bagaimana menghadapi temuduga

6
Rie8225 BAGAIMANA MENGHADAPI TEMUDUGA? TEKANAN Menghadiri temu duga adalah sesuatu perkara yang selalu memberi tekanan kepada anda. Betul tak? Walaupun anda telah mengadiri banyak temuduga namun perasaan tertekan itu masih ada lagi dalam diri anda. Jadi langkah yang terbaik untuk mengelakan perkara ini adalah dengan melakukan PERSEDIAAN (Preparations) contohnya mengkaji soalan-soalan yang lazim yang akan ditanya oleh penemuduga serta jawapan yang bertepatan dengan soalan yang ditanya. BERSEDIA A. SELIDIK LATAR BELAKANG PANEL /PENEMUDUGA 1. Selain itu anda juga harus menyelidik latar belakang Panel/Penemuduga yang anda akan hadapi, kerana anda tiada pilihan pilih. Dengan itu anda mempunyai kelebihan dalam menjawab soalan yang ditanya nanti. B. KEYAKINAN 1. Kadang-kadang penemuduga hanya ingin melihat keyakinanan diri anda apabila bercakap didepan mereka walaupun jawapan yang anda bagi tidak 100% tepat. Petua dia, jangan tak jawab soalan. Bercakap dengan jelas, yakin pada diri sendiri. Jangan hanya mendiamkan diri. C. SOALAN 1. Latar belakang anda dan keluarga 2. Sejarah pekejaan terdahulu 3. Subjek yang diajar 4. Jawatan dan kemahiran ditempat kerja 5. Sumbangan 6. Soalan isu semasa 7. Pendirian anda dalam sesuatu isu (kecenderungan anda) 8. Dll. D. PAKAIAN 1. Kemas 2. Warna yang sesuai 3. Cara berpakaian yang sesuai dengan profesion 4. Sopan

Upload: shah-rizal

Post on 01-Jul-2015

451 views

Category:

Education


2 download

DESCRIPTION

Tips........

TRANSCRIPT

Page 1: Bagaimana menghadapi temuduga

Rie8225

BAGAIMANA MENGHADAPI TEMUDUGA? TEKANAN Menghadiri temu duga adalah sesuatu perkara yang selalu memberi tekanan kepada anda. Betul tak? Walaupun anda telah mengadiri banyak temuduga namun perasaan tertekan itu masih ada lagi dalam diri anda. Jadi langkah yang terbaik untuk mengelakan perkara ini adalah dengan melakukan PERSEDIAAN (Preparations) contohnya mengkaji soalan-soalan yang lazim yang akan ditanya oleh penemuduga serta jawapan yang bertepatan dengan soalan yang ditanya. BERSEDIA

A. SELIDIK LATAR BELAKANG PANEL /PENEMUDUGA 1. Selain itu anda juga harus menyelidik latar belakang Panel/Penemuduga yang anda

akan hadapi, kerana anda tiada pilihan pilih. Dengan itu anda mempunyai kelebihan

dalam menjawab soalan yang ditanya nanti.

B. KEYAKINAN 1. Kadang-kadang penemuduga hanya ingin melihat keyakinanan diri anda apabila

bercakap didepan mereka walaupun jawapan yang anda bagi tidak 100% tepat.

Petua dia, jangan tak jawab soalan. Bercakap dengan jelas, yakin pada diri sendiri.

Jangan hanya mendiamkan diri.

C. SOALAN 1. Latar belakang anda dan keluarga 2. Sejarah pekejaan terdahulu 3. Subjek yang diajar 4. Jawatan dan kemahiran ditempat kerja 5. Sumbangan 6. Soalan isu semasa 7. Pendirian anda dalam sesuatu isu (kecenderungan anda) 8. Dll.

D. PAKAIAN 1. Kemas 2. Warna yang sesuai 3. Cara berpakaian yang sesuai dengan profesion 4. Sopan

Page 2: Bagaimana menghadapi temuduga

Rie8225

E. SEBAB GAGAL 1. Calon yang gagal temu duga disebabkan prestasi temu duga yang kurang

memuaskan. dan lain-lain. a. Tidak membuat persediaan dari segi fizikal b. Tiada pengetahuan berkaitan jawatan yang ditemu duga. c. Tidak membawa dokumen yang lengkap. d. Personaliti yang tidak bersesuaian. e. Kriteria yang diambil kira oleh panel temu duga.

