bab 3 _ metodologi kajian (2)

6
7/28/2019 Bab 3 _ Metodologi Kajian (2) http://slidepdf.com/reader/full/bab-3-metodologi-kajian-2 1/6 35 BAB 3 METODOLOGI KAJIAN 3.1 PENGENALAN Dalam menjayakan kajian bagi mencapai objektif yang dinyatakan serta  permasalahan yang timbul, pelbagai prosedur yang dirangka secara berperingkat akan dilakukan. Sebelum itu, perlaksanaan sesebuah projek kajian kes, satu perancangan gerak kerja harus dibuat bagi memastikan pembangunan projek dapat dilaksanakan dengan lancar. Data terdiri daripada dua bahagian iaitu data prima terdiri daripada temubual, soal selidik dan pemerhatian dan data sekunder iaitu kajian literatur dan analisa. Kedua-dua digunakan untuk mendapatkan maklumat mengenai kajian Sistem Penuaian Air Hujan (SPAH).

Upload: hafiz-nurahim

Post on 03-Apr-2018

240 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: Bab 3 _ Metodologi Kajian (2)

7/28/2019 Bab 3 _ Metodologi Kajian (2)

http://slidepdf.com/reader/full/bab-3-metodologi-kajian-2 1/6

35

BAB 3

METODOLOGI KAJIAN

3.1 PENGENALAN

Dalam menjayakan kajian bagi mencapai objektif yang dinyatakan serta

 permasalahan yang timbul, pelbagai prosedur yang dirangka secara berperingkat akan

dilakukan. Sebelum itu, perlaksanaan sesebuah projek kajian kes, satu perancangan

gerak kerja harus dibuat bagi memastikan pembangunan projek dapat dilaksanakan

dengan lancar. Data terdiri daripada dua bahagian iaitu data prima terdiri daripada

temubual, soal selidik dan pemerhatian dan data sekunder iaitu kajian literatur dan

analisa. Kedua-dua digunakan untuk mendapatkan maklumat mengenai kajian Sistem

Penuaian Air Hujan (SPAH).

Page 2: Bab 3 _ Metodologi Kajian (2)

7/28/2019 Bab 3 _ Metodologi Kajian (2)

http://slidepdf.com/reader/full/bab-3-metodologi-kajian-2 2/6

36

Tanpa perancangan yang teliti, pelbagai masalah akan timbul seperti

melebihi tempoh masa yang ditetapkan, melebihi kos atau tidak memenuhi kehendak 

 pengguna. Oleh itu, sebelum memulakan sesuatu projek, apa yang perlu adalah kajian

tentang kesesuaian dalam pemilihan metodologi. Semua ini dilakukan untuk 

mendapatkan maklumat atau data-data yang seiring dengan tajuk yang dikaji.

Metodologi dapat ditakrifkan sebagai suatu rujukan aktiviti yang

sistematik bagi menyelesaikan sesuatu masalah dengan membangunkan satu aplikasi

 pengaturcaraan. Sesebuah metodologi akan menggunakan satu set teknik yang

digunakan untuk melaksanakan aktiviti-aktiviti yang spesifik. Setiap pendekatan yang

dipilih haruslah bersesuaian dengan projek yang akan dibangunkan.

Perancangan dalam melaksanakan sesuatu projek adalah amat penting

 bagi memastikan projek yang ingin dibangunkan dapat disiapkan dalam jangka masa

yang telah ditetapkan. Data yang dikumpul bagi kaedah penyelidikan ini adalah melalui

seperti beikut:

i.  Kaedah literatur 

ii.  Temubual

iii.  Pemerhatian

iv.  Analisa

Page 3: Bab 3 _ Metodologi Kajian (2)

7/28/2019 Bab 3 _ Metodologi Kajian (2)

http://slidepdf.com/reader/full/bab-3-metodologi-kajian-2 3/6

37

3.2 BERDASARKAN OBJEKTIF PERTAMA DAN KEDUA

Bagi mencapai objektif pertama dan kedua dalam projek ini, objektifnya

adalah untuk mengenalpasti sistem penuaian air hujan dan kaedah pembinaan sistem

 penuaian air hujan. Bagi mencapai objektif yang pertama dan kedua ini, dua kaedah

kajian metodologi digunakan iaitu melalui:

i.  Kaedah Literatur 

ii.  Temubual

3.2.1 KAEDAH LITERATUR 

Bahan bacaan adalah salah satu kaedah yang amat penting dalam

menyelesaikan kajian yang dilakukan. Ianya bertujuan untuk membantu dalam

memudahkan perjalanan hasil kajian projek akhir. Antara bahan literatur yang

digunakan adalah seperti buku-buku rujukan, laporan, sumber percetakan dan

sumber media elektronik seperti laman sesawang yang diperolehi daripada internet

dimana ianya berkaitan dengan pembinaan Sistem Penuaian Air Hujan (SPAH).

