bab 9 perundangan islam

10
Perundangan Islam Perundangan Islam dinamakan shariah.Shariah menggariskan peraturan hidup individu dan kolektif(kumpulan). Peraturan ini mencakupi Semua bidang kehidupan spt Keagamaan,moral,keluarga,sosial,ekonomi,kewarganegaraan dll. 1. Disyariatkan oleh Allah s.w.t (Al quran dan Al sunnah) 2. Dicipta oleh manusia :- tidak menyentuh hal agama,ijtihad,sahabat & berasaskan al Quran dan Al sunnah. Matlamat Perundangan Islam:- 1. Amal makruf nahi mungkar. 2. Menjaga keamanan /kebajikan manusia. 3. Menjaga keadilan semua manusia. 4. Menjaga hak Allah dgn mendptkn rahmatNya. Perbezaan di antara Shariah dan undang-undang ciptaan manusia. Shariah Undang-undang ciptaan manusia Tetap Boleh diubah Hukum Allah s.w.t Dibentuk oleh badan kuasa politik tertinggi Tidak mempunyai batas sempadan Terdapat pengecualian kpd individu tertentu konsep “dosa” dan “pahala” Tiada konsep dosa dan pahala “Kedaulatan” hanya kp Allah SWT shj Tertumpu kp negara,raja dan rakyat Perbezaan di antara Shariah dan Fikh. Syari’ah: Dari segi pengertian lebih umum daripada fikh. Fikh lahir daripada shariah kerana syariah bersifat tetap. Shariah persoalannya berbentuk prinsip dan dasar. Fikh: Ulamak fikh mengembangkan hukum-hukum (berijtihad). Berkembang dan persoalan berbentuk cabang. Hukum-hukum dikembang mengikut kegiatan manusia. Hukum dikeluarkan menurut nas-nas Al-quran,sunnah dan ijma’. Perlaksanaan boleh bergantung kepada masa dan suasana. Persoalan shariah dan fikh meliputi Hak Allah ke atas hamba seperti ibadah dalam rukun Islam, cth solat,puasa dll Juga Hak Hamba sesama hamba bertujuan mengatur hidup, cth jual beli, munakahat, jenayah dll.

Upload: abu-zuhaily

Post on 25-Jun-2015

1.070 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

perundangan islam, legislatif Islam

TRANSCRIPT

Page 1: BAB 9 Perundangan Islam

Perundangan Islam

Perundangan Islam dinamakan shariah.Shariah menggariskan peraturan hidup

individu dan kolektif(kumpulan).

Peraturan ini mencakupi Semua bidang kehidupan spt

Keagamaan,moral,keluarga,sosial,ekonomi,kewarganegaraan dll.

1. Disyariatkan oleh Allah s.w.t (Al quran dan Al sunnah)

2. Dicipta oleh manusia :- tidak menyentuh hal agama,ijtihad,sahabat & berasaskan

al Quran dan Al sunnah.

Matlamat Perundangan Islam:-

1. Amal makruf nahi mungkar.

2. Menjaga keamanan /kebajikan manusia.

3. Menjaga keadilan semua manusia.

4. Menjaga hak Allah dgn mendptkn rahmatNya.

Perbezaan di antara Shariah dan undang-undang ciptaan manusia.

Shariah Undang-undang ciptaan manusia

Tetap Boleh diubah

Hukum Allah s.w.t Dibentuk oleh badan kuasa politik tertinggi

Tidak mempunyai batas sempadan Terdapat pengecualian kpd individu tertentu

konsep “dosa” dan “pahala” Tiada konsep dosa dan pahala

“Kedaulatan” hanya kp Allah SWT shj Tertumpu kp negara,raja dan rakyat

Perbezaan di antara Shariah dan Fikh.

Syari’ah:

Dari segi pengertian lebih umum daripada fikh.

Fikh lahir daripada shariah kerana syariah bersifat tetap.

Shariah persoalannya berbentuk prinsip dan dasar.

