tajuk: kelestarian sungai klang, selangor darul...

7
Pengenalan Objektif Kajian TAJUK: KELESTARIAN SUNGAI KLANG, SELANGOR DARUL EHSAN Sejak 2005, hari Ahad terakhir setiap September di sambut sebagai Hari Sungai Sedunia (World River Day). Sungai mempunyai hubungan yang erat dengan kehidupan manusia. Sungai membekalkan air suntuk keguanaa domestik, mengairi kawasan pertaniaan, aktiviti akuakultur. Selaian itu sungai juga menjadi habitat pelbagai flora dan fauna akuatik. Namun kepesatan pembangunan ekonomi dan sosial menyebabkan konflik antara kepentingan manusia dan sungai. Ini jelas dapat dilihat melalui kualiti air di lembangan sungai, khususnya Lembangan Sungai Buloh dan Lembangan Sungai Klang yang dilaporkan berada pada Indeks Kualiti Air (IKA) kelas IV. Kawasan kajian saya iaitu Klang terletak di peringkat aliran hilir Sungai Klang menarik minat saya untuk membuat kajian lapangan tentang punca kemerosotan kualiti air Sungai Klang dan seterusnya mencadangkan pelbagai langkah melestarikan Sungai Klang. (a) Mengenalpasti latar belakang Sungai Klang, Selangor D.E (b) Melukis peta lakar menunjukkan lokasi Lembangan Sungai Klang, Selangor D.E (c) Menghuraikan punca kemerosotan kualiti air Sungai Klang, Selangor D.E (d) Menjelaskan melalui contoh usaha-usaha yang boleh dilaksanakan untuk melestarikan Sungai Klang, Selangor D.E Kawasan kajian pilihan saya adalah Klang yang terletak di Selangor D.E. Saya tinggal di Taman Bayu Perdana, Klang dan bersekolah di SMK Pendamaran Jaya, Pelabuhan Klang. Kawasan kajian saya merupakan sebuah kawasan tanah pamah yang rata dan luas. Bandar Klang terletak ke arah barat daya dari Kuala Lumpur dan Petaling Jaya dan ke barat Subang Jaya. Sungai Klang yang berpunca dari Hutan Simpan Ulu Gombak mengalir dari timur ke barat merentasi bandar-bandar utama di Selangor seperti Gombak,Kuala Lumpur, Shah Alam, Subang Jaya dan Klang. Sungai Klang yang mengalir sejauh 120km dari puncanya memasuki Selat Melaka di Pelabuhan Klang. Kawasan Kajian

Upload: duongbao

Post on 06-May-2019

311 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: TAJUK: KELESTARIAN SUNGAI KLANG, SELANGOR DARUL …yakin-pelajar.com/BT_Geografi/Kerjalapangan.pdf · saya merupakan sebuah kawasan tanah ... Petaling Jaya dan ke barat Subang Jaya

Pengenalan

Objektif Kajian

TAJUK: KELESTARIAN SUNGAI KLANG, SELANGOR DARUL EHSAN

Sejak 2005, hari Ahad terakhir setiap September di sambut sebagai Hari Sungai Sedunia (World River Day). Sungai mempunyai hubungan yang erat dengan kehidupan manusia. Sungai membekalkan air suntuk keguanaa domestik, mengairi kawasan pertaniaan, aktiviti akuakultur. Selaian itu sungai juga menjadi habitat pelbagai flora dan fauna akuatik. Namun kepesatan pembangunan ekonomi dan sosial menyebabkan konflik antara kepentingan manusia dan sungai. Ini jelas dapat dilihat melalui kualiti air di lembangan sungai, khususnya Lembangan Sungai Buloh dan Lembangan Sungai Klang yang dilaporkan berada pada Indeks Kualiti Air (IKA) kelas IV. Kawasan kajian saya iaitu Klang terletak di peringkat aliran hilir Sungai Klang menarik minat saya untuk membuat kajian lapangan tentang punca kemerosotan kualiti air Sungai Klang dan seterusnya mencadangkan pelbagai langkah melestarikan Sungai Klang.

(a) Mengenalpasti latar belakang Sungai Klang, Selangor D.E(b) Melukis peta lakar menunjukkan lokasi Lembangan Sungai Klang, Selangor D.E(c) Menghuraikan punca kemerosotan kualiti air Sungai Klang, Selangor D.E(d) Menjelaskan melalui contoh usaha-usaha yang boleh dilaksanakan untuk melestarikan Sungai

Klang, Selangor D.E

Kawasan kajian pilihan saya adalah Klang yang terletak di Selangor D.E. Saya tinggal di Taman Bayu Perdana, Klang dan bersekolah di SMK Pendamaran Jaya, Pelabuhan Klang. Kawasan kajian saya merupakan sebuah kawasan tanah pamah yang rata dan luas. Bandar Klang terletak ke arah barat daya dari Kuala Lumpur dan Petaling Jaya dan ke barat Subang Jaya. Sungai Klang yang berpunca dari Hutan Simpan Ulu Gombak mengalir dari timur ke barat merentasi bandar-bandar utama di Selangor seperti Gombak,Kuala Lumpur, Shah Alam, Subang Jaya dan Klang. Sungai Klang yang mengalir sejauh 120km dari puncanya memasuki Selat Melaka di Pelabuhan Klang.

