bab i pendahuluan 1.1 pengenalan - fp.utm.my · mencatat nota. kaedah pengajaran ... pengajaran...

7
BAB I PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Pendidikan memainkan peranan penting dalam menentukan kemajuan sesebuah negara. Dewasa ini perkembangan sistem pendidikan di Malaysia semakin mencabar dan seiring dengan kemajuan dan perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT). Kemajuan bidang ICT telah banyak membantu dalam usaha ke arah meningkatkan lagi keberkesanan sistem pendidikan. Pelbagai kaedah dan pendekatan baru diperkenalkan dari semasa ke semasa bagi merealisasikan matlamat ke arah menjadikan Malaysia sebagai sebuah pusat pendidikan bertaraf antarabangsa. Sebelum pengenalan komputer di sekolah-sekolah, kaedah pengajaran dan pembelajaran adalah secara tradisional yang berpusatkan kepada guru di mana guru berperanan menyampaikan pelajaran di dalam kelas sambil pelajar mendengar dan mencatat nota. Kaedah pengajaran secara satu hala ini menjadikan pelajar sebagai passive learner” dan hanya bergantung sepenuhnya kepada penyampaian oleh guru. Kaedah ini juga kurang menarik minat pelajar untuk belajar kerana kaedah penyampaian yang sama akan mewujudkan rasa bosan di kalangan pelajar. Menurut Atan Long (1980), pembelajaran tradisional (kapur, buku teks dan percakapan) tidak

Upload: lydan

Post on 02-Sep-2018

218 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: BAB I PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan - fp.utm.my · mencatat nota. Kaedah pengajaran ... pengajaran yang lengkap memandangkan isi kandunganya mengikut sukatan ... tingkatan 4 tidak …

BAB I

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Pendidikan memainkan peranan penting dalam menentukan kemajuan

sesebuah negara. Dewasa ini perkembangan sistem pendidikan di Malaysia semakin

mencabar dan seiring dengan kemajuan dan perkembangan teknologi maklumat dan

komunikasi (ICT). Kemajuan bidang ICT telah banyak membantu dalam usaha ke

arah meningkatkan lagi keberkesanan sistem pendidikan. Pelbagai kaedah dan

pendekatan baru diperkenalkan dari semasa ke semasa bagi merealisasikan matlamat

ke arah menjadikan Malaysia sebagai sebuah pusat pendidikan bertaraf antarabangsa.

Sebelum pengenalan komputer di sekolah-sekolah, kaedah pengajaran dan

pembelajaran adalah secara tradisional yang berpusatkan kepada guru di mana guru

berperanan menyampaikan pelajaran di dalam kelas sambil pelajar mendengar dan

mencatat nota. Kaedah pengajaran secara satu hala ini menjadikan pelajar sebagai

“passive learner” dan hanya bergantung sepenuhnya kepada penyampaian oleh guru.

Kaedah ini juga kurang menarik minat pelajar untuk belajar kerana kaedah

penyampaian yang sama akan mewujudkan rasa bosan di kalangan pelajar. Menurut

Atan Long (1980), pembelajaran tradisional (kapur, buku teks dan percakapan) tidak

Page 2: BAB I PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan - fp.utm.my · mencatat nota. Kaedah pengajaran ... pengajaran yang lengkap memandangkan isi kandunganya mengikut sukatan ... tingkatan 4 tidak …

2

akan menjamin keberkesanan kerana ia tidak menguji daya imaginasi dan pelajar

sukar untuk mendapat idea baru. Akibatnya fikiran pelajar sukar untuk berkembang

dan menjadi tidak kreatif kerana corak pembelajaran yang digunakan tidak

beresuaian dengan keperluan pembelajaran.

Menyedari kepentingan bidang pendidikan dalam merealisasikan wawasan

negara, kerajaan melalui Kementerian Pendidikan telah mengorak langkah dengan

memperkenalkan pelbagai kaedah dan pendekatan pengajaran dan pembelajaran

dalam memastikan bidang pendidikan maju seiring dengan perkembangan semasa, di

mana penekanan diberikan terhadap bidang teknologi maklumat dan penggunaan

komputer di sekolah. Pada tahun 1999, projek perintis sekolah bestari telah

diperkenalkan di 90 buah sekolah selaras dengan kemajuan bidang teknologi

maklumat.

