analisis isu dan permasalahan dalam pengajaran … filetugas ini bukan suatu yang boleh dipandang...

12
ANALISIS ISU DAN PERMASALAHAN DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN ISLAM PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI (PPKI) *HAMMADAH ABDUL RAHMAN & MUSTAFA CHE OMAR Universiti Sultan Zainal Abidin *hammadah.ipgm.edu.my Abstrak: Kajian ini membincangkan mengenai permasalahan dan isu dalam pengajaran dan pembelajaran (pdp) Pendidikan Islam bagi Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) penglihatan. Program Pendidikan Khas Integrasi dilaksanakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia di sekolah- sekolah harian biasa dan juga melalui Program Pendidikan Inklusif (PPI) dengan mencantumkan murid berkeperluan khas (MBK) dengan murid tipikal (arus perdana) di dalam satu kelas. Mengikut akta Pendidikan Khas 1997 Bahagian II 3[2], seseorang murid dengan keperluan khas adalah boleh dididik jika mereka mampu untuk mengurus diri sendiri tanpa bergantung kepada orang lain. Masalah timbul apabila proses pengajaran dan pembelajaran (pdp) untuk murid Orang Kurang Upaya (OKU) memerlukan perancangan yang rapi berbanding murid arus perdana. Sebagai contohnya, murid OKU penglihatan memerlukan tenaga pengajar yang mahir dalam menggunakan Braille. Bagi proses pdp Pendidikan Islam, faktor kekurangan guru yang menguasai Kod Braille al-Quran, penggunaan BBM dan alat multimedia yang bersesuaian dengan mereka menjadi cabaran utama dalam memartabatkan murid PPKI. Penyediaan kemudahan al-Quran Braille Digital, buku teks Braille dan BBM terkini dilihat sebagai satu usaha yang sangat bermakna dalam meningkatkan kecemerlangan proses pdp murid OKU penglihatan. Kata kunci: Pengajaran dan Pembelajaran, Pendidikan Islam, Program Pendidikan Khas Integrasi PENGENALAN Selaras dengan Perlembagaan Persekutuan yang menjadikan Islam sebagai agama rasmi negara serta berpandukan prinsip-prinsip yang terkandung dalam rukun Negara. Kurikulum Pendidikan Islam untuk murid Islam telah dirangka dengan mengambilkira pelbagai aspek selaras dengan pembangunan insan yang dikehendaki Islam (Nik Hassan Seman, 2016). Penekanan terhadap pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam untuk Murid Berkeperluan Khas (MBK) telah menjadi tunjang utama bagi melahirkan insan yang sempurna bagi merealisasikan Falsafah Pendidikan Khas (FPK) yang diperkenalkan semenjak lebih 20 tahun yang lalu. FPK telah menggariskan satu panduan dan menyatakan beberapa faktor penting yang perlu dipandang serius dan diambil tindakan oleh setiap peringkat sebagai agen pelaksana dalam skop pendidikan khas ini sebagaimana dalam FPK yang menyatakan, Pendidikan Khas adalah “satu usaha yang berterusan untuk melahirkan insan yang berkemahiran, berhaluan, berupaya merancang dan menguruskan kehidupan serta menyedari potensi diri sendiri sebagai seorang individu dan ahli masyarakat yang seimbang dan produktif selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara”. Berdasarkan dari Falsafah Pendidikan Khas ini, isu utama yang perlu menjadi fokus adalah melahirkan insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial (JERIS). Manakala aspek intelek dapat dilihat dari aspek pencapaian akademik yang merangkumi kemahiran asas iaitu, membaca, menulis dan mengira, agar mereka menjadi insan Prosiding Seminar Kebangsaan Majlis Dekan Pendidikan Universiti Awam 2018 Penyunting: Rahimah Embong, Hanif Md Lateh @ Junid, Mustafa Che Omar, Mohamad Zaidin Mohamad & Abdul Hakim Abdullah eISBN 978-967-2231-03-5 (2018), http: //www.unisza.edu.my/medc2018

Upload: buianh

Post on 16-May-2019

324 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: ANALISIS ISU DAN PERMASALAHAN DALAM PENGAJARAN … fileTugas ini bukan suatu yang boleh dipandang mudah memandangkan golongan upaya penglihatan juga berhak mendapat maklumat tentang

| Prosiding Seminar Kebangsaan Majlis Dekan Pendidikan Universiti Awam, 7-8 November 2018 |

1397 | MEDC 2018

ANALISIS ISU DAN PERMASALAHAN DALAM PENGAJARAN DAN

PEMBELAJARAN PENDIDIKAN ISLAM PROGRAM

PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI (PPKI)

*HAMMADAH ABDUL RAHMAN & MUSTAFA CHE OMAR

Universiti Sultan Zainal Abidin *hammadah.ipgm.edu.my

Abstrak: Kajian ini membincangkan mengenai permasalahan dan isu dalam pengajaran dan

pembelajaran (pdp) Pendidikan Islam bagi Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) penglihatan.

Program Pendidikan Khas Integrasi dilaksanakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia di sekolah-

sekolah harian biasa dan juga melalui Program Pendidikan Inklusif (PPI) dengan mencantumkan murid

berkeperluan khas (MBK) dengan murid tipikal (arus perdana) di dalam satu kelas. Mengikut akta

Pendidikan Khas 1997 Bahagian II 3[2], seseorang murid dengan keperluan khas adalah boleh dididik

jika mereka mampu untuk mengurus diri sendiri tanpa bergantung kepada orang lain. Masalah timbul

apabila proses pengajaran dan pembelajaran (pdp) untuk murid Orang Kurang Upaya (OKU) memerlukan

perancangan yang rapi berbanding murid arus perdana. Sebagai contohnya, murid OKU penglihatan

memerlukan tenaga pengajar yang mahir dalam menggunakan Braille. Bagi proses pdp Pendidikan Islam,

faktor kekurangan guru yang menguasai Kod Braille al-Quran, penggunaan BBM dan alat multimedia

yang bersesuaian dengan mereka menjadi cabaran utama dalam memartabatkan murid PPKI. Penyediaan

kemudahan al-Quran Braille Digital, buku teks Braille dan BBM terkini dilihat sebagai satu usaha yang

sangat bermakna dalam meningkatkan kecemerlangan proses pdp murid OKU penglihatan.

Kata kunci: Pengajaran dan Pembelajaran, Pendidikan Islam, Program Pendidikan Khas Integrasi

PENGENALAN

Selaras dengan Perlembagaan Persekutuan yang menjadikan Islam sebagai agama rasmi negara

serta berpandukan prinsip-prinsip yang terkandung dalam rukun Negara. Kurikulum Pendidikan

Islam untuk murid Islam telah dirangka dengan mengambilkira pelbagai aspek selaras dengan

pembangunan insan yang dikehendaki Islam (Nik Hassan Seman, 2016). Penekanan terhadap

pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam untuk Murid Berkeperluan Khas (MBK) telah

menjadi tunjang utama bagi melahirkan insan yang sempurna bagi merealisasikan Falsafah

Pendidikan Khas (FPK) yang diperkenalkan semenjak lebih 20 tahun yang lalu. FPK telah

menggariskan satu panduan dan menyatakan beberapa faktor penting yang perlu dipandang

serius dan diambil tindakan oleh setiap peringkat sebagai agen pelaksana dalam skop

pendidikan khas ini sebagaimana dalam FPK yang menyatakan, Pendidikan Khas adalah “satu

usaha yang berterusan untuk melahirkan insan yang berkemahiran, berhaluan, berupaya

merancang dan menguruskan kehidupan serta menyedari potensi diri sendiri sebagai seorang

individu dan ahli masyarakat yang seimbang dan produktif selaras dengan Falsafah Pendidikan

Negara”.

