bab 3 min

44
BAB TIGA FAKULTI PENGAJIAN ISLAM UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA 2.1 KONSEP UNIVERSITI Secara umumnya, fungsi penubuhan universiti umumnya adalah untuk melahirkan manusia terlatih dalam perlbagai bidang ilmu pengetahuan serta mampu memberikan kepimpinan intelektual kepada mayarakat. Atas konsep ini, universiti adalah gedung atau khazanah ilmu pengetahuan yang memberikan peluang seluas-luasnya kepada pelajar menimba dan mendalami ilmu yang diminati. Universiti juga bertujuan memajukan perkembangan ilmu pengetahuan melalui kegiatan penyelidikannya. Dengan itu, universiti diberikan kebebasan sepenuhnya untuk membahas dan membincangkan segala bidang dan disiplin ilmu yang boleh mengarahkan seseorang itu mengetahui hakikat dan kebenaran sesuatu perkara. Ini bermakna bahawa mahasiswa adalah manusia yang berfikiran bebas, kritis serta rasional untuk membuat sesuatu perlembagaan dalam mencari keadilan dan kebenaran (Zaharudin Rahman 1986: 52). Bagi sesebuah universiti, sebahagian daripada pendidikan pelajar-pelajarnya ialah membimbing pelajar- pelajar itu mengenali diri mereka, sejarah budaya dan negara 1

Upload: umieyna-balqis

Post on 18-Feb-2016

229 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

b

TRANSCRIPT

Page 1: bab 3 min

BAB TIGA

FAKULTI PENGAJIAN ISLAM UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

2.1 KONSEP UNIVERSITI

Secara umumnya, fungsi penubuhan universiti umumnya adalah untuk melahirkan

manusia terlatih dalam perlbagai bidang ilmu pengetahuan serta mampu memberikan

kepimpinan intelektual kepada mayarakat. Atas konsep ini, universiti adalah gedung atau

khazanah ilmu pengetahuan yang memberikan peluang seluas-luasnya kepada pelajar

menimba dan mendalami ilmu yang diminati. Universiti juga bertujuan memajukan

perkembangan ilmu pengetahuan melalui kegiatan penyelidikannya. Dengan itu,

universiti diberikan kebebasan sepenuhnya untuk membahas dan membincangkan segala

bidang dan disiplin ilmu yang boleh mengarahkan seseorang itu mengetahui hakikat dan

kebenaran sesuatu perkara. Ini bermakna bahawa mahasiswa adalah manusia yang

berfikiran bebas, kritis serta rasional untuk membuat sesuatu perlembagaan dalam

mencari keadilan dan kebenaran (Zaharudin Rahman 1986: 52).

Bagi sesebuah universiti, sebahagian daripada pendidikan pelajar-pelajarnya ialah

membimbing pelajar-pelajar itu mengenali diri mereka, sejarah budaya dan negara dan

hubungan negara mereka dengan negara-negara jiran dan dunia. Pelajar juga diwajibkan

menjadikan universiti sebagai gelanggang perterusan latihan dan keupayaan membawa

karya yang berkaitan dengan minat iktisas mereka (kertas kerja: peranan universiti masa

kini , UUM 1987: 2).

Perkembangan universiti di dunia pada hari ini sedang menuju ke arah menjadikan

universiti sebagai pusat latihan tenaga untuk menjalankan tugas-tugas tertentu, bukan

bertindak di bawah falsafah ilmu kebenaran. Jadi, iniversiti dengan itu lebih sesuai

dinamakan sebagai pusat latihan tenaga manusia di bidang-bidang tertentu. Sistem

pendidikan hari ini kembali ke pangkal jalan. Dengan lain perkataan, maktab dan pusat

pengajian tinggi yang diasaskan untuk menyediakan tenaga manusia yang bersesuain

1

Page 2: bab 3 min

dengan keperluan industri dan perkembangan ekonomi adalah merupakan pendidikan

khas. Maka, pusat-pusat pengajian yang diberikan nama universiti hendaklah:

i. Menyusun dan memperkemaskan pusat pengajian di peringkat siswazah

ii. Membentuk suasana kampus yang benar-benar dapat dijadikan contoh dari segi

keperibadian dan kepimpinan yang bermoral tinggi.

Dua perkara ini boleh dijadikan asas bagi memenuhi kehendak perkataan

universiti dalam erti kata yang sebenar. Universiti di Malaysia khasnya perlu kembali

kepada konsep dan falsafah tulin (Yusof Noor Dr. 1988: 35-36).

Pelajar-pelajar Islam dipelbagai peringkat dan proses pengilmuannya telah

terperangkap dalam lapangan liberal – sekular - metarialistik itu. Maka, disinilah

terletaknya peranan kaum siswazah sebagai golongan yang bernasib baik di pilih oleh

Allah swt untuk duduk di pusat pengajian tinggi. Para siswazah perlu bertindak menerusi

kepelbagaian jurusan akademiknya untuk mengembalikan semula identiti asalnya. Atas

hakikat ini, beberapa tindakan di perlukan:

i. Jangka pendek

Usaha-usaha yang serius diperlukan ke arah pengislaman ilmu

pengetahuan dalam bidang samada dalam bidang ilmu tabii dan ilmu

kemasyarakatan serta lain-lain lagi.

Memahami dan menyedari serta menghayati falsafah ilmu dalam Islam.

Objektif pendidikan, pengajaran dan pengilmuan bukan sekadar

memenuhi otak dengan fakta-fakta ilmu tetapi berusaha lebih dari

tahap itu, iaitu mendidik akhlak dan jiwa mereka, menanamkan rasa

fadilah (keutamaan) serta menginsafi demi selaku khalifah Allah

S.W.T.

ii. Jangka panjang

Berusaha sedaya upaya untuk memahami isi kandungan al-Quran. Jesteru

al-Quran adalah wahyu Allah yang dilengkapi dengan pelbagai perkara dan

keperluan hidup manusia di dunia dan akhirat.

2

Page 3: bab 3 min

Beriktiar mempelajari dan memahami al-Hadith secara sistematik dan

dipanjangkan dalam kehidupan seharian.

Berusaha memahami ajaran Islam secara menyeluruh.

Peka kepada cabaran-cabaran yang berlaku sepanjang zaman agar umat

Islam tidak cemas sewaktu berhadapan dengan sebarang masalah yang

timbul (Idris Zakaria 1988: 11).

Bagi memenuhi kehendak di atas, berdasarkan adanya hakikat pengilmuan ini,

maka para siswazah tidak perlu menunggu adanya sesuatu rancangan yang rasmi sifatnya.

Apa yang penting ialah kesedaran, keinsafan dan sikap mahu berkerja. (Idris Zakaria

1988: 23)

2.1.1 Matlamat Penubuhan Universiti

Universiti pada tahapnya adalah merupakan kemuncak sistem pendidikan negara yang

mempunyai pelbagai peranan yang dapat memperluaskan, memperlicinkan dan

memperkuatkan lagi peranan pendidikan diperingkat bawah. Di antara peranan asas yang

khusus di dalangi oleh universiti ialah:

a) Memperluaskan dan memperkayakan ilmu pengetahuan, kelazimannya melalui

proses penyelidikan dan penerbitan

b) Memyebarkan segala ilmu pengetahuan dan asas kebudayaan masyarakat,

membimbing mahasiswa ke arah pencapaian kematangan dan self – actualizition.

c) Menyediakan tenaga manusia terlatih dan

d) Memberi khidmat kepada kerajaan dan badan-badan lain, memandangkan ia

adalah gedung ilmu dan pusat tumpuan pelajar dan lengkap dari segi kemudahan

(Robiah Sidin. Dr. 1991: 34-36).

Selain daripada itu, terdapat beberapa ciri-ciri yang lebih umum terhadap

kebebasan (praktikaliti) sistem pendidikan pengajian tinggi. Antaranya ialah:

Wujud sistem pendidikan yang seimbang dengan penekanan kerohanian

dan metarial, teori dan amali serta kepentingan individu dan masyarakat.

3

Page 4: bab 3 min

Apa-apa ketidak seimbangan yang wujud hanya akan melahirkan individu-

individu yang kurang mempunyai pegangan hidup yang dapat

mengerakkan dirinya sebagai agen penukaran daripada yang buruk kepada

yang baik. Yang pasif kepada yang aktif dan lain-lain lagi. Oleh itu sitem

pendidikan yang turut mementingkan aspek-aspek rohani dan jasmani amat

diperlukan.

Sistem pendidikan tinggi itu mestilah selari dengan keperluan-keperluan

negara, baik dalam keadaan jangka pendek mahupun jangka panjang. Ini

adalah perlu dalam usaha melahirkan tenaga-tenaga mahir yang dapat

memenuhi kehendak pembangunan negara.

Akhir sekali, sistem pendidikan tinggi juga mesti cuba untuk mewujudkan

interaksi yang rapat di antara pihak pusat pengajian tinggi dengan sektor-

sektor awam dan swasta supaya masing-masing memahami keperluan,

matlamat dan keupayaan yang ada pada pihak lain.

Oleh itu, sistem pendidikan tinggi yang berkesan mesti dirangka agar setiap apa

yang dipelajari semasa di universiti akan dapat membuka jalan kepada golongan

mahasiswa mendapatkan pekerjaan yang sesuai dan memanfaatkan ilmu yang dipelajari

dengan betul di masa hadapan (Aidit Ghazali t.th: 3-8).

2.2 FAKULTI PENGAJIAN ISLAM UKM

2.2.1 Sejarah Penubuhan FPI UKM

Dari perspektif sejarah, Fakulti Pengajian Islam telah ditubuhkan pada 18hb. Mei, 1970

bersama-sama dengan penubuhan Universiti Kebangsaan Malaysia. Fakulti ini adalah

sebuah fakulti yang mula-mula ditubuhkan di Universiti Kebangsaan Malysia di samping

dua lagi fakulti lain pada masa itu iaitu Fakulti Sains dan Fakulti Sastera. (Buku Panduan

Prasiswazah FPI sesi 2004/2005: 22)

Walaubagaimanapun teras bagi fakulti ini telah wujud lama sebelum itu, iaitu

bermula dengan penubuhan Kolej Islam Malaya di Klang pada tahun 1955, untuk

4

Page 5: bab 3 min

memenuhi aspirasi umat Islam yang mahu melihat terdirinya sebuah institusi pengajian

tinggi Islam di tanah air. (Buku Panduan Prasiswazah FPI sesi 2004/2005: 22)

Pada tahun 1968, Kementerian Pelajaran telah bersetuju menaikkan taraf Kolej

Islam Melaya ke taraf Universiti Kolej dan Islam telah diletakkan di bawah naungan

Universiti Kebangsaan Malaysia sebagai salah sebuah fakulti di dalamnya. Maka dengan

itu lahirlah Fakulti Pengajian Islam bersama-sama dengan penubuhan Universiti

Kebangsaan Malaysia. (Buku Panduan Prasiswazah FPI sesi 2004/2005: 22)

Sejak ia ditubuhkan, struktur dan kompenan kursus telah melalui beberapa

semakan bagi memantapkan program pengajian, dan yang terbaru ialah struktur baru yang

dilaksanakan mulai pada sesi 2000/2001. (Buku Panduan Prasiswazah FPI sesi

2004/2005: 22)

Pada masa ini Fakulti Pengajian Islam terdiri daripada empat buah jabatan dan sebuah

pusat iaitu:

Jabatan Syariah

Jabatan Usuluddin dan falsafah

Jabatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam

Jabatan Pengajian Dakwah dan Kepimpinan

Jabatan Pengajian al-Quran dan al-Sunnah

2.2.2 Objektif Penubuhan Fakulti Pengajian Islam

Fakulti Pengajian Islam merupakan salah satu saluran utama bagi pelajar-pelajar aliran

agama di sekolah-sekolah menengah agama untuk meneruskan pengajian mereka ke

peringkat pengajian tinggi di tanah air. Antara objektif penubuhan Fakulti ini adalah

seperti berikut:

Meninggikan mutu akademik dalam bidang pengajian Islam dan menjadikannya

sebagai pusat penyelidikan terpenting di negara ini.

5

Page 6: bab 3 min

Melahirkan graduan yang benar-benar mahir dalam bidang-bidang Pengajian

Islam dan berkebolehan menggunakan pengetahuannya untuk membimbing

masyarakat.

Melahirkan generasi yang benar-benar memahami Islam, memiliki cara berfikir

yang sihat, kesedaran dan keinsafan serta tanggungjawab kepada negara mengikut

prinsip-prinsip, falsafah dan pemikiran Islam agar terbentuk suatu masyarakat

yang berdisplin.

(Buku Panduan Prasiswazah FPI sesi 2004/2005: 22)

2.2.3 Matlamat Penubuhannya

Fakulti sebagai pusat kecemerlangan ilmu ekonomi untuk memenuhi wawasan negara

(buku panduan prasiswazah sesi 2004/2005: 21).

2.2.4 Bidang pengkhususan di bawah Fakulti Fakulti Pengajian Islam

Keberkesanan dan insentif pembelajaran amat dipengaruhi oleh pemilihan program atau

kursus yang diminati oleh pelajar. Mengikut peredaran masa sekarang pihak fakulti telah

banyak menyusun, mengkaji semula dan melaksanakan pengajian baru yang sesuai bagi

memenuhi tuntutan pasaran tenaga kerja semasa. Pada peringkat awal penubuhannya

pihak fakulti melalui jabatan yang ada hanya menawarkan beberapa bidang pengkhususan

yang agak umum yang dikendalikan jabatan berkenaan. Setiap jabatan hanya menawarkan

satu bidang pengkhususan sahaja. Tetapi pada masa sekarang ini di bawah Fakulti

Pengajian Islam terdapat 5 buah iaitu:

Jabatan Syariah

Objektifnya, memelihara, meneliti dan mengembangkan Syariah Islam supaya

dapat diyakini dan dihayati. Melengkapkan siswazah dengan ilmu pengetahuan

Islam dan membentuk peribadi Islam yang beriltizam dengan penghayatan Islam

serta membimbing masyarakat kea rah penghayatan Islam dengan membekalkan

6

Page 7: bab 3 min

ulama dan membantunya dalam mengatasi masalah-masalah sosial berdasarkan

kepada hukum-hukum Islam. (Buku Panduan Prasiswazah FPI 2004/2005: 31).

Jabatan Usuluddin dan Falsafah

Jabatan Usuluddin dan Falsafah ditubuhkan untuk memberi pengajaran dalam

bidang ilmu al-Quran dan al-Hadith serta akidah, falsafah dan pengajian agama

berdasarkan kedua-dua sumber tersebut dengan tujuan mengelurkan siswazah

yang matang dalam bidang-bidang berkenaan dan menghayati Islam dalam

kehidupan mereka.

Jabatan ini juga ditubuhkan bertujuan memelihara dan

memperkembangkan ilmu-ilmu dalam bidang Usuluddin dan Falsafah dengan

memberi khidmat kepada masyarakat dan negara, serta untuk melahirkan siswazah

yang berfikiran luas dan mendalam yang dapat menyelesaikan isu-isu yang timbul

dalam masyarakat, dan melahirkan tenaga kerja yang berketerampilan yang

diperlukan oleh sektor awam dan swasta dalam masyarakat Malaysia. (Buku

Panduan Prasiswazah FPI 2004/2005: 70).

Jabatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam

Matlamat jabatan ini untuk memberi kefahaman dan penekanan kepada bidang-

bidang di bawah disiplin bahasa dan kesusasteraan Arab bagi menghasilkan

mahasiswa dan mahasiswi yang berkebolehan dalam pertuturan, penulisan serta

berupaya membincangkannya dalam bahasa arab. Di samping untuk mengeluarkan

pelajar-pelajar yang berkebolehan dalam bidang tersebut.

Kursus-kursus Sejarah dan Tamadun Islam pula adalah bertujuan

meluaskan kefahaman dan pemikiran mengenai sejarah dan perkembangan

masyarakat dan tamadun Islam di kalangan mahasiswa/i. Di samping bertujuan

melahirkan golongan siswazah yang mempunyai keahlian dalam bidang-bidang

tersebut.

7

Page 8: bab 3 min

Bagi mahasiswa/i dari jabatan-jabatan lain di Fakulti Pengajian Islam,

tujuan utama kursus bahasa Arab dan yang dititikberatkan ialah untuk

membekalkan pelajar dengan asas-asas yang membolehkan mereka mendalami

dan mengkaji perkara-perkara yang berkaitan dengan Islam daripada sumber-

sumber asal dalam bahasa arab. (Buku Panduan Prasiswazah FPI 2004/2005: 108).

Jabatan Pengajian Dakwah dan Kepimpinan

Objektif program ialah untuk memberi pengajaran dalam bidang falsafah dakwah

dan kepimpinan, gerakan pemikiran dakwah, kajian sosial dan kemasyarakatan,

pengorganisasian dakwah, penyiaran, penerbitan dan psikologi sesuai dengan

perkembangan tuntutan dakwah semasa di samping mengeluarkan siswazah yang

berkebolehan dalam ilmu dakwah dan kepimpinan serta menghayati nilai-nilai

Islam untuk memberi sumbangan maknawi-maddi kepada pembangunan

masyarakat dan negara. Jabatan ini juga bertujuan memelihara dan

memperkembangkan penyelidikkan ilmu dalam bidang dakwah dan kepimpinan

serta memberi khidmat kepada masyarakat dan negara. (Buku Panduan

Prasiswazah FPI 2004/2005: 144).

Jabatan Pengajian al-Quran dan al-Sunnah

Objektif jabatan ini untuk memusatkan pengajiannya terhadap al-Quran dan al-

Sunnah dari berbagai aspek dengan tujuan untuk melahirkan pelajar yang

berkemampuan memahami isi kandungan al-Quran dan al-Sunnah. Melahirkan

pelajar yang mempunyai kefahaman yang menyeluruh terhadap pemikiran Islam

di bidang perundangan, akidah dan akhlak yang berasaskan al-Quran dan al-

Sunnah, juga memahami perkembangan dan pemikiran semasa, bagi melahirkan

pelajar yang mampu menjalankan tugas dengan sempurna dalam masyarakat.

(Buku Panduan Prasiswazah FPI 2004/2005: 177).

Setelah meneliti dan mengkaji tenaga kerja yang semakin meluas bidangnya, input

dan syarat yang diberikan oleh pelbagai majikan (awam dam swasta), pihak Fakulti secara

ekstensif telah merombak program pengajian dengan mengenalkan sistem modul atau

8

Page 9: bab 3 min

pengkhususan yang lebih banyak dan menarik bermula sesi 2000/2001. Melalui sistem

modul setiap jabatan boleh menawarkan beberapa modul atau pengkhususan yang

berkaitan dengan jabatan berkenaan. Bagi pelajar yang mandaftar mulai sesi 2000/2001,

mereka akan disalurkan kepada beberapa modul pengajian atau minor berdasarkan kepada

permohonan dan pertimbangan kelayakan oleh jabatan masing-masing. Terdapat 12

modul yang ditawarkan di bawah 5 jabatan iaitu:

Modul Perundangan Islam

Modul Muamalat dan Kewangan Islam

Modul Undang-undang Perbandingan

Modul Pengajian Akidah dan Kerohanian

Modul Pengajian Agama dan Falsafah

Modul Pengajian Bahasa dan Sastera Arab

Modul Pengajian Sejarah dan Tamadun Islam

Modul Pengurusan Islam

Modul Komunikasi Islam

Modul Tafsir

Modul Hadith

Minor Teknologi Maklumat

Kepelbagaian modul yang ditawarkan berserta dengan kebebasan memilih modul

akan banyak membantu pembelajaran pelajar secara berkesan di fakulti. (Buku panduan

prasiswazah sesi 2001/2002: 51).

2.3 PERSATUAN MAHASISWA FAKULTI PENGAJIAN ISLAM

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA (PMFPI UKM)

Persatuan Mahasiswa Fakulti Pengajian Islam adalah sebuah persatuan yang ditubuhkan

secara rasmi untuk menjaga kebajikan mahasiswa Fakulti Pengajian Islam itu sendiri.

Persatuan yang beralamat di paras 3, Fakulti Pengajian Islam ini merupakan satu

persatuan yang penting dan berfungsi sebagai wakil ahli-ahlinya iaitu warga (mahasiswa)

9

Page 10: bab 3 min

Fakulti Pengajian Islam itu sendiri dalam menuntut sesuatu hak dan juga lain-lain urusan.

(http://www.fpi.ukm.my)

2.3.1 Sejarah Penubuhan PMFPI UKM

Fakulti Pengajian Islam ditubuhkan pada tahun 1970 setelah Kolej Islam Malaya (KIM)

dibubarkan Majlis Amanah Kolej Islam Malaya yang dipengerusikan oleh Tan Sri Abdul

Aziz Mohd. Zin telah mencadangkan penubuhan Fakulti Islam bagi Universiti

Kebangsaan Malaysia yang baru diwujudkan. (http://www.fpi.ukm.my)

Perjuangan yang dibawa oleh mahasiswa Fakulti Islam ini bagi menjaga kebajikan

kemahasiswaan. Oleh yang demikian itu, telah mendorong mahasiswa ketika itu ke arah

penubuhan Persatuan Mahasiswa Fakulti Islam (PMFI) Pada 22hb Julai 1970.

Jawatankuasa Penaja diketuai oleh saudara Ramli Ibrahim seterusnya dilantik sebagai

Yang Dipertua pertama PMFI. Di antara jawatankuasa awalnya ialah Azmi Hj.

Mohammad, Mat Ali Mat Daud, Mohd Roshdi Hj. Osman, Mohd Noor Hj. Manuty dan

Mohd Noor Hj. Yasin. Majlis pelancaran penubuhan PMFI dilakukan di kolej pertama,

Jalan Pantai Baru Universiti Kebangsaan Malaysia Kuala Lumpur.

(http://www.fpi.ukm.my)

Seawal penubuhannya persatuan ini dikenali sebagai Persatuan Mahasiswa Fakulti

Islam (PMFI) kemudian ditukar kepada Persatuan Mahasiswa Fakulti Pengajian Islam

(PMFPI) hingga sekarang, pertukaran nama Fakulti Islam kepada Fakulti Pengajian Islam

ini dilakukan pada tahun 1971. (http://www.fpi.ukm.my)

2.3.2 MATLAMAT PENUBUHAN PMFPI UKM

Persatuan Mahasiswa Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia (PMFPI

UKM) ditubuhkan secara rasmi pada sesi 1971/1972 dengan membawa beberapa tujuan

dan matlamat seperti berikut:

10

Page 11: bab 3 min

Menyatukan mahasiswa-mahasiswa dibawah Fakulti Pengajian Islam Universiti

Kebangsaan Malaysia.

Meninggikan darjah pengetahuan dan kegiatan ahli-ahlinya yang dilapangan

pelajaran, kebudayaan, kemasyarakatan kebajikan dan lain-lain.

Memupuk dan menjalankan dakwah Islamiyyah di kalangan mahasiswa dan

masyarakat Islam berdasarkan al-Quran dan al-Sunnah.

Memelihara hak, kepentingan dan keharmonian ahli-ahlinya.

Memberi sumbangan yang berfaedah untuk perkembangan dan kemajuan

masyarakat dalam segenap lapangan yang tidak bertentangan dengan dasar

keislaman dan undang-undang negara.

Berusaha untuk mengadakan kerjasama dengan mana-mana pertubuhan lain di

dalam dan di luar negeri yang sama tujuan dan dasarnya dengan persatuan ini.

(http://www.fpi.ukm.my)

2.3.3 VISI PERSATUAN

Merealisasikan Islam sebagai al-Din kepada warga UKM dan masyarakat.

2.3.4 MISI PMFPI UKM

Moto persatuan “Menjana Aspirasi Mahasiswa Penjana Ummah” ini adalah selaras

dengan misi PMFPI iaitu:

Membudayakan pengalaman ilmu yang lebih praktikal di kalangan mahasiswa/si.

Ke arah mempraktikkan pengurusan secara professional.

Berusaha menjamin hak dan kebajikan mahasiswa Fakulti Pengajian Islam.

Ke arah meletakkan mahasiswa FPI setara dengan peredaran zaman.

Ke arah menjana pemantapan rohani dan jasmani mahasiswa FPI.

(http://www.fpi.ukm.my)

11

Page 12: bab 3 min

2.3.5 AKTIVITI YANG DIJALANKAN

Di antara aktiviti yang telah dijalankan di bawah PMFPI sepanjang sesi

2005/2006 adalah seperti berikut:

BIL. PROGRAM TARIKH TEMPAT

1. Diolog Kerjaya 25.02.2006 DK3F201

2. Program Pengantarabangsa

Pelajar ke Medan Sumatera

15-18.02.2006 Institud Islam Negeri (IAIN),

Universiti sumatera utara

(USU)

3. Lawatan Interaksi Muhibbah 17-19.03.2006 Universiti Darul Iman

KampusKUSZA (UDIM)

4. Malam Anugerah Gemilang 15.07.2006 DECTAR, UKM

5. Seminar Kebangsaan Muhd

Abduh

15.07.2006 UKM

6. Minggu Tautan Kasih 2006 17-23.07.2006 FPI

7. Bengkel Al-Quran 22.07.2006 UKM

8. Kembara Bestari 28-30.07.2006 Hutan Lipur Kancing,

Selangor

9. Bakti Akademik (BAKTIMIK) 30.07.2006 Komplek Bestari, UKM

10. Qiamullail Perdana 11.08.2006 Masjid, UKM

11. Seminar Kebangsaan Islam dan

Masyarakat (SKIM II)

13.08.2006 DECTAR, UKM

12. Baktisiswa 18-20.08.2006 Johor

13. Lawatan Ilmiah ke Universiti-

universiti Arab Saudi

1-12.09.2006 Mesir dan Madinah

14. Pertandingan Kayak 24.09.2006 Wetland, Putrajaya

15. Lawatan ke Universiti Imam

Bonjo, Indonesia

16-22.10.2006 Medan, Indonesia

16. Bengkel Bahasa Arab 28.10.2006 FPI

(Sumber: Fail Persatuan Mahasiswa Fakulti Pengajian Islam sesi 2005/2006)

12

Page 13: bab 3 min

Di antara program berkala yang dijalankan di bawah PMFPI adalah seperti

berikut:

BIL PROGRAM HARI/MASA TEMPAT

1. Laman Nurani 2 Minggu sekali (khamis,

5.00 p.m)

Bilik Seminar Siswazah

1 (BSS1)

2. Bicara Siswa 2 Minggu sekali (Khamis,

5.00 p.m)

Bilik Seminar Siswazah

1 (BSS1)

3. Citra Siswi 2 Minggu sekali (Jumaat,

12.30 p.m)

Dewan Kuliah 1, FPI

4. Kelas Komputer Setiap Rabu Makmal Komputer

5. Kelab Bela Diri

Muslimah

Seminggu sekali (Rabu,

8.15 p.m)

Foyer FPI

6. Lawatan Ilmiah ke UIA Seminggu Sekali UIA

7. Kelas Debat Bahasa Arab Setiap Jumaat FPI

(Sumber: Fail Persatuan Mahasiswa Fakulti Pengajian Islam sesi 2005/2006)

Di antara aktiviti berbentuk akademik dan ko-kurikulum yang dijalankan:

i. Aktiviti Akademik

Telah mengadakan beberapa langkah aktiviti untuk meninggikan prestasi

akademik pelajar terutama pelajar-pelajar yang lemah. Antara aktiviti yang telah

diambil pada tahun lepas dan tahun ini seperti berikut:

Ceramah motivasi kepada pelajar-pelajar yang mendapat PNGK

kurang daripada 2.0

Mengadakan pembimbing-pembimbing (pensyarah) secara sukarela

untuk memberi nasihat tentang akademik

Khidmat peperiksaan dan pembelajaran

Kursus atau bengkel komputer bengkel SPSS

Perjumpaan atau lawatan atau taklimat kerjaya

13

Page 14: bab 3 min

Sambutan makan malam graduan.

(Sumber: Fail Persatuan Mahasiswa Fakulti Pengajian Islam sesi 2005/2006)

ii. Aktiviti ko-kurikulum

Ahli-ahli digalakkan supaya lebih pro-aktif untuk memajukan diri mereka, supaya

apabila keluar daripada universiti pelajar-pelajar mudah mendapat perkerjaan

apabila ada kemahiran tertentu seperti kemahiran berkomunikasi dalam bahasa

arab, bahasa Ingeris, sahsiah diri, aktif berpersatuan dan keputusan akademik yang

cemerlang. Antara aktiviti ko-kurikulum yang telah diadakan ialah :

Lawatan Akademik ke Instutut Agama Islam Negeri (IAIN) Imam Bonjol,

Sumatera Barat Indonesia. Program yang beremakan “Persaudaraan

Sejagat, Ukhuwah Tererat” ini disertai oleh 38 orang mahasiswa/i dan 5

orang pensyarah.

Antara aktiviti yang dijalankan ialah:

Lawatan ke Institut Agama Islam Negeri, imam Bonjol. Melalui

lawatan ini para peserta dapat bertukar pendapat dan mengetahui

cara pelajar IAIN menghadapi isu-isu yang ada dalam negara.

Peserta dapat bertukar-tukar budaya melalui persembahan

kebudayaan.

Peserta dapat mengikuti semunar internasional wacana pengajian

Islam yang membentangkan kertas kerja serta saling bertukar-tukar

pandangan dia antara pensyarah dari kedua-dua negara.

Peserta dapat mengikuti aktiviti Demo Kligrafi sanggar Al-Aqlam.

Selain daripada itu peserta berpeluang meningkatkan daya

berkomunikasi dan berfikir melalui program diskusi Ilmiah di

14

Page 15: bab 3 min

antara FPIUKM dan IAIN. Melalui diskusi ini, dapat membuka

minda pelajar dan meluaskan lagi daya berfikir secara kritis.

(Sumber: Fail Persatuan Mahasiswa Fakulti Pengajian Islam sesi 2005/2006)

2.4 AKTIVITI-AKTIVITI YANG DIJALANKAN BERKAITAN DENGAN

PENGHAYATAN SOLAT DI KALANGAN MAHASISWA

Bagi memastikan para mahasiswa/i mengambil berat tentang ibadat solat maka, di fakulti

terdapat banyak aktiviti yang dijalankan berkaitan dengan ibadat solat. Sebagaimana yang

telah dinyatakan aktiviti-aktiviti atau program yang berkaitan dengan agama di Fakulti

Pengajian Islam ini diletakkan di bawah Persatuan Mahasiswa Pengajian Islam Universiti

Kebangsaan Malaysia atau dengan nama singkatannya PMFPI UKM melalui Lajnah

Tarbiah dan Kepimpinan. Lajnah Tarbiah dan Kepimpinan ini ditubuhkan untuk mendidik

saksiah para pelajar supaya lebih sempurna dan daya kepimpinan yang berkesan

seterusnya mewujudkan iklim sebuah fakulti yang baik. (Sumber: Fail Persatuan

Mahasiswa Fakulti Pengajian Islam sesi 2005/2006)

Jadi, aktiviti yang dijalankan berkaitan dengan penghayatan solat juga diletakkan

di bawah lajnah ini. Antara aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan oleh persatuan

mahasiswa ini termasuklah Tamrin Qiadi, Program Ceramah, Kempen Solat berjemaah,

Qiamullail, Usrah, Rehlah, Tazkirah dan sebagainya.

Aktiviti seperti Kempen Solat Berjemaah diwujudkan oleh pihak fakulti bagi

memberi kesedaran kepada para mahasiswa/i betapa pentingnya solat berjemaah di

samping mendapat ganjaran pahala yang berlipat kali ganda berbanding solat secara

sendirian, malah dengan adanya kempen seperti ini juga dapat mengeratkan hubungan

silaturrahim di kalangan pensyarah dengan pelajar serta pelajar sesama pelajar, solat

secara berjemaah ini boleh dilakukan dengan kerap kali di Masjid UKM. Jika program

seperti ini dititik beratkan oleh semua pihak maka para mahasiswa/i boleh

mengamalkannya dalam kehidupan seharian mereka. (Sumber: Fail Persatuan Mahasiswa

Fakulti Pengajian Islam sesi 2005/2006)

15

Page 16: bab 3 min

Melalui program Usrah dan Qiamullail, para mahasiswa/i juga ditekankan dengan

ibadat solat. Dalam kumpulan usrah yang terdiri daripada 8 atau 9 orang mahasiswa/i

akan dilatih oleh naqib atau naqibat masing-masing supaya menjadi imam atau imamah

ketika solat. Sekiranya terdapat mana-mana kesalahan dalam solat yang dikerjakan maka

naqib atau naqibah akan memberitahu anak buah mereka tentang kesalahan mereka

tersebut dengan memperbetulkan cara mengerjakan ibadat solat itu. Jadual giliran sebagai

imm atau immah dibuat supaya semua ahli usrah terlibat tanpa ada pengecualian.

(Sumber: Fail Persatuan Mahasiswa Fakulti Pengajian Islam sesi 2005/2006)

Sementara itu program Qiamullail merupakan program yang telah menjadi

kebiasaan di fakulti ini. Mahasiswa/i digalakkan supaya menyertai program yang

dianjurkan ini yang selalunya dibuat di Masjid UKM, mereka diwajibkan supaya bangun

pada tengah malam untuk mengerjakan Qiamullail. Antara pengisian yang dibuat ketika

Qiamullail ialah mengerjakan ibadah solat sunat seperti solat sunat Tahajjud, Hajat,

Taubat, Witir dan sebagainya. Biasanya selepas mengerjakan solat sunat para mahasiswa/i

akan mengisi masa dengan bertadarus al-Quran, berzikir dan sebagainya sehingga

masuknya waktu Subuh. Pada waktu inilah para mahasiswa/i lebih menghayati solat

mereka kerana di waktu ini tiada sebarang gangguan dan bunyi yang boleh mengganggu

mereka melakukan amal ibadat. (Sumber: Fail Persatuan Mahasiswa Fakulti Pengajian

Islam sesi 2005/2006)

Kesimpulannya, aktiviti-aktiviti agama yang telah dilaksanakan PMFPI ini

terutamanya aktiviti yang berkaitan ibadat solat memang wajar diwujudkan. Para

mahasiswa/i yang telah melibatkan dengan program seperti ini mendapat infak dan

kesedaran dalam diri mereka betapa pentingnya penghayatan solat itu perlu wujud dalam

diri seseorang individu muslim. (Sumber: Fail Persatuan Mahasiswa Fakulti Pengajian

Islam sesi 2005/2006)

16

Page 17: bab 3 min

2.5 PERANCANGAN PIHAK PERSATUAN MAHASISWA FAKULTI

PENGAJIAN ISLAM KE ARAH PENGHAYATAN SOLAT DI KALANGAN

MAHASISWA

Pihak PMFPI terutamanya di bawah Lajnah Tarbiah dan Kepimpinan telah membuat

beberapa perancangan ke arah penghayatan solat di kalangan mahasiswa/i di fakulti ini.

Antara aktiviti-aktiviti yang telah dirancang ialah :-

Program Penghayatan Bulan Sembahyang

Program ini akan dilaksanakan selama sebulan oleh pihak fakulti. Antara pengisian dalam

program ini ialah Ceramah Perdana berkaitan dengan ibadat solat. Pihak PMFPI akan

menjemput beberapa orang penceramah seterusnya mempraktikal ibadat solat di kalangan

mahasiswa/i. Tujuan program ini adalah untuk mengetahui sejauhmanakah keberkesanan

ibadat solat yang telah dilakukan oleh mahasiswa/i FPIUKM. Bagaimana cara takbir,

sujud, rukuk, duduk antara dua sujud, duduk tahiyat awal, akhir dan sebagainya. Di

samping itu juga, dalam program ini para mahasiswa/i mungkin akan dilatih menjadi

imam atau imamah dalam solat, di sini mahasiswa/i akan didedahkan mengenai cara

bacaan dalam solat dengan betul dan cara bacaan yang salah dalam solat di mana

seringkali ia dianggap ringan oleh umat Islam, malah mahasiswa/i juga akan didedahkan

pada waktu mana dibolehkan bacaan solat dengan kuat dan perlahan. (Sumber: Fail

Persatuan Mahasiswa Fakulti Pengajian Islam sesi 2005/2006)

Program Mengimarahkan Masjid

Pihak PMFPI di bawah Jawatankuasa Takmir Masjid akan membuat perancangan

berkaitan dengan penghayatan solat di kalangan mahasiswa/i. Antara perancangan

tersebut ialah menggalakkan setiap mahasiswa/i di fakulti ini solat berjemaah di Masjid

UKM.

Selain itu, mengadakan jadual imam atau imamah khususnya kepada saff

kepimpinan PMFPI. Manakala selepas solat berjamaah akan diadakan juga sesi tazkirah

yang akan disampaikan oleh exco-exco Lajnah di bawah PMFPI atau di kalangan

17

Page 18: bab 3 min

mahasiswa itu sendiri. Pihak jawatankuasa surau akan menetapkan jadual imam atau

imamah serta jadual tazkirah mengikut mingguan atau bulanan sebagaimana tarikh yang

telah ditetapkan. Di samping itu, perancangan jawatankuasa masjid juga akan

mengadakan program tadarus al-Quran dan khatam al-Quran bukan sahaja pada bulan

Ramadhan tetapi juga pada bulan-bulan yang lain. Dengan adanya program seperti itu,

maka lahirlah para mahasiswa/i yang cintakan rumah Allah. (Sumber: Fail Persatuan

Mahasiswa Fakulti Pengajian Islam sesi 2005/2006)

Mengadakan Program Kem Solat

Program Kem Solat ini akan diadakan di luar kawasan universiti. Tempat yang akan di

pilih ialah tempat yang agak mencabar contohnya di dalam hutan, sungai, tempat orang

ramai bersuka ria, atas bukit dan sebagainya. Objektifnya adalah untuk melatih

mahasiswa/i supaya melaksanakan kewajipan solat walau di mana berada sekalipun dan

menyedarkan orang ramai yang berada di tempat program tentang kewajipan menunaikan

solat. Sekiranya kem solat ini diadakan di tempat orang ramai contohnya di tempat

perkelahan dengan pengisian seperti mengadakan ceramah serta solat secara berjemaah di

situ, ini mungkin boleh memberi kesedaran kepada orang ramai betapa pentingnya ibadat

solat dikerjakan walau di mana berada. Sementara itu, para mahasiswa/i juga akan

didedahkan bagaimana cara ingin mengerjakan solat ketika bermusafir, peperangan, sakit,

di dalam hutan dan sebagainya. (Sumber: Fail Persatuan Mahasiswa Fakulti Pengajian

Islam sesi 2005/2006)

Program Ceramah dan Praktikal Solat

Program seperti ini dirancang oleh pihak PMFPI adalah untuk memberi pengetahuan

kepada para mahasiswa/i mengenai solat seperti cara-cara atau kaedah mengambil wuduk

dengan betul mengikut tertib seterusnya mengerjakan solat dengan betul mengikut rukun

dan syarat yang telah ditetapkan dalan syariat Islam.

Pengisian dalam program ini ialah ceramah dan praktikal solat. Pihak fakulti akan

menjemput penceramah untuk mengupas mengenai tajuk ceramah berkaitan dengan

18

Page 19: bab 3 min

ibadat solat secara keseluruhan. Manakala di akhir program ini akan diadakan praktikal

solat oleh semua mahasiswa/i.

Kesimpulannya, perancangan pihak PMFPI ke arah penghayatan solat ini perlu

diteruskan bagi menanam kefahaman yang jelas kepada mahasiswa/i dengan ilmu

khususnya ilmu yang berkaitan dengan ibadat solat agar mereka mampu menterjemahkan

ilmu tersebut ke dalam masyarakat seterusnya membantu orang ramai meredakan

kekeliruan dan permasalahan yang timbul berkaitan dengan ibadat solat.

(Sumber: Fail Persatuan Mahasiswa Fakulti Pengajian Islam sesi 2005/2006)

2.6 DEFINISI MAHASISWA

Menurut Kamus Dewan perkataan mahasiswa adalah gabungan dua perkataan iaitu

‘maha’ dan ‘siswa’. Maha (dalam kata majmuk) bererti sangat, amat, yang teramat, besar,

esa, kuasa, luas, mengetahui, mulia, suci dan tahu (Kamus Dewan 1989: 782). Manakala

perkataan ‘siswa’ pula bermaksud penuntut, pelajar (maktab dan lain-lain). Maka

gabungan di antara kedua-dua perkataan tersebut terbentuklah istilah yang di panggil

mahasiswa yang mempunyai maksud pelajar (penuntut) di universiti.

Manakala istilah mahaiswa menurut kamus global bermaksud penuntut lelaki di

institusi pengajian tinggi (seperti universiti dan lain-lain). Perkataan mahasiswi pula

bererti penuntut universiti (perempuan) (Kamus Melayu Global 1997: 722).

Perkataan siswazah pula bermaksud orang yang telah lulus dalam peperiksaan

terakhir di universiti dan lain-lain, orang lulusan universiti. Mengikut istilah yang terdapat

dalam The American Dictionary, siswazah didefinisikan sebagai seseorang yang telah

menerima segulung ijazah atau diploma (Morrist t.th: 571). Manakala definisi siswazah

dari sudut pengertian yang diberikan oleh Grolier Webster International Dictionary pula

boleh dihuraikan sebagai seseorang yang telah menerima segulung ijazah atau diploma

kerana telah menamatkan pengajian sama ada di universiti, kolej atau sekolah (Pei, M.

Grolier 1972: 420).

19

Page 20: bab 3 min

Dari kedua-dua definisi di atas secara kasarnya dapatlah dikatakan bahawa

siswazah adalah merupakan golongan pelajar yang telah menamatkan pengajian dengan

memperolehi segulung ijazah atau diploma. Oleh kerana golongan siswazah adalah

merupakan golongan yang berpendidikan tinggi, maka agak mudah bagi mereka untuk

memperolehi perkerjaan.

2.6.1 Faktor Penyebab Mahasiswa Bermasalah Dan Penyelesaiannya

Antara faktor penyebab kepada berlakunya permasalahan dalam diri mahasiswa ialah

kelemahan institusi keluarga, pengaruh negatif rakan sebaya, paparan media massa dan

pergaulan bebas.

Kelemahan Institusi Kekeluargaan

Hampir semua kajian tentang gejala sosial sejak 1980-an hingga kini berpendapat bahawa

75 % gejala sosial berpunca daripada keruntuhan institusi keluarga. (Mustafa Hj. Daud,

1999 : 159).

Gejala keruntuhan sosial dalam keluarga dapat dilihat dengan meningkatnya

penceraian di kalangan suami isteri, penganiayaan terhadap kanak-kanak, hilang perasaan

kasih sayang sesama anggota sendiri dan memutuskan hubungan silaturrahim malah di

kalangan anggota keluarga sendiri yang sanggup melakukan jenayah zina sesama sendiri

dan ada bapa yang sanggup merogol anaknya sendiri.

(Fariza, Sulaiman Dan Idris, 2000 : 161)

Pengaruh Rakan Sebaya

Pengaruh negatif daripada rakan sebaya turut merumitkan masalah di kalangan

mahasiswa. Apabila berada di kalangan mereka, pelbagai pengaruh baru dapat diperolehi.

Menurut Khadijah Khaidi Khalid, beliau menyifatkan pengaruh rakan sebaya akan

mencorakkan sikap, nilai dan tingkah laku mahasiswa lebih-lebih lagi mahasiswa yang

tercicir. Jelas menunjukkan jika mahasiswa bermasalah bercampur dengan kumpulan

yang bermasalah pasti menambahkan masalah.

20

Page 21: bab 3 min

Golongan mahasiswa yang masih remaja biasanya mudah meniru, terikat dan

terpengaruh dengan rakan sebaya. Pada peringkat umur yang masih muda, masih mentah

naluri yang kurang tabah dan perasaan ingin tahu yang berkobar-kobar. Jadi apabila

dipujuk oleh rakan sebaya mereka mudah terikut dan meniru dan sudah tentu tidak dapat

mengawal perasaan mereka.

Pengaruh Media Massa

Paparan media massa yang berorientasikan kebaratan yang banyak megeksploitasi minda

mahasiswa. Program televisyen yang berunsurkan jenayah, seks dan tahyul mampu

mencelarukan mahasiswa dalam mencari dan membina identiti sendiri. Dalam usia muda

remaja, mereka senang dipengaruhi.

Menurut pandangan Prof. Dr. Hamid Arshad, beliau menyatakan bahawa kanak-

kanak dan remaja yang terlalu dibebaskan dengan seks, sama ada melalui pita video,

internet atau majalah-majalah boleh menimbulkan syahwat. Oleh sebab itulah, didapati

banyak berlaku kes perkosaan yang dilakukan oleh saudara sendiri .

Manakala menurut pandangan Asiah Sarji pula, kanak-kanak, para belia dan

golongan miskin merupakan kelompok yang paling ramai terdedah kepada televisyen dan

filem di negara ini. Sekiranya keadaan ini tidak diberi perhatian serius oleh pihak kerajaan

dan pemilik stesen televisyen di Malaysia, mungkin masalah yang dihadapi di bandar lain

seperti Tokyo, London dan New York akan berlaku di negara ini. Tegasnya keruntuhan

moral akan berterusan. (Zulkiflie Abd. Ghani 2001 : 116)

Pergaulan Bebas

Pergaulan tanpa batas dan peraturan di antara lelaki dan perempuan menimbulkan

pelbagai masalah sosial dan keruntuhan akhlak. Dalam konteks masa kini, ungkapan

tersebut perlu dilanjutkan kepada pergaulan antara sesama lelaki dan sesama perempuan.

Ini kerana pergaulan tanpa batas dan peraturan di antara sesama sejenis dilihat dalam

tempoh masa kini, tidak kurang hebatnya dalam memberikan sumbangan kepada

21

Page 22: bab 3 min

kemunculan pelbagai unsur keruntuhan akhlak dan masalah sosial. (Zakaria Stapa, 1998 :

14). Firman Allah S.W.T:

Maksudnya : “Dan Nabi Luth juga ( kami utuskan ). Ingatlah ketika dia berkata kepada

kaumnya patutkah kamu melakukan perbuatan yang keji yang tidak

pernah dilakukan oleh seorang pun dari penduduk alam sebelum kamu ?

Sesungguhnya kamu mendatangi perempuan bahkan kamu ini adalah

kaum yang melampaui batas.”

(Surah al-Araf 7:80)

Dan antara penyelesaian kepada permasalahan ini ialah:

Hikmat Dan Nasihat Yang Bijaksana

Untuk mendekati dan memujuk mahasiswa yang mengalami masalah sosial ini, strategi

yang berhemah dan bijaksana dengan penuh kelembutan dari kasih sayang serta sopan

santun perlu digunakan. Biarlah mereka berasa bahawa pendakwah ialah rakan sebaya

yang boleh diajak berbincang atau ibu dan ayah yang menyayangi dan perihatin

terhadapnya.

Contoh dan Teladan

Dalam tahap usia remaja seperti mahasiswa, mereka masih mencari-cari identiti diri.

Mahasiswa yang terjebak dalam masalah sosial memerlukan role model ikutan terbaik

untuk membentuk syaksiah peribadi yang sejati. Dalam hal ini, ibu bapa mestilah

memainkan peranan mereka sebagai role model ikutan dalam keluarga sendiri.

Perbincangan, Forum Dan Penerangan Yang Berkesan

22

Page 23: bab 3 min

Sifat golongan remaja yang selalu diistilahkan sebagai antiestablishment perlu ditangani

melalui pendekatan pendidikan, penerangan pendidikan yang berhemah, meyakinkan,

memberangsangkan serta pendekatan mencabar jika perlu. (Fariza, Sulaiman, Ideris, 2000 :

91).

Kumpulan mahasiswa yang kurang berminat dengan pendekatan pendidikan

formal, ilmu dan mesej dakwah perlu disampaikan secara tidak formal melalui program

riadah, kem motivasi, kerja-kerja kemasyarakatan dan sebagainya yang diminati oleh

mahasiswa.

Oleh itu, usaha, tanggungjawab dan kerjasama antara semua pihak iaitu ibu bapa,

pensyarah, pendakwah, pemimpin, masyarakat adalah diperlukan untuk menangani

masalah mahasiswa daripada terus merebak seperti barah penyakit. Ingatlah sabda Nabi

SAW yang bermaksud:

“ Setiap anak yang dilahirkan adalah suci maka kedua ibu bapanyalah yang akan

menjadikan anak itu samada Yahudi, Nasrani atau Majusi’’

2.6.2 Peranan Mahasiswa Ke Arah Pembinaan Generasi Islam

Mahasiswa merupakan tunggak utama kemajuan dan kekuatan sesebuah negara. Kita

dapati dalam sesebuah masyarakat yang maju dan persekitaran yang baik adalah lantaran

wujudnya mahasiswa yang berpotensi dan optimis dan baik akhlaknya. Apabila

masyarakat itu baik, maka secara tidak langsung negara turut maju dan aman. Namun

yang menjadi masalah kita hari ini ialah masih wujud para mahasiswa yang tidak tahu

apakah sebenarnya peranan diri mereka sama ada untuk diri mereka sendiri, keluarga,

masyarakat atau pun negara.

Sejarah telah membuktikan bahawa golongan muda yang paling berperanan di

dalam perkembangan dakwah Islam. Rasulullah S.A.W sendiri waktu menerima wahyu

pertama berusia 40 tahun. Sementara Saidina Abu Bakar dan Saidina Umar masing-

23

Page 24: bab 3 min

masing berumur 37 dan 27 tahun sewaktu memeluk Islam. (Jab. Kemajuan Islam , 1997 :

7)

Allah juga telah menyebutkan mengenai wasiat Luqman kepada anaknya supaya

tidak mempersekutukan Allah, menyedari bahawa Allah S.W.T Maha Mengetahui setiap

perbuatan yang dikerjakan oleh hamba-Nya, samada mereka mendirikan solat dengan

tidak merasa angkuh atau mereka sentiasa bersederhana dalam tingkah laku mereka.

Firman Allah S.W.T:

Maksudnya: “Wahai anak kesayangan, dirikanlah solat dan suruhlah berbuat kebaikan,

serta larangan daripada melakukan perbuatan keji dan mungkar dan

bersabarlah atas segala bala bencana yang menimpamu. Sesungguhnya

yang demikian itu adalah perkara-perkara yang dikehendaki diambil berat

melakukannya”.

(Surah Luqman 31:17)

Mahasiswa yang menjadikan masjid sebagai sumber rujukan sudah pasti

memperlihat watak yang jelas dalam setiap tindak tanduknya. Ia akan menjadikan

dirinya model serta sebagai perantara masjid dengan masyarakat. Apabila ini terjadi

maka mahasiswa itu akan menjadi rujukan pula kepada masyarakat. (Jab. Kemajuan

Islam , 1997 : 7)

Sungguhpun begitu masih terdapat kekosongan dalam ruang lingkup kehidupan

golongan mahasiswa ini perlu diisikan atau dipertingkatkan ‘nilai-nilai masjid’ supaya

paradigma remaja mahasiswa ini dapat berada pada tahap yang tinggi dan dihormati.

Perancangan dan usaha yang rapi sangat perlu bagi menangani persaingan ke atas

pengaruh negatif yang sentiasa mencari peluang untuk merosokkan golongan ini. Harus

diingat bahawa arus kehidupan masa kini yang semakin maju dan kompleks,

sememangnya memberi pengaruh yang besar dalam sosialisasi kehidupan mahasiswa.

24

Page 25: bab 3 min

Dengan demikian kehidupan golongan mahasiswa perlu dipenuhi dengan

peningkatan nilai-nilai unggul dan murni. Sekiranya kekosongan ini tidak diisi dengan

nilai-nilai tersebut, nilai-nilai negatif pasti mudah mengambil tempat kekosongan yang

wujud itu. Maka begitu juga dengan penghayatan solat di kalangan mahasiswa akan

musnah begitu sahaja. ( Jab. Kemajuan Islam, 1997 : 12 )

2.6.3 Kepentingan Penghayatan Solat Di kalangan Mahasiswa

Solat adalah hasil dari gabung jalin antara dua unsur asasi kejadian manusia iaitu rohani

dan jasmani, zahir dan batin. Solat juga merupakan ibadat yang wajib bagi muslim, yang

harus dilakukan berulang kali pada setiap pagi, siang, petang dan malam, berterusan ke

akhir hayat. Maka, dari itulah solat akan memberi faedah kepada golongan mahasiswa

yang mementingkannya. Antara kepentingan penghayatan solat yang akan diperolehi

ialah :

Aspek Kejiwaan

Seorang akan merasa tenang jiwanya apabila dia berada di hadapan orang yang dapat

memberikan kepadanya segala sesuatu yang diperlukannya dan mampu pula menolak

daripadanya segala bencana atau perkara-perkara yang tidak diingini menimpa dirinya.

Begitu juga situasi yang diakui oleh orang yang bersolat, iaitu mereka berada di hadapan

Tuhan Rab al-Alami, munajat kepada Penguasa alam semesta yang Maha Berkuasa ke

atas segala sesuatu, apabila ia menghendaki sesuatu maka dengan mudah sahaja ia terjadi.

Di dalam solat kita berdoa kepada Allah dalam setiap posisi, sama ada sewaktu

berdiri, rukuk, sujud mahupun sewaktu duduk, berdoa kepada Allah yang dapat

memperkenankan segala doa. Firman Allah S.W.T:

Maksudnya: “Dan Tuhan kamu berfirman: berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku

perkenankan doa kamu ”

25

Page 26: bab 3 min

(Surah al-Mukmin 40: 60)

Selain itu apabila solat dilakukan dengan sepenuh erti ia akan dapat memberikan

kekuatan dalaman kepada seseorang mukmin untuk menempuh penderitaan dan aneka

hidup di dunia ini. Ini bererti solat merupakan salah satu sumber kekuatan yang harus di

miliki.

Di dalam solat seseorang mukmin menghadapkan jiwa dan raganya kepada

Tuhan, mengadu kesusahan dan penderitaan, memohon supaya dibukakan kepadanya

segala pintu rahmat dan dicurahkan kepadanya segala bantuan dan pertolongan hanya ada

pada Allah sahaja. Firman Allah S.W.T:

Maksudnya: “ Dan Dialah yang menurukan hujan setelah mereka berputus asa, dan ia

pula menyebarkan rahmatnya merata-rata ( Ingatlah) Dialah pengawal

yang melimpahkan ehsannya, lagi Yang Amat Terpuji ”

(Surah al-Syura 42:28)

Dengan keyakinan bahawa segala ketentuan ditangan Allah akan menimbulkan

kekuatan jiwa dan melahirkan sifat-sifat mulia seperti berani menegak kebenaran dan

membenteras kemungkaran, bertawakal kepada Allah, bertenang dalam menghadapi

sebarang bahaya dan bencana, kerana kemudharatan dan kemanfaatan hanya Allah SWT

sahaja yang dapat menentukannya. (Abd. Rashid Hj. Ahmad ,1995 : 158)

Aspek Akhlak

26

Page 27: bab 3 min

Solat memberi kesan yang mendalam di dalam membentuk akhlak yang mulia. Kesan ini

bukan hanya terdapat sewaktu mendirikan solat sahaja, tetapi bermula sebelum

mendirikan solat iaitu ketika azan dan berwuduk. Seterusnya setelah selesai mendirikan

solat iaitu melalui zikir dan wirid. (Budah Udah Muhsin 1986 : 2)

Solat yang dilakukan berulang kali pada setiap hari di waktu-waktu tertentu

merupakan saat keemasan bagi seseorang menyegar kembali ingatannya kepada Allah

yang maha berkuasa sebagai tumpuan segala amal perbuatan dan di hari akhirat sebagai

matlamat akhirnya. Untuk tujuan itu seseorang yang bersolat sentiasa membersihkan

dirinya dari sebarang dosa dengan bertaubat kepada Allah S.W.T.

Selain dari itu juga pentingnya solat adalah untuk membina akhlak seseorang ke

arah mendisiplinkan dirinya. Di dalam solat terdapat waktu yang tertentu untuk solat

yang tertentu. Begitu juga dengan rukun dan syarat dalam solat hendaklah dipatuhi

sekiranya tidak, solat seseorang itu tidak dikira.

Solat diperintahkan dalan waktu-waktu tertentu sebagai amalan harian kepada

setiap orang yang muslim adalah bertujuan membangunkan kesedaran kepada manusia

agar sentiasa berjaga-jaga tentang kepentingan masa.

Aspek Kesihatan

Kepentingan bagi mereka yang menghayati solat juga ialah ia dapat mendidik seseorang

supaya menjaga kebersihan. Solat hendaklah dilakukan dalam keadaan bersih tubuh

badan sama ada dengan mandi ataupun berwuduk. Begitu juga dengan pakaian

hendaklah bersih dari sebarang najis dan kekotoran, dan bersih tempat yang akan

didirikan solat. Firman Allah S.W.T:

27

Page 28: bab 3 min

Maksudnya : “ Wahai orang-oarang yang beriman ! Apabila kamu handak mengerjakan

solat( padahal kamu berhadas kecil ) maka berwuduklah iaitu basuhlah

muka kamu dan kedua belah tangan kamu sampai ke siku ,dan sapulah

sebahagian dari kepala kamu dan basuhlah kedua belah kaki kamu

sampai ke buku lali, dan jika kamu junub ( berhadas besar ) maka

bersucilah dengan mandi wajib”.

(Surah al-Maidah 5:6)

Manakala apabila dilihat kepada pergerakan badan sewaktu melakukan solat yang

bermula dari berdiri tegak, rukuk, sujud dan duduk, ia tidak ubah bagaikan gaya -gaya

senaman badan yang dilakukan oleh ahli-ahli sukan di zaman moden ini. Menurut

Syeikh Hakim Moinuddin Chisti, solat dapat dilakukan oleh semua orang, amalan solat

ini licin, lancar dan mudah serta boleh menjadi latihan rohaniah atau latihan jasmaniah.

(Diari Islam : 2003)

Oleh itu tidak hairanlah bahawa semua orang Islam yang mengerjakan ibadat solat

setiap hari mempunyai kekuatan tubuh badan, cergas dan efektif sepanjang masa.

Mewujudkan Perpaduan dan Persaudaraan

Sesetengah orang mengira bahawa solat ibadat yang hanya mendekatkan manusia

dengan Tuhannya sahaja. Namun sebenarnya di samping faedah tersebut di atas tedapat

kepentingan lain lagi iaitu solat dapat mengukuhkan tali persaudaraan dan perpaduan

dengan cara berhimpun di masjid-masjid dan surau- surau .

Tidak wujud suatu kesatuan yang lebih erat daripada kesatuan orang-orang yang

bersolat jamaah di belakang seorang imam dan bermunajat kepada Tuhan iaitu Allah

S.W.T dengan kitab iaitu al-Quran al-Karim menghadap wajah ke arah qiblat yang satu

iaitu kaabah Allah Bait Allah al Haram dan seluruh ucapan serta pergerakan disatukan

28

Page 29: bab 3 min

dalam membentuk suatu amalan wajib iaitu solat. Dengan itu lahirlah kesatuan yang

menyeluruh yang dijiwai oleh roh. ( Abd. Rashid Hj. Ahmad 1995:165)

2.7 KESIMPULAN

Kesimpulannya, ibadat solat dilakukan untuk mencapai suatu tingkat kehidupan yang

hakiki di bawah siraman hidayah Allah S.W.T. Itu merupakan suatu tingkatan yang di

dalamnya berisi kelazatan iman, kedamaian dan ketenteraman batin.

Pada hakikatnya, solat merupakan saranan terbaik untuk mendidik jiwa dan

memperbaharui semangat, sekaligus sebagai penyucian akhlak. Oleh kerana itu solat

harus dilakukan dengan khusyuk, ikhlas dan rendah diri kerana keagungan-Nya. Solat

juga harus dilakukan sesuai dengan aturan syariat Islam seperti yang dicontohkan oleh

Nabi S.A.W baik menyangkut bacaannya mahupun kaifiyahnya.

Ibadat solat juga merupakan tindakan selanjutnya dalam pernyataan dua kalimah

syahadah. Oleh kerana itu wajiblah dikatakan bahawa solat itu adalah tiang agama. Tiang

yang menyangga atap atau puncak bangunan Islam (jihad).

Orang yang tidak menghayati makna solat, maka dia tidak akan boleh menjunjung

tinggi ukhuwah Islamiah. Padahal ukhuwah Islamiah itu merupakan kekuatan iman dan

semangat yang boleh membangkitkan perasaan yang dalam terhadap kasih sayang,

mahabbah, kemuliaan dan rasa saling percaya terhadap sesama mukmin yang terikat pada

ketakwaan dan akidah Islam.

29