Fikh:

Ulamak fikh mengembangkan hukum-hukum (berijtihad).

Berkembang dan persoalan berbentuk cabang.

Hukum-hukum dikembang mengikut kegiatan manusia.

Hukum dikeluarkan menurut nas-nas Al-quran,sunnah dan ijma’.

Perlaksanaan boleh bergantung kepada masa dan suasana.

Persoalan shariah dan fikh meliputi Hak Allah ke atas hamba seperti ibadah dalam

rukun Islam, cth solat,puasa dll

Juga Hak Hamba sesama hamba bertujuan mengatur hidup, cth jual beli, munakahat,

jenayah dll.

Page 2: BAB 9 Perundangan Islam

KEISTIMEWAAN PERUNDANGAN ISLAM.

1. RABBANI ( KETUHANAN)

# merupakan peraturan dan ajaran Allah yang Maha berkuasa kepada manusia.

# bersumberkan Al-Quran dan Al-Sunnah.

# Allah mengetahui apa yang diwahyukan dan lebih tahu maslahat yang wujud.

2. ALAMIYYAH (UNIVERSAL)

# Bukan untuk golongan tertentu sahaja , pedoman semua.

# Tidaklah kami mengutuskan engkau (wahai Muhammad) melainkan untuk

menjadi rahmat sekelian alam.

3. SYUMUL (MENYELURUH)

# Mencakupi semua aspek kehidupan manusia.

4. THABAT ( KEASLIAN DAN KEABADIAN / MANTAP)

# Sumbernya mempunyai sifat asli yang tetap dan kekal dalam nas tanpa

penyelewengan.

# Al-quran sebagai mukjizat dan terpelihara.

# As-Sunnah sebagai rujukan kedua.

5. AL-MURUNAH ( MUDAH DAN MENGHILANGKAN KESULITAN)

# Tidak menyusahkan umatnya.

# Paraktikal dan tidak mengenakan perundangan diluar kemampuan manusia.

Eg. Puasa = Boleh tinggalkan jika uzur syari’.

6. MEMELIHARA KEMASLAHATAN UMMAH. (KEPENTINGAN MANUSIA)

# Melindungi ummatnya.

7. KEADILAN.

# keadilan sejagat atau mutlak dapat dilaksanakan apabila manusia

melaksanakan syariat Allah.

# Peranan keadilan ini memberi jaminan dan keselamatan kepada akal, diri,

harta benda dan keperluan manusia.

Page 3: BAB 9 Perundangan Islam

Sumber Hukum Shariah

Terbahagi kepada dua:-

1. Sumber asli berlandaskan Al quran dan Al sunnah

2. Sumber-sumber sekunder pula berdasarkan Al-ijma’ dan al-ijtihad.

Sumber-sumber Asli:-

Al Quran Al Sunnah

Mukjizat Allah s.w.t diturunkan kpd Nabi

Muhammad s.a.w melalui Jibrail.

Segala yang disandarkan kpd Nabi Muhammad

(perbuatan,perkataan,pengakuan)

terdpt 330 surah Al-Quran drpd 6,666 ayat yg

terdpt dlm Al-Quran menyentuh perundangan.

Diriwayatkan dpd Rasullullah oleh para

sahabat ,tabi’in dan seterusnya ditulis oleh

ulamak Hadis.

140 ayat ibadah dan taharah Al sunnah – sumber hukum syari’ah

70 ayat kekeluargaan,30 ayat jenazah, 20

ayat kehakiman

Sunnah melengkapi al-quran dan sunnah bukan hukum

Sunnah melengkapi Al Quran Sunnah bukan hukum

Menegaskan hukum yang telah terdapat

dalam al -Quran

Perkara-perkara yang dilakukan oleh

Rasullullah s.a.w Cth: Bangun,duduk,dll

(kecuali diperintahkan baginda)

Menjelaskan dengan terperinci apa yang

tidak ada dalam al-Quran.

