badminton

2
Badminton merupakan sejenis sukan raket yang dimainkan oleh sama ada dua orang pemain bertentangan (perseorangan) ataupun dua pasangan bertentangan (beregu), yang mana posisi pemain ialah bertentangan di dalam sebuah gelanggang empat segi yang dibahagikan oleh jaring. Pemain dapat memungut mata melalui pukulan bulu tangkismenggunakan raket mereka jadi ia dapat melepasi atas jaring dan jatuh di kawasan pihak lawan. Pukulan rali berhenti selepas bulu tangkis jatuh di atas lantai, dan bulu tangkis hanya boleh dipukul sekali bagi setiap sisi sebelum ia melepasi atas jaring. Badminton ialah acara sukan Olimpik dengan lima disipin yang kompetitif perseorangan lelaki dan wanita, beregu lelaki dan wanita, dan beregu campuran, yang mana setiap pasangannya ialah lelaki dan perempuan. Bagi tahap tinggi permainan, sukan ini memerlukan penjagaan kesihatan yang cemerlang: pemain memerlukan stamina aerobik, ketangkasan, kekuatan, kelajuan, dan ketelitian. Ia juga merupakan sebuah sukan teknikal, yang memerlukan koordinasi badan yang baik, kemahiran teknikal, dan kecanggihan kemahiran penggunaan raket. Badminton telah diperkenalkan pada zaman silam; sukan ini mula dimainkan di Yunani silam dan Mesir . Di Jepun, sukan berkaitan iaitu Hanetsuki telah dimainkan seawal abad ke-16. Di kawasan barat, badminton muncul daripada sebuah sukan yang dipanggil battledore and shuttlecock, yang mana dua atau lebih pemain memukul bulu tangkis di udara menggunakan raket kecil. Sukan ini dikenali sebagai "Poona " di India semasa abad ke-18, dan pegawai tentera British mengaplikasikan versi India semasa kembali ke England pada 1860an, yang mana ia dimainkan di rumah kediaman kebangsaan seperti kediaman kelas atasan. Isaac Spratt , penjual anak patung London, menerbitkan sebuah risalah iaitu, "Badminton Battledore - a new game" pada 1860, tetapi malangnya tiada cetakan dilakukan. [2] Sukan baru ini diperkenalkan pada 1873 di Badminton House , Gloucestershire , yang dimiliki oleh Duke of Beaufort . Pada waktu itu, sukan itu merujuk kepada "The Game of Badminton," dan, nama rasmi sukan ini kemudian menjadi Badminton. [3] Sehingga 1887 sukan ini dimainkan di England di bawah peraturan yang terdapat di India. Bath Badminton Club mempiawaikan peraturan dan mengaplikasikan sukan ini dalam versi Inggeris. Undang-undang asas itu telah dicipta pada 1887. [3] Pada 1893, Badminton Association of England

Upload: thines-raveentraan

Post on 02-Feb-2016

225 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

sports

TRANSCRIPT

Page 1: Badminton

Badminton merupakan sejenis sukan raket yang dimainkan oleh sama ada dua orang pemain

bertentangan (perseorangan) ataupun dua pasangan bertentangan (beregu), yang mana posisi

pemain ialah bertentangan di dalam sebuah gelanggang empat segi yang dibahagikan oleh jaring.

Pemain dapat memungut mata melalui pukulan bulu tangkismenggunakan raket mereka jadi ia

dapat melepasi atas jaring dan jatuh di kawasan pihak lawan. Pukulan rali berhenti selepas bulu

tangkis jatuh di atas lantai, dan bulu tangkis hanya boleh dipukul sekali bagi setiap sisi sebelum ia

melepasi atas jaring.

Badminton ialah acara sukan Olimpik dengan lima disipin yang kompetitif perseorangan lelaki dan

wanita, beregu lelaki dan wanita, dan beregu campuran, yang mana setiap pasangannya ialah lelaki

dan perempuan. Bagi tahap tinggi permainan, sukan ini memerlukan penjagaan kesihatan yang

cemerlang: pemain memerlukan stamina aerobik, ketangkasan, kekuatan, kelajuan, dan ketelitian.