# Semua panel temu duga yang dilantik mempunyai pengalaman serta lebih arif

dalam perihal jawatan yang berkaitan bagi pemilihan calon yang bersesuaian untuk dilantik dalam perkhidmatan awam.

PAKAIAN TEMUDUGA LELAKI Penampilan seperti cara berpakaian dan kebersihan diri memainkan peranan penting dalam menentukan keperibadian seseorang daripada kaca mata orang lain. Faktor itu juga memberi makna kepada penemu duga yang memerhatikan cara anda menampilkan diri, apatah lagi jika seseorang bakal menjadi eksekutif atau kakitangan di organisasi mereka. Penampilan hendaklah sederhana dan tidak keterlaluan, di samping menggambarkan anda sebagai pekerja yang mementingkan penampilan. Keselesaan cara mengenakan pakaian juga amat penting kerana sekiranya pakaian tidak selesa, terlalu ketat dan tidak sesuai ia akan mengganggu anda. Terdapat individu yang mengambil inisiatif dengan membeli pakaian baru sebagai persediaan menghadiri temu duga. Namun, masih ada yang tidak mengambil kisah mengenai perkara ini, mungkin kerana tidak mengetahui peraturan dan etika berpakaian ketika menghadiri temu duga. Jangan ada lepasan universiti yang menghadiri temu duga hanya berpakaian seluar jeans dan kemeja-T kerana penampilan sebegitu melambangkan beliau tidak tahu tata cara menghadiri temu duga. Berpakaian seperti itu amat tidak sesuai untuk menghadapi temu duga. Bagi yang tidak mengambil peduli perkara itu, mereka harus sedar bahawa pandangan pertama panel penemu duga amat penting dalam menentukan sama ada anda berjaya atau gagal dalam sesuatu temu duga. Bagaimanakah sepatutnya seorang lelaki mengenakan pakaiannya? Ini antara persoalan yang perlu diberi perhatian oleh bakal pencari kerja seperti anda. Berikut panduan berpakaian yang boleh dimanfaatkan oleh bakal pencari kerja lelaki:

Page 3: Bagaimana menghadapi temuduga

Rie8225

1. Kemeja Untuk ke tempat temu duga, anda harus mengenakan kemeja berlengan panjang kerana ia sesuai dengan tali leher. Warna kemeja yang sesuai untuk anda pakai ialah putih dan cerah, walaupun masing-masing mempunyai cita rasa dari segi corak dan warna peribadi. Warna putih dan tona cerah juga sesuai jika dipakai dengan kot hitam atau gelap. Kemeja hendaklah digosok supaya menampakkan kekemasan dan kesegakan anda. 2. Tali leher Pemakaian tali leher amat dititikberatkan ketika menghadiri temu duga. Penampilan kurang lengkap jika tidak mengenakannya. Pemilihan tali leher harus bertentangan dengan warna baju dan mempunyai hujung yang tajam. Apabila dipakai, bahagian hujung tali leher mestilah pada aras kepala tali pinggang. Jika berhasrat menggunakan pin tali leher, gunakan yang sesuai dan warna yang berkilat untuk menambahkan kekemasan anda. Pin tali leher hendaklah disematkan pada tali leher dan kedudukannya hendaklah di tengah-tengah kocek baju. Jika mengenakan kot, pin itu harus berada separas pada bahagian atas kocek baju. 3. Seluar panjang Seluar panjang anda hendaklah selesa dipakai ketika menghadiri temu duga. Seluar yang ditempah di kedai sesuai kerana ia diukur mengikut bentuk badan anda. Gunakan seluar yang berwarna gelap dan tanpa corak supaya mudah dipadankan dengan baju, stokin dan kasut. Seluar juga perlu digosok supaya lebih kemas. Elakkan daripada mengenakan seluar jeans atau corak yang berkotak-kotak untuk menghadiri temu duga kerana ia amat tidak sesuai. Perlu diingat, anda ke tempat temu duga kerja, bukannya ke tempat awam atau bermain golf. 4. Tali pinggang Ketika ke tempat temu duga, anda boleh mengenakan tali pinggang daripada jenis kulit, manakala kepalanya jenis yang kecil dan berbentuk empat segi tepat. Tali pinggang harus dikilatkan supaya kelihatan kemas dan cantik. Sebaik-baiknya warna gelap dan sewarna dengan warna kasut. Anda tidak perlu mengenakan tali pinggang jika seluar tidak mempunyai ruang pengikatnya. 5. Sapu tangan Jangan lupa untuk membawa sapu tangan. Ia amat berguna ketika anda berpeluh. Kemungkinan apabila anda dalam keadaan tertekan atau gugup sebelum atau ketika

