bahagian b

7
BAHAGIAN B KOMPONEN III (Pengurusan Am) JAWAPAN 3A Pemimpin mempunyai peranan yang sangat besar dalam menentukan tahap kecemerlangan atau kejayaan sesuatu organisasi yang dipimpinnya. Para pemimpin akan menentukan arah tuju masa depan organisasinya. Cabaran utama nyang dihadapi oleh para pemimpin ialah bagaimana hendak mempengaruhi individu-individu yang dipimpinnya supaya menyokong visi, misi dan strategi-strategi yang digubalnya itu. Pemimpin wujud untuk mencipta dan menangani perubahan. Menurut Bennis dan Nanus (1985 ), mengatakan para pemimpin adalah individu-individu yang membuat perkara- perkara yang betul sahaja. Dengan kata lain, pemimpin mementingkan perkara, manakala pengurus pula mementingkan cara. Oleh itu, keupayaan dan kebolehan mereka dalam menghadapi dan menangani situasi ini memerlukan pelbagai alternatif. Menurut Pertubuhan Pentadbiran dan Pengurusan Pendidikan Malaysia ( PPPPM ), Institut Aminuddin Baki , mengatakan bahawa kepimpinan sekolah yang cemerlang, berwibawa, mantap dan perihatin bertunjangkan kepada adanya

Upload: cik-baco

Post on 20-Jun-2015

41 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: Bahagian b

BAHAGIAN B

KOMPONEN III

(Pengurusan Am)

JAWAPAN 3A

Pemimpin mempunyai peranan yang sangat besar dalam menentukan tahap

kecemerlangan atau kejayaan sesuatu organisasi yang dipimpinnya. Para

pemimpin akan menentukan arah tuju masa depan organisasinya. Cabaran

utama nyang dihadapi oleh para pemimpin ialah bagaimana hendak

mempengaruhi individu-individu yang dipimpinnya supaya menyokong visi, misi

dan strategi-strategi yang digubalnya itu. Pemimpin wujud untuk mencipta dan

menangani perubahan.

Menurut Bennis dan Nanus (1985 ), mengatakan para pemimpin adalah

individu-individu yang membuat perkara-perkara yang betul sahaja. Dengan

kata lain, pemimpin mementingkan perkara, manakala pengurus pula

mementingkan cara. Oleh itu, keupayaan dan kebolehan mereka dalam

menghadapi dan menangani situasi ini memerlukan pelbagai alternatif. Menurut

Pertubuhan Pentadbiran dan Pengurusan Pendidikan Malaysia ( PPPPM ),

Institut Aminuddin Baki , mengatakan bahawa kepimpinan sekolah yang

cemerlang, berwibawa, mantap dan perihatin bertunjangkan kepada adanya

penguasaan ilmu, kemahiran dan kebolehan menyesuaikan diri dengan

persekitaran tugas.

Menurut Burns ( 1978 ), dalam Ainon dan Abdullah ( 2003 ), kepimpinan

yang dikemukan oleh beliau yang mana teorinya telah disokong oleh pakar

seperti Bernard Bass ( 1990 ), mengatakan seseorang pemimpin itu telah

mengamalkan gaya kepimpinan transformasi apabila dia berjaya mengubah

Page 2: Bahagian b

sikap individu-individu yang dipimpinnya daripada sikap mengutamakan

kepentingan diri sendiri kepada mementingkan kelompok. Perubahan ini terjadi

apabila mereka dengan sukarela sanggup bekerja dan berjuang demi mencapai

tujuan dan matlamat organisasinya.

Manakala menurut kamus Dewan (2004), kepimpinan bermaksud

keupayaan memimpin. Walaupun kepimpinan mempunyai pelbagai definisi

mengikut takrifan seseorang, satu definisi umum dapat di simpulkan, iaitu

"Kepimpinan ialah proses mempengaruhi individu dan kumpulan untuk

mencapai sesuatu matlamat". Sebagai seorang pemimpin, tugas seseorang

ialah untuk mengimbangi beberapa tuntutan atau keperluan, seperti keperluan

diri, kumpulan dan organisasi. Menurut John Adair pula, tugas pemimpin ialah

untuk mengimbangi antara keperluan-keperluan tugas, pasukan dan individu.

