bab1 pengenalan

8
BAB SATU: PENGENALAN APAKAH KOMPUTER? Komputer adalah satu mesin elektronik yang dapat menyimpan dan memproses data kepada maklumat yang dilaksanakan oleh satu siri arahan yang dipanggil program aturcara yang disimpan di dalam ruang ingatannya di mana komputer menerima data (input), memanipulasinya mengikut aturan yang ditetapkan (proses), menghasilkan keputusan (output) dan menyimpan keputusan atau hasil tersebut untuk kegunaan di masa akan datang dengan cepat dan tepat. Perwakilan Data Sebelum memahami cara komputer memproses data, adalah perlu untuk memahami bagaimana data diwakilkan di dalam komputer: Manusia berinteraksi menggunakan perkataan dan ayat setiap kali bercakap. Pertuturan manusia adalah analog, bermakna ia menggunakan isyarat berterusan untuk mewakilkan data dan maklumat. Manakala komputer pula adalah digital , iaitu ia hanya memahami dua keadaan sahaja iaitu samada ada arus (on) atau tiada arus (off ). Ini adalah disebabkan komputer yang terdiri daripada komponen-komponen elektrik yang dijanakan oleh kuasa elektrik yang hanya berfungsi di dalam dua keadaan tersebut. Dua keadaan ini diwakilkan oleh nombor 1 bagi ada arus clan 0 bagi tiada arus. Kita mengira dengan menggunakan digit 0 hingga 9 yang dipanggil sistem persepuluban. Disebabkan komputer hanya mengenali 2 digit sahaja; 1 dan 0, maka sistem nombor ini dipanggil sistem perduaan atau iebih dikenali sebagai sistem binari (binary system). Setiap digit 1 dan 0 dikenali sebagai bit (kependekan untuk binary digit) dan merupakan unit terkecil untuk data yang diwakilkan oleh komputer. Satu bit sebenarnya tidak membawa apa-apa makna, namun kombinasi 8 bit dikenali sebagai bait (byte) dan boleh mewakilkan banyak data atau pun maklumat. Ini disebabkan gabungan 0 dan 1 yang berbeza di dalam 1

Upload: anas-assayuti

Post on 19-May-2015

731 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: Bab1 pengenalan

BAB SATU: PENGENALAN

APAKAH KOMPUTER?

Komputer adalah satu mesin elektronik yang dapat menyimpan dan memproses data kepada

maklumat yang dilaksanakan oleh satu siri arahan yang dipanggil program aturcara yang

disimpan di dalam ruang ingatannya di mana komputer menerima data (input),

memanipulasinya mengikut aturan yang ditetapkan (proses), menghasilkan keputusan

(output) dan menyimpan keputusan atau hasil tersebut untuk kegunaan di masa akan datang

dengan cepat dan tepat.

Perwakilan Data

Sebelum memahami cara komputer memproses data, adalah perlu untuk memahami

bagaimana data diwakilkan di dalam komputer: Manusia berinteraksi menggunakan perkataan

dan ayat setiap kali bercakap. Pertuturan manusia adalah analog, bermakna ia menggunakan

isyarat berterusan untuk mewakilkan data dan maklumat. Manakala komputer pula adalah

digital , iaitu ia hanya memahami dua keadaan sahaja iaitu samada ada arus (on) atau tiada

arus (off).

Ini adalah disebabkan komputer yang terdiri daripada komponen-komponen elektrik yang

dijanakan oleh kuasa elektrik yang hanya berfungsi di dalam dua keadaan tersebut. Dua

keadaan ini diwakilkan oleh nombor 1 bagi ada arus clan 0 bagi tiada arus. Kita mengira

dengan menggunakan digit 0 hingga 9 yang dipanggil sistem persepuluban. Disebabkan

komputer hanya mengenali 2 digit sahaja; 1 dan 0, maka sistem nombor ini dipanggil sistem

perduaan atau iebih dikenali sebagai sistem binari (binary system).

