bab 4 cadangan penyelesaian masalah rumah pangsa kos rendah

9
Kajian terhadap masalah-masalah yang dihadapi oleh orang melayu di rumah pangsa kos rendah di Lembah Klang dan kesan terhadap penghuninya. Bab-4 Tindakan-tindakan yang diambil untuk mengatasi masalah yang berlaku di rumah pangsa. 4.1 Cadangan mengatasi masalah kemasyarakatan dan budaya 4.1.1 Persekitaran Rumah Pangsa Bagi menghadapi masalah yang timbul di rumah-rumah pangsa kos rendah, pelbagai cadangan telah di utarakan oleh kerajaan, NGO 1 dan pihak-pihak swasta. Banyak pemaju swasta telah mengambil pendekatan membina rumah kos rendah dikawasan yang dientegrasikan dengan taman taman rekreasi yang besar yang dikongsikan bersama dengan penduduk rumah- rumah teres sekitarnya. Kawasan rekreasi ini dibuat sekali dengan kolam takungan. Secara tidak langsung tempat rekreasi yang dihasilkan lebih menarik dengan hadirnya elemen air. Kewujudan kawasan rekreasi seperti ini memberikan ruang untuk bersosial dan berrekreasi yang lebih luas kepada pelbagai masyarakatnya berbilang latar belakang. Bagi pihak kerajaan pula, Jabatan Perancangan Bandar dan Desa telah mewujudkan Doktrin Perancangan Dan Pembangunan Sejagat (1997) untuk kawasan kediaman. Ia mempunyai ciri-ciri seperti berikut iaitu: selesa, mesra, cantik indah, berkualiti, mempunyai idintiti sendiri, mencukupi dan mampu dimiliki, bersih & harmoni, lengkap dan selamat. 1 Non Government Organization 23

Upload: nizam-hajizan

Post on 27-Jan-2017

445 views

Category:

Education


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: Bab 4 cadangan penyelesaian masalah rumah pangsa kos rendah

Kajian terhadap masalah-masalah yang dihadapi oleh orang melayu di rumah pangsa kos rendah di Lembah Klang dan kesan terhadap penghuninya.

Bab-4

Tindakan-tindakan yang diambil untuk mengatasi masalah yang berlaku di rumah

pangsa.

4.1 Cadangan mengatasi masalah kemasyarakatan dan budaya

4.1.1 Persekitaran Rumah Pangsa

Bagi menghadapi masalah yang timbul di rumah-rumah pangsa kos rendah,

pelbagai cadangan telah di utarakan oleh kerajaan, NGO1 dan pihak-pihak swasta.

Banyak pemaju swasta telah mengambil pendekatan membina rumah kos rendah

dikawasan yang dientegrasikan dengan taman taman rekreasi yang besar yang

dikongsikan bersama dengan penduduk rumah-rumah teres sekitarnya. Kawasan rekreasi

ini dibuat sekali dengan kolam takungan. Secara tidak langsung tempat rekreasi yang

dihasilkan lebih menarik dengan hadirnya elemen air. Kewujudan kawasan rekreasi

seperti ini memberikan ruang untuk bersosial dan berrekreasi yang lebih luas kepada

pelbagai masyarakatnya berbilang latar belakang.

Bagi pihak kerajaan pula, Jabatan Perancangan Bandar dan Desa telah

mewujudkan Doktrin Perancangan Dan Pembangunan Sejagat (1997) untuk kawasan

kediaman. Ia mempunyai ciri-ciri seperti berikut iaitu: selesa, mesra, cantik indah,

berkualiti, mempunyai idintiti sendiri, mencukupi dan mampu dimiliki, bersih &

harmoni, lengkap dan selamat.

Abdul Mutallib bin Jelani2 dalam kertas kerja bertajuk menyatakan:

Konsep persekitaran tempat kediaman lestari dalam konteks Islam

menekankan bahawa segala bentuk pembangunan persekitaran tempat

kediaman samada fizikal dan sosial perlu memastikan kelima-lima aspek

ini: agama, nyawa, akal, keturunan dan harta benda terjaga dan tidak

berlaku kerosakan atau kacau bilau dalam keseluruhan struktur tempat

kediaman. Berdasarkan prinsip tersebut, tempat kediaman berperanan

untuk menjaga keperluan asas manusia iaitu memelihara kepentingan

nyawa dan harta benda.

1 Non Government Organization2 Penempatan, Kebolehdiaman dan Kesesuaian Budaya Perumahan Di Malaysia, 2001

23

Page 2: Bab 4 cadangan penyelesaian masalah rumah pangsa kos rendah

Kajian terhadap masalah-masalah yang dihadapi oleh orang melayu di rumah pangsa kos rendah di Lembah Klang dan kesan terhadap penghuninya.

Kawasan persekitaran perumahan juga perlu mewujudkan

suasana yang boleh menggalakkan interaksi sosial di antara penghuninya,

indah dan harmoni dengan alam sekitar, mesra pengguna dan selamat

untuk semua lapisan masyarakat – tua, muda dan kanak-kanak,

mempunyai kawasan rekreasi dan riadah yang selesa serta mempunyai

kemudahan awam, utiliti, dan ameniti yang mencukupi. Menurut

perspektif Islam, tempat kediaman merupakan tempat untuk berehat,

menenangkan badan dan fikiran, beribadat, mendidik, belajar dan

menyebarkan syariat ugama. Tempat kediaman juga berperanan memberi

perlindungan kepada isi huninya terutamanya kepada kanak-kanak dan

wanita.

4.1.2 Saranan langkah mengatasi masalah sosial

Uthaya Sankar dan Rama Visualingam3 mencadangkan beberapa langkah yang

boleh diambil untuk mengatasai masalah sosial remaja. Antara langkah yang disarankan

ialah peranan ibu bapa sebagai insan yang paling hampir dengan remaja, pendekatan

akedemik, melalui sistem perundangan sekolah, penguatkuasaan undang-undang,

kaunseling dan peranan PIBG membantu guru-guru. Dengan pendekatan dan komitment

semua pihak diatas, masalah remaja terbiar, kurang didikan dapat diatasi. Dalam masa

yang sama, remaja akan merasai mereka lebih dihargai dan disayangi.

Pembenterasan masalah sosial perlu dilakukan pada peringkat awal bagi

mengelakkan ianya terlewat. Ia fisiologi remaja yang perlu dinasihatkan secara lembut

dan bukannya dengan kekerasan. Tambahan lagi remaja-remaja inilah yang bakal

menggantikan pemimpin-pemimpin masa hadapan.

4..2 Cadangan mengatasi masalah dari segi senibina & perancangan

4.2.1 Isu keselamatan di rumah pangsa kos rendah

Kenyataan Tajuddin Mohammad Rasdi4 mencadangkan beberapa pendekatan

senibina yang difikirkan sesuai dalam rekabentuk sesebuah rumah pangsa kos rendah.

Antaranya ialah:3 Masalah sosial di kalangan belia kaum india - punca dan penyelesaian, 20034 Rumah Bertingkat - Perangkap Maut kepada kanak-kanak, Utusan Malaysa, 10/12/2004, Ms. 7.

24

Page 3: Bab 4 cadangan penyelesaian masalah rumah pangsa kos rendah

Kajian terhadap masalah-masalah yang dihadapi oleh orang melayu di rumah pangsa kos rendah di Lembah Klang dan kesan terhadap penghuninya.

1. Pembinaan kotak pelantar atau pembahagian pelindung sinaran matahari yang

direka khas setiap tingkat untuk mengakap atau menyambut kanak-kanak yang

terjatuh

2. Dinding bagunan rumah kos rendah tidak dibina secara tegak 90 darjah, tetapi

dibina secara bertingkat yang mana jika ada kanak-kanak yang terjatuh

misalannya dari tungkat 6 akan terjatuh ke tingkat 5 atau 4 dan tidak terus terjatuh

hingga ke bawah.Dinding rumah yang curam sepatutnya tidak mempunyai

bukana, atau hanay mempunyai bukaan yang berfungsi untuk pencahayaan dan

diletakkan 6 kaki tingginya dari lantai.

3. Penggunaan jeriji pada setiap koridor, balkoni, tingkap dan bukaan tangga perlu

direka bentuk supaya mudah dipotong atau dibuka oleh pihak bomba dari luar

sekiranya berlaku kecemasan,”

4. Membina pagar koridor yang lebih tinng dari paras minima yang ditetapkan oleh

undang undang iaitu 900mm.

5. Reka bentuk perumahan juga perlu dibuat yang tidak memerlukan kanak-kanak

melintas jalan untuk ke sekolah, kedai atau ke taman- taman perumahan lain.

Setiap jalan raya dalam kawasan perumahan juga perlu dilengkapi bonggol atau

paving texture untuk memperlahankan kenderaan serta pasukan terdapat laluan

pejalan kaki dan basikal.

Bagi mengatasi masalah rumah pangsa kos rendah yang tidak mesra orang kurang upaya,

orang tua dan orang yang sakit pula , En Hasrim Mohd Yatim, Pengarah Projek dari PECD

Construction Sdn. Bhd. mencadangkan beberapa langkah yang boleh diambil iaitu:

1. Harga rumah kos rendah dinaikkan bagi membolehkan kemudahan lif

disediakan

2. Material baru yang boleh menurunkan harga rumah juga perlu

diperkenalkan dan digunakan. Kaedah pembinaan seperti IBS yang

lebih cepat, mudah dan murah juga perlu digunakan bagi menjimatkan

masa pembinaan

3. Penggubalan undang undang yang mewajibkan pembinaan kemudahan

OKU dan orang tua di rumah pangsa kos rendah.

25

Page 4: Bab 4 cadangan penyelesaian masalah rumah pangsa kos rendah

Kajian terhadap masalah-masalah yang dihadapi oleh orang melayu di rumah pangsa kos rendah di Lembah Klang dan kesan terhadap penghuninya.

Dewasa ini isu bangunan yang menjimatkan tenaga heboh dibincangkan. Rata-

rata rekabentuk bangunan baru terutamanya bangunan pejabat dan rumah mewah

berlumba-lumba mengutarakan rekabentuk berdasarkan idea penjimatan tenaga. Idea

begini juga jika dipraktikkan di rumah pangsa kos rendah boleh memberikan faedah

kepada penghuninya. Sedikit sebanyak dapat membantu penghuni rumah kos rendah dari

segi kewangan yang rata-rata penghuninya berpendapatan rendah. John Koh5 (Presiden

Eastern Regional Organisation of Housing and Planning dan juga Pengarah Urusan

Arkitek Maju Bina Sdn Bhd) menyatakan:

“Proper solar and wind orientation, adequate roof cover, screens and

openings for thermal comfort are the first line and best energy

conservation approaches. Tapping natural cross ventilation will reduce

the need for air-conditioning while harvesting rain water for toilets and

watering the garden could reduce the demand for expensive treated water.

They don't need complicated technology to effect”.

John Koh juga mencadangkan beberapa pendekatan yang boleh dilakukan untuk

menjimatkan pengunaan tenaga dan dapat menjimatkan kos iaitu:

1. Mengurangkan kerja kerja penyeliaan bangunan dengan menggunakan bahan-

bahan binaan yang kurang penyeliaan dan tahan lama.

2. Menggunakan bahan-bahan terpakai seperti bahan bata, kepingan bumbung, kayu,

tingkap dan pintu daripada kerja kerja ubahsuai. Bahan-bahan ini biasanya di

buang sahaja dari tapak kerja-kerja ubahsuai.

4.2.2 Langkah bagi mengatasi mutu kerja yang rendah

Mutu kerja yang rendah adalah disebabkan oleh hasil kerja pekerja atau buruh

yang kurang mahir. Pengambilan buruh kurang mahir adalah disebabkan oleh kontraktor

yang cuba menjimatkan wang upah pekerja. Kualiti pengawasan yang rendah juga adalah

penyumbang kepada masalah ini. 5 Building & Living responsibibly in the city, Sunday Times, 19/6/2005, oleh Persatuan Kebangsaan

Pembeli Rumah

26

Page 5: Bab 4 cadangan penyelesaian masalah rumah pangsa kos rendah

Kajian terhadap masalah-masalah yang dihadapi oleh orang melayu di rumah pangsa kos rendah di Lembah Klang dan kesan terhadap penghuninya.