Pemimpin dikenali dengan berbagai istilah, misalnya ketua, kepala, pengetua,

amir, imam dan sebagainya. Istilah lain bagi pengikut ialah orang bawahan, ahli-

ahli, anggota-anggota, pekerja, staff atau kakitangan (dalam konteks

pengurusan) dan sebagainya.

Peranan pengetua menjadi penting kerana tugas utamanya

adalah memastikan“core business” sekolah dapat dilaksanakan dengan lancar

dan mencapai kejayaannya.Menyentuh tentang peranan ini, Greenfield

(1995:75) merumuskan “ Oleh kerana sekolahmerupakan organsisasi yang

bersifat normatif, kepimpinan merupakan alat yang palingefektif bagi

mengurus dan menambah baik sekolah. Kepimpinan merupakan satu

bentuk yang istimewa bagi mengajak orang lain, secara sukarela menukar tabiat

mereka sepertitindakan, sikap dan andaian-andaian”.Gaya kepimpinan dapat

didefinisikan sebagai “…satu struktur kemahuan yang terselindung dalam diri

pemimpin dan mempengaruhi gelagatnya dalam berbagai-bagai suasana

kepimpinan”. Oleh itu, staill kepimpinan merujuk kepada keseragaman

Page 3: Bahagian b

matlamat dan kemahuan pemimpindalam suasana berlainan.” ( Fiedler dalam

Razali Mat Zin, 1996). Gaya kepimpinan seorang pengetua juga merupakan

faktor penting dalam keberkesanan sesebuah kumpulan atau organisasi .

 

Selain itu, salah satu tugas besar dan kompleks bagi kepimpinan sekolah

adalah mengurus sesuatu perubahan di dalam sekolah yang di takbir.

Kepimpinan sekolah bergantung kepada guru besarnya

(Holtzman,1992). Hanafi Kamal (1990), dalam menjelaskan perkara ini

menyatakan bahawa kepentingan pengetua dalam pentadbiran terutamanya

dari aspek perubahan adalah kerana sekolah dilihat sebagai organisasi

yang sentiasa berubah.  Setiap perubahan yang berlaku memerlukan tindakan

penyesuaian untuk penyelesaian masalah. Maka, di sinilah letaknya peranan

pengetua untuk melahirkan sekolah sebagai sebuah organisasi yang dinamis

serta berupaya menghadapi sebarang perubahan.Selaku pengurus dan

pentadbir, pengetua bertanggungjawab menentukan tujuan organisasi,

menetapkan dasar-dasar umum untuk perjalanan dan memberi tumpuan umum

terhadap keberkesanan organisasi secara keseluruhan untuk memenuhi objektif 

yang telah ditetapkan (Boles, 1979). 

Sesebuah organisasi seperti sekolah mempunyai ahli pelbagailatar

belakang yang hendak dikawal, dibimbing serta dipimpin dengan teliti agar

segalatingkah laku mereka dapat diselaraskan. Selain itu, pada masa yang

sama semangat dankepuasan ahli-ahlinya terjamin. Walaupun mempunyai

banyak kekangan dalam menghadapi perubahan, peranan seseorang guru

besar adalah sebagai agen perubahan adalah sangat penting dan menonjol

terutamanya berperanan untuk mengimplimentasi inovasi dan perubahan dalam

budaya sekolah. Darjah implimentasi bagi inovasi adalah berbeza disekolah-

sekolah yang berbeza bergantungkepada keprihatinan dan tindakan pengetua

(Hall, Hord dan Griffin, 1980 dalam MohdIzham, 2009).