Berdasarkan dari Falsafah Pendidikan Khas ini, isu utama yang perlu menjadi fokus

adalah melahirkan insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial

(JERIS). Manakala aspek intelek dapat dilihat dari aspek pencapaian akademik yang

merangkumi kemahiran asas iaitu, membaca, menulis dan mengira, agar mereka menjadi insan

Prosiding Seminar Kebangsaan Majlis Dekan Pendidikan Universiti Awam 2018

Penyunting: Rahimah Embong, Hanif Md Lateh @ Junid, Mustafa Che Omar, Mohamad Zaidin Mohamad & Abdul Hakim Abdullah

eISBN 978-967-2231-03-5 (2018), http: //www.unisza.edu.my/medc2018

Page 2: ANALISIS ISU DAN PERMASALAHAN DALAM PENGAJARAN … fileTugas ini bukan suatu yang boleh dipandang mudah memandangkan golongan upaya penglihatan juga berhak mendapat maklumat tentang

| Prosiding Seminar Kebangsaan Majlis Dekan Pendidikan Universiti Awam, 7-8 November 2018 |

1398 | MEDC 2018

yang mampu berdikari dalam kehidupannya (Peraturan-Peraturan Pendidikan (Pendidikan

Khas) KPM, 1997; Mohd Rosman, 2012).

Justeru, satu sistem pendidikan yang dinamik, tidak terlalu rigid dan peka dengan

perubahan dan situasi murid adalah perlu bagi membantu murid kurang upaya penglihatan agar

mereka dapat menerima dan melalui proses pembelajaran sebagaimana murid tipikal yang lain.

Mereka diharap dapat memahami dan mengenali Islam secara lebih teratur dalam menjalani

kehidupan seharian. Tugas ini bukan suatu yang boleh dipandang mudah memandangkan

golongan upaya penglihatan juga berhak mendapat maklumat tentang Islam seperti mana

individu lain. Dasar pendidikan yang diamalkan di Malaysia ialah “education for all” iaitu

pendidikan untuk semua. Dalam usaha ini, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)

menyediakan kemudahan dan pendekatan bagi memastikan semua murid mendapat manfaat

semaksimumnya daripada pelbagai aktiviti pendidikan, sama ada dalam atau di luar bilik darjah.

Sistem pendidikan yang terbaik adalah sistem yang dapat menyediakan pendidikan

tanpa mengira etnik, lokasi, keupayaan belajar dan latar belakang sosio ekonomi. Sistem

pendidikan yang wujud hari ini adalah sistem pendidikan yang direncanakan bagi semua kanak-

kanak, tanpa sebarang diskriminasi dari segi bangsa, agama dan ketidakupayaan yang ada pada

kanak-kanak.

LATAR BELAKANG KAJIAN

Pendidikan dianggap sebagai instrumen penting bagi memastikan hasrat perancangan negara

dapat direalisasikan. Dalam kata lain, pendidikan digunakan sebagai instrumen penting bagi

memproses, membentuk, memupuk, mengasuh, membina dan mencorakkan wajah generasi

muda agar mampu menyumbangkan sesuatu sama ada kepada diri sendiri, agama, bangsa dan

negara. Hal ini demikian kerana, pendidikan merupakan salah satu tunjang utama dalam

pembangunan sosial negara. Kepentingan pendidikan kepada pembangunan sesebuah negara

dapat dilihat dengan peruntukan perbelanjaan negara yang besar pada setiap tahun untuk tujuan

membangunkan sistem pendidikan yang diperlukan oleh masyarakat (Abdullah Yusof, 2014).

Langkah ini dianggap sebagai satu pelaburan yang besar untuk menjamin kemajuan yang

berterusan dan bagi membangunkan modal insan minda kelas pertama pada masa akan datang.

Justeru, kepentingan ilmu pengetahuan yang seimbang dari sudut rohani dan kemahiran kini

menjadi satu keperluan yang amat mustahak bagi sebuah Negara (Nik Hassan Seman, 2016).

Sistem pendidikan di Malaysia adalah sistem pendidikan untuk semua kanak-kanak di

mana melalui Akta Pendidikan, kerajaan telah mewajibkan semua rakyat Malaysia menerima

pendidikan apabila mencapai usia seawal enam tahun pada peringkat rendah dan enam tahun

peringkat menengah. Melalui Akta ini, Pendidikan formal dapat dikecapi oleh semua rakyat

Malaysia tanpa mengira latar belakang diri, keluarga dan keupayaan. Keperluan kepada

perubahan dalam dunia pendidikan turut diberi tumpuan oleh kerajaan agar pendidikan yang

diterima menjadi sesuatu yang dinamik dan mengikut keperluan semasa (Akta Pendidikan,

1996).

Dalam sistem pendidikan yang wujud pada hari ini, kanak-kanak istimewa juga dikenali

dengan Murid Berkeperluan Khas (MBK) memerlukan pelbagai bantuan dalam proses

pembelajaran (Nik Hassan Seman, 2016) dan bagi murid kurang upaya penglihatan pula,

keperluan mereka adalah lebih unik berbanding murid tipikal, ianya meliputi keperluan

peralatan khas seperti Bahan Bantu Mengajar (BBM) dalam versi Braille seperti buku teks,

embosser, komputer bersuara, al-Qur’an Braille digital dan lain-lain.

Program Pendidikan Khas untuk murid masalah penglihatan dari segi sejarahnya telah

bermula di Malaysia sejak awal 1920-an apabila wujudnya kalangan sukarelawan yang telah

mengambil inisiatif untuk membuka sekolah untuk murid bermasalah penglihatan atau kurang

upaya penglihatan dan pendengaran. Pada tahun 1926, St. Nicholas Home di Melaka ditubuhkan

di mana murid-murid cacat penglihatan telah ditempatkan dan mendapat pendidikan secara

formal untuk pendidikan peringkat rendah manakala di peringkat menengah pula agak lewat

iaitu pada tahun 1962 (Wong Huey Siew, 2006). Walau bagaimanapun bertitiktolak dari tarikh

Page 3: ANALISIS ISU DAN PERMASALAHAN DALAM PENGAJARAN … fileTugas ini bukan suatu yang boleh dipandang mudah memandangkan golongan upaya penglihatan juga berhak mendapat maklumat tentang

| Prosiding Seminar Kebangsaan Majlis Dekan Pendidikan Universiti Awam, 7-8 November 2018 |

1399 | MEDC 2018

ini, bidang pendidikan khas bermasalah penglihatan terus berkembang dengan pesat sehingga

masa kini.

