badminton pindaan feb 2017 - mara.gov.my 2017/badminton pindaan feb 2017.pdf · %rudqj shqgdiwdudq...

8
BADMINTON CAMPURAN

Upload: others

Post on 29-Nov-2019

10 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: BADMINTON Pindaan Feb 2017 - mara.gov.my 2017/BADMINTON Pindaan Feb 2017.pdf · %rudqj shqgdiwdudq shuwdqglqjdq 3(57$1',1*$1 %$'0,1721 &$0385$1.217,*(1 bbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbb

BADMINTON CAMPURAN

Page 2: BADMINTON Pindaan Feb 2017 - mara.gov.my 2017/BADMINTON Pindaan Feb 2017.pdf · %rudqj shqgdiwdudq shuwdqglqjdq 3(57$1',1*$1 %$'0,1721 &$0385$1.217,*(1 bbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbb

PERATURAN DAN SYARAT PERTANDINGAN

BADMINTON CAMPURAN 1.0. NAMA

Pertandingan ini dinamakan

“KEJOHANAN BADMINTON SUKAN MARA SEMALAYSIA 2017” 2.0. PENGANJURAN

2.1. Jawatankuasa penganjur akan mengatur serta menganjurkan pertandingan ini. Sebarang keputusan yang dibuat terhadap segala perkara yang berbangkit dengan kejohanan ini adalah muktamad.

2.2. Jawatankuasa berhak meminda atau membuat apa-apa penyesuaian permainan dalam

kejohanan ini menurut cara yang difikirkan sesuai.

2.3. Jawatankuasa berhak menolak mana-mana pasukan atau pemain yang tidak mematuhi peraturan dan syarat tanpa sebarang sebab.

3.0 UNDANG-UNDANG PERMAINAN

3.1. Undang-undang dan peraturan permainan yang digunapakai dalam kejohanan ini adalah mengikut Peraturan dan Undang-Undang Persekutuan Badminton Antarabangsa (IBF) dan Persatuan Badminton Malaysia (BAM).

3.2. Kejadian di luar dugaan yang tidak terdapat dalam peraturan berkenaan akan diputuskan

seperti berikut :-

3.2.1. Semua kejadian akan diputuskan berasaskan kepada Peraturan Am Kejohanan Sukan MARA Se-Malaysia, Perak 2017.

3.2.2. Sebarang perselisihan teknikal akan diputuskan berasaskan kepada Undang-

Undang Persekutuan Badminton Antarabangsa (IBF), Persatuan Badminton Malaysia (BAM) dan Jawatankuasa Penganjur.

3.2.3. Semua Keputusan yang dibuat oleh Jawatankuasa Penganjur adalah muktamad.

4.0. PENYERTAAN

4.1. Setiap pasukan dibenarkan mendaftar satu (1) pasukan negeri yang terdiri daripada kakitangan yang berkhidmat dengan MARA termasuk semua Agensi-Agensi di bawah MARA sahaja.

4.2. Bagi kakitangan Sambilan dan Kontrak, hendaklah telah berkhidmat dengan MARA sekurang-kurangnya tiga (3) bulan dari tarikh Kejohanan.

Page 3: BADMINTON Pindaan Feb 2017 - mara.gov.my 2017/BADMINTON Pindaan Feb 2017.pdf · %rudqj shqgdiwdudq shuwdqglqjdq 3(57$1',1*$1 %$'0,1721 &$0385$1.217,*(1 bbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbb

4.3. Terdapat empat belas (14) pasukan yang layak menyertai pertandingan ini.

4.4. Setiap pasukan hanya dibenarkan mendaftar sebelas (11) orang pemain termasuk pemain simpanan.

4.5. Pendaftaran setiap pemain hendaklah mengikut keperluan yang ditetapkan dalam

Undang-Undang dan Peraturan Sukan MARA Se-Malaysia 2017 dan borang pendaftaran mesti ditandatangani oleh Ketua Kontigen atau Pengurus Pasukan setiap negeri.

