bab 3 perdagangan a

47
1 BAB 3 PERNIAGAAN ANTARABANGSA

Upload: 243195

Post on 13-Jun-2015

1.452 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: Bab 3 Perdagangan a

1

BAB 3

PERNIAGAAN ANTARABANGSA

Page 2: Bab 3 Perdagangan a

2

3.0 PERNIAGAAN ANTARABANGSA

3.1 DEFINISI DAN PERANAN PERNIAGAAN ANTARA BANGSAa. Definisi Perniagaan Antarabangsab. Peranan Perniagaan Antarabangsa

3.2 JENIS-JENIS PERNIAGAAN ANTARABANGSA

3.3 KONSEP DAN CABARAN DALAM PERNIAGAAN ANTARABANGSAa. Konsep Perniagaan Antarabangsab. Cabaran Syarikat Multinasional

3.4 GALAKAN DAN SEKATAN PERDAGANGANa. Galakan Perdagangan Antarabangsab. Sekatan-Sekatan Perdagangan Antarabangsa

Page 3: Bab 3 Perdagangan a

3

3.1 DEFINISI DAN PERANAN PERDAGANGAN ANTARABANGSA

a. Definisi Perniagaan Antarabangsa

b. Peranan Perniagaan Antarabangsa• Tukaran Asing

• Pasaran Luas

• Guna Tenaga

• Pemindahan Teknologi

• Sumbangan Kepada Ekonomi Tempatan

Page 4: Bab 3 Perdagangan a

4

OBJEKTIF

• Memahami definisi dan peranan perniagaan antarabangsa

• Menganalisis jenis perniagaan antarabangsa• Memahami konsep perniagaan antarabangsa• Menganalisis cabaran syarikat multinasional• Memahami galakan perdagangan antarabangsa• Memahami sekatan-sekatan perdagangan

antarabangsa

Page 5: Bab 3 Perdagangan a

5

a. DEFINISI PAB

- Aktiviti menjual, membeli dan berdagang barang niaga dan perkhidmatan melepasi sempadan negara.

Ferrell, Business: A Changing World, 5th Edition, pg. 76.

- Aktiviti jual beli barang dan perkhidmatan dengan menggunakan wang @ alatan lain bagi memenuhi keperluan dan kehendak pelanggan pada harga, masa dan tempat yang sesuai bagi mendapatkan keuntungan, faedah dan kepuasan yang melampaui sempadan politik sesebuah negara

- kegiatan perniagaan di antara individu, organisasi, atau kerajaan sebuah negara dengan negara lain

- urusniaga pergerakan barang, perkhidmatan hakcipta, paten, tanda perdagangan, pelaburan modal, pemindahan teknologi, kakitangan, maklumat atau data dan juga penyeliaan pekerja

Page 6: Bab 3 Perdagangan a

6

FAKTOR KEWUJUDAN PERNIAGAAN ANTARABANGSA

- perbezaan faktor pengeluaran- perbezaan iklim- pengkhususan yang berbeza- perbezaan citarasa- perbezaan tingkat teknologi- peningkatan taraf hidup

Page 7: Bab 3 Perdagangan a

7

b. PERANAN PERNIAGAAN ANTARABANGSATukaran Asing• Menambahkan pendapatan negara melalui tukaran wang asing seperti

US$, pound• Mengukuhkan ekonomi negara.Pasaran Luas• Mengeluar dan memasarkan produk ke luar negara – meningkatkan

syer pasaran• Pelbagai aktiviti perniagaan antarabangsa dijalankan – meningkatkan

keuntungan• Memanjangkan jangka hayat produkGuna Tenaga• Peluang pekerjaan bertambah di dalam dan di luar negara• Mobiliti faktor-faktor pengeluaranPemindahan teknologi• Menerima pemindahan teknologi, kepakaran dan kemahiran• Meningkatkan kualiti produk supaya mampu bersaing di pasaran globalSumbangan kepada ekonomi negara• Kemasukan firma luar menyebabkan peluang pekerjaan kepada

penduduk tempatan serta banyak kegiatan ekonomi yang baru boleh diwujudkan

Page 8: Bab 3 Perdagangan a

8

3.2 JENIS-JENIS PERNIAGAAN ANTARABANGSA

a. Import (barangan dan perkhidmatan)b. Eksport (barangan dan perkhidmatan)c. Perlesenand. Francaise. Usahasamaf. Kontrak Pengeluarang. Pelaburan Langsung

Page 9: Bab 3 Perdagangan a

9

a. IMPORT (BARANGAN DAN PERKHIDMATAN)

• Aktiviti pembelian barangan dan perkhidmatan dari negara luar dan dibawa masuk untuk kegunaan dalam negara oleh individu atau organisasi

• Import terbahagi kepada dua :– secara langsung melalui ejen asing atau wakil penjual– tidak langsung menerusi ejen tempatan yang bertindak sebagai

perantara firma dengan pelanggan asing• Contoh, Malaysia mengimport daging lembu dari New Zealand

b. EKSPORT (BARANGAN DAN PERKHIDMATAN)

• Aktiviti penjualan barangan dan perkhidmatan keluar negara kepada pembeli individu atau organisasi di negara asing

• Pasaran tempatan sudah tepu, barangan berlebihan dalam pasaran domestik bagi mengelakkan pembaziran dan kerugian kepada syarikat

• secara langsung melalui wakil penjual atau ejen asing• tidak langsung menerusi ejen tempatan yang bertindak sebagai

perantara firma dengan pelanggan asing

Page 10: Bab 3 Perdagangan a

10

c. PELESENAN

• Pemberian hak dan kebenaran kepada sesebuah syarikat di negara asing untuk mengeluar atau memasar atau kedua-dua sekali sesuatu jenama produknya (pemberi lesen) di pasaran tempatan

• Sesuai apabila kitaran hayat produk mencapai kematangan di pasaran tempatan

• Contoh-contoh perlesenan: jenama, formula, paten, mengedar, mengeluar, trade mark, proses, hakcipta, program dan lain-lain.

d. FRANCAIS• Pemberian satu pakej di mana francaisi dibenar mengguna tanda

niaga perniagaan, perkhidmatan dan produk, prinsip-prinsip pengoperasian atau pengurusan syarikat, peraturan pengurusan dan khidmat nasihat dalam segala aspek yang berkaitan dengan perjalanan syarikat daripada francaisor

Page 11: Bab 3 Perdagangan a

11

e. USAHASAMA

• gabungan beberapa syarikat antarabangsa menjalankan perniagaan yang bermotifkan keuntungan serta mencapai misi tertentu.

• usahasama membolehkan syarikat asing mendapat pengalaman dan menembusi pasaran di negara lain dengan menggunakan kepakaran dan sumber-sumber syarikat tempatan

• boleh terdiri dalam bentuk pelesenan, kontrak pengurusan, pemilikan minoriti dalam syarikat atau kontrak jangka panjang berdasarkan perjanjian tertentu

Page 12: Bab 3 Perdagangan a

12

• strategi memasuki pasaran berisiko/halangan/sekatan ketat• melalui perjanjian perlesenan, pemberi lesen memberi

kebenaran kepada penerima kontrak seperti paten, tanda perniagaan, teknologi, penggunaan jenama, spesifikasi kepada firma penerima kontrak untuk membuat, mengeluar/menjual produk

• Kebiasaannya syarikat pemberi kontrak akan membeli semula komponen atau produk yang dikeluarkan oleh penerima kontrak

f. KONTRAK PENGELUARAN

Page 13: Bab 3 Perdagangan a

13

g. Pelaburan langsung

• Merupakan aktiviti pelaburan dari luar negara ke dalam sesebuah negara tertentu dan membolehkan pelabur tersebut mengawal terhadap aset-aset yang dimilikki di negara berkenaan.