Perkara-perkara duniawi yang dilakukan

oleh Rasululullah berdasrkan pengalaman

baginda. Cth berniaga, berperang, dll

Menetapkan hukum yang tidak terdapat

dalam al-Quran ,tetapi hukum ini bertetapan

dengan prinsip umum dlm al-Quran.

Perkara yang khusus bagi baginda .Cth

puasa tanpa buka, wajib bertahajjud dll.

Page 4: BAB 9 Perundangan Islam

Sumber-Sumber Sekunder

1. Al –ijma’:

kata sepakat ulamak Islam yg mujtahid pada suatu masa tertentu selepas

kewafatan Nabi s.a.w mengenai hukum shari’ah. Terdapat 2 jenis ijma’ :-

i. ijma’ sarikh – berlaku apl semua mujtahid memberi persetujuan mereka.

ii. ijma’ sakuti – berlaku apb sebahagian shj menyatakn persetujuan

sedangkan yg lain diam dan tidak membantah.

2. al-Qiyas :

Menyandarkan / membuat hukum baru kepada sesuatu yang ada hukumnya

dari nas kerana ada persamaan illah. Cth arak – haram –kerana memabukkan.

Oleh itu Tuak - haram – kerana memabukkan.

3. Al- ijtihad

Pemahaman nas dlm mengeluarkn hukum.

Cthnya batal atau tidak air sembahyangkrn sentuhan lelaki dan perempuan

.Menurut Mazhab Shafi’e (batal)dan hanafi (tidak batal).

4. al- Istihsan

Beramal dengan dalil yang lebih kuat.

cthnya bayaran ketika memasuki tandas awam,mengikut kaedah asal,sewa

tidak diharuskan kecuali dengn menentukan kadar dan tempoh masa.Ttp ijma’

ulama mengharuskan berdasarkn keperluan org ramai.

5. al-masalih al-mursalah

Iaitu maslahah(manfaat atau kepentingan) yg tidak dinyatakan halal atau

haramnya oleh shari’ah.

cthnya: pengumpulan Al quran dlm btk mushaf olh khalifah uthman

6. Sadd al-dharai

Iaitu penutupan semua jalan yang membawa kpd kerosakan

Cth:mengharamkan pergaulan bebas bg mencegah berlakunya perbuatan zina.

7. al-‘Urf/al-‘Adah

Iaitu adat resam yang tidak bercanggah dengan islam.

Cth:brg-barabg hantaran di samping mahar dlm urusan perkahwinan. Barang

hantaran adalah adat dan mahar adlh wajib.

8. al- Istihab

penetapan hokum bhw sesuatu keadaan itu tetap sperti sedia kalasehingga ada

dalil yang menunjukkannya bhw keadaan itu tdk benar & perlu diberi hokum

lain krn wujudnya dalil.

Cth: semua jenis binatang laut halal dimakan pd hokum asalnya, kecuali

apabila ianya didapati membawa kemudharatan kepada manusia.

Page 5: BAB 9 Perundangan Islam

UNDANG-UNDANG JENAYAH ISLAM

PENGENALAN

Jenayah menurut istilah shariah ;

Jenayah merupakan larangan yang ditetapkan oleh Allah dan jika

larangan ini diingkari , hukuman akan dikenakan.

Menurut para Fuqaha’ ;

Perbuatan atau prilaku yang jahat dilakukan oleh seseorang untuk

mencerobohi atau mencabul kehormatan jiwa atau tubuh badan

seseorang dengan sengaja.

Undang-undang Jenayah dalam Islam :- HUDUD , QISAS & TAKZIR

1. HUDUD

Takrif : Hudud kata jamak Al-Had bererti kawalan atau cegahan.

Menurut Fuqaha’ : Hudud merupakan keseksaan yang bentuknya telah

ditetapkan dan diwajibkan oleh syarak dan dilaksanakan bagi tujuan

melaksanakan hak Allah.

