bab 2 t4 nota

5
1 BAB 2 : STRUKTUR ATOM 1. Jirim ialah sebarang bahan yang mempunyai jisim dan memenuhi ruang. Tiga keadaan jirim – pepejal, cecair dan gas. (State of matter are solid, liquid and gas) 2. Dari teori kinetik jirim, semua jirim ini berbeza dari segi susunan, gerakan, daya tarikan dan kandungan tenaga. (This state different from their particles arrangement, movement, forces of attraction and energy content) 3. Unsur (element) ialah bahan kimia yang paling ringkas yang tidak boleh diuraikan kepada bahan yang lebih ringkas secara kimia. Unsur terdiri daripada sejenis atom sahaja dan zarahnya mungkin ialah atom atau molekul. Contoh zarah untuk unsur iaitu atom Cu, C dan Mg; molekul 0 2 atau H 2 . 4. Sebatian (compound) ialah bahan yang terdiri daripada dua atau lebih jenis unsur yang berpadu secara kimia. Zarahnya mungkin ialah molekul atau ion. Contoh zarah untuk sebatian iaitu molekul CO 2 , H 2 O dan CH 3 COOH; ion MgCl 2 , H + atau Cl - . * jenis zarah – atom, molekul dan ion. (Type of particles - atom, molecules or ions)

Upload: siti-alias

Post on 29-Nov-2014

1.589 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

 

TRANSCRIPT

Page 1: Bab 2 t4 nota

1

BAB 2 : STRUKTUR ATOM

1. Jirim ialah sebarang bahan yang mempunyai jisim

dan memenuhi ruang. Tiga keadaan jirim – pepejal,

cecair dan gas. (State of matter are solid, liquid

and gas)

2. Dari teori kinetik jirim, semua jirim ini berbeza dari

segi susunan, gerakan, daya tarikan dan

kandungan tenaga. (This state different from their

particles arrangement, movement, forces of

attraction and energy content)

3. Unsur (element) ialah bahan kimia yang paling

ringkas yang tidak boleh diuraikan kepada bahan

yang lebih ringkas secara kimia. Unsur terdiri

daripada sejenis atom sahaja dan zarahnya

mungkin ialah atom atau molekul. Contoh zarah

untuk unsur iaitu atom Cu, C dan Mg; molekul 02

atau H2.

4. Sebatian (compound) ialah bahan yang terdiri

daripada dua atau lebih jenis unsur yang berpadu

secara kimia. Zarahnya mungkin ialah molekul atau

ion. Contoh zarah untuk sebatian iaitu molekul CO2,

H2O dan CH3COOH; ion MgCl2, H+ atau Cl-.

* jenis zarah – atom, molekul dan ion.

(Type of particles - atom, molecules or ions)

Page 2: Bab 2 t4 nota

2

5. Atom ialah zarah neutral yang paling kecil bagi

sesuatu unsur yang mengambil bahagian dalam

sesuatu tindak balas kimia.

6. Molekul ialah zarah neutral yang terdiri daripada

dua atau lebih atom sama ada daripada unsur yang

sama atau unsur yang berlainan yang berpadu

secara kimia. (gabungan unsur bukan logam dan

bukan logam)(between non metal and non metal)

7. Ion ialah zarah-zarah yang sama ada terdiri

daripada satu / beberapa atom yang bercas. (boleh

juga terjadi dari gabungan unsur logam dan unsur

bukan logam)(between metal and non metal)

8. Teori zarah jirim menyatakan bahawa jirim terdiri

daripada zarah-zarah yang halus dan diskrit iaitu

zarah yang sangat kecil dan wujud secara

berasingan (discrete).

9. Teori kinetik jirim menyatakan bahawa jirim terdiri

daripada zarah-zarah yang diskrit dan sentiasa

bergerak. Zarah-zarah ini sentiasa berlanggaran

antara satu sama lain.

10. Gerakan Brown ialah gerakan rawak yang

ditunjukkan oleh zarah-zarah yang dapat dilihat

Page 3: Bab 2 t4 nota

3

apabila berlanggaran dengan zarah-zarah yang

tidak dapat dilihat.

11. Resapan (diffusion) gas ialah pergerakan zarah-

zarah gas melalui ruang antara zarah-zarah udara.

Zarah-zarah gas ini bergerak secara rawak.

12. (Perubahan keadaan jirim) ialah proses

perubahan (keadaan jirim) kepada (keadaan jirim)

pada suhu dan tekanan tertentu.

13. Takat lebur (melting point) ialah suhu tetap di

mana pepejal berubah menjadi cecair (solid turns

to liquid) pada tekanan tetap.

14. Takat didih (boiling point) ialah suhu tetap di

mana cecair berubah menjadi gas (liquid turns to

gas) pada tekanan tertentu.

15. Semasa peleburan dan pendidihan, suhu menjadi

tetap kerana tenaga haba yang dibekalkan/diserap

digunakan untuk mengatasi / memutuskan ikatan

antara zarah-zarah.

16. Semasa pembekuan dan kondensasi, suhu

menjadi tetap kerana tenaga telah dibebaskan

apabila ikatan antara zarah-zarah terbentuk untuk

menggantikan tenaga yang hilang ke sekeliling.

Page 4: Bab 2 t4 nota

4

17. Perkembangan struktur atom;

Dalton --- Dalton → menemui atom

Tarik --- Thompson → menemui elektron

Rambut --- Rutherford → menemui proton

Bohr --- Bohr → menemui petala

Chadwick --- Chadwick → menemui neutron

* jenis zarah subatom – elektron, proton dan

neutron

(Subatomic particles - e, p and n)

18. Nombor atom / nombor proton (Proton Number)

ialah bilangan proton yang terdapat dalam nukleus

sesuatu atom.

19. Nombor jisim / nombor nucleon (Nucleon number)

ialah jumlah bilangan proton dan neutron dalan

nukleus sesuatu atom.

20. Isotop ialah atom-atom berbeza bagi sesuatu

unsur yang sama yang mempunyai nombor proton

yang sama tetapi nombor nukleon yang berbeza

(isotope - same number of proton but different

Nucleon number/number of neutron).

21. Isotop mempunyai sifat kimia yang sama tetapi

sifat fizik yang berlainan kerana mempunyai

bilangan elektron valens yang sama. (same

Page 5: Bab 2 t4 nota

5

chemical properties because have same valence

electron)

22. Kegunaan isotop :

•Karbon-14 --- mengukur usia fosil atau artifak

lama

•Kobalt-60 --- membunuh sel-sel kanser

•Iodin-131 --- merawat penyakit tiroid

•Fosforus-32 --- mengesan penyerapan fosforus

oleh tumbuhan

• Natrium-24 ---mengesan kebocoran paip bawah

tanah dan mengesan pengaliran darah dalam

badan.

23. Elektron valens ialah elektron yang terletak pada

petala terluar sesuatu atom unsur itu. (valence

electron - electron at outermost occupied shell)

24. Kala (period) mewakili petala yang terisi dengan

elektron manakala bilangan elektron valens

mewakili kedudukan kumpulan (group).