Program Pendidikan Khas dikelolakan oleh Jabatan Pendidikan Khas Kementerian

Pendidikan Malaysia ini ditubuhkan pada Oktober 1995 dan berperanan serta

dipertanggungjawabkan dalam hal-hal berkaitan pendidikan khas termasuklah semua program

pendidikan khas yang dilaksanakan antaranya, Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) dan

Program Inklusif (Mohd Rizal & Muallimah, 2009). Program Pendidikan Khas dilaksanakan

oleh Kementerian Pelajaran Malaysia melalui penubuhan sekolah khas untuk murid-murid

bermasalah penglihatan dan bermasalah pendengaran. Manakala Program Pendidikan Khas

Integrasi pula dijalankan untuk murid-murid berkeperluan khas (masalah pembelajaran,

pendengaran dan penglihatan). Program Integrasi ini diwujudkan melalui kaedah ‘integrate’

iaitu mencantumkan murid bermasalah penglihatan dalam masyarakat iaitu dimulakan dengan

percampuran murid-murid khas ini dengan murid-murid tipikal (arus perdana) di satu sekolah

yang sama dan Program Pendidikan Inklusif (PPI) pula ialah mencantumkan murid (MBK)

dengan murid tipikal di dalam satu kelas.

Perkhidmatan dan kemudahan pendidikan khas terhadap golongan berkeperluan khas

seperti yang dijelaskan di atas adalah tertakluk kepada Akta Pendidikan 1996, Peraturan-

peraturan Pendidikan (Pendidikan Khas 1997 Bahagian II 3[2]). Akta ini menjelaskan bahawa

seseorang murid dengan keperluan khas adalah boleh dididik jika mereka mampu untuk

mengurus diri sendiri tanpa bergantung kepada orang lain. Seseorang murid dengan keperluan

khas itu perlu disahkan oleh panel yang terdiri daripada pegawai perubatan, pegawai

Kementerian Pelajaran dan pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat berdasarkan kesesuiaan

program pendidikan kebangsaan dan dikenalpasti layak untuk mengikuti program pendidikan

khas kecuali murid-murid berikut:

a. Murid yang cacat anggota tetapi mempunyai kebolehan mental untuk belajar seperti

murid biasa; dan

b. Murid yang mempunyai pelbagai kecacatan atau yang sangat cacat anggotanya atau

terencat akal yang berat.

Kementerian Pendidikan Malaysia sentiasa berusaha menjalankan tanggungjawabnya

sebagai satu obligasi sosial agar setiap warganegara tanpa mengira latarbelakang dan warna

kulit selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu memperkembangkan segala potensi

yang dimiliki oleh murid melalui matlamat, misi dan visinya (Kementerian Pendidikan

Malaysia, Pusat Perkembangan Kurikulum, 2001).

Demografi Komuniti Kurang Upaya Penglihatan Di Malaysia

An estimated 253 million people live with vision impairment: 36 million are blind and 217

million have moderate to severe vision impairment (WHO, 2017)

Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), dianggarkan seramai 253 juta penduduk di

seluruh dunia mengalami kecacatan penglihatan, 36 juta daripada jumlah tersebut adalah buta

sepenuhnya dan 217 juta selebihnya adalah dalam kategori bermasalah penglihatan pada tahap

sederhana dan serius (teruk). Menurut Datuk Azizah Mohd Dun, Bekas Timbalan Menteri

Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, di Malaysia terdapat seramai 39,999 orang

OKU kategori cacat penglihatan yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)

Malaysia dan angka ini masih belum mencapai sasaran unjuran WHO terkini (Sinar Harian, 21

November, 2017). Ini bermaksud angka yang belum mencapai sasaran unjuran WHO ini akan

membantutkan usaha-usaha dari kerajaan khususnya yang membabitkan kementerian-

kementerian seperti Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat serta

Kementerian Pendidikan dari segi penyampaian maklumat, intervensi, bantuan berbentuk

kewangan dan sebagainya.

Menurut data Jabatan Pendidikan Khas tahun 2017, kerajaan telah menempatkan seramai

615 orang murid pendidikan khas bagi PPKI (Program Pendidikan Khas Integrasi) kategori

kurang upaya penglihatan di seluruh negara. Mengikut pecahannya ialah 7 orang di peringkat

Page 4: ANALISIS ISU DAN PERMASALAHAN DALAM PENGAJARAN … fileTugas ini bukan suatu yang boleh dipandang mudah memandangkan golongan upaya penglihatan juga berhak mendapat maklumat tentang

| Prosiding Seminar Kebangsaan Majlis Dekan Pendidikan Universiti Awam, 7-8 November 2018 |

1400 | MEDC 2018

prasekolah, yang hanya melibatkan satu kelas iaitu di Selangor, 283 orang di peringkat rendah

yang melibatkan 61 buah kelas (seluruh negara) dan seramai 325 orang murid di peringkat

menengah dan melibatkan 65 buah kelas di seluruh negara. Ini menggambarkan hak dan

peluang bagi golongan cacat penglihatan untuk menyertai sistem pendidikan formal dengan

menyertai program PPKI di negara ini tidak diabaikan sama sekali dan ianya selaras

sebagaimana termaktub di dalam Dasar Pendidikan Kebangsaan.

Jadual 1: Enrolmen Murid Program Pendidikan Integrasi (PPKI) Kurang Upaya Penglihatan

Peringkat Rendah Seluruh Negara Bagi Tahun 2017

Bil Negeri Lelaki Perempuan Jumlah Murid

1 Kuala Lumpur 3 1 4

2 Johor 19 8 27

3 Pahang 12 17 29

4 Pulau Pinang 11 1 12

5 Selangor 27 17 44

6 Kedah 6 10 16

7 Perak 16 9 25

8 Perlis 3 3 6

9 Terengganu 9 11 20

10 Kelantan 14 10 24

11 Melaka 10 3 13

12 Negeri Sembilan 4 3 7

13 W.P Putrajaya 6 3 9

14 W.P Labuan 1 0 1

15 Sabah 12 7 19

16 Sarawak 17 10 27

Jadual 2 : Enrolmen Murid Peringkat Menengah di Program Pendidikan Khas Integrasi (Kurang

Upaya Penglihatan) Mengikut Negeri Bagi Tahun 2017

Bil Negeri Lelaki Perempuan Jumlah

1 Johor 38 20 58

2 Kedah 12 12 24

3 Kelantan 7 5 12

4 Melaka 9 4 13

5 Negeri Sembilan 3 5 8

6 Pahang 10 6 16

7 Perak 7 3 10

8 Perlis 5 2 7

9 Pulau Pinang 29 8 37

10 Sabah 30 22 52

11 Sarawak 20 9 29

12 Selangor 20 9 29

13 Terengganu 14 11 25

14 Kuala Lumpur 2 3 5

15 W.P Labuan 0 0 0

16 W.P Putrajaya 0 0 0 Sumber: Data Pendidikan Khas 2017

Page 5: ANALISIS ISU DAN PERMASALAHAN DALAM PENGAJARAN … fileTugas ini bukan suatu yang boleh dipandang mudah memandangkan golongan upaya penglihatan juga berhak mendapat maklumat tentang

| Prosiding Seminar Kebangsaan Majlis Dekan Pendidikan Universiti Awam, 7-8 November 2018 |