Hudud mempunyai dua ciri penting :

1. Merupakan keseksaan yang rigid bentuknya, tidak boleh berubah dan diubah.

2. Dikenakan bagi tujuan menjamin hak Allah atau menjaga kemaslahatan

awam.

Kesalahan2 Hudud ada TUJUH :

1. Zina i. Zina Muhsan ii. Zina Ghairu Muhsan. (An-Nur : 2)

2. Qazaf ; menuduh berzina ( An-Nur 4)

3. Sharb Al-Khamr ; minum arak ( Al-Maidah : 90)

4. Sariqa ; mencuri ( Al-Maidah : 38)

5. Hirabah ; menyamun ( Al-Maidah : 33)

6. Ar-Riddah ; Murtad ( Al-Baqarah : 217)

7. Al-Bagha : Memberontak ; (Al-Hujurat: 9)

2. QISAS DAN DIAT

Takrif Qisas : Keseksaan2 (kesalahan membunuh atau mencederakan) yang

bentuknya telah ditentukan oleh syarak dan dilaksanakan bagi tujuan menjaga

kepentingan individu.

Kesalahan Yang Dihukum Dengan Qisas :-

1. Jenayah membunuh. ( Al-Baqarah :178)

2. Jenayah memukul dan mencederakan. (Al-Maidah :45)

3. Jenayah menggugurkan kandungan.

Jenayah membunuh dibahagikan kepada TIGA :-

Page 6: BAB 9 Perundangan Islam

1. Pembunuhan secara sengaja. = wajib qisas.

2. Pembunuhan menyerupai sengaja.= tidak wajib qisas tetapi kena diat

mughallazah. (berat)

3. Pembunuhan yang tidak sengaja. = tidak wajib qisas tetapi kena diat

muhaffafah (ringan)

Takrif Diat : Diat ialah harta yang wajib dibayar dan diberikan oleh

penjenayah kepada waris mangsa sebagai ganti rugi kerana melakukan jenayah

seperti mencederakan anggota badan atau melukakan atau membinasakan.

Diat : hukuman yang ditentukan syarak sebagai ganti qisas yang tidak

dilaksanakan.

a. Diat Mughallazah (berat) ; dikenakan bagi orang yang melakukan

pembunuhan yang serupa dengan sengaja dan pembunuhan yang sengaja

tetapi dimaafkan oleh waris.

Dikatakan berat kerana 100 ekor unta.(30 unta 3 thn, 30 unta 4 thn, 40 unta

bunting )

b. Diat Muhaffafah (ringan) ; kesalahan pembunuhan yang tersalah / tak

sengaja. (20 unta betina 2 thn, 20 unta jantan 2 thn, 20 unta betina 3 thn, 20

unta betina 4 thn)

3. TAKZIR

Takrif : Hukuman atau keseksaan yang tidak ditentukan dengan jelas oleh

syarak dan dilaksanakan sama ada untuk menjamin kepentingan

individu atau kepentingan awam (hak Allah) dalam semua kes

melainkan kes hudud dan qisas.

Para Fuqaha’ membahagikan Takzir kepada dua :-

1. Takzir sebagai Hak Allah : suatu yang menyentuh kepentingan umum

dan yang dapat mencegah keburukan dalam masyarakat.

2. Takzir sebagai hak individu : suatu yang menyentuh maslahat dan

kepentingan individu.

Page 7: BAB 9 Perundangan Islam

KEHAKIMAN

A . HAKIM @ QADHA 1. PENGENALAN. Dari segi bahasa:

Al-Qadha dari segi bahasa ialah menghukum, memisah dan memutuskan. Dari segi syarak:

Para ulama telah mendefinisikan istilah Al-Qadha dengan beberapa takrif, diantara

lainnya: a. Menyelasaikan persengketaan dan perbalahan. b. Memberitahu mengenai hukum syarak di atas jalan ilzam (mengikat). c. Menghukumkan di antara dua orang yang bersengketa atau lebih dengan hukum

Allah. d. Menghentikan persengketaan dan memutuskan perbalahan dengan cara

tertentu. e. Perkataan yang mengikatkan, terbit daripada pihak berkuasa tertinggi.