Kemunculan sekolah bestari di Malaysia telah menyebabkan berlakunya satu

perubahan dalam pendekatan guru dan pelajar dalam proses pengajaran dan

pembelajaran. Pelbagai kaedah diperkenalkan dalam usaha mempertingkatkan kualiti

pembelajaran pelajar supaya lebih bermakna dan berkesan. Salah satu darinya adalah

kaedah pengajaran berbantu komputer (PBK). Pembelajaran berbantu komputer

(PBK) adalah satu pendekatan yang berpusatkan komputer untuk tujuan pengajaran

dan pembelajaran. Ini bermakna pelajar menggunakan komputer untuk mempelajari

sesuatu secara langkah demi langkah melalui satu sistem program pembelajaran

secara terancang.

Menurut Toh (1994), PBK adalah satu proses pengajaran yang melibatkan

penggunaan komputer sebagai kemudahan pembelajaran dengan mempersembahkan

bahan pengajaran dalam bentuk interaktif untuk memberikan dan mengawal suasana

pembelajaran setiap pelajar. Nor Hashimah & Wan Azlinda (2001) pula menyatakan

pembelajaran berbantu komputer adalah satu pendekatan kepada pendidikan yang

menggunakan program-program perisian untuk berinteraksi dengan pelajar. Pendapat

lain daripada Baharuddin et.al (2002) menyatakan bahawa PBK mampu melibatkan

Page 3: BAB I PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan - fp.utm.my · mencatat nota. Kaedah pengajaran ... pengajaran yang lengkap memandangkan isi kandunganya mengikut sukatan ... tingkatan 4 tidak …

3

penggunaan deria yang lebih dari satu. Ini kerana penggunaan lebih daripada satu

deria akan memudahkan pelajaran diingati dan tidak menjemukan.

Selaras dengan kepentingan PBK dalam membantu proses P&P di sekolah,

maka dalam projek ini pembangun berusaha untuk membangunkan sebuah perisian

PBK agar ianya dapat memberikan sumbangan kepada guru dan pelajar khusunya di

sekolah menengah teknik yang menawarkan mata pelajaran Pengajian Kejuruteraan

Awam.

1.2 Latar Belakang Masalah

Matapelajaran Pengajian Kejuruteraan Awam (PKA) merupakan salah satu

mata pelajaran elektif yang ditawarkan di sekolah-sekolah menengah teknik di

bawah Kementerian Pendidikan Malaysia. Tujuan matapelajaran ini diperkenalkan

adalah untuk memupuk minat pelajar dalam bidang kejuruteraan dan memberi

pengetahuan dan kemahiran asas khususnya dalam bidang kejuruteraan awam. Ini

selaras dengan saranan pengerusi Institut Kejuruteraan Malaysia, Ahmad Zaidee

Laidin supaya pelajar menyiapkan diri dengan pelbagai kemahiran khususnya bidang

teknikal bagi memenuhi permintaan guna tenaga pada masa kini (New Straits Times,

13 Sept 2001).

Pada amnya matapelajaran kejuruteraan agak sukar untuk difahami oleh

pelajar-pelajar di sekolah menengah teknik (SMT). Kajian oleh Zol Bahri (2002),

mendapati purata pencapaian pelajar bagi subjek-subjek kejuruteraan adalah lebih

rendah berbanding dengan subjek lukisan berbantu komputer atau subjek berbentuk

pengiraan. Ini kerana dalam subjek kejuruteraan pelajar akan mempelajari topik

kejuruteraan yang kadang kala berbentuk abstrak dan sukar bagi pelajar untuk

mendapat gambaran yang sebenar. Seperti mana yang dinyatakan oleh Cockwood

Page 4: BAB I PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan - fp.utm.my · mencatat nota. Kaedah pengajaran ... pengajaran yang lengkap memandangkan isi kandunganya mengikut sukatan ... tingkatan 4 tidak …

4

(1981) dalam Zol Bahri (2002), beliau menyatakan bahawa pelajar sering

menghadapi masalah yang serius untuk memahami konsep kejuruteraan kerana

ketiadaan peralatan-peralatan atau alat bantu mengajar yang sesuai untuk

menunjukkan perhubungan sebenar sesuatu sistem atau mekanisme kejuruteraan.