5.0. TAKLIMAT PENGURUS PASUKAN

5.1. Taklimat kepada pengurus-pengurus pasukan akan diadakan pada 19 Mac 2017 jam 8.30 malam di MRSM Lenggong, Perak.

5.2. Selepas taklimat pengurus pasukan, sebarang permohonan pertukaran / gantian pemain

tidak akan dibenarkan. 6.0. ACARA PERTANDINGAN

6.1. Pertandingan akan dijalankan dalam lima (5) kategori berpasukan seperti berikut :-

6.1.1. Perseorangan Lelaki

6.1.2. Bergu Lelaki

6.1.3. Peseorangan Wanita

6.1.4. Bergu Veteran Lelaki berumur 40 tahun dan ke atas

6.1.5 Bergu Wanita

6.2. Seorang pemain hanya dibenarkan bermain sekali sahaja dalam satu-satu perlawanan. 7.0. SISTEM DAN FORMAT PERTANDINGAN

** Sila rujuk para 8 dan 9 dalam PERATURAN AM SUKMAS Perak 2017 8.0. SISTEM PEMBERIAN MATA / MENENTUKAN KEMENANGAN

8.1. Pertandingan dalam kumpulan dijalankan secara liga, sistem pemberian mata adalah seperti berikut :-

8.1.1. Menang - 3 mata

8.1.2. Kalah - 0 mata

8.2. Pasukan yang mendapat mata paling banyak dikira sebagai juara kumpulan dan seterusnya.

Page 4: BADMINTON Pindaan Feb 2017 - mara.gov.my 2017/BADMINTON Pindaan Feb 2017.pdf · %rudqj shqgdiwdudq shuwdqglqjdq 3(57$1',1*$1 %$'0,1721 &$0385$1.217,*(1 bbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbb

8.3. Sekiranya pada akhir keputusan dalam sesuatu kumpulan diperolehi sama mata lebih dari satu (1) pasukan, maka keputusan akan ditentukan seperti berikut :-

8.3.1. Jika mata diperolehi sama melibatkan lebih dari dua (2) pasukan, pemenang akan

ditentukan dengan kiraan perbezaan (difference) dari jumlah perlawanan (matches) set dan angka-angka mata yang telah diperolehi oleh pasukan-pasukan berkenaan.

8.3.2. Jika terdapat dua (2) pasukan yang terlibat, pasukan yang mengalahkan lawannya

diperingkat kumpulan akan dikira sebagai pemenang.

8.3.3. Jika keputusan dipara 8.3.1. dan pada 8.3.2. juga didapati masih sama, maka pemenang akan diputuskan secara undian.

8.3.4 Di semua peringkat perlawanan akan menggunakan sistem kiraan mata “Relay

Point System” (21 mata)

9.0. JERSI / PAKAIAN PEMAIN

9.1. Setiap pasukan hendaklah berpakaian kemas sesuai dengan permainan. Pengenalan pasukan hendaklah ditonjolkan.

9.0. PERALATAN

Jawatankuasa Penganjur hanya menyediakan tiga (3) biji bulu tangkis sahaja (jenis akan ditentukan kemudian) bagi setiap perlawanan dan tidak bertanggungjawab menyediakan bulu tangkis untuk ‘Warm-up’.

11.0. PEMBATALAN / WALK OVER

11.1. Setiap pasukan mestilah berada di gelanggang pertandingan sepuluh (10) minit sebelum masa yang ditetapkan untuk pertandingan.

11.2. Jika satu-satu pasukan datang lewat sepuluh (10) minit selepas masa yang telah

dijadualkan untuk pertandingan tanpa memberi alasan yang munasabah, maka pasukan itu dikira memberi kemenangan kepada pihak lawan.

11.3. Menarik diri daripada perlawanan tidak dibenarkan. Jika ianya berlaku, pasukan

berkenaan dianggap menarik diri dari keseluruhan pertandingan seterusnya. Semua mata yang diperolehi terdahulu tidak akan diambilkira.

