badminton

19
PNGHARGAAN

Upload: angeline-hazel

Post on 09-Oct-2015

307 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

dd

TRANSCRIPT

PNGHARGAAN

1.0 PERATURAN DAN UNDANG-UNDANGASAS BADMINTON

Badminton atau dahulunya dikenali sebagai bulu tangkis merupakan satu permainan gelanggang yang menggunakan raket dan amat popular di China, Indonesia, Malaysia dan beberapa negara lain. Di Indonesia istilah bulu tangkis masih digunakan. Permainan badminton boleh dimainkan oleh sama ada dengan dua orang pemain atau dikenali sebagai permainan tunggal, atau empat orang pemain iaitu permainan beregu. Permainan badminton juga boleh dimainkan oleh lelaki dan perempuan. Permainan badminton juga mempunyai dua kategori iaitu kategori indidvidu iaitu yang melibatkan perseorangan lelaki atau perempuan dan beregu lelaki, perempuan atau campuran. Manakala bagi permainan secara berpasukan pula terdapat tiga kategori berpasukan iaitu dikenali sebagai Piala Thomas, Piala Uber dan Piala Sudirman. Piala Thomas adalah kejohanan badminton internasional untuk beregu lelaki yang diadakan setiap dua tahun sekali. Nama kejohanan ini berasal dari nama Sir George Alan Thomas iaitu bekas Presiden IBF dan pemain badminton dari Inggeris yang menyumbangkan piala tersebut pada tahun 1939. Setiap pasukan bagi peserta Piala Thomas terdiri daripada lima orang iaitu 3 perseorangan dan 2 beregu. Bagi Piaia Uber pula merupakan kejohanan badminton internasional untuk beregu wanita yang diadakan setiap dua tahun sekali. Nama kejohanan ini berasal dari nama Betty Uber iaitu merupakan bekas pemain badminton dari Inggeris. Sama seperti kejohanan Piala Thomas, setiap pasukan bagi peserta Piala Uber juga terdiri daripada lima orang iaitu 3 perseorangan dan 2 beregu. Sedikit berbeza dengan Piala Sudirman iaitu Piala Sudirman adalah kejohanan badminton internasional untuk pasukan beregu campuran, mempertandingkan perseorangan lelaki, perseorangan perempuan, beregu lelaki, beregu perempuan, dan beregu campuran. Kejohanan ini juga diadakan setiap dua tahun sekali. Nama Sudirman diambil dari nama tokoh pemain badminton Indonesia, Dick Sudirman, salah satu pendiri PBSI dan juga turut dikenal sebagai bapa bulu tangkis Indonesia.Mirip dengan permainan tenis, badminton dimainkan dengan pemain di setiap belah dan cuba memukul bola yang dipanggil ("bulu tangkis") melepasi jaring agar jatuh di ruang lawan yang sudah ditentukan. Pemain juga harus mencuba menghalang lawannya dari melakukan hal tersebut kepadanya.

Rajah 1.0Dalam undang-undang asas permainan badminton, raket, bulu tangkis dan gelanggang amat diperlukan. Raket yang moden mempunyai berat kurang daripada 100 gram, membolehkan raket dapat dihayun dan dilontar dengan pantas. Kajian menunjukkan bulu tangkis boleh bergerak meninggalkan raket pada kelajuan 320 km sejam. Kebanyakkan raket pada hari ini, diperbuat daripada sekeping grafit dan menyebabkan raket berkepala logam kurang popular dan hampir ketinggalan zaman. Perkembangan juga diliat dari segi bentuk raket,yang mana bahagian kepala diunjurkan untuk membentuk huruf v pada hujung batang raket.Bulu tangkis juga penting dan termasuk dalam undang-undang asas badminton. Bulu tangkis terdapat dua jenis iaitu yang asli dan sintetik. Bulu tangkis asli yang diperbuat daripada bulu angsa adalah yang digunakan semasa permainan kejohanan badminton dan bulu tangkis ini merupakann bulu tangkis yang mudah rosak dan paling mahal daripada bulu tangkis sintetik.Seperti raket dan bulu tangkis, gelanggang juga merupakan komponen yang paling penting dalam undang-undang asas permainan badminton. Permukaan lantai gelanggang seelokn-eloknya diperbuat daripada kayu walaupun bahan binaan lain boleh digunakan selagi tidak licin atau menyebabkan pemain terelincir. Oleh kerana bulu tangkis berwarna putih, maka lantai dan latarbelakang gelanggang seharusnya berwarna gelap. Sekiranya lantai dicat, lantai tidak seharusnya berkilat kerana ini akan menyukarkan pemerhatian bulu tangkis. Garisan di atas gelanggang harus jelas kelihatan dengan menentukan sempadan setiap petak di atas gelanggang. Gelanggang badminton mempunyai panjang 13.40 meter dan lebar 6.10 meter. Setiap gelanggang digarisi dengan garisan servis panjang, garisan luar ganda, garisan tengah, dan garisan servis pendek.Gelanggang badminton untuk permainan individu berbeza dengan permainan beregu. Untuk permainan individu garisan luar tidak dikira jika shuttlecock jatuh diluar garisan kedua dalam maka ia dianggap keluar. Dalam permainan beregu pula garisan luar dikira jika servis shuttlecock jatuh di luar garisan servis panjang dikira keluar atau long.