Page 4: Bahagian b

Selain latihan kepimpinan, pendekatan penerapan nilai-nilai murni

kepimpinan juga penting dalam meningkatkan kepimpinan dalam sesebuah

organisasi. Nilai ditakrifkan sebagai kehendak dan keinginan yang mendorong

seseorang atau sesebuah institusi untuk bertindak mengikut pemilihan

berasaskan norma-norma utama meliputi perilaku dan amalan masyarakat. Oleh

demikian, penerapan nilai-nilai murni dalam kepimpinan penting dalam

sesebuah organisasi. Menurut Zaharah Hassan, Abu Daud Silong dan Nazri

Muslim dalam kajian mereka “Kepimpinan Beretika dan Kecemerlangan

Organisasi dalam Perkhidmatan Awam” ,menyatakan terdapat 5 nilai dan etika

dalam perkhidmatan iaitu Nilai-Nilai Peribadi Asas, Nilai-Nilai Kepimpinan, Nilai-

Nilai Profesionalisme, Nilai-Nilai Produktiviti/ Kualiti Dan Nilai Keagamaan

(INTAN, 1996). Tidak kecuali juga dalam islam, di mana menitik berat tentang

nilai-nilai yang baik untuk seseorang pemimpin untuk membimbing sesebuah

organisasi. Hanya sebelas daripada nilai-nilai Islam yang banyak telah dipilih

untuk dijadikan asas dasar ini, nilai-nilai tersebut ialah Amanah,

Tanggungjawab, Ikhlas, Dedikasi, Sederhana, Tekun, Bersih, Berdisiplin,

Bekerjasama, Berbudi Mulia, dan Bersyukur. Sebelas nilai ini dipilih kerana ia

merupakan unsur-unsur yang boleh diterima sebagai kunci kepada kejayaan

dalam menjalankan urusan-urusan kehidupan terutamanya dalam kepada

sesorang pemimpin. Contohnya, nilai tanggungjawab dimana menerima hakikat

akauntabiliti akhir adalah terhadap Tuhan, di samping pekerjaan dan majikan,

Melakukan tugas dengan kesedaran terhadap implikasi baik dan buruknya iaitu

sentiasa waspada dan jujur, Bersedia berkhidmat dan menghulurkan bantuan

bila bila sahaja diperlukan, bercita-cita untuk tidak mengkhianati kepentingan

organisasi/instutusi/awam dalam menjalankan tugas serta bersedia menjaga

maruah agama, bangsa dan negara.

Wilhelm (1996) menganggap nilai yang jelas dan kukuh sebagai

characteristic teras bagi seorang pemimpin berkesan. Seterusnya beliau

Page 5: Bahagian b

menambah, kepimpinan tanpa nilai boleh mengakibatkan kehancuran dan

kemusnahan seperti yang dapat dilihat melalui Adolph Hitler. Hal ini kita dapat

lihat di dalam organisasi di sekolah mahupun dalam jabatan-jabatan yang lain

iaitu sekira sesorang guru diberikan tanggujawab untuk mendidik murid untuk

cemerlang di dalam pelajaran, dengan ini guru perlulah berusaha memberikan

didikan yang terbaik seperti membuat kelas tambahan, menyediakan bahan-

bahan bantu mengajar ataupun persediaan dalam pengajaran dan sebaliknya

sekiranya terdapat guru tidak menjalankan tanggungjawab sebagai pendidikan

yang cemerlang boleh mengakibatkan kesan yang buruk terhadap setiap murid

dibawah tanggungjawab beliau.

Walaupun hari ini Malaysia sudah mempunyai infrastruktur kelas pertama

tetapi masih terdapat pemimpin dalam sesebuah organisasi yang masih

berada di takuk lama dan memiliki minda kelas ketiga. Kebanyakan kelemahan

adalah disebabkan oleh sikap, nilai dan etika kerja yang tidak baik yang

akhirnya menyebabkan integriti perkhidmatan awam diragukan. Seorang

pemimpin adalah sumber, pemberi tenaga, arkitek, catalyst dan wira bagi

pekerja-pekerjanya. Mereka boleh menyebabkan banyak perbezaan ke atas

prestasi pekerja dan organisasi sekiranya mereka mengamalkan kepimpinan

beretika atau tidak. Kepimpinan beretika akan memberi nilai tambah kepada

organisasi kerana organisasi mereka akan dihormati dan ianya boleh terus

berdiri megah dalam ekonomi yang sentiasa berubah. Oleh itu, semua guru

besar mahu pun guru-guru di Malaysia ini mempunyai kepimpinan yang baik

serta nilai-nilai etika yang baik, agar dapat memantapkan lagi bidang profesion

perguruan di Malaysia.