Kawasan Kajian

Page 2: TAJUK: KELESTARIAN SUNGAI KLANG, SELANGOR DARUL …yakin-pelajar.com/BT_Geografi/Kerjalapangan.pdf · saya merupakan sebuah kawasan tanah ... Petaling Jaya dan ke barat Subang Jaya

Sungai Klang

Lembangan Sungai Klang

Pelaksanaan kajian lapangan ini melibatkan beberapa kaedah kuantitatif dan kualitatif. Gabungan kaedah-kaedah ini membantu saya mengumpul maklumat dan data disamping menganalisa data serta membuat kesimpulan.(a) Soal Selidik (kuantitatif)Saya mengedarkan borang soal selidik kepada 20 orang responden yang terdiri daripada pemduduk kawasan kajian saya iaitu Taman Bayu Perdana. Pemilihan responden adalah secara rawak di kawasan kajian. Hasil soal selidik di analisis dan digambarkan dalam bentuk grafik untuk memberi gambaran yang lebih jelas dan mudah untuk di fahami.

Kaedah Kajian

Page 3: TAJUK: KELESTARIAN SUNGAI KLANG, SELANGOR DARUL …yakin-pelajar.com/BT_Geografi/Kerjalapangan.pdf · saya merupakan sebuah kawasan tanah ... Petaling Jaya dan ke barat Subang Jaya

Berdasarkan carta pai di atas 50% responden menyatakan bahawa punca utama pencemaran Sungai Klang adalah akibat pembuangan sisa domestik seperti sisa makanan, botol plastik dan sisa minyak masak. Manakala 25% responden berpendapat sisa toksid daripada kilang mencemari Sungai Klang. Seterusnya 15% responden berpendapat punca pencemaran Sungai Klang adalah aktiviti penternakan (lembu) di sepanjang sungai. Akhir sekali 10% responden menyatakan aktiviti pertanian sebagai punca pencemaran Sungai Klang.

Sumber: Soal selidik

Bil Punca Bilangan Responden1 Pembuangan sampah domestik 102 Sisa toksid kilang 53 Penternakan 34 Pertanian 2

Jumlah 20

Punca-punca Pencemaran Sungai Klang

Pembungan sampah domestik

Petunjuk

Penternakan

Sisa toksid kilang

Pertanian

10%

3%

2%5%

(b) Pemerhatian (kualitatif)Saya juga telah membuat pemerhatian di beberapa lokasi sepanjang Sungai Klang di Klang dan Pelabuhan Klang bersama rakan- rakan saya untuk mendapatkan bukti kualiti air Sungai Klang. Saya juga telah mengambil sample air di beberapa lokasi untuk membantu kajian saya. Saya juga telah mengambil gambar keadaan Sungai Klang dan kawasan sekitarnya.(c) Rujukan /Analisis Dokumen (kualitatif)Saya juga telah membuat rujukan tambahan melalui media bercetak seperti suratkhabar dan media elektronik iaitu laman web. Bahan rujukan membantu saya membuat kesimpulan tentang kualiti air Sungai Klang di samping membantu saya menjana idea untuk menghasilkan cadangan-cadangan yang bernas untuk melestarikan Sungai Klang, Selangor Darul Ehsan.Hasil Kajian Kualiti Air Sungai Klang, Selangor Berdasarkan soal selidik yang telah saya laksanakan, berikut adalah data yang saya dapat kumpul.

Punca-Punca Pencemaran Sungai Klang, Klang Selangor

Page 4: TAJUK: KELESTARIAN SUNGAI KLANG, SELANGOR DARUL …yakin-pelajar.com/BT_Geografi/Kerjalapangan.pdf · saya merupakan sebuah kawasan tanah ... Petaling Jaya dan ke barat Subang Jaya

Hasil dapatan ini menunjukkan pembuangan sisa domestik adalah ketara dan menggambarkan sikap penduduk yang tidak sedar tentang kepentingan menjaga kelestarian sungai di kawasan masing-masing. Menurut Pengurus Besar Hebat Abadi Sdn Bhd, yang terlibat dalam usaha pembersihan Sungai Klang dari Kampong Pasir, Petaling Jaya sehingga muara

Pembuangan sisa domestik

Kilang-kilang yang terletak berdekatan Sungai Klang juga menjejaskan kualiti air sungai. Kilang-kilang seperti kilang kitar semula plastik terpakai, kilang memproses makanan ternakan dan kilang ubat-ubatan.Kilang ini membuang sisa toksid ke dalam longkang-longkang yang berdekatan dan seterusnya mengalir ke Sungai Klang. Pembuangan sisa toksid kilang akan menyebabkan meningkatan bahan pencemar alam air sugai dan seterusnya bahan kinia ini akan menjelaskan kandungan oksigen dalam air Sungai Klang.