Ukuran jaring juga penting bagi memastikan jaring tidak kendur dan tidak berapa tegang serta tiang untuk meregang jaring haruslah diletakkan di luar garis tepi gelanggang. Jaring semestinya rapat pada tiang. Sekiranya keadaan tidak sesuai bagi pemasangan tiang, jaring boleh diregang dengan mengikat tali kedua-dua hujung pada dinding dewan permainan. Bagaimanapun, pita sebenar 40mm perlu dilekatkan pada bahagian atas jaring dan pada lantai, tepat di atas bahagian luar garisan tepi bagi menandakan di aman tiang sepatitnya berada.Kadangkala tiang guna sama digunakan untuk gelanggang yang bersebelahan, iaitu di tengah-tengah antara dua gelanggang tersebut. Dalam hal ini, pita perlu juga dilekatkan pada bahagian luar garis tepi kedua-dua gelanggang. Tiang-tiang ini pula tidak boleh melebihi ketinggian 1.55 m. Ini adalah penting kerana dengan kedudukan tiang pada garis tepi, tiang-tiang ini sebenarnya berada dalam lingkungan kawasan permainan dan boleh mengganggu pergerakan pemain. Selain jenis tiang yang diskrukan di lantai, ada juga tiang yag didirikan dengan meletakkan benda berat pada bahagian bawah tiang.

MEMULAKAN PERMAINANSebelum memulakan permainan, undian perlu dibuat terlebih dahulu dengan menggunakan bulu tangkis atau syiling. Pemenang boleh untuk memilih sama ada untuk memulakan servis, menerima servis atau memilih petak gelanggang. Pihak yang kalah akan menerima pilihan yang berikutnya yang tidak dipilih oleh pihak yang menang. Setelah pemain mumbuat pilihan untuk memlilih sama ada gelanggang atau bulu tangkis, mereka akan diberi masa untuk memanaskan badan. Apabila pemain-pemain telah memanaskan badan, pengadil akan mengumumkan permulaan perlawanan. Hanya separuh gelanggang yang digunakan untuk memanaskan badan. Antara contoh pengumuman yang akan diumumkan oleh pengadil ialah seperti berikut :Selamat pagi tuan-tuan dan puan-puan, ini adalah pertandingan akhir perlawanan perseorangan lelaki Piala Thomas antara Lee Chong Wei dari Malaysia dan Lin Dan dari China. Di sebelah kanan saya adalah Lee Chong Wei manakala sebelah kiri adalah Lin Dan. Lin Dan akan melakukan servis dengan mata 0-0, main.

SISTEM PENGIRAAN MATADalam permainan badminton, sistem kiraan mata dalam permainan kebiasaannya ialah 21 mata rali. Setiap kali serve, pemain akan mendapat mata sekiranya salah seorang daripada pemain membuat kesilapan dalam permainan. Sekiranya para pemain berada pada kedudukan mata 20 sama, tambahan dua mata (deuce) akan diberikan kepada pemain. Pemain yang dapat menambah dua mata tambahan akan menang . Manakala apabila kedua pemain terikat pada 29 sama, pemain yang dapat menambah mata menjadikan kedudukan 30 terawal akan memenangi permainan tersebut. Permain yang menang pada set pertama akan memulakan permainan pada set kedua. Apabila pemain mendahului pihak lawan dengan 11 mata, pemain mempunyai 60 saat jarak masa untuk berehat antara perlawanan. Jarak masa 2 minit di antara setiap perlawanan dibenarkan apabila sesuatu game tamat. Dalam set ketiga, pemain diberi peluang untuk menamatkan perlawanan apabila mendahului dengan 11 mata.