1401 | MEDC 2018

PERNYATAAN MASALAH

Program Pendidikan Islam yang diajar di sekolah adalah satu usaha yang dilakukan secara

sistematik dalam membimbing murid beragama Islam sehingga ajaran tersebut benar-benar

difahami, dimiliki dan diamalkan oleh murid serta diterjemahkan dalam sikap, tingkahlaku hatta

cara berfikir. Melalui Pendidikan Islam, proses perkembangan keperibadian murid berlaku dan

ini termasuk dari aspek kognitif, afektif dan psikomotor malah dengan Pendidikan Islam juga

diharapkan segala aktiviti murid akan mencerminkan sifat-sifat Islamiah. Pendidikan merupakan

satu keperluan bagi manusia yang juga merupakan suatu kewajipan terutamanya para ibu bapa

untuk mendidik anak-anaknya sebagai satu amanah oleh Allah SWT untuk dipelihara dan

dipertanggungjawabkan di hadapan-Nya kelak. Ini sebagaimana firman Allah dalam surah At-

Tahrim (ayat ke 6) yang bermaksud:

“wahai orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan

bakarnya adalah manusia dan batu, penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, keras dan tidak

menderhakai Allah atas apa yang diperintahkan-Nya kepada mereka dan selalu mengerjakan

apa yang diperintahkan”

Berdasarkan ayat tersebut, Allah SWT memberikan amanat secara langsung kepada ibu

bapa untuk menjaga dirinya dan keluarganya termasuk anak-anaknya dari siksa api neraka.

Dalam usaha memegang amanat tersebut, ibu bapa bukan hanya menunaikan tanggungjawabnya

yang berbentuk material seperti makanan, pakaian dan tempat tinggal sahaja, malah

bertanggungjawab dalam mendidik atau mengajar ilmu agama dan tidak sesekali boleh

membezakan pendidikan itu sekali pun anak itu dikategorikan kurang upaya.

Perlaksanaan Pendidikan Agama Islam bagi MBK penglihatan bukan satu usaha yang

ringan atau mudah, sebaliknya ia merupakan usaha yang dirancang dengan baik, berterusan

serta sistematik. Oleh itu, dalam melaksanakannya masih terdapat beberapa isu dan

permasalahan yang dihadapi oleh guru dan murid ketika mana proses pengajaran dan

pembelajaran dilaksanakan.

Golongan OKU penglihatan merupakan salah satu daripada kelompok minoriti dalam

masyarakat di Malaysia dan golongan ini memperolehi pendidikan melalui sistem pendidikan

yang ada di negara ini dan lazimnya menggunakan Braille sebagai alat untuk membaca dan

memahami isi pelajaran. Terdapat beberapa fenomena dan isu yang wujud di Sekolah

Menengah Pendidikan Khas dan Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) kurang upaya

penglihatan yang mendorong kajian ini dijalankan. Antara isu-isu yang wujud dalam Program

Pendidikan Khas di sekolah ialah tentang kelayakan akademik dan ikhtisas guru, pengetahuan

tentang ciri-ciri keperluan khas murid, kebolehan, keyakinan guru menyampaikan isi kandungan

Pendidikan Islam kepada murid-murid berkeperluan khas, kaedah pengajaran, Bahan Bantu

Mengajar (BBM) yang tidak mencukupi, kesesuaian kelas dan infrastruktur yang disediakan. Isu

ini telah mendapat perhatian beberapa penyelidik dan pernah diketengahkan antaranya oleh

Mohd Mokhtar Tahar & Aliza Alias, (2003), Mohd Hanafi et.al (2013), Hajarul Bahti et.al

(2013) dan lain-lain.

Aspek-aspek dan isu yang dikenalpasti ini perlu diambilberat dan tindakan

penambahbaikan perlu dilakukan agar ianya boleh menyumbang ke arah keberkesanan

pengajaran dan proses pembelajaran murid di dalam kelas. Di dalam satu kajian yang bertajuk

Memperkasa Pendidikan al-Quran Murid Bermasalah Penglihatan, Mohd Mokhtar dan Aliza

telah mendapati beberapa faktor penyumbang kepada masalah yang dihadapi oleh guru dan

murid tersebut antaranya ialah masalah guru yang tidak mahir kod Braille al‐Quran, di samping

itu guru-guru yang tiada pendedahan dengan jenis-jenis masalah penglihatan dan cara

menanganinya, kekurangan input bagi meningkatkan teknik pengajaran murid ketidakupayaan

penglihatan, peruntukan masa bagi mata pelajaran Pendidikan Islam serta tahap penguasaan

murid yang lemah dalam al-Quran di peringkat sekolah rendah.

Page 6: ANALISIS ISU DAN PERMASALAHAN DALAM PENGAJARAN … fileTugas ini bukan suatu yang boleh dipandang mudah memandangkan golongan upaya penglihatan juga berhak mendapat maklumat tentang

| Prosiding Seminar Kebangsaan Majlis Dekan Pendidikan Universiti Awam, 7-8 November 2018 |

1402 | MEDC 2018

Keupayaan Guru

Tahap penguasaan kemahiran kod Braille yang rendah oleh guru Pendidikan Islam dilihat

berpunca daripada latihan perguruan yang diterima oleh guru-guru pelatih sebelum ditempatkan

untuk bertugas di sekolah khas atau di PPKI. Ini kerana kesemua guru yang terlibat dengan

pengajaran Pendidikan Islam di sekolah menengah pendidikan khas masalah penglihatan,

mereka ini hanya mengikuti latihan perguruan untuk bidang Pendidikan Islam dan tidak diberi

pendedahan yang khusus terhadap bidang Pendidikan Khas. Guru-guru pelatih hanya

didedahkan dengan bidang pendidikan khas secara umum yang merangkumi teori-teori dalam

pengajaran kepada murid berkeperluan khas seperti pendengaran, penglihatan dan masalah

pembelajaran tanpa pendedahan yang cukup bagi mendalami kod Braille. Ini menyebabkan

kebanyakan guru tidak mempunyai kemahiran menggunakan kod Braille untuk mengajar murid

bermasalah penglihatan (Hajarul Bahti et.al, 2013). Oleh itu guru-guru yang mengajar

pendidikan Islam untuk murid-murid buta dan masalah penglihatan yang teruk perlu

mempunyai kemahiran menggunakan mesin Braille dan membaca tulisan Braille, khususnya Al-

Quran Braille (Mohd Mokhtar & Aliza (2004).

