bab3 kerja berpasukan

11
BAB3 : KEPIMPINAN DAN KERJA BERPASUKAN Inovasi dalam kepimpinan Kepimpinan berperanan kearah pencetusan inovasi adalah penting. Inovasi dalam kepimpinan yang di cetuskan ini perlu mempunyai latihan, pengalaman, pendedahan dan pengatahuan yang luas untuk mengurus sesebuah organisasi dengan baik. Selain memberi dorongan dan komitmen kepada pekerja dalam menghasilkan kreativiti dan inovasi dengan menghantar mereka ke seminar-seminar atau latihan yang diperlukan, kepimpinan haruslah merangka strategi yang berkesan untuk membawa perubahan dinamik dan menjadikan organisasi itu kreatif dan inovatif. Ketandusan kreativiti dan inovasi dalam sesebuah organisasi boleh dilihat sebagai punca utama kelemahan sesebuah organisasi dalam menghadapi perubahan dan cabaran inovasi. Di antara perubahan-perubahan inovasi yang dapat dilihat dalam kehidupan manusia ketika ini adalah inovasi teknologi dan inovasi pengatahuan. Kejayaan perkembangan organisasi banyak bergantung kepimpinan yang bersifat kreatif dan inovatif kerana itu pemimpin perlu berpandangan jauh, pemikiran terbuka, serta sedia mendengar pandangan orang lain. Mereka juga perlu mempunyai sifat-sifat yang berwibawa dalam mencorakkan pelbagai pembaharuan dalam

Upload: vipsdontcros

Post on 12-Dec-2015

43 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

801

TRANSCRIPT

Page 1: BAB3 KERJA BERPASUKAN

BAB3 : KEPIMPINAN DAN KERJA BERPASUKAN

Inovasi dalam kepimpinan         Kepimpinan berperanan kearah pencetusan inovasi adalah penting. Inovasi dalam kepimpinan yang di cetuskan ini perlu mempunyai latihan, pengalaman, pendedahan dan pengatahuan yang luas untuk mengurus sesebuah organisasi dengan baik.

Selain memberi dorongan dan komitmen kepada pekerja dalam menghasilkan kreativiti dan inovasi dengan menghantar mereka ke seminar-seminar atau latihan yang diperlukan, kepimpinan haruslah merangka strategi yang berkesan untuk membawa perubahan dinamik dan menjadikan organisasi itu kreatif dan inovatif. Ketandusan kreativiti dan inovasi dalam sesebuah organisasi boleh dilihat sebagai punca utama kelemahan sesebuah organisasi dalam menghadapi perubahan dan cabaran inovasi.Di antara perubahan-perubahan inovasi yang dapat dilihat dalam kehidupan manusia ketika ini adalah inovasi teknologi dan inovasi pengatahuan.Kejayaan perkembangan organisasi banyak bergantung kepimpinan yang bersifat kreatif dan inovatif kerana itu pemimpin perlu berpandangan jauh, pemikiran terbuka, serta sedia mendengar pandangan orang lain.Mereka juga perlu mempunyai sifat-sifat yang berwibawa dalam mencorakkan pelbagai pembaharuan dalam organisasi. Dengan ciri-ciri tersebut, mereka boleh memberi dorongan dalam meningkatkan kualiti produk dan kualiti intelektual. Pemimpin sesebuah organisasi juga hendaklah berkeupayaan untuk

Page 2: BAB3 KERJA BERPASUKAN

memotivasikan pekerja serta mengenal pasti kekuatan dan kelemahan setiap mereka yang ada dalam organisasi.