Setiap digit 1 dan 0 dikenali sebagai bit (kependekan untuk binary digit) dan merupakan

unit terkecil untuk data yang diwakilkan oleh komputer. Satu bit sebenarnya tidak membawa

apa-apa makna, namun kombinasi 8 bit dikenali sebagai bait (byte) dan boleh mewakilkan

banyak data atau pun maklumat. Ini disebabkan gabungan 0 dan 1 yang berbeza di dalam 1

Page 2: Bab1 pengenalan

Pengenalan

Mohd Farid JaafarJSM, FSKTM, UPM

2

bait boleh mewakili sehingga 256 aksara berbeza tennasuk nombor, huruf besar, huruf kecil

dan simbolsimbol tertentu. Kombinasi beberapa 0 dan 1 ini dipanggil Skema Pengekodan.

Sistem Pengekodan

Dua sistem pengekodan yang paling banyak digunakan ialah ASCII, (American Standard Code

for Information Interchange), yang digunakan di dalam komputer peribadi dan minikomputer;

dan EBCDIC, (Extended Binary Coded Decimal Interchange Code) yang digunakan di dalam

komputer kerangka utama.

EBCDICSimbol @

AksaraASCII EBCDIC

Simbol @ Aksara

ASCII

11110000 0 00110000 11001111 N 0100111011110001 1 00110001 11010000 O 0100111111110010 2 00110010 11010001 P 0101000011110011 3 00110011 11010010 Q 0101000111110100 4 00110100 11010011 R 0101001011110101 5 00110101 11010100 S 0101001111110110 6 00110110 11010101 T 0101010011110111 7 00110111 11010110 U 0101010111111000 8 00111000 11010111 V 0101011011111001 9 00111001 11011000 W 0101011111000010 A 01000001 11011001 X 0101100011000011 B 01000010 11011010 Y 0101100111000100 C 01000011 11011011 Z 0101101011000101 D 01000100 01011010 ! 0010000111000110 E 01000101 01111111 “ 0010001011000111 F 01000110 01111011 # 0010001111001000 G 01000111 01011011 $ 0010010011001001 H 01001000 01101100 % 0010010111001010 I 01001001 01010000 & 0010011011001011 J 01001010 01001101 ( 0010011111001100 K 01001011 01011101 ) 0010100011001101 L 01001100 01011100 * 0010100111001110 M 01001101 01001110 + 00101010

Dua skema pengekodan yang popular; EBCDIC danASCI1

Kedua-dua skema ini hanya boleh digunakan untuk mewakili huruf-huruf Roman; iaitu A

hingga Z dan nombor 0 hingga 9. la tidak dapat mewakili huruf-huruf bahasa lain seperti

bahasa Arab, Cina, Tamil dan Jepun. Cara mengatasi masalah ini adalah dengan menggunakan

satu lagi skema pengekodan yang dipanggil UNICODE. Kehadiran skema ini membolehkan

Page 3: Bab1 pengenalan

Pengenalan

Mohd Farid JaafarJSM, FSKTM, UPM

3

anda menggunakan bahasa Arab iaitu dengan menggunakan huruf-huruf Arab di dalam perisian

pemprosesan perkataan anda.

PERKAKASAN

Perkakasan komputer adalah peranti komputer yang kelihatan secara fizikal. Ia membentuk

sebuah sistem komputer. Secara asasnya, komputer mempunyai 4 komponen yang berikut:

Peranti Input - menerima data dan menghantar data ke CPU.

Contoh: Papan kekunci, tetikus, kamera, pengimbas, mikrofon, light pen, joystick,

trackball dan pembaca kod bar. Peranti input seolah-olah menterjemah arahan pengguna

kepada bahasa yang difahami oleh komputer.

Peranti Pemprosesan - Unit pemproses adalah satu set litar elektronik yang melaksanakan

arahan-arahan dan memproses data. Peranti yang ditempatkan di dalam sistem unit komputer

ini, adalah pusat kawalan untuk keseluruhan sistem komputer, ia adalah seolah-olah otak

kepada komputer. Peranti pemproses menerima dan menyimpan data dan arahan daripada

peranti input, tnemprosesnya dan menghantar keputusan atau hasil ke peranti output.