Aktiviti penternakan juga menyumbang kepada pencemaran air sungai Klang. Terdapat beberapa lokasi di sepanjang Sungai Klang yang menjadi tempat penternakan lembu. Hasil pemerhatian saya walaupun tidak terdapat aktiviti penternakan yang ketara tetapi terdapat aktiviti penternakan di kawasan yang berhampiran dengan kawsan kajian seperti di Bandar Botanik yang mempunyai kandang lembu yang berdekatan dengan sumber air. Najis ternakan dan sisa-sisa makanan ternakan memasuki ke dalam longkang-longkang yang berhampiran dan seterusnya menjejaskan kualiti air sungai.

Pembuangan sisa toksid kilang

Perternakan

Sungai Klang, kawasan yang paling kritikal dengan sisa terapung paling banyak adalah 10km dari Pengkalan Batu, Klang hingga Bandar Sultan Sulaiman, Pelabuhan Klang. Di antara sisa sampah terapung di permukaan sungai adalah bekas polistirena, bahan plastik, getah, kertas, kayu,kepingan logam yang ringan dan bahan pembinaan. Bahan ini akan menyekat aliran air dan menyebabkan berlaku banjir kilat. Selain itu sisa-sisa ini juga akan memudaratkan ekosistem sungai. Ia akan mengurangkan kandungan oksigen dalam sungai dan mneyebabkan hidupan akuatik musnah.

Aktiviti pertanian seperti penanaman sayur-sayuran secara kecil-kecilan juga mencemarkan air sungai. Walaupun aktiviti pertanian tidak ketara di kawasan kajian namun menurut berapa responden terdapat beberapa kawasan terbiar yang menjadi kawasan penanaman sayur-sayuran. Aktiviti ini biasanya dijalankan oleh penduduk warga tua sebagai aktiviti masa lapang mereka, Penggunaan baja kimia dan racun serangga dikawasan pertanian menyebabkan pencemaran air sungai.

Pertanian

Page 5: TAJUK: KELESTARIAN SUNGAI KLANG, SELANGOR DARUL …yakin-pelajar.com/BT_Geografi/Kerjalapangan.pdf · saya merupakan sebuah kawasan tanah ... Petaling Jaya dan ke barat Subang Jaya

Hasil daripada rujukan saya , didapati pelbagai usaha telah pun dimulakan oleh pihak berkuasa untuk menangani pencemaran Sungai Klang, Selangor. Antara usaha- usaha tersebut adalah seperti berikut(a) Pembersihan Sungai Klang di Klang, Selangor Darul EhsanSyarikat Hebat Abadi Sdn. Bhd. terlibat dalam usaha pembersihan sungai sejauh 56km dari Kampung Pasir sehingga muara sungai di Bandar Sultan Sulaiman. Sampah seberat 50 tan sehari yang perlu dikumpulkan dan dihantar ke tapak pelupusan di Jeram. Kerja-kerja pembersihan sungai ini dilakukan sepanjang tahun dan tiada penghujung.

(b) Pemasangan Perangkap SampahJabatan Pengairan dan Saliran (JPS) melakukan pemasangan perangkap pencemaran kasar atau Gross Pollutants Traps (GTP) di sepanjang lembangan Sungai Klang. Pemasangan GTP ini didapati banyak mengurangkan sampah ¬pepejal yang terdapat di sungai berkenaan, sekali gus sedikit sebanyak membantu menjadikan sungai itu lebih bersih keadaannya berbanding sebelum pemasangan alat tersebut.Ini kerana perangkap sampah dapat menghalang sampah dari longkang memasuki Sungai Klang.(c) Kempen Kesedaran Alam SekitarProgram Pendekatan Awam Fasa 5, Sungai Nadi Kehidupan (ROLPOP5) adalah usaha berterusan

Sumber: Berita Harian, 23 September 2009

Usaha-usaha melestarikan Sungai Klang

Page 6: TAJUK: KELESTARIAN SUNGAI KLANG, SELANGOR DARUL …yakin-pelajar.com/BT_Geografi/Kerjalapangan.pdf · saya merupakan sebuah kawasan tanah ... Petaling Jaya dan ke barat Subang Jaya