2. KUASA MELANTIK HAKIM Perlantikan hakim tidak boleh dilakukan dengan permohonan atau permintaan, ia hendaklah datang dari pihak berkuasa.

2.1 Khalifah

Pada dasarnya khalifah atau sultan (ketua negara) yang membuat perlantikan para hakim

2.2 Naib khalifah Khalifah boleh memberi mandat kepada seorang untuk melantik hakim tetapi seorang itu tidak boleh melantik dirinya atau sanak-saudaranya.

2.3 Ketua Pemberontak Kalau seorang muslim yang adil tidak menerima perlantikan dari pihak amir(pemberontak) dari dua wilayah yang terpisah,nanti orang zalim akan menjawat jawatan itu.

2.4 Pemerintah yang Kafir Berlaku dimana orang kafir menguasai negara Islam dan perlu seorang muslim itu meminpin golongan muslim yang lain dengan cara keadilan berteraskan syarak.

2.5 Amir-amir & Para Hakim Wilayah Wakil-wakil khalifah melantik hakim-hakim di wilayah masing-masing.

2.6 Ketua Hakim Mempunyai mandat dan kuasa yang diberi oleh khalifah melantik para hakim di seluruh negara.

2.7 Ahli fikir & Ilmuan Dalam keadaan darurat, ulama’ dan ahli fikir akan dilantik menjadi hakim untuk mengadili permasalahan yang berlaku.

3. SYARAT-SYARAT HAKIM Tidak kesemua syarat-syarat ini disepakati (Ittifaq) oleh para fuqaha kerana ada di antaranya yang dipertikaikan.

Page 8: BAB 9 Perundangan Islam

3.1. Baligh, Berakal dan Merdeka

3.2. Islam : Orang Kafir tidak boleh membicarakan secara mutlak semua kes orang Islam.

3.3. Adil : Tidak sah melantik orang fasiq. 3.4 Mujtahid : Tidak sah melantik orang jahil dan juga muqallid. (Al-mawardi ;

mengetahu 4 asas hukum syarak iaitu Al-quran, Sunnah, pendapat ulama salaf & Qias.)

3.5 Lelaki : Jumhur ulama, mengatakan bahawa lelaki menjadi syarat

perlantikan hakim. Tidak sah wanita. 3.6 Kesempurnaan Pancaindera : Tidak pekak, bisu dan buta. 3.7 Syarat-syarat lain*

* kuat, bukan keras atau kasar,lemah-lembut,bukan dhaif,tidak berputus asa,berhati-hati,tidak pelupa,tidak mudah ditipu,jujur,warak dan jauh dari sifat tamak pandai menjalankan Qias (perbandingan) , memahami ayat-ayat A-Quran dan hadit-hadit nabi

4. ETIKA HAKIM DAN SARAAN

Seorang hakim terikat kepada banyak etika yang merangkumi etika berkaitan perlantikan,

permohonan, gerak laku dalam dan luar mahkamah secara umun dan khusus , antaranya : -

4.1 DILARANG HAKIM MENJALANKAN PERNIAGAAN. 4.2 HADIAH UNTUK HAKIM ADALAH DILARANG 4.4 AKHLAK SEORANG HAKIM. Bermaruah,kurang bercapur gaul dengan

orang, tidak mengunjungi tempat yang tidak sesuai dll. Sifat2 yg hebat.

4.5 KETIKA DALAM MAJLIS KEHAKIMAN ; menundukkan pandangan, tidak meninggikan suara, menghukum dalam keadaan tenang, tidak terpengaruh, berhati,memuliakan saksi, tidak menghakimi kaum kerabat dll.

