bab 9 bahasa melayu tingkatan 6 penggal 2

11
Bab 9 Penggolongan Ayat Dibuat oleh: Thanushah A/P P.Soniyasee 6AK1

Upload: thanushah-soniyasee-96

Post on 07-Aug-2015

76 views

Category:

Education


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: Bab 9 Bahasa Melayu Tingkatan 6 Penggal 2

Bab 9Penggolongan Ayat

Dibuat oleh: Thanushah A/P P.Soniyasee

6AK1

Page 2: Bab 9 Bahasa Melayu Tingkatan 6 Penggal 2

9.0 Pengenalan

-Jumlah ayat dalam sesuatu bahasa tidak terkira banyaknya.Antara ayat yang tidak terkira banyaknya itu,ada ayat yang pendek dan ada yang panjang.Terdapat pelbagai jenis ayat dengan susunan konstituen yang pelbagai juga.Walaupun jumlah ayat dalam sesuatu bahasa itu amat banyak,namun pelbagai jenis ayat itu dapat dikategorikan seperti yang berikut:

Golongan ayat -----1.Ayat Dasar 2.Ayat TerbinaBentuk ayat---------1.Ayat Tunggal 2.Ayat MajmukJenis ayat------------1.Ayat Penyata 2.Ayat Tanya 3.Ayat Perintah 4.Ayat SeruanSusunan konstituen ayat----1.Susunan Biasa 2.Susunan SongsangRagam ayat---------1.Ayat Aktif 2.Ayat Pasif

Page 3: Bab 9 Bahasa Melayu Tingkatan 6 Penggal 2

9.1 Golongan Ayat

-Golongan ayat ditentukan berdasarkan pola atau acuan ayat.Pelbagai jenis ayat yang terdapat dalam sesuatu bahasa dapat dibahagikan kepada dua golongan,iaitu ayat dasar dan ayat terbitan.

9.1.1 Ayat Dasar

1.Ayat dasar ialah ayat yang daripadanya dapat diterbitkan ayat yang lain.Semua ayat,sama ada yang pendek atau yang panjang,yang bersusunan biasa atau yang bersusunan songsang,yang tunggal atau yang majmuk,pasti dapat dikembalikan kepada bentuk asalnya,iaitu salah satu daripada empat pola ayat dasar seperti yang terdapat dalam jadual di bawah.Pola-pola ayat dasar ditentukan berdasarkan frasa yang mengisi konstituen predikat.Hal ini demikian kerana konstituen subjek tetap diisi oleh frasa nama.Selain itu,ayat dasar terdiri daripada satu subjek dan satu predikat.

Pola Subjek Predikat

Pola 1 : FN+FN Frasa Nama Aziz

Frasa NamaPelajar universiti.

Pola 2 : FN+FK Frasa NamaRokiah

Frasa KerjaMenanak nasi.

Pola 3 : FN+FA Frasa NamaJutawan itu

Frasa Adjktifbaik hati.

Pola 4 : FN+FS Frasa NamaIbu saya

Frasa Sendi Namadi dapur.

Page 4: Bab 9 Bahasa Melayu Tingkatan 6 Penggal 2

9.1.2 Ayat Terbitan

1.Ayat terbitan ialah ayat yang terbentuk apabila beberapa unsur,sama ada perkataan ataupun frasa ditambah pada frasa subjek atau frasa predikat sesuatu ayat dasar.2.Ayat terbitan sebahagian besarnya berasal daripada ayat dasar tetapi bentuknya berubah atau maknanya berubah.Contohnya :

a.Aziz/bukan pelajar universiti.b.Nasi/ditanak oleh Rokiah.c.Jutawan itu/baik hati?d.Ibu saya/di dapur untuk menyediakan sarapan.