Page 4: Bagaimana menghadapi temuduga

Rie8225

temu duga, peluh akan mengalir keluar. Sudah tentu sapu tangan amat membantu anda. Sapu tangan juga dapat mengeringkan tapak tangan selepas membasuhnya di tandas. 6. Lounge suit Anda juga boleh mengenakan lounge suit ke tempat temu duga. Apabila ingin menempahnya, dapatkan pandangan dan nasihat tukang jahit atau jurujual sebelum membuat keputusan. Anda perlu berhati-hati dari segi memilih jenis kain, warna, corak dan potongan yang hendak ditempah. Apatah lagi kos untuk membuat pakaian itu agak mahal. Warna yang sesuai ialah hitam atau biru gelap. Mengenakan lounge suit ke sesi temu duga akan menambahkan kesegakan dan keyakinan anda dari perspektif penemu duga. 7. Singlet Anda juga boleh memakai singlet tanpa lengan dan berwarna putih. Ia amat sesuai bagi yang berbadan kurus dan cepat berpeluh. Dengan memakai singlet dapat mengelakkan baju kemeja anda lembap atau basah akibat berpeluh.

Page 5: Bagaimana menghadapi temuduga

Rie8225

PAKAIAN TEMUDUGA WANITA

1. Baju kurung pakaian yang PALING sesuai untuk temuduga di Malaysia. Bukan sahaja baju kurung baju kebangsaan, malah, baju kurung menutup aurat, tak longgar dan nampak professional. Tak kisahlah kalau anda bukan berbangsa Melayu. Yang penting, anda orang Malaysia. Bagi wanita yang bertudung, pakailah tudung yang formal. Tudung yang dianggap paling formal ialah tudung bawal. Jangan pakai shawl! Pemakaian shawl adalah tak berapa formal sebab kainnya yang jarang. Lagi satu, pakai tudung yang tak bercorak. Janganlah pakai tudung yang bunga-bunga atau polka dot. Nampak tak professional. 2. Warna warna yang tidak terlalu menonjol. Antara warna yang sesuai ialah ungu gelap, putih,biru,coklat,kelabu,dan hijau gelap. Elakan warna merah, kuning, oren, merah jambu. Jikan anda hendak juga mengenakan warna tersebut, pastikan warna tersebut light atau lebih mudah muda warna nya. seperti kuning muda, pink muda, dan sebagainya. 3. Corak. Kalau anda pakai baju kurung, pilihlah yang tidak ada corak ataupun corak yang tidak menonjol.Elakkan memakai corak berbunga-bunga yang besar. 4. Jenis kain. Elakkan kain yang jarang dan ketat. Sekarang ni kan trend orang pakai baju kurung transparent.

5. Makeup Tak perlu tebal-tebal atau tak payah pakai terus kalau anda ada kulit muka yang berseri.Interview adalah untuk dapat kerja atau biasiswa bukan nak masuk program cari menantu. 6. Kasut. Pakai kasut yang menutup jari-jari kaki. Ketinggian kasut pula adalah sederhana dan warna hitam adalah yang paling sesuai.

Page 6: Bagaimana menghadapi temuduga

Rie8225