Kuala Lumpur: Kekurangan guru mengajar al-Quran braille menyukarkan proses pengajaran

dan pembelajaran bagi golongan cacat penglihatan. Naib Yang Dipertua Persatuan Orang-

orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia (Pertis), Zamzuri Ghani, 41, berkata, permintaan

untuk mempelajari al-Quran daripada golongan itu semakin meningkat tetapi pihaknya masih

belum dapat memenuhinya.

"Pertis mempunyai 1,700 ahli di seluruh negara dan ketika ini kita hanya menjalankan kelas

belajar al-Quran braille dua kali sebulan. Kita hanya dapat mengadakan kelas untuk 70 orang

pelajar bagi tiga tahap yang dibahagikan kepada tujuh kelas," katanya ketika ditemui di pejabat

bahagian penerbitan Pertis di sini, hari ini.

Zamzuri berkata, tahap pertama ialah asas tulisan braille dan pengenalan huruf arab

braille; tahap kedua, asas tajwid dan pertengahan; manakala tahap ketiga ialah talaki iaitu yang

sudah mahir untuk khatam al-Quran.

"Sekarang ini cuma ada empat guru yang mengajar 70 pelajar ini dan kalau boleh kita

perlukan penambahan tiga hingga empat orang lagi bagi memenuhi permintaan.

Harian Metro Selasa, 28 Jun 2016

Petikan akhbar di atas menggambarkan tentang sebahagian daripada isu dan masalah

yang dihadapi oleh OKU penglihatan di negara kita, iaitu kekurangan guru yang terlatih di

dalam kod Braille yang merupakan asas terpenting bagi pengajaran al-Qur’an, walaupun Pertis

merupakan badan NGO yang mengendalikan kelas pengajian untuk golongan dewasa, namun

situasi sebegini sebenarnya bermula di peringkat sekolah lagi dan hasilnya mereka terpaksa

mengulang semula kelas pengajian al-Qur’an walaupun sudah dewasa sedangkan sekiranya isu

ini dapat diatasi 10 atau 20 tahun dahulu tentulah situasinya akan berbeza.

Infrastruktur

Aspek kedua yang dilihat menjadi isu dalam pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran

Pendidikan Islam ialah kurangnya infrastruktur yang menyokong proses pengajaran dan

pembelajaran (pdp) terutamanya dari segi bahan bantu mengajar (BBM) yang boleh membantu

proses pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam. Guru-guru perlu dilengkapi bahan-bahan

berbentuk CD, audio dan kemudahan multimedia lain yang ada di pasaran dan

mengaplikasikannya di dalam kelas sewaktu p&p, secara tidak langsung dapat menggalakkan

murid melakukan rujukan sendiri dalam proses pembelajaran Tilawah al‐Quran. Penggunaan

bahan multimedia dan interaktif sebegini ini akan lebih memudahkan pengajaran guru di

samping dapat menarik minat murid untuk mempelajarinya dengan lebih berkesan (Hajarul

Page 7: ANALISIS ISU DAN PERMASALAHAN DALAM PENGAJARAN … fileTugas ini bukan suatu yang boleh dipandang mudah memandangkan golongan upaya penglihatan juga berhak mendapat maklumat tentang

| Prosiding Seminar Kebangsaan Majlis Dekan Pendidikan Universiti Awam, 7-8 November 2018 |

1403 | MEDC 2018

Bahti et.al, 2013). Beberapa aspek yang dinyatakan di atas adalah berdasarkan dapatan-dapatan

daripada kajian yang telah dijalankan di dalam negara yang memerlukan beberapa kajian

susulan yang komprehensif dan menjurus kepada aspek kelemahan yang boleh dipertingkatkan.

Aspek kemahiran guru dengan kaedah-kaedah pengajaran yang terkini dan sesuai dengan

ketidakupayaan murid perlu diberikan penekanan yang khusus sebagaimana Wood J.W

mengatakan,,”Guru-guru yang mengajar kanak-kanak berkeperluan khas perlu mempunyai

kemahiran mengajar yang sesuai dengan keperluan pembelajaran murid mengikut kategori

kurang upaya” (Wood J.W, 2002).

Rentetan daripada aspek infrastruktur seperti bahan bantu mengajar (BBM) yang terhad,

kekurangan tenaga pengajar yang berkemahiran dalam Braille, bahan bacaan, infrastruktur dan

lain-lain, ianya telah menyebabkan tahap pemahaman murid terjejas, MBK kurang upaya

penglihatan juga dilihat menghadapi masalah dalam memahami teori dan amali untuk

mengerjakan ibadah seperti solat, puasa, zakat, haji dan sebagainya. Walaupun ianya boleh

diatasi memandangkan terdapat sebahagian murid ini berkebolehan memahami konsep abstrak

agama menerusi deria pendengaran, malah ada di antara mereka mampu menghafaz al-Quran

dengan hanya mendengar sahaja (Hajarul Bahti et al. 2012), tetapi ini tidak memadai kerana

golongan ini tetap akan menghadapi masalah kerana kekurangan satu deria penting dalam

proses pembelajaran.

Seterusnya, kepentingan bahan bantu mengajar (BBM) juga perlu ditambahbaik dengan

membekalkannya kepada guru atau sekolah dengan BBM yang sesuai dan terkini sesuai dengan

kemudahan teknologi masa kini. Peralatan seperti al-Qur’an Braille digital, buku teks versi

Braille dan FingerReader yang merupakan satu peranti berbentuk ‘cincin inovatif’ yang boleh

mengimbas dan membaca potongan teks dan mengeluarkan suara secara real-time tentu dapat

membantu MBK dalam p&p dan menjadikan p&p lebih menarik dan mudah. Berikut adalah

antara petikan akhbar ketika MBK penglihatan menerima salah satu daripada BBM yang

dibekalkan kepada mereka.

“Selepas ini saya boleh hafal lebih banyak surah di mana-mana saja dan harapnya dapat

menjadi hafiz al-Quran dalam tempoh yang pendek,” kata Adam Zakaria Mohd Fakruddin, 11,

seorang daripada penerima al-Quran Braille digital sumbangan Pertubuhan Kebajikan Shafar di

sini, semalam.

Murid tahun lima Sekolah Kebangsaan (SK) Pendidikan Khas Kuala Terengganu,

Chendering di sini itu berkata, sebelum ini dia sudah menghafal beberapa surah pendek dan

surah al-Baqarah menggunakan al-Quran Braille biasa.

“Bagaimanapun dengan al-Quran Braille digital ini, saya yakin mampu menghafal dengan

lebih cepat dan tepat menerusi pendengaran kerana ia dilengkapi rakaman bacaan. Hanya

perlu acukan saja pen digital ke mana-mana ayat, ia akan diperdengarkan menerusi pen

berkenaan,” kata anak sulung daripada lima beradik itu.

Menurut anak jati Kampung Tok Jiring itu, dia memang bercita-cita menghafal 30 juzuk

al-Quran dan amat gembira apabila menerima al-Quran Braille digital berkenaan. Bagi Nur

Adriana Ab Murak, 12, yang turut belajar di sekolah sama, al-Quran Braille digital itu sudah

lama diidamkan.