Page 4: Bab 3 _ Metodologi Kajian (2)

7/28/2019 Bab 3 _ Metodologi Kajian (2)

http://slidepdf.com/reader/full/bab-3-metodologi-kajian-2 4/6

38

Kesemua maklumat yang telah diperolehi daripada semua sumber yang

telah dinyatakan, dianalisa terlebih dahulu sebelum diterima pakai dalam kajian

yang sedang dijalankan. Kajian literatur ini dibuat untuk memenuhi objektif 

 pertama dan kedua yang telah dinyatakan.

3.2.2 TEMUBUAL 

Kaedah seterusnya yang telah digunakan dalam kajian ini adalah kaedah

temubual. Tujuan kaedah ini dijlankan untuk mendapatkan data mengenai

 permasalahan tersebut secara lisan dalam pertemuan di antara kedua-dua pihak 

secara langsung. Melalui temubual lisan, maklumat yang ingin diperolehi daripada

responden dapat dicungkil untuk tujuan penambahbaikan. Dalam kajian ini, hanya 2

responden yang telah berjaya ditemubual antaranya ialah Jurutera JPS Jajahan Pasir 

Puteh iaitu En Mohd Shihahm B Abd Ghapar dan Juruteknik iaitu En Abd Razak B

Abdullah.

Selain temubual secara lisan, kami juga menggunakan temubual melalui

kaedah borang soal selidik dimana ia dijalankan secara bertulis. Kaedah ini

digunakan bertujuan untuk mengenalpasti sejauhmana tahap kesedaran orang awam

terhadap penggunaan Sistem Penuaian Air Hujan (SPAH). Seramai 10 orang

responden yang dipilih secara rawak di negeri Kelantan.

Page 5: Bab 3 _ Metodologi Kajian (2)

7/28/2019 Bab 3 _ Metodologi Kajian (2)

http://slidepdf.com/reader/full/bab-3-metodologi-kajian-2 5/6

39

3.3 BERDASARKAN OBJEKTIF KETIGA 

Objektif ketiga pula merujuk kepada kos pembinaan sistem penuaian air 

hujan. Kaedah yang digunakan untuk mencapai objektif ini ialah dengan cara membuat

 pengiraan bagi mendapatkan kos yang terlibat berpandukan senarai kuantiti yang telah

dirangkakan. Untuk mencapai objektif ini, satu kaedah metodologi digunakan iaitu

melalui:

i) Literatur 

ii) Pemerhatian

3.3.1 SEMAKAN DOKUMEN

Dalam menjalankan tinjauan dan pemerhatian untuk 

melengkapkan objektif iaitu menyediakan senarai kuantiti untuk sistem penuaian

air hujan. Ianya bertujuan untuk mengenalpasti kaedah-kaedah yang

dilaksanakan di kawasan kajian bagi mendapatkan Analisa kos elemen.

Page 6: Bab 3 _ Metodologi Kajian (2)

7/28/2019 Bab 3 _ Metodologi Kajian (2)

http://slidepdf.com/reader/full/bab-3-metodologi-kajian-2 6/6

40

3.4 CARTA ALIR METODOLOGI KAJIAN

Rajah 3.1 : Carta Alir Metodologi Kajian 

Data Primer Data Sekunder

Objektif Skop kajianPenyata Masalah

Penyusunan & Pengumpulan Data

Pemilihan Tajuk Projek

Pengumpulan Data Dan Maklumat

Kenalpasti Tajuk Penyelidikan

Temu Bual Berstruktur &

Pemerhatian

Kajian literatur &Analisa

Analisis Data & Maklumat

Kesimpulan, Rumusan & Cadangan