Masalah ini bertepatan dengan hasil kajian oleh Funkhouser (1993) yang mendapati

bahawa antara masalah pengajaran subjek kejuruteraan ialah ketiadaan alat bantu

mengajar yang sesuai.

Tidak dapat dinafikan penggunaan buku teks adalah perlu sebagai panduan

kepada guru dalam penyampaian pengajaran kepada pelajar. Malangnya kaedah

pengajaran di kebanyakan sekolah pada masa kini masih terlalu bergantung pada

kaedah konvensional yang lebih tertumpu pada penggunaan buku teks akibat

daripada kurangnya bahan bantu mengajar. Ini dikuatkan lagi dengan pendapat Mat

Nor dan Rahman (1990) yang menyatakan bahawa kebanyakan guru sering

beranggapan bahawa penggunaan buku teks sudah memadai sebagai bahan

pengajaran yang lengkap memandangkan isi kandunganya mengikut sukatan

pelajaran di sekolah.

Akibatnya pelajar cepat merasa bosan dan seterusnya menimbulkan

kesukaran khususnya bagi pelajar yang mempunyai penguasaan pembelajaran yang

lemah. Menurut Noor Shahumi (2002), pembinaan buku teks kurang menekankan

penglibatan pelajar sepenuhnya, tidak menitikberatkan perbezaan individu di

samping penerangan yang terlalu umum bagi sesetengah tajuk walaupun tajuk

tersebut memerlukan penerangan yang lebih terperinci. Selain itu, akibat ketiadaan

bahan bantu mengajar yang sesuai, guru terpaksa menerangkan sesuatu topik dengan

selengkap mungkin dan secara berulang kali berpandukan buku teks. Ini akan

menyukarkan guru dan mengambil masa yang lama kerana kebanyakan pelajar di

tingkatan 4 tidak mempunyai pengetahuan asas tentang bidang kejuruteraan awam.

Oleh itu guru amat memerlukan bahan bantu mengajar yang sesuai bagi

memudahkan penyampaian pengajarannya dan pelajar pula mudah memahami isi

Page 5: BAB I PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan - fp.utm.my · mencatat nota. Kaedah pengajaran ... pengajaran yang lengkap memandangkan isi kandunganya mengikut sukatan ... tingkatan 4 tidak …

5

pelajaran yang disampaikan. Ini penting bagi menimbulkan keseronokan belajar di

kalangan pelajar. Atas maksud itu, maka adalah perlu unsur-unsur multimedia

digunakan di dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Ini kerana menurut

Baharuddin & Mohd (1995) unsur-unsur miltimedia yang membenarkan integrasi

elemen-elemen video, audio, teks, grafik dan animasi akan menjadikan proses P&P

suatu pengalaman yang menyeronokkan dan menarik di samping membantu pelajar

memahami sesuatu konsep dengan cepat dan mudah. Ini secara tidak langsung akan

menjimatkan masa penyampaian P&P guru di dalam kelas.

Pada masa kini perkakasan komputer agak mudah diperolehi dengan harga

yang mampu dimiliki oleh hampir semua golongan masyarakat. Namun begitu

masalah timbul kerana perisian-perisian untuk proses pengajaran dan pembelajaran

(P&P) amat kurang di pasaran tempatan khususnya yang menggunakan bahasa

melayu sebagai medium penyampaian. Masalah ini amat ketara lebih-lebih lagi bagi

mata pelajaran yang berkaitan dengan sains, teknikal dan kejuruteraan seperti mana

yang dinyatakan oleh Noor Shahumi (2002). Senario ini menimbulkan masalah

kepada pelajar-pelajar yang mempunyai penguasaan Bahasa Inggeris yang lemah

untuk mendapatkan maklumat lanjut berkenaan topik yang dipelajari. Sekiranya

bahan pembelajaran dalam Bahasa Melayu terus berkurangan maka apa yang akan

berlaku di kalangan pelajar ialah gejala sekatan ilmu, di mana ilmu dari luar tidak

dapat diserap dan dimanfaatkan sepenuhnya. Natijahnya prestasi pelajar akan

merosot dan tidak berkembang khasnya dalam mata pelajaran kejuruteraan.

