penyelesaian melalui taqwa

37
Abu Umar http://my.opera.com/azmibhr/blog/ PENYELESAIAN MELALUI TAQWA

Upload: azmi-bahari

Post on 08-Jul-2015

844 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

Hanya ketaqwaan yang akan medekatkan manusia kepada kebahagiaan dunia dan akhirat.

TRANSCRIPT

Page 1: Penyelesaian melalui taqwa

Abu Umarhttp://my.opera.com/azmibhr/blog/

PENYELESAIAN

MELALUI TAQWA

Page 2: Penyelesaian melalui taqwa

Abu Umarhttp://my.opera.com/azmibhr/blog/

SKOP PERBINCANGAN

• MUQADDIMAH

• HAKIKAT TAQWA

• JALAN MENCAPAI SIFAT TAQWA

• RUJUKAN

Page 3: Penyelesaian melalui taqwa

Abu Umarhttp://my.opera.com/azmibhr/blog/

MUQADDIMAH

Page 4: Penyelesaian melalui taqwa

Abu Umarhttp://my.opera.com/azmibhr/blog/

Al-Quranul Karim dengan

pandangannya yang menyeluruh

tentang alam kehidupan dan

manusia telah memberi gambaran

yang jelas kepada kita tentang

kaedah praktikal dalam

mempersiapkan rohani manusia,

membentuk keimanan dan

mentarbiyah (mendidik) jiwanya.

Page 5: Penyelesaian melalui taqwa

Abu Umarhttp://my.opera.com/azmibhr/blog/

•Antara perkara yang perlu dibina

di dalam jiwa mukmin ialah rasa

ketaqwaan kepada Allah swt

•Takwa merupakan sumber

segala kebaikan dalam

masyarakat, sebagai satu-

satunya cara untuk mencegah

kerosakan, kejahatan dan

perbuatan dosa.

Page 6: Penyelesaian melalui taqwa

Abu Umarhttp://my.opera.com/azmibhr/blog/

• Allah Subha Nahu Wa Ta’ala berfirman di dalam surah al-Anfal;

“Hai orang-orang yang beriman! Jika kamu bertaqwa kepada Allah, nescaya Dia akan

memberikan kepadamu „furqan‟* dan menghapuskan segala kesalahan-kesalahan kamu dan mengampuni dosa-dosamu. Dan Allah mempunyai kurniaan yang besar.” (al-

Page 7: Penyelesaian melalui taqwa

Abu Umarhttp://my.opera.com/azmibhr/blog/

• Dan dalam surah al-Hadid;

“Hai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kepada

Allah dan berimanlah kepada Rasul-Nya, nescaya

Allah memberikan dua bahagian daripada rahmat-Nya

kepadamu, dan menjadikan untukmu cahaya yang

dengan cahaya itu kamu dapat berjalan dan Dia

mengampuni kamu. Dan Allah Maha Pengampun lagi

Page 8: Penyelesaian melalui taqwa

Abu Umarhttp://my.opera.com/azmibhr/blog/

• Di dalam surah ath-Talaq;

“Barangsiapa bertaqwa kepada Allah

nescaya Dia akan mengadakan baginya

jalan keluar. Dan memberinya rezeki dari

arah yang tiada disangka-sangka.”

(ath-Talaq:2-3)

Page 9: Penyelesaian melalui taqwa

Abu Umarhttp://my.opera.com/azmibhr/blog/

• Marilah kita renungkan ayat-ayat di atas.

Apakah yang dapat kita simpulkan? Kita

berkesimpulan bahawa taqwa kepada Allah

Subha Nahu Wa Ta’ala adalah modal kekayaan

inspirasi, sumber cahaya dan karunia yang

melimpah… Dengan taqwa kepada Allah

Subha Nahu Wa Ta’ala, seorang Mukmin akan

dapat membezakan yang mana hak dan yang

mana batil. Allah Taala memberikan karunia

kepada orang yang bertaqwa berupa cahaya

yang akan menerangi kehidupannya.

Page 10: Penyelesaian melalui taqwa

Abu Umarhttp://my.opera.com/azmibhr/blog/

HAKIKAT TAQWA

Page 11: Penyelesaian melalui taqwa

Abu Umarhttp://my.opera.com/azmibhr/blog/

• Taqwa merupakan natijah (hasil) tabie

daripada keimanan yang kukuh, keimanan

yang selalu dipupuk dengan muraqabatullah;

merasa takut terhadap murka dan azab-Nya,

dan selalu berharap limpahan kurnia dan

maghrifah-Nya.

• Atau sebagaimana yang ditakrifkan oleh

ulama.; taqwa juga bermaksud Allah Subha

Nahu Wa Ta’ala tidak melihat kamu berada di

dalam larangan-laranganNya dan tidak

kehilangan kamu dalam perintah-perintah-

Nya.

Page 12: Penyelesaian melalui taqwa

Abu Umarhttp://my.opera.com/azmibhr/blog/

• Sebahagian ulama lain mendefinisikan

taqwa dengan mencegah diri daripada

azab Allah Subha Nahu Wa Ta’ala

dengan membuat amal soleh dan takut

kepada-Nya dikala bersendirian atau

dikhalayak ramai.

• Perhatian Al-Quran terhadap sifat taqwa

begitu besar. Perintah dan sokongan

untuk melaksanakannya pun banyak kita

temukan dalam ayat-ayatnya, bahkan

pada hampir setiap halaman Al-Quran

pasti kita temukan kalimah taqwa.

Page 13: Penyelesaian melalui taqwa

Abu Umarhttp://my.opera.com/azmibhr/blog/

Dalam satu riwayat yang sahih disebutkan

bahawa Umar bin Al-Khattab ra. bertanya

kepada Ubai bin Ka‟ab tentang taqwa.

Ubai ra. menjawab, “Bukankah anda

pernah melewati jalan yang penuh duri?”

“Ya,” jawab Umar.

“Apa yang anda lakukan di saat itu?”

“Saya bersiap-siap dan berjalan dengan

hati-hati.”

“Itulah taqwa!”

Page 14: Penyelesaian melalui taqwa

Abu Umarhttp://my.opera.com/azmibhr/blog/

Berdasarkan jawapan Ubai bin Ka’ab atas

pertanyaan Umar bin Khattab tersebut, Sayyid

Qutb berkata dalam tafsir “Fi Zilalil Quran”;

“Itulah taqwa, kepekaan batin, kelembutan

perasaan, rasa takut terus menerus, selalu

waspada dan hati-hati agar tidak sampai kena

duri jalanan… Jalan kehidupan yang bertaburan

duri-duri godaan dan syahwat, kerakusan dan

angan-angan, kekhuatiran dan keraguan,

harapan atas segala sesuatu yang tidak bisa

diperolehi. Ketakutan palsu daripada sesuatu

yang tidak layak ditakuti.. dan banyak duri-duri

lainnya.”

Page 15: Penyelesaian melalui taqwa

Abu Umarhttp://my.opera.com/azmibhr/blog/

Cukuplah kiranya, keutamaan dan pengaruh

taqwa sebagai sumber segala kebaikan

dalam masyarakat; sebagai satu-satunya

cara untuk mencegah kerosakan, kejahatan

dan perbuatan dosa... bahkan taqwa

merupakan asas utama dalam pembinaan

jiwa dan akhlak seseorang dalam rangka

berhadapan dengan fenomena kehidupan;

yang mana dengannya ia dapat

membezakan mana yang baik dan mana

yang buruk; serta bersabar di atas segala

ujian dan cubaan. Itulah hakikat taqwa.

Page 16: Penyelesaian melalui taqwa

Abu Umarhttp://my.opera.com/azmibhr/blog/

JALAN MENCAPAI

SIFAT TAQWA

Page 17: Penyelesaian melalui taqwa

Abu Umarhttp://my.opera.com/azmibhr/blog/

Di sini cukuplah kita mengutarakan

faktor-faktor terpenting yang dapat

menyuburkan takwa,

mengukuhkannya di dalam hati dan

jiwa seseorang Mukmin, dan

menyatukannya dengan perasaan,

semoga kita dapat mengikuti jejak

menuju takwa.

Page 18: Penyelesaian melalui taqwa

Abu Umarhttp://my.opera.com/azmibhr/blog/

•Pertama: Mu’ahadah (Mengingat

Perjanjian)

Kalimah ini diambil daripada firman

Allah Yang Maha Tinggi;

“Dan tepatilah perjanjian dengan

Allah apabila kamu berjanji…” [An-

Nahl: 91]

Page 19: Penyelesaian melalui taqwa

Abu Umarhttp://my.opera.com/azmibhr/blog/

Cara Mu’ahadah

Hendaklah seorang Mukmin berkhalwat

(menyendiri) antara dia dan Allah Subha

Nahu wa Taala untuk memeriksa diri

seraya berkata kepada dirinya; “Wahai

jiwaku, sesungguhnya kamu telah berjanji

kepada Rabbmu setiap hari disaat kamu

berdiri di dalam solat membaca;

“Hanya kepada Engkau kami beribadah dan

hanya kepada Engkau kami mohon

bantuan.

Page 20: Penyelesaian melalui taqwa

Abu Umarhttp://my.opera.com/azmibhr/blog/

•Kedua: Muraqabah (Merasakan

Kehadiran Allah Subha Nahu wa Taala )

Dasar muraqabah dapat anda temukan

dalam surah Asy-Syura, iaitu firman Allah

Subha Nahu wa Taala;

“Yang melihat kamu ketika kamu berdiri

(untuk solat) dan melihat pula perubahan

gerak badanmu di antara orang-orang yang

sujud.” [Asy-Syu‟ara‟: 218-219]

Page 21: Penyelesaian melalui taqwa

Abu Umarhttp://my.opera.com/azmibhr/blog/

Makna Muraqabah

Muraqabah sebagaimana

diisyaratkan oleh al-Quran dan

hadis, ialah; Merasakan keagungan

Allah Azza Wa Jalla di setiap waktu

dan keadaan serta merasakan

kehadiran-Nya dikala bersendirian

ataupun dikhalayak ramai.

Page 22: Penyelesaian melalui taqwa

Abu Umarhttp://my.opera.com/azmibhr/blog/

Cara Muraqabah

Sebelum memulai sesuatu pekerjaan dan disaat

mengerjakannya, hendaklah seorang Mukmin

memeriksa dirinya, apakah setiap gerak dalam

melaksanakan amal dan ketaatannya dimaksudkan

untuk kepentingan peribadi dan mencari populariti,

ataukah kerana dorongan redha Allah Subha Nahu

wa Taala dan menghendaki pahala-Nya?

Iman Hasan al-Basri berkata;

“Semoga Allah mencurahkan rahmat-Nya kepada seorang

hamba yang selalu mempertimbangkan niatnya. Bila semata-

mata kerana Allah Subha Nahu wa Taala, maka

dilaksanakannya tetapi jika sebaliknya maka

ditinggalkannya.”

Page 23: Penyelesaian melalui taqwa

Abu Umarhttp://my.opera.com/azmibhr/blog/

Bentuk-bentuk Muraqabah

1.Muraqabah dalam melaksanakan ketaatan

adalah dengan ikhlas kepada-Nya.

2.Muraqabah dalam kemaksiatan adalah dengan

taubat, penyesalan dan meninggalkannya secara

total.

3.Muraqabah dalam hal-hal yang mubah (harus)

adalah dengan menjaga adab-adab terhadap

Allah Subha Nahu wa Taala dan bersyukur di

atas segala nikmat-Nya.

4.Muraqabah dalam musibah adalah dengan redha

kepada ketentuan Allah Subha Nahu wa Taala

serta memohon pertolongan-Nya dengan penuh

kesabaran.

Page 24: Penyelesaian melalui taqwa

Abu Umarhttp://my.opera.com/azmibhr/blog/

•Ketiga: Muhasabah (Introspeksi diri)

“Wahai orang-orang yang beriman! Bertakwalah

kepada Allah dan hendaklah memperhatikan apa

yang telah diperbuatnya untuk hari esok (akhirat),

dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya

Allah Maha Mengetahui apa yang kamu

kerjakan.” [Al-Hasyr: 18]

Page 25: Penyelesaian melalui taqwa

Abu Umarhttp://my.opera.com/azmibhr/blog/

Makna Muhasabah

Makna muhasabah sebagaimana

diisyaratkan oleh ayat ini ialah;

Hendaknya seorang Mukmin

menghisab dirinya ketika selesai

melakukan amal perbuatan.

Page 26: Penyelesaian melalui taqwa

Abu Umarhttp://my.opera.com/azmibhr/blog/

Ketahuilah, seorang Mukmin setiap pagi

hendaklah mewajibkan diri untuk memperbaiki

niat, melaksanakan ketaatan, memenuhi

segala kewajiban, dan membebaskan drii

daripada riya‟.

Apabila yang dilakukannya itu kebaikan, maka

hendaklah memanjatkan puji syukur kepada-

Nya atas taufik-Nya, seraya memohon

keteguhan dan tambahan kebaikan. Apabila

yang dilakukan itu bukan kebaikan, maka

hendaklah ia bertaubat dan kembali ke jalan

yang lurus.

Page 27: Penyelesaian melalui taqwa

Abu Umarhttp://my.opera.com/azmibhr/blog/

Semoga Allah Subha Nahu wa Taala

meredhai Umar al-Faruq r.a. yang berkata;

“Hisablah diri kalian sebelum kalian dihisab,

timbanglah diri kalian sebelum kalian

ditimbang, dan bersiap-siaplah untuk

pertunjukan yang agung (hari Kiamat). Di

hari itu kamu dihadapkan kepada

pemeriksaan, tiada yang tersembunyi dari

amal kalian barang satu pun.”

Page 28: Penyelesaian melalui taqwa

Abu Umarhttp://my.opera.com/azmibhr/blog/

•Keempat: Mu'aqobah (Menghukum)

Asas bagi mu'aqobah adalah firman

Allah Azza Wa Jalla;

"Dan dalam qisas itu ada (jaminan

kelangsungan) hidup bagimu, wahai

orang-orang yang berakal, supaya

kamu bertakwa." [Al-Baqarah: 179]

Page 29: Penyelesaian melalui taqwa

Abu Umarhttp://my.opera.com/azmibhr/blog/

Apabila seorang Mukmin melakukan

kesalahan, maka tidak wajar baginya

membiarkannya. Sebab membiarkan

sesuatu kesalahan berlalu tanpa melakukan

apa-apa akan mempermudah terlanggarnya

kesalahan-kesalahan yang lain dan akan

menjadikan sukar untuk ditinggalkan.

Sepatutnya dia memberikan hukuman

kepada dirinya dengan hukuman yang

mubah (harus) sebagaimana memberikan

hukuman atas isteri dan anak-anaknya .

Page 30: Penyelesaian melalui taqwa

Abu Umarhttp://my.opera.com/azmibhr/blog/

•Hukuman seperti membakar salah

satu anggota tubuh, mandi di tempat

terbuka pada musim dingin,

meninggalkan makan dan minum

sampai membahayakan diri dan

sebagainya. Hukuman-hukuman ini

dan yang sepertinya adalah haram

hukumnya.

Page 31: Penyelesaian melalui taqwa

Abu Umarhttp://my.opera.com/azmibhr/blog/

•Jika seorang Mukmin sudah biasa

menjatuhkan hukuman kepada

dirinya ketika melakukan

kesalahan, maka dia telah

melangkah menuju takwa, dan

telah menapaki jalan ketinggian

rohani, dan dengan pasti dia akan

sampai ke darjat orang-orang yang

bertakwa.

Page 32: Penyelesaian melalui taqwa

Abu Umarhttp://my.opera.com/azmibhr/blog/

•Kelima: Mujahadah (Melawan Dorongan

Nafsu)

Dasar mujahadah adalah firman Allah

Subha Nahu Wa Ta'ala di dalam Al-Quran:

"Dan orang-orang yang berjihad untuk (mencari

keredhaan) Kami, benar-benar akan Kami

tunjukkan kepada mereka jalan-jalan Kami. Dan

sesungguhnya Allah benar-benar beserta orang-

orang yang berbuat baik."

[Al-Ankabut: 69]

Page 33: Penyelesaian melalui taqwa

Abu Umarhttp://my.opera.com/azmibhr/blog/

Makna mujahadah

•Sebagaimana disyariatkan oleh ayat tersebut

adalah: Apabila seorang Mukmin terseret

dalam kemalasan, santai, cinta dunia dan

tidak lagi melaksanakan amal-amal sunnah

serta ketaatan yang lainnya tepat pada

waktunya, maka ia harus memaksa dirinya

melakukan amal-amal sunat lebih banyak

daripada sebelumnya.

•Dalam hal ini, cukuplah Rasulullah S.A.W

menjadi qudwah (contoh ikutan) yang patut

diteladani.

Page 34: Penyelesaian melalui taqwa

Abu Umarhttp://my.opera.com/azmibhr/blog/

•Jika anda - wahai saudaraku - sudah

berusaha melakukan mujahadah,

mencontohi Rasulullah S.A.W dan

mengikuti jejak generasi para salaf,

maka saya yakin anda telah

melangkah menuju takwa, menapaki

perjalanan rohani dan akan sampai ke

darjat para muttaqin.

Page 35: Penyelesaian melalui taqwa

Abu Umarhttp://my.opera.com/azmibhr/blog/

•Anda akan sampai ke puncak

kemuliaan dan keutamaan, anda akan

sampai ke darjat yang paling tinggi.

Anda akan mampu memberi suri

teladan kepada orang lain dalam

ucapan, perbuatan dan kemantapan

rohani.

Page 36: Penyelesaian melalui taqwa

Abu Umarhttp://my.opera.com/azmibhr/blog/

Imam Ibnu Qayyim ketika

memperkatakan tentang tahap-tahap

jihad, memulakannya dengan jihad

melawan nafsu untuk mempelajari

kebenaran, kemudian jihad beramal

dengan kebenaran , kemudian jihad

untuk bersabar di atas bebanan amal

tersebut.

Page 37: Penyelesaian melalui taqwa

Abu Umarhttp://my.opera.com/azmibhr/blog/

Tarbiah Ruhiah, Petunjuk Praktikal Mencapai

Darjat Takwa, Dr. Abdullah Nasih Ulwan

RUJUKAN