“Selama ini cuma dengar saja betapa mudahnya menghafal gunakan al-Quran Braille digital

dan bila cuba sendiri ternyata ia memang benar. “Paling istimewa, ia mudah dibawa ke mana-

mana saja, sekali gus memberi lebih banyak peluang menghafal kerana lebih ringan

berbanding al-Quran Braille biasa,” kata anak kedua daripada tiga beradik itu.

Harian Metro, 12 Feb 2018

Beberapa petikan akhbar di atas adalah sebahagian daripada luahan isi hati murid-murid

MBK penglihatan yang menggambarkan kegembiraan dan keterujaan mereka apabila

dibekalkan dengan al-Qur’an Braille digital yang ternyata sangat membantu mereka dalam

Page 8: ANALISIS ISU DAN PERMASALAHAN DALAM PENGAJARAN … fileTugas ini bukan suatu yang boleh dipandang mudah memandangkan golongan upaya penglihatan juga berhak mendapat maklumat tentang

| Prosiding Seminar Kebangsaan Majlis Dekan Pendidikan Universiti Awam, 7-8 November 2018 |

1404 | MEDC 2018

proses pengajian tilawah al-Qur’an yang merupakan salah satu daripada komponen di dalam

subjek Pendidikan Islam. Keinginan dan cita-cita mereka akan dapat direalisasikan dengan

bantuan sebegini yang boleh dijadikan sebahagian daripada BBM ketika p&p di dalam kelas

dengan bantuan dan motivasi daripada guru-guru yang mengajar.

Isu berkaitan penguasaan bacaan al-Quran murid-murid ketidakupayaan penglihatan ini

terus mendapat perhatian dan dibincangkan oleh ramai penyelidik malah didapati ianya masih

tidak mencapai tahap yang memuaskan dari aspek pembacaannya dan ini adalah berdasarkan

hasil dapatan kajian oleh Hajarul Bahti et.al (2012) yang mendapati bahawa tahap penguasaan

bacaan al-Quran di sekolah menengah pendidikan khas berada pada tahap yang sangat lemah

dan masih tidak mencapai tahap penguasaan yang sepatutnya dalam bacaan al-Quran mengikut

kehendak sukatan pelajaran Pendidikan Islam Tingkatan Empat Kementerian Pendidikan.

Selain itu, dapatan daripada kajian oleh Mohd Huzairi & Ab. Halim Tamuri (2012)

yang juga mendapati tahap penguasaan bacaan hukum nun sakinah murid-murid menengah atas

di Sekolah Menengah Pendidikan Khas dan Program Pendidikan Khas Integrasi berada pada

tahap yang amat lemah dan tidak mencapai objektif yang dikehendaki oleh Kementerian

Pendidikan Malaysia sedangkan hukum nun sakinah adalah perkara asas yang memang perlu

dikuasai oleh murid-murid pada tahap tingkatan satu lagi (Mohd Huzairi et.al, 2012). Dapatan

dari kajian ini juga menunjukkan terdapat satu jurang perbezaan yang wujud dalam tahap

penguasaan bacaan hukum nun sakinah di antara murid-murid bermasalah penglihatan penuh

(buta) dengan murid bermasalah penglihatan terhad (rabun).

Sumber & Bahan Pengajaran Versi Braille

Isu berkaitan penguasaan Braille oleh guru dan BBM berbantukan Braille bukan sahaja di dalam

pengajian al-Qur’an, malah perlu diperluaskan di dalam pengajian hadith, ini kerana al-hadith

yang merupakan sumber rujukan kedua dalam Islam sepatutnya dititikberatkan oleh pihak

berwajib bagi memastikan proses pengajian yang lengkap sepertimana yang disediakan kepada

murid tipikal. Pernyataan ini telah disuarakan melalui hasil kajian daripada Latifah Abdul Majid

et.al (2015) yang menyatakan:

Braille Quran printed by PERTIS was the only one that was created for the visually impaired

people in order to read the Quran. Braille for the hadith also, until now there has not been any

software that can help the visually impaired people to learn hadith. This cause this group of

people to be left far behind in this field. Thus, the authors hope will be a variety of technologies

and software that can help this special group studying the hadith. This is a very sad situation.

Di dalam kajian lain, Ahmad Yunus & Tengku Intan Zarina (2014), menyatakan

pengajian hadis semestinya berjalan seiring dengan perkembangan dan pengajian al-Qur’an atau

tafsir. Kedua-dua bidang pengajian ini perlu diselarikan dan diseimbangkan agar kefahaman

bersepadu akan membuahkan hasil yang lebih mantap sebagai satu benteng untuk menangani

segala permasalahan yang bersangkutan dengan hadis ini. Ini adalah jelas menggambarkan

bahawa beberapa perkara asas dalam BBM perlu dipertingkatkan malah dipenuhi bagi

memastikan MBK penglihatan mendapat haknya sebagai seorang murid dan sebagai seorang

muslim yang dapat memahami apa sahaja yang disandarkan kepada Rasulullah seterusnya dapat

meningkatkan kefahaman mereka dalam bidang agama yang luas yang mencakupi akidah,

ibadah, akhlak dan lain-lain yang akhirnya mencapai objektif sebagaimana yang tercatat di

dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Kaedah & Pendekatan Khusus

Faktor kekangan fizikal murid ketidakupayaan penglihatan ini juga memerlukan kaedah

pengajaran yang unik, matlamat yang khusus yang direka dan diubahsuai agar memenuhi

perbezaan dan keunikan MBK sebagaimana yang disarankan oleh Norshidah & Khalim Zainal

(2010) yang menyatakan:

Page 9: ANALISIS ISU DAN PERMASALAHAN DALAM PENGAJARAN … fileTugas ini bukan suatu yang boleh dipandang mudah memandangkan golongan upaya penglihatan juga berhak mendapat maklumat tentang

| Prosiding Seminar Kebangsaan Majlis Dekan Pendidikan Universiti Awam, 7-8 November 2018 |

1405 | MEDC 2018

“The inability of the children to see limits their learning experience and restricts their learning

activities, as compared to those of the sighted children. This is because the process of receiving

information through visual input will be limited even if they have residual vision (low vision).

Therefore, special education programs are provided to fit the unique learning needs and

abilities of the visually impaired children. Teaching styles, instructional materials, and

educational goals are designed and modified to fit the child's specific learning needs and

abilities.”

Norshidah & Khalim (2010) telah menekankan tentang kepentingan guru untuk

memahami kekangan atau masalah yang dialami oleh murid berkeperluan khas ini yang mana

ianya telah membataskan banyak aktiviti pembelajaran mereka dan ini disebabkan oleh proses

murid ini dalam menerima maklumat yang disampaikan oleh guru sama sekali berbeza

berbanding murid tipikal (normal), justeru cara atau gaya pengajaran, bahan-bahan pengajaran

serta matlamat pendidikan harus diubahsuai dan direka bagi disesuaikan dengan keperluan dan

kemampuan mereka. Norshidah juga menyatakan kebanyakan dari murid ketidakupayaan

penglihatan memerlukan lebih banyak bantuan bagi membantu mereka berjaya di sekolah dan

ini ianya disebabkan pelbagai cabaran yang mesti diharungi dalam proses pembelajaran dan

mencadangkan satu perkhidmatan khas yang berkaitan perlu disediakan. Kenyataannya ini

adalah berdasarkan pandangan dari Brasher and Holbrook, (1996) yang menyatakan:

“Special services or "related services" must be included, therefore, in special education

programs. These services are provided by professionals in a variety of educational settings.”