3.Kesemua ayat di atas ialah ayat terbitan kerana kesemua ayat itu terbit daripada ayat dasar.Ayat (1) ialah ayat nafi,yang terbit daripada ayat dasar Aziz pelajar universiti.Ayat (2) ialah ayat pasif,yang terbit daripada ayat dasar Rokiah menanak nasi.Ayat (3) ialah ayat tanya,yang terbit daripada ayat dasar Jutawan itu baik hati,manakala ayat (4) ialah ayat majmuk,yang terbit daripada dua ayat dasar,iaitu Ibu saya di dapur dan Ibu saya menyediakan sarapan.

9.2 Bentuk Ayat

1.Ayat terbahagi kepada dua bentuk : a. Bentuk tunggalb. Bentuk majmuk

Page 5: Bab 9 Bahasa Melayu Tingkatan 6 Penggal 2

2.Penentuan sama ada ayat itu ayat tunggal atau ayat majmuk bergantung pada bilangan klausa yang terkandung di dalamnya.Ayat yang terdiri daripada satu klausa ialah ayat tunggal,manakala ayat yang terdiri daripada dua atau lebih klausa dinamakan ayat majmuk.

9.2.1 Ayat Tunggal

1.Ayat tunggal ialah ayat yang mempunyai satu klausa sahaja,iaitu yang mempunyai satu konstituen subjek dan satu konstituen predikat.Binaan ayat tunggal menyerupai binaan ayat dasar,iaitu terkandung di dalamnya satu konstituen subjek dan satu konstituen predikat.Persamaa dan perbezaan antara ayat dasar dengan ayat tunggal akan dijelaskan dalam bab Ayat Dasar dan Ayat Tunggal.Contoh ayat tunggal :

Subjek Predikat

5. Orang itu doktor.

6. Murid-murid sekolah berdiri di tapak perhimpunan.

7. Rumah itu sungguh besar.

8. Pokok pinang di belakang rumah saya

tumbang pagi tadi.

Page 6: Bab 9 Bahasa Melayu Tingkatan 6 Penggal 2

9.2.2 Ayat Majmuk

1.Ayat majmuk ialah ayat yang mengandungi dua klausa atau lebih.Ayat majmuk dibina dengan menggabungkan dua ayat tunggal atau lebih,dan penggabungan ayat-ayat itu dilakukan mengikut cara tertentu sehingga menjadikannya ayat baharu.Ayat (9),misalnya,ialah ayat majmuk yang terhasil daripada gabungan ayat (9a) dengan ayat (9b).

9.3 Jenis Ayat

Dengan berdasarkan intonasi dan tujuan atau fungsinya,ayat dapat dibahagikan kepada empat jenis,iaitu :

1. Ayat penyata2. Ayat tanya3. Ayat perintah4. Ayat seruan

9.3.1 Ayat Penyata

-Ayat penyata ialah ayat yang diucapkan dengan tujuan untuk membuat sesuatu pernyataan atau memberikan keterangan tentang sesuatu.Contohnya :

9. Bapa sedang membaca akhbar dan ibu sedang menjahit baju.9a. Bapa sedang membaca akhbar.9b. Ibu sedang menjahit baju.

Page 7: Bab 9 Bahasa Melayu Tingkatan 6 Penggal 2

9.3.2 Ayat Tanya

-Ayat tanya ialah ayat yang digunakan untuk menenangkan sesuatu hal.Ayat tanya boleh terdiri daripada ayat tanya tanpa kata tanya atau ayat tanya dengan kata tanya.Contohnya :

9.3.3 Ayat Perintah

-Ayat perintah ialah ayat yang digunakan untuk menimbulkan tindakan atau gerak balas tertentu daripada pendengar.Ayat perintah boleh terdiri daripada ayat suruhan,ayat larangan,ayat silaan,ayat permintaan,dan ayat ajakan.Contohnya :

10. Abang saya juruterbang.11. Kakak membeli sebentuk cincin.12. Bunga ros itu harum.13. Bapa masih di pejabat.

a. Ayat tanya tanpa kata tanya 14. Bapa Yasirkah pemandu lori?

b. Ayat tanya dengan kata tanya 15. Harga cili ini berapa?