 ( Sumber dari laman http://hairilhazlan.com/2010/inovasi-dalam-kepimpinan/, artikal kepimpinan )

Apa itu kerja berpasukan

        Secara ringkasnya kerja berpasukan merujuk kepada pekerja yang bekerja dalam satu kumpulan yang sering bekerjasama dan menjalankan tugas secara berganding bahu bagi mencapai matlamat pasukan. Sebuah pasukan terdiri daripada gabungan sebilangan individu yang mempunyai kompetensi yang saling bergantung iaitu dari segi keupayaan, kepakaran, kemahiran dan pengatahuan serta mempunyai akauntabiliti dan komitmen terhadap prestasi pasukan serta bersedia melaksanakan tugasan secara bersama. Antara ciri2 sebuah pasukan adalah:

CIRI-CIRI PASUKAN KERJA

Ketua Ketua sebagai fasilitator dan pebimbing pasukan

Membuat

keputusan Persetujuan seluruh pasukan setelah maklumat diterima dan dinilai

Matlamat Matlamat ditentukan oleh pasukan

Page 3: BAB3 KERJA BERPASUKAN

Penentuan kerja Pasukan merangcang penugasan kerja secara bersama

Komunikasi Komunikasi dua hala yang lebih terbuka dan telus

Kerjasama

Anggota berkongsi kepakaran dalam menjadi pelengkap antara satu

sama lain

Hasil kerja Hasil kerja berpasukan

Penilaian Prestasi di nilai secara kolektif

Jadual Ciri2 Sebuah Pasukan

Melalui kerja berpasukan, organisasi dapat meningkatkan hasil tanpa meningkatkan sumber kerana kerja berpasukan melibatkan gabungan usaha, pengatahuan, kemahiran dan kebolehan yang dapat menghasilkan prestasi kerja yang lebih tinggi berbanding jika dilakukan secara bersendirian. Lapan nilai2 utama yang menjasi pra syarat kepada perlaksanaan kerja secara berpasukan iaitu:

Page 4: BAB3 KERJA BERPASUKAN

        1.     Matlamat sama        2.    Tanggungjawab bersama        3.    Saling percaya mempercayai        4.    Berkongsi idea        5.    Saling bantu membantu        6.    Bertolak ansur        7.    Musyawarah        8.    Kerjasama

Sering kali wujud kekeliruan antara kerja berpasukan dengan kerja berkumpulan. perlu dipastikan bahawa kedua-dua istilah ini berbeza. Kerja dalam kumpulan belum tentu membawa maksud kerja sepasukan. Terdapat banyak jenis kerja yang dilakukan oleh individu dalam kumpulan tetapi ia belum menjadi kepada contoh kepada kerja berpasukan kerana:

“Kerja berkumpulan menumpukan kepada kerja masing2 tetapi secara beramai-ramai setiap orang telah ditetapkan kerja yang mesti di siapkan. Malah seseorang dalam kumpulan hanya menerima arahan daripada ketua serta tidak terlibat di dalam menentukan sebarang keputusan atau tindakan”

Tambahan lagi, kerja berpasukan dapat menerima anggota pasukan yang berlainan latar belakang dan menganggap anggota yang berbeza sebagai “sebahagian daripada kita” tetapi kerja berkumpulan, biasanya anggota terdiri daripada mereka yang mempunyai

Page 5: BAB3 KERJA BERPASUKAN

persamaan dari segi cara berfikir dan latara belakang dan menganggap orang lain berbeza sebagai “bukan daripada kita“.

        ( Sumber dari laman http://hairilhazlan.com/2010/apa-itu-kerja-berpasukan/, artikal tentang kerja berpasukan )

Apakah sifat yang perlu ada untuk menjadi pemimpinSifat-sifat yang perlu ada untuk menjadi seorang pemimpin ialah:

•       Pintar•       Mempunyai keyakinan yang tinggi•       Karisma•       Azam yang kuat•       Mempunyai kemahiran social•       Intergriti

Definisi Kepimpinan•       Berasal dari perkataan ‘pimpin’•       Pimpin bererti bimbing, pandu atau tunjuk.

Memimpin diberi erti sebagai memegang tangan dan membawa berjalan menuju ke sesuatu tempat. Kepimpinan membawa erti “keupayaaan memimpin” dan kepemimpinan pula “keupayaan sebagai pemimpin, daya seseorang pemimpin” (Kamus Dewan 1994).

•       Satu proses dimana seorang ejen mempengaruhi atau memujuk subodinatnya supaya berkelakuan seperti yang dikehendakinya (Bennis 1959)

•       Hadirnya pengaruh tertentu di dalam hubungan diantara dua orang atau lebih (Hollander & Julian 1969)

Page 6: BAB3 KERJA BERPASUKAN

•       Mengarah atau menyelaras kerja-kerja ahli kumpulan (Fiedler 1967)

•       Hubungan antara perorangan (interpersonal) iaitu ahli lain mematuhi

•       Kepimpinan ialah “satu proses interaksi di antara individu dengan kumpulan atau khususnya di antara individu dengan keseluruhan ahli-ahli yang menganggotai kumpulan. Setiap yang terlibat dengan proses interaksi ini boleh dianggap memegang peranan yang tertentu yang membezakan antara satu sama lain. Asas yang membezakan antara satu dengan lain ini ialah pengaruh, iaitu pemimpin mempengaruhi dan pengikut mematuhi” (Gordon 1955).

•       Kepimpinan mengandungi tugas-tugas serta fungsi bagi:

  menetapkan matlamat  menyusun  mengarah dan menyelaras  mengawal bagi mencapai matlamat yang

ditetapkan.

Gaya kepimpinan

Teori-teori kepimpinan

Page 7: BAB3 KERJA BERPASUKAN

Fungsi pemimpin1.  FUNGSI TUGASAN

Memahami tugas dan merancang pelbagai rancangan bg menyelesaikan tugas secara menyeluruh

2.  FUNGSI KUMPULANPemimpin adalah contoh kepada kumpulan

3.  FUNGSI TERHADAP INDIVIDUPemimpin mengawal individu dalam kumpulan

DEFINISI KONSEP KERJA BERPASUKAN       Menggunakan konsep kerja berpasukan adalah satu pendekatan yang unik tetapi kreatif.    Kerja berpasukan mengenal pasti segala kekuatan dan kelebihan semua ahli, mengembeling segala elemen positif dan menggabungkannya sebagai satu punca tenaga baru (Francis &Young 1979).     Pemimpin boleh menjadikan satu pasukan kerja yang lebih efektif dengan cara mengumpulkan kesemua ahli yang berbakat serta memupuk dan memotivasikan semangat mereka menjadi lebih positif demi mencapai matlamat pasukan kerja yang ditetapkan.  

Page 8: BAB3 KERJA BERPASUKAN

Perbezaan antara  kerja berpasukan dan kerja kumpulan

Teori kerja berpasukan           Kepimpinan yang lemah biasanya dilihat sebagai halangan kepada kemajuan sesuatu pasukan. Selain dari pemimpin, peranan pasukan itu sediri akan mempengaruhi kejayaan atau kegagalan sesuatu pasukan yang terbina. Untuk memahami konsep kerja berpasukan,kita akan melihat kepada teori-teori yang berkaitan dengan kerja berpasukan: Teori Belbin Teori Hierarki Keperluan Maslow(Abraham Maslow – 1954)  Teori X dan Y (Douglas McGregor)

Kelebihan dan faedah kerja berpasukan1.   Memupuk Sikap Bekerjasama2.  Membuat Keputusan Dan Penyelesaian Masalah3. Sumber Manusia Akan Lebih Produktif

Page 9: BAB3 KERJA BERPASUKAN

4. Membina Komitmen Yang Mantap5. Membina Jaringan Komunikasi Yang Berkesan6. Berkualiti 7. Semangat Dan Motivasi8. Mengurangkan Tenaga Dan Kakitangan9. Kepuasan Bekerja

Ciri-ciri kerja berpasukanKerja berpasukan memiliki cirinya yang tersendiri. Yeop Hussin (2011) seorang pensyarah tempatan menghuraikan aspek-aspek penting yang perlu ada untuk satu kerja pasukan yang mantap. Berikut merupakan hasil dapatan kajian beliau :

  Kepimpinan Ketua  Keanggotaan Ahli  Rangkaian Hubungan  Cara Penyelesaian  Masalah  Mencapai Matlamat