Peranti ini terdiri daripada Unit Pemprosesan Pusat (CPU) dan Unit Storan Utama

(main memory).

CPU

Juga dikenali sebagai pemproses (processor) merupakan satu peranti yang menterjemah dan

melaksanakan arahan-arahan pengoperasian komputer. la terdiri daripada satu unit kawalan

(control unit) dan satu unit arithmetik logik (arithmetic logic unit. ALU). Unit kawalan dan

unit arithmetik logik adalah sebenarya koleksi litar elektronik yang kompleks di mana ia

mengandungi beribu-ribu transistor yang dipasang di atas litar bersepadu. Litar bersepadu

yang diukir di atas cip silikon ini dipanggil pemproses mikro (mikroprocessor).

Page 4: Bab1 pengenalan

Pengenalan

Mohd Farid JaafarJSM, FSKTM, UPM

4

Unit Kawalan

Unit kawalan adalah peranti yang tidak melaksanakan arahan. Sebaliknva ia mengawal dan

menyelaras aktiviti sistem komputer mengikut arahan yang diterima terutama untuk

mengarah pergerakan data di antara ingatan utama dan ALU.

ALU

Melaksanakan opearasi arithmetik dan perbandingan logikal, dan mengawal kelajuan operasi.

Operasi arithmetik yang dimaksudkan ialah operasi tambah (+), tolak (-), darab (*) dan

bahagi (/). Operasi perbandingan logikal pula adalah operasi perbandingan di antara 2

data. Enam operasi perbandingan logikal ialah lebih besar (>), lebih kecil (<), sama dengan

(=), lebih besar atau sama dengan (>=), lebih kecil atau sama dengan (<=) dan tidak

sama dengan (<>). Di samping 6 operasi ini terdapat 3 operasi tambahan iaitu AND, NOT

dan OR.

Storan Utama

Lebih dikenali sebagai RAM, (Random Access Memory) atau pun Unit Capaian Rawak,

adalah kawasan simpanan sementara untuk data dan arahan yang diperlukan oleh CPU untuk

aturcara yang sedang diproses dan untuk pengendalian keseluruhan sistem komputer.

Peranti Output - mempamerkan segala maklumat dan keputusan yang dihasilkan

daripada CPU. Kebiasaannya, output yang dihasilkan berbentuk paparan skrin, kertas,

mikrofilem dan suara. Contoh : Monitor, pencetak, plotter, pembesar suara dan video.

Peranti Storan - menyimpan data untuk tujuan storan agar boleh dicapai untuk kegunaan

seterusnya. la juga dikenali sebagai storan sekunder (secondary storage) yang

menyimpan data, arahan dan maklumat lebih kekal berbanding dengan storan utama. la

juga bertindak sebagai peranti input kepada storan utama. Ini adalah kerana sebelum

sebarang proses berlaku, data dan arahan perlu ditempatkan terlebih dahulu di dalam

storan utama. Contoh : Cakera keras, cakera lembut, pita magnetik dan cakera optikal.

Page 5: Bab1 pengenalan

Pengenalan

Mohd Farid JaafarJSM, FSKTM, UPM

5

Dengan adanya teknologi komunikasi, komponen komunikasi telah ditambah bagi

memudahkan pengguna untuk mencapai maklumat dan berhubung dengan dunia luar melalui

Internet. Contoh:Modem dan fax modem.

PERISIAN

Merupakan aturcara yang mengandungi beberapa siri arahan yang memberitahu perkakasan, perkara-

perkara yang harus dilaksanakan. Sebagai contoh, sebahagian aturcara di dalam perisian akan

membenarkan anda membuat kemasukan data melalui papan kekunci dan menyimpannya di dalam

ruang ingatan. Manakala sebahagian aturcara lain dalam perisian ini akan membuat proses pengiraan

di dalam ruang ingatan seperti proses penambahan beberapa siri nombor untuk mengira jurnlahnya.