• 2 jenis pelaburan langsung ialah;– Greenfield:

• memulakan pelaburan dengan mengadakan peralatan atau kemudahan baru atau menambahkan bilangan yang sedia ada. Kaedah ini merupakan sasaran utama usaha-usaha promosi negara hos (tuan rumah yang menerima pelaburan,) untuk mewujudkan peluang pekerjaan, pemindahan teknologi dan pengetahuan serta boleh memberikan peluang / laluan ke arah pasaran global. Biasanya ini adalah kaedah melabur di negara membangun.

Page 14: Bab 3 Perdagangan a

14

– Mergers and Acquisitions (Penggabungan dan Pengambilalihan):

• Terjadi apabila aset-aset dari negara asal dipindahkan ke negara luar. Penggabungan dengan syarikat dari negara luar berlaku apabila aset-aset dan operasi dari sesebuah negara digabungkan untuk menubuhkan satu entiti perniagaan yang baru. Pengambilalihan merentasi sempadan berlaku apabila kawalan ke atas aset dan operasi dipindahkan dari syarikat tempatan kepada syarikat dari negara luar. Biasanya ini adalah kaedah melabur di negara-negara maju.

Page 15: Bab 3 Perdagangan a

15

3.3 KONSEP DAN CABARANDALAM PERNIAGAAN ANTARABANGSA

a. Konsep Perniagaan Antarabangsa• Globalisasi• Pasaran Menimbul (Emerging Market)• Nasionalisasi• Lokalisasi• Glokalisasi

Page 16: Bab 3 Perdagangan a

16

i. GLOBALISASI

• Ialah inisiatif perniagaan yang berdasarkan kepercayaan bahawa dunia sekarang semakin bergerak ke arah menjadi satu pasaran yang homogen atau pembentukan operasi syarikat di serata tempat di dunia di samping membangunkan standard produk dan pemasaran

• Pengurangan bermakna dalam sempadan domestik, penambahan pertukaran dalam perniagaan, pengembangan teknologi maklumat, aliran kewangan merentasi sempadan dan pemindahan budaya

Page 17: Bab 3 Perdagangan a

17

• sebuah negara yang berusaha untuk berubah dan memperbaiki sektor ekonominya dengan tujuan mempertingkatkan prestasi seimbang dengan negara yang lebih maju dalam dunia.

• bank dunia klasifikasikan ekonomi yang keluaran negara kasar per kapita $9,656 & ke atas sebagai negara berpendapatan tinggi

• Contoh negara pasaran menimbul sehingga 2004, terdapat 43 buah negara seperti Vietnam, China, India, Argentina, Mexico dan lain-lain.

• pasaran menimbul tidak semestinya miskin @ kecil• pasaran menimbul adalah penerima pelbagai program sokongan

kewangan antarabangsa untuk tingkatkan taraf ekonomi contoh: Bantuan dari IMF

• pasaran menimbul juga telah membentuk kumpulan niaga sesama mereka contoh: Mercosur (the southern cone common market)

ii. PASARAN MENIMBUL (EMERGING MARKET)

Page 18: Bab 3 Perdagangan a

18

iii. NASIONALISASI

• merujuk kepada tindakan sesebuah kerajaan mengambil alih pemilikan sesebuah firma asing & menjadikan firma tersebut sebagai milik negara

• jenis nasionalisasi termasuklah: expropriation

• pampasan diberi confiscation

• tidak ada pampasan

iv. LOKALISASI• satu bentuk strategi yang biasa digunakan oleh syarikat

multinasional untuk menghasilkan produk atau perkhidmatan yang sesuai dengan negara tempatan

• mengambil kira soal-soal tempatan seperti kebudayaan, citarasa, bahasa, penggunaan modal, bahan mentah dan tanggapan sesuatu barangan atau perkhidmatan yang dipasarkan. Contoh Mc Donald tidak menawarkan Beef Burger di India.

Page 19: Bab 3 Perdagangan a

19

v. GLOKALISASI

• Mengeluarkan dan mengedarkan produk global dan disesuaikan untuk pasaran tempatan mengikut undang dan budaya sesebuah negara. Contohnya Pizza Hut menyediakan pizza perisa mengikut selera tempatan.

• Menggunakan teknologi komunikasi elektronik seperti internet untuk menyediakan perkhidmatan tempatan berasaskan global. Contoh seperti Craigslist dan Meetup telah menggunakan pendekatan glokalisasi dalam mengaplikasikan laman web mereka.

Page 20: Bab 3 Perdagangan a

20

b. Cabaran Syarikat Multinasional• Struktur dan Kawalan• Politik dan Undang-Undang• Ekonomi• Sosiobudaya dan Pengurusan Rentas Budaya• Perubahan Teknologi• Pasaran Kewangan

3.3 KONSEP DAN CABARAN DALAM PERNIAGAAN ANTARABANGSA

Page 21: Bab 3 Perdagangan a

21

SYARIKAT MULTINASIONAL (SMN)

• Organisasi yang melibatkan diri dalam aktiviti perniagaan di peringkat antarabangsa dengan tahap penglibatan yang tinggi.

• Merupakan syarikat yang bersaiz besar, beroperasi di banyak negara, di mana syarikat bukan sahaja menjual produk mereka di pasaran luar tetapi juga mengeluar, menjalankan penyelidikan, melatih pekerja tempatan serta membangunkan produk baru di pasaran yang mereka masuki.

• Mempunyai sumber kewangan dan tenaga manusia yang besar, dapat mengawal seluruh aktiviti syarikat di seluruh dunia.

Page 22: Bab 3 Perdagangan a

22

b. CABARAN SYARIKAT MULTINASIONAL

i. STRUKTUR DAN KAWALAN – harus membuat perubahan mengikut keadaan semasa

sesuatu negara– antara masalah yang mementingkan penstrukturan:

• konflik antara bahagian-bahagian berkenaan bidang kuasa

• kegagalan operasi asing dari segi perancangan & jangkaan

• kurang kawalan kewangan ke atas operasi luar negara• pertindanan tugas di kalangan kaki tangan• kemudahan pengeluaran tidak dioptimumkan• pertindihan tugas antara pejabat jualan dengan

jurujual di sesuatu kawasan • pertambahan dalam bilangan pengedar • rungutan pelanggan ke atas perkhidmatan operasi di

luar negara

Page 23: Bab 3 Perdagangan a

23

– Kawalan yang boleh diperolehi dengan:• centralization - aktiviti dikawal selia oleh ibu pejabat (menegak)

– Lambat, tak serasi dengan budaya negara lain

• decentralization - anak syarikat bebas bertindak mengikut kesesuaian persekitaran (mendatar)

– Sukar dikawal

Page 24: Bab 3 Perdagangan a

24

ii. POLITIK DAN UNDANG-UNDANG

• berlaku semasa campurtangan oleh kerajaan tuan rumah untuk jaga kepentingan negara

• polisi & undang-undang bercanggah dengan negara asal• untuk mengawal persaingan dengan syarikat domestik negara

asal• paksaan untuk menjayakan program tempatan• syarat yang dikenakan untuk menggunakan bahan mentah

tempatan• penyekatan aliran keluar keuntungan dari operasi (sebahagian

% disyaratkan dilabur semula)• peraturan perdagangan yang ketat (tarif & bukan tarif

disebabkan prosedur)• dasar keutamaan oleh kerajaan tempatan• cukai korporat yang tinggi

Page 25: Bab 3 Perdagangan a

25

iii. EKONOMI

• persaingan dengan syarikat tempatan oleh syarikat multinasional boleh menjejaskan ekonomi tempatan; maka sekatan dibuat

• kawalan ke atas import; duti import yang tinggi• boleh jejaskan imbangan perdagangan tempatan; jadi sekatan

dalam aktiviti pelaburan langsung• kes bagi SMN untuk keluar dari sesuatu negara kerana nilai

pelaburan yang banyak• kemerosotan ekonomi (kawalan aliran keluar matawang)

Page 26: Bab 3 Perdagangan a

26

• kesukaran dalam mengadaptasikan sesuatu budaya yang bukan menjadi kebiasaan diri

• konflik antara budaya SMN dengan pekerja tempatan• masalah komunikasi• penjejasan identiti negara (penjajahan budaya)

iv. SOSIOBUDAYA DAN PENGURUSAN RENTAS BUDAYA

Page 27: Bab 3 Perdagangan a

27

v. PERUBAHAN TEKNOLOGI

• pengimportan teknologi memakan belanja yang banyak (dari negara asal)

• hak cipta (teknologi ditiru)• masalah dalam mengikuti perubahan semasa (teknologi

maklumat)

vi. PASARAN KEWANGAN

• Pasaran kewangan dapat mempengaruhi kadar tukaran mata wang

• Kadar tukaran mata wang – kadar yang digunakan untuk menukarkan mata wang sesebuah negara ke dalam mata wang negara lain

• Kadar tukaran mata wang boleh memberi kesan kepada permintaan barangan dan perkhidmatan sesebuah negara

• Campurtangan kerajaan sesebuah negara dlm menetapkan nilai mata wang negaranya, contoh: Malaysia

Page 28: Bab 3 Perdagangan a

28

3.4 GALAKAN DAN SEKATAN PERDAGANGAN

a. Galakan Perdagangan Antarabangsa

i. Pemasaran Antarabangsa• Pemasaran ialah proses perancangan dan perlaksanaan

konsep, perletakan harga, promosi dan pengedaran produk untuk mewujudkan pertukaran yang boleh memuaskan individu dan organisasi yang melampaui sempadan politik sesebuah negara.

• Konsep pemasaran terdiri daripada konsep produk, harga, promosi dan agihan terhadap produk atau perkhidmatan untuk proses pertukaran bagi memenuhi kepuasan individu dan mencapai objektif organisasi.

• Menjalankan pemasaran peringkat antarabangsa adalah lebih rumit kerana wujud perbezaan dari aspek :• Ekonomi• Politik dan Undang-Undang• Budaya dan adat resam• Agama

Page 29: Bab 3 Perdagangan a

29

MATRADE

– The Malaysia External Trade Development Corporation @ Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia.

– Ditubuhkan pada tahun I Mac 1993 di bawah Kementerian Perindustrian dan Perdagangan Antarabangsa.

– Merupakan satu agensi promosi perdagangan luar negara.

Page 30: Bab 3 Perdagangan a

30

Peranan MATRADE

• Memperkenalkan, mewujudkan dan membangunkan perdagangan luar negara dengan penekanan kepada eksport barangan siap dan separuh siap

• Merangka dan melaksanakan strategi pemasaran• Menyediakan sistem maklumat pasaran yang menyeluruh• Memastikan keupayaan bersaing di peringkat antarabangsa

bagi keluaran Malaysia• Menasihati kerajaan kepada perkara yang berkaitan dan

bertindak sebagai agen kepada kerajaan, individu atau organisasi berkaitan perdagangan luar negara.

• Membangunkan, mempromosikan dan memberikan khidmat nasihat berkaitan dengan perdagangan.

• Mewakili Malaysia dalam forum antarabangsa berkaitan dengan perdagangan.

Page 31: Bab 3 Perdagangan a

31

Blok Perdagangan Antarabangsa

– WTO (World Trade Organization)• Sebelum ini dikenali sebagai GATT (General Agreement

on Tariffs and Trade)• Objektif penubuhan ialah untuk meliberalisasikan

perdagangan dengan menghapuskan tarif, subsidi, kuota import dan lain-lain halangan perdagangan.

• Ditubuhkan pada 1947 dengan anggota seramai 19 buah negara dan meningkat menjadi lebih 140 negara (2006).

• Pengurangan tarif dilakukan dengan berperingkat-peringkat menerusi pusingan rundingan bermula pada 1986 hingga 1993

• Setiap pusingan akan membincangkan pengurangan tarif.

Page 32: Bab 3 Perdagangan a

32

Blok Perdagangan Antarabangsa

- AFTA (ASEAN Free Trade Area/Kawasan Perdagangan Bebas)

• Keputusan penubuhan sewaktu Sidang Kemuncak Ke 4 ASEAN pada 1992

• Mesyuarat Menteri-Menteri Ekonomi ASEAN pada September 1994 bersetuju pelaksanaan sepenuhnya pada 2008 dipercepatkan kepada 2003 secara berperingkat-peringkat.

• Tujuan penubuhan• Meningkatkan perdagangan di rantau ASEAN dengan

melaksanakan pasaran bebas• Pasaran bebas - ini bermaksud barangan ASEAN boleh

menembusi pasaran negara anggota tanpa sebarang tarif @ tarif yang minimum iaitu 0 hingga 5%

• Meningkatkan kedudukan ASEAN sebagai kawasan pengeluaran yang berdaya saing dan memenuhi pasaran global

Page 33: Bab 3 Perdagangan a

33

- NAFTA (North America Free Trade Agreement Perjanjian Perdagangan Bebas Amerika Utara)

• Pada 1988 perjanjian perdagangan bebas antara AS dan Kanada di tandatangani dan mula beroperasi pada 1 Jan 1989

• Dianggotai Amerika Syarikat, Kanada dan Mexico• Tujuan:

• Hapuskan halangan tariff di kalangan negara anggota menjelang 1989

• Pada 1991 A.S. Kanada dan Mexico mengadakan rundingan untuk tubuhkan NAFTA

• 1 Jan 1994 NAFTA dikuatkuasakan

Page 34: Bab 3 Perdagangan a

34

BLOK PERDAGANGAN ANTARABANGSA

• EC (European Community/Kesatuan Eropah)– Awalnya dikenali European Economic Community (EEC)

dalam perjanjian Rome.– Pada 1967 dikenali sebagai EC hasil gabungan antara

European Coal and Steel Community (ECSC), European Atomic Energy Community (EURATOM) dan EEC

– Pada I Jan 1994 menerusi Perjanjian Maastricht EC telah ditukar namanya kepada European Union (EU)

– Dianggotai oleh Belgium, Perancis, Italy, Luxemburg, Belanda, German, Denmark, Ireland, UK, Greek, Sepanyol dan Portugal.

– Menerusi perjanjian ini 4 elemen yang digariskan ialah:a. Mewujudkan satu matawang tunggal b. Polisi pertahanan dan hal ehwal negara yang seragamc. Satu kerakyatand. Parlimen EU yang berkuasa

Page 35: Bab 3 Perdagangan a

35

• APEC (Asia-Pacific Economic Cooperation/Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik)

– Ditubuhkan pada tahun 1989 di Canberra, Australia.– Negara anggota: ASEAN, A.S., Kanada, Mexico, Chile,

Australia, New Zealand, Jepun, Korea Selatan, China, Taiwan, Hong Kong dan Papua New Guinea.

– Tujuan penubuhan : Memajukan perdagangan bebas, mempercepatkan pertumbuhan ekonomi di rantau Asia Pasifik dan mengeratkan kerjasama ekonomi antara negara anggota.

Page 36: Bab 3 Perdagangan a

36

• ASEAN (Association of Southeast Asia Nation)Ditubuhkan pada 8 Ogos 1967 di Bangkok dengan anggota terdiri daripada negara-negara ASEAN.Dianggotai oleh Malaysia, Singapura, Brunei, Thailand, Indonesia, Filipina, laos, Myanmar, Vietnam dan KembojaTujuan Penubuhan:– Mempercepatkan pertumbuhan ekonomi kemajuan sosial dan

perkembangan budaya di rantau Asia Tenggara– Menggalakkan keamanan dan kestabilan politik– Menyediakan bantuan antara satu sama lain– Meningkatkan taraf hidup penduduk negara anggota melalui

kerjasama dalam pertanian, perusahaan dan perdagangan.– Mengadakan hubungan yang erat dan menguntungkan dengan

persatuan antarabangsa dan serantau.– Menggalakkan kerjasama dalam bidang ekonomi, sosial,

budaya teknikal, saintifik dan pentadbiran.– Menggembleng tenaga untuk memanfaatkan bidang industri

dan pertanian serantau dan memperluaskan aktiviti perdagangan.

Page 37: Bab 3 Perdagangan a

37

• ZON PERDAGANGAN BEBAS – Dibentuk untuk memudahkan urusan perniagaan

antarabangsa dengan menyediakan kemudahan dan pelbagai insentif.

Contoh di Malaysia:

- AFTA: Membentuk kawasan perdagangan bebas utk pemprosesan pertanian dan barangan pertanian seperti pengurangan tariff dari 0 hingga 5% contoh: AFTA

KEMUDAHAN PAB

Page 38: Bab 3 Perdagangan a

38

• MSC (Multimedia Super Corridor/Koridor Raya Multimedia) - MSC: Merupakan satu tempat di mana syarikat-syarikat di

seluruh dunia berkumpul untuk menguji teknologi-teknologi mereka dan menyediakan diri untuk menghadapi cabaran masa depan.– Merupakan satu strategi untuk mencapai wawasan 2020– Bertujuan untuk menggalakkan inovasi dan rekacipta teknologi

moden dan mempercepatkan pemindahan teknologi.– Meliputi kawasan seluas 50 kilometer panjang dan 15 kilometer

lebar bermula dari KLCC hingga KLIA.– Mengandungi 2 buah bandar pintar (Smart City) iaitu

Putrajaya yang akan menjadi pusat pentadbiran baru.Cyberjaya yang akan menempatkan industri multimedia, pusat

penyelidikan dan pembangunan, Universiti Multimedia dan ibu pejabat syarikat-syarikat multinasional.

Page 39: Bab 3 Perdagangan a

39

- Fungsi MSC:

- Menarik syarikat bertaraf dunia dan berasaskan teknologi ke Malaysia dan seterusnya membangunkan industri tempatan

- Menawarkan persekitaran yang produktif dan baik supaya rangkaian nilai multimedia berbentuk barangan dan perkhidmatan dapat dikeluarkan dan disalurkan ke seluruh dunia

- Membentuk sebuah kawasan yang cemerlang dengan keupayaan spesifik multimedia, teknologi, infrastruktur, pembentukan undang-undang, polisi dan sistem bagi mencapai kelebihan bersaing.

- Tempat untuk mereka cipta baru dengan menjalankan penyelidikan dalam bidang teknologi multimedia.

- Membawa seluruh masyarakat ke era teknologi maklumat- Membentuk dunia era baru dengan kemudahan rumah

bestari, bandar bestari, sekolah bestari, kad bestari dan rakan kongsi bestari.

Page 40: Bab 3 Perdagangan a

40

• Perdagangan Balas– Urusniaga tukar barang dimana pengeksport menerima

keseluruhan atau sebahagian pertukaran dalam bentuk barangan yang dikeluarkan oleh pengimport

– Contoh: Perdagangan antara Malaysia dan India dimana Malaysia mengeksport minyak kelapa sawit ke India sementara India membayar dalam bentuk wang dan tekstil

Page 41: Bab 3 Perdagangan a

41

LAIN-LAIN GALAKAN KERAJAAN

• GALAKAN CUKAI– Contoh: elaun cukai pelaburan – Insentif ini menyediakan elaun pelaburan sehingga 60%

daripada perbelanjaan modal selama 5 tahun• PENGECUALIAN CUKAI

– Kelonggaran untuk tidak membayar cukai seperti yang ditetapkan oleh pihak berkuasa

– Contoh: pengecualian cukai terhadap pendapatan dari royalti.• PEMBIAYAAN EKSPORT

– Contoh: Skim pembiayaan semula kredit eksport– Skim ini memberi kemudahan kepada pengeksport untuk

mendapatkan dana segera bagi mengeksport produk yang dijual secara kredit

Page 42: Bab 3 Perdagangan a

42

LAIN-LAIN GALAKAN KERAJAAN

• TARAF PERINTIS– Pengecualian cukai selama lima tahun akan diberi kepada

syarikat yang berjaya mendapat status perintis

• SUBSIDI– Sejumlah bayaran yang dibayar oleh kerajaan terus kepada

pengeluar untuk mengurangkan bebanan kerugian daripada penjualan produk di peringkat antarabangsa

– Subsidi membolehkan produk dijual dengan harga lebih murah atau lebih menguntungkan syarikat berkenaan

Page 43: Bab 3 Perdagangan a

43

• KEMPEN BELILAH BARANGAN MALAYSIA– Kempen yang diusahakan oleh pihak kerajaan bagi

menggalakkan pembelian dan penggunaan barangan buatan Malaysia

– Tujuan kempen untuk membangun dan mengembangkan sektor perindustrian

dan perkilangan serta keupayaan mengeksport lebih banyak barang-barang keluaran dalam negara ke pasaran luar

berdikari dengan mengeluarkan berbagai-bagai jenis barangan tanpa bergantung kepada negara luar

LAIN-LAIN GALAKAN KERAJAAN

Page 44: Bab 3 Perdagangan a

44

• SKIM JAMINAN EKSPORT– Skim yang ditawarkan oleh kerajaan untuk meningkatkan

pengeksportan dan membantu firma bersaing secara efektif di peringkat antarabangsa

– Potongan berganda terhadap perbelanjaan promosi eksport bertujuan menggalakkan para pelabur mempromosi produk Malaysia di pasaran antarabangsa

LAIN-LAIN GALAKAN KERAJAAN

Page 45: Bab 3 Perdagangan a

45

• Tarif (Cukai dan Levi)

Cukai– Bayaran wajib yang dikenakan oleh kerajaan ke atas

individu atau syarikat– Berperanan untuk mengagihkan semula pendapatan dan

kekayaan negara

Levi– Satu bentuk cukai yang perlu dibayar kepada kerajaan

atau organisasi– Levi kerana membawa masuk pekerja asing ke dalam

negara

b. SEKATAN-SEKATAN PERDAGANGAN ANTARABANGSA

Page 46: Bab 3 Perdagangan a

46

BUKAN TARIF

• KUOTA– Had yang dikenakan terhadap jumlah unit atau nilai sesuatu

barangan yang boleh dikeluarkan atau digunakan atau diimport

– Kuota import - sekatan yang menghadkan kuantiti sesuatu barangan yang diimport

– Tujuan dikenakan ialah untuk mengurangkan saingan terhadap barangan tempatan

• EMBARGO– Larangan kerajaan secara rasmi untuk mengimport atau

mengeksport sesuatu barangan atau perkhidmatan dari/ke sesebuah negara

– Contoh: Malaysia dengan Israel.

Page 47: Bab 3 Perdagangan a

47

BUKAN TARIF

• SUBSIDI– Bantuan yang diberikan oleh kerajaan kepada individu, unit

pengeluaran atau pengeksport samada dalam bentuk bayaran langsung seperti geran atau pinjaman, atau langkah-langkah yang memberikan kesan yang sama seperti bayaran langsung.

– Langkah-langkah termasuklah jaminan terhadap harga dan pasaran, khidmat atau kemudahan bantuan dan pemotongan atau pengecualian cukai.

– Subsidi membolehkan produk dijual dengan harga lebih murah atau lebih menguntungkan syarikat berkenaan

• PIAWAIAN– Satu standard kualiti yang dikenakan ke atas produk yang

ingin dipasarkan di peringkat antarabangsa. – (contoh dalam industri makanan, kosmetik, elektronik dan

sebagainya.)