12.0. TINDAKAN TATA TERTIB

12.1. Hukuman berikut adalah merupakan hukuman yang dikenakan secara automatik :-

12.1.1. Seseorang pemain yang disingkirkan atau dikeluarkan daripada gelanggang pertandingan atas sebab-sebab berkelakuan buruk dan biadap, maka pemain tersebut akan digantung satu (1) perlawanan berikutnya.

Page 5: BADMINTON Pindaan Feb 2017 - mara.gov.my 2017/BADMINTON Pindaan Feb 2017.pdf · %rudqj shqgdiwdudq shuwdqglqjdq 3(57$1',1*$1 %$'0,1721 &$0385$1.217,*(1 bbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbb

13.0. BANTAHAN

13.1. Bantahan hendaklah dibuat secara bertulis kepada Jawatankuasa Rayuan dalam tempoh tidak lebih dari satu (1) jam selepas tamat perlawanan.

13.2. Setiap bantahan dikenakan bayaran sebanyak RM500.00 dan tidak akan dikembalikan

sekiranya bantahan ditolak. 14.0. ETIKA PEGAWAI

14.1. Pengurus / jurulatih pasukan adalah bertanggungjawab memastikan setiap pemain dan penyokong pasukan masing-masing berpegang kepada semangat kesukanan yang tulin.

15.0. HADIAH

15.1. Hadiah-hadiah disediakan seperti berikut :-

15.1.1. Johan

15.1.2. Naib Johan

15.1.3. Tempat Ketiga

15.1.4. Tempat Keempat 16.0. HAL-HAL YANG TIDAK DIPERUNTUKKAN

16.1. Segala hal yang tidak diperuntukkan dibawah peraturan ini, segala tafsiran peraturan ini hendaklah diselenggarakan oleh Jawatankuasa Penganjur Sukan MARA Se-Malaysia, Perak 2017. Segala keputusan adalah muktamad.

Page 6: BADMINTON Pindaan Feb 2017 - mara.gov.my 2017/BADMINTON Pindaan Feb 2017.pdf · %rudqj shqgdiwdudq shuwdqglqjdq 3(57$1',1*$1 %$'0,1721 &$0385$1.217,*(1 bbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbb

Borang Daftar Nama Pemain

PERTANDINGAN BADMINTON CAMPURAN

KONTIGEN : ______________________________________________

NAMA NO. H.P.

PENGURUS PASUKAN

KETUA PASUKAN

NAMA PEMAIN

BIL NAMA NO. K/P

1.

2.

3.

4.

5.

6.

7.

8.

9.

10.

11.

Page 7: BADMINTON Pindaan Feb 2017 - mara.gov.my 2017/BADMINTON Pindaan Feb 2017.pdf · %rudqj shqgdiwdudq shuwdqglqjdq 3(57$1',1*$1 %$'0,1721 &$0385$1.217,*(1 bbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbb

Borang pendaftaran pertandingan

PERTANDINGAN BADMINTON CAMPURAN

KONTIGEN : ______________________________________________

NAMA NO. H.P.

PENGURUS PASUKAN

KETUA PASUKAN

NAMA PEMAIN

BIL NAMA NO. K/P

Perseorangan Lelaki

1.

Bergu Lelaki

1.

Perseorangan Wanita

1.

2.

Beregu Veteran Lelaki

1.

2.

Beregu Wanita

1.

2.

NAMA PEMAIN SIMPANAN

1.

2.

3.

……………………………………………………… …………………………………… Pengurus Pasukan Tarikh

Page 8: BADMINTON Pindaan Feb 2017 - mara.gov.my 2017/BADMINTON Pindaan Feb 2017.pdf · %rudqj shqgdiwdudq shuwdqglqjdq 3(57$1',1*$1 %$'0,1721 &$0385$1.217,*(1 bbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbb