bab 3 perdagangan a 4

41
GALAKAN-GALAKAN PERDAGANGAN ANTARABANGSA •BLOK PERDAGANGAN •PERDAGANGAN BALAS •KEMPEN-KEMPEN KERAJAAN

Upload: fatin-hafizah-mohammad-sukri

Post on 08-Jun-2015

1.198 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: Bab 3 Perdagangan a 4

GALAKAN-GALAKAN PERDAGANGAN ANTARABANGSA

•BLOK PERDAGANGAN•PERDAGANGAN BALAS•KEMPEN-KEMPEN KERAJAAN

Page 2: Bab 3 Perdagangan a 4

BLOK PERDAGANGAN

Page 3: Bab 3 Perdagangan a 4

BLOK PERDAGANGANBLOK PERDAGANGANKawasan pertumbuhan bagi menggalakkan

pembangunan, perkembangan dan integrasi dalam perdagangan, pelaburan, pelancongan, pengangkutan, komunikasi dll.

ZOPFAN (Zone of Peace, Free and Neutral)MSC – Koridor Raya Multimedia (Multimedia

Super Coridor)

Page 4: Bab 3 Perdagangan a 4

MULTIMEDIA SUPER CORIDOR (MSC)MULTIMEDIA SUPER CORIDOR (MSC)

Kawasan bertaraf dunia yang mempunyai integrasi persekitaran yang dilengkapi dengan elemen unik dan ciri-ciri yang diperlukan untuk membentuk suasana multimedia secara global.

Meliputi kawasan seluas 750 km persegi, bermula dari Pusat Bandar KL (KLCC) hinga ke KLIA.

Dua bandar yang terlibat ialah Putrajaya dan Cyberjaya.

Page 5: Bab 3 Perdagangan a 4

MULTIMEDIA SUPER CORIDOR (MSC)MULTIMEDIA SUPER CORIDOR (MSC)

Putrajaya – merupakan pusat pentadbiran kerajaan yang berkonsepkan elektronik.

Cyberjaya – “Bandar Pintar” yang menempatkan industri multimedia, pusat penyelidikan dan pembangunan, universiti multimedia dan ibu pejabat operasi syarikat multinasional yang mengembangkan perdagangan dan pengeluaran melalui teknologi multimedia.

Page 6: Bab 3 Perdagangan a 4

MULTIMEDIA SUPER CORIDOR (MSC)MULTIMEDIA SUPER CORIDOR (MSC)

Peranan :

Untuk menarik firma yang menguasai teknologi bertaraf dunia datang ke Malaysia dan membangunkan industri tempatan.

Menawarkan suasana pintar dan produktif menghasilkan produk dan perkhidmatan multimedia yang diagihkan ke seluruh dunia.

Page 7: Bab 3 Perdagangan a 4

MULTIMEDIA SUPER CORIDOR (MSC)MULTIMEDIA SUPER CORIDOR (MSC)

Peranan :

Mempunyai kelebihan kompetitif dalam keupayaan multimedia yang khusus, teknologi, infrastruktur, perundangan, polisi dan sistem.

Sebuah komuniti global yang hidup dalam masyarakat bermaklumat.

Page 8: Bab 3 Perdagangan a 4

MULTIMEDIA SUPER CORIDOR (MSC)MULTIMEDIA SUPER CORIDOR (MSC)

Peranan :

Dunia serba pintar yang dilengkapi:–Rumah pintar–Bandar pintar–Sekolah pintar–Kad pintar–Perkongsian pintar

Page 9: Bab 3 Perdagangan a 4

PERDAGANGAN PERDAGANGAN BALASBALAS

Page 10: Bab 3 Perdagangan a 4

PERDAGANGAN BALASPERDAGANGAN BALAS

Transaksi perniagaan antarabangsa di mana jualan eksport ke sesebuah negara dengan syarat pengeksport akan menerima import daripada pasaran yang sama.

Melibatkan perjanjian timbal balik bagi pertukaran barangan dan perkhidmatan.

Page 11: Bab 3 Perdagangan a 4

PERDAGANGAN BALASPERDAGANGAN BALAS

2 sebab berlakunya perdagangan balas:–Negara tidak mempunyai tunai yang

cukup atau kemudahan kredit.–Negara membangun yang ingin

mewujudkan eksport pengeluaran.

Page 12: Bab 3 Perdagangan a 4

PERDAGANGAN BALASPERDAGANGAN BALAS

Bentuk-Bentuk Perdagangan Balas :– BarterBarter

Perdagangan bertimbal barang dan perkhidmatan antara 2 buah negara tanpa melibatkan pertukaran wang.

Page 13: Bab 3 Perdagangan a 4

PERDAGANGAN BALASPERDAGANGAN BALASBentuk-Bentuk Perdagangan Balas :

– Belian BertimbalBelian BertimbalPembeli dan penjual bersetuju untuk:

–Membeli daripada syarikat yang dinamakan pembeli.

–Mengambil barang daripada pembeli pada masa hadapan (penjual menerima kredit dalam bentuk barangan).

Page 14: Bab 3 Perdagangan a 4

PERDAGANGAN BALASPERDAGANGAN BALASBentuk-Bentuk Perdagangan Balas :

– Perindustrian BerimbangPerindustrian BerimbangMelibatkan perjanjian timbal balik untuk membeli bahan dan komponen daripada syarikat pembeli atau negara pembeli.

Cth: Syarikat pengeluar kapal terbang bersetuju membeli enjin kapal terbang dari pembeli kapal terbang.

Page 15: Bab 3 Perdagangan a 4

KEMPEN KERAJAAN

Page 16: Bab 3 Perdagangan a 4

GALAKAN CUKAI

Kerajaan memberikan elaun–elaun tertentu bagi menggalakkan pelaburan dan perniagaan di peringkat antarabangsa.Cth: Elaun cukai pelaburan – insentif ini menyediakan elaun pelaburan sehingga 60% daripada perbelanjaan modal selama 5 tahun.

Page 17: Bab 3 Perdagangan a 4

PENGECUALIAN CUKAI

Pelepasan cukai atau kelonggaran pembayaran cukai kepada perbelanjaan promosi dan premium insurans barangan eksport atau aspek-aspek lain yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa.Cth: Pengecualian cukai terhadap pendapatan dari royalti.

Page 18: Bab 3 Perdagangan a 4

PEMBIAYAAN EKSPORT

Kemudahan yang diberikan kepada pengeksport untuk mendapatkan dana segera bagi mengeksport produk yang dijual secara kredit.

Elaun eksport diberikan ke atas nilai eksport barangan tertentu.

Page 19: Bab 3 Perdagangan a 4

TARAF PERINTIS

Diberikan kepada pengeluar barangan yang boleh menambahkan nilai eksport atau mengurangkan nilai import.

Mengecualikan keuntungan pengeluar daripada dikenakan cukai selama beberapa tahun.

Page 20: Bab 3 Perdagangan a 4

SUBSIDIBantuan yang diberikan oleh kerajaan sama ada dalam bentuk bayaran langsung (geran dan pinjaman) atau langkah-langkah yang memberikan kesan yang sama seperti bayaran langsung (jaminan terhadap harga dan pasaran, kemudahan bantuan dan potongan atau pengecualian cukai).

Page 21: Bab 3 Perdagangan a 4

KEMPEN BELILAH BARANGAN MALAYSIA

Merupakan kaedah yang digunakan untuk memberi keutamaan kepada pengeluar tempatan agar lebih berdaya saing dan dapat meningkatkan produktiviti dengan mengurangkan penggunaan bahan mentah yang diimport.

Page 22: Bab 3 Perdagangan a 4

SKIM JAMINAN EKSPORT

Disediakan oleh Syarikat Insurans Eksport Kredit Berhad (MECIB) – usahasama kerajaan dan swasta.Skim yang menjamin pembayaran pampasan kepada pengeksport sekiranya pengimport asing tidak menjelaskan bayaran atas barang-barang import.

Page 23: Bab 3 Perdagangan a 4

SEKATAN-SEKATAN PERDAGANGAN ANTARABANGSA

Cukai & Levi Tarif

Bukan Tarif Kuota

Embargo

Page 24: Bab 3 Perdagangan a 4

CUKAI & LEVI

Cukai – Bayaran yang dikenakan oleh kerajaan bagi pemastautin di sesebuah negara ke atas perkara-perkara tertentu seperti yang telah diperuntukkan oleh undang-undang negara tersebut.

Cth: Cukai pendapatan, cukai tanah, cukai pintu, cukai perniagaan, cukai jalan, cukai korporat, cukai pengilangan, dll.

Page 25: Bab 3 Perdagangan a 4

CUKAI & LEVI

Levi – Satu bentuk cukai atau sejumlah wang seperti cukai yang perlu dibayar kepada kerajaan atau sesebuah organisasi.

Cth: Levi yang dikenakan sekiranya membawa pekerja asing ke dalam negara.

Page 26: Bab 3 Perdagangan a 4

TARIF

Tarif – Cukai kerajaan yang dikenakan terhadap barangan yang dibawa masuk ke dalam atau dihantar ke luar negara.

Tarif diklasifikasikan kepada 3 kategori utama:

– Tarif Eksport

– Tarif Import

– Tarif Transit

Page 27: Bab 3 Perdagangan a 4

TARIF

Tarif Eksport – Cukai yang dikutip oleh negara pengeksport.

Tarif Import – Cukai yang dikenakan oleh negara pengimport.

Tarif Transit – Cukai yang dikenakan sekiranya melalui sesebuah negara lain sebelum sampai ke destinasi dan dikutip oleh negara yang memberikan laluan.

Page 28: Bab 3 Perdagangan a 4

TARIF IMPORT

Terbahagi kepada 3 jenis:Duti ad-valorem – Dinyatakan berdasarkan

harga invois.Duti spesifik / khusus – Sejumlah bayaran

tetap tanpa mengambil kira invois (cth: RM1.00 bagi setiap kg).

Duti kompaun – Kombinasi antara duti ad-valorem dan duti spesifik (cth: RM0.80 bagi setiap kg ditambah 5% duti ad-valorem.

Page 29: Bab 3 Perdagangan a 4

TARIF

Segala bentuk tarif juga dibahagikan kepada 2 bentuk:Tarif Hasil – Cukai yang dikenakan

dengan tujuan untuk meningkatkan pendapatan kerajaan.

Tarif Perlindungan – Cukai yang dikenakan secara langsung untuk mengurangkan permintaan terhadap barangan import.

Page 30: Bab 3 Perdagangan a 4

TARIF

TARIF IMPORT

TARIF TRANSITTARIF EKSPORT

DUTI AD-VALOREM

DUTI KHUSUS / SPESIFIK

DUTI KOMPAUN

Page 31: Bab 3 Perdagangan a 4

BUKAN TARIF

Semua bentuk diskriminasi ke atas import selain tarif import.

Dibahagikan kepada 2 bentuk: Bukan Tarif bentuk Kuantitatif Bukan Tarif bentuk Bukan

Kuantitatif

Page 32: Bab 3 Perdagangan a 4

BUKAN TARIF

Bukan Tarif bentuk Kuantitatif – Satu langkah yang digunakan oleh kerajaan untuk menghadkan amaun kuantiti atau jumlah barang yang boleh diimport.

Cth: Kuota

Page 33: Bab 3 Perdagangan a 4

KUOTA

Kuota – Merupakan amaun kuantiti produk yang dibenarkan dibawa masuk ke dalam sesebuah negara untuk tempoh tertentu jika dilihat dari perspektif negara pengimport.

Jika kuota telah dipenuhi, barang tersebut tidak dibenarkan dibawa masuk lagi.

Tujuan – Untuk mengurangkan import dan melindungi industri tempatan.

Page 34: Bab 3 Perdagangan a 4

KUOTA

Kuota Eksport – Merupakan had amaun kuantiti produk yang boleh dieksport ke luar negara.

Tujuan:o Memastikan pengguna tempatan

mendapat bekalan yang mencukupi serta murah.

o Mengelakkan kepupusan sumber bahan mentah tempatan.

Page 35: Bab 3 Perdagangan a 4

KUOTA

Tujuan:

o Mengelakkan cubaan meningkatkan harga eksport produk tersebut dengan mengurangkan penawaran produk di pasaran antarabangsa.

Page 36: Bab 3 Perdagangan a 4

BUKAN TARIF

Bukan Tarif bentuk Bukan Kuantitatif – Satu bentuk diskriminasi yang digunakan untuk menghadkan amaun kuantiti produk yang diimport secara tidak langsung.

Page 37: Bab 3 Perdagangan a 4

BUKAN TARIF

Bukan Tarif bentuk Bukan Kuantitatif – Cth: Penyataan standard,Galakan pembelian barangan tempatan, Campurtangan kerajaan (Proses pentadbiran yang lambat, Kebenaran khusus, Perjanjian timbal-balik, dll.)

Page 38: Bab 3 Perdagangan a 4

EMBARGO

Embargo (sekatan) – Larangan kerajaan secara rasmi untuk mengimport atau mengeksport sesuatu barangan atau perkhidmatan dari / ke sesebuah negara.

Juga dinyatakan sebagai kuota mutlak yang menghalang terus kemasukan sesuatu barangan ke dalam negara.

Page 39: Bab 3 Perdagangan a 4

PIAWAIAN

Satu ukuran keseragaman (standard) yang perlu dipatuhi sebelum membawa masuk / memasarkan sesuatu produk ke dalam sesebuah negara.

Produk tempatan diberikan standard yang setaraf dengan produk luar melalui set klasifikasi, pelabelan dan ujian piawaian bagi menunjukkan bahawa produk tempatan setanding dengan produk luar.

Page 40: Bab 3 Perdagangan a 4

PIAWAIAN

Piawaian dilakukan untuk menjamin kesihatan dan keselamatan pengguna tempatan dan juga bertujuan bagi menjaga kepentingan pengeluar dan produk tempatan.

Page 41: Bab 3 Perdagangan a 4

SEKIAN, TERIMA KASIH

BERTEMU LAGI NANTI DI BAB 10 : PASARAN SASAR & PEMETAKAN

PASARAN (SEGMENTASI)