Ia juga merupakan sebuah sukan teknikal, yang memerlukan koordinasi badan yang baik,

kemahiran teknikal, dan kecanggihan kemahiran penggunaan raket.

Badminton telah diperkenalkan pada zaman silam; sukan ini mula dimainkan di Yunani silam

dan Mesir. Di Jepun, sukan berkaitan iaitu Hanetsuki telah dimainkan seawal abad ke-16. Di

kawasan barat, badminton muncul daripada sebuah sukan yang dipanggil battledore and

shuttlecock, yang mana dua atau lebih pemain memukul bulu tangkis di udara menggunakan raket

kecil. Sukan ini dikenali sebagai "Poona" di India semasa abad ke-18, dan pegawai tentera British

mengaplikasikan versi India semasa kembali ke England pada 1860an, yang mana ia dimainkan di

rumah kediaman kebangsaan seperti kediaman kelas atasan. Isaac Spratt, penjual anak patung

London, menerbitkan sebuah risalah iaitu, "Badminton Battledore - a new game" pada 1860, tetapi

malangnya tiada cetakan dilakukan.[2]

Sukan baru ini diperkenalkan pada 1873 di Badminton House, Gloucestershire, yang dimiliki

oleh Duke of Beaufort. Pada waktu itu, sukan itu merujuk kepada "The Game of Badminton," dan,

nama rasmi sukan ini kemudian menjadi Badminton.[3]

Sehingga 1887 sukan ini dimainkan di England di bawah peraturan yang terdapat di India. Bath

Badminton Club mempiawaikan peraturan dan mengaplikasikan sukan ini dalam versi Inggeris.

Undang-undang asas itu telah dicipta pada 1887.[3] Pada 1893, Badminton Association of England

diterbitkan sebagai set peraturan pertama mengikut ketetapan, seakan-akan menyamai peraturan

ketika ini, dan secara rasmi dilancarkan sebuah peraturan iaitu "Dunbar" di 6 Waverley

Grove, Portsmouth, England pada 13 September tahun yang sama.[4] Mereka juga mula

menganjurkan Kejohanan Badminton Terbuka Seluruh England, kejohanan badminton pertama di

dunia, pada 1899.

Page 2: Badminton

Pertubuhan Badminton Antarabangsa (IBF) (kini dikenali sebagai Persekutuan Badminton Dunia)

yang telah ditubuhkan pada 1934 yang

dianggotai Kanada, Denmark, England, Perancis, Belanda, Ireland, New Zealand,Scotland,

dan Wales sebagai anggota pengasas. India menyertai pertubuhan ini pada 1936. Pertubuhan BWF

kini merupakan sebuah badan badminton antarabangsa dan menguruskan sukan ini secara global.[5]

Meskipun asal-usul sukan terletak di England, badminton di peringkat antarabangsa mempunyai

rekod tradisi yang didominasi oleh beberapa negara Asia, termasuk Denmark dari

Eropah. China, Indonesia, Korea Selatan, dan Malaysia merupakan antara negara yang mempunyai

pemain bertaraf-dunia secara konsisten sejak beberapa dekad yang lalu dan mendominasi

pertandingan peringkat antarabangsa, yang mana China sering menjadi pendominasi sejak

kebelakangan ini.[6]

Pertubuhan Bukan kerajaan[sunting | sunting sumber]

Persekutuan Badminton Dunia (BWF) ialah sebuah pertubuhan bukan kerajaan bagi sukan

badminton yang diperakui di peringkat antarabangsa. Ibu pejabat BWF kini terletak di Kuala

Lumpur, Malaysia.

Lima kawasan konfederasi yang dikelola dengan BWF:

Asia : Konfederasi Badminton Asia (BAC)

Afrika : Konfederasi Badminton Afrika (BCA)

Amerika : Badminton Seluruh Amerika (Amerika Utara dan Amerika Selatan berada dalam

konfederasi yang sama; BPA)

Eropah : Badminton Eropah (BE)

Oceania : Badminton Oceania (BO)