SERVIS

Dalam peraturan melakukan servis dengan betul, pemain perlu menunggu sehingga penerimanya sudah bersedia bagaimanapun para pemain tidak seharusnya melengah-lengahkan servis yang dibuat. Selain itu, pemain perlu berdiri dalam petak masing-masing sama ada kanan atau kiri mengikut mata yang diperolehi atau apabila pemain memilih bulu tangkis semasa mambuat pemilihan pada awal permainan. Para pemain juga harus memastikan sebahagian kedua-dua kaki terpahat pada lantai sehingga servis dibuat dan pastikan juga semasa melakukan pukulan, keseluruhan bahagian kepala raket di bawah bahagian tangan yang memegang raket. Di samping itu, pemain perlu memukul bulu tangkis melepasi jaring dan menyilang ke gelanggang pihak lawan dan pastikan pergerakan ke depan yang berterusan pada permulaan servis sehinggalah servis diberikan. Akhir sekali, pemain haruslah memastikan titik temu awal dengan bulu tangkis adalah pada pangkalan bulu tangkis dan bukannya pada bulunya. Semasa membuat servis, pemberi servis tidak boleh melakukan sebarang acahan dengan niat untuk mengelirukan atau menghalang pergerakkan pihak lawan sebelum atau semasa servis dilangsungkan dan sekiranya penservis melakukan sesuatu kesalahan, dia akan kehilangan servisnya dan servis akan bertukar tangan.PERATURAN SERVIS

Penting bagi setiap pemain mengetahui peraturan semasa melakukan servis iaitu sebelum memulakan permainan. Sekiranya pemain yang menang dalam mencabut undi, dia berhak membuat pilihan sama ada mahu memilih gelanggang atau bulu tangkis. Apabila pemain memlih bulu tangkis sebagai pilihannya, dia haruslah memulakan servis di petak kanan dengan nombor genap iaitu 0 dna nombor kiri pula adalah nombor ganjil iaitu nombor 1. Sekiranya pemain tersebut mendapat mata 1, maka dia akan melakukan servis di petak kiri iaitu petak yang bernombor ganjil dan begitulah seterusnya sehingga pemainan mencapai mata 21. Manakala bagi hantaran servis pula, pemain yang bermain secara perseorangan boleh melakukan servis tidak melebihi garisan yang berada di belakang namun tidak boleh melepasi garisan yang pertama di kiri dan kanan gelanggang. Bagi hantaran servis beregu pula, para pemain tidak boleh melakukan servis melepasi garisan pertama di belakang tetapi boleh membuat hantaran servis melebihi garisan pertama di kiri dan kanan gelanggang.

Lets dalam permainanLets boleh diberikan sekiranya terdapat gangguan secara tidak sengaja semasa permainan sedang berlangsung seperti penerima belum bersedia dan tidak mencuba, pembuat servis dan penerima melakukan kesalahan serentak, bulu tangkis melekat dijaring selepas melepasi jaring, semasa permainan, gabus pada bulu tangkis tercabut, pemain diganggu oleh jurulatih pihak lawan, dan pengadil tidak dapat membuat keputusan. Lets juga boleh dituntut oleh penerima servis sekiranya penservis membuat servis daripada petak yang salah dan memenangi rali. Di samping itu, Lets juga boleh dituntut oleh penservis apabila penerima servis bertukar petak dan memenangi rali. Dalam kedua-dua kes ini, lets hanya boleh dituntut sebaik saja rali telah berlangsung. Jika pertukaran berlaku sebelumnya tanpa disedari, lets tidak boleh dituntut dan pihak yang membuat kesalahan akan terus menggunakan petak servis semasa atau yang salah.

Pembatalan Dalam PermainanPembatalan dalam permainan badminton akan berlaku apabila pemain gagal membalas bulu tangkis melepasi jaring ke gelanggang pihak lawan. Selain itu, pemain akan turut kehilangan rali sekiranya menyentuh jaring atau penampungnya dengan raket, badan atau bajunya ketika dalam permainan dan memukul bulu tangkis sebelum ia melepasi jaring ke gelanggangnya. Bagaimanapun, pemain boleh mengikuti pergerakan bulu tangkis melepasi jaring dengan raket semasa membuat pukulan. Di samping itu, pemain menyentuh bulu tangkis dengan anggota badan atau pakaian juga turut membatalkan rali pemain tersebut. Pemain yang menghalang pihak lawan, umpamanya menggelongsor di bawah jaring, membaling raket ke gelanggang pihak lawan, mengacah atau mengelirukan pihak lawan semasa membuat servis juga akan kehilangan servisnya. Seterusnya, permainan akan terbatal sekiranya bulu tangkis terkandas pada raket lalu tercampak semasa hendak membuat pukulan, atau jika bulu tangkis dipukul dua kali berturut-turut oleh pemain yang mempunyai dua pukulan, atau bulu tangkis dipukul berturut-turut oleh pemain dan pasangannya dan penservis semasa cuba membuat servis terlepas pukul bulu tangkis itu.Permainan tidak akan batal sekiranya pemain memukul serentak bulu tangkis pada bulu dan bahagian bawah bulu tangkis, memukul bulu tangkis sekali sahaja dengan mana-mana bahagian raket, memukul bulu tangkis berdekatan tiang jaring sewaktu dalam rali asalkan bulu tangkis itu masuk dalam gelanggang lawan apabila jatuh.

