bagaimana menghargai teknologi

3
Bagaimana menghargai teknologi maklumat dalam kehidupan seharian anda? Pada zaman globalisasi ini, penggunaan teknologi maklumat semakin meluas dalam kalangan masyarakat dunia. Perkembangan teknologi maklumat juga menjadi semakin pesat dalam era permodenan ini. Teknologi Maklumat (Information Technology-IT) sering digambarkan sebagai istilah yang timbul hasil penggunaan komputer, penyiaran, telekomunikasi dan rangkaian data. Tiga teknologi asas yang menyokongnya ialah perkakasan komputer, perisian komputer dan komunikasi data. Teknologi maklumat terhasil daripada gabungan teknologi elektronik mikro, telekomunikasi dan komputer yang berkaitan dengan penerimaan dan penyampaian maklumat seperti perkataan, gambar, bunyi dan nombor kepada pengguna secara elektronik. Teknologi banyak membantu manusia dalam melakukan pelbagai pekerjaan degan cepat. Oleh itu, sebagai pengguna kita perlulah menghargai akan teknologi maklumat kerana telah memberi banyak manfaat. Masyarakat haruslah tidak menyebarkan maklumat yang tidak berfaedah atau tidak benar di laman sosial. Kita sedia maklum bahawa masyarakat kini tidak dapat dipisahkan dengan gajet bagai isi dengan kuku. Setiap orang mempunyai telefon pintar, tablet atau laptop sendiri. Oleh itu, masa mereka banyak dihabiskan di laman sosial dan membaca segala status dan maklumat di laman web itu. Penyebaran maklumat atas talian berlaku pada kadar yang amat pantas dan media sosial atas talian menawarkan sumber maklumat yang amat meluas. Dengan

Upload: the-national-university-of-malaysia

Post on 14-Aug-2015

181 views

Category:

Education


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Bagaimana menghargai teknologi

Bagaimana menghargai teknologi maklumat dalam kehidupan seharian anda?

Pada zaman globalisasi ini, penggunaan teknologi maklumat semakin meluas dalam

kalangan masyarakat dunia. Perkembangan teknologi maklumat juga menjadi semakin pesat

dalam era permodenan ini.

Teknologi Maklumat (Information Technology-IT) sering digambarkan sebagai istilah yang

timbul hasil penggunaan komputer, penyiaran, telekomunikasi dan rangkaian data. Tiga

teknologi asas yang menyokongnya ialah perkakasan komputer, perisian komputer dan

komunikasi data. Teknologi maklumat terhasil daripada gabungan teknologi elektronik

mikro, telekomunikasi dan komputer yang berkaitan dengan penerimaan dan penyampaian

maklumat seperti perkataan, gambar, bunyi dan nombor kepada pengguna secara elektronik.

Teknologi banyak membantu manusia dalam melakukan pelbagai pekerjaan degan cepat.

Oleh itu, sebagai pengguna kita perlulah menghargai akan teknologi maklumat kerana telah

memberi banyak manfaat.

Masyarakat haruslah tidak menyebarkan maklumat yang tidak berfaedah atau tidak benar di

laman sosial. Kita sedia maklum bahawa masyarakat kini tidak dapat dipisahkan dengan gajet

bagai isi dengan kuku. Setiap orang mempunyai telefon pintar, tablet atau laptop sendiri.

Oleh itu, masa mereka banyak dihabiskan di laman sosial dan membaca segala status dan

maklumat di laman web itu. Penyebaran maklumat atas talian berlaku pada kadar yang amat

pantas dan media sosial atas talian menawarkan sumber maklumat yang amat meluas.

Dengan kewujudan talian jalur lebar, maklumat yang diperolehi bukan sahaja dapat

meningkatkan produktiviti kerja seharian, malah ianya membolehkan pengguna di seluruh

dunia mengetahui berita terkini. Namun demikian, kesahihan maklumat atas talian khususnya

menerusi media sosial seperti rangkaian sosial, blog dan video atas talian sukar untuk

dipastikan. Ini adalah kerana kebanyakan maklumat tersebut adalah pandangan peribadi

seseorang individu dan maklumat tersebut tidak melalui proses penapisan seperti yang

dilakukan oleh media cetak dan elektronik seperti radio dan televisyen. Oleh kerana itu, kita

sebagai pengguna media sosial harus berhati – hati dan peka terhadap undang – undang dan

etika penggunaan Internet.

Selain itu, menggunakan teknologi maklumat untuk kebaikan. Kecanggihan teknologi

masa kini telah memberi banyak kemudahan. Sebagai contoh dari segi komunikasi, ianya

amat mudah, hanya perlu menggunakan telefon, laman media sosial, Skype, facebook dan

Page 2: Bagaimana menghargai teknologi

sebagainya. Dengan ini, komunikasi telah banyak membantu kita untuk berhubung dengan

masyarakat di seluruh pelusuk dunia di samping memudahkan kaum keluarga untuk

berhubung sesama mereka. Oleh itu, wajarlah sekiranya teknologi yang sedia ada digunakan

dengan cara atau kaedah yang baik dan betul.

Kesimpulannya, teknologi memang bagai pisau bermata dua, banyak memberi

keuntungan namun tak jarang juga membawa kerugian. Agar tak salah langkah dalam

memanfaatkannya, semua pihak haruslah menggunakannya dengan sebaik-baiknya.

KUMPULAN 2

Mohamad Afiudin bin Jalaludin A151574

Siti Atiqah binti Mokhter A151751

Nurul Amiera binti Norazizan A151713

Nur Nadhirah Nasuha binti Rozaimi A152059

Yong Yi Ying A149058

Faqihah binti Abul Khair A151944