Brasher & Holbrook (1996) mencadangkan pihak sekolah menyediakan perkhidmatan

yang khusus yang berkaitan dengan program pendidikan khas ini juga dikendalikan oleh ahli-

ahli yang professional dalam pelbagai bidang yang sesuai dengan setting pendidikan. Di antara

bantuan professional yang boleh disediakan oleh sekolah ialah pengajaran kemahiran sosial, ini

merupakan satu elemen penting yang perlu dipelajari oleh murid berkeperluan khas

sebagaimana pentingnya pengajaran membaca bagi membantu murid ini berinteraksi dengan

rakan dan guru di persekitaran sekolah dan juga akan memberi kesan dari segi kecekapan sosial

mereka.

KESIMPULAN DAN PERBINCANGAN

Bagi memastikan objektif program integrasi (PPKI) dan Program Pendidikan Inklusif (PPI)

tercapai, MBK penglihatan perlu didedahkan dengan persekitaran yang menitikberatkan

‘exposure’ dengan murid tipikal (arus perdana), menggalakkan pergaulan sesama murid, maka

perlu dilihat kembali elemen-elemen tersebut agar wujudnya interaksi yang baik dengan murid

tipikal dan dapat membantunya meningkatkan kemahiran sosial yang akhirnya diharapkan dapat

meningkatkan pencapaian akademik. Hasil dan dapatan dari analisis ini mendapati beberapa

aspek perlu ditambahbaik antaranya yang melibatkan perancangan pengajaran guru Pendidikan

Agama Islam (PAI) dari segi penekanan dalam terhadap asas tajwid dalam pengajaran

komponen tilawah al-Quran, pendedahan guru PAI dengan Kod Braille bagi pengajaran al-

Quran dan hadith. Aspek-aspek kelemahan dan penambahbaikan yang perlu ini adalah selari

dengan beberapa kajian yang dijalankan terhadap MBK kurang upaya penglihatan di beberapa

negeri sebelum ini antaranya kajian daripada Hajarul Bahti et.al (2012) yang telah

mengenalpasti beberapa kelemahan dan telah mencadangkan beberapa solusi, antaranya ialah:

i. Guru-guru perlu merancang dan memperbaiki pengajaran dan pembelajaran yang

dilaksanakan dengan sebaik mungkin dengan memberi penekanan kepada pengajaran

asas tajwid yang benar-benar berkesan agar mampu dikuasai dan diaplikasikan ke

dalam bacaan al-Quran oleh para murid.

Page 10: ANALISIS ISU DAN PERMASALAHAN DALAM PENGAJARAN … fileTugas ini bukan suatu yang boleh dipandang mudah memandangkan golongan upaya penglihatan juga berhak mendapat maklumat tentang

| Prosiding Seminar Kebangsaan Majlis Dekan Pendidikan Universiti Awam, 7-8 November 2018 |

1406 | MEDC 2018

ii. Pihak berwajib perlu menyediakan latihan sewajarnya kepada guru-guru al-Quran

Program Pendidikan Khas untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran mereka

dalam menguasai kod Braille al-Quran.

iii. Guru-guru perlu menguasai al-Quran Braille bagi memastikan ianya sebagai medium

utama dalam melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran Tilawah al-Quran

dengan berkesan terhadap murid-murid ketidakupayaan penglihatan dalam membantu

mereka menguasai bacaan al-Quran dengan baik.

iv Masa pengajaran al-Quran perlu ditambah agar guru dapat memberi lebih tumpuan

secara khusus terhadap bacaan al-Quran selain daripada komponen-komponen lain

dalam mata pelajaran Pendidikan Islam.

Manakala Mohd Huzairi & Ab. Halim Tamuri (2012) yang juga menjalankan kajian

tentang tahap penguasaan hukum tajwid dan dapatan dari kajian tersebut adalah

menggambarkan tahap penguasaan yang rendah dalam bacaan hukum nun sakinah murid-murid

menengah atas di Sekolah Menengah Pendidikan Khas dan PPKI. Penyelidik telah

mencadangkan beberapa langkah penambahbaikan antaranya:

i. Semasa pengajaran al-Quran, guru perlu memberi penumpuan yang lebih khusus

terhadap bacaan al-Quran selain daripada komponen-komponen lain dalam mata

pelajaran Pendidikan Islam.

ii. Guru-guru perlu merancang dan memperbaiki kaedah pengajaran, pengajaran perlu

dilaksanakan sebaik mungkin dengan memberi penekanan kepada pengajaran asas

tajwid yang benar-benar berkesan agar mampu dikuasai dan diaplikasikan ke dalam

bacaan al-Quran oleh para murid khususnya dengan memberi penumpuan kepada apa

yang tercatat alam sukatan pelajaran yang telah ditetapkan.

iii. Guru-guru perlu mengenalpasti keperluan yang berbeza di antara murid-murid buta

dengan rabun dalam melaksanakan P&P Tilawah al-Quran (Keperluan kepada

pengasingan kelas berdasarkan jenis ketidakupayaan).

Justeru, sistem pendidikan yang anjal, dinamik dan peka pada perubahan adalah perlu

bagi membantu MBK agar mereka dapat menerima pendidikan yang sama yang disampaikan

oleh guru sebagaimana rakan-rakan mereka yang tipikal (arus perdana). Mereka diharap dapat

memahami dan mengenali Islam secara lebih teratur dalam menjalani kehidupan seharian (Nik

Hassan Seman, 2016) dan tugas ini tentunya bukan mudah dan memerlukan guru yang cekal

dalam menghadapi cabaran dan antara cabaran yang perlu ditangani oleh guru pendidikan khas

adalah memastikan MBK mempunyai kemahiran-kemahiran yang pelbagai. Dalam usaha ini,

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah menyediakan kemudahan dan pendekatan bagi

memastikan semua murid mendapat manfaat semaksimumnya daripada pelbagai aktiviti

pendidikan, samada di dalam atau di luar bilik darjah (Nik Hassan Seman, 2016). Aktiviti

pengajaran & pembelajaran akan lebih berkesan apabila guru yang mengajar tahu dan mahir

tentang subjek dan persekitaran murid mereka.