Sebelum sesuatu aturcara dapat dijalankan, arahan-arahan yang terdapat di dalam aturcara itu mestilah

ditempatkan di dalam ingatan utama komputer (main memory) terlebih dahulu.

Perisian terbahagi kepada 2 jenis iaitu perisian sistem (system software) dan perisian aplikasi

(application system). Perisian sistem terdiri daripada aturcara yang mengawal operasi-operasi

komputer dan perkakasannya. la juga bertindak sebagai perantara di antara pengguna dan peranti. Dua

jenis perisian sistem ialah sistem pengoperasian (operating system) dan aturcara utiliti (utility

program). Editor teks dan penterjemah bahasa adalah antara contoh lain perisian sistem. Perisian

aplikasi pula adalah perisian yang direka untuk melakukan tugas-tugas tertentu pengguna. Antara

perisian aplikasi yang terkenal ialah perisian pemprosesan perkataan (word processing application).

perisian pangkalan data (database application) an pelayar internet (web browser).

PENGENALAN KEPADA VISUAL BASIC

Apakah Visual Basic?

Terdapat banyak bahasa pengaturcaraan yang direka bagi menyelesaikan pelbagai masalah. Bahasa

pengaturcaraan ini boleh dikhaskan kepada bahasa mesin, bahasa perhimpunan dan bahasa

paras tinggi.

Page 6: Bab1 pengenalan

Pengenalan

Mohd Farid JaafarJSM, FSKTM, UPM

6

Bahasa mesin ini melibatkan penggunaan arahan bahasa pengaturcaraan - yang berbentuk digit

binari (0 dan 1). Ia merupakan bahasa asal sesebuah komputer. Aturcara yang ditulis di dalam

bahasa ini tidak perlu diterjemahkan dan sedia untuk dilaksanakan. Ini kerana arahan-arahannya

telah difahami oleh komputer. Kelemahan bahasa ini ialah susah dipelajari kerana menggunakan

kod 0 dan 1. Oleh itu aturcara akan menjadi panjang walaupun untuk menyelesaikan masalah yang

mudah. Bahasa ini juga hanya boleh dilarikan pada komputer yang dikhaskan sahaja. Contoh:

Bahasa perhimpunan adalah lebih mudah difahami oleh pengaturcara dalam membuat

penulisan aturcara. Aturcara yang ditulis dalam bahasa perhimpunan ini tidak boleh diproses secara

terus oleh komputer kerana ianya memerlukan penterjemah bahasa yang dipanggil penghimpun

untuk menukarkan aturcara kepada kod mesin bagi tujuan perlaksanaan. Aturcara masih lagi

panjang kerana masih lagi berkait dengan arahan bahasa mesin. Contoh:

Bahasa paras tinggi direka bagi memudahkan pengaturcaraan kerana mirip bahasa

lnggeris dan mempunyai struktur bahasa yang senang difahami. Bahasa ini senang dipelajan,

namun masih perlu diterjemahkan yang dipanggil pengkompil (compiler) kepada bahasa mesin

sebelum boleh dilaksanakan. Aturcara boleh dilarikan dari mana-mana komputer. Contohnya

BASIC (Beginners All-purpose Symbolic Instruction Code), C, COBOL (Common Business

Oriented Language), FORTRAN (FORmul T'RANslation), Ada dan Pascal.

Visual Basic adalah dibangunkan daripada BASIC. lanya menggunakan pendekatan yang

berbeza daripada pendekatan prosedur, iaitu menggunakan pendekatan Pengaturcaraan

Berorientasikan Objek (Object Oriented Programming) dan Pengaturcaraan Event-Driven.

Pengaturacaraan Visual Basic melibatkan penggunaan object. Object ini terdiri daripada

Properties dan Method.

Object: Merupakan benda atau kata benda seperti Form dan Control. Form adalah

tetingkap (windows) dan kotak dialog yang terpapar pada skrin komputer.