Antara cadangan penyelesaian masalah ini adalah dengan menggunakan kaedah

Industrialised Building System6 (IBS) dalam industri pembinaan. Berita Harian7

menyatakan kaedah IBS telah lama digunakan di negara maju seperti Amerika Syarikat,

Jepun dan Australia. Kelebihal penggunaan kedah ini adalah:

1. Kurang menggunakan tenaga buruh tidak mahir.

2. Membolehkan kualiti binaan dijaga dengan baik dan menjamin keselamatan

3. Kaedah pengurusan yang lebih baik

4. Pembinaan menjadi lebih cekap dan pantas.

5. Mendorong R&D untuk mengeluarkan system dan bahan binaan tempatan yang

sesuai dengan iklim serta keperluan negara.

6. Bahan binaan atau struktur yang dikeluarkan secara banyak membolehkan

penurunan harga barang dan secara tidak langsung penurunan harga rumah.

Satu lagi cadangan untuk meningkatkan mutu kerja yang rendah ialah dengan

menggunakan Standard Industri Binaan (CIS) yang diperkenalkan oleh Lembaga

Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB). Melalui penggunaan CIS, semua

rumah kos rendah yang dibina perlu mengambil kira tahap keselamatan, kemudahan

infrastruktur lengkap, kemudahan mental dan fizikal serta kesihatan masyarakat dan

disiapkan mengikut kaedah standard perancangan dan reka bentuk.

Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan juga telah mengambil langkah

proaktif dengan memperkenalkan Anugerah Kualiti Perumahan Terbaik mulai tahun

2000. bagi menggalakkan persaingan sihat dikalangan pemaju serta memastikan rumah

lebih berkualiti dan menepati piawaian8 dibina oleh kontraktor. Kreteria anugerah ini

disediakan oleh CIDB bagi menilai projek pembinaan rumah terbaik. Kementerian

Perumahan dan Kerajaan Tempatan, yakin anugerah ini akan menjadi pendorong kepada

pemaju untuk membina rumah yang berkualiti dalam pelbagai segi dan bagi arkitek

membina kawasan kejiranan yang lebih mesra pengguna.

6 IBS adalah osistem yang komponennya dibuat ditapak pembinaan atau kilang dan kemudian dicantumkan untuk membentuk struktur dengan kerja pembinaan yang minimum in-situ atau tapak pembinaan.7 UPM perkenalkan kaedah IBS, 19/02/20018 Anugerah Kualit rumah diperkenalkan, Berita Harian 8/10/1999

27

Page 6: Bab 4 cadangan penyelesaian masalah rumah pangsa kos rendah

Kajian terhadap masalah-masalah yang dihadapi oleh orang melayu di rumah pangsa kos rendah di Lembah Klang dan kesan terhadap penghuninya.

4.2.3 Perancangan pembinaan rumah kos rendah mengikut kesesuaian

budaya

Kebanyakan teori perancangan Bandar yang dipelajari di Institut Pengajian Tinggi

di Malaysia menjurus kepada pengalaman dan keperluan negara maju yang majoritinya

adalah barat. Oleh yang demikian Perancang Bandar perlulah lebih peka dalam

perancangan kawasan kediaman agar dapat memenuhi aspirasi tempatan. Menurut Abdul

Mutalib bin Jelani, Pengarah Besar Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung

Malaysia, terdapat beberapa aspek lagi yang perlu diberikan tumpuan dalam perancangan

kawasan perumahan iaitu:

1. Mewujudkan kawasan perumahan yang mempunyai identiti dan imej

tersendiri

2. Reka bentuk ruang dalaman rumah yang sesuai, selesa, berfungsi dan

mengutamakan privacy penghuninya termasuk bilangan bilik tidur,

keududukan pintu dan tingkap, kedudukan tandas, dapur dan runag beribadah

supaya tidak bercanggah dengan fungsi dan keselesaan.

3. Memastikan sekurang-kurangnya 10% daripada kawasan diperuntukkan

sebagai tanah lapang untuk dijadikan padang permainan kanak-kanak dan

taman kejiranan.

4. Mewujudkan kawasan lapang untuk aktiviti pasar malam dan ‘food court’

untuk mencerminkan budaya tempatan.

28