badminton

28
BADMINTON Disediakan oleh: Kumpulan Badminton PPISMP SEM 3

Upload: abdul-mujib

Post on 25-Jun-2015

481 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Badminton

BADMINTONDisediakan oleh: Kumpulan Badminton

PPISMP SEM 3

Page 2: Badminton

Sejarah

• Permainan badminton berasal dari India dan

diperkenalkan di England oleh askar-askar

Inggeris yang bertugas di India. Melalui

merekalah, permainan badminton

diperkenalkan di Malaysia.

Page 3: Badminton

• Persekutuan Badminton Antarabangsa atau

IBF yang bertanggungjawab menguruskan

pertandingan badminton. Di peringkat

antarabangsa pula telah ditubuhkan pada

tahun 1934.

Page 4: Badminton

• Selaku Presiden IBF yang pertama, Sir George

Thomas telah menghadiahkan sebuah piala

sempena namanya untuk dijadikan Piala

Pusingan.

Page 5: Badminton

• Piala Thomas ini telah dipertandingkan selama

3 tahun sekali dan Kejohanan Badminton Piala

Thomas dikenali sebagai satu pertandingan

badminton yang paling unggul di dunia,

menyamai keunggulan Kejohanan Tenis

Wimbledon.

Page 6: Badminton

• Kali pertama pasukan badminton negara

memenangi Piala Thomas ialah pada 1949.

Kejayaan ini kemudian disusuli dengan

beberapa lagi kejayaan iaitu pada tahun 1952,

1955 dan 1967.

Page 7: Badminton

• Pada tahun 1992 pula, pasukan badminton

negara yang ditunjangi oleh Keluarga Sidek,

sekali lagi berjaya menjulang Piala Thomas.

Page 8: Badminton

ALATAN BADMINTON• RAKET

Raket diperbuat daripada kayu , besi atau

gentian karbon. Bahagian badan raket

terdiri daripada tiga bahagian iaitu

bahagian kepala , badan dan pemegang .

Page 9: Badminton

Bahagian kepala raket berukuran 25.4 cm serta

mempunyai lebar sebanyak 20.3 cm. Panjang

keseluruhan sebuah raket ialah 66.1 cm. Berat

raket adalah antara 99.2 gram sehingga 141.7

gram.

Page 10: Badminton

• BULU TANGKIS

Bulu tangkis diperbuat daripada bulu angsa

atau bulu jenis plastik. Mempunyai diameter

bebola antara 25 sehingga 28 mm dan

diameter bulu sebesar antara 58 sehingga 68

mm. Tinggu bulu tangkis ialah 64 sehingga 70

mm. Berat bulu tangkis pula adalah sekitar

5.76 gram

Page 11: Badminton

• GELANGGANG

- Gelanggang badminton berbentuk segi empat tepat.

- Ukuran panjang iaitu 13.40 meter dan ukuran lebar

adalah 6.10 meter untuk acara beregu.

- Acara perseorangan pula, panjang gelanggang

badminton ialah 13.4 meter dan lebar sebanyak

5.18 meter.

Page 12: Badminton

- Tinggi tiang badminton berukuran 1.55 meter.

- Jaring diperbuat daripada tali halus yang berwarna

gelap dan sama tebal dengan siratannya tidak kurang

15 mm dan tidak melebihi 20 mm.

- Labuh jaring juga berukuran 760 mm . Bahagian atas

sekali jaring itu hendaklah tingginya 1.524 meter dari

lantai iaitu di bahagian tengahnya dan 1.55 meter di

bahagian garis

Page 13: Badminton

KEMAHIRAN MEMEGANG RAKET

• Terdapat dua teknik memegang raket yang

merupakan perkara asas sebelum memulakan

permainan. Teknik tersebut ialah teknik

pegang depan dan pegang kilas .

Page 14: Badminton

• Teknik pegang depan ialah teknik

menggenggam raket dengan keempat – empat

jari , manakala ibu jari di bahagian atas.

Sementara bagi pegangan kilas , keempat –

empat jari memegang raket , manakala ibu jari

hanya diletakkan pada bahagian pemegang.