Control adalah elemen-elemen yang berada di dalam Form seperti kotak teks,

butang arahan dan kotak senarai.

Properties: Menerangkan ciri-ciri bagi Object seperti warm, saiz, lokasi, nama dan

sebagainya. Contohnya Forml.Caption

Page 7: Bab1 pengenalan

Pengenalan

Mohd Farid JaafarJSM, FSKTM, UPM

7

Methods: Methods mewakili tindakan yang akan dilaksanakan oleh object. lanya

menggunakan perkataan yang dikhaskan oleh OOP seperti Move, Print, Resize

dan Clear. Contohnva Forml.Print

Pengaturcaraan Event-Drive mengandungi kebanyakan (tetapi tidak semua) elemen yang terdapat di

dalam Pengaturcaraan Berorientasi Objek (OOP). Pendekatan ini membolehkan pengguna hanya

perlu menekan butang arahan untuk melaksanakan arahan yang dikehendaki. Tindakan pengguna ini

akan menyebabkan event berlaku. yang mana dilakukan oleh aturcara Basic yang ditulis. Sebagai

contoh, pengguna menekan butang arahan yang berlabelkan KIRA. Proses klik butang ini akan

menyebabkan event Click berlaku, di mana secara automatik prosedur yang melaksanakan proses

pengiraan akan dipanggil bagi melaksanakan tugas pengiraan.

Pembangunan VB adalah secara berperingkat-peringkat iaitu bermula daripada versi 1.0 pada

1991, versi 2.0 pada 1992, versi 3.0 pada 1993, versi 4.0 pads 1995, versi 5.0 pada 1997, versi 6.0

pada 1998 dan versi VB .Net pada 2003. Visual Basic 6.0 mempunyai 4 edisi iaitu Learning.

Professional, Enterprise dan Working Model. Edisi Professional dan Enterprise sesuai bagi

pembangunan aplikasi profesional dan kompleks contohnya yang melibatkan pengurusan pangkalan

data yang besar.

Visual Basic adalah antara bahasa pengaturcaraan yang paling mudah dan menarik kerana ianya

bersifat mesra-pengguna dan kelihatan seperti persekitaran Windows. Microsoft Windows

menggunakan Graphical User Interface (GUI).

Persekitaran Visual Basic

Persekitaran Visual Basic adalah tempat di mana anda akan membina dan menguji program.

Sebelum memulakan projek pengaturcaraan, perkara yang asas perlu dilakukan ialah

melarikan perisian Visual Basic.

Kotak Dialog akan keluar dan anda boleh memilih sama ada ingin memulakan projek yang

baru atau membuka projek yang telah sedia ada atau projek yang terkini.

Page 8: Bab1 pengenalan

Pengenalan

Mohd Farid JaafarJSM, FSKTM, UPM

8

Form Window - tempat bagi mereka bentuk antara muka. Bagi projek yang baru, Visual Basic

akan menetapkan nama form sebagai FORMI, dan ianya adal default. Anda boieh

menukarkannya kepada nama yang lain apabila projek disimpan.

Project Explorer Window - akan memaparkan nama-nama fail yang disimpan di dalam projek.

Bar tajuk memegang nama fail .vbp. Project1 adalah nama default yang diberi oleh Visual

Basic selagi anda tidak menukarkannya dengan nama yang lain.

Properties Window - digunakan untuk set properties bagi objek.

Form Layout Window - kedudukan form di dalam Form Layout menunjukan kedudukan

form semasa projek dilarikan.

Toolbox - mengandungi tools yang digunakan untuk menempatkan objek di dalam form.

Toolbar - butang arahan ini adalah sama fungsinya seperti arahan yang terdapat pada menu.

Design Time, Run Time dan Break Time - semasa mereka bentuk antara muka dan menulis

kod ia dipanggil Design Time. Semasa pengujian dijalankan atau projek dilarikan, ia

dipanggil Run Time. Sekiranva anda mendapat ralat (error) semasa Run Time atau projek

diberhentikan (pause) semasa dilarikan, anda berada di Break Time.