Natijahnya, Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM 2013-2025) yang

dibentuk antaranya bermatlamat menghasilkan guru yang berkualiti, di mana warga pendidik itu

sendiri perlu mengetahui dan memahami profesionalisme diri mereka dan sentiasa bersedia

untuk menimba pelbagai ilmu pengetahuan, berdaya pemikiran yang kreatif, kritis,

berpandangan jauh dan dapat mengaplikasikan profesionalisme dirinya ketika pdp tentulah akan

berjaya mencungkil potensi diri MBK yang sekaligus dapat mempertingkatkan mobiliti sosial

dalam masyarakat ke arah masyarakat yang berilmu pengetahuan, sosio ekonomi yang lebih

baik tanpa mengira latar belakang kaum, gender, kebolehan fizikal dan sebagainya yang boleh

menjadi penghalang kepada kejayaan sesuatu bangsa.

Page 11: ANALISIS ISU DAN PERMASALAHAN DALAM PENGAJARAN … fileTugas ini bukan suatu yang boleh dipandang mudah memandangkan golongan upaya penglihatan juga berhak mendapat maklumat tentang

| Prosiding Seminar Kebangsaan Majlis Dekan Pendidikan Universiti Awam, 7-8 November 2018 |

1407 | MEDC 2018

RUJUKAN

Abdullah Yusof (2014). Memahami Komunikasi Orang Pekak. Dewan Bahasa dan Pustaka.

Ahmad Yunus Mohd Nor & Tg. Intan Zarina Tg. Puji. (2015) Keperluan Hadis Braille Dalam

Pendidikan Khas: Satu Cabaran dalam Pendidikan Islam

Akta Pendidikan 1996 (Akta 550). 1996. Kuala Lumpur: International Book Services.

Brasher, B. & Holbrook, M. C. (1996). Early Intervention and Special Education. In Holbrook,

M. C. (Ed). Children with visual impairment: A parents’ guide, pp.175 – 204. USA:

Woodbine House, Inc.

Data Pendidikan Khas 2017, Kementerian Pendidikan Malaysia

Hajarul Bahti, Mohd Huzairi, Bani Hidayat & Nor Hayati (2012) Memperkasa Pendidikan Al-

Quran Pelajar Bermasalah Penglihatan. Prosiding Seminar Kebangsaan Pendidikan

Negara kali ke-4

Hamdi Ishak, Ab. Halim Tamuri, Rosadah Abdul Majid & Safani Bari (2012). Amalan

Pengajaran Guru dalam Pengajaran & Pembelajaran Pendidikan Islam (Masalah

Pendengaran) JIAE: Journal of Islamic and Arabic Education, 2 (4). pp. 11-24. ISSN

1985-6236

Harian Metro, 12 Feb 2018. Pertubuhan Kebajikan ShafarMenyumbang al-Quran Digital

Junaidah Mohamad & Nik Rosila Nik Yaacob.2013. Kajian tentang kepuasan bekerja dalam

kalangan guru-guru pendidikan khas. Asia Pacific of Educators and Education,

Vol.28,103-115.

Kamarul Azmi Jasmi (2010). Ciri-ciri dan Faktor Kecemerlangan Guru Cemerlang Pendidikan

Islam Sekolah Menengah di Malaysia : Satu Kajian Kes. Tesis Ph.D. Universiti

Kebangsaan Malaysia.

Latifah Abd. Majid, Norhafizah Ahmad, Haziyah Husssin & Noraini Omar (2015) The

Significant of Braille Hadith Studies In Malaysia. Tinta Artikulasi Membina Ummah

1(2), 2015 73-82, e-ISSN: 2289-960X

Laporan Jawatankuasa Kabinet, Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran Kebangsaan 1979

(1978). Kementerian Pendidikan Malaysia.

Mohd Huzairi Awang @ Husain (2010). Pendidikan Islam Golongan Masalah Pendengaran:

Tinjauan Awal Isu dan Cabaran Dari Perspektif Guru

Mohd Mokhtar Tahar & Aliza Alias. (2004). Isu Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan

Islam Pelajar Berkeperluan Khas. Wacana Pendidkan Islam (siri 3). Bangi: Fakulti

Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia.

Mohd Rizal Mohd Said & Muallimah Arshad (2008). Masalah Guru Pendidikan Khas Integrasi

Dalam Pengajaran dan Pembelajaran Kemahiran Hidup di Sekolah Menengah, Daerah

Kota Tinggi, Johor. Kertas Projek Universiti Teknologi Malaysia. Skudai.

Mohd Rosman Salubin. (2012). Kecerdasan Emosi Kanak-kanak Bermasalah Pendengaran

(Pekak) : Satu Kajian di Negeri Johor. Tesis Sarjana Universiti Kebangsaan Malaysia.

Mohd Zuri Ghani & Aznan Che Ahmad, (2010) Strategi Pengajaran Kanak-kanak

Berkeperluan Khas. Pulau Pinang: Penerbit USM

Nik Hassan Seman (2016) Permasalahan dan Keperluan Pelajar Pekak dalam Pengajaran dan

Pembelajaran Pendidikan Islam. Tesis Kedoktoran yang tidak diterbitkan.

Norshidah Mohd. Salleh, Khadijah Abd. Razak & Norani Mohd. Salleh. 2004. Teaching

strategies of al-Quran among visually impaired students. Proceedings of the National

Conference on Special Education, 2:452-463.

Norshidah Mohamad Salleh and Khalim Zainal / Procedia Social and Behavioral Sciences 9

(2010) 859–863.

Peraturan-Peraturan Pendidikan (Pendidikan Khas) 2013, Warta Kerajaan Persekutuan Jabatan

Peguam Negara.

Sinar Harian (21 November, 2017), “443,541 OKU berdaftar JKM hingga Oktober 2017”.

Sinar Harian. (2016). UPSR: Murid cacat penglihatan catat keputusan cemerlang.

http://www.sinarharian. com. my/ mobile/ nasional/ upsr-murid- cacat- penglihatan- catat-

keputusan-cemerlang- 1.587344.

Page 12: ANALISIS ISU DAN PERMASALAHAN DALAM PENGAJARAN … fileTugas ini bukan suatu yang boleh dipandang mudah memandangkan golongan upaya penglihatan juga berhak mendapat maklumat tentang

| Prosiding Seminar Kebangsaan Majlis Dekan Pendidikan Universiti Awam, 7-8 November 2018 |

1408 | MEDC 2018

Siti Farhana Suhadak & Tengku Intan Zarina (2015). Pendidikan Adab Islam: Cabaran di

Kalangan OKU Penglihatan. Journal of Global Business and Social Entrepreneurship

(2016)

Tengku Intan Zarina, Ahmad Yunus & Siti Nur Azimah (2015) Efforts to Evaluate al-Quran

Study Among the Visually Impaired Group in Malaysia: Challenges and Proposals.

Mediterranean Journal of Social Sciences.MCSER Publishing, Rome-Italy

WHO, 2017. Retrieved from Visual Impairment and Blindness: http//www.who.int/

topics/statistics/en/.11 November 2017.

Wong Huey Siew (2006). Persekitaran Pembelajaran Pelajar Cacat Penglihatan di Malaysia.

ISM Researh Monograph Series No.3

Wood, J.W (2002). Adapting Instructions to Accommodate Students in Inclusive Setting. USA:

Merril Prentice Hall

https://www.moe.gov.my/images/dasar-kpm/PPP/Preliminary-Blueprint-BM.pdf