi, morfologi dan sintaksis seseorang itu bukan sahaja berupaya

menggunakan bahasa dengan lebih baik dan gramatis malahan mampu

menghuraikan gejala-gejala bahasa, misalnya permasalahan tatabahasa dengan

menggunakan rumus dan hukum yang tepat. Contohnya, dalam konteks ini, setiap

guru bahasa perlu menyedari bahawa mengajarkan tatabahasa kepada kalangan

murid merupakan satu tugas yang mencabar dan memerlukan penguasaan

tatabahasa yang mendalam untuk memberikan huraian yang memuaskan dan

berpada kepada pelajar agar hukum tatabahasa dapat dipatuhi sepenuhnya. Realiti

pada hari ini yang perlu diakui dan diterima oleh semua pendidik ialah murid-murid di

sekolah sudah berani untuk menyuarakan pendapat mereka. Malah, mereka juga

mempunyai semangat ingin tahu (inkuiri) yang kuat terhadap sesuatu perkara.

Berbeza dengan sikap pelajar sepuluh tahun yang lepas, mereka agak takut untuk

bersuara di hadapan guru apatah lagi untuk mengajukan soalan dan memberikan

pendapat mereka kepada guru. Menyedari hakikat itulah, para guru bukan sahaja

disarankan malah diwajibkan untuk menggunakan dan menjadikan naskhah

Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka sebagai

rujukan pegangan selain Kamus Dewan Edisi Keempat sebagai antara rujukan

utama.

Di samping itu, guru bahasa Melayu juga perlu menguasai kandungan bidang

kajian ilmu sintaksis kerana ia merupakan asas kepada pemahaman bidang kajian

ilmu-ilmu yang lain. Sebagai contoh, jika kita ingin mempelajari, memahami dan

mendalami bidang kajian ilmu semantik dan wacana dalam bahasa Melayu, kita

perlulah terlebih dahulu menguasai bidang kajian ilmu sintaksis kerana bidang kajian

ini mempunyai kaitan rapat dengan bidang kajian ilmu semantik dan wacana. Bidang

kajian ilmu semantik adalah bidang yang mengkaji makna sesuatu perkataan dan

ayat manakala bidang kajian ilmu wacana pula adalah bidang yang mengkaji aspek-

aspek yang lebih luas daripada ayat. Seandainya guru bahasa Melayu itu sendiri

tidak mempunyai pemahaman yang kukuh terhadap bidang kajian ilmu sintaksis,

7

Page 7: Bahagian B

bagaimana beliau mahu mempelajari, memahami dan menguasai bidang kajian

ilmu-ilmu yang lain yang lebih sukar arasnya? Di sinilah pentingnya bagi seorang

guru bahasa Melayu itu untuk menguasai kandungan bidang kajian ilmu sintaksis.

Selain itu, guru bahasa Melayu juga perlu menguasai kandungan bidang

kajian ilmu sintaksis supaya mereka berupaya menjadi guru yang lebih kreatif dalam

menghasilkan karya-karya penulisan. Tugas sebagai seorang guru bahasa Melayu

adalah luas. Bukan sahaja sekadar masuk ke dalam kelas untuk mengajar dan

menyemak kertas peperiksaan pelajar, tetapi guru bahasa Melayu juga perlu

menyediakan teks ucapan, teks pengacaraan majlis, artikel-artikel, bahan-bahan

puisi seperti pantun, sajak dan sebagainya. Agak sukar bagi seorang guru

menghasilkan karya penulisan yang kreatif dan menarik sekiranya mereka tidak

mempunyai ilmu pengetahuan dalam bidang tersebut. Oleh sebab itu, adalah perlu

bagi seorang guru bahasa Melayu untuk menguasai bidang kajian ilmu sintaksis

dengan mantap.

Kepentingan yang terakhir, guru bahasa Melayu perlu menguasai kandungan

bidang kajian ilmu sintaksis kerana ia merupakan tanggungjawab guru bahasa

Melayu itu sendiri untuk mempelajari segala ilmu yang berkaitan dengan bahasa

Melayu dengan mendalam. Bahasa Melayu mempunyai bidang kajian yang cukup

luas. Contohnya, sastera Melayu, penulisan Melayu, komunikasi dan tatabahasa.

Jika bukan guru bahasa Melayu itu sendiri yang perlu mempelajari dan menguasai

segala bidang kajian ilmu di atas, siapa lagi yang mahu mempelajarinya? Jika

seseorang guru bahasa Melayu itu mempunyai kesedaran kendiri yang tinggi dan

mempunyai rasa tanggungjawab terhadap tugasnya sebagai penyebar ilmu, maka

sudah pasti beliau akan berusaha untuk mempelajari dan menguasai segala

kandungan bidang kajian ilmu yang ada dalam bahasa Melayu termasuklah ilmu

sintaksis.

8