Page 8: Bab 9 Bahasa Melayu Tingkatan 6 Penggal 2

9.3.4 Ayat Seruan

-Ayat seruan ialah ayat yang diucapkan untuk melahirkan perasaan terhadap sesuatu.Dalam tulisan,ayat seruan diakhiri dengan tanda seru (!).

1. Ayat suruhan 16. Duduk di situ!

2. Ayat larangan 17. Jangan bercakap.

3. Ayat silaan 18. Sila beratur.

4. Ayat permintaan. 19. Tolong tutup tingkap itu.

5. Ayat ajakan 20. Mari minum.

21. Anakku!22. Aduh,kepala saya pening!23. Syabas,kamu berjaya!

Page 9: Bab 9 Bahasa Melayu Tingkatan 6 Penggal 2

9.4 Susunan Konstituen Ayat

-Dari segi susunan,ayat boleh dibahagikan kepada dua.iaitu susunan biasa dan susunan songsang.

9.4.1 Susunan biasa

-Ayat susunan biasa ialah ayat yang unsur subjeknya mendahului unsur predikat (S+P).Bahagian yang menjadi subjek itu merupakan bahagian yang diterangkan,manakala bahagian predikat pula ialah bahagian yang menerangkan subjek tersebut.Jadi,ayat dalam susunan biasa mematuhi hukum D-M.Contohnya :

9.4.2 Susunan Songsang

-Ayat susunan songsang ialah ayat yang tidak mengikut susunan biasa,iaitu susunan subjek-predikat : Dalam susunan songsang,unsur-unsur dalam konstituen predikat yang biasanya mengikuti subjek dipindahkan ke depan subjek.Pendepanan predikat boleh melibatkan seluruh predikat atau sebahagian daripada predikat.Contohnya :

24. Kucing mengejar tikus itu.25. Saya tidak hadir pada majlis itu.

1. Pendepanan seluruh predikat 26. Gadis itu/bertudung hitam. 26a. Bertudung hitam/gadis itu.2. Pendepanan sebahagian daripada predikat 27. Kanak-kanak itu/bermain-main di taman permainan. 27a. Bermain-main kanak-kanak itu/di taman permainan.

Page 10: Bab 9 Bahasa Melayu Tingkatan 6 Penggal 2

9.5 Ragam Ayat

-Mengikut ragamnya,ayat terbahagi kepada ayat aktif dan ayat pasif.Pembahagian tersebut berdasarkan kata kerja yang terkandung dalam ayat itu,iaitu sama ada kata kerja transitif,kata kerja tak transitif,atau kata kerja pasif.

9.5.1 Ayat Aktif

-Ayat aktif ialah ayat yang mengandungi kata kerja yang mengutamakan subjek asal sebagai judul.Ayat aktif terdiri daripada ayat aktif transitif dan ayat aktif tak transitif. Contohnya :

9.5.2 Ayat Pasif

-Ayat pasif ialah ayat yang mengandungi kata kerja yang mengutamakan objek asal sebagai judul atau unsur yang diterangkan.Oleh itu,objek dalam ayat aktif menjadi subjek dalam ayat pasif.Contohnya :

Subjek Predikat

28. Ibu menyidai pakaian. (aktif transitif)

29. Bapa mencuci kereta. (aktif transitif)

30. Pesawat itu sudah mendarat. (aktif tak transitif)

31. Murid-murid itu sedang berbincang. (aktif tak transitif)

Page 11: Bab 9 Bahasa Melayu Tingkatan 6 Penggal 2

Subjek Predikat

32. Abang membeli kereta baharu. (ayat aktif)

32a. Kereta baharu dibeli oleh abang. (ayat pasif)

33. Saya menulis surat. (ayat aktif)

33a. Surat saya tulis. (ayat pasif)