Page 15: Badminton

KEMAHIRAN SERVIS

• SERVIS TINGGI

Servis tinggi yang baik adalah apabila bulu tangkis

jatuh hampir ke garisan belakang gelanggang pihak

lawan. Antara cara – cara melakukan servis tinggi

ini bermula dengan pemain berdiri di petak servis.

Kemudian, pemain memegang raket dengan teknik

pegang depan .

Page 16: Badminton

Berat badan di kaki belakang pemain. Sebelah

tangan memegang bulu tangkis di paras

pinggang. Ayun tangan ke hadapan sambil

melepaskan bulu tangkis. Kontak bulu tangkis

pada bahagian muka raket. Pindahkan berat

badan ke kaki hadapan dan ikut lajak .

Page 17: Badminton

• SERVIS RENDAH

Pemain perlu memegang raket dengan teknik pegang

depan . Pegang bulu tangkis separas pinggang

kemudian ayun raket ke belakang sambil siku fleksi .

Mata pemain haruslah memandang ke arah bulu

tangkis dan mengunci pergelangan tangan .

Page 18: Badminton

Bulu tangkis dilepaskan ke bawah sedikit dari

paras pinggang . Kontak bulu tangkis pada

bahagian tengah raket . Akhir sekali , ikut lajak

selari dengan pergerakan bulu tangkis .

Page 19: Badminton

• SERVIS KILAS

Pemain memegang raket mengikut teknik

pegang kilas. Bulu tangkis pula dipegang

separas pinggang dan hampir ke bahagian

muka raket. Berat badan dibawa ke kaki

hadapan. Lakukan pukulan dengan kilasan

pergelangan tangan. Kontak bulu tangkis pada

bahagian tengah muka raket dan ikut lajak .

Page 20: Badminton

KEMAHIRAN PUKULAN

• PUKULAN HADAPAN

Untuk menyerang pihak lawan. Terdapat

beberapa kaedah untuk melakukan pukulan ini

dimulai dengan pemain memegang raket

mengikut teknik pegang hadapan .

Page 21: Badminton

• Kemudian, bawa raket ke belakang dengan

siku fleksi. Pergelangan tangan dikunci serta

ayun raket ke hadapan dan kontak bulu

tangkis separas dengan ketinggian jaring.

Pergerakan mengikut lajak.

Page 22: Badminton

• PUKULAN KILAS

Untuk bertahan. Terdapat beberapa kaedah

yang perlu dilakukan untuk melaksanakan

pukulan kilas. Dimulai dengan pemain berada

pada kedudukan sedia.

Page 23: Badminton

• Kemudian raket dipegang mengikut teknik

pegang kilas. Kilas pinggang sambil siku fleksi

menyilang dada. Ayun raket ke hadapan dan

kontak bulu tangkis pada paras bahu.

Pergerakan mengikut lajak.

Page 24: Badminton

• PUKULAN LOB

Untuk bertahan serta menyukarkan pihak lawan

melakukan serangan. Terdapat beberapa

langkah yang perlu dituruti untuk melakukan

pukulan ini. Dimulai dengan pemain perlu

berada pada kedudukan sedia. Pemain

memegang raket dengan teknik pegang

hadapan.

Page 25: Badminton

• Bawa raket ke belakang atas kepala. Siku fleksi

sambil kepala didongakkan. Kemudian, bawa

raket ke hadapan atas kepala dengan siku

fleksi. Kontak bulu tangkis semasa ia berada di

atas kepala. Pergerakan badan ikut lajak.

Page 26: Badminton

• KEMAHIRAN SMESY

Tujuan mematikan permainan pihak

lawan. Lompatan dilakukan untuk menambah

daya bagi menghasilkan kelajuan bulu tangkis .

Page 27: Badminton

• Terdapat beberapa teknik untuk melakukan

kemahiran smesy dimulai dengan pemain

harus berada pada kedudukan sedia. Pemain

memegang raket mengikut teknik pegang

depan.

Page 28: Badminton

• Raket diayunkan ke belakang kepala dan siku

fleksi. Kedudukan badan dibelakang bulu

tangkis. Kontak bulu tangkis semasa bulu

tangkis berada di atas depan kepala, setinggi

yang boleh dicapai. Pergerakan badan

mengikut lajak.