4.6 REZEKI HAKIM ; bulanan dari Baitul Mal. Harus hakim diberi gaji atas kerjanya.

B. PERSAKSIAN (AS-SYAHADAH) Persaksian adalah satu saluran untuk mesabitkan kebenaran yang didakwa. Syahadad dinamakan Al-bayyinah iaitu keterangan, kerana syahadah dapat

menerangkan sesuatu yang ada di dalam jiwa seseorang dan menjelaskan kenebaran pada sesuatu yang dipertikaikan.

SYARAT-SYARAT SAKSI 1. Seorang yang baligh . 2. Mengetahui sesuatu yang disaksikan. 3. Saksi iti orang Islam. Kesaksian non muslim tidak diterima terhadap orang

Islam.

Page 9: BAB 9 Perundangan Islam

4. Saksi adil ; iaitu istiqamah dengan agamanya, menjahui dosa-dosa besar dan berupaya menghindarka dosa kecil.

5. Tidak ada keraguan pada kesaksiannya. Punca keraguan ini seperti wujud permusuhan, kepentingan, persyarikatan, hubungan keluarga dll.

6. Sejahtera daripada kecacatan. Menpunyai penglihatan.

Dan saksi-saksi itu juga mestilah mempunyai mempunyai sifat-sifat yang digariskan oleh Allah dan RasulNya di dalam Quran dan Hadith supaya tidak berlaku kezaliman ke atas orang yang dihakimi dan diadili dan saksi juga tidak boleh menyembunyikan perkara-perkara yang dipersaksikannya dan hendaklah menyempurnakannya semata-mata kerana Allah.

B. PENDAKWAAN , PEMBUKTIAN DAN KETERANGAN.

Dakwa dalam kehakiman Islam ialah perkataan yang diterima hakim. Orang yang berkata demikian adalah untuk menuntut haknya yang tertentu terhadap orang lain. Ketika berlaku persengketaan atau mempertahan hak dirinya.

Dakwa pada istilah syarak memerlukan beberapa unsur :-

1. Al-Muddar = Orang yang menuntut hak.(plaintif) 2. Al-Mudda’a ‘alaihi = Yang didakwa.(defendan) 3. Al-Mudda’a bihi = sesuatu yang dituntut. 4. Da’awa = perkataan daripada pendakwa .

Pembuktian dan keterangan :- Orang yang mendakwa dan didakwa berhak mengemukan pembuktian dan keterangan masing-masing. Susunan alat-alat bukti bagi pembuktian :-

1. Al-Iqrar = mengaku atau membuat pengakuan. 2. As-Syahadah = kesaksian. Menurut syarak , suatu perkhabaran

yang benar di majlis kehakiman dengan lafaz syahadah(menyaksi) untuk membuktikan dan mensabitkan hak ke atas orang lain.

3. Al-Yamin wa al-Nukul = sumpah syar’i yang ditawarkan ke atas yang kena dakwa dan mendakwa.

4. Al-Qara’in = qarinah atau tanda atau alamat yang dijadikan bahan bukti.

5. Al-Qiyafah = pembuktian untuk menyabitkan nasab berdasarkan persamaan diantara seorang dengan seorang.

Page 10: BAB 9 Perundangan Islam

Mazhab Muktabar

4 Mazhab yang diiktiraf (muktabar) iaitu:-

MAZHAB PENGASAS

Mazhab Shafi’e Imam Shafi’e r.a

Mazhab Maliki Imam Malik r.a

Mazhab Hanbali Imam Ahmad ibn Hanbal

Mazhab Hanafi Imam Abu Hanifah

Perbezaan hanya dari sudut furu/cabang tidak pada aqidah.

Faktor berbezaan :-

1.

2.

3.

4.

LATIHAN 11

1. Huraikan TIGA keistimewaan perundangan Islam. (3m)

2. Jelaskan maksud istilah berikut dengan contoh : Ijmak, Ijtihad, Qias dan

Ihtihsan. (4m)

3. Jelaskan maksud Hudud, Qisas dan takzir dengan contoh. (6m)

4. Jelaskan TIGA hikmah jika hudud dilaksanakan. (3m)