Penjaga GarisanPermainan badminton mempunyai secara keseluruhannya sepuluh orang penjaga di gelanggang iaitu yang terdiri daripada pengadil, pembantu pengadil dan penjaga garisan iaitu seramai lapan orang. Fungsi pembantu pengadil dan penjaga garisan akan membantu pengadil untuk memastikan bahawa sama ada pemain akan mendapat mata atau pun sebaliknya. Penjaga-penjaga garisan tidak akan akan memberitahu sama ada bulu tangkis berada dalam keadan in atau out semasa perlawanan berlangsung tetapi mereka hanya menggunakan isyarat tangan untuk menunjukkan bulu tangkis keluar atau bulu tangkis masuk dalam garisan. Contoh isyarat tangan yang digunakan dalam perlawanan badminton ialah seperti berikut :

Kedudukan Pengadil, Pembantu Pengadil Dan Penjaga Garisan

2.0 PERMAINAN KECIL Tajuk : Permainan Jaringan Gol BadmintonPeralatan : Wisel (1), Bulu tangkis (20), Raket (20), Bakul (5)Organisasi :

Cara Dimainkan :1. Para pelajar dibahagikan kepada 5 kumpulan dan setiap kumpulan terdiri daripada 4 orang.2. Keempat-empat pelajar tersebut akan berdiri dalam satu barisan. 3. Pelajar yang berada di barisan hadapan dikehendaki membuat servis rendah back hand dan memastikan bulu tangkis tersebut masuk ke dalam bakul yang telah disediakan..4. Setiap pelajar akan diberi peluang sebanyak 2 kali untuk mencuba..5. Setiap bulu tangkis yang masuk ke dalam bakul akan diberi satu markah.

Aspek Keselamatan:1. Tidak dibenarkan menghayun raket terlalu kuat sehingga terkena kawan.Bentuk kecergasan:1. .Koordinasi mata, tangan dan kaki2. MemukulVariasi:1. Jarak bakul dari pemain

Tajuk : Permainan Badminton Lepas Jarak Antara Jaring dengan Tali yang Telah DitetapkanPeralatan : Wisel (1), Bulu tangkis (10), Raket (20)Organisasi :

Cara Dimainkan :1. Tiang yang digunakan untuk mengikat jaring diikat dengan satu tali yang jaraknya sejauh 10 cm daripada jaring badminton.2. Setiap pelajar diminta berbaris di hadapan garisan short.3. Setiap pelajar yang berjaya membuat servis yang bulu tangkisnya melepasi jarak di antara jaring dengan tali yang diikat akan diberi sebanyak 5 markah. Sesiapa yang gagal akan diberikan 0 markah. 4. Aktiviti ini dilakukan sebanyak 5 kali setiap pelajar.Aspek Keselamatan:1. Tidak dibenarkan menghayun raket terlalu kuat sehingga terkena kawan.Bentuk Kecergasan:1. Koordinasi mata, tangan dan kaki2. MemukulVariasi:1. Jarak pemain dengan jaring2. Ketinggian tali dengan jaring

Tajuk: Ipoh ShuttlePeralatan : Wisel (1), Bulu tangkis (20), Raket (20), Bakul (5)Organisasi :

Cara Dimainkan:1. Pelajar dibahagikan kepada 2 kumpulan, iaitu kumpulan A dan kumpulan B.2. Kumpulan A akan berada dalam bulatan manakala kumpulan B akan berada di luar bulatan.3. Kumpulan A akan menjadi sasaran.4. Kumpulan B memukul menjunam (drop) bulu tangkis terhadap kumpulan A. 5. Pelajar dalam kumpulan A pula akan memukul bulu tangkis dengan pukul lob kepada kumpulan B.6. Pelajar yang gagal menyambut bulu tangkis tersebut akan dikira kalah.7. Pemenang ialah pelajar yang bertahan paling lama.

Aspek Keselamatan:1. Tidak dibenarkan menghayun raket terlalu kuat sehingga terkena kawan. Bentuk Kecergasan:1. Koordinasi mata, tangan dan kaki2. MemukulVariasi:1. Keluasan bulatan

3.0 RUJUKAN

Badminton siri Kenali Sukan. (1994). Selangor Darul Ehsan: Yeohprinco Sdn.Bhd.Aziz Mohammed. (1993). Siri Sukan Amiza Badminton. Selangor Darul Ehsan: Amiza Publishing Sdn Bhd.Tony Grice, Mohd Taib Harun, Norrlena Salamuddin. (1996). Badminton Meniti Tangga Kejayaan. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributions Sdn Bhd.

4.0 REFLEKSI