EFC-TL20

dalam meningkatkan kesedaran di kalangan masyarakat di Klang tentang kepentingan menjaga sungai dan kawasan persekitaran sungai. Pusat Persekitaran Global (GEC) mengadakan kempen bergerak untuk menyedarkan masyarakat dalam usaha meningkatkan kualiti air Sungai Klang. Satu lagi inisiatif kumpulan ini adalah melancarkan aplikasi Citizen’s Eye yang merupakan satu platform untuk masyarakat melaporkan sebarang aktiviti pembuangan sampah ke dalam sungai. Penguatkuasaan Undang-undang di Malaysia, kita mempunyai undang-undang berkaitan alam sekitar yang dikanunkan dalam Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 (Akta 127). Akta 127 di guna pakai berkenaan perlindungan alam sekitar serta berkenaan penguatkuasaan perlindungan alam sekitar.Selain itu, di peringkat Kerajaan Persekutuan, kita mempunyai Jabatan Alam Sekitar sebagai agensi di bawah Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar bagi menguatkuasakan undang-undang yang sudah digubal.(d) Penyelidikan dan PembangunanUsaha badan kerajan dan badan bukan kerajaan dalam meningkatkan pemahaman tentang isu-isu kompleks dalam menguruskan air untuk pembangunan yang mampan. Pakar perunding, ahli sains, penyelidik serta badan bukan kerajaan (NGO) bekerjasama dalam pendedahan menguruskan air untuk pembangunan negara melalui usaha penyelidikan. Contohnya ciptaan oleh sekumpulan penyelidik dari Universiti Teknikal Malaysia Melaka. Teknologi baru ciptaan sendiri dan juga teknologi termaju yang telah wujud dipasaran untuk menghasilkan satu kapal atau bot perawat tasik atau sungai yang bersepadu.. Kapal atau bot ini yang diberi nama EFC-TL20 bukan sahaja berfungsi sebagai satu daya penarik pelancong untuk bersiar-siar sambil menikmati panorama perairan tasik dan sungai di Malaysia tapi juga menjadi loji pencuci sungai dan tasik secara tanpa disedari oleh pelancong yang menjadi penumpang bot ini.

Kesimpulan

Kajian lapangan ini telah menyedarkan saya bahawa sungai memainkan peranan penting dalam kehidupan manusia dari dulu hingga sekarang. Namun terdapat banyak aktiviti manusia yang menjejaskan kualiti air sungai dan seterusnya memudaratkan hidupan manusia dan hidupan lain yang bergantung kepada sungai. Oleh itu selain daripada pihak berkuasa , masyarakat memainkan peranan yang amat ketara dalam usaha melestarikan sungai terutamanya Sungai Klang. Tanpa kesedaran dan sikap mencintai alam sekitar kita tidak akan tergerak untuk menjaga persekitaran sungai agar sentiasa bersih dan berada pada paras kualiti air yang bersih .Pelbagai usaha dilaksanakan untuk memelihara dan memulihara persekitaran Sungai Klang kerana Sungai Nadi Kehidupan.

Page 7: TAJUK: KELESTARIAN SUNGAI KLANG, SELANGOR DARUL …yakin-pelajar.com/BT_Geografi/Kerjalapangan.pdf · saya merupakan sebuah kawasan tanah ... Petaling Jaya dan ke barat Subang Jaya

Rujukan1. Buku Teks Geografi Tingkatan 42. laman web3. surat khabar

Perancangan

Surat kebenaran

Lampiran 1

Lampiran 2

Lampiran 3

Bil Tarikh Perkara atau Tindakan Catatan1 Minggu 1 Menentukan tajuk kajian lapangan Dalam bilik darjah2 Minggu 1 Menentukan lokasi kajian Dalam bilik darjah3 Minggu 1 Mengenal pasti objektif kajian Dalam bilik darjah4 Minggu 2 Menentukan tempoh masa kajian Dalam bilik darjah5 Minggu 2 Mengenal pasti kaedah kajian:

Kaedah kuantitatif – soal selidikKaedah kualitatif – pemerhatia, analisis dokumen

Dalam bilik darjah

6 Minggu 3 Pemilihan sample kajian Di luar bilik darjah7 Minggu 3 Pengumpulan data dan maklumat Di luar bilik darjah8 Minggu 4 Persembahan data dalam bentuk grafik Dalam bilik darjah9 Minggu 4 Penganalisian data Dalam bilik darjah10 Minggu 4 Menghasilkan laporan kerja lapangan:

TajukObjektif KajianKawasan kajianKaedah kajianPersembahan data dan maklumatKesimpulan

Dalam bilik darjah