Menyedari hakikat ini, maka dalam projek ini pengkaji berusaha untuk

membangunkan sebuah perisian PBK yang akan menggabungkan unsur-unsur

multimedia sebagai alat bantu mengajar bagi guru dan pelajar. Selain itu, perisian

yang dibangunkan akan menggunakan bahasa Melayu sebagai medium penyampaian

sebagai usaha memperbanyakkan koleksi bahan pembelajaran dalam Bahasa Melayu

dalam bidang sains dan teknikal khususnya bagi mata pelajaran PKA. Semoga

dengan wujudnya PBK dalam topik ini akan menimbulkan minat belajar di kalangan

pelajar dan seterusnya membolehkan mereka memahami isi pelajaran dengan baik.

Page 6: BAB I PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan - fp.utm.my · mencatat nota. Kaedah pengajaran ... pengajaran yang lengkap memandangkan isi kandunganya mengikut sukatan ... tingkatan 4 tidak …

6

Secara tidak langsung ini akan dapat membantu meningkatkan penguasaan pelajar

terhadap mata pelajaran ini.

1.3 Pernyataan Masalah

Kerajaan melalui Kementerian Pendidikan telah mengorak langkah

memperkenalkan mata pelajaran kejuruteraan sebagai usaha untuk melahirkan lebih

ramai tenaga kerja separuh mahir khususnya dari sekolah-sekolah menengah teknik

(SMT). Namun begitu masih terdapat masalah yang timbul terutamanya dalam

proses P&P mata pelajaran tersebut kesan daripada ketiadaan bahan bantu mengajar

yang sesuai. Akibatnya pelajar menghadapi masalah untuk mamahami konsep

kejuruteraan yang disampaikan oleh guru di dalam kelas. Ini kerana kebanyakan guru

hanya bergantung pada buku teks semata-mata dalam proses penyampaian P&P. Di

samping itu pelajar sukar untuk mendapatkan rujukan lanjutan kerana kebanyakan

bahan rujukan dalam bidang teknikal diimport dari luar negara dan menggunakan

Bahasa Inggeris sebagai medium penyampaian. Ini menyukarkan pelajar-pelajar

yang lemah dalam bahasa tersebut.

Menyedari akan masalah yang timbul, maka pengkaji berusaha untuk

membangunkan sebuah perisian PBK bertajuk Cerun bagi mata pelajaran Pengajian

Kejuruteraan Awam sebagai usaha membantu dalam memudahkan proses

pemahaman pelajar-pelajar khususnya dalam mata pelajaran PKA.

Page 7: BAB I PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan - fp.utm.my · mencatat nota. Kaedah pengajaran ... pengajaran yang lengkap memandangkan isi kandunganya mengikut sukatan ... tingkatan 4 tidak …

7

1.4 Objektif Projek

Objektif utama projek ini adalah seperti berikut :

1.4.1 Menghasilkan sebuah perisian pembelajaran berbantu komputer (PBK) dalam

topik Cerun bagi matapelajaran Pengajian Kejuruteraan Awam tingkatan

empat.

1.4.2 Mewujudkan sebuah perisian PBK yang dapat membantu pelajar memahami

isi pelajaran dengan lebih mudah melalui penggunaan unsur-unsur

multimedia.

1.4.3 Menambahkan satu lagi alternatif bahan bantu pengajaran di sekolah-sekolah

menengah teknik.

1.5 Objektif Perisian

Di akhir penggunaan perisian ini, pelajar-pelajar akan dapat:

1.5.1 Mengenalpasti jenis-jenis cerun.

1.5.2 Menyenaraikan dua jenis mod kegagalan cerun.

1.5.3 Menerangkan faktor-faktor yang mempengaruhi kestabilan cerun.

1.5.4 Menerangkan kaedah-kaedah untuk menstabilkan cerun dalam kejuruteraan

awam.